kepentingan pentaksiran

6
SUPIAH BT MAT YUSOF PGSRPK08 mukasurat 1 PETA KONSEP

Upload: cikgusuepkhas

Post on 25-Jun-2015

10.656 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan pentaksiran

SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK08 mukasurat 1

PENTAKSIRAN

Proses pengumpulan data, mengukur, menaksir dan

keputusan penilaian

ProjekUjian

Pemerhatian Temu bual

PentaksirOrang yang ditafsir

InstrumentRespon

Skor

Proses mendapat maklumat dan menentukan tindakan

PortfolioUjian saringan dan

Ujian Diagnostik

PETA KONSEP

Page 2: Kepentingan pentaksiran

SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK08 mukasurat 2

KEPENTINGAN

PENTAKSIRAN

Mudahkan guru merancang p @ p

yang sesuai

Mengetahui keupayaan dan

pengetahuan asas pelajar

Mengesan kelemahan pelajar dalam pelbagai

aspek

Mengenalpasti faktor penyebab kepada

sesuatu kelemahan

PETA KONSEP

Page 3: Kepentingan pentaksiran

PETA KONSEP

SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK08 mukasurat 3

KEPENTINGAN

PENTAKSIRAN

Guru boleh menentukan kaedah dan teknik yang

sesuai

Mengetahui masalah lain

yang berkaitan seperti

masalah tingkah laku

Mengetahui tahap sebenar pelajar

Membuat perbandinga

n pencapaian

pelajar

Page 4: Kepentingan pentaksiran

2.0 PENGENALAN

Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan mendapatkan informasi dan maklumat bagi

menentukan tahap keupayaan dan kebolehan murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Berdasarkan keputusan yang diperolehi guru boleh merancang dan

mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemampuan murid.

Bukti-bukti dan bahan yang dikumpul dalam satu tempoh masa membolehkan guru

mentafsir keberkesanan aktiviti pembelajaran Bukti dan data ini dapat diambil dalam

bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian

diagnostik. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan

gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca,

menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi

murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai

mengikut tahap kebolehannya.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau

tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem

yang berkategori.

Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat

penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”

Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku.

Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk

pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa

mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan

SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK08 mukasurat 4

Page 5: Kepentingan pentaksiran

itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau

keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil

pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah

mengajar dan kurikulum.

Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya

keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka

belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid

berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum

balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan

bagi anak-anak mereka.

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di

rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial

sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang

lain. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi,

kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.

Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai

kelemahan dalam bersosial. Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga

hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini

juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan

orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang

lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka

gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri,

mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.

Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu

membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap benda

hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi

tingkah laku ialah melalui persekitaran.

SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK08 mukasurat 5

Page 6: Kepentingan pentaksiran

SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK08 mukasurat 6