kepentingan dan kegunaan hutan

3
KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN NAMA :ALI IMRAN BIN MOHAMAD YUSOF ANGKA GILIRAN :PH24/B04/PT KELAS :B 0.1)SUMBER KAYU KAYAN => Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi.Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan.Selain itu, kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesies- spesies kayu dijalankan secara lebih meluas. 0.2)SUMBER BAHAN MENTAH => Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika.Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah.Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti manggis (Garcinia mangostana) dan rambutan (Hephelium lappaceum). Selain itu, buah- buahan seperti limau, pisang , betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam,vanila, cengkih, kayu maniS,buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya 0.3)AGEN PEMBERSIH UDARA => Melalui proses fotosintesis.Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan udara.Selain itu, hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi.Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan.

Upload: ali-imran

Post on 22-Jun-2015

1.528 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Dan Kegunaan Hutan

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN

NAMA :ALI IMRAN BIN MOHAMAD YUSOF

ANGKA GILIRAN :PH24/B04/PT

KELAS :B

0.1)SUMBER KAYU KAYAN

=> Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi.Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan.Selain itu, kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesies-spesies kayu dijalankan secara lebih meluas.

0.2)SUMBER BAHAN MENTAH

=> Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika.Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah.Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti manggis (Garcinia mangostana) dan rambutan (Hephelium lappaceum). Selain itu, buah-buahan seperti limau, pisang , betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam,vanila, cengkih, kayu maniS,buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya

0.3)AGEN PEMBERSIH UDARA

=> Melalui proses fotosintesis.Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan udara.Selain itu, hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi.Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan.

Page 2: Kepentingan Dan Kegunaan Hutan

0.4)PENSTABIL CUACA BUMI

=> Hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis,ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen. Ini diimbangi oleh pernafasan (respirasi) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi.

0.5)PENUTUP BUMI SEMULAJADI

=> Serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin.Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat.

0.6)KAWASAN TADAHAN AIR

=> Dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai.Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.

0.7)HABITAT ALAM SEMULAJADI

=> Hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia.Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok.Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies seranggatelah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika.Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna.Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain.

Page 3: Kepentingan Dan Kegunaan Hutan

0.8)BUNGA KARANG (SPONGE) YANG BERONGGA

=> menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagimengelak kejadian banjir daripada berlaku.Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secar tidak langsung.Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai.Dari segi kuantitinya, ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan mengawal kadar alirannya.Pada masa yang sama, silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%, di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia.

0.9)sumber keluaran hasil hutan bukan kayu

=> mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain.

0.10)mempunyai nilai dagangan

=>Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi.Di antara contohnya ialah bahan-bahan seperti getah daripada pokok jelutong (Dyera costulata) pernah digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah (chewing gum).Minyak pokok keruing gondol ( Dipterocarpus kerrii ) pula digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatam.