kerja kursus pmr - khb-pk.weebly.comkhb-pk.weebly.com/kerja-kursus-pmr.htmlmodul 1 untuk tingkatan...

Download KERJA KURSUS PMR - khb-pk.weebly.comkhb-pk.weebly.com/kerja-kursus-pmr.htmlModul 1 untuk tingkatan 1, Modul 2 & 3 untuk Tingkatan 2 dan Modul 4 untuk Tingkatan 3. ... File Size: 19

If you can't read please download the document

Upload: dangtruc

Post on 08-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS PMR - Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan & Keusahawanan

UTAMANOTA-NOTALATIHAN & SOALANSUKATAN PELAJARANKERJA KURSUS PMRPEPERIKSAAN & JAWAPANPAUTANHUBUNGI SAYABLOG

Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan & Keusahawanan

KERTAS PANDUAN KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PMR

PENGENALAN

Modul Kerja Kursus PMR Kemahiran Hidup PK terdiri daripada 3 Modul utama. Modul 1 untuk tingkatan 1, Modul 2 & 3 untuk Tingkatan 2 dan Modul 4 untuk Tingkatan 3. Setiap modul mempunyai 4 kriteria yang perlu dilaksana dan dipenuhi oleh pelajar-pelajar. Setiap Modul membawa 10% markah yang akan dicampur sekali dengan 60% markah peperiksaan PMR.

Kriteria-kriteria yang akan diuji adalah berdasarkan sukatan pelajaran dan topik-topik yang terkandung di dalam buku teks. Berpandukan kriteria, pelajar dikehendaki membuat dan mennyelesaikan soalan yang diberikan di dalam kertas A4 dan dimasukkan ke dalam Fail Kerja Kursus mengikut susunan Modul yang ditetapkan.

Keempat-empat modul membawa 40% markah yang ini mesti disiapkan mengikut jadual dan kriteria yang ditetapkan di dalam Kertas Panduan.

ARAHAN-ARAHAN

Kerja kursus ini wajib disiapkan.Bagi Modul 1 Tingkatan 1, ada lima (5) Aspek yang diuji. Dalam setiap aspek ada beberapa kriteria yang akan diuji. Untuk mendapat gred A, pelajar-pelajar perlu menyiapkan semua kriteria yang ditetapkanSediakan alat tulis yang mencukupi dan berkaitan. Pen, pensel, pembaris, pemadam, klip kertas, stapler, gam dan penebuk lubang. Tidak perlu meminta-minta dari kawan.Kerja kursus mesti ditulis dengan tangan menggunakan pen hitam atau biru. Tidak boleh guna komputer. (Komputer boleh guna untuk seperator (pembahagi) aspek)Kerja kursus mesti ditulis pada kertas A4 kosong bewarna putih, tidak ada lubang, dan tidak dilipat. Sila sediakan kertas A4 yang mencukupi. Sila sediakan kertas A4 berwarna sebagai seperator (pembahagi) antara aspek-aspek. Warna akan ditentukan kemudian.Ketika menebuk lubang, pastikan ianya betul-betul ditengah kertas A4 itu. Lakukan dengan kemas. Jika tidak kemas, anda perlu buat semula.Untuk memudahkan kerja, tindihkan kertas A4 anda dengan kertas ujian karangan (testpad) sebelum menulis untuk mengelakkan tulisan anda menjadi senget. Mulakan tulisan anda lebih kurang 2.5CM daripada tepi kertas A4.Sediakan fail folder peribadi untuk menyimpan sementara hasil kerja anda sebelum disemak oleh guru.Fail Kerja Kurus KHB anda akan disimpan di dalam bengkel untuk keselamatan. Anda tidak boleh membawa pulang fail itu kecuali dengan kebenaran guru.Arahan arahan lain akan diberitahu dari masa ke semasa.

Klik download di bawah. Fail dalam bentuk Adobe Acrobat.

KERTAS PANDUAN KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS MODUL 1 TINGKATAN 1

kriteria_pentaksiran_kerja_kursus_t1.pdfFile Size: 19 kbFile Type: pdf

Download File

KERTAS PANDUAN KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS MODUL 2 & 3 TINGKATAN 2

kriteria_pentaksiran_kerja_kursus_t2.pdfFile Size: 24 kbFile Type: pdf

Download File

KERTAS PANDUAN KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS MODUL 4 TINGKATAN 3

kriteria_pentaksiran_kerja_kursus_f3.pdfFile Size: 22 kbFile Type: pdf

Download File

KERJA KURSUS MODUL 3.5 : BUKU TUNAI TINGKATAN 2

Disebabkan Buku Tunai yang sedia ada adalah dalam bentuk 1 lajur, pelajar dikehendaki download dan cetak format buku tunai 2 lajur sepertimana yang telah diajar di dalam buku teks. Walaupun konsepnya adalah sama, pelajar digalakkan menggunakan format 2 lajur seperti yang ditunjukkan dalam buku teks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan.

Sila download format baru pada link di bawah. Fail dalam bentuk MS Excel (xls).

Download Format Buku Tunai 2 Lajur.

KERJA KURSUS MODUL 3.3 : KEUSAHAWANAN KRITERIA (ii)

Modul 3.3 : Keusahawanan Kriteria (ii) : Menyenaraikan lapan agensi kerajaan yang membantu usahawan. Sila download dan cetak logo di bawah dan tampalkan dalam kerja kursus 3.3 anda.

Download Logo Agensi Kerajaan

TIPS KERJA KURSUS MODUL 3.4 (URUSNIAGA TUNAI & KREDIT) DAN 3.5 (BUKU TUNAI)

MODUL 3.4 : Urusniaga Tunai

1. Kenal pasti akaun mana yang perlu dibuka.

Akaun Bank Akaun Tunai Akaun JualanAkaun Belian Akaun PerabotAkaun Insuran Akaun Gaji Akaun Sewa

2. Kenalpasti mana yang perlu dikredit (duit keluar) atau didebitkan (duit masuk) bagi setiap akaun

3. Akaun tidak perlu diimbangkan.

MODUL 3.4 : Urusniaga Kredit

1. Kenal pasti akaun mana yang perlu dibuka

Akaun Bank Akaun Tunai Akaun StevenAkaun Karim Akaun SamatAkaun Jualan Akaun Belian

4. Kenalpasti mana yang perlu dikredit (duit keluar) atau didebitkan (duit masuk) bagi setiap akaun.

5. Akaun tidak perlu diimbangkan.

Create a free websitePowered by