kertas kerja

15
1.1 PENGENALAN Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Kemunculan perbankan Islam ini adalah ekoran daripada keperluan dan permintaan yang mendesak daripada masyarakat Islam yang mahukan kehidupan mereka berlandaskan syariah Islam termasuklah di dalam bidang kewangan dan perbankan (Sudin Harun 1996). Kejayaan penubuhan bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank 1975 telah membuka lembaran baru kepada penerokaan yang lebih luas ke arah perkembangan institusi kewangan Islam di seluruh dunia. Sehingga kini terdapat lebih kurang 177 institusi kewangan Islam dengan jumlah aset sebanyak US$ 90 bilion. Terdapat tiga buah negara yang telah menukar sepenuhnya sistem perbankan mereka kepada sistem perbankan Islam iaitu Iran,Sudan dan Pakistan (Sudin Harun 1996). Di Malaysia, sistem kewangan Islam merupakan satu lembaran baru di dalam perkembangan sistem kewangan negara. Sistem ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada pengguna selain sistem kewangan konvensional yang telah biasa di amalkan oleh pengguna pada masa kini. Malaysia telah di dedahkan dengan sistem kewangan konvensional sejak dari dulu lagi (Nur Muhamed 1996) namun dengan senario sekarang serta data-data rasmi perbankan Islam yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia di dapati pengguna Page 1

Upload: nur-syahirah

Post on 21-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pebankan Islam

TRANSCRIPT

1.1 PENGENALAN

Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Kemunculan perbankan Islam ini adalah ekoran daripada keperluan dan permintaan yang mendesak daripada masyarakat Islam yang mahukan kehidupan mereka berlandaskan syariah Islam termasuklah di dalam bidang kewangan dan perbankan (Sudin Harun 1996). Kejayaan penubuhan bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank 1975 telah membuka lembaran baru kepada penerokaan yang lebih luas ke arah perkembangan institusi kewangan Islam di seluruh dunia. Sehingga kini terdapat lebih kurang 177 institusi kewangan Islam dengan jumlah aset sebanyak US$ 90 bilion. Terdapat tiga buah negara yang telah menukar sepenuhnya sistem perbankan mereka kepada sistem perbankan Islam iaitu Iran,Sudan dan Pakistan (Sudin Harun 1996).

Di Malaysia, sistem kewangan Islam merupakan satu lembaran baru di dalam perkembangan sistem kewangan negara. Sistem ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada pengguna selain sistem kewangan konvensional yang telah biasa di amalkan oleh pengguna pada masa kini. Malaysia telah di dedahkan dengan sistem kewangan konvensional sejak dari dulu lagi (Nur Muhamed 1996) namun dengan senario sekarang serta data-data rasmi perbankan Islam yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia di dapati pengguna Malaysia semakin berminat untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Islam khususnya produk-produk perbankan Islam ini. Daripada hanya sekadar perintis di awal tahun 1980an, Malaysia kini telah mendahului dan menjadi contoh kepada perbankan Islam yang inovatif. Ia juga telah dibuktikan secara efisien dan efektif dalam memenuhi keperluan masyarakat moden pada hari ini.

Sistem kewangan Islam mempunyai maktlamat yang jelas iaitu untuk membantu masyarakat Islam untuk memperkembangkan ekonomi mereka. Konsep tolong- menolong dan halal adalah merupakan punca utama dalam perlaksanaan sistem kewangan Islam ini.

Justeru kajian ini akan melibatkan : -Apakah persepsi masyarakat bukan Islam terhadap perbankan Islam?

1.2LATAR BELAKANG KAJIAN

Perbankan Islam ialah perbankan yang berdasarkan undang-undang Islam (Syariah) peraturan perbankan Islam adalah mengikut undang-undang Syariah, yang dikenali fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi) peraturan al-Quran dan al Sunnah, dan sumber-sumber sekunder yang lain seperti pengumpulan pendapat yang dipersetujui ijma Syariah(ulama), qiyas(analogi), dan igtihad (proses mengeluarkan pendapat peribadi).

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti persepsi masyarakat bukan Islam terhadap perbankan Islam di Kota Bharu. Justeru itu, kajian ini untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan tentang perbankan Islam, kriteria pemilihan perbankan Islam dan perbezaan tahap pengetahuan tentang perbankan Islam berdasarkan jenis pekerjaan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pengenalan perbankan Islam dan perubahan persekitaran di dalam kewangan Malaysia telah melahirkan generasi baru dalam sektor perbankan. Senario tersebut juga telah membawa perubahan dalam citarasa pelanggan dan pemimpin bagi perkhidmatan bank yang lebih baik dan berkualiti.

