kertas kerja

17
KERTAS KERJA “INNOVATION IN TEACHING AND LEARNING” MPPU1003 “PRESCHOOL PORTABLE PLANT KIT” (KIT TANAMAN MUDAH ALIH PRASEKOLAH) NAMA NO. MATRIK MOHD HILMIE BIN MOHD MOKHTAR MPP141006 NORAZUAN BIN ROZALI MPP141019 PENSYARAH : DR. NOR FADILA BT MOHD AMIN

Upload: anonymous-4x8cwzotx

Post on 05-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kertas kerja proposal

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

“INNOVATION IN TEACHING AND LEARNING”

MPPU1003

“PRESCHOOL PORTABLE PLANT KIT”

(KIT TANAMAN MUDAH ALIH PRASEKOLAH)

NAMA NO. MATRIK

MOHD HILMIE BIN MOHD MOKHTAR MPP141006

NORAZUAN BIN ROZALI MPP141019

PENSYARAH : DR. NOR FADILA BT MOHD AMIN

Page 2: KERTAS KERJA

CADANGAN PROJEK

“PRESCHOOL PORTABLE PLANT KIT”

@

“KIT TANAMAN MUDAH ALIH PRA

SEKOLAH”

Page 3: KERTAS KERJA

1.0 PENGENALAN

Kursus “Innovation in Teaching and Learning” atau Inovasi Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

(MPPU 1003) merupakan sujek yang menekankan aspek inovasi, pembangunan dan peningkatan nilai

kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, produk

atau output yang dihasilkan juga sebagai medium untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah dan sememangnya menepati keperluan masa kini

Oleh yang demikian, produk yang dihasilkan adalah berdasarkan masalah yang di hadapi oleh guru-

guru yang mengajar di prasekolah bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran disamping

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru selain dapat dikomersialkan dipasaran.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat membantu pelajar memahami isi

pembelajaran dengan lebih mudah dan jelas. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan

Alat Bantu Mengajar (ABM). Secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk terus

fokus tehadap proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

Pada masa kini, guru yang mengajar prasekolah bukan sekadar mengajar yang berfokus

kepada matapelajaran akademik sahaja malah perlu juga menekankan kepada pembelajaran

berbentuk kemahiran bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Pembelajaran

yang pelbagai bidang ini memerlukan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat pelajar

untuk mempelajari kandungan pelajaran yang diajarkan.

Penggunaan alat bantu mengajar yang inovatif dan kreatif dapat membantu meningkatkan

tahap penerimaan pelajar terhadap pengetahuan yang perlu dipelajari. Justeru pembinaan alat

bantu mengajar ini sangat penting untuk perkembangan kemahiran pelajar. Dalam konteks ini,

pelajar dapat mempelajari dan mengembangkan kemahiran sambil bermain. Ini secara tidak

langsung dapat mempercepatkan proses penerimaan pengetahuan.

Pelajar – pelajar prasekolah perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan

kemahiran untuk mengembangkan potensi dalam setiap diri pelajar dan ini perlu merangkumi

pembelajaran dalam bilik darjah dan pembelajaran luar bilik darjah. Kepelbagaian kaedah

Page 4: KERTAS KERJA

pembelajaran dan pengajaran dapat membentuk satu sistem penerimaan pengetahuan yang positif

dan dapat mengurangkan masalah pelajar yang kebosanan dalam pengajaran

Dengan ini, wujudnya idea “Preschool Portable Plant Kit” atau “Kit Tanaman Mudah Alih

Prasekolah”.

3.0 KAJIAN LEPAS

“Preschool Portable Plant Kit” ini terhasil daripada permasalahan untuk meningkatkan

kepelbagaian kemahiran pelajar supaya dapat menguasai bukan sahaja akademik malah juga

kemahiran secara ‘hands-on’.

Pembelajaran secara ‘hands-on’ melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat

meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal.  Pembelajaran secara ‘hands-on’ bukan

sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu

yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi

apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.

Selain itu, pembelajaran ‘hands on’ bukan sekadar memanipulasi alatan malah ia melibatkan

penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada

pengalaman-pengalaman tersebut. Pembelajaran secara hands on juga merupakan suatu aktiviti yang

menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui

aktiviti yang dijalankan secara amali. Secara kesimpulannya, pembelajaran hands on ialah belajar melalui

pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud

pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan

penyiasatan

4.0 DAPATAN KAJIAN

Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya ialah aktiviti

hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak

adalah agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku

di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan.

