modul pembelajaran dam 404

69
Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak (INSTITUTE OF EARLY YEARS DEVELOPMENT) i-EYD MODUL PENGAJARAN PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DAM 404) TAHUN 2008 Disediakan oleh Panel Penggubalan Kurikulum DPAK Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak 1

Upload: cik-gie

Post on 25-Jul-2015

2.698 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pembelajaran DAM 404

Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak

(INSTITUTE OF EARLY YEARS DEVELOPMENT)i-EYD

MODUL PENGAJARAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DAM 404)

TAHUN 2008

Disediakan oleh

Panel Penggubalan Kurikulum DPAKInstitut Perkembangan Awal Kanak-Kanak

1

Page 2: Modul Pembelajaran DAM 404

Senarai Kandungan

Objektif Mata Pelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Memahami prinsip-prinsip di dalam perkembangan fizikal awal kanak-

kanak

2. Mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak

3. Memahami tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan

fizikal kanak-kanak

4. Mengetahui perkembangan psikomotor (motor kasar dan motor halus)

kanak-kanak

5. Memahami ciri-ciri dan komponen-komponen dalam pergerakan kreatif

dan kaitannya dengan perkembangan psikomotor kanak-kanak

6. Memahami peranan guru dalam meningkatkan kemahiran motor kasar

kanak-kanak melalui pendidikan jasmani dan pergerakan kreatif

7. Mengetahui tentang ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak dan

hubungkait dengan kesihatan dan keselamatan

2

Page 3: Modul Pembelajaran DAM 404

SENARAI KANDUNGAN

Latar Belakang Modul

Unit 1: Prinsip-Prinsip Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak Dan Arah

Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

1.1Teori Berkaitan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

1.2Tahap-Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

1.3Perbezaan Antara Perkembangan Dan Pertumbuhan Kanak-Kanak

1.4Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Unit 2: Kemahiran Psikomotor Awal Kanak- Kanak

2.1 Kemahiran Motor Halus

2.2 Kemahiran Motor Kasar

Unit 3: Pendidikan Jasmani

3.1 Objektif Pendidikan Jasmani

3.2 Ciri-Ciri Pendidikan Jasmani

3.3 Komponen-Komponen Di Dalam Pendidikan Jasmani

3.4 Aktiviti-Aktivivi Di Dalam Pendidikan Jasmani

3.5 Unsur-Unsur Permainanan Di Dalam Pendidikan Jasmani

3.6 Peranan Pendidikan Jasmani Untuk Kecerdasan Dan Kecergasan Kanak-

Kanak

3.7 Penggunaan Props Di Dalam Pendidikan Jasmani

Unit 4: Pergerakan Kreatif

4.1 Definisi Dan Objektif Pergerakan Kreatif

4.2 Tujuan Pergerakan Kreatif

4.3 Hubungkait Pergerakan Kreatif Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

4.4 Elemen-Elemen Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.5 Lakuan-Lakuan Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.6 Unsur-Unsur Kreativiti Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.7 Penggunaan Muzik Dan Props Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.8 Unsur-Unsur Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Pergerakan Kreatif

Unit 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan

Pergerakan Kreatif Di Dalam Aktiviti Harian Kanak-Kanak

3

Page 4: Modul Pembelajaran DAM 404

5.1 Objektif

5.2 Kebolehan Dan Keupayaan Kanak-Kanak

5.3 Aktiviti Yang Dicadangkan

5.4 Bahan

5.5 Pemerhatian Dan Penilaian

Unit 6: Peranan Guru Di Dalam Meningkatkan Kemahiran Motor Kasar

Kanak-Kanak

6.1Kefahaman Dan Pengetahuan Guru

6.2Kebolehan Di Dalam Kemahiran Motor

6.3Ransangan Dan Galakan

6.4Keupayaan Dan Penerimaan Kanak-Kanak

6.5Kreativiti Dan Rangsangan

Unit 7: Ciri –Ciri Keselamatan Dan Kesihatan Kanak-Kanak Dan Kaitannya

Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

7.1Keselamatan

7.1.1 Menyedari Dan Mengenali Perlakuan Atau Tindakan Yang Boleh

Menyebabkan Kemalangan Dan Bahaya

7.1.2 Mengenali Dan Menghindari Tempat Berbahaya

7.2Kesihatan

7.2.1 Mengetahui Pentingnya Menjaga Kebersihan Tubuh Badan Dan

Pakaian

7.2.2 Memakai Pakaian Yang Sesuai Mengikut Keadaan

7.2.3 Mengetahui Makanan Yang Seimbang Serta Tabiat Makanan Yang

Baik

7.2.4 Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Untuk Postur Terbaik

Penutup

Rujukan

LATAR BELAKANG PENULISAN MODUL

4

Page 5: Modul Pembelajaran DAM 404

Modul ini merupakan buku panduan belajar bagi subjek Pendidikan Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak bagi kategori Asas Major yang diwajibkan oleh Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak kepada setiap pelajar. Seluruh kandungan kurikulum disediakan oleh pensyarah Institut yang terlatih dan telah diluluskan oleh LAN. Pihak Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak telah menyediakan strategi dan kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai mengikut keperluan institut. Oleh itu, modul ini mungkin berbeza dengan modul IPTS lain walaupun menggunakan kurikulum yang sama.

Strategi yang digunakan dalam modul ini ialah mendorong dan membimbing pelajar yang mengikuti subjek ini lebih bersedia apabila menghadiri kelas pengajian. Itu sebab, pelajar yang mendapat modul ini perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1) Meneliti keseluruhan kandungan dan seterusnya mencatat tindakan yang perlu mereka ambil sebelum kelas (prasesi pengajian), sewaktu pengajian dan selepas sesi pengajian.

2) Pelajar perlu mengambil tindakan tersebut bagi memudahkan pelajar dan pensyarah menjalankan aktiviti semasa kelas berlangsung.

3) Mewujudkan kumpulan belajar (antara 3 hingga 5 orang) sebagai persiapan melakukan aktiviti yang bersifat kumpulan.

Menerusi modul ini, pelajar telah diberi “maklum” secara ringkas dan umum kandungan pelajaran yang bakal mereka ikuti. Pelajar juga dapat merancang (masa, bahan dan tempat) untuk melaksanakan tugasan yang akan ditentukan oleh pensyarah. Ini semua memudahkan pelajar mengurus pengajian mereka.

Modul ini memang sedari awal lagi tidak berhasrat menjadi satu-satunya bahan rujukan bagi mengikuti pengajian ini. Kandungan dalam modul ini hanya sekitar 30 % daripada keseluruhan kandungan kurikulum. Pelajar wajib mengikuti kelas bersemuka dengan pensyarah / tutor bagi mendapat kefahaman sebenar. Pelajar perlu mengikuti kuliah, melakukan aktiviti yang disediakan dan melaksanakan tugasan yang diberi. Ulasan dan bimbingan daripada pensyarah amat diperlukan bagi memaksimumkan pencapaian objektif mata pelajaran ini.

Sekian.

“ SELAMAT BELAJAR “

Puan Zainun IshakKetua Panel Subjek

UNIT 1

5

Page 6: Modul Pembelajaran DAM 404

Tajuk:

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL KANAK-KANAK DAN ARAH PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Peruntukan Masa: 8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menyatakan teori berkaitan perkembangan fizikal kanak-kanak2. menyenaraikan tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak3. menjelaskan perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-

kanak4. mengenalpasti arah perkembangan fizikal kanak-kanak5. melakukan berbagai aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. memahami prinsip-prinsip di dalam perkembangan fizikal awal kanak-kanak

2. mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak

3. memahami tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran:

1.1Teori Berkaitan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak1.2Tahap-Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak1.3Perbezaan Antara Perkembangan Dan Pertumbuhan Kanak-Kanak1.4Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

6

Page 7: Modul Pembelajaran DAM 404

1.1 Pembelajaran Kemahiran Fizikal Kanak-Kanak

Pergerakan merupakan suatu daya yang wajib bagi seorang individu. (Wall dan

Murray, 1994). Maka amatlah penting kanak-kanak didedahkan dengan

mempelajari untuk bergerak dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu.

Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai

minat tentang aktiviti yang mereka ajar. Guru juga hendaklah bertanggungjawab

apabila mengendalikan sesuatu pengajaran pembelajaran aktiviti fizikal kerana

kemahiran yang akan dipelajari kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh

dalam perkembangan pergerakan mereka. Kemahiran yang dipelajari oleh

kanak-kanak akan menjadi suatu pengalaman yang berharga dalam hidupnya.

Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak adalah seronok. Di samping itu,

pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana guru dan murid berinteraksi

dalam suasana yang riang dan gembira. Dengan itu, pengajaran haruslah

seronok dan hendaklah menjadi suatu masa yang riang bagi guru dan kanak-

kanak. Wall (1981) telah menyatakan aktiviti fizikal seperti berikut:

“Making discoveries about what one’s body can do, becoming skilled,

inventing ways of getting on & off an obstacle, creating one’s own dance, maybe

sharing the creation with a friend, are all rewarding experiences”.

Suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan

memperolehi kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu

kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai

halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara

berpasangan.

Aktiviti pergerakan fizikal merupakan masa bergerak untuk kanak-kanak.

Sememangnya kanak-kanak di peringkat awal gemar bergerak dan mereka tidak

suka menjadi pemerhati sahaja dalam sesuatu aktiviti. Sudah menjadi sifat

semula jadi kanak-kanak suka melakukan aktiviti di dalam gimnasium atau di luar

bilik darjah. Mereka ingin bergerak bebas dan tidak gemar terikat dengan aktiviti

di dalam bilik darjah sahaja. Di samping itu, penggunaan peralatan dan lain-lain

ransangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka semasa melakukan

pergerakan.

7

Page 8: Modul Pembelajaran DAM 404

Dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun, kanak-kanak mempunyai sifat yang

tersendiri dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, rohani dan estetika pergerakan.

Kemahiran asas dalam aspek ini mempunyai perhubungan di antara satu

dengan yang lain. Kanak-kanak haruslah diberi pengalaman pembelajaran

pergerakan bermula dari peringkat prasekolah lagi. Pada peringkat umur 4

hingga 6 tahun, mereka didorong semangat ingin tahu yang menyebabkan

mereka sentiasa cergas. Oleh itu kita dapati kanak-kanak sentiasa suka

menjelajah mencari pengalaman untuk memperoleh kemahiran serta

pengetahuan baru melalui pancainderanya. Pengalaman tersebut boleh

diperoleh melalui aktiviti pergerakan fizikal yang berstruktur dan terancang,

terutamanya di peringkat prasekolah lagi.

1.2 Kepentingan Pembelajaran Fizikal

Menghargai tubuh badan

Aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak menjadikan mereka

mengetahui tentang tubuh badan dan mereka akan menghargai tubuh badan

sendiri.

Menguasai kemahiran fizikal

Pengalaman dalam pergerakan tubuh badan, dalam berbagai permainan

akan mempertingkatkan lagi penguasaan sesuatu kemahiran.

Perlakuan keupayaan fizikal

Kanak-kanak akan berlatih sesuatu kemahiran yang dipelajari. Mereka akan

melakukan kemahiran aktiviti dengan berbagai cara seperti dengan

mengguna alatan besar dan alatan kecil mengikut keupayaan mereka.

Melahirkan perasaan melalui pergerakan

Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan yang

mereka lakukan seperti perasaan riang semasa melakukan pergerakan

seperti burung.

Mewujudkan kerjasama dan semangat pertandingan

Dalam permainan dan perlumbaan, kanak-kanak inginkan pasukan mereka

menang dan mereka akan bekerjasama di antara mereka. Mereka juga akan

patuh kepada syarat yang diberi oleh guru dan akan menerima kekalahan

dengan semangat pertandingan.

Menjelajahi kemahiran dipelajari

Kemahiran yang dipelajari akan dipraktik juga di rumah bersama keluarga

dan rakan sebaya.

Mengguna kemudahan yang sedia ada

8

Page 9: Modul Pembelajaran DAM 404

Kanak-kanak akan melakukan aktiviti di mana saja seperti di padang, di

taman permainan dan di halaman rumah.

Perasaan kinestetik

Penguasaan sesuatu kemahiran menimbulkan perasaan bangga tentang

perlakuan yang dilakukan adalah ‘betul’.

Meningkatkan kecergasan

Kemahiran sesuatu aktiviti pegerakan dapat membantu mempertingkatkan

lagi kecergasan fizikal kanak-kanak.

Membantu pertumbuhan dan kesihatan serta kesejahteraan hidup

Perkembangan pertumbuhan dan kesihatan serta kesejahteraan hidup akan

lebih meningkat apabila melakukan aktiviti fizikal.

Mewujudkan gaya hidup sihat dan aktif, cekap dan serba boleh

Kanak-kanak akan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Mereka akan

sentiasa riang, cergas, cekap dan versatile.

Pergaulan yang sihat

Mereka dapat bergaul dengan sihat dan akan menerima rakan sebaya

dengan selesa. Mereka juga dapat mempengaruhi persahabatan dengan

sihat, dan akan menjadi popular di kalangan rakan-rakan. Mereka juga akan

lebih yakin diri dan mempunyai imej diri yang baik.

1.3 Matlamat Kemahiran Fizikal Kanak-Kanak

Aktiviti fizikal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran fizikal yang

dipelajari.

Perlakuan aktiviti kemahiran fizikal dapat meningkatkan pertumbuhan dan

perkembangan fizikal kanak-kanak

Kemahiran fizikal meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak

Perlakuan pergerakan dapat membantu kanak-kanak memahami sesuatu

pergerakan yang dipelajari dengan lebih jelas

Kanak-kanak dapat mengaplikasi pergerakan yang dipelajari di luar sekolah

bersama rakan dan keluarga

Kanak-kanak akan memperolehi sikap aktif sepanjang hayat

Kemahiran bersosialisasi akan diperolehi semasa perlakuan aktiviti fizikal

Daya kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui kemahiran fizikal

Meningkatkan daya estetik dalam pergerakan seperti cara berjalan dengan

postur yang betul

9

Page 10: Modul Pembelajaran DAM 404

1.4 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Perlakuan aktiviti fizikal membantu daya kekuatan dan stamina kanak-kanak,

membantu mengamal tabiat postur yang baik, meningkatkan kemahiran asas

motor dan kecekapan diri kanak-kanak.

Pertumbuhan kanak-kanak akan berkembang secara menyeluruh. Perlakuan

kemahiran fizikal juga akan menggalakkan lagi kanak-kanak melakukan

kemahiran dengan lebih cekap. Sikap mereka akan lebih positif dan mereka

akan menjadi orang yang ’physically literate’.

1.5 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Masa Kini: Hidup sihat dan cergas pada zaman

yang berteknologi tinggi

Kanak-kanak memerlukan perkembangan psikomotor yang cekap agar hidup

sihat;

Perlu menguasai pergerakan asas yang baik (seperti berjalan, berlari,

merangkak)

Perlu menguasai kemahiran aktiviti manipulatif agar lebih cekap

Perlu menguasai pergerakan lokomotor berdasarkan pola lokomotor seperti:

Lari, pergerakan kasar/ besar, pergerakan dengan kemahiran aktiviti

manipulatif (manipulasi alatan bola, tali, gelung, dan lain-lain)

1.6Kanak-Kanak: Bergerak; Berfikir; Berperasaan

Pembelajaran fizikal kanak-kanak boleh dirujuk seperti berikut:

KANAK-KANAK BERGERAK (MOVING)

Pembelajaran Psikomotor

Kecekapan Fizikal

Kecergasan Prestasi

Kecergasan Fizikal

KANAK-KANAK BERFIKIR (THINKING)

Pembelajaran Kognitif

Mengetahui, Aplikasi, Imaginatif, Menerima

KANAK-KANAK BERPERASAAN (FEELING)

Pembelajaran afektif (kesan)

Tindakan, Sikap, Konsep Diri

10

Page 11: Modul Pembelajaran DAM 404

1.7 Kecekapan Fizikal Kanak-Kanak

Aktiviti kemahiran fizikal membuat kanak-kanak cekap dalam semua aspek.

Mereka mempelajari pendidikan tubuh badan dan pergerakan dan pendidikan

tubuh badan dalam pergerakan. Pembelajaran juga membantu dalam

penglahiran pergerakan badan dan perkembangan keupayaan kognitif dan

afektif dalam penyelesaian masalah. Ia juga menjadikan suatu cabaran dalam

permainan.

Kemahiran fizikal juga membantu perkembangan kesihatan organisma tubuh

badan. Kanak-kanak dapat mengenali tubuh badan mereka dan seterusnya

menguasai serta menjalani asas kemahiran motor mengikut keupayaan diri

sendiri. Sesuatu pergerakan membantu kanak-kanak meluahkan perasaan di

dalam pergerakan.

Sikap terhadap aktiviti fizikal akan diperolehi dan dengan secara tidak langsung

estim diri (self-esteem), sikap bertolak ansur, sifat menghormati orang lain,

menyayangi diri dan menyayangi orang lain serta sikap menyayangi alam

sekeliling dapat dipertingkatkan.

Dari segi kesihatan, kanak-kanak akan mengamal tabiat kesihatan yang baik

seperti menjaga diri dan rakan serta menjaga kebersihan alam sekeliling. Oleh

itu kanak-kanak dapat menghormati undang-undang permainan serta memberi

kerjasama untuk pembinaan. Mereka dapat menerima pengetahuan tentang

anggota badan, keupayaan untuk bergerak dan kesedaran tentang penggunaan

ruang, masa dan asas kedudukan badan. Kanak-kanak juga mengetahui nilai

dan menyertai dalam penglahiran idea yang bersesuaian dengan diri dan budaya

setempat.

1.8 Pola Pertumbuhan Kanak-Kanak

Pertumbuhan pesat bermula ketika kanak-kanak dilahirkan hingga umur 5 tahun.

Pada peringkat umur 6 tahun sehingga remaja, pertumbuhan perlahan, ‘steady’.

Pola pertumbuhan seterusnya semakin bertambah dari masa ke semasa.

Ketika remaja, pertumbuhan pesat hingga ke dewasa. Semasa di sekolah

rendah, kanak-kanak lelaki biasanya lebih tinggi dan berat badan juga adalah

lebih. Kanak-kanak perempuan pula akan lebih tinggi dan lebih berat ketika

mereka berada di Tahun 6 dan Tahun 7 (umur 12 dan 13 tahun). Sejurus itu,

11

Page 12: Modul Pembelajaran DAM 404

kanak-kanak lelaki akan ‘catch up’. Biasanya bahagian bawah badan lebih

pendek (short legs) dan bahagian ‘trunk’ lebih panjang. Oleh itu guru perlu

mengetahui tentang aktiviti fizikal yang perlu diajar dan yang bersesuaian

dengan pertumbuhan kanak-kanak.

1.8.1 Bentuk Badan Kanak-Kanak (Body physique)

Bentuk badan kanak-kanak akan mempengaruhi kualiti prestasi motor

mereka:

Kanak-kanak (mesomorph): otot, tulang, dan mereka amat cergas

(muscled).

Kanak-kanak (ectomorph): kurus; lemah dan perlu lakukan aktiviti

kecergasan.

Kanak-kanak (endomorph): gempal, bulat, gemuk; perlu banyak

pergerakan.

1.8.2 Pertumbuhan Tulang

Aktiviti fizikal mempengaruhi pertumbuhan, struktur dalam tulang

Aktiviti pantas memberi kesan terhadap tekanan, ‘tension’ dan

mengelakkan kepatahan tulang. Pertumbuhan tulang menjadi lebih baik

dan terhadap pertumbuhan otot. Berbagai aktiviti boleh diperkenalkan

kepada kanak-kanak untuk pertumbuhan tulang dengan baik.

1.8.3 Kekuatan Otot

Kekuatan otot akan bertambah mengikut umur kanak-kanak. Juga

mengikut saiz badan dan kumpulan badan (body mass). Kanak-kanak

lelaki lebih kuat daripada kanak-kanak perempuan.

1.8.4 Jenis Fiber Otot Dan Prestasi

Saiz otot akan bertambah mengikut saiz setiap otot fiber.

Tisu otot tulang cepat mengecut (FT) atau lambat mengecut (ST)

ST – mendapat banyak darah untuk tenaga (sesuai untuk aktiviti aerobik)

FT – aktiviti pantas, cepat lesu (sesuai jangka masa pendek)

(Kekuatan (strength) dan prestasi motor)

Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak berkait rapat dengan saiz

badan. Kanak-kanak menunjukkan kekuatan dan prestasi motor dalam

aktiviti fizikal yang dilibati. Kanak-kanak gemuk kuat dari segi daya

kekuatan tetapi lemah untuk daya bagi berat badan.

12

Page 13: Modul Pembelajaran DAM 404

1.9 Aktiviti Komponen Fizikal Dan Kreativiti

1.9.1 Menguasai Motor Kasar

Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor

Lokomotor berjalan berbagai gaya, berlari, melompat, skip, galop,

melungsur

Bukan Lokomotor menghayun badan, tunduk dan meregang badan,

menolak dan menarik, mengilas badan, menggoyang

badan, melantun badan

1.9.2 Elemen dan Dimensi Pergerakan

Arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke atas, ke bawah

Masa cepat, sederhana, lambat

Daya lembut dan kuat, lemah dan kuat, berat dan ringan

Aliran terikat, bebas

Laluan lurus, melengkung, zig-zag

Aras tinggi, sederhana, rendah

1.9.3 Manipulasi dengan berbagai alatan

Menguasai motor halus

Kordinasi mata - tangan

Kordinasi mata - kaki

Kordinasi anggota badan

1.9.4 Manipulasi dengan berbagai alatan

Menguasai motor halus

Memanipulasi alatan seperti pundi kacang, bola besar/ kecil, tali, gelung, bola

dan pemukul, kayu, gelung kecil/ besar, belon, reben

1.9.5 Asas Gimnastik untuk Kanak-Kanak

Imbangan di atas berbagai anggota badan;

Pemindahan berat badan

Gulingan berbagai gaya

13

Page 14: Modul Pembelajaran DAM 404

1.9.6 Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak

Menguasai permainan untuk motor kasar dan motor halus

Berbagai contoh permainan yang sesuai untuk kanak-kanak

1.9.7 Pergerakan Kreatif

Menguasai motor kasar dan motor halus

Melahirkan perasaan melalui pergerakan

Aktiviti menjelajah dan meneroka dengan menekankan elemen dan dimensi

pergerakan – arah, masa, daya, aliran, laluan, laluan dan aras pergerakan

1.9.8 Gerakrama untuk kanak-kanak

Menguasai motor kasar dan motor halus

Peka terhadap rangsangan

Pergerakan mengguna rangsangan seperti alat genderang dan muzik

1.10 Ciri-Ciri dan Minat Awal Kanak-Kanak

1. Ciri-Ciri Psikomotor:

Bising, aktif, ego, ingin menunjuk dan berimaginatif, inginkan

perhatian.

Perlu permainan yang cergas, permainan berpasukan, perlumbaan.

Untuk perkembangan otot kasar: Perlu kemahiran membaling bola,

menangkap dan melantun bola.

Semula jadi sifat ritma: Perlu penggunaan ritma dan muzik.

Kanak-kanak akan cepat letih tetapi cepat pulih: Perlu aktiviti

pendek tetapi cergas, dan perlu rehat.

Perkembangan kordinasi mata-tangan: Perlu aktiviti memanipulasi

objek seperti bola, pundi kacang dan gelung.

Perkembangan persepsi: Perlu latihan yang seimbang kemahiran

aktiviti yang dipelajari.

Kedudukan pinggul: Perlu memberi perhatian pada masalah postur.

Perlu latihan kekuatan pada bahagian abdomen.

2. Ciri-Ciri Kognitif:

Perhatian pendek: Perlu tukar aktiviti dan penjelasan hendaklah

pendek dan jelas.

Berminat dengan apa tubuh badan boleh lakukan dan sifat ingin

tahu: Perlu melakukan pergerakan melalui pengalaman.

14

Page 15: Modul Pembelajaran DAM 404

Ingin tahu, bertanya mengapa pergerakan seperti ini? Perlu

jelaskan jenis aktiviti yang dilakukan dengan bersebab.

Memberi pendapat tentang sesuatu idea: Galakkan kanak-kanak

supaya kreatif

Mula memahami kerja berpasukan: Perlu fikirkan aktiviti yang

memerlukan kerjasama dalam kumpulan dan berbaincang.

Mula memahami kata-kata bergurau: Perlu selitkan dalam

pengajaran agar tidak terlalu serius.

Kreativiti yang baik: Galakkan kanak-kanak mencuba aktiviti baru

dan berkongsi pendapat dengan rakan.

3. Ciri-Ciri Afektif (kesan)

Belum peka pada gender: Perlu aktiviti sama bagi kanak-kanak

lelaki dan perempuan.

Sensitif dan perseorangan, konsep diri, tidak boleh terima

kekalahan, suka aktiviti dalam kumpulan kecil: Perlu beri peluang

yang sama kepada semua kanak-kanak.

Sensitif kepada guru, suka perhatian guru, agak nakal, suka aktiviti

gulingan: Perlu aktiviti di lantai dan aktiviti gulingan.

Suka perhatian personal: Perlu beri peluang kepada semua kanak-

kanak dalam bentuk bertutur atau tidak.

Suka aktiviti memanjat dan mengembara: Perlu aktiviti kekuatan

otot besar seperti memanjat.

Amali:

Berbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

Penggunaan alatan gelung sebagai halangan dan rintangan

Permainan dan perlumbaan untuk kanak-kanak

Aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti

15

Page 16: Modul Pembelajaran DAM 404

UNIT 2

Tajuk:

KEMAHIRAN PSIKOMOTOR AWAL KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:

8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menyatakan kemahiran motor halus kanak-kanak2. menyatakan kemahiran motor kasar kanak-kanak3. mengenalpasti berbagai aktiviti motor kasar dan motor halus4. melakukan aktiviti motor kasar5. melakukan aktiviti memanipulasi dengan berbagai alatan

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menjelaskan fungsi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak2. memahirkan diri dengan aktiviti pelbagai alatan3. memantapkan kemahiran motor kasar

Senarai Tajuk Pelajaran:

2.1Kemahiran Motor Halus2.2Kemahiran Motor Kasar

16

Page 17: Modul Pembelajaran DAM 404

2.0 Tubuh Badan Selaku ‘instrumen’

Apabila tubuh badan melakukan sesuatu pergerakan, bahagian otot pada

tulang dan sendi akan bertindak dan akan mewujudkan pergerakan

seterusnya akan mempengaruhi posisi postur

Pergerakan Keseluruhan Badan atau Anggota Badan dilakukan secara

berurutan atau berperingkat (berjalan, berlari, melompat)

Pergerakan dilakukan seperti biasa (visceral) atau ke sisi (side line/

peripheral)

Asas Pergerakan Kanak-Kanak - Lokomotor dan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor

Berisyarat (Gestural) – Pergerakan tanpa beban (Non-weight bearing

movement)

Melibatkan postur (postural) Pergerakan posisi badan, tulang belakang

(Movement of the axis of the body, the spine)

Pergerakan Lokomotor

Pemindahan berat badan/ pergerakan di udara/ruang (Weight transfer/

moving through space):

Contoh:

Jalan: sebelah kaki ke sebelah kaki lain, sebelah kaki sentiasa di lantai.

Lari: sebelah kaki ke sebelah kaki lain, semasa pindah badan, seketika di

udara.

Contoh:

Lari melangkah (Leap)

Lompat: Dua kaki ke dua kaki

Ketingting: Lompat atas sebelah kaki

“jop”: (hopscotch) Separuh lompat/ ketingting (2 to 1 or 1 to 2)

assemblé: Lompat melangkah sebelah kaki ke 2 belah kaki

sissonne: Lompat dua belah kaki ke sebelah kaki

Galop: Langkah, lompat (panjang pendek) beritma (leading step)

Slide: Galop ke sisi (Sideways gallop).

Sekip: Langkah dan lompat beritma

17

Page 18: Modul Pembelajaran DAM 404

Pergerakan tanpa mengguna kaki:

Contoh:

Merangkak: memindah anggota badan atas lantai

Mengguling: memindah berat badan ke anggota badan lain

Penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga dalam pergerakan

Penggunaan ruang

Aktiviti pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat boleh dilakukan

secara individu atau berkumpulan.

Pergerakan hendaklah dilakukan dalam 3 aras.

Contoh:

Aras tinggi (lari, lompat)

Aras sederhana (hayun badan sambil membongkokkan badan,

merangkak)

Aras rendah (melungsur, mengguling)

(Kesemua pergerakan mempunyai perkaitan dengan ruang dan

perkaitan badan dengan ruang).

Laluan

Semua pergerakan lokomotor memerlukan laluan.

Semua pergerakan memerlukan penggunaan anggota badan.

Contoh laluan: lurus, bengkang-bengkok, melengkung, zig-zag

Arah

Arah pergerakan adalah berkaitan dengan perlakuan dan penggunaan

ruang. Arah mempunyai perkaitan dengan perlakuan dan arah menuju ke

sesuatu tempat

Empat Daya Pergerakan oleh Laban (‘Laban’s 4 Efforts’)

Aliran (Flow)

Aliran Bebas: Pergerakan tanpa tekanan pada otot.

Badan bergerak dengan bebas dan licin tanpa tersekat.

Aliran Terikat: Pergerakan terkawal dan tekanan pada otot.

Pergerakan badan bergerak dengan terikat menjadi laju dan tiba-tiba

terhenti.

18

Page 19: Modul Pembelajaran DAM 404

Tenaga (Force) (beban dan kekuatan)

Pergerakan Kuat: Guna tenaga dengan kuat (tumbuk, tekan).

Pergerakan Ringan: Lembut, “airy” quality, ringan (burung terbang)

Masa

Semerta (sudden): Cara mengejut (merenjis)

Perlahan (sustained): Penggunaan masa lebih lambat (menarik badan di

lantai).

Ruang (Space)

Terus (direct): Fokus ruang yang tepat

Tidak terus (indirect): Mempunyai lebih dari satu fokus ruang

Kualiti Pergerakan

Enam Kualiti Pergerakan oleh H. Doubler (‘H. Doubler’s 6

Qualities of Movement’)

‘Percussive’: Pergerakan jelas dan kuat (Sharp) (staccato)

‘Sustained’: Lembut (Smooth), sama dan mengeluarkan tenaga (legato)

‘Vibratory’: Bergetar, bergoyang

‘Suspension’: Ringan (denial of gravity)

‘Collapse’: Berat (giving into gravity)

‘Swing/Pendular’: Kombinasi berturutan “suspension and collapse”

Ritma

Ritma (bunyian, pergerakan dll.) yang dirangsangkan untuk perlakuan

Penggunaan tempo (sama tempo atau berlainan)

Tempo tidak sama (breath, biorhythms, waves, wind)

Penekanan pada intonasi (Accent Emphasis)

Ritma dalam pegerakan

Pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak mempunyai ritma.