Walaubagaimanapun, produk yang ditawarkan oleh bank Islam masih tidak di terima oleh pelanggan bukan Islam. Masalah ini berlaku kerana pelanggan bukan Islam kurang yakin untuk memilih perbankan Islam sebagai perantaraan dalam pelaburan, tempat penyimpanan wang. Ia menjadi satu masalah yang besar apabila segelintir masyarakat bukan Islam tidak memahami dan kurang pengetahuan berkaitan sistem perbankan Islam. Malah terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap bahawa produk perbankan Islam yang di tawarkan ini untuk masyarakat muslim sahaja.

Menurut kajian Mokhtar Mohamad dan Izah Mohd Tahir (2010), mendapati kebanyakan pelanggan masih lagi mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai perbankan Islam dengan sumber pengetahuan mereka yang utama adalah akhbar dan televisyen. Sebahagian besar responden tidak yakin perbankan Islam dapat menyaingi perbankan konvensional dan ramai juga responden yang belum menggunakan perbankan Islam turut menyatakan tidak berminat untuk menggunakan perbankan Islam.

Mahupun begitu, jika ditinjau terdapat segelintir pelanggan mempunyai persepsi positif dalam memilih perbankan Islam berdasarkan kepada pendapat tertentu dan tahap pengukuran. Kajian ini, bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat bukan Islam terhadap perbankan Islam di Kota Bharu.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Di antara objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang perbankan Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam.2. Mengenalpasti kriteria-kriteria yang mendorong pemilihan masyarakat bukan Islam terhadap perbankan Islam.3. Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan tentang perbankan Islam berdasarkan jenis pekerjaan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap pengetahuan tentang perbankan Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam?2. Apakah kriteria-kriteria yang mendorong pemilihan masyarakat bukan Islam terhadap perbankan Islam?3. Apakah perbezaan tahap pengetahuan tentang perbankan Islam berdasarkan jenis pekerjaan dalam kalangan masyarakat bukan Islam?

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan sampel kajian seramai 50 orang pelanggan bukan Islam di kawasan Kota Bharu. Mereka adalah terdiri daripada peniaga,kakitangan kerajaan dan swasta, pengguna perbankan Islam dan lain-lain. Aspek kajian adalah untuk menentukan tahap pengetahuan masyarakat bukan Islam terhadap perbankan Islam, kriteria pemilihan perbankan Islam dalam kalangan bukan Islam dan perbezaan tahap pengetahuan tentang perbankan Islam berdasarkan jenis pekerjaan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

i. Dapat memberi penambahan pengetahuan dan kefahaman kepada kalangan masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam tentang perbankan Islam yang ditawarkan oleh pihak bank. ii. Dapat mewujudkan kesedaran dan meningkatkan tahap keyakinan di kalangan masyarakat bukan Islam tentang adanya perbankan Islam yang boleh menjadi alternatif kepada perbankan sedia ada yang ditawarkan.iii. Dapat mengikis tanggapan masyarakat dan mengubah persepsi mereka terhadap kelemahan perbankan Islam.iv. Dapat membantu pihak bank dalam mengaturkan strategi bagi meningkatkan penglibatan pelanggan bukan Islam dalam perbankan Islam. v. Dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji yang akan datang dan memberi manfaat yang secukupnya bagi mengembangkan atau meluaskan lagi kajian yang akan dijalankan.

1.7 DEFINISI OPERATIONAL

1.7.1 Perbankan Islam

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

1.7.2 Bukan IslamDalam kajian ini, istilah bukan islam merujuk kepada orang-orang yang belum kembali kepada Islam atau bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam yang menggunakan perbankan Islam. Istilah bukan Islam lebih ideal untuk digunakan dalam konteks dakwah berbanding istilah-istilah yang lain seperti al-kufr, al munafiq dan al-syirik. Contoh golongan bukan islam terbahagi kepada Cina, India, Iban, Khadazan dan lain-lain.

1.9SOROTAN KAJIAN

Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam merupakann satu lembaran baru di dalam perkembangan sistem kewangan Negara. Sistem ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada pengguna selain sistem kewangan konvensional yang telah biasa diamalkan oleh pengguna pada masa kini.

Haron et.al (1994) telah membuat kajian terhadap 301 responden Islam dan bukan Islam di Malaysia mengenai pengetahuan mereka tentang perbankan Islam. Kajian tersebut mendapati hampir kesemua responden (99.3 peratus) menyedari akan kewujudan perbankan Islam. Manakala 75 peratus pelanggan bukan Islam juga menyedari kewujudan sistem perbankan Islam.Kajian itu juga mendapati 63 peratus pelanggan Islam dapat membezakan antara perbankan Islam dengan perbankan konvensional. Dalam pada itu 12 peratus responden Islam menganggap sistem perbankan Islam hanya untuk orang-orang Islam, manakala 32 peratus responden bukan Islam mempunyai pendirian yang sama.

Perkhidmatan yang cepat dan efisyen tetap menjadi pilihan utama, sama seperti kajian-kajian oleh Haron et. al., (1994), Gerard dan Cunningham (1997) danTriyuwono et. al (2000). Responden-responden di Turki juga menyatakan faktor agama sebagai faktor terpenting apabila memilih bank Islam (Okumus, 2005). Dapatan ini menyokong kajian-kajian oleh Metawa dan Almossawi (1998), Universiti Diponegoro (2000), Anang et. al (2004) dan Okumus (2005).

