kepakaran dan tanggungjawab … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan...

13
ESTEEM Academic Journal Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43 p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934 © 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) 31 KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SYARIAH DALAM MENGURUSKAN RISIKO KETIDAKPATUHAN SYARIAH: TINJAUAN AWAL TERHADAP INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA Mohd Faiz Mohamed Yusof 1 , Nurhanani Romli 2 and Joni Tamkin Borhan 3 1,2,3 Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 1 [email protected]; 2 [email protected]; 3 [email protected] ABSTRACT This study identifiesthe potentials of Shariah non-compliance risk exposures of takaful industry in Malaysia based on previous studies.Besides, this study also examines the areas of expertise of the Shariah Committee ofthe Takaful Operator (TO) in Malaysia with a total of 62 members. Bank Negara Malaysia (2003) requires the expertise and experience in fiqh and usul fiqh, or Fiqh Muamalat among the Shariah Committee in TO. The expertise and experience in the field of fiqh and usul fiqh or fiqh muamalat are extremely important in managing Shariah non-compliance risk. Keyword: Shariah non-compliance risk; Shariah non-compliance risk management; Shariah committee; takaful operators; takaful industry. ABSTRAK Kajian inimengenalpasti potensi-potensi keterdedahan risiko ketidakpatuhan syariah dalam industri takaful di Malaysia berdasarkan kajian-kajian lepas. Seterusnya, kajian turut meliputi bidang-bidang kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) di Malaysiayang mempunyai sebanyak 62 orang ahli. Bank Negara Malaysia (2003) memerlukan kepakaran dan pengalaman berkaitan fiqh dan usulfiqh atau fiqh muamalat oleh ahli Jawatankuasa Syariah dalam SPT. Kepakaran dan pengalaman dalam bidang fiqh dan usul fiqh atau fiqhmuamalat amat penting dalampengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah. Di samping itu, bidang-bidang kepakaran yang lain turut diperlukan seperti kepakaran berkaitanekonomi Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam, analisis pengurusan risiko kewangan Islam, perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan sivil, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang lain dalam pengajian Islam bagi menambahbaik pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah.

Upload: truonganh

Post on 05-Jun-2018

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

31

KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB

JAWATANKUASA SYARIAH DALAM

MENGURUSKAN RISIKO KETIDAKPATUHAN

SYARIAH: TINJAUAN AWAL TERHADAP INDUSTRI

TAKAFUL DI MALAYSIA

Mohd Faiz Mohamed Yusof1, Nurhanani Romli

2 and Joni Tamkin Borhan

3

1,2,3Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603

Kuala Lumpur. [email protected];

[email protected];

[email protected]

ABSTRACT

This study identifiesthe potentials of Shariah non-compliance risk exposures of

takaful industry in Malaysia based on previous studies.Besides, this study also

examines the areas of expertise of the Shariah Committee ofthe Takaful

Operator (TO) in Malaysia with a total of 62 members. Bank Negara Malaysia

(2003) requires the expertise and experience in fiqh and usul fiqh, or Fiqh

Muamalat among the Shariah Committee in TO. The expertise and experience

in the field of fiqh and usul fiqh or fiqh muamalat are extremely important in

managing Shariah non-compliance risk.

Keyword: Shariah non-compliance risk; Shariah non-compliance risk management; Shariah

committee; takaful operators; takaful industry.

ABSTRAK

Kajian inimengenalpasti potensi-potensi keterdedahan risiko ketidakpatuhan

syariah dalam industri takaful di Malaysia berdasarkan kajian-kajian lepas.

Seterusnya, kajian turut meliputi bidang-bidang kepakaran ahli Jawatankuasa

Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) di Malaysiayang mempunyai

sebanyak 62 orang ahli. Bank Negara Malaysia (2003) memerlukan kepakaran

dan pengalaman berkaitan fiqh dan usulfiqh atau fiqh muamalat oleh ahli

Jawatankuasa Syariah dalam SPT. Kepakaran dan pengalaman dalam bidang

fiqh dan usul fiqh atau fiqhmuamalat amat penting dalampengurusan risiko

ketidakpatuhan Syariah. Di samping itu, bidang-bidang kepakaran yang lain

turut diperlukan seperti kepakaran berkaitanekonomi Islam, tadbir urus

institusi kewangan Islam, analisis pengurusan risiko kewangan Islam,

perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat

Islam, perundangan sivil, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam

dan bidang-bidang lain dalam pengajian Islam bagi menambahbaik

pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah.

