kepentingan teknologi maklumat di malaysia

3
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan seperti katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Kewujudan ICT memberi impliksi dalam sistem pendidikan di sekolah secara optimum. Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Kesan pengaplikasian ICT ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui internet bagi melaksanakan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Fakta ini ternyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Jelaslah pendidikan di Malaysia bertaraf global dengan pengaplikasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kemajuan ICT turut menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatic (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.

Upload: sofin85247

Post on 09-Dec-2014

133 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

perkongsian ilmiah karangan/penulisan .

TRANSCRIPT

Page 1: kepentingan teknologi maklumat di Malaysia

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat

penting.Teknologi ini telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang

menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai

dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. negara yang tidak mengutamakan

ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan seperti katak di bawah tempurung. Kemajuan

ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Kewujudan ICT memberi impliksi dalam sistem pendidikan di sekolah secara

optimum. Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah

bestari. Kesan pengaplikasian ICT ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dari

seluruh dunia melalui internet bagi melaksanakan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar

akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer.

Fakta ini ternyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah

boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah

menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Jelaslah pendidikan di Malaysia bertaraf global

dengan pengaplikasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Kemajuan ICT turut menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran

negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta

dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa,

bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup

mendewasakan Malaysia.Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap.

Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada

dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya

menjadi tepat dan cekap.Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan

segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatic (ATM) dan

Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan

lancar.

Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam

pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan

pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan

sebagai “kompas” semasa berlayar. Jika dahulu ada yang merujuk kepada keadaan langit dan

awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan

adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci.

Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat

meramalkan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya

kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada

dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia

Page 2: kepentingan teknologi maklumat di Malaysia

seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa

sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan “Dunia Tanpa

Sempadan”.Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman berbual, e-mail,

sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa

sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, berita terkini

juga dapat diikuti dengan serta-merta.Siaran langsung seperti konsert, perlawanan bola sepak

dan siaran berita juga dapat dijalankan. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang

berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, Jepun mahupun Amerika Syarikat dapat

dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan

Astro. telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk

membolehkan kita merasa nikmat ini. internet dan komputer riba turut berfungsi melalui

teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT ialah pembuka laluan yang luas kepada masa

depan yang gemilang.

Kesimpulannya, Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan

negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah

kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya.

Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau.

MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia.

Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah

berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia.