bmspm2014 kertas 1

42
1 SEMINAR BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2014 SAZALI BIN IBRAHIM Penolong Kanan Pentadbiran SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan Blog: http://cikgusazali.blogspot.com

Upload: vignespoongan

Post on 26-Dec-2015

96 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMSPM2014 KERTAS 1

1

SEMINAR BAHASA MELAYU

KERTAS 1

SPM 2014

SAZALI BIN IBRAHIM Penolong Kanan Pentadbiran

SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan

Blog: http://cikgusazali.blogspot.com

Page 2: BMSPM2014 KERTAS 1

ATTITUDE

(AKUR ARAHAN) PATUHI BILANGAN PERKATAAN DAN

JAWAB SEMUA SOALAN

KNOWLEDGE

(JAWAPAN TEPAT DAN LENGKAP) JANGAN TULIS DALAM BENTUK POINT

SETIAP JAWAPAN LENGKAP DENGAN SUBJEK DAN PREDIKAT

SKILLS

(TEKNIK MENJAWAB)

OBJEKTIF UJIAN

Page 3: BMSPM2014 KERTAS 1

3

KARANGAN DIPERIKSA

SECARA IMPRESSION

Karangan A Karangan B

Masa : 45 minit

Perkataan : 200 – 250 pp

Halaman : 2 muka surat

Perenggan : 5 (1 + 3 + 1)

Pendahuluan

3 isi

Kesimpulan

Markah : 30 markah

Masa : 90 minit

Perkataan : Lebih 350 pp (+500pp)

Halaman : 4 muka surat

Perenggan : 7 (1 + 5 + 1)

Pendahuluan

5 isi (80 – 100)

4 isi (66 – 79)

3 isi (51 – 65)

Kesimpulan

Markah : 100 markah

Page 4: BMSPM2014 KERTAS 1
Page 5: BMSPM2014 KERTAS 1

KARANGAN MENEPATI TUGASAN

BAHAN RANGSANGAN

tentang langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak. (SPM JUN 2014)

tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. (SPM JUN 2013)

tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita.

(SPM JUN 2013)

tentang faedah-faedah menggunakan perpustakaan (SPM JUN 2012)

tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari

Kebangsaan negara kita. (SPM JUN2012)

tentang kepentingan pengangkutan awam di negara kita (SPM JUN 2011)

tentang faedah-faedah belajar secara berkumpulan. (SPM NOV 2011)

tentang punca-punca pencemaran udara (SPM JUN 2010)

tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat. (SPM NOV 2010)

tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir

(SPM JUN 2009)

tentang faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan beruniform. (SPM NOV 2009)

tentang punca-punca pencemaran sungai. (SPM NOV 2008)

Page 6: BMSPM2014 KERTAS 1

WACANANYA LENGKAP

• Kohesi

Kesepaduan antara satu perenggan

dengan perenggan yang lain

• Koheren

Kesepaduan antara ayat dengan ayat

yang lain dalam sesebuah perenggan

CONTOH

Page 7: BMSPM2014 KERTAS 1

IDEA RELEVAN DENGAN TEMA

BAHAN RANGSANGAN

• Semua ayat topik, huraian, sokongan dan

penegasan MESTILAH relevan dengan

tema soalan

Page 8: BMSPM2014 KERTAS 1

1. Pastikan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana perenggan isi.

2. Pastikan perenggan isi SEIMBANG dari segi baris.

3. Setiap perenggan isi SEBOLEH-BOLEHNYA mengandungi 70 – 80 patah perkataan. 70 x 3 isi = 210 patah perkataan

80 x 3 isi = 240 patah perkataan

Page 9: BMSPM2014 KERTAS 1

ANALISIS SOALAN

* Tugasan

Selepas perkataan ‘tentang’ sehingga ayat itu berakhir.

tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita.

