kertas

51
Pengubah Pengubah merupakan alat elektrik yang boleh memindahkan tenaga elektrik dari satu litar kepada satu atau lebih litar yang lain tanpa sebarang bahagian yang bergerak secara fizikal, pada frekuansi masukan dan keluaran yang sama nilai. Pengubah boleh memindahkan nilai arus dan voltan yang berbeza dari nilai asalnya dan hanya berkendali pada voltan ulang-alik atau litar arus terus yang mengalami perubahan nilai voltan atau arus. Jenis-jenis dan symbol pengubah Terdapat berbagai- bagai jenis pengubah yang digunakan pada hari ini, namun begitu yang lazim ditemui dalam kerja-kerja pemasangan elektrik ialah seperti berikut : 1. Pengubah dua belitan Mendapat namanya kerana ia mempunyai dua belitan yang berasingan iaitu belitan utama dan belitan sekunder. Pengubah jenis ini paling banyak digunakan, antaranya : a. Pengubah loceng Pengubah loceng digunakan dalam kerja-kerja pemasangan loceng. Pengubah ini ialah jenis langkah turun. Voltan biasa yang dikeluarkannya ialah 12V, 8V dan 4V bagi kelas A dan 6V bagi kelas B. Penggunaan pengubah ini amat menjimatkan perbelanjaan kerana bekalannya berterusan dan tidak perlu dicas semula seperti sel penumpuk ( akumulator). 1

Upload: noorhasnizam-azmi

Post on 24-Nov-2015

147 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Sistem perlindungan elektrrik

Pengubah

Pengubah merupakan alat elektrik yang boleh memindahkan tenaga elektrik dari satu litar kepada satu atau lebih litar yang lain tanpa sebarang bahagian yang bergerak secara fizikal, pada frekuansi masukan dan keluaran yang sama nilai. Pengubah boleh memindahkan nilai arus dan voltan yang berbeza dari nilai asalnya dan hanya berkendali pada voltan ulang-alik atau litar arus terus yang mengalami perubahan nilai voltan atau arus.

Jenis-jenis dan symbol pengubahTerdapat berbagai- bagai jenis pengubah yang digunakan pada hari ini, namun begitu yang lazim ditemui dalam kerja-kerja pemasangan elektrik ialah seperti berikut :1. Pengubah dua belitan

Mendapat namanya kerana ia mempunyai dua belitan yang berasingan iaitu belitan utama dan belitan sekunder. Pengubah jenis ini paling banyak digunakan, antaranya :

a. Pengubah locengPengubah loceng digunakan dalam kerja-kerja pemasangan loceng. Pengubah ini ialah jenis langkah turun. Voltan biasa yang dikeluarkannya ialah 12V, 8V dan 4V bagi kelas A dan 6V bagi kelas B. Penggunaan pengubah ini amat menjimatkan perbelanjaan kerana bekalannya berterusan dan tidak perlu dicas semula seperti sel penumpuk ( akumulator).

b. Pengubah kuasa

-digunakan untuk menaikkan atau menurunkan voltan pada system penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik. Dipasang pada peralatan elektronik seperti radio, televisyen dan sebagainya.

c. Pengubah penggalak

Digunakan untuk menaikkan semula voltan pada talian yang dikehendaki. Tidak menggunakan fius pada bahagian belkitan voltan tinggi kerana ia juga berfungsi sebagai pengubah arus.

d. Pengubah alat atur aruhan

Seperti pengubah penggalak. Belitan utamanya boleh berubah kedududkan kemana-mana arah. Perubahan kedudukan dilakukan oleh motor. Kadar perubahan bergantung kepada arus yang dibekalkan.

e. Pengubah frekuensi audio

Teras besinya diperbuat daripada lapisan logam

Teras bertindak sebagai pengubah padanan untuk menetukan kuasa pindah maksimum daripada penguat kepada pembesar suara.

f. Pengubah perantaraan.

Simbol pengubah yang biasa digunakan2. Pengubah Arus

Terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu dua belitan, berbentuk tingkap, berbentuk roda dan berbentuk pengapit.

3. Autopengubah

Bahagian pengubah dari satu hujung ke tap Y berfungsi sebagai gegelung belitan utama dan belitan yang lengkap ( X dan Z) sebagai belitan sekunder.

Boleh digunakan sebagai pengubah lengkah naik atau langkah turun

Menukar kedudukan tap nisbi ( relative ) dengan belitan penuh.

Binaan PengubahSebuah pengubah hendaklah mengandungi tiga binaan iaitu

1. Teras. Teras diperbuat daripada lapisan-lapisan besi yang telah diapit bersama. Terdapat berbagi-bagai jenis teras, tetapi yang umumnya berbentuk tingkap dan kelompang. Teras merupakan faktor penting bagi menguatkan fluks magnet yang dihasilkan. Teras dibuat berlapis-lapis agar kehilangan arus pusar dapat dikurangkan di dalam teras tersebut.2. Belitan.

Belitan pengubah terbahagi kepada dua iaitu belitan utama dan belitan sekunder. Belitan utama disambungkan ke bekalan masuk sementara belitan sekunder disambungkan ke bekalan keluar. Dari sinilah sama ada nilai voltan atau arus pengubah itu diambil selepas perpindahannya. Penambahan bilangan belitan sekunder dapat memberikan nilai voltan atau arus yang lebih daripada nilai bekalan yang diberikan. Belitan dililit secara lapisan sandwich atau sepusat atau berasingan. Ini dilakukan bagi mengelakkan daripada kebocoran fluks, di samping mengeluarkan fluks yang berguna.

3. Penutup atau pembalut

Penutup pengubah, selain menjadi pembalut pengubah, juga berfungsi untuk menyejukkan pengubah tersebut. Penutup pengubah ini kadang kala diabaikan jika penyejukan pengubah tidak diperlukan.

Nisbah PengubahNisbah dalam sebuah pengubah dipengaruhi oleh bilangan lilitan gegelung utama dan gegelung sekunder. Contoh, jika terdapat 1000 belitan dalam gegelung sekunder dan hanya 100 belitan dalam gegeelung utama voltan yang diaruhkan dalam gegeelung sekunder akan menjadi 10 kali voltan yang dikenakan pada gegelung utama iaitu 1000/100 = 10. Oleh itu terdapat lebih banyak belitan dalam gegelung sekunder daripada gegelung utama, pengubah jenis tersebut dinamakan pengubah langkah naik. Dengan ringkas :

Beza upaya sekunder / bezaupaya utama = bilangan belitan sekunder / bilangan belitan utamaAtau Es / Eu = Ns / Nu

Jika sebaliknya, gegeelung sekunder mempunyai 10 belitan dan gegeelung utama pula mempunyai 100 beelitan, voltan yang diaruhkan dalam gegelung sekunder akan menjadi 1/10 voltan yang dikenakan pada gegelung utama iaitu 10/100 = 1/ 10. Oleh itu gegelung sekunder mempunyai belitan kurang daripada gegelung utama. Pengubah jenis ini dinamakan pengubah langkah turun.

Pengubah kadangkala perlu diselarikan bagi memperolehi nilai arus yang besar atau kuasa yang lebih. Oleh itu perkara-perkara yang perlu diperhatikan ialah : Nisbah voltan kedua-dua keluaran itu hendaklah sama

Peratus galangannya hendaklah sama

Perubahan voltannya hendaklah sama

Kecekapan pengubahWalaupun pengubah tidak bergerak namun kecekapannya akan terjejas kerana kehilangan tetap berlaku. Jika membincangkan kecekapan, kita akan membandingkannya dengan kehilangan.Kehilangan PengubahKehilangan tetap berlaku walaupun pengubah tidak bergerak. Terdapat dua jenis kehilangan itu 1. Kehilangan Kuprum ( I R )

Belitan utama dan sekunder dibuat daripada kuprum dan ini akan menyebabkan kehilangan tenaga apabila arus mengalir di dalamnya. Kehilangan ini dapat dikira dengan ujian litar pintas. Meter ampere disambungkan pada litar belitan sekunder seolah-olah untuk melitarpintaskan belitan sekunder itu. Meter watt pula disambungkan pada belitan utama. Voltan utama dilaraskan sehingga mencapai voltan beban penuh. Bacaan yang ditunjukkan pada meter watt itu adalah bacaan bagi kehilangan kuprum.

2. Kehilangan besi atau magnet

Dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kehilangan arus pusar, kebocoran fluks dan kehilangan histeresis. Arus pusar terjadi dalam teras lalu menyebabkan teras itu panas. Dengan ini kekuatan fluks akan terjejas. Kebocoran, adalah merujuk kepada fluks yang terhasil dan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Fluks mungkin lalu di udara dan tidak melalui teras. Kebocoran dapat dikurangkan dengan menggunakan pengubah jenis teras tingkap ( tinggi dan sempit ), pengubah jenis teras kelompang, pengubah jenis belitan berlapis, pengubah jenis belitan sepusat dan pengubah jenis belitan berasingan. Kehilangan histeresis ialah kehilangan kuasa electromagnet yang disebabkan oleh perubahan kutub teras akibat perubahan bekalan arus ulang-alik.

Kehilangan besi boleh dikira dengan membuat ujian litar terbuka. Dalam ujian ini meter volt dipasangkan pada belitan sekunder. Belitan utama pula disambungkan dengan meter watt. Meter watt ini memberikan bacaan bagi nilai kehilangan besi pada pengubah itu. Umumnya kehilangan besi mempunyai nilai yang lebih rendah daripada kehilangan kuprum. Nilai kehilangan besi adalah malar, sama ada semasa pengubah itu berbeban penuh ataupun berbeban kurang.

Kesimpulan

Oleh sebab sesuatu pengubah mengalami kehilangan tenaga, maka pengubah itu tidak akan mencapai kecekapan 100 %. Kehilangan besi akan tetap sama nilainya, walaupun pengubah itu dibebankan dengan beban penuh. Nilai kehilangan kuprum berubah mengikut kadar kuasa dua beban pengubah itu. Kecekapan pengubah boleh diringkaskan dengan formula yang berikut :

Kecekapan pengubah

=keluaran X100

Masukan

= keluaran

X 100

Keluaran + KK + KB

a) semasa berbeban penuh,

kecekapan pengubah = VAXf.k

( VA X f.k ) KK + KB

b) Semasa separuh beban penuh,

Kecekapan pengubah = VA X f.k

X 100

( VA X f.k ) + KK X () + KB

Masukan =keluaran + KK + KB

KK=kehilangan kuprum

KB=kehilangan besi

f.k=faktor kuasa

VA=volt ampere

Kaedah penyambungan pengubah kaedah pengujian litar terbuka dan litar

Sebelum membuat penyambungan terlebih dahulu mengenalpasti jenis pengubah, cara penyejukan dan kadaran kuasa dalam KVA ( Kilo Volt Ampere ). Mengenalpasti kaki dan kekutuban pengubah. Pengubah mempunyai beberapa bilangan set gegelung pada belitan utama atau sekunder. Pengubah gegelung belah boleh disambungkan secara siri atau selari bergantung kepada apa ingin dikehendaki.

Sistem perlindungan elektrikPengenalan

Perlindungan dalam kerja-kerja elektrik membawa maksud jagaan peralatan pemasangan elektrik daripada bahaya yang disebabakan oleh arus elektrik seperti lebihan arus , kebocoran arus ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya.

Bagi tujuan perlindungan tersebut terdapat tiga jenis perlindungan yang perlu dibuat sebagaimana yang diterangkan oleh Peraturan IEE 470-1 yang terdiri daripada pemencil, pelindung arus lebih dan pelindung daripada renjatan elektrik.Pengasing ( Alat Pelindung Arus )Pengasing ialah peranti yang beroperasi secara mekanikal yang digunakan untuk memisahkan bekalan tenaga elektrik. Semua pemasangan elektrik hendaklah mempunyai peranti pengasing yang boleh memutuskan punca bekalan. Pemilihan hendaklah berdasarkan rekabentuk, lokasi dan kedudukan serta kendalian yang diperlukan. Tujuan memasang pengasing dalam sesuatu litar ialah :

1. Mengasingkan litar- litar bekalan dan litar pengguna.

2. memutuskan litar bekalan supaya dapat menyegerakan litar pengguna sebelum bekalan diberi.

3. Bertindak sebagaai suis semasa kecemasan

Peralatan suis utama atau pengasing yang digunakan untuk memutuskan semua pengalir hidup mesti direka bagi tujuan berikut :

1. Pengalir neutral tidak boleh dicabut/dibuka keluar sebelum pengalir hidup dibuka.2. Pengalir neutral mesti disambung dahulu sebelum pengalir hidup disambungkan

Lokasi dan cara menggunakan pengasing dalam pemasangan

Alat pengasing mesti diletakan seberapa hampir dngan punca permulaan pendawaian pengguna. Bagi alatan elektrijk, pengasing hendaklah dipasang disebelah alat tersebut. Rajah di bawah menunjukkan contoh pengasingan dipasang dalam satu pemasangan. Jika pengasing diletakkan berjauhan dari alat elektrik atau bahagian yang hendak dikawal, syarat-syarat berikut perlulah dipatuhi :

1. Hanya orang yang mahir dalam bidang elektrik sahaja yang boleh menggunakannya.2. Kunci atau pemegang tidak boleh ditukar ganti dengan satu pengasing yang lain.

3. Direkabentuk supaya tidak dapat dihidupkan oleh orang yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya.

4. Jika terdapat dua pengasing, pengasing yang kedua mestilah dipasang bersebelahan dengan alat tersebut seperti dalam rajah 12.2 menunjukkan cara memasangnya.

Pengasing hendaklah disambungkan dalam semua litar motor untuk memutuskan bekalan ke motor, pengasing ini termasuklah pemutus l;itar automatic. Jarak antara penyentuh dalam satu alat pengasing semasa dibuka hendaklah tidak boleh kurang dari yang dinyatakan dalam Peraturan I.E.E (537-3). Kedudukan penyentuh ( semasa tutup atau

buka ) mesti dapat dikenalpasti dan dapat dilihat oleh seseorang pendawai elektrik.

Sebelum seseorang pendawai memulakan kerja dalam sesuatu pemasangan yang hendak diasingkan, beliau hendaklah memeeriksa pengasing dalam pemasangan itu bagi menentukan bahawa :

1. Pengasing itu sudah dimatikan ( di offkan )

2. Pengasing tidak boleh dihidupkan ( dionkan) dengan sengaja.

3. Orang yang tidak mempunyai hak menghidupkan ( onkan ) bekalan.

Jika peranti yang hendak digunakan untuk sesuatu tugas pengasingan bergantung kepada keadaan sesuatu pemasangan. Contoh kepada jenis alat tersebut adalah seperti berikut :

1. Pengasing ( suis utama )

2. Pemisah

Peranti atau alat tambahan yang boleh digunakan sebagai pemutus litar bekalan ialah :

1. Suis

2. Pemutus litar

3. Palam dan soket alir keluar yang mudah ditanggalkan.

Perlindungan lebihan arus

Pelindung lebihan ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri ( automatik ) apabila berlaku arus lebih yang meleebihi kuantiti yang dihadkan bagi litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai hidup pada awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan.

Arus lebih terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan ataupun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Arus lebih ini tidak ditujukan kepada kenaikkan arus yang disebabkaan oleh pemasangan yang longgar atau permulaan menghidupkan suis atau motor walaupun semasa menghidupkan suis iatu arus adalah sebanyak 12 kali ganda arus lazim litar tersebut. Tetapi oleh sebab tempoh masa yang diambil oleh arus yang tinggi amat singkat iaitu beberapa saat sahaja, arus itu tidaklah dianggapkan sebagai arus lebih. Peranti pelindung arus lebih ini hendaklah dipasang ditempat yang sesuai dan bersedia menyuap bekalan tanpa bahaya atau mengalami arus lebih.

Tujuan memasang pelindung arus lebih pada sesuatu pemasangan ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litarnya. Disamping itu, pelindung arus lebih digunakan untuk melindungi kabel daripada rosak.

Badan peranti pelindung arus lebigh hendaklah mamapu menahan arus litar pintas iaitu tuidak meyerpih atau rosak akibat arus lebigh litar pintas. Sebagai contoh, katakanlah alat itu dibuat untuk pelindung arus lebih 5A, jadi ketahannya haruslah dapat menahan arus tersebut.

R = 250V / 5A = 50 ohm ( rintangan beban penuh )

Semasa berlaku litar pintas,rintangan beban akan berubah, katakan 2ohm. Jadi, arus pada litar itu sekarang menjadi I = V / R = 250 / 2 = 125 A

Arus ini ialah arus semasa litar pintas. Arus inilah yang menjadi penentuan kadar maksimum yang mampu ditahan oleh badan peranti itu

Mengikut Peraturan IEE 523-6, apabila mengadakan beberapa urutan perlindungan aruslebih, kadar arusbagi pelindung arus lebih itu hendaklah dibuat secara beraturan iaitu bermula dari sumber bekalan dengan kadaran arus yang tinggi jika nilai yang rendah apabila sampai kebeban seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.1

Jika pelindung arus lebih hendak dipasang pada bekalan arus ulang arus dua dawai 1 fasa atau bekalan arus terus dua dawai, pelindung arus lebih itu hendaklah dipasang pada kedua-dua kutub bekalan. Peraturan ini perlu dipatuhi jika salah satu kutub bekalan itu tidak dibumikan.

ISTILAH-ISTILAH PELINDUNG ARUS LEBIH

a) Pelindung arus lebih kelas halus - Pelindung arus lebih kelas halus bererti satu kumpulan peranti pelindung arus lebih yang tidak akan berkendali dalam jangka masa satu juam apabila arus sebanyak 1.2 X arus kadaran peranti itu mengalir melaluinya. Jangka masa masa ini benar untuk perantui pelindung fius jenis BS88 sehingga 63 A sahaja. Kadaran arus fius yang lebih daripada itu perlu mengambil masa empat jam. Bagi fius BS3036 ( separuh tertutup ) masa untuk meleburkannya juga empat jam.b) Pelindung arus lebih kelas kasar Pelindung arus lebih kelas kasar bererti satu kumpulan peranti pelindung yang akan berkendali xdaalam masa satu juam apabila arus sebanyak 1.5 X arus peranti itu mengalir melaluibnya. Contoh peraanti dalam kelas ini ialah pemutus litar miniature. Had ini hanya benar ubntuk kadaran arus peranti sehingga 10 A sahaja. Kadaran arus peranti yang lebih daripadaa 10 A hendaklah berupaya berkendali dalam masa 1 jam apabila arus sebanyak 1.3 X kadaran arus peranti mengalir di dalamnya.c) Masa lazim ialah masa yang diperlukan oleh sesuatu jenis peranti pelindung arus lebih untuk berkendali. Sebagai contoh, fius BS3036 mengambil masa lebih 4 jam untuk berkendali apabila arus sebanyak 1.2 X kadaran arus fius mengalir melaluinya.d) Arus Normal atau arus set ( In )- Arus normal atau arus set ialah arus permintaan maksimum yang dioperlukan oleh sesuatu litar. Arus ini juga mengambil kira baki bagi arus untuk tambahan litar atau bebanan akan datang. Oleh sebab itu, kadaran arus peranti pelindung tidak boleh melebihi nilai arus normal ini. Jika kadaran arus ini tinggi saiz kabel juga perlu ditambah. Arus ini juga mnentukan jenis atau kelas peranti pelindung yang patut digunakan. Arus norrmakl ini tidak boleh kurang daripada arus rekaan (Ib) dan tidak boleh melebihi keupayaan kabel membawa arus terkecil dalam litar yang dilindungi oleh sesuatu peranti pelindung arus lebih.e) Arus kendalian peranti pelindung arus lebih ( I2 )- Arus ini ialah yang menyebabkan peranti itu berkendali pada masa lazimnya bagi melindungi litar daripada beban lebih. Arus hendaklah tidak melebihi 1.445 X keupayaan kabel membawa arus.f) Arus penjadualan ( It ) Arus penjadualan ialah kadaran arus bagi sesuatu jenis kabel yang terdapat dalam jadual kabel dan dianggapkan berkendali pada suhu tidak melebihi 30 darja selsius.

g) Arus beban atau arus rekaan ( Ib) arus beban atau arus rekaan ialah magnitude arus yang hendak dibawa oleh sesuatu litar dalam penggunaan biasa.h) Keupayaan kabel membawa arsu ( Iz ) arus ini merupakan arus yang paling berkesan ( Maksimum ) yang mampu dibawa oleh kabel untuk perkhidmatan yang berterusan tanpa menaikkan suhu atau merosakkan penebatan kabel pada pemasangan tertentu.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN LEBIHAN ARUS1. FIUS Fius ialah seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila arus yang berlebihan melaluinya. Sesebuah fius itu tidak segera lebur, sebaliknya mengambil masa tertentu. Oleh sebab itu perlindungan daripada arus lebih dengan menggunakan fius tidak begitu cekap untuk menjadi pelindung alat-alat yang peka kepada arus lebih.

