hutan dan kegunaan

23
HUTAN DAN KEGUNAAN PENGENALAN Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan khazanah alam semulajadi yang sangat bernilai. Bersesuaian dengan kedudukannya di garisan khatulistiwa dan keadaan iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun, maka bumi Malaysia subur dengan tumbuh- tumbuhan semulajadinya. Seperti kebanyakan negara lain yang mengalami iklim khatulistiwa, negara kita Malaysia juga turut dilitupi oleh hutan hujan tropika. Menurut Michael Senior di dalam bukunya, ‘Tropical Lands A Human Geography’, bahawa 3/5 daripada kawasan semenanjung Malaysia dipenuhi dengan hutan hujan tropika. Kawasan tropika lebih mudah ditakrifkan mengikut istilah geografi iaitu kawasan dunia yang terletak diantara garis lintang 23 27’ di utara dan di selatan khatulistiwa. Kawasan tropika juga ditakrifkan berdasarkan purata suhu iaitu kawasan yang variasi purata suhu bulanannya diantara tiga bulan sejuk dan tiga bulan panas kurang daripada 5 C. Takrif ini merangkumi suhu mutlak terendah yang dialami di kawasan tanah tinggi tropika disamping menekankan keseragaman suhu sepanjang tahun. Hutan hujan tropika ini dipenuhi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang hidup malar dan subur, bermula daripada pokok-pokok yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang kecil. Bahagian atas dipanggil ‘canopy’ yang terdiri

Upload: rafidahsalleh

Post on 25-Jun-2015

549 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hutan Dan Kegunaan

HUTAN DAN KEGUNAAN   PENGENALAN            Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan khazanah alam semulajadi yang  sangat bernilai. Bersesuaian dengan kedudukannya di garisan khatulistiwa dan keadaan iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun, maka bumi Malaysia subur dengan tumbuh-tumbuhan semulajadinya. Seperti kebanyakan negara lain yang mengalami iklim khatulistiwa, negara kita  Malaysia juga turut dilitupi oleh hutan hujan tropika. Menurut Michael Senior di dalam bukunya, ‘Tropical Lands A Human Geography’,  bahawa 3/5 daripada kawasan semenanjung Malaysia dipenuhi dengan hutan hujan tropika.            Kawasan tropika lebih mudah ditakrifkan mengikut istilah geografi iaitu kawasan  dunia yang terletak diantara garis lintang 23 27’ di utara dan di selatan  khatulistiwa. Kawasan tropika juga ditakrifkan berdasarkan purata suhu iaitu kawasan yang variasi purata suhu bulanannya diantara tiga bulan sejuk dan tiga bulan panas kurang daripada 5 C. Takrif ini merangkumi suhu mutlak terendah yang dialami di kawasan tanah tinggi tropika disamping menekankan keseragaman suhu sepanjang tahun.            Hutan hujan tropika ini dipenuhi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang hidup malar dan subur, bermula daripada pokok-pokok yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang kecil. Bahagian atas dipanggil ‘canopy’ yang terdiri daripada pokok-pokok tinggi seperti Seraya ( Shorea curtisii ), Jelutong ( Dyera costulate ), Keruing ( Diptero carpus ) dan sebagainya. Pokok-pokok ini mempunyai batang yang besar dan akar yang berbanir. Manakala dahan-dahan dan dedaunnya melebar seolah-olah payung yang mana ia menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada lantai hutan. Bahagian bawah ( Under story ) pula dipenuhi dengan pokok-pokok yang rendah (yang berdaun lebar), pokok-pokok herba, bunga-bunga liar dan lain-lain lagi.

Page 2: Hutan Dan Kegunaan

Manakala bahagian bawah sekali pula dipanggil lantai hutan ( Forest Floor ) dilitupi pokok-pokok kecil, rerumput, daun-daun dan ranting-ranting mati. KEGUNAAN HUTAN

Sebagaimana luasnya bumi ini dilitupi hutan sama ada belantara atau belukar, maka begitulah juga luas dan besarnya kepentingan hutan terhadap makhluk di muka bumi ini. Namun begitu masih ramai yang tidak menyedari akan peranan dan sumbangannya malah sesetengah orang berpendapat hutan adalah penghalang kemajuan. Di dalam tugasan ini, pengarang cuba mengupas beberapa kepentingan dan sumbangan hutan.

 Hutan sebagai habitat flora dan fauna

Hutan merupakan khazanah alam yang menyediakan habitat  bagi pelbagai spesies flora dan fauna. Keadaan hutan hujan tropika yang menerima hujan yang cukup dan suhu yang seimbang sepanjang tahun menyebabkan ia sesuai untuk pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan hidup dan membesar. Haiwan dan tumbuhan ini saling berinteraksi di antara satu sama lain dan hidup dalam satu habitat yang membentuk ekosistem yang baik.

            Haiwan-haiwan dapat hidup dan membiak dengan aman tanpa sebarang gangguan kerana adanya tempat perlindungan yang sesuai dan dapat menjamin keselamatan mereka serta sumber makanan yang mencukupi di hutan. Di segenap lapisan pokok di hutan didiami oleh pelbagai spesies haiwan seperti Tenggiling ( Manis Javanica ), Beruk ( Macaca Nemestrina ), Lotong ( Presbytis Obscura ), Gajah ( Elephes Maximus ), Landak ( Hystrix Brachyura ), Harimau Belang ( Panthera Tigris ) dan haiwan-haiwan lain yang tidak terkira banyaknya, termasuklah serangga dan burung. Hutan dianggap penting bagi haiwan-haiwan ini kerana ia menyediakan tempat perlindugan yang terbaik kepada haiwan-haiwan

Page 3: Hutan Dan Kegunaan

tersebut untuk terus hidup dan berkembang biak. Haiwan-haiwan ini akan terancam dan pupus apabila tempat perlindungan mereka ini ditebang atau dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.            Selain fauna, flora juga hidup subur di hutan ini. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan yang tumbuh dan hidup subur, daripada pokok-pokok yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang renek dan melata. Pokok-pokok seperti Akasia ( Acacia auriculiformis ), Kempas ( Koompassia malacensis ), Nemesu ( Shorea panciflora ), Petai( Parkia speciosa ), Batai ( Parscrianthes falcataria ) dan sebagainya hidup dengan subur di sini. Di samping itu, terdapat pokok-pokok herba yang mempunyai nilai ubatan yang sangat tinggi. Pokok-pokok herba ini berpotensi dan amat terkenal dalam perubatan tradisional. Antara pokok-pokok herba yang bermutu ialah seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Kuinin, Mengkudu, Patawali, Hempedu Bumi, Gajak beranak, Lemuning dan sebagainya.            Pokok Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia sememangnya terkenal di kalangan masyarakat Melayu yang mengamalkan perubatan tradisional. Tongkat Ali diproses dan dijadikan sebagai tonik seks yang mana ia berfungsi sebagai penguat tenaga batin lelaki serta digunakan dengan meluas sebagai ubat malaria dan darah tinggi. Sementara itu pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia pumila digunakan untuk merawat sakit puan, cirit-birit dan kembung perut.            Bagi orang yang hilang selera makan atau mengidap pneumonia dan epilepsi, pokok Kuinin atau nama sainsnyaCinchona officinalis  dapat mengatasinya. Manakala pokok Mengkudu atau nama sainsnya morinda citrifolia pula, selain pucuknya yang enak dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu, buahnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Air rebusan buah mengkudu bersama gula batu dapat menghilangkan batuk apabila diminum.

Page 4: Hutan Dan Kegunaan

            Daun lemuning atau nama sainsnya vitex negundo juga merupakan satu kaedah berkesan untuk menyerikan wajah, mengubati bisul, meredakan batuk serta mengurangkan kahak. Hutan membekalkan balak dan bahan api                  Kayu balak dan bahan api mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam bidang pembinaan dan perindustrian. Pokok-pokok balak ini hidup subur di hutan hujan tropika.  Pokok-pokok balak seperti Nyatuh( Paureria malacensis ), Seraya ( Shorea curtisii ), Merbau ( Intisia palembanica ), Punah ( Tetramerotra glabra ), Meranti Tembaga (Shorea eproslula ) dan Jelutong ( Dyera costulata ) membekalkan papan lapis yang banyak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan dan barang-barang perabot yang lain.             Hutan juga turut membekalkan kayu sebagai bahan api semulajadi untuk kegunaan domestik. Ia juga diproses untuk dijadikan arang bagi tujuan pembakaran. Contohnya, hutan bakau yang membekalkan pokok kayu bakau. Hutan sebagai kawasan tadahan hujan

Hutan merupakan satu kawasan tadahan hujan yang penting. Apabila hari hujan, akar-akar pokok yang besar dan banyak akan menyerap air hujan yang mengalir  di permukaan tanah ke dalam tanah. Dengan ini dapat menghalang berlakunya hakisan tanah dan mengelakkan tebing tanah daripada runtuh akibat arus air. Kawasan tadahan hujan amat penting kerana ia berperanan mengawal limpahan air yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Kita dapati kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerap berlaku di kawasan yang mana kawasan hutannya digondolkan atau ditebang untuk tujuan pembalakan, perindustrian mahupun pembinaan rumah-rumah kos rendah dan kondominium.

 

Page 5: Hutan Dan Kegunaan

Hutan menyeimbangkan suhu bumi            Sumbangan hutan kepada alam iaitu dapat menyeimbangkan suhu di satu-satu  tempat atau kawasan dan membekalkan gas oksigen kepada manusia di muka bumi. Sebagaimana yang telah kita semua maklum bahawa kesan rumah hijau terjadi apabila gas karbon dioksida berlebihan di udara.. Cuaca akan berubah  menjadi panas dan gas oksigen berkurangan di udara. Fenomena ini akan memberi kesan dan membahayakan hidupan di suatu kawasan itu. Masalah ini akan berkurangan sekiranya hutan tidak digondolkan atau dimusnahkan sewenang-wenangnya. Ini kerana pokok-pokok atau tumbuhan yang tumbuh dan hidup di hutan berfungsi menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen yang berguna kepada manusia. Tumbuh-tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk membuat makanan yang dikenali sebagai proses fotosintesis untuk terus hidup. Ekoran daripada itu gas ini dapat diserap sebanyak-banyaknya oleh semua tumbuhan dan menyebabkan ianya tidak akan berlebihan di udara. Tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya kebanyakan hutan digondolkan. Kesan rumah hijau akan terus berlaku sekiranya aktiviti penggondolan dan penebangan hutan secara tidak terancang terus dijalankan. Hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan            Hutan amat berpotensi dijadikan tempat pelancongan dan rekreasi. Taman–taman negara dan hutan simpan diwartakan bagi tujuan ini. Dengan penubuhan taman-taman negara dan hutan simpan, bukan sahaja dapat memelihara dan memulihara khazanah hutan dari terus pupus dan musnah, bahkan juga dapat memberikan sumber kewangan kepada negara melalui aktiviti pelancongan. Di Malaysia, Taman Negara Niah, Taman Negara Bako dan hutan simpan Belum sering menjadi tumpuan para pelancong dan para penyelidik sama ada dari dalam mahupun luar negeri. Para pelancong ini datang adalah untuk melihat sendiri

Page 6: Hutan Dan Kegunaan

dan menikmati keindahan alam semulajadi yang banyak terdapat di negara kita dan seterusnya mencari ketenangan setelah penat bekerja. Pelancong akan merasa damai dan tenang apabila berada di dalam panorama hijau yang menyejukkan mata yang memandang. Sekaligus ini dapat menghilangkan segala kepenatan dan melenyapkan beban dan tekanan yang dialami akibat kebisingan serta kegawatan dan hiruk-pikuk bandaraya. Hutan sebagai tempat kajian dan sumber ubatan               Hutan juga menjadi tumpuan para saintis dan para penyelidik samada dari dalam dan luar negeri. Kekayaan hutan dengan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan telah menarik para pengkaji dan saintis untuk meneroka hutan dan membuat kajian tentang flora dan fauna sama ada dari segi tingkah laku haiwan berkenaan atau pun habitatnya. Selain membuat kajian mengenai haiwan, para saintis juga sering membuat kajian keatas tumbuhan herba yang dipercayai mempunyai potensi dan nilai perubatan yang tinggi. Apabila timbulnya satu penyakit baru para saintis semakin sibuk membuat kajian  terhadap pokok-pokok yang mempunyai potensi dan mujarab untuk mengubatinya. Hutan sebagai tempat tinggal manusia            Kebanyakan orang asli suka tinggal atau menetap di hutan. Sejak berkurun lamanya hutan menjadi tempat mereka kediaman mereka. Mereka hidup dalam kelompok dan menjalankan pelbagai aktiviti di hutan seperti pertanian pindah, memburu dan mengutip hasil hutan seperti damar dan rotan. Mereka seolah-olah sebati dengan kehidupan di hutan belantara. Dengan ini hutan harus terus dilindungi dan dipulihara bagi menjamin keselamatan dan keharmonian penghuninya. Sekiranya hutan ini dimusnahkan atau diancam dengan pelbagai aktiviti yang boleh merosakkan keaslian dan keindahannya, maka penghuninya juga akan turut terancam.

Page 7: Hutan Dan Kegunaan

 KESIMPULAN         Sesungguhnya hutan begitu penting dan memberikan sumbangan yang begitu besar kepada makhluk di muka bumi. Menyedari hakikat ini hutan perlulah dipelihara dan dipulihara bagi menjamin keindahan dan keasliannya. Pelbagai pihak sama ada badan-badan kerajaan, swasta mahupun individu haruslah memainkan peranan yang penting dan menggembleng tenaga dan usaha dalam usaha untuk mengekalkan keaslian warisan alam ini. Generasi hari ini harus peka dan prihatin akan kepentingan hutan sebagai warisan alam yang amat bernilai dan  terus memelihara dan memulihara  keaslian dan keindahannya untuk terus menjadi tatapan dan dinikmati oleh generasi akan datang. 

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN2. HUTAN DAN KEGUNAANNYA :

a. Membekalkan gas oksigen ke atmosferab. Habitat semula jadi hidupan liarc. Menyeimbangkan mikro iklim sesuatu tempat

Page 8: Hutan Dan Kegunaan

d. Kawasan tadahan air hujan dan mencegah hakisane. Sumber makananf. Sumber kayu-kayan, buluh dan rotang. Sumber tumbuhan ubat-ubatanh. Tempat rekreasi dan pelancongani. Kawasan penyelidikan saintifik

1. KESIMPULAN2. FAKTA PENTING MENGENAI HUTAN3. RUJUKAN4. LAMPIRAN

PENGENALAN

HUTAN dalam pengertian yang luas merangkumi kawasan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok liar yang terbiar, rimba yang menjadi habitat semula jadi flora dan fauna. Hutan merupakan aset negara yang tidak ternilai dan ia diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hari ini, isu hutan menjadi isu global yang sering diperkatakan.

Secara umumnya, hutan meliputi 3625 juta hektar atau 27.7% daripada kawasan muka bumi yang tidak diliputi ais. Hutan tropika meliputi 53.4% daripada jumlah kawasan hutan ini, manakala 25.4% adalah hutan boreal dan 21.2% pula terdiri daripada hutan temperat. Selain itu, terdapat 650 juta hektar lagi hutan yang terdiri daripada belukar, tumbuhan renek dan sebagainya.

Seperti yang kita ketahui, hutan merupakan khazanah alam dan warisan semula jadi yang mempunyai banyak kepentingan dan kegunaannya kepada manusia dan makhluk –makhluk lain. Contohnya, hutan berperanan penting dalam kehidupan manusia dengan membekalkan sumber bahan mentah seperti kayu-kayan, rotan, buluh, buah-buahan, kayu api, damar, gam, sayur-sayuran, minyak pati, dan tumbuhan ubat-ubatan. Hasil hutan ini merupakan punca bahan makanan, perlindungan, bahan api, dan perubatan asas. Sumber tersebut telah membantu manusia membina tamadun yang tingggi seperti masa kini. Di samping itu, hutan juga turut berperanan dalam menyeimbangkan ekologi persekitaran.

Page 9: Hutan Dan Kegunaan

Memandangkan hutan merupakan penyumbang utama kepada sosioekonomi dan kestabilan ekologi persekitaran, maka hutan adalah satu khazanah yang amat berharga yang perlu dijaga dengan baik dan bersistematik.

HUTAN DAN KEGUNAANNYA :

A. MEMBEKALKAN GAS OKSIGEN KE ATMOSFERA

Salah satu kepentingan hutan yang paling utama ialah membekalkan gas

oksigen ke atmosfera yang diperlukan oleh manusia dan juga haiwan. Ia juga turut mengimbangi kandungan gas di udara.

Semasa proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengggunakan gas karbon dioksida untuk membuat makanan dan membebaskan gas oksigen sebagai bahan buangan. Manakala, manusia dan haiwan pula membebaskan gas karbon dioksida dan menggunakan gas oksigen semasa proses respirasi. Proses respirasi dan fotosintesis menunjukkan saling kebergantungan di antara manusia dan haiwan dengan tumbuh-tumbuhan untuk terus hidup. Proses ini berlaku secara berulang-ulang, menyebabkan bekalan oksigen dalam udara sentiasa mencukupi untuk kegunaan kehidupan seperti proses pernafasan dan membantu pembakaran. Jika hutan tiada, sudah pasti gas karbon dioksida akan menjadi berlebihan dalam udara yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu udara dan membawa kesan buruk kepada manusia dan hidupan liar.

B. HABITAT SEMULA JADI HIDUPAN LIAR

Pelbagai jenis hidupan liar hidup di kawasan hutan kerana hutan

menyediakan sumber makanan yang diperlukan oleh haiwan. Hutan juga merupakan tempat perlindungan dan pembiakan bagi hidupan liar. Hidupan liar pada amnya didefinisikan sebagai merangkumi kesemua haiwan liar daripada kumpulan mamalia, reptilia, amfibia, burung, ikan, invertebrata, termasuk juga tumbuh-tumbuhan liar.

Page 10: Hutan Dan Kegunaan

Hutan membekalkan makanan kepada haiwan yang memakan daun, buah-buahan, putik bunga, bijian, pucuk, dan pelbagai bahagian lain pokok. Manakala haiwan jenis karnivor dapat hidup kerana tumbuhan semula jadi membantu pembiakan haiwan herbivor. Kewujudan rantaian makanan sememangnya menjadi satu lumrah kehidupan bagi hidupan mansa dan pemangsa.

Contohnya, menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa mendapati hutan di Malaysia menjadi habitat 3000 spesies tumbuhan berbunga, dan 2500 daripadanya adalah dari jenis berpokok kerana di hutan tumbuhan dapat hidup disebabkan kesuburan tanahnya. Tumbuhan ini adalah unik kerana ia tidak ditemui di mana-mana pelusuk dunia kecuali di Malaysia. Bagi melengkapkan ekosistem, haiwan telah menjadi penghuni setia hutan belantara ini. Terdapat sejumlah 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 30 spesies katak, dan 80 spesies cicak. Serangga pula merupakan komuniti haiwan yang terbesar di mana sesetengah kumpulan mengandungi lebih daripada 1000 spesies.

C. MENYEIMBANGKAN MIKRO IKLIM SESUATU TEMPAT

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tumbuh-tumbuhan semula jadi di hutan mempunyai pengaruh ke atas keadaan cuaca dan iklim sesuatu tempat kerana pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mampu mengubahsuaikan iklim mikro sesuatu tempat.

Melalui proses transpirasi, air dari tanah melalui tumbuh-tumbuhan akan terserap ke udara dan air di permukaan daun juga akan tersejat ke udara dan ini menambahkan lagi kelembapan udara. Ini kerana pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mengawal sinaran matahari melalui proses serapan, pemantulan dan pemindahan. Pada hari yang panas, sebatang pokok mungkin menyerap beratus-ratus liter air dari tanah dan kebanyakannya akan tersejat ke atmosfera. Ini sudah pasti akan memberikan kesan penyejukan kepada kawasan sekitarnya. Secara bandingannnya, suhu di kawasan hutan adalah lebih rendah kerana litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak.

Page 11: Hutan Dan Kegunaan

Di samping itu, pertambahan oksigen di atmosfera bumi yang berpunca daripada prosese fotosintesis akan memastikan pengurangan karbon dioksida secara tidak langsung. Ini kemudiannya dapat mengurangkan risiko berlakunya fenomena "kesan rumah kaca" atau "kesan rumah hijau". Dengan itu, peningkatan suhu bumi dapat dikawal.

Hal yang sama terjadi di bandar-bandar besar, di mana hutan sangat berguna sebagai agen pembersih udara kerana daun-daun dan dahan-dahan pokok bertindak sebagai penyaring udara kotor. Hal ini menunjukkan bahawa hutan mampu mengimbangi iklim sesuatu kawasan di samping merendahkan suhu dan menyamankan udara berbanding dengan kawasan yang hutannnya telah ditebang. Biasanya suhu adalah lebih tinggi dan kawasan tersebut menjadi lebih panas.

D) KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN DAN MENCEGAH HAKISAN

Hutan juga berperanan sebagai kawasan tadahan air hujan dan mencegah hakisan tanah. Hutan adalah pengawal aliran air yang berkesan kerana hutan berfungsi seperti span besar yang menyerap air di hutan pada musim hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak sungai. Seterusnya bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air bersih dan jernih mengalir ke kawasan tadahan.

Fungsi yang penting ini tidak dapat diganti oleh oleh tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pengaliran air di permukaan di kawasan getah dan kelapa sawit adalah lebih deras berbanding di kawasan berhutan.

Contohnya, krisis kekurangan air yang berlaku di Melaka pada tahun 1992 adalah disebabkan 80% kawasan tadahan Empangan Durian Tunggal telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Kekurangan lapisan hutan telah menyebabkan pengaliran

air yang tidak sekata ke Sungai Bakung dan Sungai Air Putih. Akibatnya, sedikit sahaja air yang mengalir ke kawasan tadahan Durian Tunggal, Melaka.

Page 12: Hutan Dan Kegunaan

Hutan juga dapat mencegah hakisan tanah kerana daun-daun dan dahan-dahan pokok menyekat air hujan lalu melambatkan kadar kelajuan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi. Akar-akar pokok pula dapat menyerap air hujan di samping mencengkam tanah dan memperkukuhkan tanah supaya sukar dihakis.

E) SUMBER MAKANAN

Di hutan banyak terdapat buah-buahan liar yang boleh dimakan dan selalunya dikumpulkan oleh masyarakat tempatan sebagai sumber makanan. Di negeri Sabah misalnya, terdapat kira-kira 200 spesies tumbuhan hutan yang boleh di makan buahnya.

