kertas cadangan majlis akujanji t6

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING KERTAS KERJA MAJLIS AKUjANJI MURID-MURID TAHUN 6 & MESYUARAT PEMUAFAKATAN IBUBAPA MURID-MURID TAHUN 6 16 JANUARI 2012 ISNIN ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING

Upload: norhasnita-said

Post on 20-Jul-2015

691 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Majlis Akujanji T6

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING

KERTAS KERJA

MAJLIS AKUjANJIMURID-MURID TAHUN 6

&

MESYUARAT PEMUAFAKATAN IBUBAPAMURID-MURID TAHUN 6

16 JANUARI 2012ISNIN

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING

Page 2: Kertas Cadangan Majlis Akujanji T6

AKURJANJI MURID-MURID TAHUN 6Sesi 2012

1.0 PENDAHULUAN

Program AKUJANJI adalah satu proses melafazkan akad dan janji antara dua pihak

untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan

ilmu serta bersungguh-sungguh dan lebih komited terhadap pencapaian akademik dan

mempertingkatkan peribadi mereka. Justeru, satu AKUJANJI murid-murid tahun 6 akan

diadakan bagi meningkatkan motivasi murid dalam mengejar kejayaan yang cemerlang

dalam bidang akademik.

2.0 RASIONAL

2.1 Program ini telah diadakan kerana perlunya komitmen serta kesedaran tentang

tanggungjawab ibu bapa, guru serta murid berganding bahu mencapai kejayaan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Ibu bapa dan guru menyedari komitmen dan kerjasama mereka ini akan membantu

pencapaian akademik murid-murid.

3.2 Murid-murid akan bersemangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan dengan

sokongan ibu bapa dan para guru.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Diharapkan bahawa program ini menjadi pembuka tirai kepada program-program lain

yang telah diaturkan bagi menghadapai UPSR.

4.2 Diharapkan bahawa dengan melafazkan janji murid-murid akan sedar dan memberi

keseluruhan penumpuan terhadap pencapai akademik yang lebih baik.

4.3 Diharapkan ibu bapa akan membantu dan memberi semangat kepada

anak-anak di rumah untuk berjaya

5.0 ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sri Mersing.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 16 Januari 2012

Hari : Isnin

Masa : 11.00 pagi

2

Page 3: Kertas Cadangan Majlis Akujanji T6

AKURJANJI MURID-MURID TAHUN 6Sesi 2012

7.0 SASARAN

Semua Tahun Enam SK Sri Mersing.

8.0 LOKASI

Kantin SK Sri Mersing

9.0 SUMBER KEWANGAN

Tiada

10.0SUMBER TENAGA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : YM Raja Mazlan bin Raja Latife

(Guru Besar)

Pengerusi : En. Mohd. Fadzilah bin Mohd Ali

(GPK Pentadbiran)

N.Pengerusi : Pn. Hajah Rohani bt Abd. Ghaper

(GPK HEM)

: Pn. Rizana bt Mat Jelis

(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Norhasnita bt Mohd. Said

N.Setiausaha : En. Mohd Salleh bin Jaaffar

PA Sistem : En. Othman bin Yunus

Backdrop : Cik Norbazlin bt Mohammad

Jurugambar : En. N. Aniham bin Abd. Majid

Sambutan Ibubapa : Semua guru Tahun 6

Pengacara Majlis : En. Mohd Salleh bin Jaaffar

3

Page 4: Kertas Cadangan Majlis Akujanji T6

AKURJANJI MURID-MURID TAHUN 6Sesi 2012

11.0ATURCARA / JADUAL / TENTATIF PROGRAM

Masa Program11.00 pagi : Murid dan ibu bapa mengambil tempat di Kantin

: Bacaan Doa

- Mohamad Muaz bin Baharin (6 Bestari): Ucapan Tuan Guru Besar & Ceramah

: Akujanji Murid (Diketuai oleh Ketua Murid)

Akujanji Ibu bapa ( Diketuai oleh wakil ibu/bapa murid)

: Tandatangan Sijil Akujanji oleh:- Murid- Ibu Bapa

: Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa Tahun 6 Kali Pertama1.15 tengahari - Bersurai

12.0PENUTUP

Semoga program yang akan dilaksanakan ini akan dapat memberi motivasi serta kesedaran

kepada murid-murid tentang pentingnya usaha yang berterusan dalam mencapai pencapaian

yang cemerlang dalam akademik. Ibu bapa serta guru-guru juga akan menyedari

tanggungjawab mereka dalam membantu murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan

menyedari bahawa mereka juga adalah penyumbang utama dalam pencapaian akademik ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................................... ........................................................

( NORHASNITA BT MOHD SAID ) (MOHD FADZILAH BIN MOHD ALI)

Guru Bimbingan & Kaunseling GPK Pentadbiran

Disahkan oleh,

.....................................................

(RAJA MAZLAN BIN RAJA LATIFE)

Guru Besar,

SK Sri Mersing.

4