kertas kerja 3217

28
Nombor Matrik : 160941 Kod Kursus : EED3217 Nama Kursus : Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Tajuk Kursus : Bakat Seni Kraf Kanak-kanak OLEH :- Nama Calon : Fazila Bt Mohamad Latiff Nombor Kad Pengenalan : 730805-10-5024 Nombor Telefon : 016-6675213

Upload: fazila-latiff

Post on 26-Jul-2015

454 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja 3217

Nombor Matrik : 160941

Kod Kursus : EED3217

Nama Kursus : Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak

Tajuk Kursus : Bakat Seni Kraf Kanak-kanak

OLEH :-

Nama Calon : Fazila Bt Mohamad Latiff

Nombor Kad Pengenalan : 730805-10-5024

Nombor Telefon : 016-6675213

Nama Pensyarah : Dr. Naffi B. Mat

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang,

Selangor Darul Ehsan

Page 2: Kertas Kerja 3217

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Definasi Bakat Seni Kraf

3.0 Konsep Kreatif dan Kreativiti

4.0 Matlamat

5.0 Pendekatan dan Teori

6.0 Pandangan Tokoh-tokoh Seni

7.0 Peringkat Perkembangan Intelektual Kanak-kanak

8.0 Kajian Bakat Seni Kraf Kanak-kanak

8.1 Bidang : Membuat rekaan dan corak

8.2 Bidang : Menggambar

8.3 Bidang : Membentuk dan membuat binaan

8.4 Bidang : Mengenal kraf tradisional

9.0 Peranan dan Kepentingan Ekspresi Seni

9.1 Aspek kognitif

9.2 Aspek fizikal

9.3 Aspek kreativiti

9.4 Aspek persepsi

10.0 Kesimpulan

11.0 Bibliografi

Page 3: Kertas Kerja 3217

1.0 PENGENALAN

Kita mengetahui bahawa manusia berkomunikasi tidak hanya melalui

bahasa, tetapi juga melalui gerak yang dilahirkan melalui tarian, suara ,

nyanyian, warna dan garisan, ukiran atau melalui simbol-simbol dan tanda-tanda

yang biasanya berupa rumus-rumus.

Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu

seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana

perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti

mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat

membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. 

Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar

meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk

mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka.

Seni Dalam Pendidikan juga memberi peluang kepada guru-guru untuk

mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang

melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan

dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran

PSV dengan mata pelajaran lain.

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi

yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang

dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,

namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif

1

Page 4: Kertas Kerja 3217

(Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil

karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan

menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan

kognitif mereka. Kkarya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja

seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan

refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus

berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

2.0 DEFINASI BAKAT SENI KRAF KANAK-KANAK

Menurut Crow dan Crow , bakat merupakan kualiti yang dimiliki  oleh

semua orang dalam keupayaan yang pelbagai. William B. Michael pula

mentafsirkan bahawa bakat adalah keupayaan seseorang dalam melakukan

tugas dengan dedikasi dan dipengaruhi oleh latihan yang dimiliki.Sementara

Brigham pula mengatakan bahawa bakat didefinasikan sebagai kualiti kerja yang

dapat dilakukan oleh individu setelah individu tersebut mendapat mendapat

latihan yang secukupnya. Woodworth dan Marquis pula memberitahu bahawa

bakat adalah prestasi yang dapat diramalkan dan dapat diukur. Pendapat

Guilford pula, bakat adalah kemampuan yang mencakupi pelbagai dimensi

seperti perseptual, psikomotor, dan intelektual.

Kraf dapat didefinasikan sebagai barangan yang dihasilkan dengan

menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan

alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung

oleh pengusaha-pengusaha kraf. Kanak-kanak pula didefinasikan sebagai

golongan yang berumur 18 tahun ke bawah.

2

Page 5: Kertas Kerja 3217

3.0 KONSEP KREATIF DAN KREATIVITI

Manusia dilahirkan kreatif. Kekreatifan seseorang itu bergantung kepada

faktor diri, persekitaran dan masalah yang dihadapi. Kreativiti adalah suatu

potensi dan kebolehan asasi yang mesti dipupuk dan dibajai.

Kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kejadian manusia.

Kreativiti merupakan satu kebolehan berfikir dan bertindak. Menurut John

( 2002 ), ” Only God could create, and whatever he created was original. Man

could only rearrange what God has created “ yang bermaksud hanya tuhan yang

berkebolehan mencipta sesuatu yang baru. Manusia hanya menjelmakan

kembali dalam bentuk yang baru.

De Bono ( 1970 ) pula berpendapat, kreativiti memang berlaku tanpa

disedari. Menurut ahli falsafah Aliran Intuisionisme, kreativiti berlaku di minda

bawah sedar dan mengaku kreativiti adalah inspirasi ketuhanan.

4.0 MATLAMAT

Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan

seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk

menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan

kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata

pelajaran lain

Page 6: Kertas Kerja 3217

3

Seni dalam Pendidikan menyediakan matlamat yang menarik untuk

member peluang lepada pelajar menemui potensi diri melalui perkataan,bunyi

dan pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa dan simbol yang digunakan

untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti seni akan membantu pelajar

merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka

dengan cara tersendiri. Pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan

cara yang sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.

5.0 PENDEKATAN DAN TEORI GESTALT

Gestault dalam bahasa German bererti ”pola” atau ”konfigurasi”. Dalam

teori ini bermaksud keseluruhan yang diintegrasikan mempunyai identiti dan

makna yang tersendiri.

Weitheimer memanfaatkan psikologi Gestault untuk membuat rumusan

garis- garis besar pengajaran. Baginya, sinar-sinar berkekuatan tinggi,

kerangka, kontras dan teknik ilustrasi dapat digunakan untuk membuat

ransangan visual.

Hemalik ( 1980 ) menyatakan bahawa prinsip-prinsip belajar Gestault

dimulai dari suatu keseluruhan iaitu bermula dari hal-hal yang kompleks menuju

ke hal-hal yang sederhana.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, nilai Gestault diakibatkan

oleh pertemuan atau sesuatu hasil yang biasanya dihubungkan dengan latar

belakang penciptaan, proses kreatif, konsep estetika, latar sosial budaya dan

landasan falsafah. Kesannya ini kemudiannya hidup, bergerak dalam hati,

bergemuruh dan berada dalam diri pelajar.

Page 7: Kertas Kerja 3217

4

Pendekatan Gestault boleh diserapkan melalui pelbagai kaedah.

Antaranya, melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan dengan menghayati

hasil karya tersebut. Seterusnya, menganalisis tema, motif, gambaran atau

mesej yang disampaikan melalui penghasilan karya. Selain itu, karya tersebut

boleh diinterpretasi dan diapresiasi oleh pelajar.

Pendekatan Gestault juga bertujuan untuk memudahkan pelajar

membaca, memahami makna dan mengubah sesuatu karya agar lebih kreatif

dan trampil.

6.0 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI TENTANG KREATIVITI 

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau

mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual

seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti

sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang

mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih

bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga

melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang

dipengaruhi oleh konteks budaya.

3. Menurut Dr. Ismail Zain (2004) kreativiti adalah ciri-ciri yang menunjukkan

kebolehan seseorang menghasilkan kerja yang "asli".Ini menunjukkan tidak ada

unsur-unsur peniruan atau ciplak dalam sesuatu penghasilan tetapi lahir dari

pemikiran dan usaha individu sendiri.

5

Page 8: Kertas Kerja 3217

4. Menurut Howard Gardner(1983) pula, kanak-kanak mempunyai kebolehan

menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang

berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan

pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti

melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. .

Semasa menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba

pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna

pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan

cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti. 

7.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN INTELEKTUAL KANAK-KANAK

7.1 Peringkat sendori motor

Pada peringkat ini, pemikiran kanak-kanak terhad kepada skema dan

penggunaan deria untuk mengetahui dunia sekeliling. Kanak-kanak berusia 0

hingga 2 tahun tergolong dalam peringkat ini. Pada peringkat ini kanak-kanak

sudah mula belajar bertutur melalui teknik peniruan. Melalui Carta Denver yang

dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak dalam usia ini

sudah mula menconteng.

7.2 Peringkat praoperasi

Kanak-kanak yang tergolong dalam peringkat ini adalah kanak-kanak

yang berusia antara 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak sudah boleh menggunakan

bahasa dan membentuk citra fikiran melalui pertuturan.Mereka mula

6

Page 9: Kertas Kerja 3217

menunjukkan minat dan keinginan meneroka fenomena hidup seperti tertarik

dengan benda-benda dan kehidupan sekitarnya. Pada peringkat usia ini,

imaginasi kanak-kanak penuh dengan pelbagai fantasi. Kanak-kanak sudah

mula gemar mewarna dan melukis gambar-gambar yang mudah.

7.3 Peringkat konkrit

Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula berfikir secara logik. Kanak-

kanak yang tergolong dalam golongan ini berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Mereka sudah mampu berdikari, berimaginasi dan berfantasi. Mereka

cenderung untuk meneroka, mengembara dan menjelajah pelbagai dimensi

kehidupan. Dalam tahap ini kanak-kanak sudah mula memperlihatkan bakat

kreatif mereka melalui penghasilan karya dan seni.

7.4 Peringkat operasi formal

Pada tahap ini kanak-kanak sudah terlepas dari dunia fantasi dan mula

meminati alam realiti. Pada usia 12 tahun ke atas ini, rasa estetika mula

mengembang dikalangan kanak-kanak. Dalam tahap ini, mereka lebih

berkeyakinan dalam memperlihatkan bakat kreatif mereka melalui penghasilan

karya dan seni.

7

Page 10: Kertas Kerja 3217

8.0 KAJIAN BAKAT SENI KRAF KANAK-KANAK

Medium untuk memperlihatkan bakat seni kraf kanak-kanak adalah seperti

berikut :-

1. Meminta kanak-kanak mengekspresikan diri dan perasaan mereka dengan

warna.

2. Menggambar.

3. Membuat corak dan rekaan

4. Membentuk dan membuat binaan

5. Mengenal kraf tradisional

BUTIR-BUTIR KAJIAN

Tarikh : 27 Mei 2011

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi - 10 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Seri Lanang

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan.

Sasaran : Semua murid

8

Page 11: Kertas Kerja 3217

8.1 BIDANG : MEMBUAT REKAAN DAN CORAK

Saya telah menjalankan kajian di sekolah saya bertugas iaitu Sekolah

Kebangsaan Seri Lanang, Banting, Selangor. Saya telah membuat beza

banding hasil seni murid-murid tahap 1 dan murid-murid tahap 2.

Berdasarkan pemerhatian saya, tidak semestinya murid yang bijak dan

baik dalam pencapaian akademiknya kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya

seni. Ini bertepatan dengan pendapat De Bono bahawa kreatif ini adalah

inspirasi ketuhanan.

Contoh hasil karya tahap 1

Kad Topeng Titisan Lilin

Contoh hasil karya tahap 2

Page 12: Kertas Kerja 3217

Kad ucapan sempena hari guru

9

8.2 BIDANG : MENGGAMBAR

Hasil kerja murid Tahap 1 dan Tahap 2

Saya turut membuat kajian bakat seni ini berdasarkan minat dan

kegemaran murid dalam melakarkan sesuatu hasil karya itu. Saya mendapati

murid-murid Tahap 1 amat meminati lukisan kartun dan fantasi seperti yang

dihuraikan oleh dalam perkembangan intelektual kanak-kanak. Pada usia

kanak-kanak seperti itu, mereka masih lagi berimaginasi dan berfantasi.

Page 13: Kertas Kerja 3217

Ini agak berbeza dengan minat, kegemaran dan bakat kanak-kanak Tahap

2. Mereka lebih berminat dengan alam realiti . Mereka lebih gemar melukis dan

mewarna sesuatu yang fakta dan nyata.

Saya juga mendapati bahawa kanak-kanak yang berada di Tahap 2 agak

berani menggunakan warna air ketika mewarnakan hasil karya mereka. Mereka

lebih berkeyakinan dalam melahirkan sesuatu karya seni.

10

8.3 BIDANG : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Secara umumnya saya mendapati guru-guru banyak membimbing murid-

murid tahap 1 dalam melahirkan sebuah rekaan dan binaan. Selain memberi

penerangan, mereka juga turut membantu murid tahap 1 ini dalam menyiapkan

binaan mereka. Menurut guru pendidikan seni sekolah saya, Puan Rumijah Bt

Mohamed Taib, tahap 1 bukan sahaja harus dibimbing dalam menghasilkan

rekaan ini, malahan mereka turut serta membantu dalam menyiapkannya seperti

mengguntingkan kertas warna, memotong kotak dan sebagainya untuk

menghasilkan sebuah hiasan patung yang menarik

.

Bagi murid-murid tahap 2 pula, pilihan mereka lebih kepada rekaan kreatif

dan realiti. Mereka mula memperlihatkan bakat kreatif melalui penghasilan karya

dan seni. Namun seperti murid Tahap 1, murid Tahap 2 juga harus diberi

bimbingan bagi mendapatkan hasil karya yang lebih memuaskan.

Page 14: Kertas Kerja 3217

Hasil Kreativiti murid-murid

11

8.4 BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Dalam kajian, saya mendapati bidang mengenal kraf tradisional

merupakan satu bidang yang kurang popular dikalangan murid sekolah rendah.

Semasa kajian dijalankan, saya dapat melihat hanya sebilangan kecil murid yang

memilih bidang ini. Antara tajuk di bawah bidang mengenal kraf tardisional ini

ialah membuat labu sayong, wau dan juga tikar.

Page 15: Kertas Kerja 3217

Saya mendapati murid kurang berkeupayaan dalam menghasilkan kraf

tradisional yang berkualiti. Menurut Puan Jamilah, guru pendidikan seni sekolah

saya, beliau tidak menggalakkan murid mengambil bidang ini semasa

peperiksaan. Ini kerana murid mengambil masa yang lama untuk menghasilkan

sesuatu input. Menurut beliau lagi, kraf tradisional juga memerlukan ketekunan

dan kesabaran. Oleh kerana itu, bidang ini kurang sessuai terutama untuk

murid-murid Tahap 1.

12

9.0 PERANAN DAN KEPENTINGAN EKSPRESI SENI

Dari sudut pandangan seni dalam pendidikan pula, peranan ekspresi adalah

sama dengan peranan emosi. Ekspresi dapat dijadikan media bagi individu

untuk mengekspresiasikan diri dan perasaan seterusnya menginterpretasikan

ekspresi tersebut kepada hasil seni yang kreatif.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya

memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan

Page 16: Kertas Kerja 3217

tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa

sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan

pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat

dilihat melalui aspek berikut:

9.1 Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

9.2 Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada

otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. PSV3105

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

13

9.3 Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam

pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan

akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal

di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti

pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya

kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

Page 17: Kertas Kerja 3217

9.4 Aspek Persepsi

Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual

menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi

sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek

yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang

membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya

sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus

ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi

lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.

14

10.0 RUMUSAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap

aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih

jelas dan mendedahkan kepada pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan,

alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid

berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan

proses penghasilan seni.

Page 18: Kertas Kerja 3217

Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas

merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan

beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar

lebih kreatif dan berkesan. 

Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan

bahan untuk menghasilkan karya. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat

menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk, membuat

binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan

dalam bilik darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan

mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diingini. 

Murid tidak seharusnya terikat dengan peraturan bilik darjah tradisional yang

tidak sesuai lagi digunakan. Pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang

difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak hanya terkongkong di atas kerusi

sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar

perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. 

15

Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang

dengan baik. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk

persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah

susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam

meningkatkan kreativiti mereka.

Guru juga boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat

pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh

menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman

baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda

Page 19: Kertas Kerja 3217

pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami suasana pembelajaran yang

seronok. 

Kesimpulannya ,Seni Dalam Pendidikan menegaskan kepada aspek

pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan, estetika

dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan

konsepsi murid. Murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti,meneroka,

mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid juga diharapkan

dapat mengamalkan pertimbangan seni dalam meningkatkan lagi kepekaan,

kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran secara optimum dan

menyeronokkan.

16

11.0 BIBLIOGRAFI

1. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik

Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

2. Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah

menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 20: Kertas Kerja 3217

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan

Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan

Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

5. yuitsumuni.com/2009/10/07/definisi-kanak-kanak/

6. mehera.net/20ll/01/arti-pengertian-definasi-bakat/

7. kualakraf.blogspot.com/2010/06/definisi-kraf.html

17