kertas kerja

9
SK SERI KELEBANG, 31200 CHEMOR

Upload: salimah-musa

Post on 28-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SK SERI KELEBANG, 31200 CHEMOR

KERTAS KERJA

PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM

 

KERTAS KERJA: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN, SK SERI KELEBANG, 32000 CHEMOR

Pengenalan

Guru-guru merupakan penggerak kepada kemajuan murid-murid bukan sahaja

dalam bidang akademik malahan sahsiah. Guru-guru telah dibekalkan dengan ilmu

untuk membentuk murid-murid supaya menjadi kendiri dan supaya kemenjadian. Maka tatkala

menangani pelbagai pemasalahan hari demi hari, tiba waktunya guru-guru ini perlu dikumpul

semula supaya boleh ditambah bekalkan ilmu dan semangat perjuangan keguruan.Untuk itu, guru-

guru ini telah dikumpulkan bersama-sama di satu tempat dalam keadaan sedikit santai sambil

mendengar sedikit ilmu yang mugkin selama ini kaum guru terlepas pandang atau kita sudah

terlupa.Dalam agama pun ada menjelaskan supaya kita sering ingat mengingati dalam perkara

kebaikan.Oleh itu program ini adalah dirancang untuk memberikan sedikit ilmu tapi amat berguna

kepada semua warga pendidik di SK SERI KELEBANG ini.

Objektif 

Objektif program ini adalah bertujuan untuk guru-guru:

1. Memacu barisan guru kepada meletakkan tugas dan tanggungjawab kepada

Hieraki tertinggi.

2. .Memperjelaskan kepada guru-guru keistimewaan tugasan guru.

3. Memperkemaskan lagi dan memantapkan pengurusan disiplin sekolah.

4. Memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanankan tugas.

5. Melahirkan guru-guru yang berketerampilan, berwibawa, proaktif, pragmatis dan kreatif.

6. Memberi keyakinan diri guru mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah

7. Memantapkan lagi aktiviti kokurikulum yang sedia ada.

Maklumat Program

Tarikh : 05/ 04/2013 ( Jumaat )

Masa : 2.30 petang

Tempat: : Bilik Seri Mutiara

Kerjasama : Pengerusi LADAP sekolah

Tema : Kokurikulum

Penyertaan

Kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini adalah semua guru-guru SK

Seri Kelebang yang berjumlah seramai 63 orang dan empat orang pentadbir sekolah.

Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur

Penasihat : En Ismail B Mohd Sam ( Guru Besar SKSK )

Pn Noor Axla B Nasaruddin ( GPK Pentadbiran )

En Embok Ungah B Embok Tahak (GPK HEM )

Pn Noorizan Bt Idris ( GPK Ko-ku )

Setiausaha : Pn Fadilah Bt Ibrahim

Bendahari : Pn Zuriatai Bt Ibrahim

AJk : 1. Pn Nazirah Bt Bidin

2. Pn Nuriani Bt Mohd Nor

3. Pn Haslina Bt Abu Samah

4. En Balamuraly

5. Pn Rohana Bt Buang

6. Pn Rosmawati Bt Yahya

7.Pn Nihayatul Husna Bt Nazmi

Aturcara Program

2.00 petang - Pendaftaran

2.30 petang – ucapan pengerusi majlis

2.35 petang – Ucapan Penasihat –Guru Besar SK Seri Kelebang

2.40 petang- Pembentangan LADAP-Pembentukan Modal Insan Melalui Aktiviti

Kokurikulum.

4.50 petang – Sessi soal jawab

5.00 petang –Ucapan penutup dan penyampaian cenderahati

5.20 petang – Jamuan

5.40 petang - Bersurai

Penceramah Penceramah jemputan : En Hanafi Bin Ghazali

Pensyarah Cemerlang Kokurikulum,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Jalan PPH.

31150 Hulu Kinta,

Perak, MALAYSIA.

Belanjawan

Peruntukan Kewangan dari Kelab Guru Dan Sumbangan Guru Besar SK Seri

Kelebang.

Perbelanjaan – Minum peserta dan penceramah –RM 2.00 X 70 = RM 140.00

Saguhati penceramah = RM 50.00

Jumlah = RM 190.00

Penutup

Diharapkan dengan adanya program seperti LADAP ini dapat membantu

guru –guru dan pentadbir sekolah menguruskan aktiviti dan program kokurikulum

dengan lebih baik di sekolah khasnya dan amnya dapat memberi kesan yang terbaik

untuk membentuk sahsiah diri murid tidak mengira latar belakang keluarga, pendidkan

, kaum mahu pun etnik.

Di sediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………. …………………………..

( Pn Fadilah Bt Ibrahim ) ( En Ismail B Mohd Sam )

Setiausaha Program LADAP Guru Besar,

SK Seri Kelebang, 31200 Chemor. SK Seri Kelebang,

31200 Chemor.

سكوله كبعساءن سري كليبعSEK. KEB. SERI KELEBANG31200 CHEMORPERAK DARUL RIDZUANABA 2052

..

..

..

____________________________________________________________________________________________________________________ 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : Bil. (3 ) SKSK/07/01 Tarikh : 27 .03.2013

En Hanafi Bin GhazaliPensyarah Cemerlang Kokurikulum,Institut Pendidikan Guru Kampus IpohJalan PPH.31150 Hulu Kinta,Perak, MALAYSIA.

Melalui,Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus IpohJalan PPH.31150 Hulu Kinta,Perak, MALAYSIA.

Tuan

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) UNTUK GURU-GURU SK SERI KELEBANG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP ) untuk guru-guru SK Seri Kelebang yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: 

TARIKH : 05.04.2013 ( JUMAAT ) TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA SK SERI KELEBANG MASA : 2.30 PETANG BIL GURU: 63 orang

Tel : 05-2916844

Faks : 05-2924485

3. Sehubungan ini, En Hanafi Bin Ghazali,Pensyarah Cemerlang Kokurikulum Institut Pendidikan Kampus Ipoh, dijemput hadir sebagai penceramah bagi menjayakan program tersebut.

4 . Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai .

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

………………………………….

(ISMAIL BIN MOHD SAM)

Guru Besar

SK Seri Kelebang,

31200 Chemor.