perdagangan kertas 2

22
PERDAGANGAN KERTAS 2 3755/2 (SOALAN ESEI)

Upload: mutiasyabiha-hamdan

Post on 18-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Perdagangan Kertas 2

TRANSCRIPT

  • PERDAGANGAN KERTAS 2 3755/2 (SOALAN ESEI)

  • PERUNTUKKAN MASA2 jam untuk menjawab 4 soalan esei. 30 minit untuk setiap soalan.Mula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah.Jangan mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan. Tinggalkannya dan terus kepada soalan lain.Kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lainPeruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapanJangan menjawab kurang daripada 4 soalan (kehilangan markah).Jika anda menjawab 3 daripada 4 soalan, akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan. Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan.

  • PEMILIHAN SOALAN Boleh memilih mana-mana 3 soalan daripada bahagian A dan wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).Sebelum memilih soalan baca semua soalan dengan teliti dan gariskan perkataan-perkataan penting.Semasa memilih soalan pilih soalan yang anda boleh jawab dengan baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.Pemilihan soalan yang salah membuang masa untuk mencuba soalan lain.

  • PANDUAN MENJAWAB SOALAN Jawapan berbentuk esei / point esei (esei pendek)Markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei. Biar ringkas tetapi menepati kehendak soalan Bahasa dan tulisan yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.Peruntukan 5 minit merangka jawapan senaraikan fakta penting yang berkaitan dengan soalanMulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru SATU PERENGGAN {FAKTA, HURAIAN, CONTOH}fakta / perenggan diberikan nombor dan kepala sesuatu perenggan digariskanSetiap fakta / perenggan diselang dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.Gunakan kertas jawapan baru utk soalan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.Jawapan baik mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.Soalan perbezaan / perbandingan jelaskan dalam bentuk jadual.Jangan buat pendahuluan atau penutup. Soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

  • BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI 1. Pengetahuan / fakta / terangkan2. Buat nota ringkas3. Perbezaan / Persamaan4. Kajian kes5. Kebaikan dan Keburukan6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan

  • KATA TUGASa.Terangkan / JelaskanMemerlukan anda menerangkan sesuatu.Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskanContohnya: Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan.Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

  • KATA TUGASb. HuraikanBererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

  • KATA TUGASc. Bincangkan / Beri ulasanMengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut.Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.

  • KATA TUGASd. Berikan / Namakan / SenaraikanMemerlukan anda memberikan fakta.Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjutContohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

  • KATA TUGASe.TakrifkanMenerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.Contohnya: Takrifkan pengkhususan

  • KATA TUGASf. NyatakanMengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan telitiContohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

  • KATA TUGASg.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkaraContohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

  • KATA TUGASh. Buat PerbandinganMengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannyaContohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api

  • KATA TUGASi.Tuliskan nota-nota ringkasMemerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelasContohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:

    a. Cek Kembarab. Invios Pro-formac. Poslajud. Kontenarisasi

  • KATA TUGASj. Bagaimana / Dengan cara apakahMemerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatuContohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

  • KATA TUGASk. Mengapakah / Apakah sebab-sebabMemerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatuContohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?

  • KATA TUGASl. Apakah / Apakah yang dimaksudkanMenjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahajaContohnya: Apakah cek kosong?

  • Encik Malik mula menceburi bidang perniagaan sebaik sahaja beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Beliau menceburi bidang jualan buku dan alat tulis di kampungnya. Namun begitu beliau kurang berpegalaman dalam bidang ini. Perniagaannya merosot miskipun lokasi kedainya adalah strategik. Tiga bulan kemudian beliau berpeluang mengikuti kursus perniagaan yang dianjurkan oleh pihak MARA.

    Selepas kursus tersebut beliau berasa lebih yakin dan mengambil beberapa langkah untuk memajukan perniagaannya. Beliau memasang sebuah telefon untuk memudahkannya menerima pesanan daripada pelanggan. Papan tanda kedainya diperindahkan serta dipasang dengan lampu menjadikannya lebih menarik. Beliau membeli sebuah van terpakai untuk menghantar dan membeli barang niaganya. Beliau juga menjadikan sebuah bilik dikedainya sebagai stor untuk menyimpan stok barangan. Kesemua ini dibuat hasil pinjaman sebanyak RM30 000 daripada sebuah bank tempatan. Sejak pembaharuan yang dilaksanakan olehnya perniagaannya bertambah maju.

  • 6(a)Andaikan anda seorang daripada penceramah dalam kursus perniagaan yang dihadiri oleh En. Malik, berikan takrifan perniagaan kepada beliau, supaya beliau faham tentang perniagaan.[5 m]

    (b)Terangkan usaha yang diambil oleh En. Malik untuk membantu dan memajukan perniagaannya. Kenal pasti bantuan perniagaan yang digunakan bagi setiap usaha tersebut. [10m]

    (c) Apakah kesan terhadap usaha yang telah diambil oleh En. Malik jika tidak menggunakan bantuan perniagaan. [10m]

  • aktiviti jual beli barang & perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan[1]serta memenuhi keperluan & kehendak pengguna. [1]terbahagi kepada dua iaitu perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa [1]Perniagaan dalam negeri peruncit dan pemborong[1]Perniagaan antarabangsa eksport, import dan enterpot[1] Mak:5m

    Soalan 6 (a)

  • Usaha En. Malik & bantuan perniagaan yg digunakanmemasang telefon (komunikasi)[1] memudahkan meneriama dan membuat pesanan[1]papan tanda yang dihiasi lampu (promosi)[1] untuk menarik perhatian pelanggan / orang ramai[1]Beli van (pengangkutan)[1] memudahkan menghantar dan memindahkan barangan [1]bilik stor (pergudangan)[1] menyimpan stok barang dengan selamat[1]Pinjaman RM30 000(perbankan)[1] perkhidmatan pembiyaan bank untuk memajukan perniagaan[1]

    (maksimum 10 markah) Soalan 6(b)

  • Kesan jika tidak menggunakan:komunikasi perhubungan antara pekedai dan pelanggan tidak dapat dibuat[1] merugikan perniagaan[1]Promosi tidak dapat menarik pelanggan / orang ramai[1], jualan akan merosot[1]Pengangkutan mengedar & mengangkut barang perniagaannya[1] meluaskan pasaran[1]Pergudangan stok tidak dapat diuruskan dengan baik[1], boleh mengakibatkan pembaziran, barang niaga rosak dsb.[1]Perbankan perniagaan tidak dapat dikembangkan/dimajukan[1] jika tiada modal oleh itu pinjaman daripada pihak bank diperlukan[1]

    (maksimum 10 markah)Soalan 6 (c)