kerangka perundangan dalam menangani jenayah terhadap

15
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 1 KERANGKA PERUNDANGAN DALAM MENANGANI JENAYAH TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA DI MALAYSIA. Maffuza Binti Salleh 1 Azizah Binti Mat Rashid 2 Zaini Yusnita Binti Mat Jusoh 3 Noor Syahida Binti Abdul Rahman 4 [email protected] ABSTRAK Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya sering dilaporkan di akhbar- akhbar tempatan mutakhir ini. Jenayah ini juga kerap berlaku melalui media baru seperti WhatsApp. Facebook, Twitter dan lain-lain aplikasi. Jenayah ini merupakan satu ancaman besar kepada agama Islam dan institusinya dan ia perlu ditangani berdasarkan keadaan semasa demi menjaga maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam itu sendiri agar tidak dipandang rendah oleh agama lain mahupun penganut agama Islam itu sendiri. Oleh itu kajian ini akan mengkaji kerangka perundangan yang ada untuk melihat sejauh manakah undang-undang yang ada mampu menangani, membendung jenayah ini serta memberi pengajaran kepada pelaku jenayah. Metode yang digunakan bagi kajian adalah metode kajian kepustakaan, metode dokumentasi dan metode observasi. Kertas kerja ini juga akan turut memberikan beberapa saranan kepada pihak yang terbabit sebagai penambahbaikan dalam mengatasi masalah ini. Keywords: Jenayah terhadap kesucian agama Islam institusinya, maqasid syariah, kerangka perundangan. PENGENALAN Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya sering dilaporkan di akhbar- akhbar tempatan mutakhir ini. Perbuatan tidak bertanggungjkawab sesetengah pihak semakin tegar menghina kesucian agama Islam dan institusinya. Apa yang dikesali pelakunya adalah penganut agama Islam itu sendiri dan juga orang bukan Islam. Perbuatan ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti melalui lisan, perbuatan, tulisan ,gambar dan sebagainya. Kemajuan teknologi maklumat seperti media baru yang wujud pada masa kini menjadikan modus operandi jenayah ini lebih mudah dan cepat dilakukan. Justeru itu, penguatkuasaan yang tegas dan mantap amat penting untuk dilaksanakan bagi membanteras jenayah ini. Penghinaan terhadap agama Islam boleh mengundang rasa marah dan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, agama Islam hendaklah sentiasa dihormati dan 1 Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, KUIS. 2 Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, KUIS. 3 Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, KUIS. 4 Pensyarah Jabatan Syariah, Akademi Islam, KUIS.

Upload: dinhliem

Post on 27-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

1

KERANGKA PERUNDANGAN DALAM MENANGANI JENAYAH TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA DI

MALAYSIA.

Maffuza Binti Salleh1

Azizah Binti Mat Rashid2

Zaini Yusnita Binti Mat Jusoh3

Noor Syahida Binti Abdul Rahman4

[email protected]

ABSTRAK

Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya sering dilaporkan di akhbar-

akhbar tempatan mutakhir ini. Jenayah ini juga kerap berlaku melalui media baru seperti

WhatsApp. Facebook, Twitter dan lain-lain aplikasi. Jenayah ini merupakan satu ancaman

besar kepada agama Islam dan institusinya dan ia perlu ditangani berdasarkan keadaan

semasa demi menjaga maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam itu sendiri agar tidak

dipandang rendah oleh agama lain mahupun penganut agama Islam itu sendiri. Oleh itu

kajian ini akan mengkaji kerangka perundangan yang ada untuk melihat sejauh manakah

undang-undang yang ada mampu menangani, membendung jenayah ini serta memberi

pengajaran kepada pelaku jenayah. Metode yang digunakan bagi kajian adalah metode

kajian kepustakaan, metode dokumentasi dan metode observasi. Kertas kerja ini juga akan

turut memberikan beberapa saranan kepada pihak yang terbabit sebagai penambahbaikan

dalam mengatasi masalah ini.

Keywords: Jenayah terhadap kesucian agama Islam institusinya, maqasid syariah, kerangka

perundangan.

PENGENALAN

Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya sering dilaporkan di akhbar-

akhbar tempatan mutakhir ini. Perbuatan tidak bertanggungjkawab sesetengah pihak semakin

tegar menghina kesucian agama Islam dan institusinya. Apa yang dikesali pelakunya adalah

penganut agama Islam itu sendiri dan juga orang bukan Islam. Perbuatan ini boleh dilakukan

melalui pelbagai cara seperti melalui lisan, perbuatan, tulisan ,gambar dan sebagainya.

Kemajuan teknologi maklumat seperti media baru yang wujud pada masa kini menjadikan

modus operandi jenayah ini lebih mudah dan cepat dilakukan. Justeru itu, penguatkuasaan

yang tegas dan mantap amat penting untuk dilaksanakan bagi membanteras jenayah ini.