Guru hendaklah memberi ransangan bagi perlakuan seperti tepuk

tangan dan bergerak mengikut ritma tepukan.

Berbagai peralatan boleh digunakan seperti alatan genderang

(tamborin, loceng) dan berbagai jenis muzik.

Rangsangan pergerakan akan membantu kanak-kanak supaya lebih

bersemangat melakukan sesuatu pergerakan dan akan meningkatkan

lagi daya kreativiti mereka.

19

Page 20: Modul Pembelajaran DAM 404

2.1 Motor Kasar dan Motor Halus Kanak-Kanak

Pergerakan asas bagi kanak-kanak adalah pergerakan yang melibatkan motor

kasar dan motor halus. Pergerakan motor kasar ialah pergerakan lokomotor

dengan kaki seperti berjalan, berlari dan melompat.

Pergerakan motor halus pula boleh didefinisikan sebagai kordinasi pergerakan

otot halus seperti di bahagian jari kanak-kanak dengan pergerakan mata.

Kawalan otot halus di tangan dengan menggunakan tangan, jari dan ibu jari.

Pergerakan jari seperti menulis, melukis dan memakai butang baju adalah

contoh yang baik bagi kordinasi motor halus tangan dan mata kanak-kanak.

Contoh-contoh bagi pergerakan aktiviti fizikal ialah seperti berikut:

Membaling pundi kacang ke dalam bakul;

Membaling dan menangkap bola;

Membaling bola dan menumbangkan botol plastik (seperti permainan

bowling).

Amali:

Berbagai contoh aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai untuk

kanak-kanak

Penjelasan dan penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga dalam pergerakan

Penjelasan dan penggunaan ritma dalam pergerakan

Penggunaan berbagai alatan sebagai halangan dan rintangan

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mendapat maklumat seperti berikut:

Kumpulan 1: Pergerakan bukan lokomotor

Kumpulan 2: Pergerakan lokomotor dan maksud penggunaan ruang, laluan,

arah, tenaga

Kumpulan 3: Rudolf Laban – pengasas Pendidikan Pergerakan

Kumpulan 4: M.H. Doubler – 6 kualiti Pergerakan

Kumpulan 5: Penggunaan ritma dalam pergerakan

20

Page 21: Modul Pembelajaran DAM 404

2.1.1 Aktiviti Lokomotor

Pergerakan aktiviti lokomotor ialah pergerakan kanak-kanak dari satu

tempat ke satu tempat yang lain. Aktiviti asas lokomotor adalah berjalan,

berlari dan melompat.

Contoh pergerakan lokomotor:

Kanak-kanak bergerak dengan berbagai gaya (lari, lompat, sekip)

Bergerak ke bagai arah (ke depan, belakang sisi)

Bergerak ke berbagai aras (tinggi, sederhana, rendah)

Bergerak dengan mengguna berbagai laluan (lurus, bengkok, zig-zag)

2.1.2 Aktivti Bukan Lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan pergerakan yang dapat

dilakukan oleh badan yang berada di suatu tempat khusus. Pergerakan ini

terhad kepada pergerakan tangan, kaki dan badan.

Contoh pergerakan:

Menghayun badan

Menunduk dan meregang

Menolak dan menarik

Mengilas

Menggoyang

Melantun

Amali: Motor kasar dan motor halus

Memanipulasi alatan (alatan pundi kacang, bola, gelung)

Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang, laluan, arah, tenaga

Berbagai alatan seperti skitel dan gelung sebagai halangan dan rintangan

Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan

kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan

perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

21

Page 22: Modul Pembelajaran DAM 404

UNIT 3

Tajuk:PENDIDIKAN JASMANI

Peruntukan Masa:8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menyatakan objektif Pendidikan Jasmani2. menjelaskan ciri-ciri Pendidikan Jasmani3. mengenalpasti komponen-komponen dalam Pendidikan Jasmani4. menyenaraikan aktiviti-aktiviti di dalam Pendidikan Jasmani5. menyatakan unsur-unsur permainan di dalam Pendidikan Jasmani

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menjelaskan peranan Pendidikan Jasmani untuk kecerdasan dan kecergasan

kanak-kanak2. melakukan aktiviti jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran:

3.1 Objektif Pendidikan Jasmani3.2 Ciri-ciri Pendidikan Jasmani3.3 Komponen-komponen di dalam pendidikan jasmani3.4 Aktiviti-aktivivi di dalam pendidikan Jasmani3.5 Unsur-unsur permainanan di dalam pendidikan jasmani3.6 Peranan Pendidikan Jasmani untuk kecerdasan dan kecergasan kanak-kanak3.7 Penggunaan Props di dalam pendidikan Jasmani

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Objektif dan ciri-ciri Pendidikan Jasmani Kanak-kanak dan aktiviti jasmani Program kecergasan fizikal untuk kanak-kanak Komponen kecergasan fizikal Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

22

Page 23: Modul Pembelajaran DAM 404

3.0 Apakah Pendidikan Jasmani?

‘Pendidikan Jasmani adalah satu fasa program pendidikan am yang

menyumbang melalui pengalaman asas pergerakan, sehingga pertumbuhan

sepenuh dan perkembangan setiap kanak-kanak’.

Pendidikan Jasmani (PJ) boleh didefinisikan sebagai pendidikan melalui

pergerakan. Program PJ perlu melibatkan fizikal dan memberi tumpuan terhadap

kesemua pembelajaran domain – psikomotor, kognitif dan afektif (kesan).

Kanak-kanak berupaya bergerak dengan lebih berkesan melalui suatu program

yang ‘versatile’ dan pergerakan yang berkualiti. Guru perlu memahami prinsip-

prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Guru juga perlu

mengetahui strategi pengajaran dan teknik mentadbir kelas. Seorang guru yang

berjaya perlu memahami kanak-kanak dan mentadbir agar suasana

pembelajaran lebih produktif.

PJ perlu dikaitkan dengan kesejahteraan manusia. Konsep kesejahteraan

manusia adalah lebih luas daripada konsep kesihatan yang baik dan ianya

berkaitan dengan memperkembangkan gaya hidup keseluruhan untuk hidup

sejahtera.

Guru perlu memberi fokus terhadap mendidik kanak-kanak. Perkara yang

mempersoalkan ‘bagaimana’ dan perlu diganding dengan perkara yang

mempersoalkan ‘mengapa’. Oleh itu, guru bukan sahaja memberitahu kanak-

kanak tentang aktiviti kemahiran fizikal tetapi perlu menyatakan prinsip-prinsip

pergerakan di sebalik perlakuan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Mendidik

kanak-kanak dengan program PJ merupakan suatu profesional dan guru perlu

berdedikasi terhadap profesionnya.

3.1 Objektif Pendidikan Jasmani: Perkembangan Domain Fizikal, Domain

Psikomotor, Domain Sosial, Domain Kognitif, dan Domain Afektif

(kesan)

Kemahiran motor dan kecekapan pergerakan (Domain Fizikal dan

Psikomotor)

Asas kemahiran motor:

lokomotor;

23

Page 24: Modul Pembelajaran DAM 404

bukan lokomotor;

Kemahiran manipulatif

Kemahiran konsep pergerakan:

Kesedaran badan

Kesedaran ruang

Kualiti pergerakan

Perkaitan

Kemahiran pergerakan ritma

Kemahiran motor khusus

Kecergasan fizikal berkaitan kesihatan Dan kesejahteraan (Domain

Psikomotor dan Fizikal)

Komponen kecergasan fizikal

Komponen kecergasan fizikal mempunyai dua aspek iaitu kecergasan fizikal

berlandaskan Kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran atau

motor.

Penilaian kecergasan diri:

Penilaian diri boleh dilakukan berdasarkan setiap aspek kecergasan

fizikal.

Penglibatan diri:

Seorang guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara aktif dan

menggalakkan kanak-kanak menjadi aktif juga. Guru merupakan ‘model’

hidup cergas dan sihat bagi kanak-kanak.

Kenalpasti aktiviti kecergasan:

Perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan untuk

kecergasan diri.

Contoh:

Berjalan pantas, berlari: Untuk kecergasan kardiovaskular;

Berenang: Untuk kecergasan kesemua otot bahagian badan dan

pernafasan.

24

Page 25: Modul Pembelajaran DAM 404

Memahami kesejahteraan

Guru perlu memahami kesihatan dan kesejahteraan diri. Sebagai contoh:

Maksud Kesihatan: Merangkumi kesihatan dalam berbagai aspek, iaitu

kesihatan fizikal, mental, sosial, emosi, kerohanian, seksual dan

persekitaran.

Maksud Sejahtera: Suatu istilah yang luas bagi menjelaskan tahap

kesihatan yang tertinggi, iaitu menampilkan suatu cara baru untuk

memperlihatkan tahap kesihatan seseorang.

Kesejahteraan juga menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang

tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang,

tetapi ditentukan dari potensi daya pencapaian atau kemajuan seseorang.

Kesejahteraan dapat diperlihatkan sebagai suatu proses untuk

pembaharuan diri secara berterusan di mana ianya diperlukan untuk

kehidupan yang kreatif dan wajar.

Prinsip pergerakan manusia (Domain Kognitif)

Asas kinesiologi: Pelajar akan didedahkan dengan istilah stabiliti, kuasa, lever

dalam sesuatu pergerakan.

Prinsip asas fisiologi: Pelajar akan mengetahui beberapa aspek seperti

komposisi badan, zon latihan dan perkembangan kekuatan

Kemahiran sosial dan konsep diri positif (Domain Sosial dan Afektif)

Kemahiran kepimpinan dan pengikut, membuat keputusan, pertukaran idea.

Bekerjasama.

‘Fair-play’, disiplin, semangat kemenangan dan kekalahan.

Penyertaan sepanjang hayat (Domain Afektif/ kesan)

Kecekapan bagi kemahiran motor dan penyertaan mengikut kecekapan/

keupayaan diri.

Memahami kebaikan aktiviti sepanjang hayat bagi sosial dan fizikal.

25

Page 26: Modul Pembelajaran DAM 404

3.1.1 Kepekaan guru terhadap kanak-kanak apabila melakukan aktiviti

fizikal

Guru perlu peka terhadap kanak-kanak dalam perlakuan aktiviti fizikal

seperti keadaan dan penyakit yang dialami oleh kanak-kanak seperti

berikut:

Penyakit jantung

Guru perlu catat pada rekod kesihatan kana-kanak mengenai

kamajuan prestasi kanak-kanak. Perlu membuat rujukan tentang

penyakit yang dialaminya. Kajian telah menunjukkan penyakit

koronori jantung dapat dikurangkan melalui penyertaan dalam

aktiviti fizikal.