Page 2: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

32

Kata kunci: risiko ketidakpatuhan Syariah; pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah;

jawatankuasa Syariah; syarikat pengendali takaful; industri takaful.

1. PENGENALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

Malaysia merupakan antara negara pertama di Asia yang memulakan insurans secara Islam

atau takaful dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) pada tahun 1984.

Sehingga kini sebanyak 12 SPT ditubuhkan sama ada dengan pemilikan tempatan mahupun

asing. Berikut adalah senarai Syarikat Pengendali Takaful(SPT) di Malaysia:

Bil. Nama Syarikat Pemilikan

1. AIA Public Takaful Bhd. Asing

2. AmFamily Takaful Berhad Tempatan

3. CIMB Aviva Takaful Berhad Tempatan

4. Etiqa Takaful Berhad Tempatan

5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd Asing

6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd Tempatan

7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad Tempatan

9. MAA Takaful Berhad Tempatan

10. Prudential BSN Takaful Berhad Tempatan

11. Syarikat Takaful Malaysia Berhad Tempatan

12. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Tempatan

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM, 2012)

Penubuhan industri takaful di Malaysia adalah hasil laporan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

(1984)yang telah mengeluarkan fatwa bahawa amalan insurans konvensional di Malaysia

adalah haram diamalkan oleh orang Islam. Antara sebab pengharaman tersebut adalah kerana

ia melibatkan amalan riba dan mempunyai unsur gharar (ketidaktentuan) yang membawa

kepada amalan perjudian.

Perkembangan industri takaful di Malaysia adalah selaras dengan ucapan Perdana Menteri

Malaysia YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan

Malaysia sebagai hub pasaran kewangan Islam di peringkat global dengan menggunakan

temabaru iaitu "Malaysia: World's Islamic Finance Marketplace".Malaysia telah

menyediakan pasaran kewangan Islam yang komprehensif dan progresif yang telah

berkembang denganpesat sepanjang 30 tahun lalu.Peserta industri global dan peserta pasaran

mestilah bijak merebut peluang daripada inovasi, kepakaran dan manfaat pasaran kewangan

Islam Malaysia bagi menjalankan urusniaga perniagaan kewangan Islam dari mana-mana

tempat di dunia (BNM, 2013b).

2. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui analisis kandungan daripada profil ahli –ahli

Jawatankuasa Syariah SPT dan cadangan panduan pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah

daripada BNM (2003, 2011) dan IFSB (2005, 2013). Analisis kandungan merupakan telahan

yang sistematik atas catatan-catatan atau dokumen-dokumen sebagai sumber data (Bryman,

2008).Kajian ini menganalisis bidang kepakaran Jawatankuasa Syariah SPT di Malaysia

melalui latarbelakang pendidikan dan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh ahli

Jawatankuasa Syariah di Malaysia.

Page 3: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

33

3. ELEMEN-ELEMEN KETIDAKPATUHAN SYARIAH DALAM INDUSTRI

TAKAFUL

Secara asasnya, elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah dalam industri takaful melibatkan 3

elemen yang utama iaitu riba, gharar dan perjudian.

3.1 Riba

Riba dari sudut bahasa bermaksud pertambahan atau lebihan (Ibn Manzur, 1994, p. 304-

305).Pertambahan atau lebihan yang dimaksudkan adalah dalam pinjaman. Menurut riwayat

al-Tabari (1995), riba yang biasa berlaku sewaktu zaman jahiliyah antaranya adalah dalam

bentuk transaksi jual beli secara hutang.Setelah sampai tempoh pembayaran dan pembeli

tidak dapat membayar, penjual akan memanjangkan tempoh masa pembayaran dan

menambah jumlah hutang yang mesti dibayar (Al-Tabari, 1995, p. 140). Berikut adalah antara

dalil dari Al-Quran dan Hadith yang menjelaskan mengenai larangan riba:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang

berganda dan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu

mendapat keuntungan”.

(Surah Ali ‘Imran: 130)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah

S.W.T dan tinggalkanlah saki-baki riba (yang belum diambil) jika kamu orang yang

beriman. Maka jika kamu tidak berbuat demikian (meninggalkan saki baki riba) maka

ketahuilah bahawa Allah S.W.T dan Rasulnya akan memerangi kamu. Dan jika kamu

bertaubat (daripada mengambil riba) maka bagi kamu modal kamu, kamu tidak

menganiaya dan tidak pula dianiayai”.

(Surah al-Baqarah: 278-279)

Terdapat hadith mengenai larangan terhadap riba sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir

r.a yang bermaksud:

Bahawa Rasulullah S.A.W melaknat pengambil dan pemberi riba, penulis yang

mencatat transaksi riba dan saksi-saksi kedua-duanya dan Rasulullah S.A.W

mengatakan mereka semua adalah sama. (Muslim, 1981, p. 26).

Berdasarkan dalil terhadap larangan riba. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

(2006, p. 206) telah memutuskan bahawa elemen riba menyebabkan sesuatu sekuriti menjadi

tidak patuh Syariah.Oleh yang demikian, larangan terhadap riba turut menjadi satu elemen

ketidakpatuhan Syariah dalam industri Takaful.

3.2 Gharar

Gharar secara umumnya bermaksud bahaya, bencana atau risiko (Ibn Manzur, 1994, p. 2-

11).Gharar berkaitan dengan kontrak jual beli yang diharamkan kerana mengandungi unsur-

unsur keraguan yang mungkin akan menyebabkan perselisihan antara pembeli dan penjual.

Page 4: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

34

Berikut adalah antara dalil daripada Al-Qur’andan Al-Hadith tentang keperluan mengelakkan

gharar yangmenjadi punca perselisihan dalam kontrak muamalat:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan

cara yang dilarang, sebaliknya berurusniagalah antara kamu dengan saling redha

meredhai…”

(Surah Al-Nisa’: 29)

“Celakalah bagi mereka yang terlibat dengan penipuan, mereka yang ingin ketepatan

semasa orang lain menimbang bagi mereka tetapi mengurangkan timbangan apabila

menimbang untuk orang lain.”

(Surah Al-Mutaffifin: 1-3)

Seterusnya, antara dalil daripada Hadith ialah:

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah jual beli secara melontar anak

batu dan jual beli gharar. (Muslim, 1981, p. 155).

Berdasarkan hadith ini, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (2006, p. 111)

menyatakan bahawa elemen gharar adalah tidak patuh Syariah dan ini bermaksud elemen

gharar dalam industri takaful adalah elemen ketidakpatuhan Syariah.

3.3 Perjudian

Perjudian bermaksud apa jua aktiviti yang melibatkan pertaruhan di mana pihak yang menang

akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya.

Berikut adalah antara dalil larangan terhadap elemen perjudian:

Maksudnya:“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada

keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa

keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang

mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah

menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

(Surah Al-Baqarah: 219)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak,

berjudi, (berkorban untuk) berhala, menilik nasib adalah perbuatan keji yang termasuk

perbuatan syaitan. Maka jauhilah tersebut agar kamu mendapat

kemenangan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan

dan kebencian di antara kamu disebabkan arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu

daripada mengingati Allah S.W.T dan sembahyang; maka berhentilah kamu.”

(Surah al-Maidah: 90-91)

Berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan ini, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya

Sekuriti (2006) telah memutuskan bahawa judi merupakan elemen tidak patuh Syariah.Ini

termasuk elemen perjudiandalam industri insurans.

Page 5: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

35

Elemen-elemen riba, gharar dan perjudian merupakan elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah

yang agak kompleks. Penilaian elemen ketidakpatuhan Syariah meliputi setiap operasi SPT

sama ada secara teoretikal mahupun praktik sebenar dalam operasi SPT. Namun, operasi

industri takaful yang kompleks menyebabkan elemen ketidakpatuhan Syariah menjadi lebih

meluas dan teknikal, bukan sahaja sekadar elemen riba, gharar dan perjudian semata-mata.

Penilaian elemen-elemen lainyang membawa kepada risiko ketidakpatuhan Syariah sentiasa

berubah dari masa ke semasa.Keadaan ini memerlukan kepakaran Jawatankuasa Syariah

dalam menguruskan risiko ketidakpatuhan Syariah.

4. RISIKO KETIDAKPATUHAN SYARIAH

Risiko Ketidakpatuhan Syariah ialah risiko operasi institusi kewangan Islam yang disebabkan

oleh elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah atau elemen-elemen lain yang berkaitan. Risiko

ini akan menyebabkan pendapatan atau keuntungan SPT tidak diiktiraf oleh Syariah dan

menyebabkan SPT menanggung kerugian (Frenz & Soulhi, 2010). Menurut Shaikh dan

Jalbani (2009), risiko ketidakpatuhan Syariah merupakan risiko yang berkaitan dengan

struktur dan fungsi Jawatankuasa Syariah Institusi Kewangan Islam.Secara umumnya, impak

maksimum risiko ketidakpatuhan Syariah masih belum berlaku secara langsung dalam

industri takaful di Malaysia. Walaubagaimanapun, keperluan terhadap pematuhan Syariah

yang merupakan keunikkan dalam institusi kewangan Islam menyebabkan industri takaful

turut terdedah kepada risiko ketidakpatuhan Syariah.

Pematuhan Syariah merupakan proses yang menyeluruh secara berterusan. SPT perlu

memastikan pematuhan Syariahsentiasa dipraktikkan di dalam semua aspek termasuklah

model takaful, produk takaful, pelaburan, akad perjanjian, pemasaran, perkongsian lebihan

dan struktur yuran. Ketidakpatuhan syariah akan memberi risiko yang membawa kepada

kerugian (Ahmaed, 2010). Terdapat kes-kes berkaitan risiko ketidakpatuhan Syariah yang

berlaku dalam industri kewangan Islam seperti sukuk 2008, pertikaian kontrak BBA dan The

Investment Dar (Frenz & Soulhi, 2010).

Risiko ketidakpatuhan Syariah turut berlaku dalam pembangunan produk kewangan Islam

yang melibatkan isu-isu seperti penstrukturan produk-produk yang tidak memenuhi prinsip

pematuhan Syariah, kelemahan melaksanakan produk kewangan Islam di pasaran dan salah

faham oleh pihak yang terlibat dalam keseluruhan proses daripada permulaan pembentukkan

produk sehingga pelaksanaankajian semula produk dalam pasaran. Risiko ketidakpatuhan

Syariah turut didapati dalam 3 aspek iaitu (1) proses yang tidak mematuhi Syariah, (2) produk

yang tidak mematuhi Syariah dan (3) ketidakpatuhan Syariah dalam dokumentasi kontrak

(Ibrahim, 2009).

4.1 Potensi Risiko Ketidakpatuhan Syariah Dalam Industri Takaful

Walaupun risiko ketidakpatuhan Syariah belum melanda industri takaful di Malaysia secara

langsung. Terdapat kajian-kajian lepas yang menunjukkan potensiberlakunya risiko kejadian

ketidakpatuhan Syariah.Hassan (2008) menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam Akta

Takaful 1984iaitu ketiadaan peruntukkan kuasa yang jelasbagi Jawatankuasa Syariah.

Manakala, Akta Takaful 1984 merupakan peraturan sahaja dan ianya bukan statutorikerana

akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta

Insurans 1996 dan Akta Kontrak 1950.

Page 6: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

36

Seterusnya, kajian oleh Htay, Jawahir dan Salman (2013) menjelaskan bahawa terdapat

kekurangan pengetahuan aspek penarafan risiko dan pengunderaitan di kalanganpakar Syariah

dalam industri takaful. Dapatan kajian ini mendapati hanya 2 daripada 5 responden yang

ditemubual mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai penarafan risiko dan

pengunderaitan. Kajian Htay, Jawahir dan Salman (2013) menimbulkan persoalan tentang

sejauh mana kemampuan kepakaran Syariah memutuskan status patuh Syariah dalam

penarafan risiko dan pengunderaitan.

Daud (2009) berpendapat bahawa terdapat isu pematuhan Syariah dalam proses

pengunderaitan dalam SPT. Salah satu yang menjadi amalan SPT untuk proses pengunderitan

ialah ujian kesihatan yang dilihat tidak selari dengan prinsip ta’awun atau saling bantu-

membantu. Daud (2009) menyatakan praktik pengunderaitan yang dilakukan oleh SPT

diambil dan diadaptasi daripada praktik insurans konvensional yang menyebabkan persoalan

ketidakadilan dalam insurans konvensional turut timbul dalam kontrak takaful.Ini mempunyai

pertentangan dengan kontrak takaful yang menekankan kepada aspek kesaksamaan dan

keadilan.

Abu Kasim (2012) mengkaji aspek pendedahan pematuhan Syariah dalam industri takaful di

Malaysia dan dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penjelasan laporan pendedahan

Syariah adalah terlalu umum dan tidak jelas serta hanya sekadar memenuhi kehendak Bank

Negara Malaysia semata-mata. Ahmad dan Md Hashim (2011) pula menjelaskan terdapat

kekurangan kajian dan penjelasan mengenai risiko yang diterima dalam industri takaful yang

memerlukan aspek pematuhan Syariah.Mohd Noor (2009) membincangkan penilaian semula

beberapa aspek pematuhan Syariah mengenai pelaburan berkaitan takaful yang perlu

dipertimbangkan. Potensi risiko ketidakpatuhan Syariah turutdidapati dalam perbezaan praktis

dalam industri takaful contohnyaAb Rahman, Wan Ahmad,MohamaddanMuhamad

(2012)menyatakan bahawa bahawa penerima hibah atau keluarga peserta yang membunuh

diri layak untuk menerima hibah kontrak takaful dan ini bertepatan dengan pembuktian

melalui Al-Quran. Bagaimanapun, terdapat produk takaful sepertimana produk HLMT i-Save,

HLMT i-Grad, HLMT i-Ihsan, HLMT i-Cash dan HLMT i-Invest yang menolak praktis

pembayaran hibah terhadap peserta yang membunuh diri (Hong Leong MSIG Takaful, 2013).

Haron dan Taylor (2009) turut menjelaskan bahawa pandangan seorang sarjana mungkin

berbeza dengan sarjana lain dan ini akan mendedahkannya terhadap risiko ketidakpatuhan

Syariah.

Kajian-kajian di atas menunjukkan terdapat potensi berlaku risiko ketidakpatuhan Syariah

dalam industri takaful di Malaysia.Walaupun masih belum berlakukejadian risiko

ketidakpatuhan Syariah yang memberikan impak risiko yang besar contohnya menyebabkan

penutupan syarikat atau penarikan lesen perniagaan institusi kewangan Islam dan lain-

lain.Setiap pengamal dalam industri takaful perlu mempunyai sikap berhati-hati (awareness)

terhadap risiko ketidakpatuhan Syariah yang telah melanda institusi kewangan Islam yang lain

seperti sukuk 2008, pertikaian kontrak BBA dan The Investment Dar (Frenz & Soulhi, 2010).

5. JAWATANKUASA SYARIAH DALAM INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Menurut Ahcene (2010), Jawatankuasa Syariah boleh didefinisikan sebagai juri yang

dikhususkan dalam bidang fiqh muamalat dan kewangan Islam yang sangat dipercayai untuk

menunjukkan, menilai semula dan mengawasi aktiviti yang berkaitan dengan kewangan Islam

Page 7: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

37

untuk memastikan bahawa kewangan Islam mematuhi prinsip dan perundangan Syariah.

Seksyen 51 Akta Bank Negara 2009 pula menyatakan, Jawatankuasa Syariah hendaklah

menjadi pihak berkuasa bagi menentukan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan

Islam. Hammad (2006) pula mendefinisikan Jawatankuasa Syariah sebagai Jawatankuasa

yang menjaga dan memastikan keseluruhan aktiviti sesebuah institusi kewangan beroperasi

berdasarkan pematuhan Syariah sama ada dalam muamalat, perkhidmatan yang diberikan dan

transaksi dengan institusi kewangan lain untuk mendapatkan keuntungan dan pelaburan.

5.1 Peranan Utama Jawatankuasa Syariah Dalam Menguruskan Risiko Ketidakpatuhan

Syariah

Setiap operasi institusi kewangan Islam mestilah berdasarkan kepada prinsip Syariah.