Kata Kunci Tema

Kepentingan Bangunan bersejarah

Page 10: BMSPM2014 KERTAS 1

SIMBIOSIS TUGASAN, KATA KUNCI,

TEMA tentang langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak.

(SPM JUN 2014)

tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya.

(SPM JUN 2013)

tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan

bersejarah di negara kita. (SPM JUN 2013)

tentang faedah-faedah menggunakan perpustakaan

(SPM JUN 2012)

tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena

dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. (SPM JUN2012)

tentang kepentingan pengangkutan awam di negara kita

(SPM JUN 2011)

tentang faedah-faedah belajar secara berkumpulan. (SPM NOV 2011)

Page 11: BMSPM2014 KERTAS 1

SIMBIOSIS TUGASAN, KATA KUNCI,

TEMA

tentang punca-punca pencemaran udara (SPM JUN 2010)

tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat. (SPM NOV 2010)

tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu

mangsa banjir

(SPM JUN 2009)

tentang faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan

beruniform. (SPM NOV 2009)

Page 12: BMSPM2014 KERTAS 1
Page 13: BMSPM2014 KERTAS 1
Page 14: BMSPM2014 KERTAS 1

Keselamatan di jalan raya merupakan antara isu yang sering

diwara-warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita

akhir-akhir ini. (Ayat 1 : TEMA)

Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani

isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

(Ayat 2 : Sokong Tema )

Persoalannya, apakah langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya?

(Ayat 3: Tugasan)

PENDAHULUAN TEMA : Keselamatan di jalan raya

TUGASAN : Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya

Keselamatan di jalan raya merupakan antara isu yang sering

diwara-warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita

akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited

untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Persoalannya, apakah langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya?

42 pp

Page 15: BMSPM2014 KERTAS 1

15

KAEDAH

MENGEMBANGKAN ISI

MENGIKUT MATRIKS

ARAS PEMIKIRAN

GGAPO?

AYAT TOPIK (PENGETAHUAN)

BAKPO?

AYAT HURAIAN

(KEFAHAMAN)

LAGU

MANA? AYAT CONTOH

(ANALISIS + APLIKASI)

YO LO

KE NI? AYAT PENEGAS

(PENILAIAN)

Page 16: BMSPM2014 KERTAS 1
Page 17: BMSPM2014 KERTAS 1

ISI PERTAMA

Page 18: BMSPM2014 KERTAS 1

TUGASAN : langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya

TEMA : Keselamatan di jalan raya

ISI : pematuhan undang-undang jalan raya

Pada pendapat saya, antara langkahnya ialah pematuhan undang-

undang jalan raya. (Ayat Topik) - PENGETAHUAN

Hal ini dikatakan demikian kerana para pengguna yang sentiasa mematuhi

undang-undang jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan yang

berpunca daripada kecuaian mereka. (Ayat Huraian) - KEFAHAMAN

Di samping itu, pematuhan undang-undang jalan raya ini juga dapat

memastikan tahap keselamatan jalan raya di negara kita lebih terjamin. (AS) - KFH

Sebagai contoh, para pengguna jalan raya mestilah sentiasa mematuhi had laju

yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi memastikan perjalanan mereka

