kertas dua bahagian a bmelayu1

18
BAHASAKertas Dua Bahagian A BAHASA MELAYU – KERTAS 2 (PENULISAN) BAHAGIAN A Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik) 1.0 Pengenalan Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut: 1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dan fahami arahannya. - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi. 1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat. - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit. 1.3 Menulis ayat yang lengkap - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap. - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat. - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit. 1.4 Menyemak - Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul. - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit. 2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan 2.1 Teliti Bahan

Upload: sabdin72

Post on 10-Aug-2015

215 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas dua bahagian a bmelayu1

BAHASAKertas Dua Bahagian A  BAHASA MELAYU – KERTAS 2 (PENULISAN)

BAHAGIAN A

  Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)   1.0  Pengenalan  Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan   ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:     1.1  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan           - Baca soalan dan fahami arahannya.           - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau              keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.     1.2  Memahami / meneliti situasi atau keadaan           - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu              melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat              dalam gambar / ilustrasi.           - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.           - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.      1.3  Menulis ayat yang lengkap           - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.           - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.           - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.     1.4  Menyemak           - Semak,  sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara /              keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.           - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca              dan pemilihan kata yang betul.           - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.    2.0  Panduan Umum Menjawab Soalan     2.1  Teliti Bahan           - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan           - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi           - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan           - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar      2.2  Membina Ayat           - Bina lima ayat (nomborkan 1-5).            - Bina ayat-ayat tentang maklumat  tersurat.           - Membina ayat-ayat tersirat sebagai  pelengkap atau ayat utama.           - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada               bahan grafik.             - Boleh menamakan watak.           - Susun ayat mengikut keutamaan isi.    

     2.3  Struktur Ayat           - Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.           - Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.            - Membina ayat tunggal atau ayat   majmuk.            - Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.             - Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan  dengan bahan grafik   

Page 2: Kertas dua bahagian a bmelayu1

    2.4  Menyemak Semula           - Semak dengan membaca semula ayat.           - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.     2.5  Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik           - Kenal pasti  kata kerja  & kata adjektif  dalam gambar.           - Tulis kata kerja  & kata  adjektif  dalam gambar. (Kertas soalan)                    - Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif       2.6  Isi Tersurat dan Isi Tersirat           - Perkara-perkara atau aktiviti yang  terdapat atau yang dapat              dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali  sebagai maklumat tersurat.           - Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar                     dikenali sebagai maklumat tersirat.      

   Contoh Soalan Bahagian A 

  BAHAGIAN A[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[10 markah]   Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:  Contoh 1: 

   Aktiviti / Kata Kerja  -  Mengutip  -  Mencangkul  -  Mencabut  -  Membuang  -  Menyorong   Konsep Memperluas ayat  -  Adik menangis  -  Adik menangis kerana demam  -  Adik menangis kerana demam campak  -  Adik menangis tersesak-esak kerana demam campak  -  Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana demam campak  -  Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana demam campak sejak      semalam.

Page 3: Kertas dua bahagian a bmelayu1

   Contoh 2: 

   Teknik:  -  Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar.  -  Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut  -  Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama      dan kata adjektif yang dicatatkan.  -  Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea.  -  Membina lima ayat.   Contoh 3:  Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. 

     Teknik:  -  Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif  berdasarkan gambar.  -  Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.  -  Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata      nama dan kata  adjektif yang dicatatkan.  -  Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat     (huraian)  dalam ayat yang akan dibina.  -  Membina lima ayat.   

Page 4: Kertas dua bahagian a bmelayu1

Mencatatkan Perkataan: 

   Membina lima ayat:   1.  Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan        UPSR.    2.  Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam        kertas peperiksaan  dengan penuh keyakinan.   3.  Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan        yang cemerlang.   4.  Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang        bersungguh-sungguh   menghasilkan kejayaan.   5.  Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada       Hari Penyampaian Hadiah.

Kertas Dua Bahagian B

Page 5: Kertas dua bahagian a bmelayu1

BAHAGIAN B

  Panduan Menjawab Soalan Karangan   Tiga soalan karangan dikemukan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sama    ada Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan yang baik, anda perlu   merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut cadangan langkah-langkah   yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis karangan.  4. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan

       -  Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya.       -  Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat           situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir       -  Hindari sikap terlalu gopoh.           Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:

Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

 Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik. Perkara-perkara yang tiada kaitan elakkan sama sekali.

    2.  Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan       -  Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu:            a.  Pengenalan / pendahuluan

b.  Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contohc.  Penutup 

  3.  Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi        penting karangan       -  Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.       -  Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat           isi dan perenggan akhir penutup.       -  Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.   4.  Semakan       -  Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan           betul dan tepat.       -  Pastikan setiap isi disertakan huraian dan contoh.    Langkah Menjawab Bahagian B   -  Baca ketiga-tiga soalan yang disediakan dan cuba fahami kehendak soalan.  -  Pilih satu sahaja soalan yang paling mudah. (Mudah mencari isi. Gunakan      panduan / cara / petua mencari isi yang telah dipelajari)  -  Bina kerangka karangan atau peta minda semasa mencari isi.   -  Tulis karangan mengikut format yang betul dengan :          -  Jelas dan terang         -  Ayat yang gramatis dan struktur ayat yang betul         -  Ejaan dan tanda baca yang betul         -  Susunan cerita yang menarik   -  Elakkan cerita-cerita yang tidak berkaitan dengan isi atau kehendak soalan.

Page 6: Kertas dua bahagian a bmelayu1

  -  Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda      baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.   Strategi menulis karangan   Pendahuluan    -  Jangan tulis lebih daripada sayu peranggan    -  tepat    -  jelas    -  2/3 ayat sahaja    -  teruskan bicara tentang tajuk    -  jangan libatkan isi   -  Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja. Bahagian ini  -  Juga hendaklah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk.  -  Pendahuluan yang baik dapat menerangkan seluruh isi yang akan anda tulis      dalam karangan.  -  Pendahuluan sesebuah karangan hendaklah pendek, ringkas dan padat. 

BAHAGIAN CKertas Dua Bahagian C    Panduan Menjawab Rumusan   Pengenalan

Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.     Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.

    Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:   1.  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan       -  Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.       -  Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran           berdasarkan petikan yang diberi.        -  Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.   2.  Mencatat nilai murni atau pengajaran       -  Baca dan fahami kandungan petikan.       -  Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam           petikan.       -  Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai           murni / pengajaran.       -  Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini           sekitar lima minit.

   3.  Menulis ayat lengkap       -  Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut           tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.       -  Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.       -  Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.       -  Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.   4.  Menyemak

Page 7: Kertas dua bahagian a bmelayu1

       -  Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan           mengikut strukturnya.       -  Semak juga aspek tatabahasanya.       -  Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.    Panduan Menjawab Bahagian C   -  Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti  -  Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni,      amalan baik, faedah atau pengajaran.  -  Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang      terdapat dalam petikan.  -  Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.  -  Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda      baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.    Contoh Soalan dan jawapan:   Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti. 

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.” 

Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta. 

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. 

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

 

   LANGKAH 2:

Page 8: Kertas dua bahagian a bmelayu1

  Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan   baik, nilai murni , faedah  atau  pengajaran.  

Apabila  balik   dari   sekolah,   Liza   mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari) Liza  merupakan  anak   yang  suka   menolong   ibu (tolong-menolong)  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong)  mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya s elalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)  dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

    LANGKAH 3:   Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat   yang terdapat di dalam petikan 

  -  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg  (kerajinan)  -  Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)  -  Suka  menolong  ibu.  membantu ayahnya mencuci kereta (tolong-     menolong)  -  Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)  -  Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)  -  Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah      (bekerjasama)

    LANGKAH  4:   Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan 

Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong  ahli  keluarganya  patut kita  contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak  mengharapkan  bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak   kerja   rumah   yang   telah  dilakukannya  tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka  pada  keadaan  yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.  Dia  mengemas  bilik  tidurnya  dengan  rapi  apabila bangun dari tidur. Rambutnya  diikat kemas  dan  kukunya yang dipotong    rapi  menunjukkan   dia  seorang   yang berdisiplin.   Pada  hari  minggu,  Liza  dan   keluarganya bekerjasama membersihkan rumah.  Rumah  mereka  yang sentiasa  bersih  dan  ceria  membuatkan  jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.

  

   Tafsiran Nilai Murni: 

Page 9: Kertas dua bahagian a bmelayu1

  BAIK HATI  -  Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)  -  Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila      membuat sesuatu tindakan)  -  Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang      memerlukannya)  -  Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta      memahami perasaan dan keperluan masing-masing)  -  Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)   BERDIKARI  -  Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa      mengharapkan orang lain)  -  Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup      mencuba)   HEMAH TINGGI  -  Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan)  -  Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta       sanggup menerima nasihat)  -  Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)    HORMAT-MENGHORMATI  -  Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)  -  Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin      (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi      layanan yang baik)  -  Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan              serta lambang-lambang kebesaran negeri)  -  Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati                    kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)  -  Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah      ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)  -  Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa      dengan berfaedah)   KASIH SAYANG  -  Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)  -  Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara  kehidupan flora dan      fauna untuk kesejahteraan hidup)   KEADILAN  -  Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)  -  Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama      ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)   KEBEBASAN  -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan      undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,      masyarakat, negara dan agama   KEBERANIAN  -  Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan      mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko      yang akan dihadapi)  -  Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui      sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)   KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL  -  Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu

Page 10: Kertas dua bahagian a bmelayu1

     untuk hidup sihat)  -  Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan      bebas daripada kekotoran dan pencemaran)  -  Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu      diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)    KEJUJURAN  -  Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan      dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)   -  Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah      atau berselindung)  -  Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)         KERAJINAN  -  Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan      inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)  -  Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara      yang berfaedah)   KERJASAMA  -  Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan      sukarela)  -  Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan      berlakunya perselisihan)  -  Perpaduan  (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,      masyarakat, negara dan antarabangsa)   KESEDERHANAAN  -  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang      tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan      kemarahan orang lain)  -  Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan             orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri      sendiri dan orang lain)   KESYUKURAN  -  Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan      penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)   PATRIOTISME  -  Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga      keselamatan, nama baik negara)   RASIONAL  -  Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu      perkara sebelum membuat keputusan)   SEMANGAT BERMASYARAKAT  -  Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu      pekerjaan bagi kepentingan bersama)  -  Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama      dengan jiran tetangga)  -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah      masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)            

  Latihan Contoh 1: 

Page 11: Kertas dua bahagian a bmelayu1

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen   hingga   larut malam .  Dia  tidak   sempat bersarapan . Dia   terus   mencapai  basikal  untuk  pergi  ke  sekolah   tanpa bersalam   dengan   ibu   dan   bapan ya.  Tiba  di persimpangan jalan, dia   tidak     menghiraukan   lampu   merah lalu terus memecut ke sekolah.  Mujurlah  tiada  kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan  sekolah,   murid-murid   telah   berada   di tapak perhimpunan.  Dia  terus  berlari  ke tapak  perhimpunan tanpa mengunci   basikal nya.  Sedang  semua  murid  menyanyi  lagu “Negaraku” , dia  masih   lagi   berlari   untuk  masuk   ke  dalam barisan.  Ketika  hendak  pulang  ke rumah,  dia  mendapati bahawa  basikalnya  telah  hilang.  Dia  telah  diberi   peluang tumpang  oleh  rakan  untuk  pulang  ke rumah.

   Isi-isi cadangan:   -  Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.  -  Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan      kesihatan. Tidak cukup tidur.   -  Tidak sempat bersarapan -  Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga      untuk belajar.  -  Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat      restu.  -  Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.  -  Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu      kebangsaan.  -  Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.     Jawapan Contoh 1: 

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita.  Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari.  Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita. 

  

  Latihan Contoh 2: 

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi  di bawah. Panjang

Page 12: Kertas dua bahagian a bmelayu1

jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

   Buah delima pelbagai rasa,         Dipetik sebelum waktu senja;  Dari kecil hinggalah dewasa,         Ibu bapa membelai penuh manja.   Dalam sungai dipasang bubu,         Masuk seekor anak kelisa;  Sungguh mulia jasamu ibu,         Sepanjang hayat dikenang sentiasa.   Limau kasturi jangan dilupa,         Beli juga sebungkus asam jawa;  Tidakku lupa padamu bapa,         Sanggup berkorban harta dan nyawa.   Kacang dicampur santan kelapa,         Nasi berulam pucuk pegaga;  Terima kasih ibu dan bapa,         Bersyukur kita hidup bahagia.

   Isi Cadangan:   -  Membelai penuh manja (Kasih sayang)  -  Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)  -  Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)  -  Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)  -  Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)  -  Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)    Jawapan Contoh 2: 

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

  

  Latihan Contoh 3: 

  Buah delima pelbagai rasa,         Dipetik sebelum waktu senja;

Page 13: Kertas dua bahagian a bmelayu1

  Dari kecil hinggalah dewasa,         Ibu bapa membelai penuh manja.   - Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil     ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang   Dalam sungai dipasang bubu,         Masuk seekor anak kelisa;  Sungguh mulia jasamu ibu,         Sepanjang hayat dikenang sentiasa.   -  Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang  jasa ibu dan bapa kerana      mereka telah banyak berjasa kepada kita    Limau kasturi jangan dilupa,         Beli juga sebungkus asam jawa;  Tidakku lupa padamu bapa,         Sanggup berkorban harta dan nyawa.   - Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang     bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa     membesarkan kita.   Kacang dicampur santan kelapa,         Nasi berulam pucuk pegaga;  Terima kasih ibu dan bapa,         Bersyukur kita hidup bahagia.   -  Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan      bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik  -  Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati      kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita

   Jawapan Contoh 3: 

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang  jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga,  ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita.