kepentingan biodiversiti dan langkah

9
Definisi Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta. KEPENTINGAN 1. Pengekalan kitar hidrologi Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 2.Modifikasi iklim Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 3.Kawal hakisan tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. B.KEPENTI NGAN KEPADA MANUSIA 1. NILAI PERUBATAN Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat - ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing

Upload: fez-na

Post on 17-Jul-2015

1.370 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan biodiversiti dan langkah

Definisi

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi

semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata),

bakteria, kulat dan serangga.

Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara

organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain

yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks

termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan

jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.

KEPENTINGAN

1. Pengekalan kitar hidrologi

Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan

membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap

air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus

mengawal banjir.

2.Modifikasi iklim

Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.

Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi

keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh

kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.Kawal hakisan tanah

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang

tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya

hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma

menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi

mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat

menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah

kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga

boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh

mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

1. NILAI PERUBATAN

Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser.

Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-

ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna

menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing

Page 2: Kepentingan biodiversiti dan langkah

(orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan

masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA

Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang

terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air

mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri

seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.

3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH.

Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau

tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan

ketenangan mental.

4. NILAI INTRINSIK

Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.

Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing.

Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.

MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI

1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka.

Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti

telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak

ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang

buat selama-lamanya.

2. Pengeksploitasian hutan tropika.

Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan

hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan

kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan,

penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan

kekayaan biodiversiti dunia.

3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan

sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan

glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.

4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.

Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan

kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.

LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI

1. Persidangan pengurusan biodiversiti.

Page 3: Kepentingan biodiversiti dan langkah

Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan

perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada

masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana

kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang

awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap

kepentingan biodiversiti kepada manusia.

120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD).

memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti

bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan

muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan

(R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-

potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti

Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja

kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian bio logi

dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas,

kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi

ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.

3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi

biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan

dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal

lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,

pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap

supaya tidak merugikan Negara.

Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem,

wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara

untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.

Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan

masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini.

Pendidikan Formal

1. Mata pelajaran sains dan biologi

Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan

tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada

manusia.

2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum

Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku

skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para

Page 4: Kepentingan biodiversiti dan langkah

pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang

menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di

dunia ini dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti

Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan

dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti

di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan

kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

Pendidikan Tidak Formal

1. Lawatan luar

Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan

bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi

biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan

akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita

sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia

dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan

tersebut.

2. Aktiviti biodiversiti

Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok

kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.

3. Program kesedaran

Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan

hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar,

menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik

masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam

sekitar dengan lebih berkesan.

KEPENTINGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber

daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti merangkumi ekosistem akuatik dan dan sebahagian daripada

ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya

Page 5: Kepentingan biodiversiti dan langkah

SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN

Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia

mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan

beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad

spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.

SUMBER PERUBATAN

Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini

dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini

menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.

Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor

pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga,

serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh

mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi

dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber

perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian

spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

SUMBER TENAGA

Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan dan

mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin

berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga

biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga

penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.

SUMBER AIR TAWAR

Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa

minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih

kepada manusia.

SUMBER GALIAN DAN MINERAL

Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber

ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang.

STABILKAN EKOSISTEM LAUT

Penanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat

pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan

pukulan ribut kencang daripada berlaku.

SUMBER R&D

Pemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat

Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi

sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin

kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian

Tinggi.

Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada

segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam

penjanaan ekonomi negara

Page 6: Kepentingan biodiversiti dan langkah

KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN

KESEIMBANGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai

pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan.

Pendahuluan :

• Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.

Isi :

A) Kepentingan Biodiversiti :

1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

• Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D).

• Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.

• Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.

• Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di

Institusi Pengajian Tinggi.

2. Membekalkan makanan.

• Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.

• Rantaian makanan akan terpelihara.

3. Sebagai sumber perubatan.

• Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai

Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.

• Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.

• Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah

tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.

4. Mengekalkan habitat.

• Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.

• Tempat perlindungan hidupan liar.

• Tempat pembiakan semulajadi.

5. Sebagai penstabil cuaca.

• Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.

• Menstabilkan kitaran hidrologi.

• Memberikan keseimbangan suhu.

• Mengurangkan kesan rumah hijau

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

Page 7: Kepentingan biodiversiti dan langkah

7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

• Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.

• Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai

contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.

• Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

• Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.

• Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala

sisanya pula diproses menjadi kertas.

9. Pembangunan lestari.

• Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).

• Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

10. Pendidikan sains dan biologi

• Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan

penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.

• Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).

11. Program kitar semula.

• Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.

• Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.

• Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam.

• Menggunakan teknologi mesra alam.

• Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan

biogas kelapa sawit.

• Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air

atau sisa kumbahan.

Penutup :

• Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Page 8: Kepentingan biodiversiti dan langkah

Kemusnahan Alam Sekitar Berpunca Daripada Kerakusan Manusia

Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia.

Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula

jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir

masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan

dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan.

Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar.

Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar

demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan

diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi muda. Pembuangan

sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap

alam sekitar.

Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus

mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan

hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan

hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti

yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia

telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli

Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa.

Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan. Pembalakan

secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di

lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di

lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-

wenangnya. Ia juga memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu,

meranti dan menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi

oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan

paya bakau berperanan menghalang ombak tsunami seperti yang berlaku pada 26

Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan

tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng

kepada hentaman ombak besar tersebut.

Page 9: Kepentingan biodiversiti dan langkah

Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara terjejas. Hal

ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi aset menarik minat

pelancong luar ke negara kita. Ini akan turut menjejaskan ekonomi kerana pelancongan

turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara. Malah, kemusnahan alam sekitar turut

mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana

haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber

makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam

sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan

generasi akan datang.

Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan

masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan

keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi alam sekitar daripada nenek

moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar

dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di

dunia.