Elemen pertama yang mungkin penting dalam kriteria pemilihan perbankan Islam ialah reputasi bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Pelanggan akan menilai sejauh mana reputasi sesebuah bank sebelum membuat keputusan untuk memilih bank tersebut. Reputasi atau imej bank penting bagi membina keyakinan pelanggan terhadap sesebuah bank (Erol 1984) . Elemen reputasi bank akan digunakan sebagai pembolehubah dalam kajian ini memandangkan elemen ini digunakan dalam pemilihan bank konvensional. Erol & El-bdour (1989) juga telah mengutarakan kepentingan elemen ini dalam perbankan Islam.

Layanan atau perkhidmatan merupakan kriteria kedua yang mempunyai pemilihan bank oleh pelanggan (Amy Azhar & Suzieliana 2003) layanan ditakrifkan sebagai pertolongan atau bantuan( Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan 1995). Manakala perkhidmatan pula dimaksudkan sebagai kerja untuk kebajikan orang ramai serta kemudahan untuk kepentingan orang ramai (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan1995). Hubungan personal (layanan) memaikan peranan yang penting dalam menarik seseorang individu untuk memilih sesebuah bank (Erol 8 EL- Bdour 1986) scheinder 1985). Andrew (1986) mengendalikan pelanggan sebagai raja bagi setiap pasaran dan mereka berkuasa penuh serta penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Sesuatu perkhidmatan diukur dengan cara melihat ataupun menilai adakah perkhidmatan yang diberikan memenuhi jangkaan pengguna (Francis 1968). Oleh itu, pihak bank perlu mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan pelanggan (Jasni 1996).

Yuran atau caj juga dianggap sebagai salah satu kriteria yang boleh memberi implikasi kepada pelanggan dalam memilih sesebuah bank bagi menjalankan urus niaga kewangan mereka (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Yuran merupakan bayaran yang dikenakan pada tiap-tiap bulan atau pada waktu tertentu (Kamus Dewan 1989). Manakala caj membawa maksud bayaran yang dikenakan keatas setiap urusan atau transaksi yang dibuat (Hisham 2002). Pelanggan juga akan dipengaruhi oleh kadar bayaran yuran atau caj yang dikenakan oleh bank ke atas transaksi yang dibuat (Kaynak 1991). Pelanggan akan membuat perbandingan bagi setiap kadar bayaran atau caj yang dikenakan oleh sesebuah bank dengan bank yang lain (Zung & Michael 1986).

1.10 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soalan selidik sebagai instrument kajian. Kajian ini akan dilaksanakan di kalangan masyarakat bukan Islam di Kota Bharu dengan mengambil sampel sebanyak 50 orang. Data yang diperolehi akan dianalisa dengan menggunakan SPSS versi 2.1. Hasil dapatan kajian akan ditunjukkan dengan rajah dan jadual.

1.8 BIBILIOGRAFI

Amy Azhar & Suzieliana 2003,Erol & El-bdour (1989)Erol 1984 ).Kriteria pemilihan islam di Malaysia: pengalaman tinjauan awal kajian kualitatif fakulti kewangan, fakulti kewangan dan perbankan.Haron et.al (1994),), Gerard dan Cunningham (1997) dan Triyuwono et. al (2000) Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam,kajian rintis di fakulti pengurusanperniagaan dan perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin.Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan 1995. Andrew 1986,Francis 1968, Hisham 2002,Zun & Michael 1986.Kriteria pemilihan perbankan islam di Malaysia: pengalaman tinjauan awal kajian kualitatif fakulti kewangan, fakulti kewangan dan perbankan.

Metawa dan Almossawi (1998), Universiti Diponegoro (2000), Anang et. al (2004) danOkumus (2005).Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam,kajian rintis di fakulti pengurusan perniagaan dan perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Mokhtar Mahamad, Izzah Mohd Tahir 2010,persepsi orang bukan Islam terhadap Perbankan Islam: Kajian rintis

Nur Muhamed1996.Kriteria pemilihan perbankan islam di Malaysia: pengalaman tinjauan awal kajian kualitatif fakulti kewangan, fakulti kewangan dan perbankan.Sudin Harun 1996. Kriteria pemilihan perbankan Islam di Malaysia: pengalaman tinjauan awal kajian kualitatif fakulti kewangan, fakulti kewangan dan perbankan.

http://omartahfiz.blogspot.com/2013/10/pendekatan-dakwah-terhadap-non-muslim.htmANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAJUMLAH(RM)

1.Kertas50.00

2.Kos Percetakan100.00

3.Kos Pengangkutan100.00

4.Kos Pengurusan50.00

Jumlah Keseluruhan300.00

Page 11