kepentingan industri herba

Upload: anisha-gill

Post on 01-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Kepentingan Industri Herba

    1/2

    KEPENTINGAN INDUSTRI HERBA

    MENINGKATKAN BILANGAN USAHAWAN

    Memandangkan negara mempunyai khazanah kepelbagaian biologi flora dan fauna antara

    terkaya di dunia, sudah semestinya ia boleh menjana kekayaan dalam konteks pengeluaran

    hasil untuk dimanfaatkan. Antara contoh terbaik dalam khazanah hutan adalah tanaman

    herba di mana kajian menunjukkan warisan nenek moyang ini kaya dengan ciri-ciri

    farmaseutikal.

    MENJADI PILIHAN PERUBATAN YANG MURAH

    Kos perubatan yang menggunakan herba lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan

    secara klinikal. Bahan-bahan perubatan diperoleh dari kawasan tempat tinggal kita. ebagai

    contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat darah tinggi, daun misai kucing

    dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, daun bunga raya putih pula dapat

    menurunkan kepanasan demam.

    MENGEKALKAN WARISAN TRADISI

    !ada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk

    menjana ekonomi negara. "amun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri #$%BA

    yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan. ebenarnya,

    industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak

    sumbangan dalam ekonomi negara. &ndustri herba merupakan wadah bagi menghasilkan

    ubat-ubatan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional

    yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

    MENINGKATKAN PELUANG PEKERJAAN

    Memang tidak dapat disangkal bahawa industri herbapakan salah satu industri yang

    berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai

    pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam

    semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba

    kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. 'ika industri

    herba dimajukan, peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan

    penduduk desa dapat ditingkatkan.

  • 7/26/2019 Kepentingan Industri Herba

    2/2

    MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN

    elain itu, industri herba yang kaya di budaya Malaysia juga dapat membantu dalam usaha

    menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita. &ndustri herba di negara kita

    sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang terlibat mengambil

    inisiatif untuk mengusahakannya. &ndustri ini harus diberikan nafas baharu melalui suntikan

    teknologi moden untuk meningkatkan produkti(iti supaya industri ini mampu menembusi

    pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita. Masyarakat kita juga harus

    mengiktiraf industri herba sebagai satu industri yang mampu memberi sumbangan dalam

    pembangunan negara.

    MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI PERINGKAT GLOBAL

    Malaysia amat kaya dengan ubat-ubatan tradisional dan alternatif seperti digambarkandaripada struktur etnik di negara ini. )leh itu Malaysia berada dalam kedudukan terbaik

    untuk membangunkan ubat-ubatan tradisional menjadi produk komersial. !ada masa yang

    sama, dengan adanya kemudahan penyelidikan moden dan dilengkapi infrastruktur yang

    mencukupi, Malaysia mampu menjadi hab tumbuh-tumbuhan ubatan Asia. *ianggarkan,

    sebanyak + hingga peratus penduduk di negara membangun bergantung kepada

    perubatan alternatif dan komplementari berasaskan tumbuhan. enomena yang sama juga

    ditunjukkan oleh negara-negara Asia seperti &ndia dan Malaysia. &ni jelas menununjukkan

    bahawa industri memang penting jika Malaysia ingin bersaing di dalam pasaran global.

    #empedu Bumi /engkuas