Penghinaan terhadap agama Islam boleh mengundang rasa marah dan perpecahan

dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, agama Islam hendaklah sentiasa dihormati dan

1 Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, KUIS.

2 Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, KUIS.

3 Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, KUIS.

4 Pensyarah Jabatan Syariah, Akademi Islam, KUIS.

Page 2: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

2

dimuliakan kedudukannya.5 Hanya peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan yang

tegas dan mantap sahaja mampu menjamin kesucian Agama Islam dan institusinya. Akan

tetapi, masih terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan dalam penguatkuasaan

undang-undang ini seperti konflik dengan undang-undang sivil, bidangkuasa penggubalan

undang-undang di sisi Perlembagaan Persekutuan dan penentuan skop kesalahan yang patut

dikategorikan sebagai menghina agama Islam, juga bidangkuasa undang-undang syariah tidak

terpakai ke atas pelaku jenayah bukan Islam. Oleh itu, penulis akan membuat analisa dengan

memfokuskan kepada kerangka perundangan yang wujud di Malaysia untuk melihat sejauh

manakah undang-undang yang ada mampu membendung jenayah ini.

Mereka yang melakukan perbuatan ini sewajarnya diambil tindakan demi menjaga

kemaslahatan masyarakat Islam kerana perbuatan ini melibatkan perbuatan yang boleh

mencemar salah satu maqasid syariah iaitu memelihara agama (hifzu al-din). Tindakan yang

wajar perlu diambil sebagai langkah membendung jenayah ini dari terus berleluasa dan

memberikan ta’dib kepada pelaku dan juga masyarakat.

Menjadi tanggungjawab semua umat Islam samada mereka itu dari kalangan yang

berkuasa atau rakyat jelata mesti bangkit atas dasar tanggungjawab untuk membenteras

sebarang kemungkaran yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini tanpa mengira

fahaman dan pengaruh ideologi tertentu kerana ini tanggungjawab kita. Sabda Rasulullah

SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka

hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka

hendaklah dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diubah dengan

hatinya (benci dengan hati), dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

( Riwayat Muslim)

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan dokumentasi. Analisis dilakukan ke atas

peruntukan undang-undang yang diguna pakai di Malaysia dalam pendakwaan kes-kes di

bawah kesalahan terhadap kesucian agama Islam dan institusinya untuk melihat sejauh

manakah undang-undang yang ada dapat membendung jenayah ini.

5 Shamrahayu A.Aziz. 2007. Undang-Undang Jenayah Islam: Peruntukan Undang-Undang Mengenai

Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.100.

Page 3: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

3

1. DEFINISI JENAYAH TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN

INSTITUSINYA Jenayah berasal daripada perkataan jinayah bermaksud perkara tidak baik yang

dilakukan. Menurut istilah syarak, jinayah ialah perkara larangan syarak yang dikenakan

hukuman oleh Allah dengan hukuman hudud atau ta’zir. Jinayah adalah perbuatan yang

diharamkan syarak sama ada melibatkan agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Perkara

larangan syarak meliputi perkara yang dilarang oleh syarak atau meninggalkan perkara yang

diperintah.6

Dalam konteks jenayah syariah, kesalahan adalah merujuk kepada apa-apa perbuatan

atau peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang telah

menetapkan kesalahan-kesalahan tertentu yang mana mahkamah syariah mempunyai bidang

kuasa keatasnya. Secara khususnya, kesalahan jenayah syariah di Malaysia merujuk kepada

kesalahan-kesalahan yang menyalahi akidah, institusi agama, moral, kesusilaan dan

matrimoni yang membabitkan pelaku jenayah beragama Islam sahaja.

Institusi islam merujuk kepada mana-mana institusi yang terlibat dalam pentadbiran

hal ehwal orang Islam seperti masjid, surau, Mahkamah Syariah, jabatan agama Islam negeri-

negeri (JAIN), Majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN), JAKIM, Majlis Fatwa

Kebangsaan, majlis Fatwa negeri-negeri dan lain-lain.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)2003 hanya memberikan definisi

masjid iaitu;

suatu bangunan-Yang digunakan bagi sembahyang jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-

kegiatan yang disuruh, disyorkan atau dibenarkan oleh agama Islam; dan Yang penggunaannya

sebagai yang demikian dibenarkan oleh Majlis di bawah seksyen 98. dan termasuklah mana-mana

surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Mahjlis sebagai masjid di bawah seksyen

itu.

Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya bermaksud apa-apa

perbuatan yang dilakukan yang boleh dianggap sebagai menghina atau mencemar kesucian

agama Islam atau Institusi islam. Penulis membahagikan jenayah ini kepada dua kategori

iaitu pertama Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan kedua, jenayah terhadap kesucian

institusi Islam.