Istilah tentang fius :

Kadaran arus fius : Ialah kadaran arus maksimum yang boleh mengalir dalam fius tanpa meleburkannya. Fius tetap biasa walaupun arus maksimum dialirkan kedalamnya. Kadaran arus fius ini biasanya dicatatkan pada fius itu.

Arus Fius ( arus Lebur ) : ialah arus minimum yang boleh mengalir daalam fius itu daan menyebabkan fius itu leebur ( putus ) .Nilai arus fius perlu disesuaikan dengan pelindung arus lebih alat-alat atau kabel yang hendak dilindungi itu. Arus ini berbeza mengikut jenis fius itu . Biasanya arus tersebut tidak dicatatkan pada fius itu dan kadaranya boleh diketahui dengan mengira factor fius atau membaca katalognya.

Faktor fius : Ialah nisbah antara arus fius dan kadaran arus fius. Oleh sebab itu factor fius ini tidak sama bagi semua jenis fius.

Faktor fius = Arus fius / Kadaran arus fius

Factor fius dapat menentukan kelas pelindung aruss lebih sama ada kelas halus atau kelas kasar. Bagi kelas halus, factor fiyusnya tidak melebihi 1.2, manakala bagi kelas kasar pula factor fiusnya melebihi 1.5. Pembahagian kelas ini bertujuan untuk memudahkan kita mengenali kecekapan pelindung arus lebih itu sama ada berkendali pada tempoh kurang atau lebih 4 jam atau tidak. Jika lebih dari 4 jam bermakna kecekapan pelindung itu berada dalam keklas kasar, tetapi jika kurang daripada 4 jam kecekapannya berada dalaam kelas halus.

Unsur fius Bahagian fius direka untuk lebur dan memutuskan litar apabila arus yang melebihi had pengalir melaluinya.

Pautan Fius Bahagian fius yang terdiri daripada kartij atau sebarang kelongsong bagi membolehkan fius dipasang atau disambung antara sentuhan sentuhan fius. Mengikut BS 88 ( 67 Bahagian 1 ), kelas-kelas pelindung arus lebih ini dibahagikan dengan nilai huruf seperti jadual yang berikut :

Kelas Pelindung arus lebihFaktor fius

Tidak leburLebur

P1.001.25 ( fius k.p.t )

Q 11.251.5 ( fius kartrij )

Q 2 1.51.75 ( fius kartrij )

R1.752.5 (Fius boleh didawai semula )

Jenis- jenis fius :

1. Fius yang boleh didawai semula

Dibuat dalam bentuk dawai yang bahanya ialah timah yang dicampur dengan plumbum atau disadur dengan kuprum. Fius ini dikendali pada 3 X kadaraan arus fius atau sekurang-kurangnya 1.75 X kadaran arus fius. Sebagai contoh, fius yang berkadaran 10 A akan lebur pada kira-kira 11.75 X 10 = 17.5 A hingga 3 X 10 = 30 A.

Boleh didawai semula apabila ia telah lebur. Dawai fius akan dipasangkan pada pembawa (pemegang) dan kemudian dilekapkan pada tapak fius tersebut. Dari tapak fius itu ia akan disambungkan ke litar pendawaian tetap. Apabila pembawa itu dilekapkan pada tapak fius bermakna sambungan antara kedua-dua punca itu telah dibuat. Terdapat dua bentuk iaitu tertutup dan terdedah. Bentuk separuh tertutup mengambil masa yang lebih cepat untuk lebur berbanding dengan bentuk terdedah kerabna haba yang dihasilkan mengalir dalam fius mengalir dalam fius terkumpul ddan seterusnya membantu mempercepatkan fius meleebuir. Bahaya percikan bunga api semasa unsure fius melebur dapat dihindarkan jika menggunakan fius berbentuk separuh tertutup. Selain itu usia tapak dan pembawa unsur fius itu akan menjadi lebih lama. Kadaran arus fius bergantung kepada saiz, garis pusat, luas keratan unsure fius dan bahan dan bentuk fius.

Rajah : Fius Separuh Tertutup dan Fius Terdedah

Kadaran arus mengikut perbezaan garis pusat dan unsure adalah seperti berikut : Unsur yang digunakan ialah kuprum. Kadaran arus fius ( A )Garis pusat dawai yang biasa ( mm )

30.15

50.20

100.35

150.50

200.60

250.75

300.85

451.25

601.53

801.80

1002.00

Kadaran arus yang biasa digunakan ialah 1A, 2A, 5A, 10A, 15A, 25A daan 30A. Jika ingin menggunakan nilai yang lain boleh mencampurkan kedua-dua saiz dawai unsure ke nilai yang dikehendaki. Missaalnya untuk mendapatkan kadaran 11A, dawai unsure 1A dan 10A dipintal bersama. Cara ini tidak begitu sesuai untuk keselamatan dan kendaliannya pula tidak begitu baik. Kegunaan : untuk melindungi arus yang berlebihan pada alatan yang tidak berapa peka kepada kenaikkan arus seperti suis utama perumahan, kotak fius agihan pada tiang perantaraan talian elektrik.

Faktor leburan Fius ini lambat lebur kerana ia dikategorikan sebagai pelindung arus lebih kelas kasar. KebaikanKeburukan

Mudah ditukar ganti oleh sesiapa sahaja. Harganya murah

Mudah didapati dalam pasaran Boleh ditukar dengan kadaran yang salah.

Sukar menentukan kadaran arusnya

memercikakan bunga api apabila lebur kerana tidak bertutup daan boelh menyebabkan kebakaran.

memerlukan masa yang lama untuk melebur

tidak sesuai untuk arus tinggi

perlindungan tidak begitu cekap ( kurang peka )

perlu diganti setelah lama digunakan kerana ia bertindakbalas dengan suhu sekitaran

Kesimpulan : Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukan fius jenis ini dapatlah disimpulkan bahawa keburukannya mengatasi kebaikkannya. Oleh sebab itu fius ini hanya digunakan ditempat-tempat yang tidak banyak bahaya arus lebih atau dalam kata lain alat yang dilindungi tidak begitu peka terhadap arus lebih yang mendadak. 2. Fius Kartrij- Terdiri daripada satu unsure yang disimpan dalam tiub seramik, tiub kaca atau tiub tembikar dengan kedua-dua hujungnya dipaterikan. Terdapat dalam dua bentuk iaitu:

I.Bentuk keranda Untuk kadar rintangan kurang daripada 60 A

II.Bentuk bilah pisau.- Untuk kadar rintangan lebih 60 A ke atas.

Rajah : Fius Kartrij Bentuk Keranda dan Bentuk Bilah Pisau

Kadar lebur ialah arus 1.25 hingga 2.4 X kadaran aruss fius. Ia bergantung kepada jenis dan bentuk fius kartrij tersebutr. Fius yang dikadarkan 10 A akan lebur pada kira-kira 2.4 X 10 = 24 A atau yang paling minimum 1.25 X 10 = 12.5 A

Kegunaan digunakan secara meluas seperti pada palam soket alur keluar, fiusw dalam kereta. Kotak fius agihan dikilang-kilang, suis peralatan, alat mudah alih dan sebagainya kerana bahaya percikan bunga api amat perlu dijauhkan daripada tempat-tempat tersebut.

