kertas cadangan projek inovasi “dam ular pintar

Upload: aerieattha

Post on 07-Jan-2016

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kertas Cadangan Projek Inovasi “Dam Ular Pintar”.

TRANSCRIPT

Kertas Cadangan Projek Inovasi Dam Ular Pintar.1.1 TajukProjek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong ialah bertajuk Dam Ular Pintar. Dam ular pintar ini adalah hasil inovasi dalam cara permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa orang pelajar bersama guru penasihat, guru penolong kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.1.2 PengenalanDam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari. Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular". Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian. Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah. Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan). Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan dam ular ini dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran (pdp) yang lebih menarik.1.3 Objektif

Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran. Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.

Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan.

Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.

1.4 Rasional projekRasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu subjek. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain dam ular yang diminati oleh pelajar. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik p dan p yang boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas.1.5 Skop dan limitasi projekSkop projek Dam Ular Pintar ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di dalam kelas, mengisi masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi kegiatan kokurikulum sekolah dan boleh dijadikan set permainan di rumah.Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek Dam Ular Pintar ini ialah semasa penyediaan kad pintar. Bagi menghasilkan kad pintar yang unik dan pelbagai, pelajar memerlukan masa untuk menghasilkan set permainan yang banyak.1.6 Kepentingan dan Impak projekPermainan dam ular tradisional hanyalah satu permainan yang mendatangkan keseronokan semata-mata dan membuang masa sedangkan Dam Ular Pintar pula mampu memberikan keseronokan disamping menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar.Proses p dan p yang tradisional seperti sistem kuliah dan chalk and talk membosankan pelajar dalam kelas. Manakala proses p dan p akan lebih berkesan dan menarik minat pelajar dengan penggunaan Dam Ular Pintar ini dalam kelas. Pelajar-pelajar akan mudah tertarik kepada proses pembelajaran dan pengajaran kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan tiga deria iaitu penglihatan, pendengaran dan perbuatan.

1.7 Anggaran kos projek

BARANGHARGA

Dam UlarRM 3.00

Daun TerupRM 3.00

Kertas WarnaRM 10.00

GamRM 1.00

JumlahRM 17.00

1.8 Tinjauan / Kajian literatureProjek Dam Huruf, kajian daripada Emir Din B Baharudin Muhamad Fadheruhisham B. Daud Asmaa' Bt Mohd Sobri Pismp Pendidikan Khas Sem 4. Dam huruf ini merupakan gabungan elemen permainan dan pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali huruf konsonan dan vokal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang akan teruja dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam huruf daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid. Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, menggunakan dadu gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah mendapat bilangan langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, guru dikehendaki membantu murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan, setelah sampai ke destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut berhenti di situ. Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini membezakan cara penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun, huruf vocal pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan vokal.

1.9 Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

KAEDAHGAMBARAN

PEMERHATIAN

Hasil pemerhatian di sekolah saya mendapati pelajar-pelajarnya gemar bermain dam ular tradisional pada masa lapang. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pelajar lebih tertarik kepada dam yang berwarna cantik dan bersaiz besar.

LAKARAN KONSEP

Konsep untuk alat ini, diadaptasi daripada reka bentuk dam ular yang tradisional. Konsep permainan Dam Ular Pintar ialah ;1. Pemain akan membaling dadu dan akan menjalankan chip mengikut angka pada dadu.

2. Jika pemain terkena pada nombor yang mempunyai tangga, pemain perlu mencabut satu kad pintar yang mengandungi soalan.

3. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut, maka ganjaran untuk menaiki tangga akan diberikan, jika gagal pemain tidak dibenarkan untuk menaiki tangga.

4. Manakala jika pemain terkena pada nombor yang mempunyai ular, pemain perlu mencabut satu kad pintar yang mengandungi soalan.

5. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut, maka pemain dapat mengelak dari dimakan ular.6. Sesiapa yang sampai paling awal diisytiharkan pemenang.

PROSES PERLAKSANAAN

Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran.

Minggu 2 -Membeli peralatan yang diperlukan.

Minggu 2 - Menghasilkan dam ular pintar

1.10 Pelan perancangan projek

MULA

PENUBUHAN KUMPULAN

PEMILIHAN PROJEK

CADANGAN / PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI

HASIL UJIAN BERJAYA ATAU TIDAK

PELAKSANAAN

PENILAIAN / TINDAKAN SUSULAN

ANALISA KAJI SELIDIK

PENYERAGAMAN

TAMAT

1.11 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek inovasi Dam Ular Pintar ini memerlukan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar dapat berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru penasihat memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.

Dam Ular

Kad Pintar

ANALISIS KELEMAHAN

A

B

PENAMBAHBAIKAN