kertas 2

5
Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang lobak. Hal ini kerana, penjodoh bilangan 'biji' digunakan pada benda-benda yang agak bulat atau bujur tetapi kecil seperti telur, buah-buahan, cawan, periuk, piring dan mangkuk. Sekiranya puan, merujuk Kamus Dewan pula, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian. Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Darul Makmur. 26 Januari 2011 Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan

Upload: zah-harie

Post on 12-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: kertas 2

Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang lobak. Hal ini kerana, penjodoh bilangan 'biji' digunakan pada benda-benda yang agak bulat atau bujur tetapi kecil seperti telur, buah-buahan, cawan, periuk, piring dan mangkuk. Sekiranya puan, merujuk Kamus Dewan pula,  biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian.

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSRAnda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

                                                                                             No. 74, Taman Seri Merapoh,                                                                                             27210 Merapoh,                                                                                             Kuala Lipis,                                                                                             Pahang. Darul Makmur.

                                                                                             26 Januari 2011

               Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

               Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

              Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

              Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

               Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

              Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti.

Page 2: kertas 2

Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

              Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

                                                                                                             Sahabatmu,

                                                                                                             .............................                                                                                                            (Khairi bin Zaideen )

Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum - Karangan Jenis FaktaContoh 1

            Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan  kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum.

Ada banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum.Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah kita dapat memenuhkan masa lapang. Orang yang memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah tidak terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah.  Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu masa lapang mereka terisi sepenuhnya.                       

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain.                           

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan,, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan dan rugi. 

                       

Page 3: kertas 2

Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Badan akan mengeluarkan peluh. Kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita juga tidak akan mudah sakit.            

         Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.            

Contoh 2

              Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

         Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

             Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

          Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

          Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.

Page 4: kertas 2

          Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Karangan jenis cereka

- Karangan ini ada berkaitan dengan cerita atau sesuatu peristiwa untuk anda tuliskan.- Ia selalunya berkisar kepada:- Ia memerlukan anda menggabungkan segala pengalaman/pengetahuan sedia ada- Karangan jenis ini mesti mempunyai pendahuluan yang menarik, klimaks cerita yang berkesan     dan penutup yang berunsurkan pengajaran.- Isi mestilah logik dan berkaitan- Bahasa yang hendak digunakan mestilah menarik dan berkesan. Pelbagai ragam ayat boleh  digunakan. Kiasan, ungkapan dan perumpamaan yang sesuai dengan jalan cerita boleh     dimasukkan.