kertas kerja
DESCRIPTION
Kertas kerja untuk menjalankan ujian ketangkasanTRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan
kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada
pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan
program ‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985.
Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan
dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah
1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-
Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.
Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya menilai
tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita
akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan
tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan.
2.0 Sejarah Kecergasan Fizikal
1
Kecergasan
Fisiologi
Kecergasan
Sosial
Kecergasan
Psikologikal
Kecergasan
Fizikal
Kecergasan
Sosial
Kecergasan
Mental
Kecergasan
Emosi
Kecergasan
Kerohanian
Kecergasan Keseluruhan
Menurut Fox E.L ( 1983 ) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan fizikal
langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius. Setiap masa
masyarakat pada masa itu hanya menumpukan kehidupan untuk mencari
makanan ,tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan naluri mereka.
Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk terus hidup menikmati keseronokan
hingga akhir hayat.
Pada tahun 1955, President Dwight D.Eisenhower mula mengambil perhatian mengenai
perkara ini. Melalui satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua,didapati
bahawa askar Amerika yang kurang kecergasan ialah seramai 50%. Beliau telah
mengambil perhatian yang serius terhadap kajian yang telah dibuat oleh Kraus dan
Hirschbind yang mendapati bahawa belia Amerika masih mundur dari aspek
kecergasan dibandingkan dengan belia-belia Eropah.
Berdasarkan kepada fakta yang diperolehi daripada kajian tersebut ialah sebuah Majlis
Kecergasan Fizikal telah ditubuhkan di negara tersebut bagi mengatasi masalah ini
dalam aspek kecergasan fizikal di bidang ketenteraan. Usaha telah diteruskan oleh
John F.Kennedy dan Lyndon B.Johnson. Pada mereka bahawa dengan
mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal rakyat akan dapat mewujudkan insan yang
sempurna untuk keselamatan dan kemajuan negara.
Kesedaran untuk mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal ini mula mendapat
perhatian di Malaysia kini. Langkah menyedarkan kepentingan perkara ini dapat dilihat
melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Majlis
Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dengan mengadakan
aktiviti yang sering dengan ini juga Kementerian Pendidikan semakin peka dengan
perkembangan sukan negara dengan memperkenalkan kursus-kursus yang
berorientasikan kecergasan secara saintifik di universiti-universiti tempatan .
Terdapat kursus yang diperkenalkan seperti Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan lain-
lain lagi seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana juga mesti selaras
2
melalui KBSR dan KBSM yang bertujuan memberi pendidikan yang
seimbang:kognitif,psikomotor dan emosi agar dapat malahirkan insan yang seimbang
dan harmoni. Jika aspek kecergasan ini tidak dititikberatkan, sudah tentulah generasi
kita hanya menumpukan pada aspek akademik dan kaya dengan budaya ilmu tetapi
miskin dengan budaya kerja, kerana jasmani mereka tidak cergas.
3.0 Pengenalan Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti
seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti
kesenggangan. Falls (1980),"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai
penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi
dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti
sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan
sebagainya"
Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap
maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-
tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari
gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot,
ketahanan dan kelenturan.
Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu :
3
Kecergasan Berasaskan Kesihatan Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor
Daya Tahan Kardiovaskular
Daya Tahan Otot
Kekuatan Otot
Kelenturan
Komposisi Tubuh Badan
Kelajuan
Imbangan
Masa Tindak Balas
Kuasa
Ketangkasan
Koordinasi
4.0 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia
boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi
tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.
Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu
yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan
mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.
4.1 Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
1. Memfokuskan kepada setiap orang murid
4
Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat
mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan
lagi prestasi murid.
2. Menentukan status semasa murid
Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
3. Memilih wakil sekolah
Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih
wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan
proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.
4. Memotivasikan murid
Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat
memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan
penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan
menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program
pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada
program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak
pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang
diharapkan tercapai.
6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain
Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.
5.0 Sejarah Instrumen
5
Penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di sekolah,
untuk menentukan keberkesanan pengajaran pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani
secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertamanya, markah atau gred
Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang
ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian
Daya Tenaga Asas (UDTA).
5.1 Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA)
Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah
pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu:
a) Ujian Kelembutan
b) Baling bola sofbol
c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak)
d) Mendagu
e) Lari ulang-alik
f) 600 ela lari/jalan
Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah,
telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana didapati
bahawa ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak
bermasalah. Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan
dengan kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian
baru hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan
sahaja.
6
Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang dianggapkan lebih bermakna, mudah
diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ilah
Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) yang sedang dijalankan di sekolah telah
diperoleh. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu :
a) Bangkit Tubi
b) Tekan tubi
c) Jangkauan melunjur
d) Larian 1500m
Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah,
Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat
Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 3/79
kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah.
Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut
perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk
mengemas kini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu
seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port
Dickson. Pada waktu itu, Penyelia Pendidikan negeri dan wakil bahagian-
bahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar ini.
Dalam seminar tersebut, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan
persetujuan telah diperoleh untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil
bagi mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil
yang dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat
ini, jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk
pertimbangan pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan.
6.0 Pengenalan Ketangkasan
7
Menurut Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (AAHPERD) (Clarke
1979), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugasan harian dengan
cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tanaga yang
mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain dari itu seseorang yang cergas dari segi fizikal
sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.
Kecergasan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Kecergasan berlandaskan kepada kesihatan.
2. Dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.
Kecergasan berlandaskan perlakuan motor boleh dibahagiakan kepada enam bahagian
dan ketangkasan merupakan salah satu daripada komponen yang terdapat di
dalamnya.
Ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk memulakan,
memberhentikan dan mengubah pergerakan dan posisi tubuh badan dengan pantas
dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan diruang tertentu. Ketangkasan dipengaruhi
oleh kekuatan, kepantasan, keseimbangan, posisi pusat graviti, kemahiran dan
koordinasi.
Ketangkasan juga boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang melakukan
pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan
pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan
mudah.Menurut Strand, Scantiling dan Jonhson (1977), memberi definisi, “Ketangkasan
sebagai kebolehan untuk mengubah posisi badan dengan cepat dan tepat”.
7.0 Kajian-Kajian Mengenai Ketangkasan
8
Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor daripada koordinasi
otot-saraf atau “neuromuscular coordination” selain daripada unsur faktor fisiomotor
yang lain iaitu keseimbangan, kepantasan, masa reaksi, kuasa dan kinestetik. Shahril,
(2011).Ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk memulakan,
memberhentikan dan mengubah pergerakan dan posisi tubuh badan dengan pantas
dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan diruang tertentu. William (1995) dalam
Eezeamree (2005) telah mentakrifkan ketangkasan sebagai keupayaan individu untuk
menukar posisi keseluruhan badan dengan pantas dan tangkas. Ini disokong lagi
dengan Sheppard et al. (2006) dalam Liliana Wong (2011) ketangkasan bermaksud
pergerakan seluruh badan dengan mengubah arah pergerakan dengan halaju dan arah
badan yang disebabkan rangsangan yang diperlukan. Ini bermakna ketangkasan
memerlukan gerakan yang baik supaya dapat mengubah arah pergerakan dengan
pantas. Mengikut Jo’zef (1996) di dalam Siti Rohaizat (2004), ketangkasan hanya boleh
ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur dan
terurus. Ia melibatkan aspek kemahiran terbuka dan kemahiran tertutup yang dijalankan
mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik.
Komponen ketangkasan juga amat penting dalam banyak jenis seperti bola jaring, bola
sepak dan tinju. Ini dibuktikan melalui (Allison, 1978) dalam Liliana Wong (2011),
permainan bola jaring memerlukan tahap kemahiran sukan yang spesifik seperti berlari,
menghantar dan menangkap bola seterusnya membuat jaringan untuk memperolehi
mata. Selain itu, sukan ini juga memerlukan ketangkasan untuk mengelakkan diri dari
pihak lawan dan kebolehan mengubah haluan dengan pantas, kombinasi dengan
kebolehan melompat untuk menangkap bola yang dihantar, menepis bola atau
membuat ”rebound” selepas percubaan membuat jaringan (Steele dan Chad 1992)
dalam Liliana Wong (2011).Dalam permainan bola sepak, ketangkasan merupakan
salah satu komponen yang perlu ada bagi setiap pemain bagi memudahkan mereka
melakukan pergerakan dengan sempurna. Eezeamree, (2011).
