kertas kerja

13
KERTAS KERJA _____________________________________________________________ SEMINAR REFLEKSI : “PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS (KBKK) DENGAN BERKESAN” _____________________________________________________________ TARIKH : 30 Mac 2015 MASA: 11.00 PAGI -1.00 PETANG TEMPAT : B10-0-03, BLOK 10 KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, PROTON CITY ANJURAN : KUMPULAN INOVATIF 5 KPR3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PENGARAH PROGRAM : SURIANIM BT AZMI NO.TELEFON : 019-7505425

Upload: ct-rasheqa-mat-razali

Post on 29-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kertas kerja seminar refleksi

TRANSCRIPT

PENGARAH PROGRAM :SURIANIM BT AZMINO.TELEFON :019-7505425

KERTAS KERJA _____________________________________________________________SEMINAR REFLEKSI : PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS (KBKK) DENGAN BERKESAN _____________________________________________________________

TARIKH : 30 Mac 2015

MASA: 11.00 PAGI -1.00 PETANG

TEMPAT : B10-0-03, BLOK 10 KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, PROTON CITY

ANJURAN :

KUMPULAN INOVATIF 5KPR3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJARUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 TUJUAN

Program ini merupakan sebahagian daripada pendekatan langsung dengan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang didedahkan dalam kursus KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar. Program ini ialah program bersama di antara pelajar subjek KPR 3012 dan pensyarah dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penceramah yang berpengalaman sebagai seorang guru pelatih Sains Pertanian yang mempunyai pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam memupuk pelajar agar dapat menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan matlamat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membawa kelainan dalam penerapan pendidikan, di mana pembelajaran dan pengajaran seharusnya tidak hanya memfokuskan kepada bilik kuliah sahaja, tetapi juga mencakupi penerokaan melalui pengalaman mereka yang berpengalaman. 2.0 PENGENALAN Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) telah lama diperkenalkan sejak 1989 lagi. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang mampu mengembangkan bakat dan kreativiti selain mampu bersikap rasional, berdaya maju serta sentiasa bersaing.2.1 Kemahiran berfikirPemikiran dimaksudkan dengan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau mencipta serta membuat pertimbangan sewajarnya bagi membuat keputusan menyelesaikn masalah. Kemahiran berfikir bermaksud kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.Kemahiran berfikir terbahagi kepada berfikir secara kritis dan berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatulah idea, menilai kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah serta membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti . Menurut Noriati et al (2012), berfikir secara kritis ialah penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena, persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada.Berfikir secara kreatif pula adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai samaada ia bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan serta , meneroka dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

3.0 OBJEKTIF

i. Seminar ini dijalankan bagi memberi pemahaman maksud dan konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dengan lebih mendalam.ii. Program ini dianjurkan bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman dengan penceramah yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan iii. Menggalakkan mahasiswa/i menguasai teknik kemahiran berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP) agar dapat menjadi seorang guru yang unggul. iv. Membina keyakinan diri di dalam mempersiapkan diri mengasah kebolehan menjadi guru yang berkreadibiliti

4.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 30 Mac 2015Hari : IsninMasa : 11.00 pagi 1.00 petang Tempat : B10-0-03, Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5.0 PENGANJUR Program adalah program yang dianjurkan dibawah Kursus KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar dengan peruntukan dibiayai sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa pelaksana.

6.0 KUMPULAN SASARAN Program ini mensasarkan penglibatan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan pensyarah.

7.0 PENCERAMAH

8.0 TENTATIF PROGRAM

11.00 pagi : Ketibaan Para Jemputan dan Pensyarah11.10 petang : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis: Bacaan Doa , Ucapan Pengarah Program11.30 12.00 tengahari: Seminar oleh penceramah .2.00 -12.30 tengahari: Aktiviti berkumpulan12.30- 1.00 petang : Penutup dan penyampaian cenderahati oleh penaung Dr Nora kepada penceramah.1.00 petang : Bersurai9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS Penaung: Dr NoraPengarah Program : Surianim Bt AzmiSetiausaha :Ahli Jawatankuasa Peringkat Pelaksanaan / Urusetia Gerak Kerja Pengacara majlis merangkap setiausaha:

Protokol dan Jemputan: Teknikal dan Siaraya: Persembahan : Aktiviti : Makanan / Minuman : Pendaftaran, Sijil dan Cenderahati:

10.0SENARAI TUGASJawatanTugas

Pengarah i. Memastikan segala perjalanan program berjalan dengan lancar.ii. Memastikan gerak kerja program dilaksanakan seperti yang dirancang.

