dr mahathir politik

37
Pengenalan Pada 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan dengan seorang anak lelaki di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Pada masa itu, mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai 1981. Asal Usul

Upload: ayie-rozz

Post on 23-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

wwwe

TRANSCRIPT

Page 1: Dr Mahathir Politik

Pengenalan

Pada 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan

Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan dengan seorang anak lelaki di

Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Pada masa itu,

mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini

dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir

bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai

1981.

Asal Usul

Persekolahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad bermula di Sekolah Melayu

Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris

Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik

Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Ibunya

Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri

Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.

Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru

besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang

tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-

anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai

Page 2: Dr Mahathir Politik

seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya.

Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai

determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang

Perak sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini

dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah

Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad

berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan

barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat

Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung

pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior

Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947,

melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti

Malaya, Singapura. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau

betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum

Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi

bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang

Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah

serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir

bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan

kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak

mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che

Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat

Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kebanyakan rencana

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times dan Sunday Times

bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya

Page 3: Dr Mahathir Politik

terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden,

Penrtubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering

mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan

pendapatnya yang sebenar. Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad

lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila Tun Dr Mahathir bin

Mohamad menganggotai SABERKAS. Pada tahun 1946 Tun Dr Mahathir bin

Mohamad menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah. Apabila Kongres Melayu

SeMalaya diadakan pada tahun itu, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad

turut sama dalam peristiwa bersejarah itu dan merupakan salah seorang

pengasas UMNO apabila Kongres membuat resolusi untuk menubuhkan

UMNO dan membuka keahliannya.

Berkat hasil usaha beliau, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendapat biasiswa

untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di Universiti Malaya,

Singapura. Semasa di Kolej Perubatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad

dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam dan Ketua Ridaksi majalah

pelajar di Kolej Kedoktoran tersebut. Di sinilah juga Tun Dr Mahathir bin

Mohamad bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Dr Siti

Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya

mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan

Pembedahan pada 1953. Tun Dr Mahathir bin Mohamad seterusnya

berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar dan

kemudiannya di Pulau Langkawi. Pada tahun 1957, Datuk Seri Dr Mahathir

bin Mohamad membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka

klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Ini semata-mata untuk

Page 4: Dr Mahathir Politik

membolehkan beliau bergiat dalam politik. Pada masa inilah beliau dikenali

sebagai Dr Mahathir.

Dilahirkan pada 20 Disember 1925, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad

ialah Perdana Menteri Malaysia sejak 22 tahun yang lepas. Dr Mahathir

menerima pendidikan rendah dan menengah di Alor Star sebelum

melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of

Medicine (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura

pada 1947. Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir berkhidmat

sebagai pegawai perubatan di Alor Star, Langkawi dan Perlis Dari 1954 higga

1957. Pada 1957 beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka

kliniknya sendiri, Maha klinik di Alor Star.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945. Bila Umno

ditubuhkan pada 1946, Dr Mahathir adalah salah seorang yang pertama

mendaftarkan diri sebagai ahli. Pada 1964 beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen

Kota Setar berikutan pilihan raya umum. Dr Mahathir adalah ahli Majlis

Tertinggi Umno sejak 1965, sehingga perselisihan beliau dengan presiden

Umno ketika itu, Tunku Abdul Rahman memaksa beliau keluar dari parti pada

1969. Semasa di luar parti pad 19790, Dr Mahathir menulis buku The Malay

Dilemma. Buku kontroversial itu, yang mendedah dan menganalisis

perwatakan orang Melayu, telah diharamkan dan pengharamannya hanya

ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun

kemudiannya

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir masuk

semula ke dalam Umno pada 1972. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada

Page 5: Dr Mahathir Politik

pilihan raya umum 1974, di mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas

pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet

Tun Abdul Razak. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal

dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr

Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio

pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Dr Mahathir menjadi

Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981 Perdana

Menteri Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan

Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada Julai 1981 Dr Mahathir mengangkat

sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, dan dua hari selepas itu

sebagai Menteri Pertahanan. Dr Mahathir kini adalah pemimpin paling lama

memegang jawatan di Asia Tenggara

Page 6: Dr Mahathir Politik
Page 7: Dr Mahathir Politik

Gambar1 : Dr Mahathir Mohamad & Dr Siti Hasmah Mohd Ali

( Ketika zaman muda mereka)

Gambar 2:

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad & YAB Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ( Sekarang)

Page 8: Dr Mahathir Politik

Kesihatan Dr Mahathir

Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani

pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL)

Kuala Lumpur. Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke

Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah

arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di

Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang. Pada 4

September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan

arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung

terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr.

Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan

Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat,

Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali

ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan

Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun. Malam 2 Oktober

2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital

Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital

tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke

Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan

manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of

Melbourne.