2. KEPENTINGAN MENJAGA KESUCIAN AGAMA DAN INSTITUSINYA

MENURUT MAQASID SYARIAH

Maqasid berasal dari kalimah maqsud bererti kehendak, matlamat ataupun tujuan. Maqasid

al-Syari’ah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui

sumber dalilnya menerusi al-quran dan al-sunnah. Secara umumnya, maqasid boleh

didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan dan menolak keburukan serta menghilangkan

kemudharatan. Memahami maqasid syariah akan membantu umat Islam menyelesaikan

permasalah-permasalahan yang rumit pada masa kini.7. Ilmu fiqh hanya dianggap lengkap

6 Abdul Halim El-Muhammady, 1998, Undang-Undang Jenayah Dalam Islam Dan Enakmen Negeri-Negeri,

Wadah Niaga Sdn.Bhd., hlm. 1. 7 Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain, 2007, Maqasid Al-Syariah Hikmah Di Sebalik Pensyariatan,Karya

Bestari Sdn Bhd, hlm. 31

Page 4: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

4

apabila digabung dengan pengetahuan berkaitan maqasid syariah berserta rahsia-rahsia

tersirat yang terkandung di dalamnya.

Berdasarkan Surah Mumtahinah ayat 12, para ulama menyatakan bahawa terdapat lima

perkara yang wajib dipelihara oleh umat Islam yang dinamakan sebagai dharuriyyat al

khamsah.iaitu kewajipan menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta.

Bagi menjaga kepentingan agama dan akidah, Islam mewajibkan beriman dengan rukun iman

dan menetapkan dengan jelas rukun Islam serta ibadah-ibadah lain. Antara langkah-langkah

lain adalah;

a. Mewajibkan berjihad dengan harta dan nyawa demi menjaga kesucian agama Islam.

b. Menjatuhkan hukuman bunuh bagiorang-orang murtad dan zindiq.

c. Mengharamkan amalan bid’ah dan sihir.

d. Mengharamkan maksiat dan menetapkan hukuman keras melalui pelaksaan hudud, qisas

dan takzir.8

Syariat Islam bertujuan untuk mengatur dan mengawal kehidupan manusia supaya bebas dari

sebarang unsur-unsur kemungkaran dan jenayah yang boleh membawa kepada kemusnahan.

Justeru, umat Islam wajib mendokong tanpa berbelah bagi segala usaha bagi meletakkan

syariat Islam sebagai dasar negara dan pendinding kepada segala unsur-unsur kemungkaran

dan jenayah yang melanda masyarakat ketika ini. Mereka juga hendaklah melakukan

penghijrahan minda ke arah menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara

agama (hifz ad-deen) andalah tanggunjawab bersama. Umat Islam juga dituntut untuk

mengenali agenda penghakis kedaulatan agama Islam dengan mengenali unsur-unsur yang

cuba menghakis kesucian agama Islam dan sebagainya. 9Saat ini agama Islam sedang

diserang, akidah umat Islam sedang digugat, maruah umat Islam sedang dicabar. Apakah lagi

keburukan yang akan melanda jika umat Islam terus berpecah belah dan tidak bersatu untuk

mempertahankannya.

3.JENAYAH TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM INSTITUSINYA.

Kebelakangan ini banyak kes penghinaan terhadap kesucian agama Islam menjadi isu

panas hingga menjadi polemik secara meluas dengan sesetengahnya untuk kepentingan

politik, sementara setengahnya pula berakhir dengan dakwaan di mahkamah. Keterlanjuran

dan kesilapan yang dilakukan selalunya diikuti dengan kecaman, teguran, perdebatan dan

fatwa akan menyusul dan dalam beberapa kes berakhir dengan tindakan undang-undang.10

Penulis membahagikan jenayah ini kepada dua kategori iaitu pertama Jenayah terhadap

kesucian agama Islam dan kedua, jenayah terhadap kesucian institusi Islam.

3.1 JENAYAH TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM

8 Ibid, hlm. 131-132

9 JAKIM, Khutbah Jumaat, Mencegah Jenayah Mengislah Ummah, 17 Januari 2014

10

Sinar Harian, Farush Khan, 22 Oktober 2014, Sentuh Anjing: Di Mana Silapnya?

Page 5: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

5

Contoh-contoh kes bagi kategori jenayah terhadap kesucian agama Islam yang berlaku

adalah seperti berikut:

a. Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam.

Setiausaha Agung Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Dr Hermen Shastri bersetuju

semua gereja di negara ini bersatu bahawa penganut Kristian mempunyai hak mengamalkan

agama termasuk penggunaan Bible dalam bahasa yang berbeza.Katanya, Bible digunakan

oleh penganut Kristian sebagai kitab suci dalam apa jua terjemahan dan di Malaysia termasuk

Bible bahasa Melayu yang digunakan oleh komuniti Orang Asli yang bertutur dalam bahasa

Melayu dan bahasa etnik masing-masing.CFM melahirkan kebimbangan terhadap

peningkatan ketegangan oleh kumpulan tertentu berkenaan dengan penggunaan istilah Allah

oleh masyarakat Kristian di Malaysia.Mereka juga kesal sikap berdiam diri kerajaan

mengenai perkara itu setelah mengumumkan penyelesaian 10-perkara untuk memenuhi

penggunaan Bible Melayu pada April 2011. Pengarang mingguan Katolik Herald, Paderi

Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah

dalam perhimpunan mingguannya meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melarang

bukan Islam menggunakan kalimah itu.Katanya, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan

menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka

sendiri dan agama mereka tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan Islam.

Pada 31 disember 2007 pengarang akhbar Herald-The catholic weekly, paderi

Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak KDN telah emperbaharui permit penerbitan

akhbar itu tanpa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah. Bagaimanapun kerajaan

menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah masih kekal. Pada 3 januari 2008,

kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali agama Islam daripada

menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing.Sebelum itu Kabinet

telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 1 November 2006. Pada 19

Mac 2008 Gereja Katholik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan

kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah.

Mahkamah Persekutuan. telah menolak permohonan semakan keatas keputusan

Mahkamah Rayuan yang mengenepikan Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh

menggunakan kalimah Allah. Keputusannya Majalah mingguan gereja katolik herald dilarang

menggunakan kalimah Allah atas alasan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan

masyarakat Islam.11

11

Harian Metro, Khamis, 22 januari 2015 , isu Kalimah Allah Larangan Muktamad, hlm.52.

Page 6: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

6

b. Penghinaan terhadap Islam oleh Alvin Tan Melalui laman Facebook bagi ibadat

berbuka puasa dan tragedi kren tumbang di Mekah.

Di dalam facebook Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee tersenyum bangga sambil

menikmati bak kut teh atau sup tulang babi. Bersama gambar disertakan kata-kata selamat

berbuka puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan.Turut disertakan logo halal

JAKIM. Perbuatan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan sup babi adalah keterlaluan.

Dua remaja tersebut seorang warga Malaysia dan seorang lagi warga singapura. Bukan sahaja

menghina kesucian agama islam tetapi secra terang terangan mencabar kesabaran umat

islam.Alvin telah dibawa ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan didakwa

menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan Operasi SKMM Zulkarnain Mohd Yassin

mengesahkan pasangan tersebut memberi keterangan mengikut seksyen 233 Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian

sosial.

Beliau turut menyatakan bahawa kalau kita tegas, pelaku tersebut tidak boleh melepaskan diri

dari hukuman. Namun, masalah yang kerap berlaku dalam kes- kes sebelm ini adalah kita

selalu tidak tegas dan hanya hangat pada peringkat awal dan semua pihak bercakap berkobar-

kobar, kemudian siasat, lepas itu dingin dan akhirnya senyap. Prosedur di SKMM adalah

menyiapkan kertas siasatan dalam tempoh 2 ke 3 hari. Kalau kita serius perkara ini boleh siap

dalam 24 jam.Pihak berkuasa agama pun macam tiada kuasa untuk mengambil tindakan.

Alvin didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi & Media 1998 kerana

menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar-

mewujudkn apa-apa komen yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya.12

Seksyen 233(1) Akta Komunikasi & Media 1998 memperuntukkan seperti berikut: (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau

perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi

lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk

menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada

secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak

mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan

hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau

alamat elektronik,melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu

tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap

hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Alvin terlepas dari hukuman dan apa yang berlaku langsung tidak memberi pengajaran kepadanya.

Alvin mengulangi semula perbuatan menghina Islam melalui facebook dalam tragedi kren tumbang di

12 www.sinarharian.com.my 28 september 2015

Page 7: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

7

Mekah baru-baru ini mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah

diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.

Beliau dikecam sebagai sudah keterlaluan kerana dia juga menghina dan mempersoalkan

kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan

ibadah haji tidak lama lagi. Alvin menyatakan :

“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2

Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar

dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi

tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” # ikir ikirkanlah # AllahBa ul

Melalui observasi, penulis mendapati sehingga hari ini tiada tindakan dikenakan ke atas

Alvin dan dia masih bebas serta tidak serik untuk meneruskan siri jenayah penghinaan

terhadap kesucian agama Islam.

c. Penghinaan terhadap kesucian agama Islam melalui Penganjuran Program “I Want

To Touch A Dog”.

Program I Want To Touch A Dog yang dianjurkan oleh Syed Azmi Alhabshi , seorang ahli

farmasi dan aktivis sosial pada 19 Oktober 2014 di Central Park, One Utama, Petaling Jaya

dengan objektif untuk membantu masyarakat, terutama masyarakat Islam untuk mengatasi

rasa takut kepada anjing itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam

di Malaysia.Program yang dilaksanakan selama dua jam itu dibanjiri ratusan umat Islam dan

memberi mereka peluang untuk menyentuh anjing.Program ini telah disebarkan melalui

medium media baru seperti facebook, twitter, telegram dan whatsapp.Ketua Pengarah JAKIM

menyatakan bahwa program itu tidak sepatutnya dianjurkan dan beliau merasa amat kesal

diatas sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensiviti umat

Islam di Malaysia yang majoritinya penganut Mazhab Syafie.13

Program ini telah menerima

kritikan banyak pihak seperti mufti-mufti dan para pendakwah. Komen yang diberi oleh

mereka lebih memfokuskan kepada matlamat program itu diadakan dan kesan daripada

penganjurannya keatas masyarakat.

Penghinaan yang cukup besar juga turut dilakukan melalui sebaran di media baru seperti

gambar biadap aksi anjing mengambil wuduk. Selain itu ada juga pihak yang mengeluarkan

kenyataan bahawa memelihara anjing adalah satu amalan terpuji yang digalakkan Islam

sambil memetik riwayat hadith yang mengisahkan seorang pelacur Yahudi Bani Israel

memberi minum seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan sebagai hujah yang tepat.

Menukilkan hadith secara semborono tanpa melihat kepada sebab wurud, konteks dan

keadaan semasa sehingga menimbulkan kekeliruan dan keresahan kepada orang ramai adalah

satu jenayah ilmu yang termasuk dalam kategori tahrif atau mengubah makna sebenar nas-

nas syarak. Pihak mufti dan institusi Islam di Malaysia perlulah membuat kajian mendalam

berdasarkan al-quran dan al sunnah serta metodologi ilmu yang benar perlu dilakukan dan

pencerahan serta pemahaman kepada masyarakat perlu diberikan agar tiada lagi helah untuk

merosakkan kesucian agama Islam dapat dilakukan melalui pendapat-pendapat pelik yang

tidak pernah diterima pakai mahupun diiktiraf sebagai pendapat yang muktabar.

13

BH online,Isnin- 20 Oktober 2014, Kolum Semasa, JAKIM siasat Program ‘I Want To Touch A Dog’.

Page 8: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

8

e. Jenayah terhadap kesucian agama Islam di bawah kesalahan melanggar fatwa,

menghina atau menyebabkan agama islam dipandang hina , menghina pihak

berkuasa agama.

Kes Pendakwa Syarie lwn Abdul Kahar Ahmad (JH JIL 29 BHG 1,Ogos 2009, hlm. 85)

kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 di

bawah seksyen 10 kesalahan berkaitan menghina atau menyebabkan dipandang hina dan

lain-lain, agama Islam jika sabit dikenakan hukuman denda RM4,500 dan penjara 2 tahun.

Jika gagal membayar denda hendaklah dipenjarakan selama 1 tahun.

Seksyen 12 iaitu kesalahan menghina pihak berkuasa agama jika sabit boleh didenda

RM3000 dan penjara selama satu tahun. Jika gagal membayar denda hendaklah dipenjarakan

selama 1 tahun.

Seksyen 13 kesalahan berkaitan pendapat yang bertentangan dengan fatwa. jika sabit boleh

didenda RM3000 dan penjara selama dua tahun. Jika gagal membayar denda hendaklah

dipenjarakan selama enam bulan. Beliau telah disabitkan dengan ketiga-tiga pertuduhan

penghinaan tersebut.Kes ini merupakan kes ajaran salah.

3.2 JENAYAH TERHADAP KESUCIAN INSTITUSI ISLAM

a. Penghinaan Terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Oleh Eric

Paulsen .

Seorang aktivis hak asasi yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen

telah membuat dakwaan terhadap JAKIM melalui kenyataan dalam akaun twitternya “Jakim

is promoting extremism every Friday. Government needs to address that if serious about

extremism in Malaysia” menuduh JAKIM mempromosi fahaman ekstremisme di Malaysia

setiap Jumaat. Tindakan beliau telah menimbulkan reaksi dan kemarahan umat Islam dan

pelbagai pihak telah tampil membuat laporan polis terhadapnya.14

Beliau telah menerima

pelbagai kecaman dan juga menerima ugutan bunuh kerana dengan sewenang-wenangnya

mengeluarkan kenyataan buruk mengenai khutbah jumaat sekaligus mengguris perasaan dan

sensitiviti muslim di Malaysia.

