kertas cadangan penambahbaikan pusat sumber srias 2013.doc

Upload: fazilah-bt-mohd-reba

Post on 30-Oct-2015

856 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Kertas cadangan penambahbaikan Pusat Sumber SRIAS

SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SAIDIYYAH

KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PERPUSTAKAAN SRIASBAGI SESI 2012Struktur Organisasi Perpustakaan SRIAS 2013

Kertas Cadangan Penambahbaikan Perpustakaan SRIASSekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS)2013Tarikh

: 22hb Januari 20131.0 Pendahuluan

Perpustakaan ialah pusat yang dilengkapi dengan media cetak, bahan rujukan dan kemudahan lain sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pembelajaran untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan secara individu dan kumpulan.

2.0 Matlamat2.1 Menjadikan perpustakaan sebagai rujukan utama warga SRIAS dan melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa

2.2 Memupuk budaya suka membaca dalam kalangan murid dan warga SRIAS2.3 Menyediakan bahan ilmiah yang terbaik sebagai rujukan guru dan murid

3.0 Fungsi

3.1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum

3.2 Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca

3.3 Menyediakan pengendalian yang sistematik untuk menyokong aktiviti pembelajaran3.4 Berkhidmat sebagai pusat bahan ilmiah untuk individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran dan pengajaran4.0 Perancangan Penambahbaikan

Pada tahun ini pihak Perpustakaan SRIAS ingin membaikpulih dan menambahbaikan Perpustakaan SRIAS.4.1 Mengemaskini aliran kabel di dalam perpustakaan.(Rujuk Gambar 1). Saya harap pihak tuan dapat menutup kabel tersebut, kerana ianya membahayakan pelajar. Sebelum ini kabel itu terselindung di belakang almari. Penyelaras Perpustakaan SRIAS telah mengubah suasana Perpustakaan SRIAS dengan meletakan almari ke tempat lain.

4.2 Pemasangan kipas di kaunter Perpustakaan SRIAS; selama ini kaunter tempat pustakawan bertugas untuk peminjaman/pemulangan tidak selesa kerana tidak mempunyai kipas. Kipas yang ada sekarang sudah uzur dan membahayakan (Rujuk Gambar 2) dan ianya juga memakan ruang perpustakaan yang sempit. Penyelaras Perpustakaan SRIAS bercadang untuk memasang kipas dinding (Rujuk Gambar 3).4.3 Membaiki suis yang tidak berfungsi; pihak Perpustakaan SRIAS berharap pihak tuan juga dapat memebenarkan untuk membaiki suis eletrik yang tidak berfungsi dan rosak. 5.0 Anggaran Perbelanjaan Pihak Perpustakaan SRIAS berharap pihak PIBG dapat mengeluarkan anggaran perbelanjaan untuk penambahbaikan tersebut, ini kerana ia melibatkan kos bahagian eletrik. Kami sentiasa sokong pihak tuan dalam perkara ini untuk keselesaan pelajar-pelajar di SRIAS.

Sekian. Terima Kasih

Disediakan Oleh : ___________________

(NOORERDAWATI HARUN)

Penyelaras Perpustakaan SRIAS

Disemak Oleh

: ____________________

(MOHD FARHAN ABD. RAHMAN NAZRI)

GPK Akademik

Disahkan Oleh

: ______________________

(NORHAYATI BAHAROM)

Guru Besar SRIASDILULUSKAN OLEH

_____________________

(EN. HASRI BIN WAZIR)

Pengerusi PIBGLAMPIRAN

Penasihat

Norhayati Baharum

(Guru Besar)

Pengerusi

Mohd Farhan

GPK Akademik

Naib Pengerusi

Norashikin Jamal

(GPK HEM)

Naib Pengerusi

Haliza Ramli

(GPK Kokurikulum)

Penyelaras

Noorerdawati Harun

Setiausaha

Fazilah Mohd Reba

Ahli Jawatankuasa

Semua Guru Bahasa

Timb. Setiausaha

Rohayah Rasol

Bendahari

Norazlin

Gambar 1

Gambar2

Gambar 3