Antara contoh buah-buahan hutan yang sedia popular di Malaysia amnya pada masa kini tetapi masih belum ditanam secara meluas ialah kelubi (Zalacca conferta), salak hutan (Z. affinis), petai (Pithecellobium jajanica dan P. singularis), keredas (P. bubalinum), dan jering (P. jiringa). Untuk buah-buahan ini, hutan masih menjadi sumber utama bagi mendapatkannya. Malah banyak buah-buahan yang telah ditanam berasal daripada waris liar dari hutan tropika, contohnya durian (Durio zibethinus), rambutan (Nephelium lappaceum), langsat/duku (Lansium domesticum), dan mangggis (Garciniamangastana). Di Sabah, banyak buah-buahan yang terdapat di pasaran berasal dari hutan dan belum ditanam secara meluas. Antaranya ialah terap (Artocarpus odoratissimus), bambangan (Mangifera decandra), beluno (M. caesia), liposu (Baccaurea angulata), dan kembang semangkuk (Scaphium macropodum).

Selain buah-buahan, ulam juga menjadi bahan makanan yang penting sebagai sumber vitamin dan juga sumber ubatan masyarakat tempatan. Contohnya daun kadok (Piper sarmentosum), daun pegaga (Hydrocotyle asiatica), putat (Barringtoniaspp), selom (Oenanthe javanica), menkudu (Morinda elliptica), cekur (Sauropus androgynus), ulam raja (Cosmos caudatus), kantan (Phaeomaria speciosa), dan daun kesom (Polygonum minus) adalah antara ulam yang paling popular. Di hutan di Malaysia terdapat lebih 50 jenis ulam yang sesuai sebagai bahan makanan tetapi kurang popular.

F) SUMBER KAYU-KAYAN, ROTAN, DAN BULUH

Page 13: Hutan Dan Kegunaan

Kawasan hutan mempunyai pelbagai sumber bahan mentah yang boleh digunakan oleh manusia. Melalui hutan, manusia boleh memperolehi hasil-hasil hutan seperti kayu balak, buluh, rotan dan sebagainya yang boleh membantu kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara. Ini kerana hasil-hasil hutan tersebut mempunyai nilai komersial pada masa kini dan permintaan terhadap hasil-hasil hutan tersebut begitu tinggi sama ada pasaran tempatan mahupun luar negeri.

Kewujudan pelbagai spesies tumbuhan berpokok di hutan menunjukkan hutan sememangnya kaya dengan kayu-kayannya. Misalnya, balak merupakan hasil hutan yang terpenting dan berharga pada masa kini kerana ia merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi setiap negara seperti Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia, India, dan Filipina. Antara jenis kayu balak yang mendapat nilai kemersial adalah sperti jati, keruing, cengal, merbau, penaga, keledang, dan balau. Kayu-kayu balak yang dihasilkan terdiri daripada kayu keras dan lembut. Pengeluar kayu balak keras yang terbesar di dunia ialah Malaysia dan Indonesia. Manakala bahagian Asia Utara (Rusia) adalah pengeluar kayu balak lembut yang utama di dunia. Kegunaan hasil balaknya adalah untuk membuat bangunan atau rumah, landasan kerta api, alat-alat perabot, papan lapis, kertas dan lain-lain lagi.

Di samping itu, hutan juga merupakan sumber hasil-hasil hutan yang lain seperti rotan, buluh, mengkuang, dan lain-lain lagi. Di Asia Tenggara contohnya, kira-kira 20 spesies rotan dianggap sebagai spesies komersial yng berharga. Kesemua spesies yang digunakan dalam industri adalah daripada genus Calamus yang mempunyai kira-kira 60 spesies kesemuanya. Rotan sangat bernilai terutamanya kepada industri perabot dan kraftangan. Negara-negara di Asia Tenggara dianggarkan mengeksport rotan bernilai kira-kira US$60 juta setahun, 90% daripadanya adalah oleh Indonesia. Ini tidak termasuk jumlah hasil siap guna seperti perabot, yang dianggarkan bernilai US$4 bilion setahun, menjadikan hasilan yang kedua penting selepas kayu-kayn dan balak.

Selain rotan, terdapat hasil hutan lain yang sangat bernilai. Antaranya ialah kayu gaharu atau karas yang digunakan sebagai bahan pewangi. Harga sebatang kayu gaharu (gred 4) boleh mencapai $25 000 (pada kadar $2 per g). Selain kayu gaharu

Page 14: Hutan Dan Kegunaan

terdapat beberapa spesies kayu hutan lain yang dapat mengeluarkan minyak pewangi dan berpotensi sebagai bahan dagangan.

G) SUMBER TUMBUHAN UBAT-UBATAN

Hutan bukan sahaja menjadi sumber pembekal bahan makanan dan pembinaan tetapi juga menjadi sumber tumbuhan ubat-ubatan yang berharga. Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berkembang sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum. Contohnya, Pertubuhan Kesatuan Sedunia menganggarkan kira-kira 70-80% dari penduduk dunia masih lagi bergantung kepada sistem perubatan tradisional di dalam penjagaan kesihatan asas. Manakala di China sistem tradisional telah digunakan sebagai rawatan asas dalam lebih 40% daripada masalah kesihatan dan penjagaan kesihatan.

Negara China, India dan Indonesia telah lama mempelopori bidang perubatan tradisional dan memajukan tumbuhan ubat-ubatan sebagai industri. Di China misalnya, perubatan tradisional yang banyak menggunakan sumber tumbuhan sudah mengakar lebih dari 5000 tahun. Di India dengan Ayurvedanya, sejumlah 8000 herba sudah dikenal pasti berupaya memgubati penyakit sejak berabad-abad lampau. Begitu juga di Malaysia, turut memiliki tidak kurang dari 7000 spesies tumbuhan yang dikira dapat menghasilkan unsur-unsur perubatan.

Hutan sememangnya merupakan gedung semula jadi yang memainkan perana penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden.Sebelum perkembangan kimia sintesis di akhir abad yang lepas, penyediaan ubat-ubatan moden dari tumbuhan hanyalah menerusi prosese pengekstrakan bahan-bahan aktif dari tumbuhan tersebut. Setelah kimia sintesis berkembang, bahan-bahan aktif dari tumbuhan telah disintesis secara separa atau sepenuhnya dan analog baru yang lebih berkesan dan selamat juga telah berjaya dikeluarkan. Tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden menerima saingan yang kuat daripada ubat-ubatan sintetik dan pada suatu masa seolah-olah kesemua ubat moden boleh didapati dari sumber sintetik. Walau bagaimanapun tumbuhan

Page 15: Hutan Dan Kegunaan

ubatan tetap mempunyai peranan di dalam pembangunan ubat-ubatan moden menerusi cara-cara berikut :

a. Sebagai sumber terus ubat-ubatan moden seperti murfina, strofantin, atrofin, dan digitoksin.

b. Sebagai sumber bahan mula untuk sintesis ubat-ubatan yang lebih berkesan dan lebih selamat.

c. Sebagai model bahan bioaktif untuk program sintesis ubat-ubatan moden.

Oleh yang demikain timbuhan ubat-ubatan memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden yang baru. Kebanyakan ubat-ubatan moden yang telah disintesis berasal daripada bahan-bahan aktif tumbuhan.

Kepentingan tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden tidak boleh disangkal lagi. Pada masa ini, terdapat 121 jenis ubat moden yang telah berjaya dihasilkan daripada 95 spesies tumbuhan dan sebahagian besar daripadanya masih tidak dapat dihasilkan secara sintetik. Kini sebanyak 23 jenis ubatan moden daripada 45 ubat-ubatan moden yang dikaji daripada Hutan Hujan Tropika telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk penggunaan di Amerika Syarikat.

Di antara bahan terpenting yang digunakan oleh perubatan moden ialah alkaloid - biokompaun yang dihasilkan oleh banyak kategori tumbuh-tumbuhan. Biom hutan tropika contohnya mengandungi bilangan tumbuh-tumbuhan beralkaloid terbanyak dan pada kepekatan tertinggi berbanding man-mana biom lain. Alkaloid tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan, ini termasuklah dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin, efedrin, dan reserpin. Alkaloid yang paling terkenal barangkali ialah vinkristin dan vinblastin. Alkaloid ini adalah hasil derivatif sejenis bunga tropika , "rosy periwinkle" atau dikenali sebagai kemunting Cina atau tapak dara yang mempunyai 2 jenis iaitu satu berbunga merah jambu dan satu lagi berwarna putih. Pohon ini berkerabat dengan pohon Madagaskar Periwnkle (Catharantus roseus G Don). Ia memberi peluang sembuh 80% kepada kanak-kanak yang menghidap sakit leukimia. Kedua-duanya juga digunakan secara meluas di dalam rawatan kanser payudara, rahim, dan testikular. "Rosy Periwinkle" diketahui dari bomoh-bumoh asli di Madagascar

Page 16: Hutan Dan Kegunaan

dan Jamaica. Ubat yang dihasilkan dari tumbhan ini mencapai nilai US$90 bilion pada tahun 1970 dan dianggarkan jumlah ini meningkat 15% setiap tahun.

Selain itu, kalanolida dan kastatolida dan terbitannya dari pokok bintagor (Calophyllum lanigerum) yang mempunyai anti-AIDS dan "taxol" Daripada Taxus brevifolia untuk mengubat barah. Sekurang-kurangnya 1400 spesies tumbuhan tropika dipercayai berpotensi untuk rawatan kanser, 2000 berkesan sebagai kontraseptif dan lebih 600 spesies pula berpotensi untuk pengguguran janin. Penemuan ubat-ubatan baru daripada tumbuhan telah menimbulkan kesedaran baru kepada pelbagai pihak khasnya syarikat-syarikat farmaseutikal daripada negara-negara barat untuk menjalankan kajian penyaringan biologi terhadap tumbuhan ubat-ubatan secara besar-besaran.

H) TEMPAT REKREASI DAN PELANCONGAN

Apabila taraf hidup penduduk di sesebuah negara meningkat maka sudah pasti permintaan untuk rekreasi dan pelancongan juga turut meningkat. Peranan hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan perlulah diuruskan dengan baik tetapi tidak semua kawasan hutan sesuai dijadikan kawasan rekreasi. Banyak negara telah menetapkan kawasan yang tertentu untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Biasanya, tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah kawasan hutan yang mempunyai air terjun dan terletak di kawasan pergunungan untuk berkelah, berkhemah, dan bersiar-siar. Manakala kawasan hutan yang mempunyai jeram, sungai dan belukar sesuai untuk memancing.

Malaysia misalnya mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia, maka perkembangan ini tentunya menggalakkan industri pelancongan yang kini menjadi sumber pendapatan negara. Para pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan semula jadi yang berpotensi sebagai pusat pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan. Selain dapat menyelami Hutan Hujan Tropika, para pelancong juga boleh menikmati keindahan hutan pantai dan hutan gunung di Malaysia, seperti Pantai Desaru, Taman Negara Bako, Gunung Kinabalu, dan Bukit Fraser. Manakala penduduk yang terdedah kepada kesibukan dan kesesakan kota boleh

Page 17: Hutan Dan Kegunaan

menenangkan minda dan lari dari bayangan kota dengan berkunjung ke tempat-tempat rekreasi yang menghijau ini.

I) KAWASAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Hutan juga boleh dijadikan kawasan penyelidikan semula jadi kerana terdapat beribu-ribu spesies tumbuhan berubat dan haiwan di dalamnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hutan boleh dianggap sebagai sebuah makmal penyelidikan ahli sains kerana keluasannya serta mengandugi pelbagai bahan untuk penyelidikan. Jumlah sebenar hidupan yang mendiami sesuatu kawasan hutan hanya boleh dianggarkan berdasarkan persampelan yang kecil dengan tempoh kajian yang terhad .

Penemuan-penemuan baru tentang ubat-ubatan berasaskan sumber hutan tentunya boleh meningkatkan imej sesebuah negara. Contohnya, penemuan ubat anti-malaria di kawasan Hutan Hujan Tropika iaitu kuinin (Chincona ledgeriana) yang terbukti mujarab. Hutan Belum yang baru ditemui di negeri Perak merupakan salah satu

hutan yang telah dikenal pasti mempunyai banyak sumber ubat-ubatan terutama dalam perubatan tradisional.

KESIMPULAN

Hutan sememangnya memberi kepentingan dan kegunaannya kepada manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Kepentingan-kepentingan inilah yang menjadikan hidup manusia lebih teratur dan sempurna. Oleh itu, adalah menjadi tanggunngjawab kita bersama untuk menjaga dan memelihara hutan ini. Kita perlu merancang dengan teliti penggunaan hutan supaya kesan-kesan buruk seperti kehabisan sumber hutan, kepupusan tumbuh-tumbuhan, dan hidupan liar serta hakisan tanih tidak akan berlaku.

Tanpa hutan, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas. Kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya hutan sebagai warisan negara pasti akan menyelamatkan hutan agar khazanah hutan dapat digunakan secara mampan. Hal ini amat penting agar faedah dan keunikan hutan bukan sahaja dapat dinikmati oleh generasi hari ini tetapi juga untuk generasi akan datang. Hutan adalah warisan yang unggul yang tidak ternilai untuk generasi akan datang.

Page 18: Hutan Dan Kegunaan

FAKTA PENTING MENGENAI HUTAN :

Hutan merupakan tempat tinggal kepada 300 juta orang penduduk di seluruh dunia.

Hampir 2 bilion manusia bergantung pada hutan untuk sumber kayu api untuk tujuan memasak.

Pada tahun 1989, hutan menghasilkan sejumlah 336 juta tan buah-buahan.

Lebih 25% bahan aktif dalam ubat-ubatan berasal dari hutan. Nilai ekonomi bahan-bahan tersebut adalah US$43 bilion (RM109.2 bilion).

Eksport kayu-kayan dari negara membangun pada tahun 1989 berjumlah US$13.4 bilion (RM34.0 bilion). Manakala nilai perniagaan rotan di seluruh dunia adalah US$2 bilion (RM5.08 bilion) setahun.

Terdapat hampir 10 juta spesies flora dan fauna di seluruh dunia. Lebih 50% daripadanya didapati di dalam hutan tropika. Di Malaysia sahaja terdapat 14500 spesies tumbuhan berbunga dan 800 spesies tak berbunga.