kerja ym berkumpulan

6
Pengenalan dan Kemudahan Pusat Akuatik Nasional. Tidak seperti kompleks-kompleks sukan yang lain, contohnya seperti Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara dan Kompleks Sukan Negara Jalan Duta. Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Keistimewaan ini dapat dilihat melalui pembinaan Pusat Akuatik Nasional yang terdapat di kompleks sukan tersebut. Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Kompleks Sukan Negara pada waktu malam, anda akan berpeluang menyaksikan kilauan cahaya biru di sebuah bumbung berbentuk kubah di kawasan Pusat Akuatik Nasional ini. Tempat ini merupakan pusat kepakaran sukan yang memenuhi segala keperluan bagi acara sukan renang dan juga acara junam antarabangsa. Dalam usaha pembinaan pusat akuatik ini, segala struktur binaannya adalah mengikut piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dengan keluasan keseluruhannya iaitu 28,000 meter persegi. Dengan berkonsepkan kubah terapung, pusat akuatik ini direka bentuk daripada bahan jenis fabrik berteknologi dan berkualiti tinggi yang berukuran 7500 meter persegi dengan beratnya sebanyak 14 tan. Kolam renang yang telah dibina di pusat akuatik ini adalah bersaiz Olimpik yang mana terdapat 10 lorong dengan kedalaman 50m x 25m x 2-3m. Kolam terjunnya pula adalah bersaiz 25m x 25m x 5 m yang juga turut dilengkapi dengan menara junam yang memiliki 3 platform berukuran 5m, 7.5m dan 10m. Dua papan anjal yang berukuran 1m dan 2m bertaraf antarabangsa juga ada disediakan dalam pusat akuatik ini. Pusat Akuatik Nasional juga turut menyediakan Kolam Latihan 8 lorong yang bersaiz 20m x 50m x 1.8m dilengkapi dengan sistem lantai mudah alih teknologi Holland bagi para atlet dan masyarakat untuk berlatih ataupun mengendalikan kelas renang.

Upload: mutang20

Post on 28-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Pengenalan dan Kemudahan Pusat Akuatik Nasional.

Tidak seperti kompleks-kompleks sukan yang lain, contohnya seperti Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara dan Kompleks Sukan Negara Jalan Duta. Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Keistimewaan ini dapat dilihat melalui pembinaan Pusat Akuatik Nasional yang terdapat di kompleks sukan tersebut.

Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Kompleks Sukan Negara pada waktu malam, anda akan berpeluang menyaksikan kilauan cahaya biru di sebuah bumbung berbentuk kubah di kawasan Pusat Akuatik Nasional ini. Tempat ini merupakan pusat kepakaran sukan yang memenuhi segala keperluan bagi acara sukan renang dan juga acara junam antarabangsa. Dalam usaha pembinaan pusat akuatik ini, segala struktur binaannya adalah mengikut piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dengan keluasan keseluruhannya iaitu 28,000 meter persegi. Dengan berkonsepkan kubah terapung, pusat akuatik ini direka bentuk daripada bahan jenis fabrik berteknologi dan berkualiti tinggi yang berukuran 7500 meter persegi dengan beratnya sebanyak 14 tan.

Kolam renang yang telah dibina di pusat akuatik ini adalah bersaiz Olimpik yang mana terdapat 10 lorong dengan kedalaman 50m x 25m x 2-3m. Kolam terjunnya pula adalah bersaiz 25m x 25m x 5 m yang juga turut dilengkapi dengan menara junam yang memiliki 3 platform berukuran 5m, 7.5m dan 10m. Dua papan anjal yang berukuran 1m dan 2m bertaraf antarabangsa juga ada disediakan dalam pusat akuatik ini. Pusat Akuatik Nasional juga turut menyediakan Kolam Latihan 8 lorong yang bersaiz 20m x 50m x 1.8m dilengkapi dengan sistem lantai mudah alih teknologi Holland bagi para atlet dan masyarakat untuk berlatih ataupun mengendalikan kelas renang.

Pusat ini bukan sahaja memfokuskan kepada pembinaan kawasan kolam renang yang sempurna tetapi Pusat Akuatik Nasional ini juga telah menyediakan kawasan tempat duduk penonton yang sangat luas. Kawasan tempat duduk ini boleh menampung kapasiti penonton seramai lebih 4,000 orang serta boleh memuatkan seramai 2,000 tambahan tempat duduk sementara untuk penonton. Terdapat dua kawasan yang mempunyai penghawa dingin sepenuhnya yang dipisahkan pada dua aras dan dalam dua haluan di bawah tempat duduk utama. Haluan utara adalah untuk VIP, media dan pengurus pertandingan manakala haluan selatan pula adalah untuk para peserta dan pentadbiran.

Kesempurnaan dan ketelitian dalam proses membangunkan Pusat Akuatik Nasional ini, sering kali menjadi perhatian dan daya tarikan kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke pusat ini. Susun atur kolamnya yang berada di bawah struktur yang dramatik jelas memperlihatkan bahawa pusat ini dibina berdasarkan perancangan dan pembinaan yang strategik. Di samping itu juga, Pusat Akuatik Nasional ini adalah merupakan sebuah venue yang penuh keajaiban bagi menganjurkan konsert mini, pertunjukan fesyen dan pelancaran produk. Dengan penggunaan pelampung di bahagian atas kolam renang dan beberapa titian yang tergantung dari bumbung telah memberi laluan kepada penyiaran TV, sokongan bunyi dan sistem penataan cahaya.

Selain itu , kolam terjunan dan pertandingan turut dilengkapi dengan panel penglihatan dalam air untuk liputan video yang baik. Keputusan dan pengaturan masa turut dikendalikan oleh satu papan mata elektronik jenis alphanumeric yang bersaiz 9m x 6m manakala sistem penataan lampu sorot telah dilaraskan bagi mengurangkan silauan dan lampu halida berlogam memberikan iluminasi sehingga 1,500 lux.

Gambar rajah 1 di bawah ini merupakan pelan kedudukan kawasan Pusat Akuatik Nasional tersebut.

Gambar Rajah 1

Pengenalan dan Kemudahan Pusat Skuasy Nasional.

Bagi peminat-peminat sukan Skuasy di Malaysia, Kompleks Sukan Negara juga telah membina sebuah Pusat Skuasy Nasional sebagai satu kemudahan dan tempat untuk bermain sukan tersebut. Pusat Skuasy ini terletak dalam lingkaran Kompleks Sukan Negara dan merupakan sebuah pusat Skuasy yang terbaik dan canggih dalam dunia sukan Skuasy.

Dengan menggunakan teknologi dari Jerman, pusat ini dilengkapi dengan 10 gelanggang latihan yang boleh diubahsuai menjadi 8 gelanggang beregu dengan hanya menekan butang. Selain itu, individu yang bermain di pusat ini juga boleh mengubahsuai dinding yang diperbuat daripada jenis Fiber yang berketumpatan tinggi serta berkualiti tinggi menjadi satu gelanggang yang besar. Gelanggang utama mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang lebih daripada gelanggang-gelanggang yang lain kerana dindingnya terdiri daripada beberapa lapisan kaca setebal 12mm dan memudahkan ianya diubah menjadi gelanggang regu atau perseorangan. Gelanggang ini juga mampu memuatkan seramai 1,000 orang penonton. Kini, gelanggang utama ini telah dinamakan sebagai Arena Nicole David sempena pencapaian cemerlang atlet tersebut dalam sukan Skuasy.

Bagi acara-acara yang kecil seperti sukan staf sesebuah institusi pengajian atau apa-apa majlis sukan Skuasy juga boleh diadakan di 10 gelanggang yang telah disediakan. Setiap gelanggang kecil ini mempunyai galeri penonton yang lebih kecil iaitu setiap satunya boleh memuatkan seramai 50 hingga ke 70 orang penonton. Dalam Pusat Skuasy Nasional ini juga telah dilengkapi dengan satu sistem keselamatan yang dikenali sebagai Sistem Pneumatic. Penggunaan sistem Pneumatic ini merupakan satu tolakan udara yang dapat menyerap tekanan dari lutut dan buku lali agar menjadikan lantai gelanggang itu seperti kusyen udara.

Di samping itu, sama seperti pusat kompleks-kompleks yang lain, keputusan dan pemarkahan sesuatu perlawanan atau pertandingan akan dikendalikan oleh sebuah papan mata elektronik alpha numeric. Manakala gelanggang kecil pula akan menggunakan papan mata yang lebih kecil untuk setiap satu gelanggang. Selain daripada kemudahan-kemudahan yang dinyatakan di atas, pusat ini juga dilengkapi dengan 20 ruang rehat untuk para pemain, bilik persalinan, pejabat pengurusan pusat media untuk 80 wartawan, sebuah kafeteria dan bilik perubatan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini jelas membuktikan bahawa pembinaan pusat ini telah dirancang dengan lebih teliti agar semua kemudahan yang diperlukan dapat disediakan di kawasan tersebut.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mengadakan sukan Skuasy, pusat ini telah menyediakan dan menetapkan harga sewaan bagi satu gelanggang. Bagi pihak swasta yang ingin menggunakan gelanggang di pusat ini, bayaran sebanyak RM20 selama satu jam bagi side court. Manakala bagi centre court pula, bayaran sebanyak RM100 untuk sejam akan dikenakan.

Gambar Rajah 2 di bawah ini merupakan peta atau lokasi kedudukan Pusat Skuasy Nasional di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Gambar Rajah 2

Kesimpulan

Dapat disimpulkan di sini bahawa, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil merupakan sebuah kompleks sukan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan yang dapat memberi ruang kepada para atlet negara serta masyarakat untuk bersukan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat. Di samping itu, dengan kemudahan yang ada negara juga mampu untuk mengaut keuntungan daripada penganjuran aktiviti-aktiviti atau pertandingan yang bertaraf antarabangsa.

Menerusi penubuhan kompleks sukan ini juga, negara dapat mensosialisasikan masyarakat sama ada ke dalam atau menerusi sukan. Pelapis-pelapis muda dan bakat-bakat baru juga dapat diasah melalui sesi latihan yang dijalankan di mana-mana pusat yang terdapat dalam Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil ini. Contohnya, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas latihan renang setiap petang boleh mendorong anak-anak mereka untuk menyertai sesi pemilihan yang akan diadakan oleh pihak Sukan Negara jika anak mereka itu berpotensi untuk menjadi atlet berprestasi tinggi suatu ketika nanti.