9
Dalam sukan tinju pula, tahap ketangkasan yang baik dapat meningkatkan corak
perlawanan tinju dan meningkatkan tahap kemampuan seseorang peninju itu dari segi
kawalan dan penguasaan gelanggang (Thomas, 2001).
Komponen ketangkasan boleh diukur dengan beberapa jenis bateri ujian. Antara bateri
ujian yang sering digunakan adalah Ujian Illinois, Ujian Boomerang dan Ujian SEMO.
Ketiga-tiga bateri ujian ini didapati amat berkesan untuk mengukur tahap ketangkasan
seseorang individu. Objektif utama ujian Illinois adalah untuk menilai ketangkasan
dalam berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu melakukan ujian. Liliana
Wong, (2011). Ujian SEMO pula mempunyai kesahan R=0.63 dan kebolehpercayaan
R=0.88 menurut (Johnson & Nelson 1986). Ujian Boomerang pula dilihat
keberkesanannya apabila telah digunakan dalam Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan
di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri, Aisha Hasnimy dan Mariani, (2008) di mana
kajian ini memberi penumpuan kepada tahap ketangkasan dengan menggunakan Ujian
Larian Boomerang mengikut norma (Gates and Sheffield, 1940) di mana subjek
dikehendaki berlari mengikut arah yang telah ditetapkan.
10
8.0 Kertas Cadangan Ujian Amali Ketangkasan
Tempat : Sek. Keb. Jalan 6, Bandar Baru Bangi, Selangor
Sampel : Murid Tahun 5 Amanah (Tahap Dua)
Bilangan responden : 20 orang (10 lelaki dan 10 perempuan)
Bateri ujian :
o Ujian Ketangkasan Illinois
o Ujian Ketangkasan SEMO
o Ujian Ketangkasan Boomerang
Tarikh :
o 28 Ogos 2012 (Ujian Ketangkasan Illinois)
o 04 September 2012 (Ujian Ketangkasan SEMO)
o 11 September 2012 (Ujian Ketangkasan Boomerang)
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi (Ketiga-tiga Ujian)
AJK Ujian Penilaian dan Pengukuran
o Muhamad Zahid bin Mohamad Khalid (Ujian Ketangkasan Illinois)
o Mohd. Haniff bin Hamid (Ujian Ketangkasan Illinois)
o Mohd. Azmir bin Mazlan Ujian Ketangkasan SEMO)
o Adi Syazwan bin Saparudin (Ujian Ketangkasan SEMO)
o Mohd. Safiq bin Abdul Razak (Ujian Ketangkasan Boomerang)
o Ahmad Zulhelmi bin Ramlan (Ujian Ketangkasan Boomerang)
11
8.1 Limitasi Pelaksanaan Ujian
1. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K. Jalan 6,
Bandar Baru Bangi.
2. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 5 Amanah yang diuji.
3. Bilangan sampel hanya 20 orang iaitu 10 lelaki dan 10 perempuan.
4. Bateri ujian hanya melibatkan 3 instrumen sahaja.
5. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi sahaja ujian
ini dilaksanakan.
6. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 1 jam iaitu dari jam 8.30 pagi
hingga pukul 9.30 pagi.
7. Ada responden yang tidak membawa pakaian sukan ketika sesi ujian
dijalankan.
8. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini.
9. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga dikecualikan bagi
menitikberatkan aspek keselamatan.
12
8.2 BATERI UJIAN 1
(UJIAN KETANGKASAN ILLINOIS)
13
Instrumen Satu
Nama ujian : Ujian Ketangkasan Illinois
Objektif ujian : Menilai ketangkasan dalam berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu melakukan ujian.
Responden : Murid tahun 5 Amanah (10 Lelaki dan 10 Perempuan)
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Kesahan &
Kebolehpercayaan : Kesahan dan kebolehpercayaan ujian ini telah diperakui dan
telah digunakan berulang kali dalam banyak ujian sukan.
(Pauole, Madole, & Lacourse, 2000; Roozen, 2004).
Prosedur ujian :
14
1. 8 kon penanda akan disusun seperti rajah diatas.
2. Subjek kajian akan bermula di Mula.
3. Subjek akan berlari dengan seberapa pantas yang mungkin mengikut arah
dan susunan skital 2 tanpa menjatuhkan skital.
4. Apabila subjek telah tiba di garisan penamat, jam randik akan dihentikan
untuk mendapatkan bacaan masa(s) larian subjek.
5. Dua percubaan diberikan dan. masa terbaik daripada dua percubaan tersebut
diambil kira.
Alatan ujian :
i. Skital (8 buah)
ii. Jam randik (1 unit)
iii. Pita pengukur
Otot-Otot dan Sendi yang Terlibat :
Otot Sendi
Quadriceps
Sendi PelanaHamstring
Gastrocnemius
Sendi PaksiGluteus
Soleus
Sendi GelungsurTibialis Anterior
15
Norma Ujian
Borang Skor Ujian
16
Analisis Dapatan Ujian Ketangkasan Illinois (Lelaki)
Min Median Julat
17.48 ‘s 17.70 ‘s 2.40 ‘s
Analisis Dapatan Ujian Ketangkasan Illinois (Perempuan)
Min Median Julat
20.60 ‘s 20.69 ‘s 4.73 ‘s
17
No. Nama Catatan (Saat) Skor1 2
1. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 18.28 17.97 Sederhana
2. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 18.17 17.98 Sederhana
3. Mohamad Hafiz B. Che Khirul 17.92 17.67 Sederhana
4. Mohammad Syafiq B. Amdan 16.45 16.07 Baik
5. Muhamad Rasydan B. Razali 17.84 17.73 Sederhana
6. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 18.15 17.99 Sederhana
7. Muhamad Amirul Musthaqim 17.64 17.52 Sederhana
8. Mohamad Sayyid B. Nazri 17.21 16.83 Sederhana
9. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 17.01 16.74 Sederhana
10. Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 18.47 18.28 Kurang Baik
No. Nama Catatan (Saat) Skor1 2
1. Ainnurleesa bt. Azlee Nurman 22.12 21.41 Sederhana
2. Aida Fariha bt. Ibrahim 21.28 20.72 Sederhana
3. Siti Zalikha bt. Ahmad Shahbudin 21.56 20.65 Sederhana
4. Nur Fatin Liyana bt. Ishar 18.38 17.89 Baik
5. Yusmiera Husna bt. Yuzaini 20.34 19.38 Sederhana
6. Nur Atikah bt. Mohd. Muslim 19.91 19.72 Sederhana
7. Narmathaa a/p Uthayasegaran 21.50 20.38 Sederhana
8. Aina Afiqah bt. Mohd. Sayuti 22.07 21.56 Sederhana
9. Farah Nabeela bt. Mohd. Fathi 22.14 21.68 Sederhana
10. Nurul Aishah bt. Nazri 23.19 22.62 Kurang Baik
8.3 BATERI UJIAN 2
(UJIAN KETANGKASAN SEMO)
18
Instrumen Dua
Nama ujian : Ujian Ketangkasan SEMO
Objektif ujian : Menguji ketangkasan umum anggota badan semasa melakukan
melakukan pergerakan ke hadapan dan ke belakang dan ke sisi.