lebih selamat. (Ayat Tafsiran Bahan) - ANALISIS

Mereka juga mestilah sentiasa memakai tali keledar, tidak memotong

di garisan berkembar, tidak melanggar lampu isyarat dan sebagainya. - APLIKASI

Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa

pematuhan undang-undang jalan raya merupakan langkah menjaga keselamatan

di jalan raya. - PENILAIAN

Page 19: BMSPM2014 KERTAS 1

PERENGGAN LENGKAP Pada pendapat saya, antara langkahnya adalah dengan

mematuhi undang-undang jalan raya. Hal ini dikatakan demikian

kerana para pengguna yang sentiasa mematuhi undang-undang

jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan yang berpunca

daripada kecuaian mereka. Di samping itu, pematuhan undang-

undang jalan raya ini juga dapat memastikan tahap keselamatan

jalan raya di negara kita lebih terjamin. Sebagai contoh, para

pengguna jalan raya mestilah sentiasa mematuhi had laju yang

telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi memastikan perjalanan

mereka lebih selamat. Mereka juga mestilah sentiasa memakai tali

keledar, tidak memotong di garisan berkembar, tidak melanggar

lampu isyarat dan sebagainya. Berdasarkan hujah yang dinyatakan,

sudah terang lagi bersuluh bahawa pematuhan undang-undang

jalan raya merupakan langkah menjaga keselamatan di jalan raya.

Page 20: BMSPM2014 KERTAS 1

ISI KEDUA

Page 21: BMSPM2014 KERTAS 1

TUGASAN : langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya

TEMA : Keselamatan di jalan raya

ISI : penyelenggaraan kenderaan

Selain itu, penyelenggaraan kenderaan juga dikenal pasti sebagai salah satu

cara yang boleh dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan raya. (A Topik)

Hal ini bermaksud, pengguna yang sentiasa menyelenggara kenderaan masing-

masing mampu mengelakkan insiden kerosakan kenderaan semasa dalam

perjalanan yang boleh menyebabkan kemalangan. (Ayat Huraian)

Lagipun, penyelenggaraan kenderaan ini juga mampu memastikan keselamatan

diri sendiri dan pengguna yang lain kerana malang tidak berbau. (A Sokongan)

Sebagai tamsilan, para pengguna mestilah menyelenggara kenderaan mereka

di pusat servis kenderaan yang bertauliah secara berkala mengikut jadual

penyelenggaraan yang telah ditetapkan. (Ayat Tafsiran Bahan)

Mereka juga mestilah sentiasa memeriksa tekanan tayar, brek, isyarat kenderaan

dan lain-lain sebelum memulakan perjalanan. (Ayat Contoh KBAT)

Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu cara yang boleh

dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan raya ialah penyelenggaraan

kenderaan. (Ayat Penegas Isi)

Page 22: BMSPM2014 KERTAS 1

PERENGGAN LENGKAP Selain itu, penyelenggaraan kenderaan juga dikenal pasti sebagai

salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan

raya. Hal ini bermaksud, pengguna yang sentiasa menyelenggara

kenderaan masing-masing mampu mengelakkan insiden kerosakan

kenderaan semasa dalam perjalanan yang boleh menyebabkan

kemalangan. Lagipun, penyelenggaraan kenderaan ini juga mampu

memastikan keselamatan diri sendiri dan pengguna yang lain kerana

malang tidak berbau. Sebagai tamsilan, para pengguna mestilah

menyelenggara kenderaan mereka di pusat servis kenderaan yang

bertauliah secara berkala mengikut jadual penyelenggaraan yang telah

ditetapkan. Mereka juga mestilah sentiasa memeriksa tekanan tayar, brek,

isyarat kenderaan dan lain-lain sebelum memulakan perjalanan. Huraian

yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu cara yang boleh

dipraktikkan bagi menjaga keselamatan di jalan raya ialah

penyelenggaraan kenderaan.

Page 23: BMSPM2014 KERTAS 1

ISI KETIGA

Page 24: BMSPM2014 KERTAS 1

TUGASAN : langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya

TEMA : Keselamatan di jalan raya

ISI : penguatkuasaan undang-undang

Langkah menjaga keselamatan di jalan raya yang berikutnya ialah

penguatkuasaan undang-undang. (Ayat Topik)

Dalam konteks ini, undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak polis dan

JPJ berupaya untuk mendisiplinkan pengguna agar sentiasa bertimbang rasa

dan berhemah semasa berada di jalan raya. (Ayat Huraian)

Tambahan pula, penguatkuasaan undang-undang ini juga berupaya untuk

mengelakkan pengguna daripada memandu secara berbahaya yang boleh

membahayakan pengguna yang lain. (Ayat Sokongan Isi)

Misalnya, pihak polis mestilah mengadakan operasi untuk menyaman

penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu dan tidak

memakai topi keledar demi menjaga keselamatan mereka. (Ayat Tafsiran Bahan)

Pihak polis juga mestilah mengenakan denda maksimum, menggantung lesen

memandu dan menyita kenderaan yang melakukan kesalahan. (Ayat KBAT)

Saya optimis bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan antara

langkah menjaga keselamatan di jalan raya. (Ayat Penegas Isi)

Page 25: BMSPM2014 KERTAS 1

PERENGGAN LENGKAP Langkah menjaga keselamatan di jalan raya yang berikutnya

ialah penguatkuasaan undang-undang. Misalnya, pihak polis

mestilah mengadakan operasi untuk menyaman penunggang

motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu dan tidak

memakai topi keledar demi menjaga keselamatan mereka. Pihak

polis juga mestilah mengenakan denda maksimum, menggantung

lesen memandu dan menyita kenderaan yang melakukan

kesalahan. Dalam konteks ini, undang-undang yang

dikuatkuasakan oleh pihak polis dan JPJ berupaya untuk

mendisiplinkan pengguna agar sentiasa bertimbang rasa dan

berhemah semasa berada di jalan raya. Tambahan pula,

penguatkuasaan undang-undang ini juga berupaya untuk

mengelakkan pengguna daripada memandu secara berbahaya yang

boleh membahayakan pengguna yang lain. Saya optimis bahawa

penguatkuasaan undang-undang merupakan antara langkah

menjaga keselamatan di jalan raya.

Page 26: BMSPM2014 KERTAS 1

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak mestilah

berusaha untuk menjaga keselamatan di

jalan raya agar kadar kemalangan yang

tinggi di negara kita dapat dibendung.

Dalam hal ini, slogan ‘Pandu Cermat Jiwa

Selamat’ sepatutnya dihayati oleh semua

pengguna jalan raya supaya hasrat

kerajaan untuk memastikan keselamatan

di jalan raya bukan sekadar retorik

semata-mata.

Page 27: BMSPM2014 KERTAS 1

KARANGAN RESPONS TERBUKA

BAHAGIAN B

Page 28: BMSPM2014 KERTAS 1

CALON DIBERI PILIHAN

SAMA ADA

JAWAB 3 ISI DENGAN HURAIAN YANG

JELAS DAN MATANG

ATAU

JAWAB 5 ISI DENGAN HURAIAN YANG

SAMA DENGAN BAHAGIAN A

ATAU

JAWAB 5 ISI DENGAN HURAIAN YANG

JELAS DAN MATANG

Page 29: BMSPM2014 KERTAS 1
Page 30: BMSPM2014 KERTAS 1
Page 31: BMSPM2014 KERTAS 1

KARANGAN BAHAGIAN A KARANGAN BAHAGIAN B

Semangat kejiranan

merupakan wahana

untuk melahirkan

masyarakat yang

bersatu padu.

Huraikan usaha-

usaha untuk

memupuk semangat

kejiranan dalam

kalangan

masyarakat

Malaysia.

Page 32: BMSPM2014 KERTAS 1

DIMENSI (Saya/Ibu bapa/Masy)

KATA PENGUAT (mestilah)

KATA KERJA (me…)

ISI

KETERANGAN

Masa/tempat/orang/dll

Page 33: BMSPM2014 KERTAS 1

• Soalan Dimensi Diri

Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana

mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Sarankan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan

semangat patriotisme dalam diri anda.

SUBJEK PREDIKAT

DIMENSI KATA

PENGUAT KATA KERJA

AKTIF ISI

KETERANGAN (MASA/TEMPAT/PERSONEL/

ORGANISASI Saya mestilah menghormati para

pemimpin yang berusaha untuk

memajukan negara ini. Saya mestilah mencontohi perjuangan

tokoh-tokoh

yang banyak berkorban untuk memerdekakan

negara ini. Saya tidak

akan melakukan perkara-

perkara negatif

yang bercanggah dengan perlembagaan negara

Page 34: BMSPM2014 KERTAS 1

* Soalan Dimensi Keluarga

Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk

menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.

Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan

membaca.

SUBJEK PREDIKAT

DIMENSI KATA

PENGUAT KATA KERJA

AKTIF ISI

KETERANGAN (MASA/TEMPAT/PERSONEL/

ORGANISASI Ibu bapa mestilah membeli bahan

bacaan kepada anak-anak mereka di

rumah. Ibu bapa mestilah menyediakan perpustakaan

mini untuk kemudahan anak-anak membaca

Ibu bapa mestilah membawa anak-anak ke pesta buku

Page 35: BMSPM2014 KERTAS 1

Semangat kejiranan merupakan wahana untuk

melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Huraikan usaha-usaha untuk memupuk semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

SUBJEK PREDIKAT

DIMENSI KATA

PENGUAT KATA KERJA

AKTIF ISI

KETERANGAN (MASA/TEMPAT/PERSONEL/

ORGANISASI

Masyarakat mestilah mengadakan aktiviti gotong-royong

di kawasan kejiranan masing-masing pada setiap hujung bulan

Masyarakat mestilah mengamalkan amalan ziarah-

menziarahi

pada setiap masa

Masyarakat mestilah menganjurkan majlis rumah

terbuka

pada setiap musim perayaan

Page 36: BMSPM2014 KERTAS 1

KAEDAH 1

MENGATASI RISIKO

ISI PERTAMA

1 Topik Pada pendapat saya, antara + KATA KUNCI +

yang paling utama + ialah + ISI

2 Huraian Hal ini dikatakan demikian kerana + ISI + oleh +

PELAKU + dapat + me...

3 Sokongan Di samping itu, ISI + ini juga dapat me...

4 Provokasi Sebaliknya, jika + ISI + tidak di......,

5 Solusi Oleh hal yang demikian, + ISI + mestilah

di......kan supaya....

6 Contoh Sebagai contoh, ISI + seperti ...

7 Penegas Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah

terang lagi bersuluh bahawa + ISI + merupakan + TUGASAN.

Page 37: BMSPM2014 KERTAS 1

Pada pendapat saya, usaha yang paling efektif ialah masyarakat

mengadakan aktiviti gotong- royong di kawasan kejiranan masing-masing pada

setiap hujung bulan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti gotong-royong yang

diadakan oleh mereka dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain

bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di samping itu, aktiviti

gotong-royong ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan

jiran tetangga tanpa mengira bangsa, agama, dan status sosial mereka. Sebaliknya,

jika aktiviti gotong-royong tidak diadakan, masyarakat akan berpecah belah dan

saling mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing. Oleh hal yang demikian, aktiviti gotong-royong mestilah diadakan

supaya hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui

semangat kejiranan akan menjadi kenyataan. Sebagai contoh, jiran tetangga mestilah

bersama-sama menyumbang tenaga dan masa untuk membersihkan kawasan

perumahan secara beramai-ramai dalam suasana yang penuh harmoni. Mereka juga

boleh bergotong-royong membersihkan kawasan taman permainan kanak-kanak,

masjid, kubur, dan sebagainya. Tegasnya, aktiviti gotong- royong merupakan usaha

untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang

paling efektif.

Page 38: BMSPM2014 KERTAS 1

KAEDAH 2

SENARIO SEMASA

ISI KEDUA

1 Topik Selain itu, + ISI + juga dikenal pasti sebagai

salah satu + TUGASAN.

2 Huraian Hal ini bermaksud + PELAKU + yang + ISI +

mampu + me...

3 Sokongan Lagipun, ISI + ini juga mampu me...

4 Provokasi Ironinya, pada masa ini didapati ...

5 Solusi Justeru, + ISI + mestilah di......kan agar....

6 Contoh Sebagai tamsilan, ISI + termasuklah ...

7 Penegas Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan

bahawa salah satu + TUGASAN + ialah + ISI.

Page 39: BMSPM2014 KERTAS 1

Selain itu, mengamalkan amalan ziarah-menziarahi juga dikenal pasti sebagai

salah satu langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Hal ini bermaksud jiran tetangga yang mengamalkan amalan ziarah-

menziarahi mampu melahirkan perasaan saling menyayangi dan prihatin dengan nasib

orang lain. Lagipun, amalan ziarah-menziarahi ini juga mampu merapatkan hubungan

persaudaraan dalam kalangan jiran tetangga bagi mengelakkan sebarang perselisihan

faham yang boleh mewujudkan benih perpecahan. Ironinya, amalan ziarah-menziarahi

sudah tidak diamalkan pada masa ini lantaran kesibukan masyarakat dengan rutin

harian mereka malah mereka juga semakin tidak cakna dengan jiran masing-masing

kerana tiada masa untuk berbuat demikian. Justeru, amalan ziarah-menziarahi

mestilah diamalkan agar hubungan antara masyarakat di negara kita dapat diperkukuh

bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Misalnya, amalan menziarahi jiran

tetangga yang sakit dan uzur mestilah diamalkan dari semasa ke semasa kerana

berupaya untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama jiran. Jiran tetangga juga

mestilah mengamalkan amalan menziarahi warga emas, jiran yang ditimpa musibah

dan sebagainya. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu langkah

untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah dengan mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.

Page 40: BMSPM2014 KERTAS 1

KAEDAH 3

JANGKAAN MASA HADAPAN PERENGGAN AYAT JENIS

AYAT DESKRIPSI

ISI KETIGA

1 Topik TUGASAN + yang berikutnya ialah + ISI.

2 Huraian Dalam konteks ini + ISI + oleh + PELAKU +

berupaya untuk + me...

3 Sokongan Tambahan pula, ISI + ini juga berupaya untuk +

me...

4 Provokasi Cuba kita bayangkan sekiranya...

5 Solusi Dalam konteks ini, + ISI + mestilah di......kan

agar....

6 Contoh Misalnya, ISI + merangkumi ...

7 Penegas Saya optimis bahawa bahawa + ISI +

merupakan antara + TUGASAN.

Page 41: BMSPM2014 KERTAS 1

Usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

Malaysia yang berikutnya ialah masyarakat menganjurkan majlis rumah terbuka pada

musim perayaan. Dalam konteks ini, majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh

masyarakat pada sesuatu musim perayaan berupaya untuk membolehkan jiran saling

berkunjung antara satu sama lain. Tambahan pula, majlis ini juga berupaya untuk

mengelakkan perasaan prejudis antara kaum yang boleh mencetuskan suasana yang

tidak harmoni di negara kita. Cuba kita bayangkan sekiranya majlis rumah terbuka

yang dianjurkan ini menjadi budaya masyarakat Malaysia, matlamat pemupukan

semangat kejiranan pasti menjadi realiti. Sehubungan dengan itu, penganjuran majlis

rumah terbuka merupakan satu langkah yang cukup bijak dalam usaha melahirkan

masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Misalnya, dalam majlis rumah terbuka

Aidil Fitri, jiran tetangga boleh saling berkunjung untuk menikmati juadah yang

disediakan di samping saling bertanya khabar dalam suasana yang mesra. Jiran

tetangga yang berlainan agama juga boleh mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu

Cina, Deepavali dan sebagainya yang mampu mewujudkan perasaan saling

menghormati sesama jiran tetangga walaupun berbeza bangsa dan agama. Saya

optimis bahawa menganjurkan rumah terbuka merupakan antara usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Page 42: BMSPM2014 KERTAS 1

SEKIAN

TERIMA KASIH