bahasa melayu jangan buka kertas … soalan ini mengandungi dua bahagian: bahagian a dan bahagian b....

47
SULIT 1103/1 Bahasa Melayu 1103/1 Ogos, 2013 2 ¼ jam Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak 1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 1103/1 2 ¼ jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi http://cikguadura.wordpress.com/

Upload: duongtruc

Post on 30-Jun-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 1103/1Bahasa Melayu1103/1Ogos, 20132 ¼ jam

Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak

1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman SebelahSULIT

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUHDAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

BAHASA MELAYU

1103/1

2 ¼ jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku

jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

http://cikguadura.wordpress.com/

shafarudin.ali
Rectangle
Administrator
Stamp
shafarudin.ali
Typewriter
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Page 2: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 2 1103/1

1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian andahendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MEMELIHARAHARTA BENDA

SEKOLAH

MEMATUHIPERATURAN

SEKOLAH

KECEMERLANGANAKADEMIK

CARA-CARAMENYAYANGI

SEKOLAH

PENCAPAIANKOKURIKULUM

Page 3: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 3 1103/1

1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebihdaripada 350 patah perkataan.

1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabilamenyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatanmengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.

Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumahterbuka tersebut.

2. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budayatolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.

3. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan HariPolis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras JenayahTanggungjawab Bersama”.

Tulis esei anda selengkapnya.

4. Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepadamasyarakat dunia.

Bincangkan.

5. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum kaya dengan budaya warisan.Walau bagaimanapun generasi muda masa kini kurang menghargai budaya warisanbangsa mereka sendiri.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

KERTAS SOALAN TAMAThttp://cikguadura.wordpress.com/

Page 4: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 1103/2

Bahasa Melayu

Kertas 2

Ogos 2013

2 ½ jam

Kertas ini mengandungi 10 halaman bercetak

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks

Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya

kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas

peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

http://cikguadura.wordpress.com/

shafarudin.ali
Rectangle
Administrator
Stamp
shafarudin.ali
Typewriter
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Page 5: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 2 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kriteria yang

perlu ada pada seorang pekerja k-ekonomi dan kesannya kepada negara. Panjangnya

rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Modal insan merupakan tunjang utama dalam pembangunan ekonomi di sesebuah

negara. Jumlah tenaga kerja mahir di Malaysia pada tahun 2009 ialah 28% daripada jumlah

keseluruhan, iaitu 9.8% di bawah purata yang diperakukan oleh Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Usaha kerajaan untuk menyemarakkan ekonomi

berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi dimulakan oleh kerajaan sejak lebih 10 tahun yang

lalu dengan melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan memenuhi kriteria

pekerja k-ekonomi. Sejumlah RM200 juta diperuntukkan dalam bentuk latihan sambilan di

Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Giat MARA dan Institut

Latihan Perindustrian (ILP). Seorang pekerja k-ekonomi perlu memiliki pengetahuan

kandungan yang banyak dan mendalam merentasi disiplin ilmu dan sektor kehidupan. Oleh

sebab itu, RM 100 juta diperuntukkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk

membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal.

Tenaga kerja k-ekonomi hendaklah menguasai pelbagai jenis pemikiran, terutamanya

pemikiran kritikal, analitikal dan kreatif kerana seorang pekerja k-ekonomi sentiasa berfikir.

Selain itu, usaha juga dilakukan dengan memanggil pulang rakyat Malaysia yang

berkelayakan dan memiliki kemahiran supaya pulang berkhidmat di negara sendiri. Bagi

meningkatkan jumlah pekerja berkemahiran tinggi, kerajaan juga telah menarik pekerja asing

yang cemerlang dan berpengalaman luas untuk berkhidmat di Malaysia dengan menawarkan

pendapatan yang lumayan.

Pekerja k-ekonomi bukan sahaja seorang yang tekun, tetapi juga sentiasa ingin tahu.

Mereka juga perlu mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hidup kerana ukuran bagi

seseorang pekerja yang berpengetahuan tinggi bukan hanya gaji yang kompetitif, tetapi

kebolehan yang kompetitif. Mereka perlu sentiasa bersedia untuk menjadi sumber rujukan

kepada rakan sekerja atau pihak lain yang berkepentingan , umpamanya dalam melaksanakan

program pengembangan minda dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Keberanian untuk sentiasa mencuba dan menghadapi risiko menghadapi kegagalan

merupakan elemen penting dalam dunia pekerjaan. Oleh itu, amat penting bagi setiap pekerja

k-ekonomi mempunyai semangat keusahawanan yang tulen dengan menunjukkan

keghairahan untuk berubah, keberanian menghadapi risiko dan bersedia menerima kegagalan.

Perkongsian maklumat, pengetahuan, kepakaran dan pengalaman amat penting dalam

sesebuah organisasi. Pekerja k-ekonomi hendaklah sentiasa bersedia dan berkemahiran untuk

bekerja secara berkumpulan untuk membantu rakan sekerja menyelesaikan sebarang masalah,

membuat keputusan dan perancangan strategik. Kemahiran ini perlulah mendalam dan

mencakupi pelbagai aspek. Sumber manusia yang kreatif dan inovatif amat penting dalam

Page 6: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 3 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

pengurusan ilmu pengetahuan dan harta intelektual yang efisien. Mereka perlu aktif membuat

ciptaan baru dan menambah baik ciptaan sedia ada kerana aktiviti ini dianggap sebagai

sumber untuk menghasilkan kelebihan kompetitif dalam k-ekonomi.

Seseorang pekerja k-ekonomi harus mempunyai kompetensi di tempat kerja, iaitu

kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, serta kemahiran teknologi

komunikasi dan maklumat. Kemahiran tersebut semakin penting dan menjadi pelengkap

kepada keperluan asas bagi seseorang pekerja, iaitu pengetahuan kandungan dan kemahiran

teknikal. Pekerja k-ekonomi juga harus menghayati nilai integriti yang tinggi dan kesetiaan

terhadap organisasi atau syarikat agar pengetahuan dan kemahiran mereka dapat

dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Komitmen semua pihak amat penting untuk

menjayakan usaha melahirkan pekerja k-ekonomi yang kreatif dan inovatif agar mampu

mencorakkan pembangunan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.

(Dipetik dan diubah suai daripada

“Modal Insan untuk K-Ekonomi”

oleh Ramlan Abd. Wahab,

Dewan Ekonomi, Jun 2011)

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata tunjang utama? [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk

melahirkan pekerja k-ekonomi.

Nyatakan usaha-usaha tersebut. [3 markah]

(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak swasta untuk melahirkan pekerja

k-ekonomi yang kompetitif.

[4 markah]

Page 7: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 4 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat

nanti,” kata Mikraj.

“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata.

“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik?

Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?” Suara Mikraj semakin lama semakin

meninggi.

Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi

kain orang?”

“Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan

dicubit paha kiri akan terasa sakitnya. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”

“Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!”

“Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang

mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-

benar terhiris sewaktu atuk ‘atuk’ bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali

Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita.

Wah orangnya…,” butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.

(Dipetik daripada cerpen ‘Israk’

oleh Erda Roslan Khairi

dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Mikraj bertelingkah dengan abangnya, Israk? [2 markah]

(ii) Sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak mereka pulang ke rumah datuk dan nenek

di kampung pada musim cuti persekolahan.

Pada pendapat anda, adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan untuk menyokong

pendapat anda.

[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Mikraj berdasarkan petikan dan satu perwatakan Mikraj

berdasarkan keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Page 8: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 5 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Akan kata segala dagang dari Petani memandang gurap sangat hairan; dari zaman

datuk nenek baharu memandang serupa ini. Akan kata dagang Tandang Halidar, “Inikah

gerangan dikatakan kota?”

Beredar segala Cina yang makan madat hairan tercengang-cengang tiada sedar gurap

andalan berkemala dipandang malam. Tanglung di atas tiang bernyala serta sampai siang

harinya. Di Pulau Berhala malamnya itu gurap masuk ke kuala.

Maka sekalian kelengkapan kenaikan penjajap pun mustaidlah sudah. Maka

belayarlah ke negeri Siak. Serta sampai di dalam sungai, lalu mudiklah sekalian kelengkapan

angkatan penjajap itu.

Maka terkejutlah orang Siak. Maka isinya bedil Laila Majnun tiada mahu berbunyi.

Maka masuk alamat kepada kadi, Laila Majnun mohon kepada Raja Siak; ia hendak mohon

kembali, dipasang ia tiada tala, takut derhaka ke bawah duli, kepada Datuk Demang disuruh

pasang seperti aur ditarik songsang, sungguhpun kawan dalam makan perangsang, dan seperti

ayam takutkan musang.

(Dipetik daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’

dalam antologi Digahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud masuk alamat? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan

negara dicerobohi oleh musuh?

[3 markah]

Page 9: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 6 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku

Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku

hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam

Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru

(September 2000)

Ahmad Sarju

Manuskrip Luka Bangsa 2006

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 10: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 7 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(i) Sejarah bangsa telah mencatatkan pelbagai kegemilangan dalam rangkap keempat.

Nyatakan tiga kegemilangan tersebut. [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah bahasa Melayu boleh dimartabatkan di persada

antarabangsa? [3 markah]

(iii) Huraikan tiga nilai yang diperoleh dalam sajak tersebut.

[3 markah]

Page 11: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 8 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk

menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda

tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) mengupas – mengelupas

(ii) bercanggah – berceranggah

(iii) menjajah – menjelajah

[6 markah]

(b) Bina satu ayat berdasarkan pola ayat dasar di bawah.

(i) FN + FK

(ii) FN + FA

(iii) FN + FS

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu

kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia

boleh bertutur dalam dwi bahasa.

(ii) Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh

setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan

memajukan syarikat.

(iii) Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap

tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.

[6 markah]

http://cikguadura.wordpress.com/

Page 12: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 9 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan

penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

(i) Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak

membelinya kerana berasa curiga.

(ii) Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-

kira 500 meter sahaja.

(iii) Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap

siaga untuk menghadapi peperangan.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata

hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku

seperti ..........…………………………… Walaupun dia sudah biasa melalui jalan itu,

namun …………………..........………… kerana pada suatu hari dia terbabas lalu

terlanggar pembahagi jalan di selekoh yang amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati-

hati ketika melalui jalan itu kerana …………......……………………………………

[6 markah]

Page 13: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 10 1103/2

1103/2 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan

minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan

unsur saspens dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak

sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

http://cikguadura.wordpress.com/

Page 14: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

BAHAGIAN PENGURUSAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

BAHASA MELAYU

Kertas 1

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama

Penuh. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh

dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh

dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

http://cikguadura.wordpress.com/

Page 15: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

2

Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[30 markah] KRITERIA

PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

26 – 30

atas

(28 – 30)

(26 – 27)

bawah

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.

Penggunaan kosa kata luas dan

tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan

dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20 – 25

atas

(23 – 25)

(20 – 22)

bawah

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan

bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Page 16: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Memuaskan

15 – 19

atas

(17 – 19)

(15 – 16)

bawah

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.

Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi

Baru.

Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang

memuaskan

10 – 14

atas

(12 – 14)

(10 – 11)

bawah

Karangan kurang menepati tema bahan

rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi

terdapat kesalahan ejaan yang ketara.

Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian

Minimun

01 – 09

atas

(06 – 09)

(01 –05)

bawah

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran

menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

*Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan

ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud al-

Quran dan lain-lain.

Page 17: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

[100 markah]

PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara Pemeriksaan

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang

ditetapkan.

2. Jika karangan:

a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3

markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

http://cikguadura.wordpress.com/

Page 18: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

KRITERIA

KRITERIA DESKRIPSI

1. BAHASA (Mekanis)

Kegramatisan – kata (morfologi) - ayat (sintaksis)

Tanda baca

Ejaan

2. LARAS (Dinamis)

Pemilihan kosa kata

3. IDEA (ISI)

Tema

Isi utama

Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh)

Kerelevanan

4. PENGOLAHAN

Wacana

Logik

Pemerengganan

Format

5. GAYA BAHASA

Keindahan bahasa

Ungkapan

Peribahasa

Page 19: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

CEMERLANG

80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan kosa kata luas dan tepat Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang

sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea

yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,

pantun, cogan kata atau frasa.

KEPUJIAN

66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea

yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Page 20: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

BAIK

51 - 65

(58 – 65)

(51 – 57)

Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai. Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

Ejaan dan tanda baca masih betul.

Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

Penggunaan kosa kata umum. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.

Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan

masih sesuai.

Wacana masih lengkap

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang

berkesan.

MEMUASKAN

36 – 50

(43 – 50)

(36 – 42)

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad. Ayat kurang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

Laras bahasa kurang sesuai.

Penggunaan kosa kata umum dan terhad. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang

sesuai.

Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai.

Wacana masih / kurang lengkap

Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.

Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang

berkesan.

Page 21: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

KURANG

MEMUASKAN

21 – 35

(28 – 35)

(21 – 27)

Penggunaan kata kurang tepat. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.

Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.

PENCAPAIAN

MINIMUM

01 – 20

(11 – 20)

(01 – 10)

Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan

ayat yang tidak gramatis.

Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik.

Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

Cara menulis K - Peringkat markah Contoh K - 75

- E - Mak 3 markah - E - 03

- F - Mak 2 makah - F - 02

Jumlah - Markah bersih J - 70

Page 22: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

CADANGAN JAWAPAN

Bahagian A

Karangan berdasarkan bahan rangsangan: Cara-cara menyayangi sekolah.

Cadangan Isi:

1. Harta benda sekolah merupakan harta benda awam yang perlu dipelihara oleh seluruh

warga sekolah.

2. Peraturan sekolah merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.

3. Kecemerlangan akademik pelajar sangat signifikan terhadap pencapaian keseluruahn

sesebuah sekolah (kayu ukur

4. Pencapaian kokurikulum yang cemerlang merupakan pelengkap kepada pencapaian

akademik pelajar dan dapat meningkatkan imej sekolah.

Calon boleh menambah idea-idea lain yang tiada dalam bahan rangsangan, tetapi dengan

syarat mesti membincangkan idea-idea yang terdapat dalam bahan rangsangan.

Calon yang tidak langsung menyentuh idea dalam bahan rangsangan, tidak layak untuk

kategori cemerlang, walaupun bahasa dan pengolahan baik.

Bahagian B

Soalan 1

Format: Tiada

Calon diharap dapat menceritakan pengalaman dan menyatakan faedah menghadiri

rumah terbuka jiran yang berlainan bangsa.

Kemungkinan:

Calon hanya membincangkan salah satu elemen sahaja (pengalaman @ faedah): markah

maksimum peringkat baik sekiranya bahasa baik.

Calon tidak menjelaskan perbezaan bangsa jirannya: markah maksimum peringkat

kepujian bawah. sekiranya bahasa baik.

Cadangan isi:

1. Pengalaman:

1.1 Suasana kemeriahan rumah terbuka.

1.2 Perasaan calon sewaktu menghadiri rumah terbuka.

2. Faedah:

2.1 Menyuburkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga.

2.2 Memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

2.3 Dapat melihat dan merasai kepelbagaian aneka masakan yang disajikan.

2.4 Memupuk toleransi dan keterbukaan pemikiran terhadap agama, budaya dan adat yang

berbeza.

2.5 Menyumbang kepada sektor pelancongan negara.

2.6 Menggambarkan kestabilan politik negara.

http://cikguadura.wordpress.com/

Page 23: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

Soalan 2

. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah. Huraikan

peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-

menolong dalam kalangan ahli keluarga.

Cadangan Jawapan:

Format: Tiada

Calon diharapkan dapat menghuraikan / menerangkan / menjelaskan peranan ibu bapa

untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga:

berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak secara berhemah tentang peranan &

tanggungjawab mereka

menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan memberikan tunjuk ajar

memastikan anak-anak menyempurnakan tanggungjawab dengan melakukan tugasan

rutin yang sesuai dengan keupayaan mereka

memberikan penghargaan atau kata-kata perangsang kepada anak-anak

bergotong-royong seisi keluarga dalam melakukan sesetengah tugasan

Sekiranya calon hanya menghuraikan isu dalam kalangan anak sahaja, karangan tidak

mencapai tahap cemerlang.

Soalan 3

Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari

Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras Jenayah Tanggungjawab

Bersama”.

Tulis esei anda selengkapnya.

Format:Esei/Rencana

Tajuk: 1m

Nama Penulis:1m

Diharapkan calon dapat menulis esei tentang Membanteras Jenayah Tanggungjawab

Bersama. (tanggungjawab pelbagai pihak – individu, komuniti/masyarakat

setempat,pihak berkuasa,kerajaan dan badan bukan kerajaan dll yang relevan)

-Jika calon menghuraikan tanggungjawab satu pihak sahaja, dan bahasa baik,maksimum

baik atas

Page 24: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

Soalan 4

Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada

masyarakat dunia.

Bincangkan.

Format: Tiada

Diharapkan calon dapat mengemukakan faktor berlakunya masalah ketidakstabilan

politik,kesannya dan cadangan mengatasi .

- Calon perlu menyatakan beberapa contoh negara yang mengalami pergolakan politik.

- Jika calon hanya menyatakan sebuah negara sahaja, tidak layak mendapat cemerlang.

- Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya dua aspek contohnya, faktor berlaku

dan kesan atau kesan dan langkah mengatasi.

- Jika calon mengemukakan satu aspek sahaja,( tidak berbincang tentang tajuk) tetapi

bahasa baik, maksimum 65markah

Cadangan Jawapan:

Kesan

-Menggugat ekonomi sesebuah negara/sektor pelancongan terjejas

-Rakyat hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan/catuan bekalan makanan

-Imej negara terjejas di mata dunia

-Ketidakstabilan mata wang

-Penularan penyakit

-Rakyat terkorban/orang awam menjadi mangsa

Faktor

-Perang saudara

-Perebutan wilayah

-Campur tangan pihak ketiga

-Anasir luar/subversif

-Fahaman politik/ideologi yang ekstrem

Langkah Mengatasi

-Perjanjian /rundingan damai

-Gencatan senjata

-Peranan PBB/Negara Serantau

-Memenuhi tuntutan dua pihak

Page 25: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

Soalan 5

Rakyat Malaysia kaya dengan budaya warisan. Walau bagaimanapun generasi muda

masa kini semakin kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka sendiri.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

Skema

1. Format

: Tiada

Calon diharapkan dapat:

Menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku:

1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.

• Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara

meluas.

• Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui

Internet/facebook, blog dsbnya.

• Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai.

• Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, tempo muzik yang

lebih rancak dsbnya. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari

Barat

• Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti wayang kulit, makyung, ghazal,

tarian kipas, tarian kepang dsbnya semakin dilupakan.

2. Kemajuan dari segi teknologi maklumat .

• Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat.

• Misalnya “PSP”, “Wii” dan sebagainya.

• Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui “Wii” dengan

seorang diri sebagai pemain.

• Pelbagai program permainan dapat “dimuat turun” daripada Internet.

• Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih

memikat.

• Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar.

• Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan

memerlukan kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar

tidak tahu meligat gasing.

Page 26: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

1103/1 (PP) SULIT

3. Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya warisan kita.

• Kehidupan kita semakin sibuk.

• Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang

perlukan kemahiran.

• Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain

memakan masa.

• Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan

mentah dan menghasilkannya.

• Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini.

• Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, gimnasium bina badan dan

persolekan muka serta pelangsingan badan.

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.

• Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah.

• Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang.

• Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad.

• Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan.

• Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan.

• Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda.

5. Siaran di media elektronik yang lebih menarik

Televisyen menayangkan program-program yang lebih menarik

Terdapat saluran tv yang pelbagai

Program berbayar yang menarik minat golongan pelbagai

6. Kurangnya galakan dan promosi

Pihak bertanggungjawab kurang menguar-uarkan budaya warisan

Pihak media juga kurang mempromosikan kehebatan budaya warisan

Pihak ibu bapa juga kurang menggalakkan anak-anak untuk membudayakan

warisan terdahulu

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

Page 27: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 1103/2 (PP)

Bahasa Melayu

Kertas 2

Peraturan Pemarkahan

Ogos 2013

Kertas ini mengandungi 21 halaman bercetak

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013

PERATURAN PEMARKAHAN

BAHASA MELAYU

Kertas 2

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Bahagian Sekolah

Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran

Malaysia. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan

kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-

apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

http://cikguadura.wordpress.com/

shafarudin.ali
Rectangle
Administrator
Stamp
shafarudin.ali
Typewriter
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Page 28: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 2 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Markah penuh: 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

nama khas

perkataan berulang

penggunaan kata sendi di dan ke

tarikh

angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum

diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak

perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian

Markah

Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi Tersurat

4 5 6 7 8 9 10 11 12

16

(iii) Isi Tersirat

12

11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/ Kesimpulan

2

Jumlah Markah 20

Page 29: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 3 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 1: Rumusan

Pendahuluan [2 markah]

Markah

Petikan membincangkan ciri-ciri/ sifat-sifat yang perlu ada/ keperluan pada

seseorang pekerja k-ekonomi di negara ini/ di Malaysia (di mana) / pada masa ini/

kini (bila) / untuk memajukan ekonomi negara (untuk apa).

2

Petikan membincangkan ciri-ciri yang perlu ada/ keperluan pada seseorang pekerja

k-ekonomi.

1

Petikan membincangkan kriteria yang perlu ada pada seseorang pekerja k-ekonomi. 0

Isi Tersurat (Ciri-ciri pekerja k-ekonomi) [4 hingga 12 markah]

S1 Memiliki pengetahuan kandungan yang banyak dan mendalam merentasi

disiplin ilmu dan sektor kehidupan.

2

S2 Menguasai pelbagai jenis pemikiran, terutamanya pemikiran kritikal,

analitikal dan kreatif.

2

S3 Mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hidup. 2

S4 Bersedia untuk menjadi sumber rujukan kepada rakan sekerja atau pihak lain

yang berkepentingan.

2

S5 Amat penting bagi setiap pekerja k-ekonomi mempunyai semangat

keusahawanan yang tulen.

2

S6 Sentiasa bersedia dan berkemahiran untuk bekerja secara berkumpulan

dengan mendalam dan mencakupi pelbagai aspek

(Isi perlu ada kedua-dua bahagian. Jika tiada = 0m)

2

S7 Sumber manusia yang kreatif dan inovatif perlu aktif membuat ciptaan

baru dan menambah baik ciptaan sedia ada.

(Isi perlu ada kedua-dua bahagian. Jika tiada = 0m)

2

S8 Mempunyai kompetensi di tempat kerja. 2

S9 Menghayati nilai integriti yang terpuji dan kesetiaan kepada organisasi atau

syarikat.

2

Isi Tersirat (Kesan pekerja k-ekonomi kepada negara) [4 hingga 12 markah]

T1 Dapat memajukan negara/meningkatkan pendapatan /ekonomi negara 2

T2 Meningkatkan produktiviti kerja. 2

T3 Kualiti kerja akan meningkat. 2

T4 Tidak perlu mendapatkan/ menjimatkan kos pekerja k-ekonomi dari luar

negara

2

T5 Perkongsian idea dan peningkatan inovasi. 2

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Penutup

Kesimpulannya, setiap pekerja di Malaysia perlu memiliki kriteria pekerja k-

ekonomi agar dapat memajukan/ membangunkan negara.

2

Page 30: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 4 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan

dalam jadual berikut:

Peringkat

Markah Isi

Markah

Bahasa

Huraian

Baik

18 – 20

15 – 17

9 – 10

7 – 9

- Kesinambungan isi baik

- Struktur ayat/ tatabahasa baik

- Kosa kata luas

- Tanda bacaan/ ejaan betul

Sederhana

12 – 14

8 – 11

6 – 7

4 – 6

- Kesinambungan isi masih baik

- Struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan

- Kosa kata masih memuaskan

- Tanda bacaan/ ejaan juga memuaskan

Lemah

1 - 7

1 - 4

- Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/

tidak memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun

jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum : 10 markah]

Page 31: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 5 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markah

Soalan 2(b) : 9 markah

Soalan 2(c) : 8 markah

Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna.

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)

daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup 1

- Jawapan tidak tepat/ salah 0

2. Soalan 3 markah

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

- Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis.

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4

- Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis. 3

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

- Isi tidak cukup/ kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

Page 32: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 6 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2(a) : Petikan Umum

Markah

(i) Maksud tunjang utama

Faktor asas/ perkara penting / tulang belakang

2

Faktor/ perkara utama 1

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja k-ekonomi:

P1 Sejumlah RM200 juta diperuntukkan dalam bentuk latihan sambilan di

Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Giat

MARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

P2 RM 100 juta diperuntukkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk

membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal.

