kertas kerja

10
1 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan rahmat dan izin dariNya, kami dapat meyiapkan tugasan Pengurusan Kokurikulum (WAJ 3081) dalam tempoh dan masa yang ditetapkan. Pelaksanaan tugasan ini adalah secara berkumpulan iaitu tiga orang dalam satu kumpulan. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak pihak yang telah menjadi tulang belakang kami untuk memastikan tugasan ini dapat dilakukan dengan baik. Kami juga bersyukur kerana telah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Pertamanya, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah WAJ 3081 kami iaitu Puan Zetty Akhmar binti Amran atas segala tunjuk ajar, bimbingan, panduan dan juga kerjasama yang telah diberikan dalam membantu kami bertiga dan rakan-rakan yang lain semasa menyiapkan tugasan ini. Tanpa jasa dan pengorbanan beliau, tugasan kali ini pastinya menjadi tugasan yang kurang bermakna kerana ilmu yang beliau berikan sangat berharga buat kami. Seterusnya, ucapan terima kasih kami ucapkan kepada ibu dan ayah kami atas segala sokongan, dorongan dan tiupan motivasi. Merekalah insan yang telah menaikkan semangat kami untuk terus belajar bersungguh-sungguh ketika kami lemah disebabkan tugasan yang banyak atau masalah-masalah yang menimpa. Di samping itu, ucapan terima kasih tulus dan ikhlas daripada kami buat rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana sentiasa membantu kami terutama dalam usaha mencari bahan untuk dijadikan rujukan bagi penyediaan kerja kursus ini. Bahkan membuka ruang untuk kami mengajukan sebarang pertanyaan dan saling bertukar maklumat dalam proses menyiapkan tugasan projek ini. Kerjasama daripada kalian amat kami hargai dan semoga segala pertolongan kalian semua akan mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T. Akhir sekali, kami ucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan tugasan projek ini.

Upload: asraf-rahmat

Post on 09-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA

1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat illahi

kerana dengan rahmat dan izin dariNya, kami dapat meyiapkan tugasan

Pengurusan Kokurikulum (WAJ 3081) dalam tempoh dan masa yang ditetapkan.

Pelaksanaan tugasan ini adalah secara berkumpulan iaitu tiga orang dalam satu

kumpulan. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak pihak yang telah

menjadi tulang belakang kami untuk memastikan tugasan ini dapat dilakukan

dengan baik. Kami juga bersyukur kerana telah dikurniakan kesihatan yang baik

sepanjang pelaksanaan tugasan ini.

Pertamanya, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah WAJ

3081 kami iaitu Puan Zetty Akhmar binti Amran atas segala tunjuk ajar,

bimbingan, panduan dan juga kerjasama yang telah diberikan dalam membantu

kami bertiga dan rakan-rakan yang lain semasa menyiapkan tugasan ini. Tanpa

jasa dan pengorbanan beliau, tugasan kali ini pastinya menjadi tugasan yang

kurang bermakna kerana ilmu yang beliau berikan sangat berharga buat kami.

Seterusnya, ucapan terima kasih kami ucapkan kepada ibu dan ayah kami

atas segala sokongan, dorongan dan tiupan motivasi. Merekalah insan yang

telah menaikkan semangat kami untuk terus belajar bersungguh-sungguh ketika

kami lemah disebabkan tugasan yang banyak atau masalah-masalah yang

menimpa.

Di samping itu, ucapan terima kasih tulus dan ikhlas daripada kami buat

rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana sentiasa membantu kami terutama

dalam usaha mencari bahan untuk dijadikan rujukan bagi penyediaan kerja

kursus ini. Bahkan membuka ruang untuk kami mengajukan sebarang

pertanyaan dan saling bertukar maklumat dalam proses menyiapkan tugasan

projek ini. Kerjasama daripada kalian amat kami hargai dan semoga segala

pertolongan kalian semua akan mendapat balasan yang baik daripada Allah

S.W.T.

Akhir sekali, kami ucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan tugasan projek ini.

