kerja kursus projek psv.docx

18
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 ( PPGBM 2611 ) PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya merupakan seorang yang kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, terdapat empat bidang kegiatan yang telah disusun iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. 2.0 Bidang Menggambar Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia boleh melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan 1

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 21-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk

minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap

nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid

di sekolah rendah pada keseluruhannya merupakan seorang yang kreatif, ekspresif dan

aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui

persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan

reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan

idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina

keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran

yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran

dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif (KBKK). Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual,

kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid

berkarya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi pancaindera secara seimbang.

Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, terdapat

empat bidang kegiatan yang telah disusun iaitu bidang menggambar, membuat corak

dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

2.0 Bidang  Menggambar

Menggambar  adalah  satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi

dan kemahiran seseorang murid. Ia boleh melihat kemampuan murid terhadap aspek

melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai

media dan teknik. Aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil

karya  sangat di tekankan.

Aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan

dan mozek adalah aktiviti yang boleh di laksanakan semasa proses menggambar

selain  meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan

kegunaannya. Oleh itu  pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan dapat

di pelajari. Persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,

garisan, susunan dan kesannya boleh di tingkatkan.

1

Page 2: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : 6 Arif

Tarikh                        : 02 September 2013

Masa                           : 10:30-11:30 pagi ( 1Jam )

Bilangan  Pelajar     :  24 orang

Bidang                        : Menggambar

Jenis                     :  Capan ,gosokan, gurisan dan percikan

Tajuk              :  Keindahan Bunga Negara Kita

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis bunga .

2. Murid-murid mempunyai pengetahuan konsep

teknik capan, gosokan,gurisan dan percikan

bermotifkan alam tumbuhan.

Kemahiran : 1. Mengetahui teknik capan,gosokan, percikan dan

gurisan dan bahan yang digunakan.

: 2. Mengaplikasikan pelbagai jenis bahan dan teknik

yang bersesuaian.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Kognitif : Mengetahui teknik dan bahan yang digunakan

untuk menghasilkan gambar bunga.

PsIkomotor : Meningkatkan kreativiti dan imaginasi

dalam menghasilkan kegiatan seni

dengan teknik capan ,gosokan,gurisan

dan percikan

Afektif : Menikmati hasil sendiri dan rakan- rakan.

2

Page 3: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Kemahiran Menilai Tambah

i. Kemahiran berfikir           :Menjana idea, berfikir secara kreatif dan  Kritis

Penerapan Nilai : Ketelitian, kepekaaan dan menghargai.

Strategi P & P : Teoari konstraktivisma dan TKP ( Intrapersonal,

visual-ruang, naturalis dan Verbal-linguistik).

Keperluan

BBM :.   Hasil rekaan guru ,Slaid Tayangan

Alat dan bahan Belajar :  Kertas lukisan,bendi, sikat,

bunga ,daun,berus gigi, pensel warna ,krayon, warna

air, pensel mekanikel, palet,berus lukisan

Sumber /Rujukan : HSP PSV Sekolah Rendah ( KBSR)

Buku Sumber Guru PSV KBSR

Buku Panduan PSV KBSR Tahun 6

Langkah Pengajaran :

Komponan Isi PengajaranAktiviti Pengajaran

Pembelajaran Catatan/ Strategi

Permulaan( Set Induksi

5 minit) 1. Slaid Gambar Bunga 1. Guru menunjukkan

beberapa keping gambar bunga.

2. Murid menyebut nama bunga yang ditunjukkan oleh guru.

3. Murid menyatakan sifat- sifat yang terdapat pada bunga.

BBM :Gambar Slaid

TKP:Kecerdasan visual-ruangVerbal linguistik

Teknik Soal jawab

3

Page 4: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

2.Sifat bunga:

-berwarna

-berdaun

-berbatang

4.Guru mengaitkan gambar

bunga dengan

pembelajaran hari ini.

Pembelajaran

kontekstual

Perkembangan

( 40 minit)

1.Contoh hasil Karya

guru

2.Penerangan Alat dan

Bahan;

-kertas lukisan

-pelepah pisang, bendi

-bunga , daun

-berus gigi dan sikat

-pensel warna dan

krayon

-lidi

3 .Tayangan slaid cara

menghasilkan

gambar bunga

dengan empat

teknik ;

1.Murid ditunjukkan contoh

hasil karya gambar bunga

dengan teknik capan,

gurisan,gosokan dan

percikan yang telah siap.

2.Guru menerangkan alat

dan bahan yang diperlukan

untuk membuat gambar

menggunakan empat

teknik iaitu capan,

gurisan,gosokan dan

percikan

3.Guru menayangkan slaid

sambil menerangkan

proses dan menunjukkan

cara menghasilkan

gambar bunga dengan

teknik

BBM

Slaid

Bahan maujud

Contoh hasil seni

TKP

Interpersonal

Menjana idea, BKK

Visual ruang

Nilai:

kebersihan,kerjasama,

berdisiplin

T. Konstraktivisma

4

Page 5: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

- Teknik capan

- Teknik gosokan

- Teknik gurisan

-Teknik renjisan

capan ,gosokan ,gurisan dan

renjisan .

3..Murid diagihkan kepada 4

kumpulan dan diberi satu

contoh hasil seni.;

i-kumpulan A capan

ii.Kumpulan B gosokan

iii.kumpulan C gurisan

iv.kumpulan D renjisan

4.Murid diagihkan bahan

mengikut aktiviti yang telah

ditetapkan mengikut

kumpulan.

5.Murid menghasilkan karya

seni berpandukan manual

pada contoh hasil karya

guru;

Kumpulan A

Melakukan aktiviti

capan;

1. Murid membubuh warna

pada permukaan bendi

2..Murid mengecap pada

kertas lukisan.

Kumpulan B

BBM

Contoh hasil capan

Contoh hasil

gosokan

Contoh hasil gurisan

5

Page 6: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

4.Amali

- Penghasilan gambar

bunga

Melakukan aktiviti

gosokan;

1.Murid melakar gambar

bunga

2.Murid menggosok lakaran

pada permukaan yang

bertekstur.

Kumpulan C

Melakukan aktiviti

gurisan;

1. Murid  mewarnakan

permukaan kertas

lukisan dengan krayon 

2. Kemudian tindih

warna tersebut sekali

lagi dengan warna hitam

3.Murid membuat gambar

bunga pada permukaan

yang dihitamkan dengan

menggunakan pensil

mekanikel.

Kumpulan D

Melakukan aktiviti

percikan;

1. Bancuh warna air

Contoh hasil percikan

6

Page 7: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

2.Objek diletakkan di atas

kertas lukisan

3.Proses renjisan dilakukan

dengan menggunakan

berus gigi dan sikat

4.Corak renjisan mula

kelihatan

6..Murid dibimbing membuat

gambar secara kumpulan

mengikut teknik yang

ditetapkan.

Kemuncak(10 minit ) Apresiasi Seni 1.Murid mempamerkan hasil

karya masing-masing

2. Guru dan murid berkongsi

pendapat mengenai hasil

kerja murid dari segi

kesesuaiannya, corak,

kombinasi warna dan

kekemasan

BBB:

Hasil kerja murid

Nilai :

Menghargai ,Hormat-

menghormati,

Keberanian

Intrapersonal, naturalis

dan verbal- linguistik

Penutup( 5 minit ) Rumusan 1.Bersoal jawap tentang

perasaan terhadap aktiviti

yang dijalankan.

Nilai

Menghargai

Kebersihan

Tanggungjawab

7

Page 8: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

2. Penilaian secara umum

hasil kerja murid serta

member penghargaan dan

motivasi terhadap hasil kerja

murid.

KG: Verbal -linguistik

4.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran:

Kelemahan :

Ketika set induksi dijalankan, ada segelintir murid tidak menumpukan perhatian kerana

leka memerhati bahan-bahan yang berada di tangan guru seperti pelepah pisang,bunga

dan daun. Ada juga murid yang berbual dengan rakan-rakan tentang bahan dan alat

PSV yang dipesan oleh guru.Seramai tiga orang murid tidak dapat menyiapkan tugasan

.

Kekuatan:

Sepanjang pengajaran murid menunjukkan minat kerana mereka dapat berinteraksi

dalam kumpulan masing-masing. Murid kelihatan tekun menyiapkan tugasan masing-

masing.Murid begitu teruja untuk melihat hasil kerja kumpulan lain memandangkan

setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang berbeza.Pengajaran kali ini didapati menarik

kerana murid dapat mempelajari empat teknik dalam satu tajuk yang sama.

Tindakan susulan / Penambahbaikan:

Pada sesi pengajaran akan dating saya akan mengagihkan murid-murid dalam

kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. Setiap murid yang agak pasif perlu

diberi kata-kata perangsang untuk menyiapkan kerja mereka. Untuk membaiki set

induksi , saya akan menyimpan bahan yang tidak diperlukan semasa set induksi.

Bahan-bahan pengajaran saya perlu uruskan dengan lebih sistematik lagi.

8

Page 9: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

BAHAGIAN B : MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

JENIS BBM : 1. HASIL KARYA GURU

2. SLAID POWER POINT

MANUAL PENGGUNAAN:

1.Tunjukkan contoh hasil karya kepada murid-murid

2.Tayangkan slaid langkah-langkah penghasilkan karya

3. Agihkan contoh hasil karya kepada setiap kumpulan

4. Letak contoh hasil karya di meja setiap kumpulan

5. Murid merujuk langkah-langkah penghasilan karya di belakang gambar

9

Page 10: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

contoh.