Page 9: Dr Mahathir Politik

Sumbangan Dr Mahathir dari segi Politik.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak tahun 1945 yang mana

beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union

Apabila UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, beliau adalah salah seorang

yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri

Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya

menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan

dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Apabila beliau

membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk

pilihan raya umum 1959, beliau berasa sakit hati atas penuduhan bahawa

beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir

enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai

Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia

(PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi

UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya tahun 1969, beliau ditewaskan

oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas

beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina

untuk mencapai kerusinya.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu"

(The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan

menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970

dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi

Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya

Page 10: Dr Mahathir Politik

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai

senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan

raya umum tahun 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas

pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet

Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib

presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul

Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein

Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan

portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr

Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein

Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai

penggantinya. Pada 10 Julai,1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri

Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri

Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan

timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008

dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap

kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan

Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir

perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai

UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Page 11: Dr Mahathir Politik

Sumbangan pencapaian bertaraf dunia oleh Y.A.Bhg.Tun Dr Mahathir Mohamad

perdana Menteri Malaysia Keempat 1981-2002)

Y. A. Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad

Wawasan 2020

Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah

Negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 adalah satu

penyataan cita-cita, Sebagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad

menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksaan

yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan

dengan persekitaran yang seimbang.

Beliau memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru

i, Dasar Pandang Ketimur

ii, Dasar Penerapan nilai-nilai Islam

iii, Dasar Kependudukan 70 juta

iv. Wawasan 2020

v, Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathirn bin Mohamad tidak

pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana

Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen

Page 12: Dr Mahathir Politik

‘Bersih-Cekap-Amanah ‘ dan ‘Kepimpinan melalui teladan’ kea rah menerapnilai

kebertanggungjawaban dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya dan

masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan ‘kad perakam waktu’

dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan ‘Dasar Kependudukan 70 juta’ kea

rah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam Negara yang mampu menokong

pengeluaranny.

Dato’Seri Anwar bin Ibrahim

En. Anwar dipujuk masuk UMNO, tetapi akhirnya dipecat dan disingkir oleh Dr.

Mahathir. Dr Mahathir telah berjaya memujuk En. Anwar Ibrahim untuk menyertai

UMNO. Hasil daripada kerjasama erat antara dua tokoh muncul beberapa perubahan

dasar dan perlaksanaan baru dalam kerajaan antaranya ialah Dasar’ Penerapan Nilai-

nilai Islam’ sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran

Islam. Penubuhan Universiti Islam Antarbangsa dan p

Garis Masa

1925- 1970

1925 Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 10 Julai (biasa didokumenkan

Page 13: Dr Mahathir Politik

sebagai 20 Disember).

1945 Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.

1946 Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

1953Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College

(yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura

1954Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star,

Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.

1957Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya

sendiri, Maha Clinic di Alor Star.

1964

Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan

selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul

Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406

undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

1965 Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO

1968 Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi

1969

Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya

pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau

dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau

mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk

memenangi dalam pilihanraya:

Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12

Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul

Rahman

Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.

1970

Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema

Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan

serentak.

Page 14: Dr Mahathir Politik

1970-1980

1972

Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;

Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan

Malaysia (FIMA).

Page 15: Dr Mahathir Politik

1973 Dilantik sebagai senator.

1974

Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;

Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di

Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa

bertanding;

Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.

1975Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas

memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.

1976 Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac

1978

Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn

pada 15 September;

Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk

menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1 Jun, 1978

- Julai 1981);

 

 

1980-1990

1981 Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri

Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun

Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;

Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986)

disamping memegang jawatan Perdana Menteri

Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah",

Page 16: Dr Mahathir Politik

"Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke

Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan

barang UK ("Buy British Last")

Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung

Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur

Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum

Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay

Dilemma)

Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali

Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB)

di Bursa Saham London pada 7 September, supaya

memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah

pertanian kepada rakyat Malaysia.

1983

Mengemaskinikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-sultan,

supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau

Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan

pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri

masing-masing;

Menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah projek

kereta nasional.

1986

Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana

Menteri pada 27 Februari;

Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping

memegang jawatan Perdana Menteri

Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang

lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel

1987 Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan

Page 17: Dr Mahathir Politik

Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April

Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan

Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri

1988

Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Saleh

Abbas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata

tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah

Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah

Tinggi)

1990Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari

1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri

1990-2003

1990Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari

1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri

1993 Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana

Menteri;

Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada

pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez

Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin

Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr.

Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana

Page 18: Dr Mahathir Politik

enggan menghadiri Persidangan APEC

1997Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya

mengatasi Krisis Ekonomi 1997.

1998

Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam

kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;

Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan

penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah

pada 2 November

Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al

Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama

baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa

itu dianjurkan oleh Malaysia.

Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai

Timbalan Perdana Menteri.

Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13

bilion.

Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang

mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi

di dunia.

Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah

TIME.

1999

Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping

memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih

mengalami Krisis Ekonomi 1997;

Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang

memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya

Multimedia Malaysia.

Page 19: Dr Mahathir Politik

2001Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun

2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

2002

Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan

mata pelaljaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana

Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah

dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.

2003

Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003

dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai

pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22

tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara

Asia yang paling lama perkhidmatannya; Dianugerahkan sebagai

Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.