kepentingan biodiversiti dan langkah

11
Definisi Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta. KEPENTINGAN 1. Pengekalan kitar hidrologi Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 2.Modifikasi iklim Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 3.Kawal hakisan tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

Upload: fez-na

Post on 20-Jan-2016

351 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

Definisi

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia

merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan

(invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.

Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara

organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-

lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang

kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan

ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini

melebihi 100 juta.

KEPENTINGAN

1. Pengekalan kitar hidrologi

Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari

tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah

lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi

sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.Modifikasi iklim

Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan

iklim.

Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan

mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku

dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.Kawal hakisan tanah

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini

sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat

tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah

tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada

pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan

kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat

menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu

menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.

Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti

unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

1. NILAI PERUBATAN 

Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser.

Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk

Page 2: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan

pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat

ali (eurycoma longifolia), misai kucing (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia

pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka

hayat manusia.

2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA

Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia.

Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada

manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut

dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah,

fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.

3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH. 

Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung.

Hutan hijau tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan

dasar laut mendatangkan ketenangan mental.

4. NILAI INTRINSIK

Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK

HIDUP”. Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak

asasi” masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.

MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI

1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman

mereka.

Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi

dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis

terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan

terjejas teruk dan mungkin hilang buat selama-lamanya.

2. Pengeksploitasian hutan tropika.

Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan

mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan

teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran

tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk

tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami

(2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan

dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami

air dan banjir lebih kerap berlaku.

4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.

Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada

Page 3: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan

bekalan ikan pupus.

LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI

1. Persidangan pengurusan biodiversiti.

Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-

pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010

memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan

biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang

terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk

mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap

kepentingan biodiversiti kepada manusia.

120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD).

memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan

bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia

menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan

pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat

menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil

khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub

menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian

farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian

biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio,

perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh

digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan

elektroforesis gel.

3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi

konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini

adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan

pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti

akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya

termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak

merugikan Negara.

Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan

ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini

seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi

yang akan datang.

Page 4: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik

dalam menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian

biodiversiti ini.

Pendidikan Formal

1. Mata pelajaran sains dan biologi

Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis

haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu

spesis tersebut kepada manusia.

2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum

Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas,

penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan

sebagainya dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan

biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat

menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini

dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti

Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan

dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita

dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk

perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

Pendidikan Tidak Formal

1. Lawatan luar

Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara,

kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan

kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti

muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat

menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang

berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus

pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.

2. Aktiviti biodiversiti

Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan

perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran

biodiversiti.

Page 5: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

3. Program kesedaran

Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran

pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca

dan suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti

kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan

memulihara biodiversity dan alam sekitar dengan lebih berkesan.

KEPENTINGAN BIODIVERSITIBiodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti merangkumi ekosistem akuatik dan  dan sebahagian daripada ekosistem  yang kompleks termasuk didalam  kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya

SUMBER MAKANAN DAN PROTEINKepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.

SUMBER PERUBATANBiodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

SUMBER TENAGAPenghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan  dan mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.

SUMBER AIR TAWARPencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih kepada manusia.

SUMBER GALIAN DAN MINERALPengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang.

Page 6: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

STABILKAN EKOSISTEM LAUTPenanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan pukulan ribut kencang  daripada berlaku.

SUMBER R&DPemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian Tinggi.Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam penjanaan ekonomi negara

KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KESEIMBANGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru,

pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan

keseimbangannya. Bincangan.

Pendahuluan :

• Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.

Isi :

A) Kepentingan Biodiversiti :

1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

• Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan

dan

Pembangunan (R&D).

• Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di

Pahang.

• Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian

alam.

• Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di

Institusi Pengajian Tinggi.

2. Membekalkan makanan.

• Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.

• Rantaian makanan akan terpelihara.

3. Sebagai sumber perubatan.

Page 7: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

• Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai

Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.

• Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.

• Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan

darah

tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.

4. Mengekalkan habitat.

• Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.

• Tempat perlindungan hidupan liar.

• Tempat pembiakan semulajadi.

5. Sebagai penstabil cuaca.

• Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses

fotosintesis.

• Menstabilkan kitaran hidrologi.

• Memberikan keseimbangan suhu.

• Mengurangkan kesan rumah hijau

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

• Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.

• Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai

contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.

• Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

• Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.

• Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala

sisanya pula diproses menjadi kertas.

9. Pembangunan lestari.

• Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).

• Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA)

daripada

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

10. Pendidikan sains dan biologi

• Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang

memberikan

Page 8: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.

• Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas

kurikulum).

11. Program kitar semula.

• Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.

• Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.

• Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam.

• Menggunakan teknologi mesra alam.

• Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa

dan

biogas kelapa sawit.

• Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan

air

atau sisa kumbahan.

Penutup :

• Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Kemusnahan Alam Sekitar Berpunca Daripada Kerakusan Manusia

Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada

umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup

yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut

dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang tidak

bertanggungjawab.  Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan dengan

pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan.

Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam

sekitar. Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan

Page 9: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

melestarikan alam sekitar demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini

berlaku kerana kurang pendedahan diberikan oleh ibu bapa, guru dan

masyarakat terhadap generasi  muda. Pembuangan sampah di merata-rata

tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap alam

sekitar.

Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang

rakus mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam

sekitar. Penerokaan hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam

keseimbangan ekosistem hutan hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk

penanaman sayur dan buah-buahan seperti yang berlaku di Cameron Highlands.

Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia telah mengakibatkan

tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli Sungai Rui,

telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa.

Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh

diketepikan.  Pembalakan secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup

bumi dan menyebabkan hakisan di lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan

proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di lereng bukit menjadi benteng

mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-wenangnya. Ia juga

memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu, meranti dan

menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi oleh

penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan.

Hutan paya bakau berperanan menghalang ombak  tsunami seperti yang

berlaku pada 26 Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh

daripada pusat gempa, kesan tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana

hutan paya bakau menjadi benteng kepada hentaman ombak besar tersebut.

Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara

terjejas. Hal ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi

aset menarik minat pelancong luar ke negara kita.  Ini akan turut menjejaskan

ekonomi kerana pelancongan turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara.

Malah, kemusnahan alam sekitar turut mengakibatkan gangguan binatang buas

dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana haiwan-haiwan ini kehilangan

habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan memaksa

Page 10: Kepentingan Biodiversiti Dan Langkah

ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam sekitar turut

menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan generasi

akan datang.

Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan

dan masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar

dapat dilestarikan keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi

alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya

daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar dimusnahkan, generasi akan datang

tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di dunia.