Kadaran aruss Kadaran arusnya untuk pelindung aruss lebih biasa seperti 1A, 2A, 313A, 20 A, 25 A, 30 A, 45 A, 60 A, 80 A dan 100 A. Faktior lebur- memerlukan tempoh untuk lebur tetapi lebih pendek berbanding fius yang boleh didawai semula. Faktor leburnya 1.25 hingga 1.5 dan fius kartrij dimasukkan dalam pelindung arus kelas halus. Terdapat juga yang termasuk dalam kelas halus iaitu yang berkadaran 1.5 hingga 1.75 Kebaikan Keburukan

Berbalut, lebih selamat daripada percikan bunga api

Kadaran arusnya hampir tepat

Boleh dikendali kadarannya dengan melihat tulisan pada badannya Mahal Sukar didapati dalam pasdaran

Tidak sesuai untuk arus tinggi

Tidak dapat dipastikan sama ada masih boleh digunakan atau tidak dengan melihatnya sahaja

Jika dilihat kebaikannya lebih banyak dari keburukan mnyebabkan fius ini banyak digunakan secara meluas.3. Fius keupayaan pemutus tinggi ( k.p.t)

Fius ini baru diperkenalkan untuk mengatasi peleburan fius pada kadaran aruss yang melampaui arus beban biasa sebab fungsi ini tidak mampu dijalankan oleh fius biasa Terdiri dari satu unsur dibaluti oleh tiub seramik dan diisi dengan silicon supaya boleh menahan rejatan yang tinggi, tidak dipengaruhi suhu persekitaran dan menahan percikan api. Kedua-dua hujungnya dipasang tangkai logam. Skru digunakan unt8k menyambungkan tiub tersebut ke tapak. Unsur fius ini dibuat daripada perak dalam bentuk khas. Takat lebur ialah pada 1 hibngga 1.25 X kadaran arus. Fius yang berkadar 20A akan putus apabila arus sebanyak 11.25 X 20 = 25 A mengalir melaluinya. Masa meleburnya lebih singkat iaitu kira-kira 0.0013 saat hingga 0.02 saat . Kegunaan untuk beban yang lebih tinggi seperti suis fius, pengasing suis kilang, kotak fius agihan dan sebagainya. Petunjuk berupa lubang membolehkan kita melihat sama ada fius masih elok atau sebaliknya. Kadaran arus Kadaran yang terkecil ialah 15 A dan yang paling besar ialah ke beberapa ratus ampere.

Faktor lebur Kira-kira 1.0 hingga 11.25 dan dimasukkan dalam kumpulan pelindung aruss kelas halus.

KebaikanKeburukan

Kadaran arusnya boleh dibentuk dan nilainya hampir tepat

Boleh menahan arus renjatan yang tinggi

Ada petunjuk baik atau rosak

Kadaran arus mudah dikawal perlindungfan kelas halus ( cekap ) Harganya paling mahal daripada fius-fius lain Sukar di dapati

Untuk pelindung arus leebih yang besar sahaja

4. Fius Palam

fius ini berbentuk skru. Banyak digunakian dditempat yang fiusnya selalu ditukar ganti seperti meja panel percubaan, alatan elektronik dan sebagainya. Sentuhan fius dibuat pada hujung dan tepi badannya manakala soket dipasng opada badan alat yang memerlukan fius ini. Unsur fius teelah ditukarkan kepaada fius kartrij keerana lebih mudah ditukar ganti. Sifat tempoh lewat fius. Jika sifat tempoh lewat melebur dawai unsure bagi beberapa jenis fius diplotkan dalam satu graf, akan didapati bahawa fius yang boleh didawai semula lebih lewat melebur jika dibandingkan dengan dawai fius jenis lain.

2. PEMUTUS LITAR-Pemutus litar dikendali secara automatic apabila berlakunya arus lebih dan boleh dilaraskan pada nilai-nilai perlindungan daripada arus lebih yang dikehendaki mudah. Pemutus litar tidak perlu ditukar ganti apabila terdapat arus lebih. Setelaah dibaiki kerosakan yang menyebabkan arus klebih, pemutus litar dihidupkan semula seperti menghidupkan suis biasa. Penggunaan pemutus litar ini membawa keuntungan jangka panjang. Tanda hidup dan mati terdapat pada pemetik suis pemutus litar ini. Jika mati bermaksud pemutus litar sudah berkendali.-Kadaran arus- dikadarkan dari 15 A hingga ke 200 A. Kadar yang lebih dari itu digunakan bersama litar geganti dan pengubah arus distesen pencawang. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis kendalian iaitu :a). Pemutus litar jenis isian minyak

b). Pemutus litar jenis hembusan gas

c). Pemutus litar jenis hembusan udara ( angina )

d). Pemutus litar jenis vakum dan

e). Pemutus litar jenis miniatur

a). Pemutus Litar Jenis Isian Minyak- Biasa digunakan untuk pelindungan arus lebih beban yang kecil pada kadar 400VA hingga 2500 MVA seperti dipencawang dan dikilang-kilang perusahan yang besar. Sesentuh direndam ke dalam minyak galian untuk mengurangkan percikan bunga api apabila berlaku arus lebih sewaktu sesentuh itu dibuka. Disamping itu minyak ini dapat juga menyejukan punca-punca sambungan. Minyak galian yang digunakan itu mem,punyai dielektrik yang tinggi. Biasanya pemutus litar jenis ini memainkan dua peranan sekaligus iaitu sebagai pelindung arus lebih dan pengasing. Terdapat jjuga pemutus litar jenis pancutan minyak yang menggunakan satu pam khas bagi menyalurkan minyak kesesentuh sewaktu dibuka atau disambung. Kandungan minyak yang diperlukan tidak terlalu banyak dan penyejukan sesentuh bertambah cepat dan menyebabkan kadar kemampuan pemutus litar dapat ditambah.

b). Pemutus litar jenis hembusan gas ( SF6 )

Saiznya agak besa dan berkadaran voltan 35 000 MVA hingga 50 000 MVA. Digunakan distesen penjana dan stesen pencawang. Hembusan gas elektronegatif ( sulfur heksafluorida ) akan mengurangkan bunga api. Biasa digunakan bersama dengan pemencil. Biasaanyaa dipasang diluar bangunan atau dibilik khas. Kebaikannya ialah bunga api memercik tidak lama dan sesentuh tidak perlu ditukar ganti selalu. Kendaliannya lebih senyap, tidak mudah terbakar, tidak beracun seimbang dan tidak memeerlukan kekuatan untuk mengendalikannya. Tidak memerlukan banyak ruang. Harganya mahal.

c) Pemutus litar jenis hembusan udara ( angin )

Berukuran kecil iaitu pada kadar 400 VA hingga 25 MVA. Kesan bunga api amat ketara menyebabkan sesentuhnya kerap ditukar ganti. Berkendali lebih cepat, kurang bunga api, kurang penjagaan dan kurang risiko kebakaran. Bunga api yang wujud semasa sesentuh dibuka atau ditutup akan dihembus keluar oleh tiupan udara yang telah dimampatkan.

d) Pemutus litar jenis miniature

Berukuran lebih kecil dan digelar pemutus litar miniature amat sesssuai menggantikan penggunaan fius dalam kotak fius agihan. Berbentuk sakan suis tumbler dan berbeza hanya dari segi ukuran dan bentuknya sahaja. Menjimatkan masa memasang dan memudahkan pemeriksaan. Jikaa berlaku kerosakan pemutus litar masih boleh dikendali dan tidak perlu diganti dengan yang lain.Oleh itu menjimatkan.Pemutus litar ini mempunyai 4 faktor fius diantaraa 1.5 hingga 2.4. Oleh sebab itu ia boleh dikendalikan dalam 4 jam dan disebut pelindung arus lebih kelas halus. Terdapat juga dalam kelas kasar betrgantung kepadakendalinya. Kadangkala digunkan juga pada panel di makmal. Di samping menjadi pelindung arus lebih pemutus litar ini juga berfungsi sebagai pemencil bagi panel panel tersebut.

Pemutus litar ini ada yang telah ditetapkan kadaran arusnya dan ada yang boleh dilaraskan kadaran arusnya. Jenis yang telah ditetapkan kadaran arusnya digunakan untuk menggantikan tempat fius, sementara jenis yang boleh dilaraskan kadaran arusnya digunakan untuk perlindungan beban yang sentiasa betrubah atau tidak tentu nilai kadarannya seperti motor dan sebagainya.

Cara kendalian yang biasa digunakan ialah :

1. Cara Terma

2. Cara magneto-hidraulik

3. Cara elektromagnetik

1. Cara Terma Terdiri daripada lapisan dwilogam yang dicantumkan kepada satu sesentuh sebagai tempat sambungan suis. Jika arus yang masuk ke litar tidak melebihi jumlah yang dihadkan, dwilogam tidak akan memberi apa-apa kesan. Tetapi apabila arus melebihi arus yang dihadkan masuk, dwilogam akan mnjadi panas dan seterussnya meleding. Jika terjadi, litar akan terbuka kerana tarikan pegas. Kadaran arus pemutus litar boleh dilaraskaan dengan skru pelaras. Cara ini memerlukan masa sebelum ia dihidupkan semula kerana menunggu sehingga dwilogam itu berbalik kekedudukan asal.

2. Cara Magneto-hidraulika. Komponen ini ialah gegelung magnet yang digulung pada satu daspot dan di tengah-tengahnya dipasang omboh secara terus atau secara rangkaian kesuis sesentuh.

b. Kendaliannya bergantung pada kekuatan medan magnet dan kekuatan medan magnet ini pula bergantung pada kadaran arus yang mengalir padanya. Gegeelung ini dibuaat dalam beberapa kadaran arus yang diperlukan dan gegelung ini menjadi penentu kadaran pelindung arus lebih yang dikehendaki.

c. Kendalian pemutus litar cara magneto-hidraulik serupa dengan kendalian geganti kerana gegelung magneto-hidraulik itu akan berupaya menolak omboh apabila kadaran arus yang mengalirn dalam litar itu melebihi hadnya dan seterusnya akan membukakan sesentuh.

3. Cara Elektromagnet

Satu atau lebih sesentuh akabn dikendalikan oleh gegeelung elektromagnt. Kadar pelarasan kawalaan pelindung arus lebih ddibuat deengan skru pelaaras ataau dengan menambah bilangan beelitan gegelung untuk perubahan yang besar. Setelah pemutus litar berkendali, ia bolh dikembalikan kekedudukan asal dengan menggunakan punat tekan set semula. Apabila arus yang masuk ke litar itu tidak melebihi kadaran yang dihadkan oleh pemutus litar, gegelung electromagnet tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menarik sesentuh dan seterusnya memutuskan litar kerana kekuatan sesentuh lebih besar daripada kekuatan gegelung electromagnet. Tetapi, sebaik sahaja arus yang memasuki gegelung eelektromagnet itu melebihi hadnya, gegelung eeelektrromagnet itu akan menarik sesentuh dan seterusnya litar itu putus .

Fungsi-fungsi lain pemutus litar

Selain menjadi pelindung arus lebih, pemutus litar digunakan sebagai pelindung haba lebihan belitan motor iaitu untuk mengawal kepanasan supaya motor itu berada pada suhu yang selamat bagi ssebuah motor. Pemutus litar juga berfungsi sebagai pemencil atau sebagai pelindung daripad kebocoran arus ke bumi pada sesebuah pemasangan yang mempunyai galangan bumi yang rendah.

Kebaikan dan keburukan pemutus litar

KebaikanKeburukan

Berkendali lebih cekap dan cepat

Mudah disambungkan ke bahagian mekanik lain untuk tujuan tindak balas keleegahannya

Boleh dikendalikan setelah kerosakan dibaiki

Mudah mengenal keadaannya telah berkendali atau belum dilihat tangkai suis togolnya, jika menghala ke atas ertinya berkendali lagi.

Tempoh lewatnya boleh dilaraskan. Mahal Jika rosak perlu ditukar baru

Sukar diperolehi

3. Geganti

Pelindung arus lebih boleh juga dibuat dengan menggunakan geganti. Cara ini paling sesuai untuk pelindung beban lebih atau pelindung arus lebih akibat litar pintas kerana geganti tidak memutuskan litrar yang terlibat itu secara langsung. Jadi, kadar bunga api dapat dikurangkan. Litar geganti biasanya dibuat secara kendalian terma atau magnet. Seterusnya geganti disalingkuncikan dengan bekalan utama melalui sesentuh.

Geganti paling banyak digunakan dalam pemula motor dan biasanya geganti dikadarkan mengikut arus beban penuh motor itu. Oleh yang demikian kadaran arus sebenar beban penuh motor itu perlu dilaraskan dengan tepat. Jika tidak belitan-belitan motor itu mungkin terbakar.

Sebagaimana pemutus litar, geganti juga boleh dilaraskan ke beberapa kadaran arus yang diperlukan supaya ia dapat berkendali mengikut kehendak pelindung arus lebih penguna dan juga boleh dilaraskan semula apabila sambunganya telah terputus. Geganti tidak mempunyai pemetik suis seperti manaa pemutus litar tetapi ia menggunakan punat tekan.

Bagi mengenali sama ada geganti telah berkendal;I atau tidak, perhatikan suis punat resetnya. Jika punat itu berubah kedudukan naik atau turun mengikut pembuat alat itu ertinya geganti itu telah berkendali. Sebaliknya jika kekal pada kedudukan biasa, suis punat tekan perlu ditekan bagi menghidupkan semua geganti itu. Ada juga geganti yang menggunakan lampu penunjuk bagi tujuan tersebut.

Dari segi perbelanjaan, geganti ini lebih mahal berbanding dengan pemutus litar kerana melibatkan pelindung arus lebih pada keseluruhan kutub bekalan. Terdapat berbagai-bagai bentuk dan jenis geganti seperti jenis hembusan gas, jenis vakum dan sebagainya. Jenis yang direndam dalam minyak biasanya berbalut serta dikendaluikan oleh geglung electromagnet dan pengubah arus.

