telefon pintar

31
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR NAMA : SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN NO. MATRIKULASI : 820123065319001 NO. KAD PENGENALAN : 820123-06-5319 NO. TELEFON : 0105432142 PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

Upload: niaga-qaseh

Post on 18-Nov-2015

119 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2303Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR

NAMA:SHAHARUDIN BIN MOHD AMINNO. MATRIKULASI:820123065319001NO. KAD PENGENALAN:820123-06-5319NO. TELEFON:0105432142PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

SEMESTER MEI 2014

ISI KANDUNGAN M/S1.0PENGENALAN22.0KAJIAN ILMIAH43.0METADOLOGI KAJIAN83.1Pengenalan83.2Latar Belakang Kajian83.3Persampelan 10 3.4Instrumen103.5Prosedur Pelaksanaan Kajian104.0DAPATAN KAJIAN124.1Analisis maklum balas terhadap ketepatan 12 isi kandungan aplikasi4.2Analisis maklum balas terhadap kesesuaian 13 isi kandungan aplikasi4.3Analisis maklum balas terhadap skop isi14 kandungan aplikasi4.4 Analisis maklum balas terhadap navigasi berkaitan 15 aspek teknikal aplikasi4.5Analisis maklum balas terhadap ciri-ciri penyimpanan 16 rekod berkaitan aspek teknikal aplikasi4.6Rumusan Dapatan175.0PENUTUP186.0RUJUKAN207.0LAMPIRAN21