P3 Memanggil pulang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memiliki

kemahiran supaya pulang berkhidmat di negara sendiri.

(Isi cukup: 3 isi) [Maksimum : 3 markah]

(iii) Dua peranan pihak swasta untuk melahirkan pekerja k-ekonomi yang

kompetitif:

P1 Sentiasa mendorong pekerja untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran

dengan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

[1+1]

P2 Menyediakan ganjaran atau bonus kepada pekerja yang menunjukkan

keupayaan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada dan

berkongsi ilmu dengan rakan sekerja.

[1+1]

P3 Menyediakan biasiswa dan peruntukan kepada pekerja yang ingin

melanjutkan pelajaran/ mengikuti kursus atau latihan/ memberi

kelulusan cuti belajar kepada pekerja yang ingin belajar.

[1+1]

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 4 markah]

(Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Page 33: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 7 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2(b) : Petikan Cerpen

Markah

(i) Mikraj bertelingkah dengan abangnya, Israk kerana

P1 Mikraj menyindir abangnya Israk yang terlalu berlagak / tidak mahu

ke kebun

P2 Israk mengatakan Mikraj suka menjaga tepi kainnya / terlalu

berlagak

P3 Mikraj memarahi abangnya Israk kerana menghina, mengeji dan

menyakiti Wah

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 2 markah]

(ii) Wajar ibu bapa menghantar anak-anak pulang ke kampung:

P1 Bergaul dengan datuk dan nenek secara lebih rapat dan mesra

P2 Membantu meringankan urusan datuk dan nenek yang sudah semakin

tua dan uzur

P3 Menceriakan atau mengubati kerinduan mereka terhadap cucu

P4 Menambah pengalaman anak-anak tinggal di kampung

P5 Meringankan urusan ibu bapa

ATAU

Tidak wajar ibu bapa menghantar anak-anak pulang ke kampung:

P1 Menyusahkan datuk dan nenek untuk menyediakan keperluan cucu

seperti makanan dan lain-lain

P2 Keadaan kesihatan / fizikal datuk dan nenek yang sudah tua/ uzur

P3 Mengganggu rutin harian datuk dan nenek

P4 Keselamatan anak-anak tidak terjamin kerana faktor usia yang sudah

tua/ uzur

P5 Hubungan antara adik-beradik ibu bapa terjejas

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]

Page 34: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 8 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(iii) Satu perwatakan Mikraj berdasarkan petikan:

P1 Berjiwa sensitif

Contoh: Mikraj mengalirkan air mata apabila menceritakan kisah

ketabahan Wah.

[1+1]

P2 Berani

Contoh: Mikraj berani menegur perlakuan abangnya yang tidak

menghormati Wah

[1+1]

P3 Bijaksana

Contoh: Mikraj yang merancang percutian Israk di kampung untuk

mengenali Wah.

[1+1]

P4 Bersimpati / prihatin

Contoh: Mikraj kasihan melihat Wah yang dihina oleh Israk

[1+1]

[Maksimum : 2 markah]

Satu perwatakan Mikraj berdasarkan keseluruhan cerpen:

P1 Berjiwa seni

Contoh: Mikraj meminati bidang sastera.

[1+1]

P2 Berjiwa kampung / jati diri yang kukuh

Contoh: Mikraj suka akan makanan dan suasana kampung

[1+1]

[Maksimum : 2 markah]

Nota: Huraian mesti menyebut nama watak.

Page 35: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 9 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2(c) : Petikan Prosa Tradisional Markah

(i) Maksud masuk alamat:

dapat petanda / sampai tanda / petunjuk 2

[Maksimum 2 markah]

(ii) Reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap:

P1 Orang dagang Petani kehairanan kerana pertama kali melihat gurap

(kapal) yang seumpama itu;

P2 Orang dagang Tandang Halidar menyangka gurap itu kota

P3 Orang dagang Cina tercengang-cengang apabila melihat gurap yang

kelihatan bercahaya pada sebelah malam

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]

(iii) Langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh pihak anggota

keselamatan bagi mengelakkan negara dicerobohi dan diserang oleh

musuh secara tiba-tiba:

P1 Operasi rondaan di perairan negara secara bersepadu

P2 Penggunaan sistem radar pengesanan yang lebih canggih

P3 Menambahkan pos-pos kawalan

P4 Meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara jiran.

P5 Mewujudkan dan menguatkuasakan undang-undang yang seragam

kepada semua individu tanpa amalan pilih kasih atau rasuah

P6 Rakyat melaporkan kepada pihak berkuasa jika berhadapan dengan

situasi yang mencurigakan

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]

(Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Page 36: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 10 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2 (d) – Sajak Markah

(i) Tiga kejayaan dalam rangkap keempat ialah:

P1 Rakyat Malaysia menjalin persaudaraan/persahabatan dengan negara

Timur dan Barat.

P2 Pelaut/pelayar gagah belayar di lautan

P3 Bahasa kebangsaan berkembang dari Utara hingga Selatan.

P4 Bahasa Melayu disebarluaskan dari pulau ke pulau menerusi aktiviti

pelayaran

(Isi cukup : 3 isi) [Maksimum : 3 markah]

(ii) Cara bahasa Melayu boleh dimartabatkan di peringkat antarabangsa

P1 Rakyat Malaysia/ Pemimpin menggunakan bahasa Melayu dalam

majlis-majlis rasmi di peringkat antarabangsa.

P2 Kerajaan perlu memantapkan dasar yang menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu

P3 Media massa khususnya media elektronik seperti internet memainkan

peranan dalam mempromosikan bahasa Melayu, contohnya melalui

iklan.

P4 Penulis-penulis blog harus lebih banyak memuat naik bahan dalam

bahasa Melayu untuk dikongsi oleh masyarakat antarabangsa

P5 Kursus bahasa Melayu diperkenalkan di universiti-universiti luar

negara

P6 Mengadakan pertandingan pidato bahasa Melayu peringkat

antarabangsa

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]

(Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

(iii) Tiga nilai daripada sajak:

P1 Nilai keberanian/kegigihan

Contoh: Pelaut gagah membelah lautan.