Page 5: KERTAS KERJA

Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti

yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat pelajar.

Guru perlu merancang aktiviti yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang

untuk mengawal pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini

kerana pelajar akan menjadi mudah keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang

tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan

magnet. Apabila pelajar telah mahir menggunakan alatan pembelajaran, ia boleh dijadikan sebagai

instrumen dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa

KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON

Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah

dapat meningkatkan minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar pada asasnya kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan

memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk

belajar.

Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan pelajar tentang apa yang dipelajari

dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga

memudahkan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. disamping akan berasa

seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands

on, pelajar akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang

bersesuaian. Selain itu, pelajar juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.

Pencapaian pelajar dalam pembelajaran juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi

aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat

ingin tahu pelajar. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti

kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

5.0 KARAKTER PRODUK

Page 6: KERTAS KERJA

“Preschool Portable Plant Kit” ini mempunyai ciri – ciri yang secara tidak langsung dapat

membantu mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kemahiran dan

minat pelajar prasekolah terhadap sesi pengajaran yang dijalankan. Antara ciri – ciri “Preschool

Portable Plant Kit” ini ialah :

i. Mudah Alih

“Preschool Portable Plant Kit” ini adalah satu alat bantu mengajar yang boleh

dibawa kemana sahaja mengikut kesesuaian lokasi untuk guru menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Kit ini boleh digunakan samada didalam bilik darjah

mahupun diluar bilik darjah. Sesuai dengan konsep kit ini iaitu belajar sambil bermain.

ii. Ringan

Memandangkan sasaran pengguna bagi “Preschool Portable Plant Kit” ini ialad

pelajar prasekolah yang dalam lingkungan 4 tahun hingga 6 tahun, rekabentuk kit ini

tidak membebankan pelajar untuk dibawa kemana – kemana. Penghasilan kit ini adalah

ringan bagi membolehkan pelajar prasekolah membawa kit ini tanpa bantuan rakan atau

guru. Bagi menghasilkan kit yang ringan, penggunaan bahan-bahan kelengkapan adalah

berbentuk kecil dan mudah dipegang oleh pelajar prasekolah.

iii. Selamat digunakan

Faktor keselamatan amat dititikberatkan dalam menghasilkan kit ini. Memandangkan

pengguna bagi kit ini adalah pelajar prasekolah yang masih kecil, penggunaan bahan – bahan

kelengkapan adalah daripada bahan yang tidak mempunyai bucu yang tajam, tidak diperbuat

daripada kaca, tidak membahayakan dan bahan buatan yang lembut. Selain itu, bahan pembuatan

produk juga tidak membahayakan pelajar prasekolah.

iv. Warna yang ceria

Minat dan perhatian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting.

Justeru itu, penggunaan warna yang ceria san set kit ini amat penting bagi menarik minat pelajar.

Pelajar prasekolah yang terdiri daripada usia 4 tahun hingga 6 tahun akan mudah tertarik kepada

bahan yang berwarna –warni dan ini akan membantu guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih mudah. Kit ini adalah dihasilkan secara keseluruhan dengan

menggunakan warna yang pelbagai dan ceria.

Page 7: KERTAS KERJA

v. Menjana kemahiran

Fokus utama penghasilan kit ini adalah bagi menjana kemahiran kognitif dan psikomotor

pelajar prasekolah. Konsep belajar sambil bermain menggunakan kit ini dapat menjana dan

meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar. Pembelajaran secara “hands – on” dapat

mengukuhkan pembelajaran pelajar secara menyeluruh.

6.0 ISU PRODUK / AMALAN SEDIA ADA

“Preschool Portable Plant Kit” ini adalah diasaskan daripada amalan tanaman hidroponik

yang diamalkan di kebanyakan kawasan perumahan yang mempunyai tanah yang terhad untuk

penanaman. Berasaskan kepada amalan tanaman tradisional, pihak sekolah memerlukan kawasan

tanah yang besar untuk menjalankan aktiviti penanaman. Namun dengan kaedah penanaman

hidroponik, pihak sekolah tidak memerlukan tanah yang luas untuk penanaman malah boleh

menggunakan ruang kosong yang terdapat disekolah. Dalam konteks untuk menghasilkan

inovasi ini, pelajar prasekolah tidak perlu menggunakan tanah untuk mempelajari kaedah

penanaman yang berkonsepkan hidroponik ini. Pelajar hanya perlu mempunyai kit tanaman yang

telah mempunyai setiap komponen untuk menjalankan aktiviti.

Amalan konvensional penanaman hidroponik menggunakan bahan tanah sebagai bahan

utama, namun ia akan menjadi permasalahan kepada pelajar prasekolah untuk membuat aktiviti

penanaman dengan menggunakan tanah. Ini kerana guru perlu memikirkan isu berkaitan

kesihatan dan kebersihan pelajar. Dengan inovasi ini dapat membantu guru – guru untuk

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan lebih mudah dan

efektif.

7.0 MATERIAL

Dalam penghasilan “Preschool Portable Plant Kit” ini, antara material yang digunakan ialah:

Page 8: KERTAS KERJA

BIL. MATERIAL GAMBAR

1. Bekas petak

2. Span

3. Polisterin

4. Kapas

5. Pokok mainan

6. Fibre

Page 9: KERTAS KERJA

7. Bakul hidroponik

8. Kotak

8.0 ANGGARAN KOS

BIL. MATERIAL HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)

1. Bekas petak 2.00 2.00

2. Span 0.20 0.20

3. Polisterin 2.50 2.50

4. Kapas 1.40 1.80

5. Pokok Mainan (4 UNIT) 3.50 3.50

6. Fibre 3.00 3.00

7. Bakul Hidroponik 4.00 4.00

8. Kotak 2.00 2.00

JUMLAH 19.00

Kos Bahan Mentah (RM)

= Bekas petak + Span + Polisterin + Kapas + Pokok Mainan + Fibre + Bakul Hidroponik + Kotak

= 2.00 + 0.20 + 2.50 + 1.40 + 3.50 + 3.00 + 3.00 + 4.00 + 2.00

= RM 19.00

Kos Upah (RM)

= Pekerja (seorang) x Kadar sejam (4.00) x Jumlah jam (8 jam)

= 1 x 2.00 x 4 jam

= RM 8.00

Page 10: KERTAS KERJA

Kos Utiliti (RM)

= Kos elektrik + Kos air + Kos telefon

= 2.00 + 2.00 + 2.00

= RM 6.00

Harga Seunit (RM)

= Kos bahan mentah + Kos upah + Kos utiliti

= 19.00 + 8.00 + 6.00

= RM 33.00

Harga Jualan (RM)

= Harga seunit + Margin Keuntungan (10%)

= RM 33.00 + RM 3.30

= RM 36.30

9.0 JADUAL KERJA

BIL.MINGGU

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10M1

1M12 M13 M14

AKTIVITI

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Page 11: KERTAS KERJA

10.0 PENUTUP

Setiap murid mempunyai kecerdasan dan kadar keupayaan yang berbeza antara setiap individu.

Pelajar yang lemah dalam pelajaran sering tercicir semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebiasaannya pelajar ini mempunyai sifat kendiri yang agak pasif serta kurang keyakinan diri malahan

tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Guru perlu bijak mengendali dan berhadapan dengan pelajar

seperti ini dan perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini agar pelajar yang

lemah tidak terus berakhir dengan kelemahan. Guru perlu mengambil inisiatif dengan menyediakan

pembelajaran yang lebih bersifat menyeronokkan serta mampu menarik keseluruhan pelajar untuk

mengikutinya.

Pelajar perlu juga dideahkan dengan teknologi baru malahan perlu dapat melihat suatu konsep

yang disampaikan dengan lebih jelas. Sebagai guru yang inovatif, penyediaan proses pembelajaran dan

pengajaran perlulah menjadi mudah dan praktikal serta memberikan impak yang positif di kalangan

pelajar prasekolah kerana ia memberikan pengetahuan dengan lebih jelas berkaitan dengan proses

pembelajaran Selain itu,proses pengajaran perlu mampu memberikan pengalaman dan pengetahuan

secara menyeluruh.  

Pembentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan sistematik dalam melahirkan

pelajar yang kreatif serta mampu memperlihatkan kesungguhan pelajar untuk mempelajari sesuatu

matapelajaran. Kejayaan pelajar dalam pelajaran juga bergantung kepada bahan yang sesuai, kaedah yang

tepat, kesungguhan guru dan kesediaan pelajar pada usia mereka masih kecil. Daya kreatif seseorang guru

boleh memberi sumbangan yang besar bagi meningkatkan tahap pencapaian seseorang murid.

Page 12: KERTAS KERJA

LAMPIRAN

Page 13: KERTAS KERJA