Penyakit kegemukan

Penyakit kegemukan atau obesiti menjadi isu dalam dunia yang

berteknologi pada zaman ini. Guru perlu merancang aktiviti fizikal

yang sesuai terhadap kanak-kanak yang mengalami penyakit ini.

Selain itu, pemakanan juga perlu diawasi dan perlu berbincang

dengan keluarga kanak-kanak tersebut.

Keadaan tubuh badan

Guru perlu mengenalpasti keadaan dan sifat tubuh badan kanak-

kanak seperi (mesomorph – ‘otot’ dan aktif; ectomorph – kurus;

endomorph – lemah dan lembut, bulat). Perancangan mengenai

aktiviti yang sesuai dapat disalurkan kepada kanak-kanak.

Contohnya kanak-kanak ‘ectomorph’ dan ‘endomorph’ memerlukan

aktiviti yang lebih aktif dan cergas.

Kekuatan otot dan tulang

Guru perlu merancang aktiviti yang aktif agar dapat membantu

pertumbuhan otot dan tulang kanak-kanak dengan sihat.

Kematangan

Prestasi motor kanak-kanak dikaitkan juga kematangan mereka.

Kanak-kanak yang lebih matang dapat mengguna persepsi yang

lebih baik dalam sesuatu perlakuan kemahiran aktiviti yang

dipelajari.

26

Page 27: Modul Pembelajaran DAM 404

Senaman dalam cuaca panas

Guru perlu awasi tentang keadaan cuaca semasa melakukan

aktiviti fizikal. Perlu galakkan kanak-kanak minum air dan memakai

pakaian yang sesuai semasa bermain.

3.1.2 Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan: Komposisi badan,

Kecergasan kardiovaskular, Kelembutan, Ketahanan otot dan

Kekuatan

Apakah Kecergasan Fizikal?

Keupayaan organisma tubuh badan berfungsi dengan efisyen dan

berkesan.

Kecergasan fizikal membantu seseorang seperti berikut:

Apabila badan sihat, seseorang dapat menikmati masa lapang

dengan aman

Keadaan tubuh badan adalah bebas daripada penyakit dan

seseorang akan merasa lebih sihat

Penyakit masa kini iaitu penyakit hipokinetik (pasif) dapat dihindar

Organisma badan berfungsi dengan baik dan seseorang dapat

menghadapi situasi kecemasan dengan tenang

Komposisi lemak badan

Komposisi lemak badan ialah peratusan otot, lemak, tulang dan tisu

pada bahagian badan. Seorang yang cergas mempunyai peratusan

lemak badan yang rendah.

Kecergasan kardiovaskular

Kecergasan kardiovaskular ialah keupayaan jantung, darah, saluran

darah dan sistem pernafasan berfungsi dengan lancar. Seorang yang

cergas dapat melakukan aktiviti fizikal pada jangka masa yang lama

tanpa terasa tekanan pada badan. Contoh: Berjalan pantas yang

melibatkan kecergasan jantung

Kelembutan

Kelembutan badan ialah pergerakan di bahagian sendi yang

dipengaruhi oleh kepanjangan otot, struktur sendi dan faktor lain.

Seorang yang cergas dapat bergerak di bahagian sendinya ke tahap

27

Page 28: Modul Pembelajaran DAM 404

yang maksimum ketika berkerja atau ketika bermain. Contoh: Naik

tangga yang melibatkan sendi dan otot di bahagian lutut dan

pergelangan kaki.

Ketahanan otot

Ketahanan otot ialah keupayaan otot bekerja atau bergerak dengan

baik dan seseorang akan lambat rasa lesu. Seorang yang cergas

dapat mengulangi prestasi kekuatannya tanpa rasa tertekan pada

ototnya. Contoh: Mengayuh basikal yang melibatkan otot di bahagian

peha.

Kekuatan

Kekuatan ialah keupayaan melawan dan menahan sesuatu, atau

kekuatan untuk mengangkat berat. Seorang yang cergas dapat

berkerja atau bermain berupaya menunjukkan kekuatan. Contoh:

Mengangkat sesuatu yang berat yang melibatkan kekuatan otot di

bahagian lengan.

Amali:

Memanipulasi alatan (alatan bola kecil, tali, reben) – Asas Gerakrama dan

Gimrama

Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang, laluan, arah, tenaga

Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan

kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan

perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mencari aktiviti-aktiviti Pendidikan

Jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah seperti berikut:

Kumpulan 1: Aktiviti pergerakan seperti binatang besar

Kumpulan 2: Aktiviti pergerakan seperti binatang kecil

Kumpulan 3: Aktiviti permainan kategori kemahiran lokomotor

Kumpulan 4: Aktiviti permainan kategori pergerakan badan dan kesedaran ruang

Kumpulan 5: Aktiviti permainan kategori kemahiran penggunaan laluan dan arah

pergerakan

28

Page 29: Modul Pembelajaran DAM 404

3.2 Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran/ Perlakuan Motor:

Keanjalan, Imbangan, Koordinasi, Kuasa, Keupayaan tenaga, Masa

bertindak

Keanjalan

Keanjalan ialah keupayaan tubuh badan menukar sesuatu kedudukan badan

dengan tepat. Contoh: Aktiviti lompatan dan gulingan.

Imbangan

Imbangan ialah tubuh badan memperolehi satu kedudukan badan yang stabil

semasa keadaan statik atau bergerak. Contoh: Mengimbang badan di atas

bebola kaki.

Kordinasi

Kordinasi ialah keupayaan seseorang mengguna ‘senses’ ketika melakukan

pergerakan agar pergerakan menjadi licin dan tepat. Contoh: Membaling dan

menangkap bola memerlukan kordinasi mata-tangan manakala menendang bola

memerlukan kordinasi mata-kaki.

Kuasa

Kuasa ialah keupayaan memindah tenaga badan ke kuasa dengan pantas.

Contoh: Membaling bola atau melontar peluru dengan kuat.

Masa Bertindak

Masa bertindak ialah masa ketika di antara stimuasi dan permulaan tindakan

terhadap stimulasi. Contoh: Permulaan lari pecut memerlukan masa untuk

bertindak dengan pantas.

Kepantasan

Keupayaan bergerak dalam masa yang pendek: Contoh: Aktiviti larian pecut

memerlukan kepantasan pada deria mata, telinga dan pergerakan menolak

badan dengan pantas.

Manfaat kecergasan fizikal

Untuk cergas fizikal, seorang perlu bersenam, mengamal makanan dan

pemakanan yang seimbang dan mempunyai rehat yang cukup. Oleh itu, kita

perlu bersenam sekurang-kurangnya kali seminggu. Setiap sesi senaman

hendaklah selama 50 minit.

29

Page 30: Modul Pembelajaran DAM 404

3.2.1 Kita perlu bersenam sebab:

Untuk sihat; untuk kecergasan fizikal

Untuk memperolehi keseronokan dan kesejahteraan

Untuk relaks dan lepas daripada tekanan

Untuk kepuasan diri; suatu cabaran terhadap diri sendiri;

mengetahui bakat yang ada pada diri

Untuk bersosialisasi dengan cara yang sihat

Untuk mendapat rupa paras baik

3.2.2 Kita perlu cergas fizikal sebab:

Jantung menjadi kuat dan dapat pam darah darah ke seluruh

badan dengan lancar

Membantu menurunkan tekanan darah; membantu kadar rehat

jantung dan kadar jantung berkerja

Mengurangkan risiko penyakit jantung

Menguatkan sistem otot dan tulang

Memberi tenaga untuk aktiviti harian

Membantu mengekalkan berat badan

Memberi lebih tenaga untuk berkerja dan bermain

Mengurangkan stres dan tekanan

3.3 Program Kecergasan Fizikal Untuk Kanak-Kanak

Program kecergasan fizikal perlu merangkumi aspek seperti berikut:

Kategori Kecergasan Fizikal bagi Kanak-Kanak:

1. Pengenalan kepada konsep Kecergasan Fizikal

Guru perlu menjelaskan konsep sebenar senaman dan aktiviti kecergasan

fizikal, dan memberi cara-cara mengekal serta memperbaiki kecergasan

fizikal.

2. Ketahanan Kardiorespiratori

Menjelaskan sistem jantung, sistem paru-paru, sistem pernafasan, dan

sistem edaran mengikut tahap kefahaman kanak-kanak. Menjelaskan apa

yang berlaku kepada sistem tersebut jika seseorang bersenam dan menjadi

cergas fizikal.

30

Page 31: Modul Pembelajaran DAM 404

3. Kekuatan dan Ketahanan otot

Menjelaskan bagaimana fiber otot berfungsi mengikut tahap kefahaman

kanak-kanak. Menjelaskan apa yang berlaku kepada sistem tersebut jika

seseorang bersenam dan menjadi cergas fizikal.

4. Kelembutan

Menjelaskan cara yang selamat untuk aktiviti regangan agar tidak mengalami

kesakitan. Menjelaskan sistem pergerakan seperi pada bahagian otot,

tendon, ligamen yang terdapat pada bahagian sendi dan bagaimana tangan

dapat dibengkokkan.

5. Tabiat Sihat dan Kesejahteraan

Menjelaskan tabiat sihat untuk hidup sejahtera seperti menyukat komposisi

badan, cara bersenam untuk mengurangkan lemak badan, makan makanan

yang berkhasiat dan perlu bersenam selama 45 minit, sekurang-kurangnya 3

kali seminggu.

Amali:

Pelajar melakukan aktiviti yang ditugaskan dalam kumpulan masing-masing

Aktiviti memanipulasi alatan dengan tangan dan kaki (alatan belon) secara

berpasangan dan berkumpulan

Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang, laluan, arah, tenaga

Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan

kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan

perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

31

Page 32: Modul Pembelajaran DAM 404

UNIT 4

Tajuk:

PERGERAKAN KREATIF

Peruntukan Masa:

8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menyatakan definisi dan objektif Pergerakan Kreatif2. menyatakan tujuan Pergerakan Kreatif3. menjelaskan hubungkait Pergerakan Kreatif dengan perkembangan fizikal

kanak-kanak4. mengenalpasti elemen-elemen di dalam Pergerakan Kreatif5. menjelaskan lakuan-lakuan di dalam Pergerakan Kreatif6. mengenalpasti unsur-unsur kreativiti di dalam Pergerakan Kreatif

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. mengenalpasti penggunaan muzik dan props di dalam Pergerakan Kreatif2. menghuraikan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran di dalam

Pergerakan Kreatif3. melakukan Pergerakan Kreatif yang sesuai untuk kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran:4.1 Definisi Dan Objektif Pergerakan Kreatif4.2 Tujuan Pergerakan Kreatif4.3 Hubungkait Pergerakan Kreatif Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak4.4 Elemen-Elemen Di Dalam Pergerakan Kreatif4.5 Lakuan-Lakuan Di Dalam Pergerakan Kreatif4.6 Unsur-Unsur Kreativiti Di Dalam Pergerakan Kreatif4.7 Penggunaan Muzik Dan Props Di Dalam Pergerakan Kreatif4.8 Unsur-Unsur Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.1 Pergerakan Kreatif

32

Page 33: Modul Pembelajaran DAM 404

Pergerakan kreatif bermaksud interpretasi idea, perasaan, tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

4.1.1 Objektif dan Ciri-Ciri Pergerakan Kreatif

Pergerakan Kreatif mengaplikasi konsep yang terdapat di dalam tarian,

permainan dan gimnastik. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih mahir dalam

aktiviti berbentuk tarian (dengan ritma dan rangsangan muzik), mahir dalam

permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka dan mahir

dalam aktiviti yang berbentuk gimnastik.

Perlakuan sesuatu pergerakan adalah berfungsi “functional” (faktor luaran)

dan penglahiran perasaan “expressive” (faktor dalaman).

Contoh perlakuan pegerakan adalah seperti berikut:

PERGERAKAN

“FUNCTIONAL” “EXPRESSIVE”

Matlamat tepat Matlamat subjektif

Berorientasikan produk Berorientasikan perasaan

Tumpuan pada luaran Tumpuan pada dalaman

Cekap Berkomunikasi dan penglahiran

Elemen atau Tema-Tema dalam Pergerakan Kreatif

1. Kesedaran tubuh badan

Keseluruhan tubuh badan

Lokomotor

Bukan lokomotor

Bahagian tubuh badan

2. Kesedaran rintangan beban dan masa

Beban (halus-ringan; berat-kuat)

Masa (serta-merta; kawal-lambat)

3. Kesedaran ruang

Kawasan (ruang diri; ruang am)

Arah (depan, belakang, sisi)33

Page 34: Modul Pembelajaran DAM 404

4. Aliran beban beban badan dalam ruang dan masa

Aliran (terikat; bebas)

Ruang (terus; tidak terus)

Contoh Pergerakan: Tema berkaitan perlakuan tubuh badan keseluruhan;

anggota badan; aspek ruang dan dinamik; dan perkaitan

Perlakuan tubuh badan:

Bergerak dan berhenti

Mengimbang beban badan

Memindah berat badan

Melayang

Membuat bentuk badan

Mengilas dan memusing

Bangun dan jatuh

Menghayun

Mengimbang dan jatuh

Penggunaan anggota badan:

Mengguna tangan dan lengan

Mengguna kaki dan betis

Penekanan pada permukaan badan (gulingan, jatuh dan pemulihan)

Hubungkait antara tangan dan kaki

Perlakuan semuka dan tidak semuka

Aspek ruang dan dinamik:

Aras dan arah pergerakan

Pertukaran pada kelajuan pergerakan

Perlakuan beban dan mengendur

Corak ritma

Corak ruang dalam pergerakan dan pada peralatan

Perkaitan:

34

Page 35: Modul Pembelajaran DAM 404

(Perlakuan ini termasuk melayang dan memulihkan diri, imbangan badan,

menerima beban badan sepenuh/ separuh, memikul beban badan dan meletak)

Perlakuan berpasangan

Bertiga

Berkumpulan

Amali:

Kesedaran tubuh badan – keseluruhan tubuh badan, gerak edar, bahagian

tubuh badan

Kesedaran ruang – ruang diri, ruang am

Aliran beban badan dalam ruang dan masa

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan

kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan

perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mencari bahan mengenai tema-tema

yang terdapat di dalam pergerakan kreatif

4.2 Penggunaan berbagai muzik, alatan genderang, dan lain-lain sebagai

rangsangan pergerakan

Peralatan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Kotak muzik atau alatan permainan muzik

2. Alat perakam muzik

3. Tape, CD

4. Radio

5. Rakaman cerita pada tape

6. Peralatan muzik: dram, ‘homemade shakers’, xylophone, loceng, piano,

harmonica

7. Prop: skaf, ‘streamers’, topi, ‘fabric’, ‘feathers’, belon, reben

Amali:

35

Page 36: Modul Pembelajaran DAM 404

Melakukan aktiviti Pergerakan Kreatif mengikut tema-tema yang telah

dipelajari

Penggunaan muzik dan lain-lain ransangan bagi pergerakan

Melakukan pergerakan dengan suasana yang sesuai dengan kanak-kanak

mengikut kumpulan seperti berikut:

Kumpulan 1: Suasana di kebun bunga

Kumpulan 2: Suasana di stesen kereta api

Kumpulan 3: Suasana di angkasa lepas

Kumpulan 4: Suasana di zoo

Kumpulan 5: Suasana di tepi pantai

36

Page 37: Modul Pembelajaran DAM 404

UNIT 5

Tajuk:STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

DAN PERGERAKAN KREATIF DI DALAM AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menghuraikan objektif asas pengajaran dan pembelajaran pendidikan

pegerakan bagi kanak-kanak 2. menyatakan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak bagi sesuatu aktiviti3. menyebut berbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak4. mengenalpasti bahan-bahan yang dapat digunakan5. melakukan aktiviti fizikal dan memberi pemerhatian dan penilaian pada

sesuatu aktiviti

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menjelaskan satu persatu kebolehan dan tahap keupayaan kanak-kanak

melaksanakan sesuatu aktiviti2. menghuraikan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pembelajaran sambil bermain

kanak-kanak3. membuat pemerhatian dan penilaian terhadap sesuatu aktiviti

Senarai Tajuk Pelajaran:

5.1 Objektif 5.2 Kebolehan Dan Keupayaan Kanak-Kanak5.3 Aktiviti Yang Dicadangkan5.4 Bahan5.5 Pemerhatian Dan Penilaian

37

Page 38: Modul Pembelajaran DAM 404

5.1 Fasa Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Pendidikan Pergerakan dan Pendidikan Jasmani

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah berdasarkan aspek

matlamat Pendidikan Pergerakan dan berasaskan metodologi faktor pergerakan

oleh Laban. Kosep dan idea Laban telah diubahsuai dan terminologi baru telah

digabungjalin diperkenalkan. Pendekatan oleh Laban dinamakan stail

pembelajaran ‘discovery’ menjadi semakin popular.

Pemindahan daripada tradisi aktiviti gimnastik kepada aktiviti yang

berorientasikan peralatan kanak-kanak telah diperkenalkan seperti memanjat,

menggantung, menyokong, membuai dan berbagai cara bergerak (exploration

and discovery). Juga aktiviti yang memberi penekanan terhadap penyelesaian

masalah dalam pergerakan.

Pembelajaran kognitif

Pembelajaran kognitif dengan secara tidak langsung diterapkan kepada

kanak-kanak. Contohnya, dalam proses pergerakan, kanak-kanak dapat

membezakan di antara dekat dan jauh, ringan dan berat serta tinggi dan

rendah. Mereka juga diberi peluang melakukan aktiviti dan mengalami serta

memahami perlakuan seperti bengkok, regang, kilas, pusing, imbang, dan

lantun. Segala istilah yang dipelajari difahami melalui pergerakan tubuh

badan mereka. Pendekatan bagi topik kesejahteraan juga dapat diterapkan

ke dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melalui pembelajaran kognitif.

Pembelajaran afektif

Pembelajaran afektif merupakan pendekatan terhadap nilai-nilai murni dalam

hidup. Perkara ini diterapkan seperti nilai, perasaan, kepercayaan, dan

membuat sesuatu keputusan terkandung dalam pembelajaran Pendidikan

Jasmani. Isu mengenai perkara kehidupan sihat dan sejahtera seperti

penyalahgunaan dadah dan ‘drug’ diperkenalkan di peringkat awal

persekolahan lagi.

38

Page 39: Modul Pembelajaran DAM 404

Aspek pembelajaran afektif membantu perkembangan konsep kendiri positif dan

ini merupakan perkara penting dalam membentuk perlakuan manusia. Kanak-

kanak dan imej kendiri amat penting dalam perhubungan seharian mereka

dengan rakan sebaya dan guru dan perlakuan ini akan mempengaruhi kemajuan

dalam pembelajarannya. Kanak-kanak berupaya bergerak dengan licin dan

cantik dan perlakuan seperti ini akan meningkatkan estim kendiri mereka.

Pendidikan Jasmani juga membantu perkembangan kanak-kanak dengan

metodologi yang menjayakan kemajuan mengikut minat kanak-kanak. Beberapa

program lain seperti program kecergasan fizikal, program senaman aerobik

seperti memperkembangkan kecergasan kardiovaskular juga diperkenalkan.

Dalam dunia berteknologi ini, program teknologi komputer juga diperkenalkan

cara-cara menilai kecergasan fizikal dan cara-cara memperbaiki prestasi diri.

Program pendidikan dan program Pendidikan Jasmani juga menawarkan

program yang seimbang seperti perkembangan kemahiran motor agar kanak-

kanak bergerak dalam corak pergerakan yang baik pada peringkat awal lagi.

Program persepsi-motor bagi kanak-kanak yang lemah juga diperkenalkan.

Program seperti ini juga dinamakan program ‘kanak-kanak lembab’ atau ‘pelajar

lemah’ seperti masalah kordinasi, imbangan badan dan kawalan postur, imej

badan dan anggota badan dan perkaitan melibatkan masa dan ruang. Guru perlu

memperkenalkan aktiviti yang lebih perlahan apabila memperkenalkan konsep

tersebut. Guru juga perlu kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Amali:

Aktiviti imbangan anggota badan dan pemindahan berat badan iaitu asas

gimnastik artistik (kinder gym)

Aplikasi aspek kesedaran tubuh badan, ruang, aliran, dan masa dalam

pergerakan

Memberi pemerhatian dan penilaian pada sesuatu aktiviti

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

Tugasan: Pelajar ditugaskan mencari bahan mengenai aktiviti gimnastik yang

sesuai untuk kanak-kanak dan berlatih secara berpasangan.