P2 Nilai amanah

Contoh: Rakyat amanah memikul tanggungjawab mendaulatkan

bahasa.

P3 Nilai bertanggungjawab

Contoh: Rakyat memelihara maruah bangsa.

P4 Nilai patriotisme

Contoh: Rakyat cinta akan bahasa kebangsaan.

(Isi cukup : 3 isi) [Maksimum : 3 markah]

Nilai + Huraian = 1 markah

Tiada Huraian = 0 markah

Page 37: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 11 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan

soalan.

3. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

4. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

5. Jika kedua-dua perkataan dibina dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

6. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

8. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3(a)

(i) mengupas – mengelupas

mengupas : membuang kulit, mengopek, menguliti

mengelupas: kulit, cat dll terkupas

(ii) bercanggah – berceranggah

bercanggah: memakai canggah, bercabang, bertentangan

berceranggah: bercabang-cabang, panjang-panjang dan mencuar-cuar ke atas (macam

tanduk rusa, pancang tiang dll)

(iii) menjajah – menjelajah

menjajah: menakluk, menguasai dan memerintah

menjelajah: pergi atau mengembara dari satu tempat ke satu tempat

[Maksimum : 6 markah]

Page 38: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 12 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Jawapan 3(b)

(i) FN + FN

Ayah saya guru.

Ibu jururawat / di hospital.

(ii) FN + FA

Adik / sangat pandai.

Kakak Aisyah / cantik.

(iii) FN + FS

Bapa / ke pejabat.

Emak / dari pasar.

[Maksimum : 6 markah]

Nota:

Ayat dasar mesti mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja (bukan ayat

majmuk)

Contoh: Abang saya yang bekerja di Sabah itu seorang guru.

Ayat dasar bukan ayat pasif

Contoh: Nasi goreng saya makan.

Jawapan 3(c)

(i) bernama - ternama

dwi bahasa - dwibahasa

(ii) was-was - waswas

membangun - membangunkan

(iii) menghadkan - mengehadkan

semulajadi - semula jadi

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(d)

(ii) label - logo

di - pada

(ii) jauh - jarak

dan - dengan

(iii) mematuhi - menjunjung

untuk - agar/ supaya

[Maksimum : 6 markah]

Page 39: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 13 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Jawapan 3(e)

(i) ular kena palu

(ii) malang tidak berbau

(iii) sekali kena, dua kali jalan tahu

[Maksimum : 6 markah]

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Peraturan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Beri 2 markah bagi setiap peristiwa saspens dan huraian/contoh yang betul..

(iv) Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 markah bagi setiap peristiwa).

(v) Markah bahasa maksimum 3.

(vi) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 3 markah

Sederhana : 2 markah

Lemah : 1 markah

(vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(viii) Calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum : 7 markah]

(b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Beri 1 markah bagi setiap perwatakan watak sampingan.

(iv) Beri 2 markah bagi setiap huraian/contoh yang betul untuk setiap perwatakan.

(v) Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap perwatakan).

(vi) Markah bahasa maksimum 2.

(vii) Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 2 markah

Lemah : 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum : 8 markah]

Page 40: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 14 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 4(a) Unsur saspens dalam dua buah novel:

Peristiwa saspens ialah keadaan yang tegang atau cemas dalam sesuatu peristiwa hingga

menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku

seterusnya.

(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!)

Peristiwa saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa Intan Maliana/ Mama dikejarkan

ke hospital untuk melahirkan anak.

- Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan

berlaku kepada Intan Maliana dan

kandungannya. Intan Maliana kemudiannya

koma akibat komplikasi semasa melahirkan

anak kembarnya manakala anak kembarnya

meninggal dunia.

2. Peristiwa Intan Julia ditampar oleh Jeffri/

papanya kerana Jeffri menghalang

hubungannya dengan Rasylan selepas

mengetahui bahawa Rasylan ialah anak

angkat Datuk Mustaqim.

- Pembaca ingin tahu kesudahan hubungan

antara Julia dengan Rasylan. Akhirnya Jeffri

merestui hubungan mereka berdua selepas

melihat keikhlasan hati Rasylan meskipun

Rasylan anak yang lahir daripada hubungan

yang terlarang.

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa Fuad pulang ke Sungai Ruan

untuk menjejaki keluarga sebelah ibunya

dengan cuba menjejaki pusara ibunya.

- Pembaca ingin tahu sama ada usaha Fuad

itu membuahkan hasil atau tidak. Fuad

bertanya tentang ibunya dengan Swee Lim

dan Swee Lan dan seterusnya menjejaki

ibunya hingga ke Lembah Klau.

2. Peristiwa Fuad menaruh harapan yang

tinggi untuk mencari ibu kandungnya apabila

di Lembah Klau Pak Shamsuddin

menyatakan bahawa Mariana masih hidup

kerana pusaranya tiada di kampung itu.

- Pembaca ingin tahu sama ada Fuad Berjaya

mencari ibu kandungnya atau tidak.

Akhirnya, Fuad mendapat tahu dia dan

Farhana bersaudara kerana nama ibu mereka

sama dan kedatangan Robert Lim

mengesahkan Mariana ialah ibu kandung

mereka.

Page 41: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 15 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa Azfa Hanani diarahkan ke bilik

pengetua kerana pada sangkaannya dia

dipanggil kerana kesalahannya mencuri buku

perpustakaan akibat kemiskinan hidupnya.

- Pembaca ingin tahu hukuman yang akan

dikenakan terhadap Azfa Hanani.

Hakikatnya, Azfa Hanani ingin ditemui oleh

sepasang suami isteri yang ingin meminta

pertolongannya.

2. Peristiwa Azfa Hanani bertemu dengan

Datin Maziah selepas diajar oleh Tengku

Mazran dan isterinya, Syafinaz untuk

menyamar menjadi Tengku Murni yang telah

meninggal dunia.

- Pembaca ingin tahu sama ada Azfa Hanani

berjaya melaksanakan tugas penyamaran

sebagai Tengku Murni. Ternyata Azfa

Hanani berjaya kerana Datin Maziah percaya

Azfa ialah anaknya yang telah mati.

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa Mukhlis berjumpa dengan Datuk

Dolhi di pejabatnya kerana ingin meminjam

wang daripada bapanya untuk berdakwah di

India.