Setiausaha i. Menyediakan segala urusan berkaitan dengan suratmenyurat dan memo untuk program.ii. Menyediakan laporan keseluruhan program.

Pengerusi majlisi. Membaca teks dan menguruskan tentatif program.

Jawatankuasa Makanan dan Minumanii. Membuat tempahan makanan dan minuman.iii. Menguruskan makanan dan minuman.iv. Menghidangkan makanan penceramah dan penasihat (Dr Nora)v. Memastikan semua makanan yang disediakan berada dalam keadaan sempurna dan selamat.vi. Menyediakan semua bahan makanan yang digunakan untuk program.

Jawatankuasa Protokol dan Jemputani. Menyediakan teks ucapan pengacara majlis dan pembaca doa serta atur cara pentadbiran.ii. Mengiringi penasihat (Dr Nora) untuk penyampaian cenderahati.iii. Menyediakan surat jemputan penceramah.iv. Sentiasa followup jemputan penceramah.

Jawatankuasa Persembahan i. Menyediakan ruangan pameran persembahan.ii. Memastikan ruang pameran dipenuhi dengan carta-carta tentang kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.iii. Memastikan keperluan persembahan mencukupi

Jawatankuasa Aktivitii. Mengatur aktiviti berkumpulan semasa seminar berjalanii. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lanceriii. Memastikan keperluan aktiviti mencukupi

Jawatankuasa Pendaftaran, Sijil dan Cenderahati.i. Membuat pendaftaran peserta sebelum program dimulakan.ii. Memastikan semua maklumat peserta diisi dengan lengkap.iii. Menyediakan cenderahati untuk penceramah dan penaung.

Jawatankuasa Teknikal dan Siarayai. Mengendalikan PA system sepanjang program.ii. Memastikan semua peralatan audio adalah dalam keadaan baik.iii. Memastikan keadaan bilik, kerusi dan meja untuk seminar disusun dengan baik sebelum dan selepas menggunakannya.

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

11.1 ANGGARAN PENDAPATAN

BIL.PERKARAJUMLAH

11.1SUMBANGAN JABATAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

RM 1171.50

JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATAN ( A )RM 1171.50

11.2ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.PERKARAJUMLAH

11.2.1Jamuan1. Makanan ahli ( 50 x RM 3.00 )1. Jamuan jemputan ( 4 x RM 6.00 )

RM 150.00RM 24.00

JUMLAH 1RM 174.00

11.2.2Cenderahati1. Cenderahati Penasihat dan AJK pelaksana

RM 100.00

JUMLAH 2RM 100.00

11.2.4Sijil AJK ( RM 2.00 x 8 orang )RM 20.00

JUMLAH 3RM 20.00

11.2.5Publisiti Kain rentang Ruang pameran

RM 21.00

JUMLAH 6RM 21.00

11.2.6Kontigensi (10% x 1065.00) JUMLAH 7

RM 106.50

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN ( B )JUMLAH ( 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 )RM 1171.50

12.0 KEPERLUAN PERALATAN Bil.PerkaraKuantiti (unit)

1PA Sistem1 set

2Mikrofon1

3Kerusi tetamu (penceramah dan penaung)4

4Meja tetamu (penceramah dan penaung)2

5Meja urusetia1

6Alas meja tetamu (penceramah dan penaung)2

7Gelas dan pinggan untuk tetamu5

7Dulang hadiah1

8Kerusi dan Meja Pelajar50

13.0 PENUTUP Semoga program yang dijalankan dapat mendedahkan pelajar dan pensyarah tentang bagaimana mengaplikasikan kemahiran KBKK di dalam PdP dan seterusnya menjadikan ia satu budaya kerja yang berinovatif. Ianya dapat mencetuskan pemikiran baru di kalangan pelajar untuk menjadi guru berkemahiran kelak. Program ini juga diharap akan dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berupaya untuk menjana idea dan meningkatkan keyakinan diri di dalam melaksanankannya. Di harapkan program ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.

Disediakan oleh : SURIANIM BT AZMIPengarah Program Seminar Refleksi (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis),KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar,Universiti Pendidikan Sultan Idris,35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : .Tarikh : .

Disokong dan disemak oleh :Dr NoraPenasihat,Kursus KPR3012 : Seminar Refleksi Latihan Mengajar ,Universiti Pendidikan Sultan Idris35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan: Tarikh :