kertas 1
DESCRIPTION
ertTRANSCRIPT
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
penggunaan Internet dalam kehidupan pada hari ini. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Menambah kenalan dari seluruh dunia
Memudahkan pencarian maklumat
Menjana pendapatan yang lumayan
Faedah-faedah penggunaan Internet dalam kehidupan pada hari ini
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai
peranan penting untuk membangunkan negara.
Huraikan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk menjadi pemimpin
pada masa hadapan.
2. Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu, penderaan kanak-
kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga untuk membanteras masalah
penderaan kanak-kanak.
3. Kenaikan kos bahan bakar dan masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar
memerlukan sistem pengangkutan awam dipelbagaikan.
Tulis sebuah rencana tentang cadangan-cadangan untuk mempelbagaikan sistem
pengangkutan di negara ini.
4. Negara-negara di dunia pada hari ini mengalami masalah pemerdagangan manusia
yang semakin membimbangkan.
Jelaskan tindakan-tindakan yang berkesan bagi membendung kegiatan tersebut
daripada berleluasa.
5. Peribahasa “belakang parang jika diasah lagikan tajam” bermaksud seseorang yang
lemah akan berjaya sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas.