kertas kerja (1)

25
KERTAS KERJA AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL KARNIVAL PENGAKAP NEGERI SARAWAK TAHUN 2015 TARIKH : 27 FEB 2015 TEMPAT : PADANG MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN MASA : 3.00pm - 6.00pm ANJURAN : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK

Upload: aliah-mat-lazim

Post on 24-Dec-2015

112 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA (1)

KERTAS KERJA

AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL

KARNIVAL PENGAKAP NEGERI SARAWAK

TAHUN 2015

TARIKH :

27 FEB 2015

TEMPAT :

PADANG MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN

MASA :

3.00pm - 6.00pm

ANJURAN :

Page 2: KERTAS KERJA (1)

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK

1.0 Pengenalan Karnival Permainan Tradisional.

Permainan tradisional adalah merupakan salah satu lambang kebudayaan

bagi sesebuah masyarakat. Ianya dimulakan dan diperkenalkan terlebih awal

oleh nenek moyang terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi

seterusnya sehingga sekarang. Permainan Tradisional turut dikenali sebagai

permainan rakyat. Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi dimainkan

sehingga kini. Namun, terdapat juga permainan tradisional yang tidak dimainkan

lagi dan hanya diketahui oleh nenek moyang terdahulu. Antara permainan

tradisional masyarakat Melayu yang masih lagi dimainkan sehingga sekarang

adalah seperti gasing, congkak, ketingting, wau, batu seremban, sepak raga, dan

lain-lain.

Aktiviti Permainan Tradisional ini adalah merupakan sebahagian daripada

aktiviti yang di adakan sepanjang Karnival Pengakap Sarawak yang pertama kali

diadakan. Aktivti ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengenalan

kepada ahli-ali pengakap mengenai permainan tradisional yang menjadi

kebanggaan negara kita. Sekaligus, untuk mengangkat budaya permainan

tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

Page 3: KERTAS KERJA (1)

2.0 Matlamat Aktiviti Permainan Tradisional.

Antara matlamat utama aktiviti Permainan Tradisional ini adalah seperti yang

berikut:

2.1 Meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli pengakap di negeri Sarawak.

2.2 Meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong menolong

dalam kalangan ahli Pengakap.

2.3 Mendedahkan pengalaman baharu kepada ahli-ahli Pengakap mengenai ilmu

pengetahuan tentang permainan tradisional.

2.4 Menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan ahli-ahli

Pengakap.

2.5 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan ahli-ahli Pengakap

dalam menyelesaikan masalah.

2.6 Meningkatkan tahap disiplin ahli-ahli Pengakap melalui penetapan peraturan

permainan.

2.7 Melahirkan individu Pengakap yang sedia menghadapi cabaran.

3.0 Objektif Aktiviti Permainan Tradisional.

Antara objektif penganjuran Permainan Tradisional adalah seperti yang

berikut:

3.1 Meningkatkan hubungan interpersonal Persekutuan Pengakap Malaysia dengan

pihak-pihak tertentu yang terlibat semasa pengelolaan Karnival Pengakap

Sarawak.

3.2 Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan ahli-ahli Pegakap

di seluruh Negeri Sarawak.

3.3 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama,

hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap ahli

Pengakap.

4.0 Penyertaan/Kumpulan sasaran

Seluruh ahli-ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak.

Page 4: KERTAS KERJA (1)

5.0 PERANCANGAN PERMAINAN TRADISIONAL.

5.1 ATURCARA PERMAINAN TRADISIONAL

Pertadingan akan berlangsung secara serentak bermula jam 1500 - 1800

5.2 SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DAN CARA BERMAIN BAGI

SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL.

( Lampiran 1(A), Lampiran 1(B), Lampiran 1(C), Lampiran 1(D) )

5.3 PERATURAN UMUM PERTANDINGAN

Peserta hendaklah mendaftar di meja urusetia sebelum permainan

dijalankan.

Peserta perlu memakai pakaian yang sesuai dan sopan.

Sebarang pelanggaran undang-undang setiap permainan akan menyebabkan

pembatalan penyertaan peserta daripada bertanding.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

5.4 URUSETIA TERLIBAT

(Lampiran 2)

5.5 PERALATAN

(Lampiran 3)

5.6 ANGGARAN KOS

(Lampiran 4)

5.7 BORANG PENYERTAAN

(Lampiran 5)

5.8 BORANG RUMUSAN MARKAH KESELURUHAN

(Lampiran 6)

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, aktiviti ini adalah bagi memantapkan pengetahuan dan

pengalaman setiap ahli-ahli Pengakap. Diharapkan agar perancangan yang

dirangka ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan

Page 5: KERTAS KERJA (1)

kesungguhan yang tinggi daripada setiap pihak adalah amat diperlukan demi

untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

LAMPIRAN 1(A)

Nama Permainan: Layang-layang

Kategori: Berkumpulan ( 15 orang setiap kumpulan)

Tempat: Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Alatan:

1. Buluh

2. Surat khabar terpakai

3. Tali benang

4. Pisau/gunting

5. Selefon Tape

Perlaksanaan pertandingan:

1. Setiap kumpulan akan diberikan alatan seperti yang dinyatakan.

2. Membuat dua bentuk layang-layang iaitu;

a. Wau bulan

b. Layang-layang bebas

3. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama menyiapkan layang-layang.