1.0PENGENALANTeknologi diciptakan dan digunakan sebagai pemudahcara urusan seharian. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin ketara sekali pada abad ke-21 ini. Namun begitu, penggunaan teknologi ini dalam bidang pendidikan bukan suatu benda yang baru. Penggunaan komputer dalam pendidikan telah lama diamalkan terutamanya di negara barat. Ini kerana, perkembangan teknologi lebih cepat di sana berbanding di negara kita. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan semenjak tahun 50-an yang lalu dimana antara perisian yang awal dibangunkan ialah simulasi penerbangan pesawat oleh pakar sains di Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat. Perisian ini digunakan bertujuan melatih juruterbang mengendalikan pesawat pada masa itu.Kemudian, kaedah ini semakin berkembang dari masa ke semasa mengikut peredaran masa. Antara projek-projek pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang terkenal ialah TICCIT, NDPCAL, WICAT dan pelbagai lagi. Projek ini telah membuktikan bahawa kaedah pembelajaran ini memberi impak yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran.Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula membekalkan set komputer ke sekolah-sekolah bersama-sama perisian. Ia sebagai satu langkah untuk menjalankan kaedah pembelajaran menggunakan komputer. Ia disusuli dengan penubuhan sekolah-sekolah bestari pada tahun 1998. Kini, pelbagai langkah dalam meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperluaskan rangkaian jalur lebar melebihi 10000 buah sekolah di bawah projek 1 Bestarinet, mewujudkan persekitaran pembelajaran maya ( Vle ), menjalankan kursus-kursus dalam meningkatkan kemahiran guru-guru dan pelbagai lagi. Kini, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer tidak lagi bergantung hanya pada satu-satu peranti sahaja seperti dahulu. Peredaran masa menyebabkan bidang teknologi dan komunikasi mengalami satu revolusi yang begitu ketara sekali. Perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini didorong dengan perkembangan dan kemunculan teknologi-teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin canggih dan pelbagai guna. Daripada era kemunculan komputer, yang bersaiz besar sehinggalah ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan kini telefon pintar memainkan peranan yang cukup besar bukan sahaja sebagai alat perhubungan bahkan juga sebagai alat untuk hiburan dan mencari maklumat. Capaian internet yang semakin berkembang di negara kita, juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran ini semakin berkembang di negara kita. Dahulu, proses pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku dengan menggunakan bahan-bahan seperti buku sahaja. Kini proses pencarian maklumat boleh dilakukan dengan mudah dan dimana-mana sahaja dengan adanya kemudahan internet. Pengenalan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang didapati daripada internet seperti laman web, forum, dan sebagainya membolehkan guru atau murid mengakses tanpa mengira masa dan tempat. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh, 20 Oktober 2012, penggunaan telefon pintar di dunia telah mencecah 1 bilion orang. Manakala laporan daripada akhbar yang sama iaitu bertarikh 3 September 2013, melaporkan bahawa penggunaan telefon pintar di Malaysia telah meningkat ke 63 peratus berbanding 47 peratus tahun sebelumnya. Manakala penggunaan aplikasi telah mencatatkan 76 peratus berbanding 54 peratus pada tahun sebelumnya. Ini jelas menggambarkan bahawa perkembangan telefon pintar mahupun tablet semakin berkembang bukan sahaja di dunia bahkan juga di negara kita. Perkembangan teknologi ini juga telah menyumbang kepada kepada perkembangan industri pembangunan aplikasi. Pelbagai aplikasi muncul dengan pelbagai tujuan sama ada khusus untuk penggunan tertentu mahupun terbuka kepada semua pengguna. Misalnya, Android, iaitu sistem pengoperasian telefon pintar yang amat popular mengandungi lebih 700 000 aplikasi boleh didapati di Playstore. Begitu juga bagi pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem pengoperasian seperti iPhone Operating System ( iOS ), Window Phone, Blackberry OS dan sebagainya. Setiap sistem pengoperasian ini mengandungi beratus-ratus ribu aplikasi yang boleh digunakan. Maka, ia merupakan satu kemudahan kepada semua guru dan murid menjadikan telefon pintar mereka sebagai bahan dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang sedia ada di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Adalah rugi kepada guru-guru dan murid-murid, jika teknologi yang sedia ada ini tidak digunakan dengan berfaedah. Menurut pendapat Jensen ( 1996 ), pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer adalah lebih baik daripada mereka yang tidak menggunakannya. Jelas di sini, bahawa kaedah pembelajaran ini dapat membantu meningkatkan minat dan juga prestasi murid-murid. Di dalam tugasan ini, saya akan mengkaji satu aplikasi Android iaitu Math Training for Kids dalam menguji keberkesanan aplikasi ini dari segi kandungan dan teknikalnya dan kesesuaian untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. ]2.0KAJIAN ILMIAHPenggunaan telefon pintar semakin popular di kalangan masyarakat di negara kita tanpa mengenal usia. Telefon pintar ialah sebuah telefon bimbit yang dibina menggunakan landasan pengkomputeran dan mempunyai keupayaan capaian yang canggih berbanding telefon bimbit yang biasa. ( Harian Metro, 08/05/2012 ). Telefon pintar membolehkan penggunanya menggunakan aplikasi di dalamnya seperti Android, iPhone Operating System ( iOS ) , Windows Phone dan sebagainya. Android mula diperkenalkan pada tahun 2007 dengan perkenalan Android Beta. Setahun kemudian, Android 1.0 diperkenalkan sehinggalah kini kebanyakan telefon menggunakan Android 4.2 Jelly Bean. Daripada 2007 sehingga kini, sebanyak 10 versi Android telah diperkenalkan. Ini mengambarkan bahawa, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi begitu pesat sekali sejak kebelakangan ini. Android merupakan salah satu sistem operasi yang popular yang digunakan telefon pintar. Sistem ini dihasilkan oleh Google untuk kegunaan telefon pintar. Sistem ini mudah digunakan menyebabkan ia menjadi sistem yang sangat popular di kalangan penguna telefon pintar. Selain itu juga, jumlah aplikasi yang boleh digunakan sistem ini telah mencapai 700 000 yang boleh di dapati di Playstore. iOS ( iPhone Operating System ) pula ialah sistem operasi yang digunakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Apple seperti iPad, iPhone dan iPod. Seperti juga Android, iOS ini mempunyai lebih 500 000 aplikasi yang boleh digunakan oleh penggunanya. Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 2007 dengan nama OS iPhone. Ketika itu, ianya hanya digunakan untuk produk iPhone sahaja. Kemudian, 2010 ia berganti nama kepada iOS sehinggalah sekarang. Berbeza dengan Android, iOS ini hanya boleh digunakan untuk produk keluaran Apple sahaja. Maka, hanya mereka yang pernah menggunakan produk Apple sahaja yang mengetahui penggunaan aplikasi-aplikasi yang ada di dalam iOS ini. Pengguna yang menggunakan telefon pintar kini bukan sahaja golongan dewasa bahkan juga pelajar-pelajar sekolah. Oleh yang demikian, seharusnya guru-guru harus bijak menggunakan medium ini sebagai satu alat dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ) merupakan satu cara atau langkah dalam melahirkan generasi kreatif, kritis, inovatif serta mempunyai wasasan yang tinggi dalam hasrat merealisasikan intipati yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ) ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Omar Zakaria et al (2006) dalam modul bertajuk Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, PPBK ialah satu proses pengajaran atau kursus yang disampaikan menggunakan perisian pendidikan yang dibangunkan dengan komputer. Criswell ( 1989 ) pula mendefinasikan bahawa pengajaran berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan pelibatan pelajar secara aktif. Pada awalannya, PPBK ini bertumpu pada jenis latih tubi namun kini ia telah berubah kepada bentuk tutorial bagi tujuan memperkenalkan isi kandungan sesuatu pelajaran. Selain itu juga, PPBK boleh dijalankan secara simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan juga ujian. Kesemua ini sesuai digunakan pada pelajar-pelajar sama ada sekolah rendah dan juga menengah. PPBK ialah menggunakan perisian-perisian pendidikan yang mengandungi multimedia interaktif seperti teks, bunyi dan gambar. Melalui kaedah PPBK ia membantu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih aktif. Pelajar-pelajar lebih berminat dan dapat menumpukan proses pengajaran. Bostock (1996) menyatakan bahawa tujuan utama perisian pendidikan dibangunkan adalah menggalakkan proses pembelajaran. Jesen (1996) pula menyatakan bahawa pelajar yang menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer lebih baik pencapaiannya berbanding pelajar yang tidak menggunakannya. Jelas di sini, penggunaan perisian-perisian pendidikan di dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan penglibatan pelajar lebih aktif. PPBK memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Ia membantu meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran bermakna dan menyeronokkan. Menurut kajian Zamri & Mohamed Amin, (2008) , multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan. Selain itu juga, kajian yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Kamaliah, dan Hasrina pada tahun 2006, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Kini, dengan perkembangan teknologi multimedia menjadikan sesuatu perisian itu dapat dihasilkan dengan lebih mudah dan menarik. PPBK juga mampu meningkatkan kemahiran dan kualiti pengajaran guru. Ini berdasarkan pendapat Gulbahar & Given, 2008, menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mampu meningkatkan kualiti pengajaran guru. Sementara itu, Robyler (1988), di dalam kajiannya membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer iaitu dengan penggunaan perisian pendidikan ( courseware ) telah berjaya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Ahmad Sobri (2010), pula menyatakan bahawa penggunaan alat mudah alih lebih mudah dan ia menjadikan pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa berbanding dengan penggunaan buku nota. Jadi, PPBK akan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dan secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terbatas di dalam kelas sahaja. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan pelajar. Pelajar akan mencari dan meneroka maklumat yang dikehendaki. Bill Gates (1999), menyatakan bahawa komputer peribadi dapat mengubah daripada kaedah pengajaran secara tradisional kepada pendekatan hands on . Pelajar-pelajar berpeluang meneroka maklumat secara aktif selain daripada penerimaan ilmu melalui secara sehala sahaja. Penggunaan multimedia akan menarik minat pelajar-pelajar terhadap penyampaian pengajaran. Kaedah PPBK juga boleh membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar yang lemah. Satu kajian yang dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lemah ini ialah mengingati kembali apa yang dipelajari. Oleh yang demikian, penggunaan perisian-perisian pendidikan yang menggunakan multimedia-multimedia menarik seperti gambar, audio, video dan sebagainya mampu menarik minat mereka dan juga memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Oleh yang demikian, sewajarnya PPBK ini merupakan antara satu kaedah yang terbaik yang perlu diterapkan oleh semua guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan kecanggihan alat teknologi dan komunikasi sekarang, lebih memudahkan guru-guru untuk menjalankan kaedah ini. Guru tidak perlu lagi bergantung dengan komputer, bahkan telefon pintar atau tablet juga boleh digunakan sebagai medium atau alat untuk menjalankannya. Berbanding masa dahulu, guru-guru perlu membangunkan perisian sendiri, kini pelbagai aplikasi yang sedia ada yang boleh digunakan oleh para guru untuk menyampaikan pengajaran mereka.

3.0METADOLOGI KAJIAN3.1PengenalanBab ini akan menerangkan mengenai kaedah dan proses kajian yang dijalankan. Ia juga menghuraikan prosedur pengumpulan data dan analisis data.

3.2Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan di SK LKTP Mempaga 1. Seramai 10 orang guru telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini.Dalam tugasan ini, kaedah soal-selidik telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Kaedah di dalam tugasan ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang dikehendaki diperolehi penyelidik. Sebelum itu, pengkaji menggunakan kaedah demontrasi dengan mendedahkan penggunaan aplikasi Android yang dipilih kepada responden-responden yang dipilih. Responden-responden akan ditunjukkan bagaimana aplikasi itu digunakan dan juga bagaimana untuk mengaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, ia memberi kefahaman dan pengetahuan kepada semua responden tentang aplikasi yang dipilih.Soal selidik pula digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd. Majid Konting ( 1993 ), penggunaan soal selidik lebih pratikal dan berkesan serta dapat meningkatkan ketepatan terhadap gerak balas responden dengan ransangan soalan yang diajukan. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menilai kandungan dan aspek teknikal satu aplikasi yang boleh dimuat naik secara percuma dengan menggunakan telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android.Aplikasi Android yang terpilih ialah Math Training for Kids. Aplikasi ini boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik. Kandungan aplikasi ini sangat sesuai terutamanya murid tahap 1 di mana ia mengandungi soalan-soalan yang melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Soalan-soalan yang dikemukakan melibatkan 3 aras soalan iaitu mudah, sederhana dan sukar dan soalan-soalan berkenaan lingkungan 1 hingga 100.

Rajah 1 : Antaramuka Utama Math Training for Kids

Rajah 2 : Antaramuka Kandungan Math Training for Kids 3.3PersampelanKajian ini dijalankan dijalankan di Sekolah Kebangsaan LKTP Mempaga 1 yang melibatkan 10 orang guru sebagai responden. Mereka ini terdiri daripada 4 guru yang mempunyai opsyen matematik, seorang guru opsyen Pemulihan Khas dan 5 orang guru yang pelbagai opsyen dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang penggunaan telefon pintar dan aplikasi Android. Pemilihan mereka ini dilakukan adalah berdasarkan aplikasi yang ingin kaji. Ia juga diambil kira berdasarkan faktor pengalaman dan pengetahuan mereka agar kajian yang dijalankan mencapai matlamat yang diinginkan.

3.4InstrumenInstrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat ialah melalui soal-selidik. Borang soal-selidik akan diberikan kepada responden-responden yang dipilih . Soal-selidik ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan tentang aplikasi yang dikaji dari segi isi kandungan, dan aspek teknikalnya.

3.5Prosedur Pelaksanaan KajianSatu prosedur kerja perlu dirangka bagi memastikan bahawa kajian ini mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Ini bagi memastikan agar kajian yang dilakukan dijalankan tersusun dan bersistematik.

3.5.1Pemilihan Aplikasi AndroidPada peringkat awalan, pengkaji mencari aplikasi Android yang bersesuaian untuk dilaksanakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa faktor diambil kira iaitu dari segi kandungan, penggunaannya dan multimedia. Ia bertujuan agar aplikasi tersebut menepati ciri-ciri untuk dikaji.

3.5.2Pemilihan SampelSelepas pemilihan aplikasi dibuat, kini pemilihan sampel atau responden dilakukan. Responden ini dipilih berdasarkan mata pelajaran yang diajar, mempunyai pengetahuan tentang kandungan aplikasi, dan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan telefon pintar dan juga aplikasi Android.

3.5.3Penerangan dan Demontrasi Penggunaan AplikasiPengkaji menjalankan kaedah demontrasi dengan menunjukkan cara penggunaan aplikasi yang dikaji kepada semua responden. Mereka akan diberi penerangan dan ditunjukkan cara penggunaan aplikasi ini dan cara mengaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.5.4Soal-selidikKaedah soal-selidik akan dijalankan selepas pengkaji memberi penerangan dan menunjukkan cara penggunaan aplikasi yang dikaji. Semua responden akan diberikan borang soal-selidik untuk mendapatkan maklum balas tentang isi kandungan, dan aspek teknikal aplikasi Android yang dipilih.

3.3.5Analisa DapatanSemua dapatan daripada sesi soal-selidik yang dijalankan akan dianalisa bagi tujuan menilai kekuatan dan kelemahan aplikasi yang dikaji. Semua dapatan kajian akan dianalisa dengan menggunakan peratusan.

4.0DAPATAN KAJIANHasil kajian dikumpul melalui borang soal-selidik yang dijawab oleh respondan-respondan yang dipilih. Data yang diperolehi diproses menggunakan Microsot Excell versi 2007 bagi memudahkan proses menganalis data. Bilangan sampel atau respondan di dalam kajian yang dijalankan ini ialah seramai 10 orang guru. Setiap respondan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan kandungan dan aspek teknikal aplikasi Android yang dikaji. Berikut adalah dapatan maklumat daripada analisa yang telah dijalankan :

4.1Analisis maklum balas terhadap ketepatan isi kandungan aplikasi .

Berdasarkan jadual 1 dan graf 1 menunjukkan bahawa semua respondan bersetuju bahawa ketepatan isi kandungan aplikasi ini yang menunjukkan bahawa kandungan aplikasi ini bebas daripada kesilapan dan maklumat di dalam aplikasi ini adalah terkini. Semua respondan juga bersetuju bahawa kandungan aplikasi ini memaparkan penggunaan ayat matematik yang betul. Ini berdasarkan dapatan yang menunjukkan peratusan 100% ke atas dua item yang diajukan berkaitan ketepatan isi kandungan aplikasi berkenaan.

4.2Analisis maklum balas terhadap kesesuaian isi kandungan aplikasi

Berpandukan jadual 2 dan graf 2, menunjukkan bahawa 80% atau 8 orang responden bersetuju bahawa bahasa yang digunakan aplikasi ini sesuai dengan tahap murid. Manakala 20% responden atau 2 orang menyatakan mereka tidak pasti sama ada ia sesuai atau tidak dengan tahap murid. 7 orang responden atau 70% daripada jumlah responden bersetuju bahawa isi kandungan aplikasi ini adalah sesuai dengan objektif yang ingin dicapai manakala 10% respondan menyatakan tidak bersetuju dan 20% respondan menyatakan tidak pasti.

4.3Analisis maklum balas terhadap skop isi kandungan aplikasi

Berpandukan jadual 3 dan graf 3 pula menunjukkan bahawa 9 orang responden atau 90% bersetuju atau bahawa kandungan yang disampaikan di dalam berada di dalam skop topik yang hendak diajar manakala seorang responden atau 10% daripada mereka menyatakan tidak pasti bahawa maklumat di dalam aplikasi berkenaan berada di dalam skop topik yang hendak diajar. Bagi item ke dua, 7 orang responden atau 70% bersetuju bahawa kandungan yang disampaikan di dalam aplikasi berkenaan disampaikan mengikut susunan yang sesuai. Manakala seorang responden atau 10% tidak bersetuju dan 2 orang atau 20% respondan pula tidak pasti dengan penyataan tersebut.

4.4 Analisis maklum balas terhadap navigasi berkaitan aspek teknikal aplikasi

Berdasarkan Jadual 4 atau Graf 4 menunjukkan keputusan daripada analisa yang dijalankan hasil soal-selidik yang dijawab oleh respondan-resondan yang dipilih. Kesemua responden atau 100% responden bersetuju dengan penyataan bahawa aplikasi ini mempunyai panel kawalan seperti Mula (Start), Berhenti Seketika (Pause), Menyambung semula (Resume), dan Keluar (Exit) dan juga ke semua mereka bersetuju bahawa penggunaan menu dan icon yang ada di dalam aplikasi ini mudah dicapai.

4.5Analisis maklum balas terhadap ciri-ciri penyimpanan rekod berkaitan aspek teknikal aplikasi

Berpandukan jadual 5 dan graf 5, menunjukkan bahawa 6 orang responden atau 60% daripada jumlah respondan bersetuju kandungan aplikasi yang disampaikan berada dalam skop topik yang hendak diajar manakala 4 orang atau 40% responden menyatakan tidak pasti terhadap penyataan tersebut. 7 orang respondan atau 70% daripada jumlah responden pula bersetuju bahawa kandungan aplikasi ini disampaikan mengikut susunan yang sesuai dan 3 orang atau 30% respondan pula tidak pasti terhadap penyataan tersebut.

4.6Rumusan DapatanBerdasarkan analisa yang dijalankan hasil soal-selidik yang dijalankan, boleh dirumuskan bahawa kandungan dan aspek teknikal berkaitan aplikasi ini telah memenuhi kriteria-kriteria sebuah aplikasi atau perisian yang baik. Namun begitu, terdapat cadangan bagi penambah baikan aplikasi ini dari sudut kandungan dan juga aspek teknikalnya.Dari sudut kandungannya, aplikasi ini akan lebih sempurna untuk digunakan jika ia dimasukkan tutorial atau cara menjalankan operasi pengiraan. Apa yang kita boleh lihat pada aplikasi ini sekarang, ia seperti sebuah laman yang hanya menyediakan soalan-soalan yang membuat latihan. Jika aplikasi ditambah dengan tutorial iaitu penerangan bagaimana cara melakukan pengiraan sesuatu operasi, aplikasi ini akan menjadi bertambah sempurna. Murid-murid boleh mengetahui cara-cara bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu operasi seperti tambah, tolak darab atau bahagi. Dari sudut aspek teknikal pula, aplikasi ini perlu dimasukkan dengan penggunaan audio atau suara latar seperti suara memberi arahan. Ia akan merangsang murid-murid atau pengguna semasa menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini juga boleh ditambah dengan fungsi muat turun dan fungsi untuk cetakan . Ini bertujuan agar murid-murid boleh menyimpan hasil kerja mereka selepas mereka selesai melaksanakan aktiviti dan juga mereka boleh mencetak soalan-soalan yang ada di aplikasi ini. Apa yang berlaku sekarang, segala latihan yang telah mereka lakukan akan hilang apabila pengguna keluar dari aplikasi ini.Hasil soal-selidik dan analisa yang telah dijalankan yang maka di sini boleh disimpulkan bahawa aplikasi ini sangat sesuai untuk digunakan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mempertingkatkan penguasaan operasi asas di kalangan murid-murid.

5.0PENUTUPPengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang sangat sesuai pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi berkenaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini mempunyai banyak kelebihan yang harus dimanafaatkan oleh guru-guru dan murid-murid. Menurut Jonassen (1996), beliau berpendapat bahawa para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer akan mempunyai keinginan dan motivasi yang tinggi untuk belajar. Manakala Yakop (1995), pula berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer boleh digunakan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar yang berbeza kebolehan dan potensi. Pembelajaran melalui permainan misalnya akan menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Banyak aplikasi-aplikasi pendidikan berunsurkan permainan telah dibangunkan dan boleh dimuat turun secara percuma. Kaedah ini juga akan membantu mempermudahkan tugas seorang guru dalam menyampaikan maklumat.Kini, kaedah pengajaran ini tidak lagi hanya bergantung pada penggunaan komputer seperti dahulu. Kemunculan telefon pintar dan juga tablet bukan sahaja sebagai alat komunikasi bahkan juga ia sebagai satu alat yang mempunyai pelbagai fungsi. Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan menggunakan telefon pintar ini. Selain itu juga, dengan adanya teknologi ini, guru-guru dan murid-murid boleh menjadikan sebagai medium atau alat dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aplikasi berbentuk pendidikan yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android mahupun iOS. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai unsur-unsur multimedia yang akan menarik minat murid-murid untuk mempelajari apa yang terkandung di dalam aplikasi ini. Kebanyakan aplikasi yang dibangunkan ini memenuhi kriteria-kriteria sebuah aplikasi yang baik. Satu kajian telah saya laksanakan iaitu mengkaji kandungan dan aspek teknikal sebuah aplikasi Android. Math Training for Kids adalah aplikasi yang saya pilih di dalam kajian ini dan hasil daripada analisa soal-selidik yang saya jalankan, didapati aplikasi ini mendapat maklum balas yang positif dari aspek kandungan dan aspek teknikalnya. Daripada dapatan analisa tersebut, jelas aplikasi ini memenuhi kriteria-kriteria sebuah aplikasi yang baik dan kita boleh simpulkan aplikasi ini sesuai untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, banyak lagi aplikasi yang bagus yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sudah tiba masanya, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan menggunakan telefon pintar ataupun tablet didedahkan kepada guru-guru dan murid-murid. Perkembangan telefon pintar dan aplikasi ini hendaklah dimanafaat sepenuhnya oleh guru dan murid kerana ia membantu mempertingkatkan mutu pengajaran dan juga meningkatkan prestasi pembelajaran.

6.0RUJUKANOmar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Omar, & Azman Abdullah. (2014). HBEF Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Selangor : Meteor Doc Sdn. Bhd. Kamal, S. A. B. S. Y., & Tasir, P. M. D. Z. (2008). Pembelajaran Masa Depan: Mobile Learning (M-Learning) di Malaysia.Kukukska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile learning: A handbook for educators and trainers. London, UK: Routledge.Rogers, R., Lombardo, J., Mednieks, Z., & Meike, B. (2009). Android Application Development Programming with the Google SDK. O'Reilly Media, Inc.Saedah Siraj. (2005). Pembelajaran Mobile Dalam Kurikulum Masa Depan. Journal on Isues of Education, 27, 115-126.Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi Komputer. Sintok: UUM Press.Sharples, M. (2000). The Design of Personal Mobile Technologies for Lifelong Learning. Computer & Education, 34, 177-193.

7.0LAMPIRAN

Borang Penilaian PerisianTajuk Perisian : Math Training for Kids Matapelajaran: MatematikKumpulan Sasaran : Tahap 1 dan Murid Pemulihan Operating System: Android

Arahan : Tandakan ( ) pada pilihan jawapan anda.

PerkaraItem PenilaianSetujuTidak SetujuKurang Pasti

Isi Kandungana) Ketepatan1. Bebas daripada kesilapan dan maklumat terkini.

2. Penggunaan ayat matematik yang betul.

Isi Kandunganb) Kesesuaian1. Bahasa sesuai dengan tahap pelajar.

2. Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

c) Skop1. Kandungan yang disampaikan berada dalam skop topik yang hendak diajar.

2. Kandungan disampaikan mengikut susunan yang sesuai.

Aspek Teknikal

a) Navigasi1. Aplikasi mempunyai panel kawalan seperti Mula (Start), Berhenti Seketika (Pause), Menyambung semula (Resume), dan Keluar (Exit).

2. Penggunaan menu dan ikon yang mudah senang dicapai.

b) Ciri-ciri penyimpanan rekod1. Kandungan yang disampaikan berada dalam skop topik yang hendak diajar.

2. Kandungan disampaikan mengikut susunan yang sesuai.

Ulasan / Pandangan :________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4