kertas model spm
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
1/13
Edisi 2011
Modul PerdaganganTingkatan 5
Bab 1 - Perbankan dan Institusi Kewangan
Bab 2 - Insurans
Bab 3 - Pengangkutan
Bab 4 - Komunikasi
Bab 5 Pergudangan
Bab 6 - Promosi
Bab 7 - Peranan Kerajaan dalam Perniagaan
Bab 8 - Konsumerisme
KERTAS PERCUBAAN SPM 1
KERTAS PERCUBAAN SPM 2
KERTAS PERCUBAAN SPM 2
olehPn. Maggie Low
SMJK Phor Tay
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
2/13
mlpl/smjkpt Page 166
Kertas 1
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yangterbaik bagi setiap soalan.
1. Antara berikut, pasangan manakah menunjukkan perbezaan antarapemborong jober para dan pemborong satu barisan?
Pemborong jober para Pemborong satu barisan
A. Menjual pelbagai jenis barang Menjual satu jenis barang sahaja
B. Memastikan stok di kedai runcit
sentiasa mencukupi
Memastikan stok dibekalkan apabila
dipesan
C. Menerima keuntungan sebagai
ganjaran daripada jualan barang
Menerima komisen sebagai ganjaran
daripada jualan barang
D. Memastikan aktiviti promosidijalankan oleh pekilang
Memastikan aktiviti promosidijalankan oleh peruncit.
2. Antara berikut, yang manakah menyebabkan peranan pemborong tidak lagi penting?
I Penubuhan kedai runcit
II Penubuhan kedai sejaras
III Kemunculan jualan langsungIV Kemunculan peruncit besar-besar
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I dan II sahaja D. II, III dan IV sahaja
3. Maklumat di bawah berkaitan dengan urus niaga yang dilakukan oleh Puan Hasiah.
Hitungkan jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Hasiah.
A. RM1 800B. RM1 900
C. RM1 960D. RM2 000
4. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan penghargaan ?
A. Melengkapkan diri dengan kemahiran dan kecekapan.
B. Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri.C. Menerima penghormatan daripada orang lain.
D. Memberi dorongan dan galakan kepada diri.
Harga mesin basuh : RM2 200Wang pendahuluan : RM 200Tarikh belian : 6 September 2005Tarikh bayaran : 20 September 2005Syarat pembayaran : 10% 5 hari
5% 15 hari2 % 30 hari
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
3/13
mlpl/smjkpt Page 167
5. Berikut adalah pembahagian tugas di atas dilakukan di sebuah kilang kereta di Shah
Alam.
Apakah jenis pengkhususan tersebut?
A. Pengkhususan antarabangsa
B. Pengkhususan mengikut prosesC. Pengkhususan mengikut kawasan
D. Pengkhususan mengikut kawasan
6. Berikut adalah kenyataan berkaitan pengeluaran.
Jenis pengeluaran di atas merujuk kepada
A. pengeluaran langsung
B. pengeluaran ekstraktif
C. pengeluaran tak langsungD. pengeluaran perkhidmatan
7. Seseorang itu mesti terlibat dalam perdagangan jika ia melibatkan diri dalamperniagaan.
Antara berikut, yang manakah paling tepat menerangkan pernyataan tersebut?
A. Kedua-duanya bermotifkan keuntunganB. Kedua-duanya memerlukan bantuan kerajaan
C. Kedua-duanya memerlukan bantuan perniagaan
D. Kedua-duanya membolehkan barangan diagihkan
Mengecat
Memasang tayar
Memasang enjin
Memasang cermin tingkap
Setiap firma mengeluarkan hasil keluaran yang berbeza
antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.Wujudnya unsur saling bergantungan antara satu sama lain.
