keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

7
Soalan: Bincangkan keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majmuk seperti Malaysia. Konsep masyarakat majmuk di Malaysia merupakan masyarakat yang terdiri daripada etnik-etnik yang bukan sahaja dapat dibezakan dari segi budaya tetapi juga ekonomi, tempat tinggal, politik, dan sosial. Ciri-ciri masyarakat seperti ini telah menyebabkan negara kita digelar sebagai masyarakat majumuk. Konsep masyarakat majmuk pertama kali telah dikemukakan oleh J.S Furnivall 1 pada tahun 1948. Definisi masyarakat majmuk tersebut adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan ketika itu iaitu seperti yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk mengikut Furnivall, adalah dicirikan oleh kumpulan-kumpulan etnik yang tinggal di dalam satu unit politik ( sebuah negara) tetapi tidak bersatu padu. Mereka mempunyai latar belakang ekonomi, budaya, agama, nilai dan pemikiran. Dengan kata lain, walaupun hidup bersama mereka adalah berasingan ( live side by side but separately). Walaupun mereka berhubungan, namun perhubungan mereka lebih berdasarkan perhubungan ekonomi ( dalam urusan jual beli). Tidak wujud azam sosial bersama ( common will) di mana dalam kalangan kumpulan masyarakat tiada ikatan normatif akibat kelainan budaya, agama, pemikiran dan cara hidup. Malahan dalam bidang ekonomi ianya dapat dijelaskan berdasarkan garis etnik. Malahan wujudnya perpecahan dalam bidang ekonomi seperti yang diperkatakan oleh Furnival. Semenjak diperkenalkan, teori masyarakat majmuk Furnival telah juga diaplikasikan pada masyarakat majmuk Malaysia. Ciri-ciri masyarakat 1 Nazaruddin Hj. Mohd Jali. 2001. Pengajian Malaysia. Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Selangor. Prentice Hall. ms:223

Upload: ilyana-mohamed

Post on 04-Jan-2016

6.519 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

Soalan:

Bincangkan keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Konsep masyarakat majmuk di Malaysia merupakan masyarakat yang terdiri

daripada etnik-etnik yang bukan sahaja dapat dibezakan dari segi budaya tetapi juga

ekonomi, tempat tinggal, politik, dan sosial. Ciri-ciri masyarakat seperti ini telah

menyebabkan negara kita digelar sebagai masyarakat majumuk. Konsep masyarakat

majmuk pertama kali telah dikemukakan oleh J.S Furnivall1 pada tahun 1948.

Definisi masyarakat majmuk tersebut adalah merujuk kepada keadaan

masyarakat di tanah jajahan ketika itu iaitu seperti yang terdapat di Burma, Indonesia

dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk mengikut Furnivall, adalah dicirikan oleh

kumpulan-kumpulan etnik yang tinggal di dalam satu unit politik ( sebuah negara)

tetapi tidak bersatu padu. Mereka mempunyai latar belakang ekonomi, budaya,

agama, nilai dan pemikiran. Dengan kata lain, walaupun hidup bersama mereka

adalah berasingan (live side by side but separately). Walaupun mereka

berhubungan, namun perhubungan mereka lebih berdasarkan perhubungan ekonomi

( dalam urusan jual beli). Tidak wujud azam sosial bersama ( common will) di mana

dalam kalangan kumpulan masyarakat tiada ikatan normatif akibat kelainan budaya,

agama, pemikiran dan cara hidup. Malahan dalam bidang ekonomi ianya dapat

dijelaskan berdasarkan garis etnik. Malahan wujudnya perpecahan dalam bidang

ekonomi seperti yang diperkatakan oleh Furnival.

Semenjak diperkenalkan, teori masyarakat majmuk Furnival telah juga

diaplikasikan pada masyarakat majmuk Malaysia. Ciri-ciri masyarakat yang

1 Nazaruddin Hj. Mohd Jali. 2001. Pengajian Malaysia. Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Selangor. Prentice Hall. ms:223

Page 2: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

dikemukakan oleh Furnival sedikit sebanyak terdapat pada masyarakat Malaysia,

misalnya dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum

melalui pekerjaan, kekurangan kontak sosial, dan wujudnya satu kumpulan etnik

melalui pekerjaan, kekurangan kontak sosial, dan wujudnya satu kumpulan etnik

yang dominan dari segi politik.

Parti politik di Tanah Melayu telah berkembang sebelum Perang Dunia ke-2

lagi. Parti politik pada masa ini lebih kepada memperjuangkan kemerdekaan

berbanding penyatuan kaum. Seterusnya parti – parti politik terus berkembang di

Tanah Melayu mengikut ideologi masing-masing tanpa ingin bersatu padu dengan

kaum lain. Para pemimpin mereka hanya memfokuskan ke arah memelihara

kepentingan ahli-ahlinya (kaumnya) dan juga memperjuangkan kemerdekaan negara

tanpa bersatu pada dengan kaum lain. Parti-parti sebelum Perang Dunia Ke-2

berjuang berlandaskan dan bermisikan kemerdekaan dengan cara yang berbeza-

beza. Sebagai contoh parti PAS berjuang kerana mahukan negara yang merdeka itu

menjadi sebuah negara Islam. Kesemua ini menggambarkan bahawa parti-parti ini

berjuang mengikut ideologi yang berbeza-beza. Sebagai contoh parti yang telah

wujud pada ketika itu ialah parti UMNO, MIC dan PAS.

Manakala parti politik selepas Perang Dunia ke-2 yang bercorak perpaduan

tidak dihiraukan. Perkataan lain merujuk bahawa parti politik yang tidak berlandaskan

perpaduan kaum didapati tidak mendapat sambutan yang berterusan sebagai contoh

IMP yang diasaskan di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar. IMP telah ditubuhkan

setelah Dato’ Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai pengerusi UMNO pada 27

Ogos, 1951. Beliau dikatakan kecewa dengan sebahagian besar ahli-ahli UMNO

yang menentang cadangannya untuk membuka keahlian kepada semua kaum dan

menjadikan UMNO sebagai parti pelbagai kaum. Penubuhan sebuah parti pelbagai

kaum, pada pandangan Dato’ Onn Jaafar boleh menambah keyakinan Inggeris

tentang kesepakatan kaum yang menjadi satu keperhatian Inggeris dan menjadi

syarat penting untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Page 3: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

UMNO, MIC dan MCA telah bergabung bagi mewujudkan kesatuan yang lebih

kukuh yang dinamakan Parti Perikatan. Melalui Parti Perikatan telah berjaya

mewujudkan perpaduan dan mendapatkan sokongan tiga kaum utama di Tanah

Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Parti Perikatan memperjuangkan kemerdekaan

berlandaskan semangat bersatu padu dan bertolak ansur antara kaum serta mampu

untuk berunding di meja bulat.

Cabaran yang ketiga dalam membina negara Malaysia yang unggul di mata

dunia adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik iaitu di

mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan

mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat

kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,

pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan politik,

pastinya akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya

mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti

kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk

mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu,

semangat taat setia pada negara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika

semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majmuk yang dapat disenaraikan

adalah mewujudkan keamanan negara, memberi jaminan akan nasib sesebuah

kaum itu tersebut, melahirkan masyarakat yang “homogen2”, memberikan kebaikan

dalam pelbagai sektor, memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat Malaysia

dan membina sebuah negara yang bertamadun.

Kepentingan mewujudkan keamanan negara bagi negara Malaysia sangat

penting kerana negara kita mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

rumpun bangsa. Keamanan dalam sistem politik yang demokrasi perlu bagi

2Hajah Noresah bt Baharom. 2002.Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.ms:463

Page 4: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

mengelakkan pertelingkahan kaum berlaku seperti peristiwa perusuhan kaum pada

13 Mei 1969 berlaku lagi. Jika sistem politik negara kita mampu menyatukan kaum

maka negara secara tidak langsung akan menjadi aman. Seperti contoh, jika setiap

kaum mempunyai wakil di Parlimen maka, pemimpin ini merupakan tunjang utama

untuk menyuarakan hasrat kaum masing-masing kepada pihak Kerajaan. Andai kata

hal ini tidak dilakukan pada hari ini, mungkin keamanan dalam negara kita tidak

wujud kerana pelbagai kaum bersaing untuk mendapatkan hasrat mereka. Bukan

sahaja keamanan tidak dapat diwujudkan malah kaum-kaum di Malaysia tidak akan

bersatu padu antara mereka.

Seterusnya, kestabilan politik penting bagi sesebuah kerajaan memerintah

bagi memberi jaminan akan nasib sesuatu kaum di Malaysia. Jaminan ini penting

bagi membela nasib semua kaum di Malaysia agar mendapat hak pembelaan sama

rata tanpa mengira kaum dan bangsa. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai

dasar yang dipersetujui oleh kaum-kaum di Malaysia bagi menjamin nasib seluruh

rakyat negara kita. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar

Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Bagi memantapkan

lagi sistem ekonomi kerajaan telah memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka

Panjang (RRJP) bagi menjamin kemajuan ekonomi di Malaysia.

Selain itu, keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majmuk ialah

melahirkan sebuah masyarakat yang “homogen”. Definisi masyarakat homogen ialah

sebuah masyarakat yang berkongsi sifat dan pemikiran yang sama mengikut acuan

yang dibina oleh kerajaan Malaysia. Bagi melahirkan sebuah masyarakat yang

sebegini kerajaan telah berusaha menerapkan nilai bersatu-padu tanpa mengira

kaum dan mengelakkan unsur-unsur yang boleh mencetuskan pertelingkahan kaum

di negara kita ini. Kerajaan telah mengambil langkah politik iaitu tindakan-tindakan

melalui sistem perundangan, di mana undang-undang dan akta digubal oleh

parlimen untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perpaduan. Dari segi

perundangan yang telah digubal, kerajaan telah menekankan beberapa instrumen3.

3 Nazaruddin Hj. Mohd Jali. 2001. Pengajian Malaysia. Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Selangor. Prentice Hall. ms:233

Page 5: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

Pertamanya, Perlembagaan mengandungi beberapa perkara menjurus ke arah

kesamarataan kaum seperti kerajaan telah memperuntukan bantuan serta

perlindungan kepada kumpulan-kumpulan kaum tertentu. Jika semua kaum di

Malaysia dilayan secara adil maka peratusan untuk mereka untuk bergabung adalah

tinggi kerana mereka dianggap “homogen” walaupun pada realiti sebenarnya

mempunyai perbezaan kaum.

Di samping itu, keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majmuk adalah

penting kerana mampu memberikan kebaikan dalam pelbagai sektor lain sebagai

contoh sektor ekonomi dan hubungan diplomatik dengan negara luar. Sekiranya

negara kita mempunyai kestabilan politik yang bagus maka pelbagai pihak yang ingin

menjalinkan hubungan diplomatik secara dua hala dengan negara kita terutamanya

dalam bidang ekonomi akan bertambah yakin terhadap kestabilan dan keamanan

negara. Seterusnya, negara kita mampu mengeksport hasil buatan Malaysia ke luar

negara melalui industri tani serta industri pembuatan. Produk Malaysia mampu

dipasarkan lebih meluas lagi. Industri tani dan pembuatan telah disuntik nafas baru

melalui DEB yang telah dilaksanakan melalui RRJP yang bermatlamat untuk

mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah

pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia

tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi yang

diperkenalkan pada zaman penjajahan British dahulu.

Selain itu, keperluan yang seterusnya ialah memupuk semangat perpaduan

dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui masyarakat Malaysia

mempunyai kaum yang terdiri daripada rumpun kaum yang pelbagai. Amat sukar

pada awalnya untuk menyatukan pelbagai kaum ini sehingga sampai pada masa

barulah kaum-kaum ini mampu diajak berunding di meja bulat. Apabila akta-akta

diluluskan bagi menjaga persafahaman kaum, barulah semangat perpaduan antara

kaum ini mampu diwujudkan. Sebagai contoh, akta hasutan yang bertujuan

Page 6: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

mencegah individu dari mana-mana kaum mebangkitkan isu-isu sensitif yang mampu

mencetuskan pertelingkahan kaum di Malaysia. Di samping itu, terdapat beberapa

perkara yang telah dilarang untuk dibangkitkan iaitu kedudukan Bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi, kedudukan raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai

agama rasmi, hak istimewa orang Melayu dan hak kerakyataan bukan bumiputera.

Keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majmuk yang seterusnya ialah

membina sebuah negara yang bertamadun. Bagi mencapai hasrat membina negara

yang bertamadun ini bukanlah suatu cabaran yang senang tambahan pula negara

kita mempunyai tembok cabaran jurang perpaduan antara kaum yang harus

dirobohkan. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra dan Yusri Ab.

Malik dalam buku Siri Perpaduan Negara- Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit

Setiamas pada tahun 1995.Berdasarkan buku ini, dua pengarang ini menulis

bahawa, negara Malaysia terbina tamadunnya sebagai sebuah negara yang

masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai pegangan agama,

bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia

luar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing merupakan faktor utama

yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang

mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya,

berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan

konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat

mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara

yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-

lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang

tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Kesimpulannya, kestabilan politik bagi masyarakat majmuk di Malaysia sangat

penting agar dapat menjamin perpaduan dan mengekalkan keamanan. Perpaduan

kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan

hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang

masyarakatnya merupakan kaum yang majmuk serta menjamin kestabilan politik dan

Page 7: keperluan kestabilan politik bagi masyarakat majumuk

ekonomi negara. Kerajaan perlu sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu

perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita

selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai oleh nenek moyang melalui

perpaduan kita semua. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan

semua pihak adalah bertanggungjawab terlibat untuk bekerjasama dalam mencapai

usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan bagi

semua kaum.