39

Page 40: Modul Pembelajaran DAM 404

5.2 Aktiviti Yang Menarik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Aktiviti yang guru ingin memperkenalkan kepada kanak-kanak hendaklah

menarik dan sesuai untuk tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, semasa

melakukan aktiviti gimnastik (kinder gym), beberapa cadangan adalah seperti

berikut:

Aktiviti dijadikan suatu peralatan untuk mengajar kemahiran dalam kehidupan

seperti berkongsi sesuatu, bersabar dan menunggu giliran, memberi

pendapat tentang sesuatu, mendengar, mempunyai matlamat, dan

mempunyai kemahuan untuk mencuba perkara yang baru.

Memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak dalam nombor dan

menggalakkan persediaan mengira dan membaca. Perkara yang paling

penting ialah guru perlu galakkan bahawa matlamat penting ialah

menggalakkan estim diri kanak-kanak.

Mengadakan aktiviti memanaskan badan selama 10 hingga 12 minit.

Memanaskan badan perlu dilakukan sebagai aktiviti untuk kardiovaskular dan

aktiviti kordinasi. Untuk lebih menarik, guru boleh gunakan muzik sebagai

rangsangan. Aktiviti meregang badan mengikut rentak muzik dan pergerakan

posisi badan menjadi lebih seronok.

Selepas memanaskan badan, kanak-kanak akan dibahagikan kepada

beberapa kumpulan dan mereka akan berpusing menukar stesyen.

Contohnya, mereka akan lakukan aktiviti satu pusingan selama 10-12 minit.

Aktiviti yang disediakan adalah seperti dengan bola, reben, pundi kacang,

trampolin, gelung, dan lain-lain. Aktiviti yang disediakan telah dipelajari oleh

kanak-kanak dan mereka akan melakukan dengan selesa dan selamat.

Kanak-kanak akan diberi hadiah seperti ‘sticker’, setem atau kertas berwarna

dengan perkataan yang akan memotivasikan mereka. Matlamat pemberian

hadiah kepada setiap kanak-kanak agar mereka merasa seronok dan

gembira dengan satu kepuasan diri yang mereka akan senyum serta percaya

bahawa mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.

40

Page 41: Modul Pembelajaran DAM 404

5.3 Kesejahteraan Dan Kehidupan Yang Sihat

Untuk sihat dan sejahtera, kita perlu mengamalkan kesihatan holistik yang

merangkumi kesemua aspek kesihatan, iaitu fizikal, mental, sosial, emosi,

spiritual atau rohani, dan seksual. Ibu bapa, penjaga atau guru perlu

mewujudkan persekitaran aktif di rumah ataupun di sekolah.

Beberapa cadangan untuk mewujudkan persekitaran aktif dalam keluarga adalah

seperti berikut:

Beri masa untuk melakukan aktiviti fizikal agar keluarga berasa seronok dan

sihat

Rancang lawatan aktif untuk ahli keluarga seperti mengadakan aktiviti di tepi

tasik

Program kejiranan yang aktif agar kanak-kanak dapat bersosialisasi dengan

jiran

Wujudkan pekerjaan aktif di rumah seperti membasuh kereta, mengelap

tingkap dan berkebun agar kanak-kanak boleh turut serta

Daftar anak pada aktiviti kecergasan fizikal yang menyeronokkan mereka

seperti kesenian

Tanam semangat keinginan untuk mencuba aktiviti baru agar mereka

seronok dan aktif

Amali:

Melakukan aktiviti kinder gym dengan berbagai alatan seperti gelung, tali,

bola dan bangku panjang

Aplikasi kemahiran memerhati dan menilai terhadap sesuatu aktiviti

Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

41

Page 42: Modul Pembelajaran DAM 404

UNIT 6

Tajuk:

PERANAN GURU DI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK

Peruntukan Masa: 8 Jam

Objektif Unit:Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menyatakan kefahaman dan pengetahuan guru bagi aktiviti fizikal untuk

kanak-kanak2. menyebutkan kebolehan guru dalam kemahiran motor yang sesuai dengan

kanak-kanak3. menjelaskan ransangan dan galakan bagi kanak-kanak 4. menyatakan keupayaan dan penerimaan kanak-kanak sebagai individu5. melakukan aktiviti pergerakan dengan kreatif dan menggunakan rangsangan

yang menarik

Hasil Pembelajaran:Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menghuraikan setiap rangsangan yang diperlukan dalam menarik minat

kanak-kanak bermain2. menjelaskan aktiviti pergerakan yang sesuai dengan kreatif dan rangsangan

yang menarik

Senarai Tajuk Pelajaran:6.1 Kefahaman Dan Pengetahuan Guru6.2 Kebolehan Di Dalam Kemahiran Motor6.3 Rangsangan Dan Galakan6.4 Keupayaan Dan Penerimaan Kanak-Kanak6.5 Kreativiti Dan Rangsangan

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran: Pemahaman pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Jasmani yang

berkualiti Pemahaman asas konsep pengajaran yang berkesan Program meningkatkan pengetahuan guru Memahami dan memotivasi kanak-kanak bagi perlakuan aktiviti fizikal Melakukan aktiviti pergerakan di dalam kumpulan dengan lebih kreatif dan

dengan menggunakan rangsangan yang menarik

42

Page 43: Modul Pembelajaran DAM 404

6.0 Program Pendidikan Jasmani Yang Berkualiti

a. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Selain itu, guru

juga perlu bersikap positif serta menjalankan proses demonstrasi, penyertaan

yang aktif, memberi galakan untuk menjalankan sesuatu kemahiran dan

mendapat maklumbalas tentang aktiviti daripada kanak-kanak.

b. Guru perlu menawarkan aktiviti pilihan pelajar dengan mendedahkan

pelbagai aktiviti kepada kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak dapat memilih

aktiviti yang mereka gemar untuk sepanjang hayat. Kepelbagaian aktiviti dan

permainan yang dapat ditawarkan seperti:

1. Sukan untuk sepanjang hayat “lifetime/carryover”

2. Aktiviti pendidikan luar

3. Aktiviti kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan

4. Aktiviti lain seperti judo, karate, taekwando dan lain-lain.

5. Sukan berpasukan yang terkini

c. Guru juga perlu memperkenalkan sesuatu kemahiran secara

mendalam, iaitu, sesuatu kemahiran aktiviti diperkenalkan dengan khusus

dan mendalam. Kanak-kanak akan berpeluang memperkembangkan

kemahiran ke tahap optimum dan kompeten.

d. Guru perlu mewujudkan sesi kaunseling tentang kemahiran

aktiviti kepada kanak-kanak. Contohnya, guru boleh kaunsel kanak-kanak

tentang perlakuan pengekalan tabiat kecergasan dan perubahan sikap

tentang perlakuan senaman.

e. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh

mengintegrasi kesemua program PJK dan Kokurikulum. Guru boleh

mewujudkan semangat berpasukan, berdedikasi, kesetiaan, kepimpinan,

serta melibatkan ibu bapa dan masyarakat pada sesuatu program.

43

Page 44: Modul Pembelajaran DAM 404

6.1 Pengajaran Yang Bermakna Bagi Kanak-Kanak

Pendidikan jasmani merupakan pergerakan dan pembelajaran melalui

pergerakan. Semua kanak-kanak, temasuk mereka yang kurang upaya,

mempunyai berat badan yang berlebihan dan mereka yang lemah dalam

kemahiran, kesemuanya perlu aktif dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Guru perlu mengetahui konsep kendiri kanak-kanak. Mereka memerlukan

kejayaan dan keseronokan serta perlu menghormati rakan sebaya apabila

menyertai dalam sesuatu aktiviti. Kanak-kanak juga perlu dididik bersifat sabar,

keinginan untuk mengambil cabaran dan risiko dan menerima rintangan

perlakuan sesuatu aktiviti. Keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu kemahiran

aktiviti perlu diiktiraf.

Dari segi nilai sosial, ’fair play’ dan keikhlasan adalah penting. Permainan

berpasukan dan perlumbaan membantu kesepakatan dalam kumpulan dan

penumpuan terhadap undang-undang. Kanak-kanak cuba mengelakkan

penipuan atau hanya untuk menang sahaja.

Kanak-kanak dapat berlatih aktiviti yang mereka gemari. Guru perlu juga

menyediakan rangsangan seperti muzik sebagai latar belakang agar mereka

dapat menjalankan aktiviti dengan lebih maju.

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran

Beberapa cadangan tentang kemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah

seperti berikut:

1. Demonstrasi dan pengajaran

- Demonstrasi oleh guru

- Demonstrasi oleh individu

- Demonstrasi oleh beberapa orang kanak-kanak

- Meminta bantuan kanak-kanak untuk demonstrasi sesuatu aktiviti

2. Kemahiran kepimpinan

- Memilih kanak-kanak menjaga peralatan

44

Page 45: Modul Pembelajaran DAM 404

- Mengawas dan mengenalpasti keselamatan tampat aktiviti

- Ketua kumpulan

- Selaku ketua untuk mendemonstrasi kemahiran

- Ketua kelas

- Mengambil dan menyimpan alatan

3. Stail pengajaran

- Stail mengarah (command) iaitu termasuk menjelaskan

sesuatu, demonstrasi, dan praktis

- Stail tugasan –guru bertanggungjawab merancang objektif

pengajaran, memilih aktiviti dan menjalankan secara berturutan agar

mencapai matlamat pengajaran. Guru boleh memberi tugasan secara

verbal atau menulis pada kad

- Stail individual berkonsep memusatkan pelajar yang

mengandungi lima langkah iaitu;

Diagnosis (menentukan tahap kognitif dan psikomotor kanak-kanak),

Preskripsi (memberi suatu package pembelajaran berasaskan tahap

pengetahuan kanak-kanak)

Perkembangan (kanak-kanak menjalankan tugasan mengikut

kemampuan mereka)

Penilaian (guru menilai pencapaian pelajar)

Peneguhan (guru memberi maklumbalas yang positif kepada pelajar)

- Pembelajaran ‘mastery’ (kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran dengan cekap). Guru menilai kecekapan kanak-kanak.

- Stail penyelesaian masalah (memerlukan input, refleksi, pemilihan,

dan tindakan) contoh: apakah beberapa cara melantun bola?

- Stail penjelajahan terhad (guru bertanggungjawab menyediakan

pelajaran, memilih aktiviti dan mengarah pelajar)

- Penemuan berpandu (guru menyediakan aktiviti dan pelajar

mencari penemuan). Contoh: cara membaling bola dengan

berkesan

- Stail bebas atau menjelajah dengan bebas (kanak-kanak bebas

memilih peralatan dan melakukan aktiviti; guru mengawas,

memberi galakan, menjelaskan sesuatu, menjawab soalan pelajar)

45

Page 46: Modul Pembelajaran DAM 404

4. Memperkembangkan Kreativiti

Melalui sesuatu kreativiti, kanak-kanak akan berdikari, membantu

meningkatkan tabitat penemuan dan pemikiran secara refleksi serta

meningkatkan pemahaman sesuatu konsep

5. Pembelajaran secara personal

Guru berinteraksi dengan pelajar secara individu dan memberi tumpuan

terhadap perlakuan mereka.

6. Memotivasi kanak-kanak agar hidup cergas dan sihat

Perlu menasihati kanak-kanak agar bersenam, menjaga makanan dan

pemakanan, mempunyai rehat yang mencukupi, mengelak dari

penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kanak-kanak juga perlu dinasihatkan

agar menjaga kebersihan diri supaya penyakit dapat dihindar.

Amali:

Melakukan aktiviti pergerakan dalam kumpulan

Aplikasi aspek dan elemen dalam pergerakan yang telah dipelajari

Aplikasi ransangan seperti muzik dan peralatan genderang

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan memilih satu tema dan berlatih untuk

persembahan pada minggu 12.

6.2 Berkomunikasi Secara Berkesan Dengan Kanak-Kanak

Suara, postur dan ‘gesture’ perlu jelas dan positif. Pergerakan dan mimik muka

guru juga memain peranan yang penting apabila berkomunikasi dengan kanak-

kanak.

APA, BILA, dan BAGAIMANA menyatakan sesuatu aktiviti kepada kanak-

kanak

APA:

- Apa yang perlu disampaikan perlu pemilihan kata-kata yang sesuai

dengan tahap pemikiran kanak-kanak.

a. Perkataan dan ayat yang sampaikan hendaklah pendek dan jelas

agar senang difahami oleh kanak-kanak.

46

Page 47: Modul Pembelajaran DAM 404

b. Tugasan yang beri perlu jelas dan agar kanak-kanak ingin

menyertai dalam sesuatu aktiviti.

- Istilah aktiviti fizikal hendaklah ringkas dan jelas

- Guna warna, perkara yang diminati mereka, perasa dan juga “humour”

- Guna ayat dengan bahasa yang betul

- Elak ayat yang berulang-ulang

BILA

- Perlu peka dan tahu bila masa yang paling baik untuk menyampaikan

sesuatu

BAGAIMANA

- Kawal pernafasan apabila memberi penerangan

- Pic perlu sederhana

- Cakap sederhana perlahan agar lebih difahami oleh kanak-kanak

- Guna nada suara yang jelas dan ‘expressive’

- Guna perkataan yang ringkas tetapi senang difahami

Amali:

Pelajar membuat persembahan mengikut kumpulan

Markah diberi berdasarkan:

Kreativiti bagi koreografi

Kerjasama ahli dalam kumpulan

Kualiti pergerakan

Kesesuaian tema bagi kanak-kanak

Keseragaman pergerakan

Kesesuaian muzuk atau alatan ransangan

Kesesuaian pakaian

Kesesuaian peralatan yang diguna dan prop

Markah penuh: 10 markah

47

Page 48: Modul Pembelajaran DAM 404

UNIT 7

Tajuk:

CIRI-CIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK DAN KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Peruntukan Masa: 8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menyatakan perlakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan

dan bahaya2. mengenalpasti tempat berbahaya bagi kanak-kanak3. menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian,

dan memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan4. menjelaskan makanan yang seimbang dan tabiat makanan yang baik5. menyatakan pergerakan yang betul untuk postur terbaik

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1. menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian,

dan memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan2. menjelaskan makanan yang seimbang dan tabiat makanan yang baik3. menyatakan pergerakan yang betul untuk postur terbaik

Senarai Tajuk Pelajaran:7.1Keselamatan

7.1.1 Menyedari Dan Mengenali Perlakuan Atau Tindakan Yang Boleh Menyebabkan Kemalangan Dan Bahaya

7.1.2 Mengenali Dan Menghindari Tempat Berbahaya

7.2Kesihatan7.2.1 Mengetahui Pentingnya Menjaga Kebersihan Tubuh Badan Dan

Pakaian7.2.2 Memakai Pakaian Yang Sesuai Mengikut Keadaan7.2.3 Mengetahui Makanan Yang Seimbang Serta Tabiat Makanan Yang

Baik7.2.4 Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Untuk Postur Terbaik

48

Page 49: Modul Pembelajaran DAM 404

7.1 Kesihatan dan Kesejahteraan

Kanak-kanak perlu digalakkan agar mengamalkan kesihatan holistik. Ianya

merangkumi kesemua aspek kesihatan: fizikal, mental, sosial, emosi, spiritual/

rohani dan seksual.

7.2 Konsep Keselamatan

Keselamatan bermaksud melindungi individu agar sentiasa berasa selamat,

memberi perlindungan kepadanya agar hidup sejahtera dan melindunginya

daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri diri individu tersebut.

Keselamatan adalah khusus dirujuk terhadap kanak-kanak agar dapat

membantu sihat dan sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

Ciri-ciri kesihatan yang baik

Merangkumi ciri-ciri:

Kesihatan Fizikal - Termasuk ciri-ciri fizikal – saiz badan, bentuk badan,

penyakit

Kesihatan Mental - Keupayaan untuk belajar, penyesuaian diri, intelek,

cara membuat keputusan

Kesihatan Spiritual - Kepercayaan pada tuhan, perasaan kesepaduan

dengan persekitaran

Kesihatan Sosial - Kepuasan perhubungan interpersonal, berinteraksi,

penyesuaian diri

Kesihatan Emosi - Mengawal perasaan emosi dengan perlakuan yang

sesuai, hormat/ keyakinan diri

Kesihatan Seksual - Menghargai tubuh badan, berinteraksi dengan kedua-

dua gender

Senarai semak keselamatan di tempat berbahaya

Mengenalpasti tempat-tempat seperti di dalam kelas, di taman permainan, di

kawasan sekolah, di rumah seperti di kawasan ruang tamu, di dapur dan di

bilk tidur.

Cara-cara bertindak sekiranya berlaku kemalangan dan kecemasan semasa

pelajaran Pendidikan Jasmani

49

Page 50: Modul Pembelajaran DAM 404

Pertolongan cemas bermaksud bantuan sementara sebelum membawa

pesakit ke hospital. Tujuan:

S – Selamatkan nyawa

E – Elakkan keadaan bertambah buruk

K – Kurangkan sakit

Teknik membuat panggilan semasa kecemasan:

1. Nombor telefon anda

2. Lokasi kemalangan

3. Jenis kemalangan

4. Bilangan, jantina dan umur mangsa yang cedera

5. Keadaan mereka secara terperinci

6. Beritahu sebarang bahaya seperti kerosakan dawai elektrik atau Kabul

secara terperinci.

Amali: Aktiviti memain peranan dalam kumpulan

Pelajar menjalankan aktiviti memain peranan berdasarkan konsep kesihatan,

kesejahteraan dan keselamatan

Menjalankan aktiviti untuk bertindak sekiranya kanak-kanak di dalam

kecemasan semasa Pendidikan Jasmani seperti kanak-kanak terseliuh kaki,

pitam dan mengalami hidung berdarah

Tugasan kumpulan: Pelajar ditugaskan menyedia senarai semak keselamatan di

beberapa tempat yang berbahaya bagi kanak seperti berikut:

Kumpulan 1: Senarai semak keselamatan di taman permainan

Kumpulan 2: Senarai semak keselamatan di kantin sekolah

Kumpulan 3: Senarai semak keselamatan di dalam bilik darjah

Kumpulan 4: Senarai semak keselamatan di kolam renang

Kumpulan 5: Senarai semak keselamatan di tempat bermain pasir

Makanan dan pemakanan yang sihat bagi kanak-kanak

Pemakanan: Sains nilai makanan termasuk berbagai kumpulan makanan,

makanan berzat dan perseimbangan makanan.

Semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang

mengharapkan penghadaman makanan dan pengajian tentang makanan

tersebut.

50

Page 51: Modul Pembelajaran DAM 404

Kanak-kanak perlu makanan dan pemakanan yang berkhasiat agar membantu

pertumbuhan sistem badan mereka.

Piramid pemakanan dan keperluan mengikutinya

Piramid Pemakanan adalah seperti berikut:

1. Roti, bijiran, nasi dan kumpulan pasta

2. Sayur dan kumpulan buah-buahan

3. Susu, dadih, dan kumpulan keju; Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering,

dan kumpulan kacang

4. Lemak, minyak, dan manisan

Perlu diambil vitamin dan zat besi dengan sewajarnya

Langkah-langkah yang disyorkan:

Makan pelbagai makanan

Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buahan dan sayuran dan 3-6

hidangan roti berserat tinggi, bijiran dan legume setiap hari

Kurangkan makanan yang diproses

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dibersihkan dan makan bersama

kulit

Dapatkan fiber dari makanan dan tidak dalam bentuk pil

Banyak minum air.

51

Page 52: Modul Pembelajaran DAM 404

Mewujudkan Suasana yang Sihat Dalam Keluarga

Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buah-buahan, sayur-sayuran

dan bijiran)

Rancangkan masa yang sesuai semasa menyediakan makanan,

Makan bersama keluarga di meja,

Elakkan makan dengan tergesa-gesa,

Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan,

Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak atau gula

Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti

buah-buahan, sayur-sayuran, dadeh

Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak

Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika ianya tidak lapar

Hadkan makan makanan ringan tidak lebih dari sekali seminggu

Elakkan dengan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan

mengurangkan makanan sebagai suatu denda.

Tabiat dan makan beradab

Berbincang mengenai cara makan dengan tangan, cara makan di meja

dengan mengguna sudu dan garfu.

Tabiat postur yang betul dan baik

Membincang perkara seperti berikut:

Cara duduk di atas kerusi dengan postur yang bertul

Cara berjalan

Cara tidur

Cara mengangkat barang yang berat

Cara berjoging dan berlari, dan lain-lain cara yang memerlukan tabiat postur

yang betul

52