kertas kerja

14
KERTAS KERJA TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR. TARIKH: 10HB FEBRUARI 2015 TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG. MASA: 08:00 PAGI – 12:45 PETANG ANJURAN: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, KUALA LIPIS. 1

Upload: melvin-georage

Post on 04-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas kerja kejohanan

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR.

TARIKH: 10HB FEBRUARI 2015TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG. MASA: 08:00 PAGI 12:45 PETANGANJURAN:PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, KUALA LIPIS.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA1MURID 1SUKANBIL.PERKARAMUKA SURAT

1Latar Belakang1

2Objektif1

3Matlamat2

4Tarikh, Tempat dan masa 2

5Tentatif Program3

6Anggaran Perbelanjaan4

7Keperluan Peralatan4

8Acara yang dipertandingkan5

9Senarai Ahli jawatankuasa 5

10Jadual Pertandingan7

11Peraturan dan Syarat8-10

12Penutup 11

13Lampiran 112

SENARAI KANDUNGAN

TEMASYA SUKAN 2015 1.0 Latar belakang Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Terutamanya kepada murid sekolah rendah, sukan mencungkil bakat murid kepada tahap yang lebih mahir. Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan kepada murid. Justeru itu, sukan juga mendisiplinkan akhlak murid dan membentuk jati diri seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pihak sekolah perlu menyediakan ruang kepada murid untuk mempertingkatkan penglibatan secara menyeluruh daripada murid. Dengan kesedaran ini, pihak PIBG sekolah Clifford menganjurkan temasya sukan bagi tahun 2015, supaya murid dapat melibatkan diri secara aktif dan membina nilai-nilai insaniah bagi masa akan datang.

2.0 Objektif2.1 Membimbing dan memilih murid-murid yang berbakat dalam acara balapan dan padang untuk menyertai pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi seperti daerah, kebangsaan dan antarabangsa. 2.2 Menyemarakkan persaingan yang sihat di kalangan murid.2.3 Melahirkan seorang murid yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek.2.4 Merapatkan hubungan diantara pihak sekolah dan ibubapa.

3.0 Matlamat3.1 Pihak penganjur dapat mencungkil bakat murid melalui pertandingan yang dipertandingkan. 3.2 Dapat melahirkan insan yang aktif dan sihat, minat akan sukan. 3.3 Dapat meningkatkan kredibiliti penganjur dan penglibatan murid. 3.4 Mendedahkan suasana sukan kepada murid sekolah rendah.

4.0 Tarikh, Masa, Tempat dan Kategori Rumah Sukan Tarikh: 10hb Februari 2015Masa: Anggaran (bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari)Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis.Rumah Sukan: Saga, Wira, dan Iswara

5.0 Tentatif ProgramMasaAktiviti

8:00-8:30 pagi -Murid berkumpul di padang mengikut rumah sukan masing-masing.-kehadiran ibubapa. -persediaan akhir sebelum majlis bermula.

8:30-8:45pagi-Ketibaan yang hormat Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Kuala Lipis dan tetamu-tetamu kehormat.

8:45-9:45 pagi-Ucapan alu-aluan pengacara majlis.-Persembahan (perbarisan)-ucapan Yang di-Pertua PIBG-ucapan Pegawai PPD-Persembahan khas perasmian Temasya Sukan 2015

9:45-10:00 pagiAcara bermula: Murid Tahap 2(4,5,6)

-100m (Lelaki)-100m (Perempuan)

10:00-10:15 pagiAcara Murid Tahap 2(4,5,6)

-200m (Lelaki)-200m (Perempuan)

-Susun tin

10:15-10:45pagiAcara Murid Tahap 2(4,5,6)

-400m (Lelaki)-400m (Perempuan)

- Berjalan atas bata

10:45-11:00pagiAcara Murid Tahap 2(4,5,6)

-4x100m (Lelaki)-4x100m (Perempuan)

Lari dalam guni

11:00-11:15tgh hariAcara terbuka bagi ibubapa dan guru

11:15-11:30 tgh hariPenyampaian Hadiah & Majlis Penutupan

11:30-12:00 tgh hari Jamuan & bersurai

6.0 Anggaran Perbelanjaan BILPERKARAANGGARANJUMLAH

1.T-Shirt AJK RM65 x 301950

2.HadiahMedalHamperSijil

Piala Cenderamata

150 x RM15 6 x RM100 350

6 x RM100 1 x RM1002250600--sumbangan

600100

3.Urus setia:Manila kadMarker PenDouble side tapeMinumanKertas A4

10010050400 Botol 50 Rim Sumbangan sekolah

JUMLAH 3550

7.0 Keperluan Peralatan 1.Acara PadangTinGuniBata

2.Acara BalapanStarter blockBaton

3.AJK PertandinganPistol PelepasPeluru KapurTali PenamatBendera PengadilJam Randik Pembesar Suara

4.PenempatanKerusiMejaKhemah Kanopi

8.0 Acara yang dipertandingkan Acara Padang Acara Balapan

Susun Tin100m (L,P)

Lari dalam guni200m (L,P)

Berjalan guna bata400m (L,P)

4 x 100m (L,P)

9.0 Jawatankuasa PelaksanaanPenasihat I : En Chew Chee Horng (Guru Besar)Penasihat II : YDP Razali Bin Rahim (Pengerusi PIBG)Pengerusi : En Zamani Bin Rahman (PK Kokurikulum)Naib Pengerusi : En Baskaran A/L MuniandySetiausaha : Melvin Georage A/L Maria RazalBendahari : Puan Karthini Binti IsmailAhli Jawatankuasa KecilUrus setia Pendaftaran peserta: En V.GopalJuruacara: En Simon JackJK Teknikal: En Mustapa LongJK Pengadil: En Farhan JK Peralatan: En S.SivabalanJK Hadiah dan Cenderamata: Cik Rofidah binti KarimJK Keselamatan dan Kebersihan: Puan Rosmah Binti WahidJK Sukarelawan: Puan B.SaraswathyPencatat Masa: Pelajar SukarelawanPelepas: En William WongJK Makanan: Puan Razimah Binti MohammadJK Persediaan Tempat: Cik T.Vimala

Jawatankuasa PertandinganAcara Balapan: En D.KrishnanAcara Padang: En K.thamilvaanan

10.0 Jadual Pertandingan

Jadual Pertandingan Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang.

BilNo AcaraAcaraKategoriMasa

101100mLelaki09:45-10:15pagi

202100mPerempuan

303200mLelaki

404200mPerempuan

505Susun TinLelaki

606Susun TinPerempuan

707400mLelaki10:15-10:45 pagi

808400mPerempuan

909Berjalan Guna bataLelaki

1010Berjalan Guna bataPerempuan

11114 x100Lelaki10:45-11:00pagi

12124 x100Perempuan

1313Berlari dalam guniLelaki

1414Berlari dalam guniPerempuan

11.0 Peraturan/Syarat Pertandingan 11.1 CaraPertandingana) Setiap rumah sukan dibenarkan menghantar 2 peserta bagi satu-satu acara dan satu pasukan sahaja bagi acara berganti-ganti.b) Bilangan maksima penyertaan seorang peserta ialah 1 acara individu dan 1 acara berpasukan.11.2 Pendaftaran Peserta a)Pendaftaran peserta hendaklah dibuat sebelum 5 Februari 2015 dalam BORANG PENYERTAAN yang dihantar oleh Jawatankuasa Pertandingan. b)Butir mengenai penyertaan hendaklah diisi dan disahkan oleh ketua rumah sukan.11.3 Kategori Jantina a)Pertandingan di bawah Peraturan ini dibahagikan kepada Kelas Lelaki dan Kelas Wanita11.4 Cara Berpakaiana)Peserta-peserta dalam semua acara mesti berpakaian sesuai,bersih dan tidak menjolok mata.b)Peserta digalakkan memakai baju sukan masing-masing. 11.5 Penarikan dan Penggantian a)Undian lorong akan dilakukan oleh penyelia peserta.b)Semua nama peserta yang mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan semasa menghantar borang pendaftaran. c)Penggantian untuk peserta yang menarik diri hendaklah dimaklumkan sehari sebelum acara. 11.6 PengesahanPenyertaanDanMelaporDiria)Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum acara bermula. Selepas itu, mereka akan dihantar ke tempat pertandingan oleh penyelia peserta. b)Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara akan dibuat oleh Juruacara.c)Peserta-peserta hendaklah dengan pakaian dan nombor yang disematkan dengan pin ketika melaporkan diri.d)Peserta yang lewat melaporkan diri 5minit lewat sebelum acara bermula, tidak dibenarkan mengambil bahagian. 11.7 Cara Memutuskan Keputusan Kejohanan & Penentuan kedudukana) Semua keputusan pertandingan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.b) Mata akan diberi kepada rumah sukan yang pesertanya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan akhir acara perseorangan serta acara berpasukan.c) Pertama (3mata), Kedua (2mata), Ketiga (1mata). Hadiah akan diberi bagi tempat pertama, kedua & ketiga bagi acara individu dan acara berpasukan.11.8 Nombor Dan Huruf Pengenalan Rumah Sukana) Kain nombor peserta mesti berukuran 24cm x20 cm. Saiz nombor ialah 12cm x4cm.b) Semua rumah sukan dikehendaki menyediakan nombor dan pin peserta masing-masing.11.9 Bantahana) Jika pegawai rumah sukan membantah berkenaan status peserta sebelum pertandingan dimulakan, maka perkara tersebut boleh dikemukakan kepada juri rayuan.b) Bantahan berhubung dengan perkara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat 15 minit sebelum keputusan rasmi diumumkan. 12.0 Borang Pertandingan Rujuk LAMPIRAN 113.0 PENUTUPSukan Olahraga ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis merasai sendiri pengalaman menyertai temasya sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah.

Disediakan Oleh,

(..) Melvin Georage A/L Maria Razal, Setiausaha, Temasya Sukan Tahunan 2015, SK Clifford, Kuala Lipis. Disahkan Oleh,

(..) En Zamani Bin Rahman Pengerusi, Temasya Sukan Tahunan 2015, SK Clifford, Kuala Lipis.

Disokong Oleh,

(.) YDP Razali Bin Rahim Penasihat II, Temasya Sukan Tahunan 2015, SK Clifford, Kuala Lipis.

Diluluskan Oleh,

(..) Chew Chee Horng Penasihat I, Temasya Sukan Tahunan 2015, SK Clifford, Kuala Lipis.

11