4. Layang-layang yang telah siap perlu mendapat kebenaran dari pihak urusetia

sebelum diterbangkan.

5. Selepas itu, layang-layang sudah boleh diterbangkan.

Syarat-syarat pertandingan:

1. Terbuka kepada pasukan berkumpulan sahaja.

2. Bahan pembuatan layang-layang mestilah diperbuat daripada kertas.

3. Layang – layang yang tidak disahkan oleh urusetia dilarang diterbangkan.

4. Sekiranya ribut,hujan dan tiada angin pemenang akan ditentukan melalui aspek

yang lain yang ditetapkan.

5. Layang – layang yang bermotifkan politik tidak dibenarkan sama sekali.

Page 6: KERTAS KERJA (1)

6. Penyertaan akan terbatal sekiranya ada pasukan yang menggunakan buluh,

kertas dan tali lain daripada yang telah disediakan pihak urusetia.

Borang Pemarkahan Layang-Layang

DAERAH : ______________________

Bil KRITERIA

MARKAH

Wau Bulan Bebas

1 Ketepatan Masa

2 Kerjasama Kumpulan

3 Kekemasan

4 Kekukuhan binaan

5 Kreativiti

JUMLAH ( __/50) ( __/50)

JUMLAH KESELURUHAN

Page 7: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 1(B)

Nama Permainan : Jigsaw

Kategori : Berkumpulan ( 5 Orang setiap kumpulan)

Tempat: Padang Majlis Bandaraya Kuching selatan

Peralatan:

1. Peta Malaysia.

2. Pin berwarna.

Perlaksanaan pertandingan:

1. Setiap kumpulan akan berdiri dalam petak yang telah disediakan dan akan

diberikan bersama pin yang telah dilekatkan pin berwarna..

2. Satu peta Malaysia yang telah dilabelkan “A” akan diletakan sebaris dengan

setiap kumpulan.

3. Setiap kumpulan perlu memberikan perhatian kepada 40 soalan yang akan

dibacakan oleh wakil urusetia. Soalan adalah berkaitan fakta tentang Negara

Malaysia.

4. Selepas mendengar soalan, setiap ahli kumpulan perlu bergerak ke arah peta

yang tersedia dan melekatkan pin berwarna pada peta Malaysia.

5. Markah dikira melalui jumlah jawapan yang betul.

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada kumpulan sahaja.

2. Setiap kumpulan perlu bergerak dalam kumpulan semasa melekatkan jawapan

pada peta yang disediakan.

3. Segala masalah boleh rujuk ke meja urusetia.

4. Urusetia berhak meminda syarat – syarat pertandingan.

Page 8: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 1(C)

Nama Permainan: Getah

Kategori: Berkumpulan ( 5 orang setiap kumpulan)

Tempat: Padang Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Perlatan:

1. Getah.

2. Kayu kecil

Perlaksanaan Pertadingan:

1. Setiap kumpulan akan diberikan ibu getah dan sejumlah gelang getah yang telah

ditetapkan.

2. Bermain secara liga.

3. Setiap kumpulan akan berdiri dalam jarak yang telah ditetapkan.

4. Setiap ahli kumpulan akan menembak gelang getah menggunakan ibu getah

yang telah disediakan.

Syarat-syarat pertandingan:

1. Semasa permainan, ahli kumpulan tidak dibenarkan melepasi garisan yang telah

disediakan.

2. Markah dikira melalui jumlah jatuhan getah.

3. Sekiranya didapati mana-mana kumpulan yang menggunakan selain daripada

alatan yang disediakan pihak urusetia, kumpulan tersebut akan disingkirkan

daripada pertandingan.

Page 9: KERTAS KERJA (1)

Borang Permarkahan Permainan Getah

DAERAH : _________________________

TEMBAKAN JATUHAN GETAH

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH

Page 10: KERTAS KERJA (1)

Carta Liga Permainan Getah

Saringan 1 Saringan 2

Daerah Jumlah Keseluruhan Jatuhan Getah

Daerah Jumlah Keseluruhan Jatuhan Getah

Separuh Akhir 1

DAERAH JUMLAH JATUHAN GETAH

Johan Saringan 1

Naib Johan Saringan 2

Separuh Akhir 1

DAERAH JUMLAH JATUHAN GETAH

Johan Saringan 1

Naib Johan Saringan 2

Akhir 1

DAERAH JUMLAH JATUHAN GETAH

Johan Separuh Akhir 1

Johan Separuh Akhir 2

Page 11: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 1(D)

Nama Permainan: Boling Kelapa

Kategori: Berkumpulan ( 5 orang setiap kumpulan)

Tempat: Padang Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Peralatan:

1. Buah kelapa

2. Botol berisi pasir/air.

Perlaksanaan pertandingan:

1. Setiap kumpulan akan berada di kawasan pertandingan yang telah ditetapkan.

2. Permainan dimainkan secara liga.

3. Setiap kumpulan akan membuat 10 balingan.

4. Markah dikira melalui jumlah botol yang jatuh.

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada berkumpulan sahaja.

2. Kaki peserta yang melebihi garisan yang ditetapkan semasa membuat balingan

akan dibatalkan balingan tersebut.

3. Peserta perlu meleretkan bauh kelapa. Balingan terbatal sekiranya ada peserta

yang melambungkan buah kelapa.

4. Setiap ahli kumpulan perlu bergilir-gilir menyusun kembali botol yang telah jatuh.

Page 12: KERTAS KERJA (1)

Borang Pemarkahan Boling Kelapa :

DAERAH : _________________________

BALINGAN JATUHAN PIN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH

Page 13: KERTAS KERJA (1)

Carta Liga Permainan Boling Kelapa

Saringan 1 Saringan 2

Daerah Jumlah Keseluruhan Jatuhan Pin

Daerah Jumlah Keseluruhan Jatuhan Pin

Separuh Akhir 1

DAERAH JUMLAH JATUHAN PIN

Johan Saringan 1

Naib Johan Saringan 2

Separuh Akhir 1

DAERAH JUMLAH JATUHAN PIN

Johan Saringan 1

Naib Johan Saringan 2

Akhir 1

DAERAH JUMLAH JATUHAN PIN

Johan Separuh Akhir 1

Johan Separuh Akhir 2

Page 14: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 2

SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DAN AHLI JAWATANKUASA

YANG TERLIBAT

PERMAINAN

TRADISIONALURUSETIA

Layang-layang

Cikgu Julia

Cikgu Hafiz SMK Bako

Cikgu Hafiz SK Madrasah

Jigsaw

Cikgu Azri

Cikgu Hafizan

Cikgu Hayati (K)

Getah

Cikgu Jeffri

Cikgu Angel

Cikgu Aisah

Boling Kelapa

Cikgu Irwin

Cikgu Loqman

Cikgu Brasil

Page 15: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 3

SENARAI PERALATAN

PERALATAN UNIT

Buluh

Surat Kabar

Tali Benang

Selefon tape

Polisterin

Jarum Peniti

Kad Manila

Buah kelapa

Botol

Tali Rafia

Gunting

Pasir

Page 16: KERTAS KERJA (1)

ANGGARAN KOS

JUMLAH ANGGARAN KOS KESELURUHAN:-

RM148.00 + RMM40.00 + RM52.00 + RM 52.00 = RM292.00

(DUA RATUS DAN SEMBILAN PULUH DUA RINGGIT SAHAJA)

1.LAYANG-LAYANG

a) kertas surat kabar lama terpakai

b) gam air x 24 botol=rm24

c) batang buluh x 24=rm50

d) benang jala x 6 buku=rm24

e) pisau lipat x 20 sets=rm20

f) gunting x 20 sets=rm30

JUMLAH:RM148.00

JIGSAW

a) polistrine x 1 set=rm12

b) jarum peniti x 3 kotak =rm10

c) Peta Malaysia x1 set=rm20

d) marker=rm10

JUMLAH:RM52.00

3.GETAH

a) 10 plastik bag=rm40.00

TOTAL:RM40.00

4.BOLING KELAPA

a) kelapa tua x 16biji=rm16

b) tali merah/putih x 2 gulung=rm20

c) mineral water x2kotak=rm16

TOTAL:RM52.00

Page 17: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 5

BORANG PENYERTAAN

DAERAH : _______________________________________

PENGURUSAN PASUKAN : ________________________

PERMAINAN : ___________________________________

SENARAI NAMA PEMAIN :

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

9)

10)

Page 18: KERTAS KERJA (1)

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL

KARNIVAL PENGAKAP 2015

DAERAH :

PENGURUS PASUKAN :

PERMAINAN :

SENARAI NAMA PESERTA :

1) _______________________________________

2) _______________________________________

3) _______________________________________

4) ________________________________________

5) ________________________________________

6) ________________________________________

7) ________________________________________

8) ________________________________________

9) ________________________________________

10) _______________________________________

11) ________________________________________

12) ________________________________________

13) ________________________________________

14) ________________________________________

15) ________________________________________

Page 19: KERTAS KERJA (1)
Page 20: KERTAS KERJA (1)
Page 21: KERTAS KERJA (1)

Borang Pemarkahan Permainan Jigsaw

Daerah

(warna)

Soalan Jumlah

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Page 22: KERTAS KERJA (1)

LAMPIRAN 6

KEPUTUSAN KESELURUHAN

DAERAH MARKAH PERMAINAN JUMLAH

LAYANG-LAYANG BOLONG KELAPA JIGSAW GETAH