kertas kerja
TRANSCRIPT
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
KANDUNGAN
1. Pendahuluan 1
a. Tujuan Program 3
2. Jabatan Terlibat 4
3. Peserta Program / Kumpulan Sasar 4
4. Objektif Program 4
5. Lokasi Program 5
6. Tarikh Program 5
7. Urusetia Program 6
8. Kemudahan Peralatan 7
9. Pengangkutan 7
10. Makanan 7
11. Sumber Kewangan 8
12. Perbelanjaan 8
13. Penutup 9
0 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
PROGRAM MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT MANGENAI
PENCEGAHAN JENAYAH SERTA CARA-CARA
PENCEGAHAN YANG PERLU DIPELAJARI
1.0 Pendahuluan
Peningkatan kadar jenayah di negara ini mendorong Persatuan Pencegahan
Jenayah Malaysia (PPJM) komited untuk membantu orang ramai terutamanya bagi
mewujudkan kesedaran dan keperihatinan kepada masyarakat dalam mencegah
jenayah melibatkan pelbagai pihak di kawasan bandar dan luar bandar dengan
program yang dilaksanakan.
Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
semasa program Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2008. Setiap
penjenayah adalah juga anggota sebuah keluarga. Adalah menjadi perkara penting
bagi kita untuk menangani jenayah bermula dengan keluarga. Selain sebagai
Perdana Menteri, saya juga adalah anggota masyarakat. Saya juga bimbang dengan
kes-kes jenayah yang berlaku sekarang. Kita perlu prihatin dan mengambil berat
serta menjaga ahli keluarga kita supaya tidak terlibat dengan kegiatan jenayah atau
menjadi mangsa akibat kegiatan jenayah.
Apa itu jenayah?. Seksyen 2 Kanun Prosedur Jenayah mentakrifkan kesalahan
jenayah sebagai sebarang perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum oleh
sebarang undang-undang yang sedang berkuatkuasa (any act or omission made
punishable by any law for the time being enforced). Malaysia kini mengalami
transformasi pembangunan dan pemodenan pesat yang mana ianya turut memberi
implikasi kepada perubahan ekonomi, kawalan sosial dan pemikiran masyarakatnya.
1 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
Ketidak seimbangan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat antara faktor yang
turut mempengaruhi peningkatan kes-kes jenayah di negara ini.
Kajian statistik oleh pihak polis menunjukkan peningkatan ketara jenayah indeks
negara sejak tahun 1996. Pada tahun 1996 sebanyak 87,902 kes jenayah indeks
dicatatkan berbanding tahun 2006 sebanyak 198,622 kes jenayah indeks dicatatkan
bagi seluruh Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110,720 kes atau
12.6 % peningkatan kes bagi purata setahun. Peningkatan ini mempengaruhi
perubahan sikap masyarakat tentang peranan mereka dalam pencegahan jenayah.
( rujuk buku polis pengarang) Ke arah itu, PPJM membentuk satu program yang
akan mendorong dan merangsang masyarakat untuk turut sama memainkan
peranan dalam mencegah jenayah.
Kajian PPJM membuktikan bahawa pencegahan jenayah merupakan satu
mekanisme yang berkesan dan merupakan cara untuk membendung serta
menghalang dari berlakunya kejadian jenayah. Menerusi kaedah ini, PPJM dapat
mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang boleh
dimainkan oleh mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil
dalam usaha mengekang kes jenayah dari berlaku. Keberkesanan program
pencegahan jenayah ini dapat merealisasikan impian masyarakat untuk hidup dalam
keadaan selamat dan tenteraman serta mampu mengawal tahap ketakutan terhadap
jenayah dalam diri masyarakat.
Mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama dan pelbagai program yang
diadakan adalah bersifat komuniti bertujuan mendekati masyarakat dalam usaha
mengurangkan indeks jenayah jalanan seperti ragut dan samun. Inisiatif ini dibuat
bagi menyelamatkan rakyat terutamanya belia Malaysia bebas daripada jenayah
2 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
selaras dengan usaha perdana menteri mewujudkan rakyat yang menyatu-padukan
penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.
2.0 Tujuan Program
Jenayah terus berlaku. Pelbagai masalah dan musibah terhasil akibat jenayah ini. Ia
bukan sekadar menyebabkan kehilangan barang berharga milik mangsa tetapi ada
kalanya ia turut menyebabkan kehilangan nyawa. Seorang warga emas berusia 66
tahun maut setelah terjatuh dari motosikal akibat diragut di Alor Setar, Kedah.
Maknanya sesiapa sahaja dan di mana juga mereka berada di negara ini, mahu tidak
mahu akan terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah .
Pernah berlaku kes orang awam mahu membantu mangsa ragut mati ditikam
peragut, sampai sekarang penjenayah itu masih bebas. Dalam kejadian di sebuah
kampung di Pendek, Kota Bharu, Kelantan, peragut berjaya diberkas dan dibelasah
teruk oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis. Seorang daripada peragut
itu menemui ajal.
Orang yang menyebabkan kematian peragut berkenaan diburu dan didakwa. Jika
sabit kesalahan, mungkin dikenakan hukuman mati mandatori. Melihat kepada
episod jenayah ini, rata-rata berakhir dengan orang ramai menjadi mangsa. Mereka
kehilangan harta, cedera malah nyawa. Justeru tidak hairanlah kalau orang awam
tidak mahu membantu, apatah lagi peduli tentang kelakuan jenayah kerana banyak
padah daripada faedah yang akan diterima. Antara padahnya ialah boleh terdedah
kepada tindakan balas penjenayah dan keduanya jika penjenayah cedera atau mati
walaupun tanpa disengajakan, penjara dan tali gantung menanti mereka.
3 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
Jesteru itu PPJM manganjurkan program seumpama ini bagi memberi kesedaran
dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai cara-cara yang betul serta perlu
diambil dan dipelajari dalam usaha mencegah dan menangani jenayah dengan
berlandaskan undang-undang.
3.0 Jabatan Terlibat
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (PPJM)
dengan kerjasama bersama Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pengamal
undang-undang.
4.0 Peserta Program / Kumpulan Sasar
Program ini direkabentuk khas untuk disasarkan kepada semua penduduk Kampung
Kerinci dan Pantai Dalam. Sehubungan itu, semua penduduk akan diberi peluang
mengikuti program ini. Bagi peringkat pertama program, ianya dikhaskan untuk 60
orang peserta yang terdiri daripada peserta perempuan dan lelaki. Peserta terdiri
daripada mereka yang berusia 21 sehingga 52 tahun.
5.0 Objektif Program
5.1 Dengan menyertai program, peserta dijangka dapat menjamin keselamatan
serta membentuk jati diri. Boleh mempraktikkan cara berjalan dengan betul
bagi mengelakkan kejadian jenayah terutama jenayah ragut.
5.2 Dapat menilai risiko, iaitu tidak melawan atau jadi hero. Jika berdepan
dengan kejadian jenayah atau menjadi mangsa, melawan kecuali
berkemampuan. Kerana nyawa lebih penting. Bagi kes samun atau
rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah.
4 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
5.3 Dapat membuat laporan polis dengan segera selepas kejadian,
mengenalpasti perkara-perkara penting seperti pengecaman wajah, warna
pakaian, nombor pendaftaran kenderaan atau apa sahaja yang boleh
membantu pihak polis.
5.4 Berkeupayaan untuk membuat rondaan secara berkumpulan bagi
mengurang kan jenayah. Dengan cara ini orang ramai dapat mengetahui
dan terlibat dalam pelbagai program mencegah jenayah yang diadakan dan
memastikan kawasan yang didiami mereka benar-benar menjadi sebuah
kawasan selamat.
5.5 Dapat menyalurkan maklumat melalui ’Skim Pengawasan Kejiranan’ untuk
menyemai semangat kejiranan dalam membendung jenayah di kawasan
tempat tinggal. Pendekatan dalam ’Skim Pengawasan Kejiranan’ adalah
mudah di mana masyarakat bertindak sebagai ’mata dan telinga’ kepada
pihak Polis dalam mengawasi serta melaporkan sebarang insiden yang
melibatkan keselamatan jiran mereka.
5.6 Boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah dikawasan
mereka dan faham supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan
tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan
kematian penjenayah. Dapat menghubungi balai polis berdekatan atau
talian hotline.
6.0 Lokasi Program
Lokasi amat penting untuk setiap program yang dijalankan. Lokasi program yang
dipilih adalah amat mudah untuk dikunjungi oleh peserta-peserta. Program ini akan
diadakan di Pusat Komuniti, Kampung Kerinci. Dewan yang besar serta dilengkapi
5 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
penghawa dingin akan dapat memberi keselesaan kepada peserta semasa program
dijalankan. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi mood peserta sepanjang
program dijalankan. Lokasi yang dipilih amat strategik kerana ianya amat
berhampiran dengan kumpulan sasar dan aktiviti boleh dijalankan sambil menghirup
udara yang lebih segar. Peserta mendapat ketenangan kerana suasana yang jauh
dari kebisingan kota.
Keselesaan dewan latihan amat dititikberatkan kerana peserta banyak
menghabiskan masa menjalankan program di dalam dewan. Susunan tempat duduk
dan peralatan elektrik yang digunakan juga lengkap dan canggih bagi melancarkan
program. Peralatan menulis juga disediakan untuk peserta mencatat nota ringkas
atau poin-poin yang penting semasa ceramah berjalan.
7.0 Tarikh
Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu bermula pada 19 hingga 20 Julai
2010.
8.0 Urusetia Program
8.1 Ketua Program : SHAMSAWIE BIN KAWI
8.2 Timbalan Ketua : MARINI BINTI KABOL
8.3 Setiausaha : MASYITAH SYAIRAH
8.4 Penolong Setiausaha : ANIFAH AMAN
8.5 Bendahari : FATIMAH ZAHRAH
8.6 Penolong Bendahari : AIMAN AMANI
8.7 Ketua Urusetia : AHBAS ALI AHMAD
8.8 Ahli Jawatan Kuasa
8.8.1 Pendaftaran : SALIMAH ABU
6 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
8.8.2 Aktiviti / Buku Program : SITI SITU SINI
8.8.3 Jemputan / Perasmian : ZAHRAN ISMAIL
8.8.4 Persiapan / Teknikal : ALI AHMAD
8.8.5 Hadiah / Sijil : YATIMAH AMIN
8.8.6 Dokumentasi : ZAHRUL ALIA
8.8.7 Keselamatan : ROSHAM ANOR
8.8.8 Makanan / Jamuan : CIK ALIAH BON
8.8.9 Logistik : BASRI SAAT
8.8.10 Publisiti : KARAM SINGH WALIA
9. Kemudahan Peralatan
Segala kemudahan akan disediakan oleh pihak penganjur semasa program.
Penganjur akan menyediakan buku nota, jadual kursus serta peralatan menulis.
10. Pengangkutan
Walaupun kedudukan tempat kursus berhampiran namun bagi memudahkan
pergerakan peserta kursus pengangkutan akan disediakan. Peserta kursus yang
memerlukan pengangkutan diminta berkumpul di Masjid Alsyakirin, Kampung Pantai
Dalam dan Masjid Al-Amin, Kampung Kerinci. Bas akan berada di masjid berkenaan
pada jam 0730 pagi pada 19 dan 20 Julai 2010.
11. Makanan
Sepanjang tempoh program makan dan minum peserta kursus akan disediakan oleh
pihak penganjur.
7 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
12. Sumber Kewangan
Program ini telah mendapat sumbangan dan pembiayaan sepenuhnya dari
Persatuan Pencegah Jenayah Malaysia serta Pasaraya Maidin.
13. Perbelanjaan
Berikut adalah perbelanjaan bagi program ini.
Bil PerkaraJumlah
(RM)
1 Sewa Dewan 1,500.00
2 Sijil dan hadiah 500.00
3 Makan dan minum 2,500.00
4 Saguhati fasilitator 1,000.00
5 Pengangkutan 500.00
6 Peralatan 750.00
7 Lain-lain 500.00
Jumlah Besar 7,250.00
8 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
14. Penutup
Secara keseluruhannya program ini tidak akan berkesan sepenuhnya jika orang
ramai sendiri tidak dididik dengan langkah pencegahan jenayah yang betul. Usaha
mencegah jenayah akan dapat direalisasikan apabila bidang kepolisan menjadi
bidang yang berorientasikan masyarakat. Menerusi konsep ini masyarakat turut
sama memainkan peranan dalam menentukan strategi dan terlibat secara langsung
dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman di kawasan mereka.
Bagi menjayakan program ini, usaha berterusan perlu dilakukan untuk
mengurangkan kadar jenayah dan perasaan takut terhadapnya, disamping
mewujudkan kejiranan dan suasana bandar yang lebih selamat. Agenda untuk
mengawal dan mencegah jenayah memerlukan usaha yang berterusan, bersepadu,
dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Semua pihak mempunyai peranan
dan tugas untuk dilakukan dalam usaha memerangi jenayah. Melalui program ini,
PPJM berharap dapat melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam
mendidik orang ramai mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk mengelakkan
kejadian jenayah.
Usaha perlu dilakukan sedaya mungkin bagi menghilangkan perasaan takut
kepada jenayah di kalangan masyarakat bagi merealisasikan matlamat rakyat
didahulukan, kerana apabila masyarakat merasa amat selamat maka barulah kualiti
hidup mereka terjamin. Pendekatan perlulah bersifat psikologi yang mampu
mendorong masyarakat untuk turut sama memainkan peranan dalam pencegahan
jenayah. Dengan adanya program seumpama ini ianya akan dapat mengurangkan
kejadian jenayah serta ketakutan terhadap jenayah itu sendiri dan mengatasi dari
menjadi mangsa jenayah.
9 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
RUJUKAN
Cegah jenayah keluarga main peranan penting (2008) . In ummatanwasatan (online)
http://ummatanwasatan.net/?p=503 (2008, August 23)
International Law Book Services (1999) Kanun prosedur jenayah (Akta 593) Kuala
Lumpur : Golden Book
Riduan Asli ( 2009 ) . Panduan PTK Polis . Kuala Lumpur :
10 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan
Aturcara Program dan Ceramah-Ceramah
1. Apa Itu Jenayah ? Penceramah : DSP Ahmad Rithaudin Ahmad pegawai Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman.
Menerangkan apa itu jenayah serta serta kejadian jenayah yang sering
berlaku dalam masyarakat Malaysia.
2. Bagaimana Jenayah Boleh Berlaku
Penceramah : Encik Ahmad Kama Piah pangamal undang-undang.
Menerangkan bagaimana kejadian jenayah sering berlaku , punca-punca
serta peluang yang ada.
3. Undang-Undang Jenayah di Malaysia / Cara membuat repot Polis
Penceramah : ACP Balakrisnan a/l Raju ketua jabatan Risikan Bukit
Aman
Undang-undang jenayah yang ada di Malaysia, menerangkan
bagaimana membuat repot polis.
4. Bagaimana Mengelakkan Jenayah
Penceramah : Encik Hussin Lempoyang pegawai Persatuan
Pencegahan Jenayah Malaysia
Menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mengurangkan
kejadian serta peluang kepada penjenayah.
5. Jenayah Membawa Padah dan Hukuman
Penceramah : ACP Abdul Hamid Din pegawai undang-undang Pusat
Latihan Polis, Kuala Lumpur.
Kesan-kesan keatas mangsa jenayah serta hukuman yang dikenakan
kepada penjenayah.
6. Cara-cara Melawan dan Mengelak Jenayah
Penceramah : Encik Sahbudin Aladin jurulatih tempur Pusat Latihan
Polis, Kuala Lumpur
Mengajar cara-cara untuk mengelak serta berjalan dengan betul untuk
mengelakkan jenayah ragut. Asas-asas pertahanan diri.
7. Kepentingan Institusi Keluarga dan Masyarakat dalam Menangani Jenayah
Penceramah : Encik Zam Harisam pegawai Persatuan Pencegahan
Jenayah Malaysia
Kepentingan institusi keluarga , peranan ibu bapa, adik-beradik, kawan-
kawan serta masyarakat.
* Peserta digalakkan bertanyakan sebarang soalan semasa ceramah sedang
berjalan.
11 Nombor Matrik :