BAHAGIAN C : PENULISAN REFLEKSI

Tugasan bagi subjek PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah pada semester ini merupakan tugasan yang mempunyai

ikaitan rapat dengan pengaplikasian pelbagai pendekatan,strategi,kaedah dan teknik

pembelajaran dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran PSV. Tugasan kali

ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu menyediakan rancangan pengajaran harian,

menyedia dan menggunakan alat bantu mengajar dan menulis refleksi kendiri.

.Sepanjang proses menjalankan tugasan ini, saya mengalami beberapa

kesukaran kerana kurang faham dengan tugasan yang diberikan.Namun setelah

berbincang bersama rakan sekuliah dan penerangan lengkap yang telah diberikan oleh

Encik Sazuki Mohd Bee,kebanyakan butiran dan informasi yang disampaikan secara

lisan berjaya difahami demi menjayakan tugasan pada semester ini. Tugasan ini

melibatkan penghasilan rancangan pengajaran harian yang kemudiannya diaplikasikan

menggunakan pendekatan yang telah dipelajari.

Merancang persediaan pengajaran harian bukanlah semudah yang difikirkan.

Perancangan yang rapi perlu dilakukan. Oleh itu,sebelum menghasilkan rancangan

pengajaran saya terlebih dahulu akan mengenalpasti pendekatan,strategi,kaedah dan

teknik yang harus dipilih supaya pengajaran lebih menarik dan berkesan. Saya juga

membuat rujukan tentang teori-teori pengajaran dan pembelajaran PSV untuk

diaplikasikan di dalam rancangan pelajaran saya.Saya telah memilih bidang

menggambar untuk rancangan pengajaran PSV kali ini. Untuk pengajaran ini, saya

telah memilih kaedah mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu-satu tajuk. Teknik

yang saya pilih ialah teknik gosokan, capan, percikan dan gurisan telah saya gunakan

untuk satu tajuk yang sama. Melalui proses tugasan ini , saya dapat mempelajari

bagaimana untuk merancang pengurusan sumber, alat dan bahan yang sesuai dan

berkesan mengikut aktiviti pendidikan seni visual. Disamping itu, saya

10

Page 11: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

juga dapat pengetahuan dalam merancang dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti seni

visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini

ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan

pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik

akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan

kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

Tugasan membuat bahan bantu mengajar (BBM) agak mencabar. Untuk

mengatasi kesulitan ini saya telah berkolaborasi dengan seorang guru PSV. Saya juga

merujuk buku panduan pelajaran Tahun 6 dan juga mendapatkan maklumat dari

internet. Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya dalam sepanjang

tempoh menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang

yang mengajar PSV dan lebih berpengalaman. Selain daripada itu,rujukan daripada

buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya.  Alhamdulillah, dengan

segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat

saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini.

Setelah memperoleh semua maklumat saya mengambil keputusan untuk

menyediaakan dua jenis BBM iaitu Gambar Slaid dan Hasil Karya Guru.Tujuan saya

menggunakan gambar-gambar slaid memberi motivasi serta menimbulkan perasaan

ingin tahu sambil menajamkan fokus pemerhatian pelajar. Hasil Karya guru iaitu contoh

hasil seni teknik gosokan,capan,gurisan dan capan disediakan sebagai panduan

kerana setiap contoh tersebut disertakan manual penggunaannya. Hasil karya ini juga

digunakan semasa murid menjalankan aktiviti kumpulan.

. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang

berguna yang telah saya perolehi apabila saya membuat rujukan dari buku-buku,dan

juga rujukan melalui internet. Saya dapat melihat bahawa Pendidikan Seni Visual

merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan banyak aktiviti seni yang

menarik boleh dilakukan di dalam kelas sekiranya seseorang guru itu mempunyai daya

kreativiti dan mampu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat

menarik perhatian dan tumpuan murid. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi

11

Page 12: KERJA KURSUS PROJEK PSV.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM 2611 )

PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

ilmu pengetahuan saya tentang Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah 

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua

individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan

ini terutamanya kepada Encik Sazuki Mohd Bee,selaku pensyarah pembimbing kami

pada semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan

semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan

tanggungjawab yang perlu saya pikul. Tanpa bantuan dan bimbingan daripada semua

pihak, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini

dengan jayanya. Semoga tugasan saya ini juga dapat memberi info dan maklumat

kepada mana-mana individu yang memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada

semua.

12