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
4/13
mlpl/smjkpt Page 168
8. Berikut adalah kenyataan berkaitan sebuah dokumen.
Dokumen yang diterangkan di atas ialah
A. Pemberitahuan Panggil DatangB. Waran Limbungan
C. Nota Perkapalan
D. Resit Nakhoda
9. Antara berikut, urus niaga yang manakah merupakan import tak nyata Malaysia?
I Syarikat Samad di Pulau Pinang membeli komponen komputer dari JepunII Encik Karim membuat pelaburan di SwitzerlandIII Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke England
IV Mercy menghantar sekumpulan doktor ke Iraq
A. I sahaja C. I dan III sahajaB. III sahaja D. III dan IV sahaja
10. Berikut adalah masalah dalam pemasaran.
Antara berikut, yang manakah menyebabkan timbulnya masalah-masalah di atas?A. Pengeluar tidak dapat mengagihkan barangan dengan segera
B. Pengeluar tidak menjalankan promosi secara intensif
C. Pengeluar menghasilkan barangan secara berlebihan
D. Pengeluar menghadapi masalah pergudangan
11. Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan memberi pelepasan cukai
kepada perniagaan?I Menggalakkan eksport bahan mentah tempatan
II Menggalakkan penggunaan pekerja tempatan
III Menggalakkan pelaburan dalam perusahaan tertentuIV Menggalakkan penempatan perusahaan di kawasan tertentu
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
Dokumen ini dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihaklembaga pelabuhan yang menerima barang-barang untuk dihantar.
Dokumen ini juga dihantar untuk memintanya memuatkan barang-barang ke dalam kapal.
Bekalan barang berlebihan di pasaran
Harga barang menjadi tidak stabil
Barang menjadi rosak
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
5/13
mlpl/smjkpt Page 169
12. Mengapakah peruncit kecil-kecilan lebih suka mendapatkan stoknya daripada
pemborong bayar dan bawa?A. Pemborong menawarkan harga yang murah
B. Pemborong menyediakan perkhidmatan serahan
C. Peruncit boleh membeli barang secara kredit
D. Peruncit boleh membeli beraneka jenis dan jenama barang pada harga yangmurah
13. Berikut adalah kenyataan berkenaan ciri stok sebuah milikan perniagaan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Kedai sejarasB. Kedai tunggalC. Kedai koperasi
D. Kedai serba ada
14. Berikut data yang diambil dari Koperasi SMJK Phor Tay Bhd pada tahun 2005.
Berapakah rebat atas langganan koperasi tersebut?A. RM0.02 dalam seringgit
B. RM0.10 dalam seringgit
C. RM0.12 dalam seringgit
D. RM0.38 dalam seringgit
15. Mengapakah milikan tunggal mudah ditubuhkan?
A. Diurus oleh pemilikB. Modal yang besar
C. Saiz perniagaan yang kecil
D. Peraturan dan dokumentasi yang sedikit
Stok dibeli secara pukal oleh ibu pejabat.
Stok yang dijual adalah sama dari segi kualiti
harga, jenama dan pembungkusan.
Koperasi SMJK Phor Tay Bhd.
Modal : RM150 000Lebihan : RM47 000
Rizab : RM 8 000Jumlah belian tahunan ahli : RM390 000
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
6/13
mlpl/smjkpt Page 170
16. Berikut adalah ciri berkaitan sebuah bank.
Bank manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas?
A. Bank Simpanan Nasional
B. Bank Rakyat Malaysia BerhadC. Bank Bumiputera-Commerce Berhad
D. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
17. Berikut adalah masalah yang dialami oleh seorang usahawan.
Apakah jenis pembiayaan bank yang sesuai dipohon oleh beliau?
A. Pinjaman
B. OverdrafC. Kad kredit
D. Kredit berdokumen
18. Mengapakah Malaysia mengadakan perniagaan antarabangsa dengan negara lain?I untuk mengurangkan import
II untuk mendapatkan pertukaran wang asing
III untuk meluaskan pasaran dan mempelbagaikan pilihanIV untuk mengelakkan aktiviti spekulasi mata wang
A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja
B. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja
19. Adam, Begum dan Cheang berkongsi menjalankan perniagaan perkongsian. Adam
telah menyumbangkan modal sebanyak RM2 000, Begum RM4 000 dan Cheang
RM6 000. Mereka bersetuju untuk berkongsi keuntungan mengikut nisbah modalyang disumbangkan.
Jika perniagaan mereka memperolehi keuntungan sebanyak RM20 000, berapakah
jumlah keuntungan yang akan diterima oleh Cheang?A. RM6 000
B. RM10 000
C. RM12 000D. RM14 000
Mengumpulkan modal daripada ahli-ahlinya menerusipenjualan syer
Menjalankan perkhidmatan yang terhad sahaja
Melindungi kepentingan dan kebajikan ahlinya
Tuan Hj Baharom, kontraktor binaan di Mersing. Beliau menghadapi masalahaliran tunai untuk membayar gaji pekerjanya seramai 10 orang. Cek bernilaiRM1 juta yang diterimanya daripada kerajaan negeri Johor untuk kerja
pembinaan yang dilakukannya belum lagi dikreditkan ke dalam akaunnya.
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
7/13
mlpl/smjkpt Page 171
20. Antara berikut, pernyataan manakah yang membezakan di antara tataurus syarikatdengan tatawujud syarikat?
A. Merekodkan butir peribadi penyumbang modal
B. Menyatakan liabiliti pemegang syer
C. Mencatatkan sejarah penubuhan syarikatD. Memperihalkan peraturan dan prosedur pentadbiran syarikat
21. Berikut adalah berkaitan cara untuk mendapatkan modal tambahan dalam perniagaan.
N menerangkan tentangA. Pajakan
B. Pemfaktoran
C. Syarikat Kewangan BerlesenD. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
22. Seorang kakitangan kerajaan telah membeli rumah melalui Skim Pinjaman
Perumahan Kerajaan. Apakah polisi insurans yang perlu diambil oleh beliau?
A. Insurans gadaianB. Insurans kebakaran
C. Insurans liabiliti awam
D. Insurans tanggungan majikan
24. Antara berikut, pasangan pelaburan yang manakah paling selamat bagi seorang
pelabur?A. Hartanah, komoditi dan saham
B. Simpanan tetap, saham dan hartanah
C. Unit Amanah Hartanah, gilt dan debentur
D. Pasaran mata wang asing, komoditi dan Unit Amanah Saham
25. Pada bulan Mei 2005, Encik Ghani telah melabur sebanyak RM13 000 dengan
membeli pound sterling pada kadar pertukaran RM6.50 bersamaan 1. Sebulankemudian kadar pertukaran telah berubah menjadi RM7.00 bersama 1.
Sekiranya Encik Ghani telah menjual kesemua mata wang pound sterling
kepunyaannya, berapakah keuntungan yang akan beliau perolehi?A. RM1 000
B. RM1 857
C. RM13 000D. RM14 000
N
Peniaga menyerahkan invois kepada bank
Bank akan menunggu genap tempohkredit untuk mengutip bayaran daripadapenghutang
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
8/13
mlpl/smjkpt Page 172
26. Pilih pernyataan yang benar mengenai syer keutamaan.
A. Kadar dividen adalah bergantung pada keuntungan syarikatB. Pemegang syer keutamaan tidak mempunyai kuasa mempengaruhi corak
pentadbiran syarikat
C. Pemegang syernya dibayar balik akhir sekali apabila syarikat dibubarkan
D. Tiada tunggakan dividen dibayar sekiranya syarikat mengalami kerugiandalam perniagaan tahunannya.
27. Agensi yang terlibat memberi bantuan dalam bidang pemasaran kepada pengusahaindustri kecil dan sederhana ialah
A. BERNAS dan UDA
B. UDA dan NPC
C. MPIB dan UDAD. FAMA dan PKKM
28. Antara berikut, strategi manakah yang boleh diambil oleh pengusaha-pengusaha batik
Malaysia untuk mengatasi persaingan di pasaran antarabangsa?
A. Meningkatkan kos pengeluaran.B. Meningkatkan mutu keluaran tanpa menurunkan harga.
C. Mengurangkan kemahiran pekerja dalam bidang pengeluaran.
D. Menggunakan sepenuhnya kemahiran seni pertukangan tangan.
29. Apakah kelebihan Bayaran Tertunda berbanding dengan Sewa Beli?
A. Pengguna boleh membeli barang mahal dengan segera.B. Penjual tidak boleh mendakwa pembeli jika tidak menjelaskan bayaran.
C. Pembeli berhak untuk mengembalikan barang jika ansuran tidak dapat
dibayar.
D. Pengguna mempunyai hakmilik ke atas barang sebaik sahaja ansuran
pertama dibayar.
30. Akta perihal Dagangan digubal oleh kerajaan untuk membantu hak pengguna dari
segiA. mendapat perwakilan dan pendidikan kepenggunaan
B. mendapat ganti rugi dan keperluan asas
C. mendapat maklumat dan perlindungan
D. membuat pilihan dan keselamatan
31. Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan etika penjual membantu
kerajaan untuk bersama-sama mewujudkan suasana muhibah dalam aktiviti
perniagaan
A. Menghulurkan bantuan kewangan untuk projek kajian dan penyeledikanuntuk membenteras wabak JE.
B. Menggunakan bahan mentah yang diimport dalam aktiviti pengeluaran.
C. Tidak melibatkan diri dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi negara.D. Meminta kerajaan memberi pelbagai insentif untuk meggalakkan aktiviti
pengeluaran.
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
9/13
mlpl/smjkpt Page 173
32. Berikut adalah cara sebuah perniagaan melakukan promosi.
Apakah bentuk promosi yang berkaitan dengan rajah di atas?
A. Publisiti
B. Promosi jualanC. Jualan terus
D. Iklan bertanding
33. Antara berikut, pernyataan manakah yang menepati ciri-ciri gudang awamI Merupakan gudang penyetoran sejuk.
II Menyimpan barang-barang yang belum dijelaskan cukai.
III Terletak di pintu masuk negara dan tempat-tempat yang diperlukan.IV Menyimpan barang-barang tidak bercukai dan yang telah dijelaskan cukai.
A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja
B. I dan III sahaja D. III dan IV sahaja
34. Antara berikut, situasi manakah yang memerlukan perkhidmatan gudang berbon?
A. Pasaraya Sunshine Square di Pulau Pinang membeli stok dengan banyaknya
dari kilang-kilang di kawasan perusahaan ringan di Johor Bahru pada hargayang amat murah.
B. Pemborong beras Jeremy yang mengimport beras dari Thailand dan telah
menjelaskan cukainyaC. Syarikat Perniagaan Boonhua mengimport kain dari Jepun dam menunggu
pengimportnya di Thailand memberikan arahan untuknya menghantarkan
stok kain itu.D. Kapal ikan yang telah balik ke Pelabuhan Pulau Pinang dengan tangkapan
yang banyak setelah menangkap ikan di kawasan perairan laut dalam
Diskaun hingga 70%Jualan barang-barang berjenama terkenal
Jangan lepaskan peluang ini
20 Mei hingga 21Jun 2005
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
10/13
mlpl/smjkpt Page 174
35. Berikut adalah kenyataan mengenai sebuah milikan perniagaan.
Berdasarkan pernyataan tersebut, berapakah keuntungan yang diperoleh oleh Asyraf?
A. RM15 000B. RM10 000
C. RM7 500
D. RM5 000
36. Modal Kamal dalam Syarikat Idaman Rini terdiri daripada berikut:
Kirakan pendapatan yang akan diterima oleh Kamal pada tahun tersebut jika Syarikat
Idaman Rini meluluskan pembayaran dividen 10% ke atas pemegang syer biasa
(cukai diabaikan)
A. RM19 000B. RM1 900
C. RM1 000
D. RM600
37. Pilih pernyataan yang benar mengenai Sistem Barter.
A. Lebihan keluaran wajib ada sebelum sistem ini dapat dijalankanB. Tiada masalah pembahagian kerana melibatkan barang yang ringkas sahaja
C. Sistem ini dapat diamalkan selagi terdapatnya persetujuan di atas cara
pembahagian barang ; sama ada dengan menggunakan wang sebagai rangka
rujuk ataupun benda lain sebagai rangka rujukannyaD. Manusia perlu saling bergantungan
Asyraf dan Adilah telah bersetuju berkongsi menubuhkan satu
perniagaan bengkel membaiki kereta dengan modal awal masing-masing RM5 000 dan RM10 000. Mereka tidak menyediakan
perjanjian perkongsian. Bengkel ini memperoleh keuntungan
sebanyak RM15 000.
5 000 6% syer keutamaan @ RM1.00 seunit10 000 syer biasa @ RM1.00 seunit
10 debentur 6% @ RM1 000 setiap satu
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
11/13
mlpl/smjkpt Page 175
38. Berikut merupakan sejenis pengangkutan darat yang mempunyai lesen pembawatertentu.
Antara berikut, lori manakah yang mematuhi pelesenan tersebut?A. Lori persendirian yang mengangkut muatan 1 000 kg.