Responden : Murid tahun 5 Amanah (10 Lelaki dan 10 Perempuan)
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Kesahan : R=0.63 (Johnson & Nelson 1986)
Kebolehpercayaan : R=0.88 (Johnson & Nelson 1986)
Prosedur ujian :
1. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan
2. Peserta berlari apabila dilepaskan secara sisi tanpa menyilang kaki ke skital B.
3. Lari mengundur dari skital B ke skital D
4. Lari pecut dari skital D ke A.
5. Larian secara mengundur dari A ke C
6. Larian pecut dari C ke B dan ke A sehingga ke garisan penamat.
7. Peserta diberi 2 percubaan dan masa terbaik akan diambil .
19
Alatan Ujian
i. Skital (4 buah)
ii. Jam randik (1 unit)
iii. Pita pengukur
Otot-Otot dan Sendi yang Terlibat :
Otot Sendi
Quadriceps
Sendi PelanaHamstring
Gastrocnemius
Sendi PaksiGluteus
Soleus
Sendi GelungsurTibialis Anterior
Norma Ujian
NORMA UJIAN KETANGKASAN SEMO
Tahap pencapaian Lelaki Perempuan
CEMERLANG 10.72 dan ke bawah 12.19 dan ke bawah
BAIK 11.49 – 10.73 12.99 – 12.20
SEDERHANA 13.02 – 11.50 13.90 – 13.00
LEMAH 13.79 – 13.03 14.49 – 13.91
TERLALU LEMAH 13.80 dan ke atas 14.50 dan ke atas
20
Borang Skor Ujian
21
Ujian Ketangkasan SEMO
Min Median Julat
12.09 ‘s 12.28 ‘s 2.37 ‘s
Analisis Dapatan Ujian Ketangkasan SEMO (Lelaki)
22
No. Nama Catatan (Saat) Skor1 2
1. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 13.21 13.00 Sederhana
2. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 13.05 12.98 Sederhana
3. Mohamad Hafiz B. Che Khirul 12.64 12.57 Sederhana
4. Mohammad Syafiq B. Amdan 10.80 10.63 Baik
5. Muhamad Rasydan B. Razali 12.44 12.37 Sederhana
6. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 12.21 12.19 Sederhana
7. Muhamad Amirul Musthaqim 12.87 12.73 Sederhana
8. Mohamad Sayyid B. Nazri 11.83 11.68 Sederhana
9. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 12.15 11.84 Sederhana
10. Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 11.18 10.93 Sederhana
Analisis Dapatan Ujian Ketangkasan SEMO (Perempuan)
Min Median Julat
13.46 ‘s 13.54 ‘s 2.36 ‘s
8.4 BATERI UJIAN 3
23
No. Nama Catatan (Saat) Skor1 2
1. Ainnurleesa bt. Azlee Nurman 14.15 13.95 Sederhana
2. Aida Fariha bt. Ibrahim 13.74 13.54 Sederhana
3. Siti Zalikha bt. Ahmad Shahbudin 13.15 13.08 Sederhana
4. Nur Fatin Liyana bt. Ishar 12.34 12.03 Baik
5. Yusmiera Husna bt. Yuzaini 14.21 13.93 Sederhana
6. Nur Atikah bt. Mohd. Muslim 13.25 13.05 Sederhana
7. Narmathaa a/p Uthayasegaran 13.45 13.29 Sederhana
8. Aina Afiqah bt. Mohd. Sayuti 13.83 13.54 Sederhana
9. Farah Nabeela bt. Mohd. Fathi 13.98 13.82 Sederhana
10. Nurul Aishah bt. Nazri 14.87 14.39 Kurang Baik
(UJIAN KETANGKASAN
BOOMERANG)
Instrumen Tiga
Nama ujian : Ujian Ketangkasan Boomerang
Objektif ujian : Menguji kepantasan berlari dan kecekapan mengubah arah.
Responden : Murid tahun 5 Amanah (10 Lelaki dan 10 Perempuan)
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Kesahan : R=0.82 (Lelaki) R = 0.72 (Perempuan)
Kebolehpercayaan : R=0.93 (Lelaki) R = 0.92 (Perempuan)
Prosedur ujian :
24
1. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan
2. Apabila isyarat “mula” diberikan, peserta berlari menuju ke skital tengah dan
membelok ke kanan dan menuju ke skital 2 serta menuju ke skital 1 dan ke
skital 3.
