kerja kursus pendek bmm3103 ppgerger

7
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan. TUGASAN PROJEK Tarikh Mula 11 JULAI 2013 Tarikh Hantar 20 OGOS 2013 Hasil Pembelajaran: 1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian; 2. Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl; 3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; dan 4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3. Objektif Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat: i) Membandingbezakan antara konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bentuk esei dan grafik. ii) Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun menggunakan domain Taksonomi Bloom. NAMA GURU PELATIH : TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TAJUK KURSUS : BMM3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEMESTER : Jun- November 2013 (2/2013)

Upload: rubin-rockzz

Post on 27-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

4et43t43t4tg4g4g4et43t43t4tg4g4g4et43t43t4tg4g4g4et43t43t4tg4g4g4et43t43t4tg4g4g4et43t43t4tg4g4g

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Pendek BMM3103 PPGerger

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan.

TUGASAN PROJEK

Tarikh Mula 11 JULAI 2013 Tarikh Hantar 20 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian;

2. Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl;

3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; dan

4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3.

Objektif

Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat:

i) Membandingbezakan antara konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bentuk esei dan grafik.

ii) Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun menggunakan domain Taksonomi Bloom.

iii) Memperincikan tentang keenam-enam aras domain Taksonomi Bloom dan menghasilkan 20 soalan Bahasa Melayu untuk kesemua aras tersebut.

iv) Menganalisis soalan objektif ujian Bahasa Melayu berpandukan domain Taksonomi Bloom dan membuat penilaian tentang kesesuaian soalan tersebut.

v) Menuliskan refleksi yang menunjukkan kefahaman terhadap semua soalan tugasan.

NAMA GURU PELATIH :TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK KURSUS : BMM3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : Jun- November 2013(2/2013)

Page 2: Kerja Kursus Pendek BMM3103 PPGerger

Tugasan Projek (100%)

Penilaian bahasa merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi

memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat

pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan

objektif pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian amat penting dijalankan oleh

guru sama ada secara formatif dan sumatif untuk memastikan murid-murid telah dapat

menguasai tiga kemahiran utama. Ketiga-tiga kemahiran tersebut ialah kemahiran

mendengar dan bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Oleh itu,

apabila guru menilai kemahiran bahasa di bilik darjah, guru tidak boleh hanya

menumpukan kepada ujian bertulis semata-mata. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh

digunakan oleh guru sebagai pengukur perubahan tingkah laku murid-murid untuk mata

pelajaran Bahasa Malaysia.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki,

1. Membandingbezakan konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bagi menunjukkan kefahaman anda,

buat perbandingan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian Bahasa Melayu

dalam bentuk esei dan grafik grafik.

(10%)

2. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi

Peperiksaan Pertengahan Tahun menggunakan domain Taksonomi Bloom.

(20%)

3. Anda dikehendaki membina 20 soalan objektif (10 soalan berdasarkan teks dan 10

soalan tatabahasa) menggunakan domain Taksonomi Bloom berdasarkan Jadual

Spesifikasi Ujian yang telah anda bina.

(30%)

4. Pilih satu set soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Anda dikehendaki

menganalisis semua soalan objektif (Bahagian Tatabahasa) mengikut aras

Taksonomi Bloom.

(30%)

Page 3: Kerja Kursus Pendek BMM3103 PPGerger

5. Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan soalan setiap tugasan di atas.

Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.

(10%)

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.3.2 Fon Arial3.3 Saiz huruf – 113.4 Langkau 1.5 baris3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)3.6 Lampiran adalah wajib3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

4. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka

surat.

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu.

8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a. Pengenalan yang menarik dan dapat menghuraikan tentang pentaksiran

Bahasa Melayu

b. Huraian dan perbandingan tentang konsep pentaksiran, pengujian dan

penilaian..

c. Huraian dan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian..

d. Pembinaan soalan-soalan objektif mengikut domain Taksonomi Bloom.

e. Analisis kritikal soalan-soalan objektif yang dipilih.

f. Penulisan refleksi.

Page 4: Kerja Kursus Pendek BMM3103 PPGerger

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras

bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak

tugasan. (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2

bahan bercetak yang lain)

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Dr. MARIDAH BINTI ALIAS) (Dr. FARIDAH BINTI NAZIR)

Penyelaras Kursus BMM3103 SME BMM3103,

Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Raja Melewar. IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

(AZMI BIN AYUB)

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Raja Melewar.

Page 5: Kerja Kursus Pendek BMM3103 PPGerger

ISI KANDUNGAN

Pengakuan Pelajar

Penghargaan

1.0 Pendahuluan2.0 Pengertian dan Konsep

2.1 Pentaksiran2.2 Pengujian2.3 Penilaian2.4 Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian2.5 Rumusan

3.0 Jadual Spesifikasi Ujian3.1 Definisi3.2 Maklumat dalam JSU3.3 Pembinaan dan Penggunaan JSU3.4 Rumusan

4.0 Pembinaan Ujian4.1 Taksonomi Bloom4.2 Bentuk Soalan Ujian

- esei- objektif- struktur

4.3 Rumusan

5.0 Analisis Soalan5.1 Pengertian dan konsep analisis soalan5.2 Analisis5.3 Rumusan

6.0 Kesimpulan6.1 Rumusan Keseluruhan6.2 Refleksi6.3 Penutup

RujukanLampiran