- Pembaca ingin tahu sama ada Datuk Dolhi

bersetuju untuk meminjamkan wang kepada

Mukhlis atau tidak. Datuk Dolhi enggan

berbuat demikian sebaliknya menyuruh

Mukhlis mencari wang sendiri.

2. Peristiwa Hasnol menemui Tengku Munir

di Teratai Inn.

- Pembaca ingin tahu tujuan Hasnol menemui

Tengku Munir. Temgku Munir mahu Hasnol

mempengaruhi jabatan tender agar

meluluskan permohonannya untuk projek

Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta dan

sebagai balasan, Hasnol akan diberikan

saguhati sebnyak RM30 ribu.

3. Peristiwa Amera mengadakan pertemuan

dengan YB Wahab di Kelab Mawar.

- Pembaca tertanya-tanya tujuan Amera

berjumpa dengan YB Wahab. YB Wahab

ingin melamar Amera sebagai isterinya.

Page 42: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 16 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa yang berlaku semasa malam

pertunjukan Orkes Perdana yang diadakan di

Dewan Tuanku Canselor dan pada masa yang

sama Hilmi pula jatuh sakit.

- Pembaca ingin tahu sama ada pertunjukan

akan diteruskan dan jika diteruskan pula

siapa yang akan menjadi pengganti Hilmi

untuk memimpin orkestra itu. Akhirnya

tempat Hilmi telah digantikan oleh Hayati

yang baru pulang dari London.

2. Peristiwa Hilmi sakit dan dikejarkan ke

hospital.

- Pembaca ingin tahu tentang keadaan Hilmi

yang sakit tenat selepas terjatuh. Akhirnya

Hilmi meninggal dunia di hospital apabila

semua orang telah pulang.

3. Peristiwa Hilmi dihalau keluar dari rumah

Datuk Johari kerana Datin Salmah tidak

senang hati apabila melihat hubungan antara

Hilmi dan Hayati yang semakin rapat.

- Pembaca ingin tahu nasib Hilmi yang

seterusnya apabila Hilmi bercadang ingin

pulang ke kampungnya di Kedah tetap

kemudian Hilmi telah berpatah balik ke

Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah stesen

minyak di Setapak.

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa Amira dan Itai berhadapan

dengan makhluk berbulu yang ditakuti oleh

penghuni rimba ketika mendapatkan sebutir

emas untuk Jacinta.

- Pembaca tertanya-tanya sama ada Amira

dan Itai berjaya menyelamatkan diri daripada

makhluk tersebut atau tidak. Mereka berdua

berjaya menyelamatkan diri kerana makhluk

itu ingin memburu pemburu emas.

2. Peristiwa Amira menemui mobile disk

yang dipercayai milik Malique di puncak

Gunung Gua Gajah.

- Pembaca tertanya-tanya sama ada tekaan

Amira itu betul atau tidak. Mobile disk itu

memang kepunyaan Malique yang terlbat

dalam satu kemalangan.

3. Peristiwa Malique terjatuh ke dalam gaung

apabila aliran lumpur menolak kereta yang

dinaikinya.

- Pembaca tertanya-tanya sama ada Malique

terselamat dalam peristiwa tersebut atau

sebaliknya. Malique yang cedera telah

diselamatkan oleh orang Asli.

Page 43: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 17 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa kehilangan Faridah dan Iqbal

berhampiran dengan kawasan kemalangan

tanpa meninggalkan sebarang jejak.

- Pembaca tertanya-tanya kejadian yang telah

menimpa Faridah dan Iqbal sehingga sukar

dikesan oleh pihak berkuasa.

2. Peristiwa Faridah terjatuh ketika mandi. - Pembaca tertanya-tanya nasib Faridah

selepas itu kerana Faridah telah dibawa ke

hospital dan koma selama dua minggu.

3. Peristiwa Faridah yang terpaksa

menempuhi kehilangan suaminya, Ghazali

akibat kemalangan jalan raya.

- Pembaca ingin tahu keadaan Faridah

selepas menerima kematian Ghazali. Faridah

hampir menjadi gila hingga menyebabkan dia

membawa dirinya ke New Zealand.

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

1. Peristiwa Bujei menumbuk dan mengugut

Alias dengan parang selepas Alias

merosakkan radio baru yang dibelinya di

pekan.

- Pembaca ingin tahu sama ada Alias

terselamat atau tidak akibat tindakan Bujei

itu. Alias hanya cedera ringan dan

pergaduhan antara mereka berjaya dileraikan.

2. Peristiwa Alias memfitnah Adila dengan

menyatakan Adila menghidap AIDS dan

telah rosak untuk menghalang hubungan

antara Bujei dengan Adila.

- Pembaca ingin tahu kesudahan hubungan

antara Bujei dengan Adila akibat fitnah yang

disebarkan oleh Alias. Bujei yang

menjauhkan dirinya daripada Adila terkejut

apabila melihat Adila yang disangkakannya

sakit tenat.

3. Peristiwa Alias yang semakin tidak tentu

arah kerana terlalu mengharapkan Adila

menerimanya hingga sanggup mengenakan

ubat pengasih dan menculik Adila.

Pembaca ingin tahu sama ada Adila akan

selamat atau tidak daripada perbuatan jahat

Alias. Adila akhirnya berjaya diselamatkan.

Page 44: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 18 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 4(b)

(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!)

Watak sampingan: Jeffri/ Papa

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Selalu berfikiran positif. Ketika semua orang risau akan kesihatan dan keselamatan

mama kerana mengandung lagi, papa dengan yakin

mengatakan bahawa sebagai manusia mereka tidak boleh

menerima sahaja ketentuan nasib. Mereka hendaklah

berusaha untuk mengatasi kelemahan yang ada pada mama

dan selebihnya, biarlah Allah sahaja menentukannya

Bertanggungjawab.

Sebagai ketua keluarga, dia bertanggungjawab memastikan

keselamatan dan kebajikan ahli keluarganya. Oleh itu, papa

mesti memastikan bahawa Julia berada di rumah sebelum

lewat petang. Julia pernah dimarahi kerana pulang waktu

hampir senja gara-gara dibawa oleh Aisyah ke rumahnya

dahulu selepas bermain tenis.

Tegas Selepas berkahwin dengan Aisyah, papa tidak membenarkan

Aisyah masuk ke bilik mama seorang diri. Papa bimbang

sesuatu terjadi kepada mama dan Aisyah dituduh menjadi

puncanya. Apabila arahan papa tidak diendahkan, papa

dengan tegasnya menegur Aisyah di dalam bilik tidur mereka

hingga menyebabkan Aisyah menangis.

(ii) Melunas Rindu

Watak sampingan: Farhana

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Bertanggungjawab Pada hari Fuad melapor diri di Sekolah Menengah Seri Setia,

dia telah memberikan taklimat ringkas dan meminjamkan

beberapa buah buku kepada Fuad.

Tabah Semasa belajar di London, dia terpaksa mengikat perut

kerana kos hidup yang tinggi. Daripada biasiswa yang

diperoleh, 2/3 digunakan untuk membayar sewa rumah dan

hanya 1/3 yang tinggal digunakan untuk makan minum.

Periang Dia suka bergurau dan boleh menerima gurauan. Ketika Fuad

mengusiknya dengan mengatakan bahawa tulisannya buruk,

dia tidak marah atau berkecil hati malah tertawa riang.

Page 45: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 19 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(iii) Azfa Hanani

Watak sampingan: Tengku Murni/ Murni

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Gemar berpakaian ‘rugged’ Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-

gambar di dalam album Tengku Murni.

Anak yang manja

Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke

mana-mana.

Peramah Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni

baik dengan hampir semua pelajar SM Taman Sari.

Tidak mudah mengalah Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa

Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila

bergaduh dengan abang-abangnya.

Tidak memandang rendah

pada orang lain

Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering

merendahkan orang lain.

(iv) Renyah

Watak sampingan: Datin Tominah

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Bertanggungjawab Beliau menjaga suaminya dengan baik, seperti menjaga

makan pakai Datuk Dolhi. Buktinya, beliau menghidangkan

secawan kopi dan sepiring kuih kepada suaminya ketika

Datuk Dolhi termenungsambil duduk-duduk didepan banglo

mereka pada suatu petang.

Prihatin Apabila melihat suaminya kerap termenung kerana kecewa

akan anak-anak mereka yang enggan mengambil alih urusan

syarikat, beliau sentiasa memberi semangat kepada Datuk

Dolhi. Menurutnya, Datuk Dolhi jangan berputus asa.

Penyayang Beliau amat menyayangi suami dan anak-anaknya. Buktinya,

beliau menasihati Amera supaya supaya tidak terlalu memilih

jodoh memandangkan usia anaknya itu kian meningkat.

Page 46: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 20 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(v) Konserto Terakhir

Watak sampingan: Hayati

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Meminati muzik Pada setiap petang Sabtu dan Khamis, dia akan belajar piano

daripada seorang guru peribadi yang akan datang ke

rumahnya.

Anak yang patuh/ taat Dia menurut perintah ibunya, Datin Salmah yang mahukan

dia berkahwin dengan Mohsin walaupun dia mencintai Hilmi.

Mudah bersimpati Dia berasa simpati dengan Hilmi yang tidak dapat makan

malam selepas dimarahi oleh ibunya kerana pulang lewat. Dia

mengambil hidangan nasi dan lauk lalu membawanya ke bilik

Hilmi supaya Hilmi dapat makan.

(vi) Kembara Amira

Watak sampingan: Profesor Zaidah

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Bertanggungjawab Selaku pengarah kerja lapangan iaitu ekskavasi di Bukit Mat

Raya. Dia menjaga kebajikan dan keselamatan ahli-ahli

pasukannya. Oleh itu, dia berusaha untuk mendapatkan

bekalan generator supaya kerja menggali boleh dilakukan

pada waktu malam dan bagi tujuan keselamatan Desa Karpus.

Penyayang Setelah sedar akan kesilapannya, dia memohon maaf daripada

Amira kerana meletakkan tugasnya di tempat yang pertama.

Sambil berpelukan dia menegaskan bahawa walaupun sibuk,

dia amat sayang akan Amira kerana Amiralah satu-satunya

anaknya.

Dedikasi Selepas mengalami kemalangan kerana masalah pada brek

pacuan empat roda yang dinaikinya, Dr. Zawawi

mencadangkan agar ekskavasi dihentikan buat seketika.

Namun, Profesor Zaidah tidak mahu mengalah dan tetap

mahu meneruskannya.

Page 47: BAHASA MELAYU JANGAN BUKA KERTAS … soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda

SULIT 21 1103/2 (PP)

[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(vii) Kabus di Perbukitan

Watak sampingan: Azrul

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Berwawasan Dia yakin bahawa bidang penternakan menjanjikan masa

hadapan yang cerah. Semasa berada pada tahun akhir, dia

telah menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan pinjaman

daripada Bank Pertanian. Dia juga telah membuat kajian

tentang jenis-jenis kambing dan kebolehpasarannya. Setelah

tamat pengajian, dia telah mengusahakan projek ternakan

kambing dengan modal permulaan daripada bapanya.

Amat menghargai masa Dia selalunya akan tiba awal untuk satu-satu pertemuan.

Malahan dia pernah menasihati Rahayu bahawa masa itu

emas ketika Rahayu lewat menghadiri kelas tutorial.

Penyayang Ketika Rahayu menjalani rawatan di hospital, dia sering

datang menemani Rahayu. Setelah Rahayu meninggal dunia,

dia sering menziarahi pusaranya di Parit Satu dan pernah

bertembung dengan Faridah yang juga menziarahi pusara

adiknya.

(viii) Sutera dalam Lukisan

Watak sampingan: Adila

Perwatakan (1m) Huraian (2m)

Cinta akan ilmu Adila mengaplikasikan ilmu yang dimilikinya. Dia mengkaji

perlakuan Bujei untuk mengenal pasti masalah Bujei dan

membantunya.

Suka akan cabaran Dia sanggup membantu seorang pemuda kampung yang

bodoh, tidak terurus dan tidak berpelajaran hingga menjadi

pemuda yang mempunyai yakin diri dan sanggup belajar

untuk membaiki dirinya, iaitu Bujei. Malahan, dia berhasrat

untuk berkahwin dengan Bujei.

Berani Dia berani menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan

Bujei kepada Mak Lamah dan Sidang Saman

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT http://cikguadura.wordpress.com/