B. Lori persendirian yang mengangkut muatan 2 500 kg.
C. Lori sewa yang mengangkut muatan 1 000 kg.D. Lori sewa yang mengangkut muatan 2 500 kg.
39. Antara jenis-jenis perniagaan berikut, yang manakah berkemungkinan menggunakankad jawapan perniagaan?
A. Gedung aneka jabatan
B. Kedai sejaras
C. Pesanan melD. Pasar raya
40. Di antara berikut, pemilik gudang yang manakah harus menandatangani suatuperjanjian dengan pihak kastam?
A. Gudang kerajaan
B. Gudang peruncit
C. Gudang berlesenD. Gudang pengilang
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
12/13
mlpl/smjkpt Page 176
Kertas 2
Bahagian A : Jawab mana-mana tiga soalan.
1. a. Bezakan antara perdagangan dengan perniagaan. (8 markah)
b. Apakah maksud keperluan fisiologi dalam model hieraki keperluan manusia?
(3 markah)
c. Proses pengeluaran melibatkan penciptaan nilai-nilai faedah. Huraikan nilai
nilai faedah itu (8 markah)
d. Mengapakah pengkhususan wujud dalam pengeluaran ? (6 markah)
2. a. Apakah sumbangan insurans kepada individu, peniaga dan negara? (9 markah)
b. Bagaimanakah syarikat insurans menentukan premium insurans kebakaran untuksesebuah bangunan? (10 markah)
c. Bezakan antara risiko boleh diinsuranskan dengan risiko yang tidak boleh
diinsuranskan. (6 markah)
3. a. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang pengurus bank
sebelum meluluskan sesuatu permohonan pinjaman ialah cagaran.
Apakah faktor-faktor lain yang dipertimbangkan? (10 markah)
b. Jelaskan jenis-jenis cek berikut:
i. Cek tak layan (3 markah)ii. Cek bertanda (3 markah)
c. Pada 25 hb September 2004, Puan Sarah binti Osman ingin membayar sebanyakRM2 650 kepada Syarikat Murni Setia yang membekalkan barang-barang kepada
perniagaannya. Beliau mempunyai akaun semasa di Bank Wawasan Perkasa
Berhad. Untuk menjadikan cek itu selamat beliau telah memalang cek berkenaan.
Anda dikehendaki melakarkan cek berkenaan. (9 markah)
4. a. Mengapakah sesuatu barang perlu diiklankan? (7 markah)
b. Apakah faktor-faktor yang menentukan kos pengiklanan dalam suratkhabar dan
televisyen? (12 markah)
c. Jelaskan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih sesuatu media
pengiklanan. (6 markah)
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing
-
7/29/2019 Kertas Model SPM
13/13
mlpl/smjkpt Page 177
5. a. Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran? (3 markah)
b. Huraikan unsur-unsur campuran pemasaran dengan terperinci. (12 markah)
c. Jelaskan fungsi agensi pemasaran berikut:
i. FAMA (5 markah)ii. BERNAS (5 markah)
Bahagian B
Baca Kes di bawah dengan teliti.
Dr. Wani adalah seorang doktor pakar kanak-kanak. Sejak 6 tahun yang lalu, beliau
telah mengusahakan sebuah klinik persendirian dengan nama Klinik Wani dengan
jayanya. Perniagaan Dr Wani berkembang dengan pesat dan pengurusan klinikmenjadi semakin sukar. Baru-baru ini beliau telah berbincang dengan dua rakanya
yang bertugas di sebuah hospital kerajaan. Mereka berminat untuk melabur modaldalam perniagaan Dr Wani dengan syarat mereka menanggung liabiliti yang terhad.Dr Wani bersetuju dengan cadangan mereka dan menamakan Klinik Wani dan
Rakan-rakan.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut
1. Apakah bentuk milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh Dr Wani dan rakan-
rakannya? (2 markah)
2. Bezakan status Dr Wani dengan rakan-rakannya dalam milikan perniagaan
tersebut? (3 markah)
3. Terangkan tiga kebaikan dan keburukan milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh
mereka. (12 markah)
4. Apakah faedah yang mungkin mereka nikmati apabila mereka menukarkan
bentuk milikan perniagaan ini kepada bentuk syarikat sendirian berhad?
(8 markah)
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing