kerangka pelaksanaan tugasan.doc

15
KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN Jadual Kerja/ senarai semak Bil Tarikh Perkara Catatan 01 25 Jun 2015 Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran sejarah berkaitan dengan penulisan tugasan. 25 Jun 2015 Membuat rujukan awal ke laman web berkaitan dengan penulisan tugasan sebagai persediaan awal. Mengenal pasti cara atau kaedah penulisan yang baik Menentukan tajuk penulisan Seterusnya membuat rujukan berkaitan dengan tajuk penulisan melalui intenet, buku rujukan, ensaiklopedia, majalah, jurnal, dan lain- lain untuk mendapatkan maklumat penulisan. Membuat kerangka kasar penulisan Menulis draf awal dengan bimbingan guru mata pelajaran dengan teliti dan kemas dan berkualiti. Menulis mukadimah /pengenalan Menulis faktor-faktor pemeterian persetiaan persekutuan 1895 Menulis kesan atau implikasi persetiaan persekutuan terhadap negeri-negeri melayu Menulis hubungan atau kaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan negara Malaysia. Membuat rumusan tentang pengetahuan nilai atau unsur-unsur patriotisme dan harapan. 9 Julai 2015 Mengemaskini tugasan 10 Julai 2015 Menyemak dan menghantar tugasan Objektif Kajian Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kajian ini, saya mendapat 'contoh' 1. Menerangkan latar belakang Persetian Persekutuan 1895. 2. Menerangkan syarat-syarat Persetian Persekutuan 1895 3. Menerangkan faktor-faktor Persetian Persekutuan 1895 dengan tereprinci 4. Menerangkan kesan Persetian pesekutuan terhadap negeri-negeri melayu secara terperinci. 5. Menyearaikan kaitan Persetiaan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia scara terperinci.

Upload: syirah-i-shy

Post on 15-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

Jadual Kerja/ senarai semak

Bil Tarikh Perkara Catatan01 25 Jun 2015 Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran sejarah

berkaitan dengan penulisan tugasan.25 Jun 2015 Membuat rujukan awal ke laman web berkaitan dengan

penulisan tugasan sebagai persediaan awal.Mengenal pasti cara atau kaedah penulisan yang baikMenentukan tajuk penulisanSeterusnya membuat rujukan berkaitan dengan tajuk penulisan melalui intenet, buku rujukan, ensaiklopedia, majalah, jurnal, dan lain- lain untuk mendapatkan maklumat penulisan.Membuat kerangka kasar penulisanMenulis draf awal dengan bimbingan guru mata pelajaran dengan teliti dan kemas dan berkualiti.Menulis mukadimah /pengenalanMenulis faktor-faktor pemeterian persetiaan persekutuan 1895Menulis kesan atau implikasi persetiaan persekutuan terhadap negeri-negeri melayuMenulis hubungan atau kaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan negara Malaysia.Membuat rumusan tentang pengetahuan nilai atau unsur-unsur patriotisme dan harapan.

9 Julai 2015 Mengemaskini tugasan10 Julai 2015 Menyemak dan menghantar tugasan

Objektif Kajian

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kajian ini, saya mendapat 'contoh'

1. Menerangkan latar belakang Persetian Persekutuan 1895.

2. Menerangkan syarat-syarat Persetian Persekutuan 1895

3. Menerangkan faktor-faktor Persetian Persekutuan 1895 dengan tereprinci

4. Menerangkan kesan Persetian pesekutuan terhadap negeri-negeri melayu secara terperinci.

5. Menyearaikan kaitan Persetiaan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia scara terperinci.

6. Memberi pengalaman yang berharga ketika menjalankan kajian tersebut.

7. Memberi dan menambah pengetahuan luas dan menyeluruh terhadap fakta sejarah.

Page 2: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

8. Menanamkan semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga dalam kalangan generasi

muda melalui kajian seperti ini.

Kaedah Kajian

Saya cuba menggunakan empat kaedah kajian yang dijalankan untuk mendapatkan maklmuat secara terperinci.

a. Kaedah analisis dalam dokumen, buku dan majalah.

Saya juga merujuk dari dokumen, buku dan majalah untuk mendapatkan kesahihan fakta

dari pelbagai sumber diperolehi.

b. Kaedah Penyelidikan dalam pusat sumber.

Saya juga mengunjungi pusat sumber Keningau untuk menjalankan penyelidikan sumber-

sumber yang diperolehi yang terdapat di situ. Selain daripada itu juga saya melakukan

penyelidikan ini bersumberkan buku-buku ilmiah, majalah, akhbar dan lain-lain lagi.

c. Muat turun sumber maklumat melalui internet.

Saya juga menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah dan pusat sumber

dengan melawat laman sesawang untuk mendapatkan maklumat kajian.

4. Kaedah Bimbingan Guru.

Saya juga turut mendap[at bimbingan dari guru mata pelajaran sejarah yang bernama........

Proses Awal

Saya juga turut mencari bebarap bahan/sumber seperti buku, majalah, akhbar dan atau bahan dari internet untuk di bawa dan ditunjukkan kepada guru.

Page 3: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

Kerangka Kasar Penulisan.

Bil Tugsan Butiran01 Pengenalan -Menjelaskan syarat persetian Persekutuan 1895.

-Menyatakan tujuan pemeterian persetiaan-menyenaraikan struktur pentadbiran Persekutuan 1895

02 Faktor pemeterian persetiaan persekutuan

-Menjelaskan semua faktor dan syarat-syarat perjanjian persetiaan persekutuan 1895 dri segi politik dan ekonomi dengan terperinci.-Faktor-faktor seperti masalah kewangan Pahang, kelemhan pentadbiran sistem residen, penyeragaman pentadbiran serta memperlihatkan pertahanan dan keselamatan dan sebagainya.-

03 Kesan Persetian Persekutuan terhadap negeri-negeri Melayu.

-Menganalisis keseluruhan kesan dengan terperinci.-Kesan terhadap ekonomi, politik dan sosial.-Kelebihan dan kelemahan sistem persetiaan persekutuan terhadap negeri -negeri Melayu.-Contohnya seperti kesan pemustan kuasa residen, kemerosotan kuasa sultan dan kuasa pembesar Melayu dikurangkan.

04 Hubungan/kaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan Malaysia.

- Kaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan Malaysia.

05 Rumusan -Memberi pengetahuan-Pengajaran kepada diri, negara dan bangsa-Harapan yang relevan

06 Rujukan -Buku/akhbar, majalah.-Internet

07 Lampiran -Gambar/peta/dokumen.

Page 4: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

PENGENALAN

Latar Belakang Persetiaan Persekutuan 1895

Lampiran Dokumen Perjanjian Persekutuan 1895

Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor

Negeri-negeri Selat. Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor

Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli

Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang;

dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang

Rembau dan Tengku Dewa Tampin. 

Struktur Perjanjian Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British(Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura )

Residen Jeneral( Berpusat di Kuala Lumpur - Menetap di Carcosa Tahun 1898)

Residen(Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang )

Page 5: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

Faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1895

(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen  Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas Residen menjadi terlalu berkuasa Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

 (ii) Krisis Kewangan Pahang  perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

 (iii)  Perkongsian Perkhidmatan Pakar  menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

 (iv) Sistem Perhubungan  sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

 (v) Faktor Keselamatan  mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Syarat-syarat perjanjian persekutuan 1895

1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai

persekutuan yang dikenali sebagai “Negeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan

menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

Page 6: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara

keempat-empat negeri itu.

3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh

mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.

7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk

menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.

10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.

11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi

digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.

12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri

Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.

14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan

kewibawaan Sultan.

Lampiran Dokumen Perjanjian Persekutuan 1895

cari.../////

Kesan-kesan Perjanjian Persekutuan 1895

1.   Politik

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan

kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan

menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan

persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu

dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,

Page 7: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan

pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang

Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral

pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah

persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan

pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa

penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga

dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan

pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran.

Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan

negeri mengikut arahan jabatan pusat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan

kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis

Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan

Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang

dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen

Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu,

sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk

kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa

Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.

2.         Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik

telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan

keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil

persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik

dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri

Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih

timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896

berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem

jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi

kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan

raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat

Page 8: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan

getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri

Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000

tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan

ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu

juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri

Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909

meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3.         Sosial.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan

peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah

menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan

persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan

pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran

juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang

berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan

pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,

Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial

seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan

sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai

kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904

kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam

bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada

tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan

1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan

dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak

golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur

untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Implikasi daripada perjanjian tereebut

Page 9: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

1. Kuasa sultan telah dikurangkan.

Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri

kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan

pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.

Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah

arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi

pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-

undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.

Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang

dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British

yang diambil tugas. 

2. Pemusatan Kuasa

Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara

langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,

contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903,

Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah

melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen

dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik

dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor,

Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama

kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majls

Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

Sehubungan dengan ketidakpuasan sultan dan dasar pemusatan kuasa pada tahun 1897,

menyebabkan British bersetuju menubuhkan Durbar iaitu persidangan Raja-raja Melayu bagi

mengatasi masalah tersebut.

DURBAR

Ahli-ahli DURBAR:-

a.Pesuruhjaya Tinggi

b.Raja-Raja melayu

Page 10: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

c. Residen Jeneral

d. 4 orang Residen ( Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang )

1.         Pada tahun 1897, DURBAR Pertama (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama

diadakan di

Kuala Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah.

2.         DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral, Residen

dan Raja-raja Melayu.

3.        Persidangan ini diadakan untuk membincangkan kepentingan bersama.

4.         DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai Majlis Raja-raja

Melayu.

5.         Fungsi utama DURBAR:

a.         Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri Melayu.

b.        Membolehkan Raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.

6.        DURBAR tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang.

7.        DURBAR yang kedua, diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.

Kesan daripada Durbar II.

1. Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1897-1916) mendesak British tentang:-

a. Mendesak kuasa raja-raja Melyu dikembalikan kerana sebelum ini pemusatan kuasa di

tangan Residen Jeneral.

b. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik

ke jawatan lebih tinggi.

Page 11: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

c. Mendesak Bahasa melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi.

Akhirnya DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan tetapi

wujud semula pada tahun 1927.

8.        Pada tahun 1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja.

Hubungan/Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan Malaysia.

Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakai

sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan

melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British

iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang

diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen

yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.

Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan

memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat

negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah

berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat

diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.

Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip

federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada

1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan

pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan

dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan

kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.

Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan

Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan

nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea

mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat

Page 12: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang

dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan

dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1)

Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah

dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara

1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari

Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.

Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara

kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya

pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan

badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu

tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.

Secara ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance

antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi praktiknya,

kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala

kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada

kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan

dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri.

Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan

perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri. Untuk

memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan

kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang.

Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar, parit

dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat

juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan

negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan seluruh negeri dan

rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki

oleh negeri.

Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara adalah

Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai

kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat sembilan

Page 13: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila institusi YDPA

diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi setiap lima tahun untuk

memegang jawatan tersebut.

Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan mengikut Jadual

iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara dan pemilihan

dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang setiap lima

tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda adalah seorang

Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut perlembagaan

yang telah ditetapkan.

Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi bicara baginda

sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan keistimewaan seperti yang

diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya, baginda tidak boleh didakwa di dalam

perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun. Baginda yang merupakan sebahagian daripada

Parlimen juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga

bertindak sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja

seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan

pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa

mengisytiharkan darurat jika baginda sendiri berpendapat keadaan memang memerlukan

baginda berbuat demikian. Kedua-dua perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas

nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan

mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.

Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang, ia perlu

mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undang-undang itu

dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undang-undang itu tetap akan

diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda.

Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana YDPA adalah

sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu rang undang-undang itu

telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu telah

sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan

Page 14: KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN.doc

kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu

terlebih dahulu jika hendak diluluskan. Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja

Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi.

Namun, seperti juga YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri

masing-masing. Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua

Menteri.

Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-

masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah YDPA.

Kesimpulannya, 

sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan

dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan

eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik.

Kedudukan YDPA masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik.

Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan Negeri di

negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan pusat. Ini termasuk di

negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan Undangan Negeri Selangor, Pulau Pinang

dan Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang halangan.

Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira kepentingan

semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan mana-mana negeri di

negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang sama. Kerajaan terus berusaha

keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan di setiap negeri, termasuk di

Sabah dan Sarawak.