3. Selepas itu, berlari menuju ke skital 1, 4 dan 1 serta menuju ke garisan
penamat.
4. Peserta diberi 2 kali percubaan dan masa terbaik akan dicatat
Alatan Ujian
i. Skital (5 buah)
ii. Jam randik (1 unit)
iii. Pita pengukur
25
Otot-Otot dan Sendi yang Terlibat :
Otot Sendi
Quadriceps
Sendi PelanaHamstring
Gastrocnemius
Sendi PaksiGluteus
Soleus
Sendi GelungsurTibialis Anterior
Norma Ujian
26
Borang Skor Ujian
Analisis Dapatan Ujian Ketangkasan Boomerang (Lelaki)
Min Median Julat
11.91 ‘s 11.79 ‘s 1.81 ‘s
27
No. Nama Catatan (Saat) Skor1 2
1. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 11.89 11.73 Sederhana
2. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 11.92 11.83 Sederhana
3. Mohamad Hafiz B. Che Khirul 12.59 12.32 Sederhana
4. Mohammad Syafiq B. Amdan 11.38 11.01 Baik
5. Muhamad Rasydan B. Razali 11.72 11.58 Sederhana
6. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 12.21 12.19 Sederhana
7. Muhamad Amirul Musthaqim 12.44 12.20 Sederhana
8. Mohamad Sayyid B. Nazri 11.83 11.68 Sederhana
9. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 12.15 11.75 Sederhana
10. Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 13.12 12.82 Lemah
Ujian Ketangkasan Boomerang
Analisis Dapatan Ujian Ketangkasan Boomerang (Perempuan)
Min Median Julat
13.87 ‘s 13.86 ‘s 1.89 ‘s
9.0 Rumusan
Kecergasan berlandaskan perlakuan motor boleh dibahagiakan kepada enam bahagian
dan ketangkasan merupakan salah satu daripada komponen yang terdapat di
dalamnya. Ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk
memulakan, memberhentikan dan mengubah pergerakan dan posisi tubuh badan
dengan pantas dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan diruang tertentu. William
28
No. Nama Catatan (Saat) Skor1 2
1. Ainnurleesa bt. Azlee Nurman 13.73 13.52 Sederhana
2. Aida Fariha bt. Ibrahim 14.47 14.31 Sederhana
3. Siti Zalikha bt. Ahmad Shahbudin 14.24 13.92 Sederhana
4. Nur Fatin Liyana bt. Ishar 13.15 12.98 Baik
5. Yusmiera Husna bt. Yuzaini 14.32 13.89 Sederhana
6. Nur Atikah bt. Mohd. Muslim 13.74 13.68 Sederhana
7. Narmathaa a/p Uthayasegaran 14.52 14.18 Sederhana
8. Aina Afiqah bt. Mohd. Sayuti 13.83 13.54 Sederhana
9. Farah Nabeela bt. Mohd. Fathi 13.98 13.82 Sederhana
10. Nurul Aishah bt. Nazri 15.14 14.87 Kurang Baik
(1995) dalam Eezeamree (2005) telah mentakrifkan ketangkasan sebagai keupayaan
individu untuk menukar posisi keseluruhan badan dengan pantas dan tangkas.
Komponen ketangkasan boleh diukur dengan beberapa jenis bateri ujian. Antara bateri
ujian yang sering digunakan adalah Ujian Illinois, Ujian Boomerang dan Ujian SEMO.
Ketiga-tiga bateri ujian ini didapati amat berkesan untuk mengukur tahap ketangkasan
seseorang individu. Objektif utama ujian Illinois adalah untuk menilai ketangkasan
dalam berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu melakukan ujian. Liliana
Wong, (2011). Ujian SEMO pula mempunyai kesahan R=0.63 dan kebolehpercayaan
R=0.88 menurut (Johnson & Nelson 1986). Ujian Boomerang pula dilihat
keberkesanannya apabila telah digunakan dalam Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan
di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri, Aisha Hasnimy dan Mariani, (2008) di mana
kajian ini memberi penumpuan kepada tahap ketangkasan dengan menggunakan Ujian
Larian Boomerang mengikut norma (Gates and Sheffield, 1940) di mana subjek
dikehendaki berlari mengikut arah yang telah ditetapkan.
Ketiga-tiga ujian yang telah dijalankan ini didapati sangat berkesan untuk mengukur
ketangkasan seseorang individu. Selain itu, ketiga-tiga ujian ini juga mudah dijalankan
dan tidak perlu menggunakan ruang yang terlalu berdasarkan spesifikasi kawasan ujian
yang tidak begitu luas. Disamping itu, pelaksanaan ujian ini juga tidak melibatkan
penggunaan alatan yang terlalu dan tidak terlalu canggih. Ini secara tidak langsung
dapat menjimatkan kos pengkaji serta dapat mengukur ketangkasan dengan berkesan.
Adalah didapati bahawa ujian Illinois merupakan ujian yang paling sesuai untuk
dilaksanakan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Ini kerana norma ujian yang
ditetapkan adalah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid selaras dengan
perkembangan fizikal mereka. Ujian SEMO dan Boomerang pula sesuai dijalankan
untuk murid sekolah menegah dan juga golongan dewasa. Ini kerana norma kedua-dua
ujian adalah bersesuaian dengan tahap keupayaan kedua-dua golongan ini. Murid-
29
murid sekolah rendah akan mengalami kesukaran untuk mencapai skor yang tinggi
kerana norma kedua-dua ujian ini adalah terlalu tinggi.
Kesimpulannya, ketangkasan adalah penting bagi individu yang terlibat dengan
permainan yang memerlukan banyak pergerakan. Ujian-ujian yang dijalankan juga
boleh dijadikan medium bagi mengukur ketangkasan individu. Ketangkasan juga boleh
ditingkatkan melalui latihan spesifik yang member fokus kepada gerakan kaki seperti
yang dinyatakan oleh Jo’zef (1996) di dalam Siti Rohaizat (2004) yang menyatakan
bahawa ketangkasan hanya boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang
dijalankan secara teratur dan terurus serta melibatkan gerakan kaki yang baik.
Bibliografi
1. Falls, H. B., Baylor, A. M., & Dishman, R.K. (1980). Essentials of fitness.
Philadelphia : Saunders.
2. Siti Rohaizat Binti Abdul Wahab (2004). Kejadian Terhadap Tahap Ketangkasan
Pemain-Pemain Bola Sepak Pasukan Johor (PBNJ), Sebelum Dan Selepas
30
Mengikuti Program Latihan Fizikal. Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai
3. Eezeamree Bin Husin (2011). Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal
Berlandaskan Kemahiran Di Antara Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Sek.
Men. Tunku Ampuan Durah, Seremban Dengan Pasukan Bola Sepak Bawah 23
Tahun Negeri Sembilan
4. Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim, Mariana Bt Abd Manan. (2008). Kajian Terhadap
Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Universiti Teknologi
Malaysia.
5. Liliana Wong King Hung (2011). Keberkesanan Latihan Litar dalam Meningkatkan
Ketangkasan Pemain Bola Jaring Murid Tahap 2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Institut Perguruan Kampus Rajang.
6. Thomas K. (2001). Science of Sports Training. (2nd ed.) Island pant, Vt: Stadion
Publishing Company.
7. Johnson, B.L., & Nelson, J.K. (1986). Practical measurements for evaluation in
physical education ( 4th ed. ). New York, Macmillan Publishing.
8. Pauole, K., Madole, K., & Lacourse, M. (2000). Reliability and validity of the T-test as
a measure of agility, leg power and leg speed in college aged men and women.
Journal of Strength and Conditioning Research, 14, 443-450
9. Roozen, M. (2004). Illinois agility test. NSCA's Performance Training Journal, 3(5),
5-6.
10.Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan
Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
31