garis panduan pengendalian ular yang menimbulkan konflik

33
Khusus Bagi : JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM) & JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT (BOMBA) GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

Upload: nguyendien

Post on 13-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

Khusus Bagi :JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)

&JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT (BOMBA)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG

MENIMBULKAN KONFLIK

Page 2: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

1

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

1.0 TUJUAN 2

2.0 PENGENALAN

2.1 Fakta Asas Ular 2 2.2 Gambarajah: Kedudukan Taring Dan Racun Ular 3 2.3 Gambarajah: Corak-corak Patukan Ular 5

3.0 CARTA ALIRAN TANGKAPAN ULAR

6

3.1 Prosedur Pengendalian Tangkapan Ular 7

4.0 LAMPIRAN

4.1 Ular Yang Sering Dilaporkan Oleh Orang Ramai Lampiran 1

10

4.2 Pengendalian Mangsa Patukan Ular Lampiran 2

29

4.3 Direktori Pejabat-Pejabat PERHILITAN Negeri & Daerah Lampiran 3

30

Page 3: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

2

1.0 TUJUAN

Objektif penyediaan Garis Panduan Pengendalian Ular Yang Menimbulkan Konflik ini adalah sebagai garis panduan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) yang terlibat secara langsung dengan ular yang menimbulkan konflik.

2.0 PENGENALAN

2.1 Fakta Asas Ular

a) Di Semenanjung Malaysia terdapat kira-kira 136 spesies ular. Namun begitu hanya terdapat 16 spesies ular darat dan 21 spesies ular laut yang berbisa.

b) Ular adalah reptilia yang hidup bersendirian dan tinggal di tempat yang mempunyai sumber makanan dan bersembunyi bagi melindungi dirinya dari bahaya.

c) Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan

ular kapak tergolong daripada ular yang berbisa dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja.

d) Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring yang

panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang.

e) Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang

terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan

Page 4: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

3

mengawal jumlah bisa yang disuntik ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu patukan.

2.2 Gambarajah: Kedudukan Taring Dan Racun Ular

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

f) Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa bergantung kepada jenis ular.

g) Ular dari Keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), Keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala Keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

h) Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai pemangkin bagi meningkatkan

Page 5: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

4

penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama iaitu bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa dan bertindak sebagai ejen penghadaman.

Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular. Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.

Page 6: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

5

2.3 Gambarajah: Corak-corak Patukan Ular

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 7: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

6

3.0 CARTA ALIRAN TANGKAPAN ULAR

Tidak

Berjaya

Tidak

Ada Laporan

Tangkapan berjaya/tidak

Serahan kepada pihak Jabatan PERHILITAN

Kurungan sementara

Laporan

Membuat tangkapan

Kawalan dan tinjauan

Menerima Aduan

Penyediaan kelengkapan

Mengenalpasti jenis ular

Kehadiran ular ada/tiada

Page 8: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

7

3.1 Prosedur Pengendalian Tangkapan Ular NO TINDAKAN TANGGUNGJAWAB 1 Menerima Aduan

Catatkan maklumat pengadu dan aduan dengan jelas:

i. Nama pengadu ii. Nombor kad pengenalan / passport

pengadu iii. Alamat kediaman pengadu iv. Nombor telefon pengadu v. Keterangan aduan vi. Alamat tempat kejadian vii. Tarikh kejadian

Petugas Penguatkuasa/ Kaunter Aduan

2 Penyediaan Kelengkapan

i. Pakaian yang sesuai ii. Penjerut/ pencangkuk/ penyepit ular iii. Sarung tangan kulit iv. Kasut keselamatan v. Cermin mata yang sesuai (goggle) vi. Karung guni vii. Tali pita ’AWAS’

Petugas

3 Kawalan/Siasatan Kakitangan perlu mengawal keadaan persekitaran dan kehadiran orang ramai dengan memasang tali pita ’AWAS’ di sekeliling lokasi kejadian. Pastikan orang awam berada dalam jarak yang selamat. Siasatan di lokasi aduan dengan membuat tinjauan untuk mengenalpasti spesies sebenar Lampiran 1, kedudukan ular dan tindakan seterusnya untuk diambil.

Petugas Penguatkuasa

Page 9: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

8

4 Membuat Tangkapan Tutup semua laluan dan ruang untuk menghalang ular tersebut melepaskan diri. Sekurang-kurangnya 2 orang petugas diperlukan untuk membuat tangkapan. Petugas perlu berada dalam jarak yang selamat dari ular. Kaedah 1: Seorang petugas akan berada di hadapan dan bertindak untuk menarik perhatian ular tersebut. Manakala seorang lagi petugas berada di belakang untuk menekan kepala ular ke tanah dengan menggunakan pencangkuk ular. Selepas kepala ular berada di tanah langkah seterusnya ialah petugas di bahagian belakang tersebut akan memijak bahagian badan untuk mengelakkan ular dari bergerak dan memudahkan tangkapan. Apabila keadaan selamat, kepala ular akan ditangkap dan ekornya dipegang untuk dimasukkan ke dalam karung guni dengan memasukkan badan ular terlebih dahulu. Ikat karung guni setelah ular dipastikan masuk sepenuhnya. Kaedah 2: Seorang petugas akan berada di hadapan dan bertindak untuk menarik perhatian ular tersebut. Manakala seorang lagi petugas berada di belakang untuk menjerut kepala ular menggunakan penjerut atau menyepit menggunakan penyepit ular. Selepas berjaya dijerut/disepit, kepala ular perlu dipegang sebelum jerut/sepit dilepaskan.

Petugas

Page 10: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

9

Apabila kepala ular berjaya dijerut/disepit, bahagian ekor akan dipegang sebelum ular dimasukkan ke dalam karung guni. Ular akan dimasukkan ke dalam karung guni dengan memasukkan badan ular terlebih dahulu. Ikat karung guni setelah ular dipastikan masuk sepenuhnya. PERINGATAN Pastikan ular yang ditangkap tidak dijerut dengan terlalu ketat/kuat bagi mengelakkan rahang ular tercedera atau mati terjerut. Penggunaan masking tape bagi menutup mata ular adalah tidak dibenarkan kerana akan membutakan ular tersebut. Etika bergambar bersama ular yang ditangkap perlu dikawal bagi mengelak perspektif negatif orang ramai yang mungkin beranggapan berlakunya kezaliman terhadap ular tersebut.

5

Kurungan Sementara Sekiranya ular yang ditangkap tidak dapat diserahkan kepada pihak PERHILITAN pada hari tangkapan dilakukan, ular tersebut hendaklah disimpan di dalam kurungan sementara. Tempat kurungan berasingan perlu disediakan sekiranya terdapat spesies ular berbisa dan ular tidak berbisa.

Petugas

6 Serahan Kepada pihak Jabatan PERHILITAN Petugas perlu menyerahkan ular yang ditangkap kepada mana-mana Pejabat PERHILITAN yang berhampiran dengan merujuk Lampiran 3 atau menghubungi Careline 1-300-80-1010 dan talian Hotline 1-800-88-5151.

Petugas

Page 11: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

10

Lampiran 1

4.0 Ular Yang Sering Dilaporkan Oleh Orang Ramai

1 Nama Tempatan: Ular Sawa Nama Saintifik: Phyton reticulatus Nama Inggeris: Reticulated Phyton Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Warna kepala dan badan adalah kekuningan. Kelihatan garis hitam yang bersambung di bahagian atas dan bawah sisi badan di mana jalur ini lebar dan mempuyai bintik bulat putih. Garis hitam memanjang dari muncung atas hingga ke leher. Garis hitam ini juga memanjang dari mata hingga ke hujung rahang. Ular ini kelihatan bewarna-warni di bawah cahaya matahari. Habitat utama ular sawa ini adalah hutan yang berair dengan ketinggian sehingga 1500 m, tetapi ianya masih boleh di jumpai di taman-taman, tanah pertanian dan kawasan kediaman manusia.

Page 12: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

11

Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah:

Jenis Keluarga Elapidae:

Ular katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular senduk dan ular tedung selar. Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 13: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

12

2. Nama Tempatan: Ular Senduk Asia Nama Saintifik: Naja naja Nama Inggeris: Common Black Cobra Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular senduk mempunyai tubuh berwarna hitam dan berwarna biru kelabu di bahagian perut. Kepala ular ini akan tegak dan sangat agresif bila diganggu. Patukannya amat bahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat segera. Ular ini membiak dengan cara bertelur dan taburannya di seluruh Semenanjung Malaysia. Makanan terdiri daripada cicak, tikus dan mangsa yang lebih kecil.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 14: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

13

3. Nama Tempatan: Ular Tedung Selar Nama Saintifik: Ophiophagus hannah Nama Inggeris: King Cobra Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Warna badan ular ini ialah coklat kehitaman. Sisik pada bahagian bawah dan ekor lebih cerah berbanding bahagian tengah badan. Bahagian bawah leher berwarna kuning. Makanan spesies ini merupakan ular lain dan kadang-kala biawak air. Individu betina membuat sarang dengan mengutip daun dengan menggunakan badan dan ekor sebelum bertelur. Bilangan telur boleh mencecah sehingga 24 biji dan tempoh pengeraman mengambil masa selama 63 hari. Mempunyai bisa yang boleh membawa maut dan sangat aktif di waktu siang. Ular ini tidak agresif akan tetapi kepalanya akan naik bila diganggu.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 15: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

14

4. Nama Tempatan: Ular Pantai Belang

Nama Saintifik: Maticora intestinalis Nama Inggeris: Banded Malayan Coral Snake Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular pantai belang berwarna coklat dan oren serta berjalur putih pada tubuhnya. Pada bahagian perutnya mempunyai belang putih dan hitam. Kepalanya coklat dan pada hujung ekornya agak merah. Ular ini biasanya mempunyai panjang 30 cm. Ular ini juga adalah spesies ular yang bertelur dan senang didapati di kawasan hutan, padang dan juga perkampungan di seluruh Semenanjung Malaysia. Makanannya terdiri daripada reptilia kecil seperti cicak dan ular kecil. Mangsa yang dipatuk akan pening dan sukar untuk bernafas tetapi tidak mendatangkan maut.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 16: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

15

5. Nama Tempatan: Ular Pantai Bintik Nama Saintifik: Calliophis gracilis Nama Inggeris: Spotted Coral Snake Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular ini berwarna coklat dan bersisik-sisik dengan warna gelap di bahagian tepinya. Pada bahagian belakang terdapat garis membujur yang bertemu dengan tompok-tompok berwarna hitam. Pada kedua belah badan terdapat tompok-tompok hitam besar yang duduk berselang dengan tompok kecil yang terdapat pada bahagian belakang. Suatu garis berjalur berwarna gelap bermula dari belakang mulut dan mata. Bahagian perut terdapat belang-belang berwarna hitam dan putih berselang. Panjang ular hanyalah sekitar 30 cm. Ular ini membiak dengan cara bertelur. Kebanyakan ular ini hanya dijumpai di kawasan berhutan di seluruh Semenanjung Malaysia. Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 17: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

16

Keterangan: Ular jenis ini berwarna coklat berkilat dengan jalur-jalur kecil berwarna hitam pada sepanjang belakang. Kepala dan bahagian tengkuk terdapat tanda-tanda berwarna kuning. Bahagian belakang mempunyai gambaran seperti 2 cincin iaitu satu di bahagian pangkal dan selebihnya di bahagian hujung. Bahagian perut berwarna merah. Panjang lebih kurang 30 cm dan membiak secara bertelur. Hanya dijumpai di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981) MEREL J. COX, PETER PAUL VAN DIJK, JARUJIM NABHITABHATA AND KUMTHORN THIRAKHUPT (Snake and Other Reptiles Of Peninsular Malaysia, Singapore, and Thailand (1998)

6. Nama Tempatan: Ular Pantai Bintik Kecil Nama Saintifik: Calliophis maculiceps Nama Inggeris: Small-spotted Coral Snake Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Page 18: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

17

7. Nama Tempatan: Ular Katam Tebu Nama Saintifik: Bungaris candidus Nama Inggeris: Malayan Krait Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Berwarna lebih kurang 30 belang-belang hitam dan putih pada bahagian badan dan ekornya. Belang kehitaman hanya sampai pada bahagian tepi badan dan belang putih kadang-kadang mempunyai tompok-tompok berwarna merah. Panjangnya boleh mencecah 1.6 meter dan ular ini membiak secara bertelur. Pada umumnya ianya dijumpai di kawasan rendah dan kawasan perairan sepanjang sungai serta sawah padi dan persisir pantai. Makanannya terdiri daripada spesies ular lain dan cicak. Pergerakan agak perlahan tetapi patukannya sangat bahaya dan boleh membawa maut. Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981) http://www.slideshare.net/drcd2009/kenali-ular-snake (2009)

Page 19: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

18

Keterangan:

Ular spesies ini mempunyai warna belang yang melintang iaitu hitam dan kuning muda atau putih yang berselang. Panjang boleh mencecah 1.6 meter dan ular ini membiak secara bertelur serta boleh didapati Semenanjung Malaysia terutama di hutan bakau, perkampungan dan kawasan pantai. Ular ini bergerak perlahan dan tidak agresif. Ianya cergas hanya pada waktu malam. Akibat patukan ular ini sangat merbahaya tetapi angka kematian setakat ini amatlah rendah. Makanannya terdiri daripada ular lain dan cicak. Menyerang sistem saraf (Neurotoksin) dan boleh membawa maut.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

8. Nama Tempatan: Ular Katam Belang Nama Saintifik: Bungarus fasciatus Bahasa Inggeris: Banded Krait Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Page 20: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

19

9. Nama Tempatan: Ular Katam Kepala Merah Nama Saintifik: Bungarus flaviceps Nama Inggeris: Red-headed Krait Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular ini berwarna biru – hitam dengan bahagian leher, ekor dan kepala berwarna merah terang. Bahagian perut berwarna putih dan panjangnya boleh mencapai 1.6 meter. Ular ini juga membiak secara bertelur dan hanya dijumpai di kawasan hutan luas. Makanannya adalah terdiri daripada spesies ular lain dan dari spesiesnya sendiri.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 21: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

20

10. Nama Tempatan: Ular Pantai Biru-Biru Nama Saintifik: Maticora bivirgata Nama Inggeris: Blue Malaysian Coral Snake Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Berwarna biru – gelap atau biru – hitam dengan garisan biru muda pada sebelah badan. Kepala, ekor dan bahagian perut berwarna merah menyala. Panjang ular ini boleh mencapai 1.5 meter dan kebiasaanya orang ramai terkeliru dengan spesies ular katam kepala merah. Ular ini membiak secara bertelur dan kebiasaannya terdapat dalam hutan di seluruh Semenanjung Malaysia. Mulutnya kecil dan makanannya terdiri daripada spesies ular dan cicak. Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 22: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

21

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak iaitu ular kapak bodoh, ular kapak sumatera, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipih, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Jenis Keluarga Viperidae:

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segitiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif terhadap haiwan berdarah panas. Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa ular tersebut biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan di luar atau di dalam badan mangsa.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 23: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

22

11 Nama Tempatan: Ular Kapak Sumatera Nama Saintifik: Trimeresurus sumatranus Nama Inggeris: Sumatran Pit Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular kapak ini berwarna hijau terang dan pada tepi belakang terdapat gambaran tompok-tompok berwarna putih atau merah jambu. Terdapat suatu garisan berwarna putih, biasanya bertemu dengan garis hitam di bawahnya. Kepala warna hijau tanpa apa-apa tanda melainkan garis putih di belakang bahagian mata. Bahagian ekor berwarna hijau dengan gambaran belang-belang berwarna merah di sebelah hadapan, tetapi sebelah belakang keseluruhannya berwarna merah, bahagian perut berwarna hijau-kuning. Ular ini di antara jenis yang berbisa yang terbesar di Malaysia. Habitat ular ini amat luas di Malaysia terutama di hutan-hutan tanah rendah. Beberapa kejadian akibat gigitan ini pernah dilaporkan tetapi tidak membawa maut. Ular ini amat agresif dan mudah menyerang.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 24: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

23

12. Nama Tempatan: Ular Kapak Ekor Merah Nama Saintifik: Trimeresurus popeiorum Nama Inggeris: Pope’s Pit Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Dikenali juga dengan nama ular berekor merah. Badannya berwarna hijau dan hujung ekor berwarna merah. Pada tepi badan terdapat garis berwarna pucat. Panjang 1 meter dan ular ini jenis reptilia yang bertelur. Ular ini kebanyakannya berada di kawasan yang mempunyai ketinggian 1000 meter dari paras laut atau lebih tinggi. Biasanya dijumpai di Cameron Highlands dan tempat-tempat berbukit di Semenanjung Malaysia.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981) http://www.slideshare.net/drcd2009/kenali-ular-snake (2009)

Page 25: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

24

13. Nama Tempatan: Ular Kapak Tokong Nama Saintifik: Tropidolaemuss wagleri Nama Inggeris: Wagler's Pit Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular Kapak Tokong betina dewasa mempunyai kepala yang besar dan berwarna hijau dan hitam dengan jalur kuning, hijau muda dan bintik hitam. Sesetengah ular jantan dewasa dan juga anak ular berwarna hijau terang. Taburannya terdapat di Thailand, Indonesia, Malaysia, dan Filipina. Habitat ular ini di kawasan tanah rendah, tanah hutan dan paya bakau. Kadar setiap kelahiran ialah 15-40 ekor anak. Patukan ular ini kurang merbahaya tetapi menyebabkan sakit dan bengkak.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981) Slide Kursus Pengenalan Ular (2011)

Page 26: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

25

14. Nama Tempatan: Ular Kapak Gunung Nama Saintifik: Ovophis monticola convictus Nama Inggeris: Mountain Pit Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan:

Ular kapak gunung ini berwarna coklat dengan leretan tompok-tompok besar bentuk segiempat berwarna gelap. Kepalanya berwarna coklat gelap dan bahagian perut pula coklat. Panjang ular ini boleh mencapai 0.6 hingga 1 meter. Ular jenis ini biasanya ditemui di kawasan pergunungan yang tingginya melebihi 1000 meter. Ular ini membiak secara bertelur dan makanannya adalah tikus, katak dan cicak.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981)

Page 27: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

26

15. Nama Tempatan: Ular Kapak Bodoh Nama Saintifik: Calloselasma rhodostoma Nama Inggeris: Malayan Pit Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Kepala ular kapak bodoh ini mempunyai sembilan ciri-ciri yang menonjol, simetri dan berbentuk seakan perisai yang berkumpul. Muncung ular ini kelihatan menonjol ke atas dan berbentuk menajam. Bentuk kepala kelihatan mencuram dari mata hingga ke muncung. Badan ular ini sederhana besar dengan sisik yang lembut. Ular ini mendiami kawasan kering, hutan tanah pamah tetapi pernah dijumpai pada ketinggian 2000 m. Ianya keluar pada waktu malam di kawasan udara yang kelembapan tinggi. Ular ini merupakan pemangsa kepada katak, kodok, tikus, burung dan jenis ular yang lain dengan cara menyerang hendap. Ular betina mengeluarkan 13-30 telur dan menjaga dari 5 hingga 7 minggu sehingga ianya menetas. Sumber: http://www.ms.wikipedia.org

Page 28: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

27

16. Nama Tempatan: Ular Kapak Bakau Nama Saintifik: Trimeresurus purpureomaculatus Nama Inggeris: Mangrove Pit Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Ular kapak bakau berwarna coklat – unggu dan seringkali terdapat garis putih di sepanjang tepi tubuhnya. Bahagian perut berwarna coklat serta warna kapala hampir sama. Panjangnya boleh mencapai 1 meter. Ular ini boleh dijumpai di hutan bakau dan rawa di seluruh Semenanjung Malaysia. Ular ini sangat agresif dan patukannya sangat merbahaya serta boleh membawa maut.

Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981) http://www.slideshare.net/drcd2009/kenali-ular-snake (2009)

Page 29: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

28

17. Nama Tempatan: Ular Kapak Hidung Pipih Nama Saintifik: Trimeresurus puniceus Nama Inggeris: Bornean Pit-Viper Status

Perlindungan: Jadual Pertama (Hidupan Liar Yang Dilindungi) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]

Keterangan: Dikenali juga dengan nama Ular Hidung Pipih. Ular ini berwarna coklat berkilat dengan terdapat tanda-tanda warna gelap pada bahagian badan. Di bahagian sebelah belakang bermula dari mata terdapat jalur berwarna gelap berkilat. Bahagian ekor dan perut berwarna coklat. Panjangnya boleh mencapai 60 cm dan merupakan spesies ular yang jarang dijumpai di Malaysia. Makanannya terdiri daripada tikus, burung dan cicak. Ular ini merupakan jenis ular yang berbisa dan hidup di pohon-pohon setinggi 20 meter dari atas tanah dalam hutan tebal. Sumber: Lim Boo Liat (Ular-ular Bisa di Semenanjung Malaysia (1981) http://www.slideshare.net/drcd2009/kenali-ular-snake (2009)

Page 30: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

29

Lampiran 2

4.2 Pengendalian Mangsa Patukan Ular

a) Pastikan mangsa dalam keadaan tenang kerana kebiasaannya

mangsa patukan ular akan terkejut dan panik. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular. Bisa ular hanya memberi kesan selepas 15 minit ataupun beberapa jam selepas dipatuk bergantung kepada spesies ular.

b) Bagi menenangkan mangsa, mereka hendaklah diberitahu

bahawa: i. Ular tersebut mungkin tidak berbisa. ii. Tidak semua ular yang berbisa berjaya menyuntikkan

bisanya pada patukan pertama.

c) Baringkan mangsa dan pastikan bahagian yang dipatuk tidak digerakkan. Ini bagi mencegah racun daripada tersebar dengan lebih meluas.

d) Walaupun tidak semua ular itu berbisa, adalah dinasihatkan

setiap kes patukan ular perlu dianggap sebagai kes kecemasan dan mangsa hendaklah dibawa segera ke hospital.

Page 31: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

30

Lampiran 3

4.3 Direktori Pejabat-Pejabat PERHILITAN Negeri & Daerah

Bil. PEJABAT PERHILITAN NEGERI/DAERAH NO. TELEFON

4.3.1 Pejabat PERHILITAN Negeri Perlis 04-9761813

4.3.1.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Kangar 04-9778676

4.3.2 Pejabat PERHILITAN Negeri Kedah 04-7312200

4.3.2.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Kota Setar 04-7000305

4.3.2.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Langkawi 04-9665421

4.3.2.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Sik 04-7521161

4.3.2.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Baling 04-4722993

4.3.2.5 Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala

Muda 04-4410908

4.3.3 Pejabat PERHILITAN Negeri Perak 05-2436645

4.3.3.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Gerik 05-7911164

4.3.3.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Kinta 05-2436645

4.3.3.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Perak

Tengah

05-6318783

05-6318785

4.3.3.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Selama 05-8394675

4.3.3.5 Pejabat PERHILITAN Daerah Tapah 05-4015739

4.3.3.6 Pejabat PERHILITAN Daerah Sungai Siput

05-5974173

4.3.3.7 Pejabat PERHILITAN Daerah Teluk Intan

05-6217805 05-6217806

4.3.3.8 Pejabat PERHILITAN Daerah Pengkalan Hulu

04-4779480 04-4779472

4.3.4 Pejabat PERHILITAN Negeri Selangor 03-55193915 03-55190817

Page 32: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

31

Bil. PEJABAT PERHILITAN NEGERI/DAERAH NO. TELEFON

03-55106328

4.3.4.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Petaling 03-55193915 03-55190817 03-55106328

4.3.4.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Sabak Bernam

03-32242866

4.3.4.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Hulu Selangor

03-60645350

4.3.4.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Hulu Langat

03-89266736

4.3.5 Pejabat PERHILITAN Negeri Sembilan 06-7616998

4.3.5.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Seremban 06-7616998 4.3.5.2 Pejabat PERHILITAN Bandar Seri Jempol

06-4583040

4.3.5.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Gemas 07-9481586

4.3.6 Pejabat PERHILITAN Wilayah Persekutuan 03-91710258 03-91710260

4.3.7 Pejabat PERHILITAN Negeri Melaka 06-2345610 4.3.8 Pejabat PERHILITAN Negeri Johor 07-2230580

4.3.8.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Johor Bahru

07-2247436

4.3.8.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Muar 06-9528736 5.3.8.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Bandar Penawar

07-8221092

4.3.8.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Kluang 07-7723989 4.3.8.5 Pejabat PERHILITAN Daerah Mersing 07- 7921577 4.3.8.6 Pejabat PERHILITAN Daerah Segamat 07-9311214

4.3.9 Pejabat PERHILITAN Negeri Pahang 09-5178111 09-5177733 09-5143000

4.3.9.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Kuantan 09-5163570 4.3.9.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Temerloh 09-2961267 4.3.9.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Rompin 09-4145818 4.3.9.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Lipis

09-3122893

4.3.9.5 Pejabat PERHILITAN Daerah Maran 09-4771360 4.3.9.6 Pejabat PERHILITAN Daerah Raub 09-3551570

Page 33: Garis Panduan Pengendalian Ular yang Menimbulkan Konflik

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ULAR YANG MENIMBULKAN KONFLIK

32

Bil. PEJABAT PERHILITAN NEGERI/DAERAH NO. TELEFON

4.3.9.7 Pejabat PERHILITAN Daerah Muadzam Shah

09-4522481

4.3.9.8 Pejabat PERHILITAN Daerah Lembah Klau

09-3687413

4.3.10 Pejabat PERHILITAN Negeri Terengganu 09-6221460

4.3.10.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Besut 09-6956209 4.3.10.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Dungun 09-8423262 4.3.10.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Kemaman 09-8595798 4.3.10.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Hulu Terengganu

09-6814206

4.3.11 Pejabat PERHILITAN Negeri Kelantan 09-7416240

4.3.11.1 Pejabat PERHILITAN Daerah Kota Bharu

09-7416240

4.3.11.2 Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Krai 09-9609226 4.3.11.3 Pejabat PERHILITAN Daerah Jeli 09-9440737 4.3.11.4 Pejabat PERHILITAN Daerah Gua Musang

09-9122940