Paulsen menafikan beliau menghina agama Islam dan mendakwa kenyataannya menjadi isu

akibat tindakan provokasi pihak tertentu. Pihak berkuasa menggesa agar satu tindakan tegas

diambil ke atas beliau. Paulsen disiasat dan didakwa di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan

1948 (Akta 15) yang memperuntukkan:

mana-mana orang yang mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan

atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila sabit boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kemudian,

boleh dipenjara tidak selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya

14 Harian Metro, Selasa, 13 Januari 2015, hlm.22.

Page 9: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

9

hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain

sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Perbuatan ini dianggap bertentangan dengan Perkara 10(a) Perlembagaan persekutuan kerana

telah menggunakan hak kebebasan bersuara kepada perkara yang tidak wajar. Timbalan

Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin mencadangkan RM5000 sebagai wang jaminan

namun peguam tertuduh Gobind Singh Deo berhujah bahawa anakguamnya tidak mempunyai

sebab untuk tidak hadir kerana beliau adalah seorang peguam. Hakim telah menetapkan

jaminan sebanyak RM 2000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan.Prof

Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod menyatakan bahawa saman terhadap Paulsen boleh

difailkan sekiranya JAKIM pasti wujudnya elemen fitnah. Akta Hasutan memperuntukkan

hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala seksyen

298A kanun keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun jika sabit

kesalahan.

b. Kesalahan Mencemar dan menyalahgunakan Tempat Ibadat(Masjid dan surau)

Perbuatan mencemar tempat ibadat dengan apa-apa cara sekalipun merupakan satu kesalahan

terhadap kesucian institusi Islam. Insiden yang berlaku merupakan perbuatan yang

disengajakan untuk menimbulkan keresahan dan kemarahan umat Islam. Pelaku jenayah ini

sudah tentu mempunyai motif yang kuat untuk melakukan perkara ini.

Antara perbuatan tersebut adalah meletakkan kepala babi di dalam bungkusan plastik yang

diletakkan di perkarangan masjid, depan pagar utama masjid, tempat letak kereta atau dalam

kawasan sekitar masjid. Contoh kes yang berlaku dapat dilihat daripada kejadian-kejadian

berikut:

16 Januari 2009 penemuan kepala babi di perkarangan Surau Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya menjelang pilihanraya kampus.

Rabu 27 Januari 2010, Masjid Al-Hidayah Sentul, Kuala Lumpur, perkarangan Masjid

Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman

Seri Sentosa, Jalan Klang Lama. Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun,

Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya Pantai Baharu (NPE) - terdapat dua kepala

babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan pintu belakang. Kepala babi yang

dibungkus dengan plastik disedari oleh tukang sapu. Sehubungan itu siasatan dilakukan

di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana membangkitkan perasaan marah dan

keresahan di kalangan umat Islam.15

Penulis hanya menyatakan beberapa kes berkaitan

sahaja walaupun hakikatnya masih banyak lagi kes-kes yang dilaporkan di akhbar-akhbar

tempatan.

Contoh kesalahan penyalahgunaan surau pula adalah kes yang berlaku di sebuah resort di

Tanjung Sedili, Johor. Pengurus resort tersebut telah disiasat kerana dikatakan telah

membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau

resort berkenaan. Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang

hendak menunaikan solat asar di yang mendapati seramai 12 penganut agama berkenaan dan

15 Hidayah Hairom, 2 Februari 2012 , http://www.sinarharian.com.my/nasional/lagi-kepala-babi-di-masjid-

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid

Page 10: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

10

seorang sami sedang melakukan upacara sembahyang dengan meletakkan gambar patung.

“Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan

tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.Kesalahan

sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.16

4. KERANGKA PERUNDANGAN

Berdasarkan kes-kes yang telah dibincangkan, didapati bahawa terdapat beberapa statut yang

memperuntukkan tentang kesalahan terhadap Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan

institusinya iaitu:

a. Akta Kanun Keseksaan (pindaan 2014), Seksyen 298A memperuntukkan hukuman

penjara dua hingga lima tahun jika sabit kesalahan. Seksyen 295 Kanun Keseksaan

iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak

mengaibkan agama mana-mana golongan.Kesalahan sedemikian membawa kepada

hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

b. Akta Hasutan 1948 (Akta 15) Seksyen 4(1)(c) yang memperuntukkan:mana-mana

orang yang mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan

atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak

melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau

kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjara tidak selama

tempoh tidak melebihi lima tahun, dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati

dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam

perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan

dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

c. Akta Komunikasi & Media 1998 Seksyen 233(1) kerana menggunakan mana-mana

kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar-mewujudkan apa-apa

komen yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik Seksyen 233(1) Akta

Komunikasi & Media 1998 memperuntukkan seperti berikut:

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian

atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi

lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk

menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi,

sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi

mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan

dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana

orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan

boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu

ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

16 http://www.harakahdaily.my/tag/kanun-keseksaan, 13 Ogos 2013, Pengurus Resort Ditahan

Page 11: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

11

d. Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri, bab Kesalahan Berhubung Dengan

Kesucian Agama Islam dan Institusinya. Contoh Bahagian III, iaitu Seksyen 9 hingga

seksyen 21 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Akta Kanun Keseksaan , Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan Akta Komunikasi & Media 1998

merupakan statut sivil di bawah bidangkuasa Parlimen dan perbicaraan kes dijalankan di

mahkamah sivil manakala enakmen jenayah syariah negeri-negeri pula merupakan statut di

bawah bidangkuasa negeri dan perbicaraan kes dijalankan di Mahkamah Syariah. Akta

Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan hukuman paling tinggi berbanding tiga

akta yang lain. Ketiga-tiga akta tersebut memperuntukkan hukuman yang hampir sama .

Secara umumnya, kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan dalam enakmen-

enakmen jenayah syariah negeri-negeri berdasarkan bidangkuasa yang diberikan oleh Senarai

negeri iaitu senarai 2 jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah

(bidangkuasa Jenayah) pindaan 1984. Hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh

mahkamah syariah hanyalah hukuman takzir iaitu adalah hukuman denda tidak melebihi

RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau

kombinasi hukuman tersebut.

Seksyen 9 hingga seksyen 16 Enakmen jenayah syariah selangor

Seksyen 9 memperuntukkan mana-mana orang yang mempersendakan al-Quran atau Hadis,

menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat al-quran dan hadith jika

sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi

tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 10. mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau

dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat

dilihat atau dengan apa-apa cara lain: (a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama

Islam dipandang hina;(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau

upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau (c) mempersendakan atau

menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di

Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam; Adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11 memperuntukkan mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan

atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat ibadat lain atau apa-apa

kelengkapannya dengan niat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam adalah

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi

enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bagi kesalahan memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat jika sabit kesalahan

boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau

disebat tidak melebihi enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Kesalahan

menghina pihak berkuasa Agama, pendapat bertentangan dengan Fatwa, mengajar tanpa

tauliah, mengingkari perintah mahkamah dan penerbitan agama bertentangan dengan

Hukum Syarak, mereka yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi lima ribu

ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya

Page 12: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

12

seksyen 12 memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina

kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:(a)

Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam;(b) Majlis;(c)

Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa; Adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 13(1) memperuntukkan Mana-mana orang yang memberikan,

mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau

Hukum Syara’ yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di

Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya. (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau

bahantara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucutkan

dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan

dengan pendapat itu.

Seksyen 14. (1) memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar atau mengaku

mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang

diberikan di bawah subseksyen 79(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam adalah melakukan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Subseksyen (1)

tidak terpakai bagi seseorang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang

berhubungan dengan agama Islam di kediamannya sendiri dan dengan kehadiran anggota

keluarganya sendiri sahaja.

Seksyen 15 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan bahawa

sesiapa yang mengingkari, melanggar, membantah, mengeji, menghina atau enggan

mematuhi mana-mana perintah Hakim atau mahkamah adalah melakukan satu kesalahan, jika

sabit didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau denda tidak melebihi dua tahun atau kedua-

duanya. Oleh itu, bagi mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan

oleh pihak mahkamah boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini.

Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan mana-mana

orang yang: (a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan atau menyebarkan dengan

apa-apa cara, apa-apa buku atau dokumen atau apa-apa bentuk lain rakaman yang

mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syarak atau; (b) ada dalam

miliknya apa-apa buku, dokumen atau bentuk lain rakaman sedemikian untuk dijual atau bagi

maksud untuk disebarkan dengan apa-apa cara lain;

Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga

ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, dokumen atau bentuk lain

rakaman yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan walaupun tiada

seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, dokumen atau bentuk

lain rakaman itu.

Page 13: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

13

Kesalahan Berhubung Dengan Rukun Islam, Arak, Judi dan Kesusilaan

diperuntukkan dalam Seksyen 17-21 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

memperuntukkan kesalahan jenayah syariah seperti berjudi yang membawa hukuman boleh

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-

duanya, minum minuman yang memabukkan, menjual dan membeli minuman yang

memabukkan yang hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara

tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, tidak menghormati ramadhan hukumannya

boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau

kedua-duanya , tidak menunaikan solat jumaat hukumannya boleh didenda tidak melebihi

seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan tidak membayar

zakat atau fitrah hukumannya ialah boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.17

Daripada kes-kes yang telah penulis bincangkan, kesemua kes tersebut didakwa

dibawah akta sivil kecuali kes ketua pendakwa syarie lwn. Abdul Kahar bin Ahmad didakwa

di bawah enakmen jenayah syariah. Bagi kes penghinaan melalui media baru, tindakan yang

diambil adalah berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan. Akta kanun

Keseksaan juga kerap diguna pakai bagi kes-kes penghinaan yang dilakukan. Enakmen

jenayah syariah diguna pakai bagi kes yang mana pelaku jenayah adalah orang Islam dan

melibatkan kes ajaran sesat.

5. DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kerangka perundangan, terdapat lebih dari satu akta yang diguna pakai dalam

pendakwaan kes penghinaan terhadap kesucian agama Islam dan institusinya di Malaysia.

Kajian mendapati terdapat beberapa akta sivil yang memperuntukkan tentang kesalahan yang

sama berkaitan jenayah terhadap jenayah ini. Kebanyakan pelaku jenayah di dalam kes yang

dibincangkan adalah orang bukan Islam dan mereka tidak boleh didakwa di mahkamah

syariah berdasarkan jadual 9 senarai kedua Perlembagaan Persekutuan. Bidangkuasa juga

diberikan kepada institusi yang berbezadalam penguatkuasaan jenayah contohnya SKMM.

Ketidaktelusan bidangkuasa di antar institusi-institusi ini menyebabkan tiada tindakan tegas

dapat dilakukan dan pengajaran tidak dapat diberikan kepada pelaku jenayah. Tambahan pula

institusi –institusi yang berbidangkuasa di bawah akta-akta khusus bergerak in silo dan tiada

ketelusan tanpa garis panduan terhadap bidangkuasa masing-masing 18

ditambah lagi dengan

desakan dari masyarakat dan pihak media dalam kes-kes yang berlaku akhirnya terlepas

begitu sahaja dan pelaku jenayah kembali aktif melakukan siri jenayah seterusnya. Dapatlah

dirumuskan bahawa kerangka perundangan yang ada tidak dapat membendung jenayah ini

dengan berkesan dan penambahbaikan terhadap pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang

yang ada perlu dilakukan di samping memberi pendidikan dan pemahaman kepada

masyarakat terhadap adab dan tatacara berkomunikasi melalui media baru di semua peringkat

lapisan masyarakat.

17

Zulkifli Hasan, Isu Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya,

Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM).

18 Program Landskap TV1, Isu Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998.29 September 2015, 9.05 malam.

Page 14: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

14

KESIMPULAN

Tuntasnya dalam memartabatkan kesucian agama Islam dan institusinya juga menjamin

keharmonian masyarakat di Malaysia, tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pelaku jenayah

ini agar dapat memberi pengajaran kepada pelaku untuk tidak mengulanginya perbuatan

tersebut serta memberi pengajaran kepada masyarakat awam agar tidak merendah-rendah dan

memperkecilkan agama Islam. Tindakan tegas dan berat juga perlu diambil agar jenayah ini

tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi pada zaman aplikasi media baru, yang mana maklumat

dapat disebarkan dengan pantas dan berkesan. Umat Islam juga dituntut untuk mengenali

agenda penghakis kedaulatan agama Islam dengan mengenali unsur-unsur yang cuba

menghakis kesucian agama Islam dan sebagainya. Saat ini agama Islam sedang diserang,

akidah umat Islam sedang digugat, maruah umat Islam sedang dicabar. Apakah lagi

keburukan yang akan melanda jika umat islam terus berpecah belah dan tidak bersatu untuk

mempertahankannya. Yang paling penting umat Islam hendaklah melakukan penghijrahan

minda ke arah menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama (hifz

ad-deen) adalah sebagai tanggungjawab bersama.

RUJUKAN:

Abdul Halim El-Muhammady, 1998, Undang-Undang Jenayah Dalam Islam Dan Enakmen

Negeri-Negeri, Wadah Niaga Sdn.Bhd.

Zulkifli Hasan, Isu Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia Dan Sejauh Manakah

Perlaksanaannya

Shamrahayu A.Aziz. 2007. Undang-Undang Jenayah Islam: Peruntukan Undang-Undang

Mengenai Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Khutbah Jumaat: Mencegah Jenayah Mengislah

Ummah, 17 Januari 2014.

Program Landskap TV1, isu Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998(AKM), 29 September 2015,

9.05 malam.

Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain, 2007, Maqasid Al-Syariah Hikmah Di Sebalik

Pensyariatan,Karya Bestari Sdn Bhd.

Sinar Harian, Farush Khan, 22 Oktober 2014, Sentuh Anjing: Di Mana Silapnya?

BH online,Isnin- 20 Oktober 2014, Kolum Semasa, JAKIM siasat Program ‘I Want To Touch

A Dog’.

Harian Metro, Selasa, 13 Januari 2015.

Harian Metro, Khamis, 22 januari 2015 , isu Kalimah Allah Larangan Muktamad

www.sinarharian.com.my 28 September 2015

Page 15: Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

15

Hidayah Hairom, 2 Februari 2012 , http://www.sinarharian.com.my/nasional/lagi-kepala-

babi-di-masjid-Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid

Jurnal Hukum, JIL 29 BHG 1,Ogos 2009, Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia.

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995

Akta Kanun Keseksaan (pindaan 2014)

Akta Hasutan 1948

Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998(AKM)