keperluan latihan teknologi tinggi dalam bidang pembuatan

3

Click here to load reader

Upload: zulkifli-mohd-sidi

Post on 15-Jun-2015

423 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

This research was done by VTRD, CIAST, Shah Alam MALAYSIA(Sebagai rujukan membantu latihan kemahiran Malaysia)

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan Latihan Teknologi Tinggi Dalam Bidang Pembuatan

1

Keperluan Latihan Teknologi Tinggi Dalam Bidang Pembuatan

Zulkifli bin Mohd Sidia dan Syed Johan bin Syed Alib

aBahagian Pembangunan Teknologi Tinggi (BPTT)

Jabatan Pembangunan & Penyelidikan Latihan Vokasional (VTRD) Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Shah Alam, Selangor Tel.: 03-55415736/9, Fax.: 03-55481441 E-mail: [email protected]

bKetua Jabatan

Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Latihan Teknologi Tinggi (VTRD) Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Shah Alam, Selangor Tel.: 03-55415736/9, Fax.: 03-55481441 E-mail: [email protected]

Abstrak

Bertujuan mendapat maklumat keperluan latihan, kelayakan akademik dan kemahiran dalam latihan berteknologi tinggi. Responden adalah syarikat-syarikat industri pembuatan di Malaysia. Analisa data dalam kajian ini mengguna perisian SPSS dan “literasi review” dilakukan bagi menguatkan fakta yang dikaji. Petunjuk kajian mendapati bahawa keperluan latihan pihak industri dalam bidang pembuatan amat diperlukan. Penyedia latihan perlu menyediakan latihan kemahiran mengikut kehendak industri dengan kursus berbentuk modular dan berjangkamasa 1 hingga 3 minggu. Kelayakan akademik dan kemahiran teknikal diperlukan dalam menjalankan operasi industri. Katakunci: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Teknologi Tinggi,Modular, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Industri Pembuatan. 1.0 Pengenalan Kajian Keperluan Latihan Teknologi Tinggi dalam Bidang Pembuatan ini adalah mempunyai beberapa objektif yang terdiri daripada mengenal pasti latihan yang diperlukan dalam bidang tersebut oleh pihak industri terutama yang berkaitan dengan teknologi tinggi. Aspek-aspek kajian mengambil kira bidang kemahiran, tempoh latihan dan kaedah penggendalian latihan dan juga mengenal pasti kelayakan akademik dan kemahiran/teknikal yang diperlukan dalam pekerjaan. Kajian ini juga dapat membantu Jabatan Tenaga Manusia (JTM) merancang strategi ke arah memantapkan lagi Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selaras dengan tanggungjawab jabatan bagi mengeluarkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam membantu negara menuju ‘Negara Maju’ 2.0 Latarbelakang Kajian Kajian ini akan menjelaskan rumusan terhadap kehendak-kehendak industri pembuatan terhadap pekerja mahir negara

dalam memenuhi kehendak-kehendak tenaga mahir dan separa mahir. Skop-skop yang menjadi intipati terhadap kajian ini adalah kehendak-kehendak industri terhadap latihan kemahiran, tempoh latihan yang ideal kepada industri dan kaedah pengendaliannya. Bidang-bidang kemahiran pembuatan yang telah dipilih adalah mengikut perkembangan semasa dan selaras dengan pembangunan dan penambahbaikan Kurikulum Latihan Kemahiran ILJTM, yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Latihan Pengajar & Penyelia di jabatan yang sama. Ianya terbahagi kepada beberapa “Cluster” iaitu Elektrikal/Elektronik, Mekanikal, Bukan Logam, Teknologi Maklumat dan Percetakan. 3.0 Metodologi Kajian Kaedah yang digunakan bagi mendapat maklumat adalah dengan menggunakan Kertas Kajiselidik (Questionnaire) secara ‘Random Sampling’, iaitu salah satu daripada sepuluh kaedah untuk mendapatkan sampel bagi mewakili populasi sebenar industri pembuatan berteknologi tinggi di Malaysia. Di dalam kajian ini, sejumlah 1,000 responden telah ditetapkan dan ianya adalah terdiri daripada 2,124 nama syarikat di dalam bidang pembuatan dari buku “FMM Directory 2003, 34th Edition” (Buku Panduan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia 2003). Penghantaran kertas soal-selidik kepada respoden adalah menggunakan Syarikat Pos Malaysia. 3.1 Analisa Data Proses menganalisa data-data dari responden telah dimasukan kedalam Perisian SPSS versi 13.0. Perisian SPSS menghasilkan keputusan awal seperti jadual dan carta, di mana ianya perlu diperkemaskan lagi dengan teori-teori dan penemuan-penemuan terdahulu yang berkaitan.

Journal Teknologi Tinggi, 01/2005 © VTRD, CIAST

Page 2: Keperluan Latihan Teknologi Tinggi Dalam Bidang Pembuatan

2

Kaedah ‘statistik deskriptif’ ini digunakan untuk mengenalpasti kekerapan dan peratusan yang diperolehi dari maklumat-maklumat yang terkumpul. 3.2 Responden kajian Jadual 1: Bilangan responden terlibat

3.3 Piawaian dan saiz sample (n) Mengikut sumber dari “Education & Psychological Measurement (1970)” Vol. 30 pg. 607-610, menetapkan saiz sampel (n) adalah 15% daripada jumlah populasi (N). Saiz sampel ini telah digunakan di dalam kajian ini bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Saiz sampel adalah sebanyak 1,000 industri pembuatan dan dipanggil “responden” dengan kadar 47.08% dan melebihi 15% yang digariskan oleh sumber tersebut. Saiz sampel ini akan mewakili populasi bagi syarikat-syarikat bernaung di bawah Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM). Syarikat-syarikat sebagai responden yang terpilih secara rawak ini adalah berkelayakan mewakili masyarakat industri pembuatan seluruh Malaysia. Dari analisa peringkat awal ianya boleh dijadikan sebagai petunjuk sahaja kepada kajian ini. 4.0 Keputusan/Penemuan Kajian Penemuan kajian menentukan kehendak industri pembuatan terhadap latihan berteknologi tinggi. Ianya perlu diambil kira sebagai panduan latihan kemahiran di dalam merancang latihan bagi membantu industri pembuatan. 4.1 Kaedah Penghasilan Produk Industri pembuatan negara menggunakan kaedah konvensional dan automasi dalam menjalankan dan menghasilkan produknya berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Majoriti penghasilan produk industri pembuatan negara menggunakan cara konvensional atau manual di dalam operasinya. Penggunaan peralatan berautomasi juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pengeluaran produk industri.

Jadual 2: Kaedah penghasilan produk industri. Bil Kaedah Penghasilan Produk % 1 Konvensional/Manual 42.7 2 Automasi 38.4 3 Pengkomputeran 7.0 4 Robotik 5.4 5 Lain-lain 6.5

4.2 Keperluan Industri Pembuatan Terhadap Pekerja Industri di Malaysia memerlukan pekerja yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran. Keseluruhannya, responden bersetuju dengan keperluan pekerja berkemahiran dalam membantu menjalankan operasi industri mereka. Beberapa peringkat pekerja berkemahiran diberikan tumpuan dalam kajian ini, ianya terdiri:

a. Operator b. Pembantu Teknik c. Juruteknik d. Penyelia e. Jurutera

a) Operator Kelulusan akademik PMR/SRP dan SPM diperlukan dalam jawatan ini dengan mempunyai kemahiran Tahap Asas atau Tahap SKM Tahap 1 dan amat diperlukan dalam bidang Pembuatan Produk. b) Pembantu Teknik Lulusan SPM dengan mempunyai kemahiran SKM Tahap 2 & 3 atau Tahap Pertengahan diperlukan di dalam bidang Integrasi Sistem. c) Juruteknik Pekerja yang berkelulusan SPM dan Diploma diperlukan oleh industri ini dengan kemahiran Tahap Pertengahan atau SKM Tahap 2 & 3. Pekerja peringkat ini amat diperlukan dalam bidang Pembuatan Produk. d) Penyelia Jawatan Penyelia di industri pembuatan perlu mempunyai Diploma dan mempunyai kemahiran Tahap Pertengahan atau SKM Tahap 2 & 3. Pekerja peringkat ini amat diperlukan dalam bidang Jaminan Mutu. e) Jurutera Lulusan Ijazah diperlukan oleh industri untuk menjawat jawatan ini dengan mempunyai kemahiran Tahap Tinggi atau SKM Tahap 5. Pekerja peringkat ini diperlukan dalam bidang Jaminan Mutu dan Pembuatan Produk. 4.3 Latihan Kemahiran Pekerja Pihak industri pembuatan juga amat memerlukan latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja bagi menambah kemahiran sediada. Kategori pekerjaan yang memerlukan latihan mengikut keutamaan ialah: a) Pengurusan & Penyeliaan b) Teknikal c) Penyelenggaraan

Bil. Borang Kajian Jumlah

1 Borang kajian menepati masa yang ditetapkan 79

2 Borang kajian dengan kelewatan dari tarikh yang ditetapkan 25

3 Borang kajian yang diambil kira sebagai maklumat tambahan (Tahun 2004) 81

4 Borang kajian kembali ke VTRD yang tidak diisi. 5

Jumlah 190

Page 3: Keperluan Latihan Teknologi Tinggi Dalam Bidang Pembuatan

3

4.4 Jangkamasa Latihan Jangkamasa latihan yang diperlukan oleh industri adalah di antara 1 minggu 3 minggu samada di latih di dalam atau luar negara. 4.5 Perubahan kepada Teknologi Baru Industri pembuatan dalam negara bersedia untuk berubah operasinya kepada teknologi baru bagi memastikan peningkatan kualiti produk. Proses perubahan ini memerlukan masa di antara 5 hingga 6 tahun. Adalah didapati keseluruhan responden bersetuju untuk melakukan perubahan teknologi sediada kepada yang baru dalam penghasilan produk/projek mereka dan tidak berminat untuk melakukan perubahan kepada komposisi pekerja. Jadual 3: Keperluan perubahan kepada teknologi baru

Bil. Jenis Perubahan Keperluan Perubahan

1 Kaedah Penghasilan Projek 35.7% 2 Corak Pekerjaan 8.6% 3 Komposisi Tenaga Kerja 5.4% 4 Mesin & Peralatan yang digunakan 14.6% 5 Kesemua di atas (1 – 4) 22.2%

5.0 Cadangan Berdasarkan kepada penemuan-penemuan kajian di atas, beberapa cadangan seperti berikut boleh dikenal pasti:

a) Latihan di dalam industri pembuatan berasaskan teknologi tinggi memerlukan peralatan dan mesin yang bercirikan kawalan automasi dan komputer. Walaubagaimana pun kaedah konvensional tidak perlu terus di tinggalkan.

b) Lulusan institusi pengajian akademik dan lulusan institusi latihan kemahiran perlu dipertingkatkan lagi bagi melahirkan tenaga kerja yang bermutu terutamanya bidang keutamaan adalah Pembuatan Produk.

c) Latihan kemahiran dalam bidang Pengurusan dan Penyeliaan perlu juga diberi keutamaan dengan menyediakan modul-modul baru atau pun menambah baik modul-modul sediada. Di samping meneruskan latihan dalam bidang Teknikal dan Penyelenggaraan.

d) Jangkamasa latihan bagi tujuan menambah kemahiran sediada kepada pekerja-pekerja industri tidak melebihi dari 3 minggu.

e) Peralatan dan mesin latihan perlu bertukar mengikut peralihan semasa dan mengikut perkembangan teknologi baru.

Cadangan ini disandarkan kepada persetujuan pihak industri untuk membuat peralihan kepada teknologi baru. Perubahan ini menyebabkan keperluan pertukaran peralatan dan mesin yang terkini.

6.0 Kesimpulan Aspek yang perlu diambil kira dalam memberi latihan kepada tenaga kerja industri pembuatan adalah seperti penyediaan tenaga pengajar yang berkemahiran. Latihan meningkatkan kemahiran telah menjadi keperluan di setiap industri di Malaysia. Dan penyedia latihan kemahiran juga perlu bersedia dan merancang bagi menyedia latihan mengikut perkembangan dan peredaran teknologi di industri. Pihak industri juga perlu memainkan peranan penting dalam menyalur informasi teknologi terkini kepada institusi latihan kemahiran. Peranan penting industri ini dapat membantu merangka dan menyedia kursus-kursus jangka pendek dan modular. Sehubungan dengan itu, kehendak latihan mengikut keperluan industri dapat direalisasikan. Kajian ini memberi petunjuk positif ke arah membentuk latihan kemahiran terkini dan berteknologi tinggi dalam mencapai Negara Malaysia Maju 2020. 7.0 Rujukan & Biblografi 1. MAMPU, Putrajaya. (Mei 2003) “Strategi Baru

Ke Arah Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara”. Retrieved 30 Mei. 2005 from <http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/berita/Strategi%20Rangsangan%20Ekonomi.pdf>.

2. MLVK, Kementerian Sumber Manusia (Dis.

1997). “Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Pentauliahan Edisi Kedua’, 11-12.