kepentingan bermain

3
KEPENTINGAN BERMAIN Permainan akan menyebabkan personaliti setiap individu kanak- kanak berubah, sama ada daripada baik ke buruk atau dari buruk ke baik. Apa yang penting, bermain akan membuatkan perkembangan kanak-kanak meningkat secara menyeluruh. Bermain melibatkan empat aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi atau rohani, dan intelek atau sosial. Terdapat beberapa kepentingan bermain yang dapat kita kaji. Antara salah satunya ialah dari segi fizikal atau jasmani. Dari segi jasmani, kanak-kanak boleh menggunakan tenaga yang berlebihan. Hal ini bermakna kanak-kanak masih boleh menggunakan tenaga mereka untuk memenuhi segala kehendak mereka pada peringkat umur mereka sekarang. Pada usia mereka yang masih muda, mereka hanya minat untuk bermain. Jika seseorang guru itu lebih bijak dan prihatin, dia tidak akan memberikan pengajaran secara terus atau ‘direct teaching’. Guru mestilah bijak untuk mengawal pergerakan badan kanak-kanak. Selain itu, melalui bermain, kemahiran psikomotor, iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan non-lokomotor dapat dibina. Aktiviti taman Sains seperti menanam, meyiram, membaja dan menggali tanah dapat meningkatkan ketangkasan dan keupayaan deria bau di samping penerokaan alam semula jadi.

Upload: joicequek

Post on 27-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN BERMAIN

KEPENTINGAN BERMAIN

Permainan akan menyebabkan personaliti setiap individu kanak-kanak berubah, sama

ada daripada baik ke buruk atau dari buruk ke baik. Apa yang penting, bermain akan

membuatkan perkembangan kanak-kanak meningkat secara menyeluruh.

Bermain melibatkan empat aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi atau

rohani, dan intelek atau sosial. Terdapat beberapa kepentingan bermain yang dapat kita

kaji. Antara salah satunya ialah dari segi fizikal atau jasmani.

Dari segi jasmani, kanak-kanak boleh menggunakan tenaga yang berlebihan. Hal ini

bermakna kanak-kanak masih boleh menggunakan tenaga mereka untuk memenuhi

segala kehendak mereka pada peringkat umur mereka sekarang. Pada usia mereka

yang masih muda, mereka hanya minat untuk bermain. Jika seseorang guru itu lebih

bijak dan prihatin, dia tidak akan memberikan pengajaran secara terus atau ‘direct

teaching’. Guru mestilah bijak untuk mengawal pergerakan badan kanak-kanak.

Selain itu, melalui bermain, kemahiran psikomotor, iaitu motor kasar, motor halus,

koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan non-lokomotor dapat dibina. Aktiviti

taman Sains seperti menanam, meyiram, membaja dan menggali tanah dapat

meningkatkan ketangkasan dan keupayaan deria bau di samping penerokaan alam

semula jadi.

Lebih-lebih lagi, kanak-kanak diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang terpendam

melalui bermain. Seperti permainan bola sepak, kanak-kanak yang berbakat dapat atau

kebarangkalian terpilih untuk mewakili pasukan sekolah dalam pertandingan bola sepak

yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan

membiasakan mereka untuk berusaha ke arah yang lebih baik dan dapat

mempertingkatkan kemajuan perkembangan fizikal mereka.

Bermain juga meningkatkan kemahiran dan perkembangan sosioemosi murid.

Dari segi perkembangan sosioemosi, murid-murid perlukan permainan yang lebih

mencabar atau permainan tersebut boleh dimainkan mengikut kumpulan besar.

Sebagai contoh permainan galah panjang. Permainan ini memerlukan dua kumpulan

Page 2: KEPENTINGAN BERMAIN

dan setiap kumpulan mempunyai lima orang pemain. Permainan ini dapat

mempertingkatkan lagi perkembangan sosioemosi murid kerana permainan ini

melibatkan ramai kawan. Secara tidak langsung akan menceriakan emosi mereka, dan

mereka bertambah berminat untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Selain itu, mereka akan bersikap matang dengan semakin hari semakin pandai untuk

memahami emosi masing-masing. Mereka akan dapat mengawal emosi mereka jika

melakukan sebarang pekerjaan yang sukar dan bermasalah.

Murid-murid juga berani untuk menonjolkan diri untuk bersosial, malah mereka tidak

peduli dengan apa-apa halangan atau masalah peribadi yang mereka hadapi di sekolah

mahupun di rumah. Apa yang mereka tahu, mereka akan dapat belajar melalui

permainan.

Permainan juga dapat meningkatkan prestasi intelek murid. Di sekolah, murid lebih

banyak ditekankan untuk lebih berfikir secara terbuka dan matang supaya mereka tidak

ketinggalan di masa akan datang.

Akhir sekali perkembangan intelek atau kognitif murid. Permainan seperti membuat

istana pasir dapat memupuk semangat kerjasama, selain itu, permainan itu juga

majoritinya melibatkan pemikiran murid-murid. Mereka akan lebih kreatif untuk

membina istana pasir mengikut kumpulan. Kumpulan yang kurang kreatif akan bersaing

dan memikirkan cara bagaimana untuk menewaskan kumpulan lawan.

Permainan juga dapat memberikan pengalaman baru kepada murid. Hal ini kerana

permainan yang diajar di sekolah oleh guru kebanyakannya adalah permainan yang

baru mereka perolehi iaitu tidak sama permainan yang mereka main semasa di luar bilik

darjah.

Akhir sekali, murid-murid dapat mengetahui pelbagai kemahiran seperti kemahiran

daripada permainan yang melibatkan pemikiran yang kreatif seperti permainan

menyusun puzzle dan silang kata