Kendalian Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan masuk mengikut arah anak panah dan seterusnya meelengkapkan litar gegelung C. Gegelung C akaan memegang semua sesentuh S1 , S2 dan S3 kekedudukan bersentuh ( tutup ). Ini membolehkan arus mengalir ke motor, lihat arah aruss ( --------(----). Jika motor beban yang tidak melebihi beban penuhnya, arus aakan mengalir dengan tidak memberi apa-apa kesan kepada pemanas P, tetapi jika arus yang masuk itu lebih besar daripada yang dihadkan oleh geganti akibat penambahan bahan motor, maka arus yang lebih besar akan mengalir dan akan memanaskan pemanas P. seterusnya suis beban lebih ( s.b.1) akan ditolak dan terbuka. Apabila keadaan ini terjadi, motor akan berhenti sebab tiada lagi arus yang menguasainya. Oleh itu sesentuh S1,S2 dan S3 akan terbuka.

Kita dapat saksikan daripada Rajah di atas cara wujudnya dua litar kawalan motor ( daripada berlakunya beban lampu ) dan litar utama motor iaitu litar yang memberikan bekalan. Jika litar utama motor menggunakan arus dan voltan yang berbeza dengan arus dan voltan yang digunakan oleh litar kawalan motor, kita masih boleh membuat kawalan dengan menggunakan pengubah atau mengambil bekalan dari tempat yang berasingan. Secara ringkasnya boleh digambarkan seperti rajah di bawah :Kebaikan dan keburukan geganti :Kebaikankeburukan

Kesemua kutub bekalan boleh dibuka serentak

Boleh dikendalikan dari jarak jauh untuk mengadakan kawalan tambahan

Kadar pelindung arus lebih boelh dikawal

Boleh dilaraskan tempoh lewat kendaliannya untuk disesuaikan dengan arus perlindungan yang diperlukannya tanpa menggunakan alat khas.

Mudah dikendalikan, cepat dihidupkan setelah dibaiki sebarang kerosakan pada litar Tidak perlu ditukar ganti setelah berkendali, hanya setkan semula

Mudah mengenaal litar yang rosak tanpa diuji hanyaa dengan melihaat tangkai set semula atau lampu penunjuknya

Boleh menahan arus yang tinggi

Kawalan tangkai suisnyaa mudah dan tidak memerlukan tenaga yang kuat Terlalu mahal Perlu diuji dari semasa ke semasa

Penggunaannya tidak menyeluruh

Sukar didapati dalam pasaran

Sukar dibaiki jika rosak

Faktor-faktor pemilihan jenis pelindung arus lebih: Faktor factor yang perlu dipertimbangkan ialah :

1. Jenis beban Pada beban yang arusnya sentiasa seimbang, kadaran arus beban itu menjadi penntu kadaran arus bagi pelindung arus lebih yang hendak digunakan. Jika aruss itu berubah-ubah atau arus gangguan seperti renjatan dan arus harmonic pada beban lampu-lampu nyacas, arus ini hendaklah diambil kira besama arus beban itu. Bagi motor yang mempunyai motor yang mempunyai pelindung beban lebih sendiri dalam permulanya, kadaran arus fius pada litar akhir motor itu boleh digandakan sebanyak dua kali ganda daripada kadaran arus beban penuh motor itu.2. Ketahanan Pelindung Arus Lebih Elok dipastikan bahawa pelindung arus lebih yang dipilih berkemampuan menahan arus litar pintasnya. Misalnyaa, fius yang dikadarkan 15A hendaklah berkemampuan menahan arus litar pintas sebanyak 12 kali ganda kadaran fius itu iaitu 180 A.

Contoh : Satu beban menggunakan 240V, 15A. Rintangan beban ialah 240/15 = 16 ohm . Pada litar pintas. Rintangan litar menjadi lebih rendah, katakan 2 ohm . Jadi arus litar sekarang menjadi V/R = 140/2 = 120 A. Istilah berkemampuan menhan arus litar pintas bermaksud ketahanan badan peranti pelindung arus lebih itu daipada dirosakan akibat kehadiran arus semasa berlaku litar pintas.

3. Suhu sekitaran ( Ambien ) Suhu sekitaran ialah suhu sekeliling peranti pelindung arus lebih yang boleh mempengaruhi pelindung arus lebih itu terutamanya fius. Oleh itu kecekapan peranti suhu ini perlu dddiambil kira semasa penentuan kadaran arus peranti pelindung arus lebih agar fungsi peranti itu bersesuaiaan dengan kadar perlindungan yang dikehendaki. Factor suhu juga dapat menntukan kelas perlindungan yang akan digunakan nanti.

4. Alat khas bagi alat-alat yang amat peka ( mudah rosak ) akibat arus lebih yang mendadak naik, walaupun dalam tempoh yang singkat ( seperti ketika mula-mula suis dibuka,) peranti pelindung arus lebih yang digunakan hendaklah daripada kelas halus. Jika peranti daripada kelas kasar digunakan, alat yang peka kepada pertambahan arus itu akan rosak sebelum pelindung arus lebih berkendali. Contoh alat yang peka kepada pertambahan arus ialah alat-alat elektronik seperti computer.

5. Harga dan bahaya harga juga menjadi factor pemilihan. Jikaa terdapat pelindung arus lebih yang mempunyai keupayaan yang sama tetapi berharga murah, pelindung arus lebih itu lebih baiklah dipilih. Tetapi jika arus lebih itu merosakan peralatan, alatan lebih wajar dipilih pelindung yang lebih mahal dan baik yang dilindunginya kerana dalam hal begini keselamatan mesti diutamakan.

6. Penjagaan Jika peranti pelindung ini digunakan ditempat-tempat yang bahaya, peranti ini hendaklah daripada jenis yang canggih dan tahan supaya orang-orang yang tidak berkelayakan tidak akan dapat mengendalikannya. Namun begitu untuk kegunaan umum, peranti ini hendaklah diletakan ditempat yang mudah dicapai untuk diperiksa.

Kehendak-kehendak asas pelindung arus lebih

1. menghadkan suhu penebat pengal;ir yang akan menerima arus beban lebih opada satu tmpoh yang lama aitu satu jam atau lebih. Oleh itu pemilihan kabel hendaklah sesuai terutamanya jika factor-faktor kadaran semula kabel wujud. Misssalnya suhu ambient dan kumpulan kabel.

2. Arus rekaan ( 1b) hendaklah lebih kecil atau sama dengan keupayaan kebel membawa arus ( Iz ). Arus normal atau arus set peranti pelindung beban lebih ( 1n ) hendaklah sama atau kurang daripada keupayaan kabel membawa arus ( Iz ).3. Pemilihan kadaran arus kabel dan kadaran arus peranti pelindung hendaklah diambil kira kerana peranti-peranti ini tidak akan berkendali serta merta. Ia mengambil tempoh lewat untuk berkendali.

4. Walaupun pelindung arus atau beban lebih boleh membawa arsu beban yang lebih besar daripada yang dibawa oleh kabel yang melindunginya ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

5. Arus kendalian peranti pelindung arus lebih tidak boleh kurang daripada 1.45 X kadar arus terkecil keupayaan kabel membawa arus dalam litar yang dilindunginya.

6. Memastikan sama ada peranti pelindung yang dipilih itu boleh berkendali dalam masa yang telah ditetapkan atau dalam kata lain berapa cepat peranti pelindung iotu berkendali jika digunakan sebagai pelindung arus litar pintas. Masa tersebut dapat ditentukan dengan membuat pengiraann berdasarkan formulaa yang berikut :

t = K2 X S2 / I 2 dimana :t = temph lewat arus litar pintas berlaku, dalam saatS = luas kerana rentas pengalir yang dilindunginya, dalam mm2K = parameter pemalar mengikut jenis bahanI = arus litar pintas yang mungkin berlaku ( dalam pmkd a. u.)

Masa yang diperolehi daripada pengiraan ini kemudiannya akan disesuaikan dengan peranti yang hendak digunakan berdasarkan graf tempoh kendalian peranti-peranti pelindung itu. Contohnya, kabel 16mm2 dilindungi oleh fius 63 A BS88 Bahagian 2. Galangan pengalir inki ialah 0.08 ohm . Jika bekalan 3 fasa 415 V digunakan, maka arus litar pintas yang mungkin ialahI = Vo / Z = 415/0.08 = 5188 A

Nilai K bagi kabel ini ialah 115. Maka masa yang diperlukan untuk pengalir menaikkan suhunya ke nialai yang selamat ialah :

t = K2 X S2 / I2= 1152 X 162 / 51882 = 0.126 saat. BS88 bahagian 2 brkadar 63A akan berkendali pada 0.01 saat apabila membawa arus sebanyak 1400 A. Arus ini mencukupi untuk membawa dan melindungi kabel daripada arus litar pintas ( 5188 A ) kerana ia akan berkendali dalam masa 0.01 saat lebih singkat daripada masa yang dikehendaki iaitu 0.126 saat.

Jadual Nilai K yang umum untuk kiraan kesan arus litar pintas

Bahan pengalirBahan penebatSuhu mula anggapan oCSuhu akhir yang dihadkan oCK

Kuprum Pvk

60 0C getah

850C getah

0 0C terma

kertas trsitepu

Pengalir

Kelongsong dan kedap 70

60

85

90

80

70

105 160 / 140 200

220

250

160

160

250 115/103 141

134

143

108

115

135

Aluminium pvk

60 0C ghetah

85 0C getah

90 0C terma

kertas terisitepu 70

60

85

90

80 160/140

200

220

250

160 76 / 68

93

89

94

71

Peraturan IEE Pelindung Arus Lebih533.1 Satu tanda perlu diadakan pada setiap fius atau pemutus litar bagi menunjukkan arus namaan sesuatu fius

533.2 Bagi fius jenis boleh didawai semula, satu catatan heendaklah dilekapkan pada kotrak agihan. Butiran catatan ini termasuklah jenis fius, kadar arus namaan dan sebagainya bagi mengelakkan tersalah kadaran arus peranti itu.

533.3 Fius yang mudah ditanggalkan hendaklah direka agar tidak membahayakan semasa diganti.533.4 Sebaik-baik fius yang hendak digunakabn hendaklah daripada jenis kartrij. Jika fius separuh tertutup digunakan dan dawai kuprum digunakan untuk unsure fiusnya, kadaran arus dan saiznya boleh dirujuk daripada jadual.

533.5 Jika pemutus litar digunakan sebagai pelindung arus lebih, pemutus litar itu hendaklah daripada jnis yang tidak mudah disetkan kadaran arus pelepasannya kecuali menggunakan kekunci khas atau set itu mempunyai tanda kadaran arus yang mudah dilihat.

533.6 Urutan kendalian peranti pelindung arus lebih diperlukan bagi mendapatkan aturan kendalian peranti-peranti itu. Ini bererti peranti yang hamper dengan beban akan berkendali dahulu berbanding dengan yang jauh. ( Jika kerosakan berlaku di beban. )Pemencil

537.1 Satu peranti pemencil / umum boleh digunakan untuk lebih daripada satu fungsi dengan syarat setiap kehendak fungsi-fungsi itu dipatuhi ( dipenuhi).537.2 Pemencil hendakl;ah beruipaya memutuskan semua pengalir bekalan hidup.

537.4Peranti separuh pengalir tidak boleh dijadikan sebagai pemencil

537.7Pemencil hendaklah mudah dicapai dan dikendalikan secra berangkai untuk memutuskan semua dawai kutub bekalan kecuali sdawai neutral pada system bekalan TN-S460.1, 461.1,476.1Pemencil dan pensuisan bukan automatic hendaklah diadakan pada setiap pemasangan bagi memutuskan bekalan dan mengasingkan litar yang rosak daripada menjadi punca sebarang bahaya elektrik berterusan dipemasangan itu.

460.2 Dalam system bekalan TN-C, pengalir PEN tidak boleh disambungkan ke pemencil begitu juga pengalir litar dalam system bekalan TN-C neutral dalam system bekalan TT dan TN.

461-5Setiap peranti pemencil hendaklah mudah dikendalikan dengan cara menandakan fungsi atau litar yang dikawalnya.

476.3Pemencil yang bergabung dengan pemutus litar harus mempunyai saling kunci. Pemencil itu hanya boleh dikendalikan oleh orang yang berkelayakan dan diletakkan di tempat yang dapat diawasi oleh orang yang berkenaan.

Pelindung Beban Lebih

473.1 Peranti pelindung beban lebih hendaklah dipasang pada setiap titik yang mengalami perubahan ( berkurangan ) keupayaan membawa arus pengalir-pengalir dipemasangan itu, kecuali pada litar yang melibatkan peraturan 473.2, 473.3.

473.2 Peranti pelindung pengalir beban lebih boleh dipasang disepanjangf aliran pengalir itu dengan syarat bukan ditempat titik berlakunya perubahan arus atau titik litar cawangan atau titik untuk sambungan ke soket alur keluar.

473.3 Peranti pelindung beban lebih tidak diperlukan bagi :

a. Litar di sbelah bahagian beban yang berlaku penurunan arus.

b. Litar yang dibebankan dengan beban yang tidak mungkin akan bertambah

c. Litar yang mengakibatkan bahaya jika diputuskan, misalnya litar penguja penjanaq, litar penganmgkat magnet dan sebagainya.

d. Litar sekunder pengubah arus.

Pelindung Litar Pintas.

473.4 Peranti pelindunmg litar pintas hendaklah dipasang pada titik tmpat berlakunya perubahan ( berkurangan ) keupayaan pengalir membawa arus kcuali Peraturan 473.6, 473.8, 473.7 digunakan.473.5 Peranti pelindung litar pintas boleh dipasang pada bahagian beban apabila syarat peraturan 473.5 masih dipenuhi dengan tambahan

i. pengalir itu tidak melebihi 3 cm panjang

ii. dapat mengurangkan risiko litar [pintas ( meminimumkan risiko )

iii. dapat mengurangkan risiko kebakaran dan bahaya pada seseorang

437.7Peranti pelindung litar pintas boleh dipasang di m,ana-mana titik deengan titik dengan syarat satu peeranti pelindung litar berada di bahagian bekalan titik itu dan mempunyai ciri-ciri pelindung litar pintas.

PAGE 1