Page 2: KERTAS KERJA

2

SOALAN

TUUGASAN

Page 3: KERTAS KERJA

3

BAHAGIAN A :

KERTAS KERJA

PAMERAN

PENDIDIKAN

KESIHATAN

Page 4: KERTAS KERJA

4

TEMA : “Sihat sambil melakukan kebajikan”

ANJURAN : Kelab Rakan Sebaya, IPGK Darulaman

TARIKH : 17 September 2014

TEMPAT : Dewan Besar, IPGK Darulaman

KUMPULAN SASARAN : Warga IPGK Darulaman dan masyarakat setempat

Page 5: KERTAS KERJA

5

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kelab

Rakan Sebaya Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang bertujuan

untuk kebajikan. Pameran ini sudah pastinya dapat memupuk nilai-nilai murni

dalam diri kalangan masyarakat Malaysia. Pameran seumpama ini diisi dengan

pelbagai aktiviti kebajikan seperti menderma darah, pemeriksaan kesihatan

percuma, pemeriksaan gigi secara percuma,pameran pendidikan pencegahan

dadah dan pameran mengenai bahaya merokok. Semoga aktiviti yang

dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada semua yang

terlibat untuk melahirkan masyarakat yang sihat.

1.2 Matlamat

Berikut adalah matlamat program pameran yang ingin dicapai:

1,2,1 Memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat

1.2.2 Mewujudkan masyarakat yang sihat dan positif

1.2.3 Memupuk sikap saling bantu-membantu antara satu sama lain

1.3 Objektif

Berikut adalah objektif program pameran yang ingin dicapai:

1.3.1 Masyarakat dapat menambah pengetahuan tentang kesihatan diri.

1.3.2 Masyarakat dapat mengetahui kesan-kesan negatif apabila terlibat

dengan gejala-gejala yang tidak sihat.

1.3.3 Masyarakat dapat menjalani kehidupan secara sihat dan bebas daripada

pelbagai jenis penyakit.

1.4 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

1.4.2 Masyarakat yang tinggal berhampiran dengan kawasan institut

Page 6: KERTAS KERJA

6

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : TnHj Mustafa bin Ahmad (Pengarah IPDA)

Penyelaras : Puan NurulHida binti Sulaiman

Pengerusi : MuhdKhairulFadzir bin Zainal

Naib Pengerusi : ZawanahIzzati binti Misran

Setiausaha : Nor Jannah binti Jandih

Naib Setiausaha : Rubiah binti Mansur

Bendahari : Sylvia Lee HengHoon

AHLI JAWATANKUASA

Pameran : Caroline Michelle anak Jonil

: MohdRashidibin Abdul Rahim

: Mohd Abdul Akram bin Suip

: Norakmalina binti Mohd Rashid

Perhubungan Luar : AfiqAfifi bin Ahmad Zamri

: Bradley Daini

Dokumentasi : Nur AimiAthifah binti Yunus

: Nur Adriana Syamimi binti Abdullah Kamal

Kebersihan : Nur Azhlin binti Rusdih

: Nuraslina binti Kang Yoon Lee

: IzanSyakirah binti Abdul Wahab

Tugas-tugas Khas : Muhammah Erwin bin Jamal

: KamarulHariff bin Sukor

Page 7: KERTAS KERJA

7

3.0 AKTIVITI PAMERAN

3.1 Kempen Derma Darah

3.2 Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma

3.3 Pemeriksaan Gigi Secara Percuma

3.4 Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah

3.5 Pameran Bahaya Merokok

4.0 TEMPAT PAMERAN

Dewan Besar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

5.0 TARIKH PAMERAN

Tarikh : 17 September 2014

Masa : 08.00 pagi – 05.00 petang

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Anggaran perbelanjaan makanan

MAKANAN BILANGAN HARGAMi Goreng 10 RM 30.00Roti 10 RM 7.00Air Mineral 20 RM 20.00 JUMLAH RM 57.00

6.2 Anggaran perbelanjaan medium penyebaran

ALATAN BILANGAN HARGABrosur 1000 RM 3000.00Poster 5 RM 60.00 Banner 2 RM 50.00JUMLAH RM 3110.00

JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN : RM 3167.00

Page 8: KERTAS KERJA

8

7.0 PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran ini mendapat

pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan. Segala jasa baik

dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

8.0 PENUTUP

Pameran Pendidikan Kesihatan ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat

tentang kepentingan menjaga kesihatan diri di samping membuat amalan

kebajikan. Selain itu, masyarakat juga dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi

semasa pameran tersebut dilaksanakan nanti.

Page 9: KERTAS KERJA

9

BAHAGIAN B :

KEDUDUKAN

KEUTAMAAN DI

ATAS PENTAS