Jawatankuasa Syariah mempunyai peranan yang khusus untuk memastikan dan memantau

institusi kewangan Islam. Peranan utama Jawatankuasa Syariah adalah tertumpu kepada

perkara-perkara berikut (Hasan, 2006):

1. Untuk menasihati institusi kewangan Islam berkaitan pematuhan Syariah termasuk

konsep, struktur dan perkhidmatan produk kewangan Islam yang baru atau sedia ada,

2. Untuk memastikan setiap dokumen yang digunakan oleh institusi kewangan Islam

bertepatan dengan keperluan Syariah,

3. Untuk membantu pihak berkaitan yang memerlukan pandangan berkaitan Syariah

sama ada bergantung kepada permintaan atau apa sahaja yang dirujuk kepada

Jawatankuasa Syariah,

4. Untuk menasihati institusi kewangan Islam berkaitan operasi urusniaga bertujuan

memastikan setiap urusniaga mematuhi Syariah,

5. Tugasan lain-lain secara umum.

Peranan Jawatankuasa Syariah mempunyai perspektif yang lebih luas sepertimana Hassan dan

Chaowdhury (2004) yang memberi pandangan yang lebih terperinci iaitu Jawatankuasa

memainkan peranan yang sangat pentingdalam pelbagai dimensi yang berkaitan antaranya

hubungan antara bank dan pelanggan, bank dan pendeposit, bank dan pemegang saham dan

pengurusan.Tanggungjawab Jawatankuasa Syariah dilihat sebagai suatu bentuk jaminan dan

sokongan bahawa wang yang dilaburkan dalam institusi kewangan Islam digunakan dengan

sewajarnya dengan mematuhi perundangan Syariah dan menghapuskan elemen-elemen

haram. (Van & Zamir, 2008).

Dalam pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah, Jawatankuasa Syariah bertanggungjawab

menyatakan pandangan berkaitan dengan isu yang khusus atau umum mengenai kepatuhan

Syariah. Ini secara langsung memerlukan Jawatankuasa Syariah untuk menumpukan perhatian

terhadap aspek berikut: Pertama, sifat dan tahap risiko Syariah, Kedua, berkaitan polisi

danprosedur yang perlu disediakan oleh institusi kewangan Islam untuk menguruskan risiko

Syariah. Seterusnya, setelah menyediakan polisi dan prosedur tertentu, Jawatankuasa Syariah

bertanggungjawab menjalankan penilaian setiap polisi danprosedur yang telah diaplikasi

dalam pengurusan risiko Syariah (IFSB 2013, p. 22).

Page 8: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

38

6. KEPAKARAN JAWATANKUASA SYARIAH SPT DI MALAYSIA

Setiap ahli Jawatankuasa Syariah sepatutnya perlu menguasai pengetahuan, kepakaran dan

pengalaman dalam bidang Syariah iaitu fiqh dan usul al-fiqh atau transaksi dalam

perundangan Islam iatu (fiqh al-mu’amalat).Walaubagaimanapun, BNM (2003) tidak

mewajibkan bukti sijil secara bertulis untuk melantik ahli Jawatankuasa Syariah.Merekahanya

memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam bidang fiqh dan usul al-fiqh atau fiqh al-

mu’amalat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Jawatankuasa Syariah.

Dalam realiti semasa, kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai dua atau lebih

bidang kepakaran. Kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai kepakaran asas sama

ada dalam bidang Syariah (usul al-fiqh) atau transaksi dalam perundangan Islam (fiqh al-

mu’amalat) atau kedua-duanya. Seterusnya, kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah

mempunyai kepelbagaian latarbelakang pendidikan secara bertulis di peringkat Doktor

Falsafah, Sarjana dan sekurang-kurang Sarjana Muda dalam bidang fiqh dan usul fiqh atau

fiqh muamalat atau kewangan Islam atau melibatkan bidang-bidang lain antaranya ekonomi

Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam, analisis pengurusan risiko kewangan Islam,

perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan

sivil, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang dalam pengajian

Islam.

Jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Syariah SPT di Malaysia ialah sebanyak 62 ahli iaitu 5 ahli

bagi setiap 11 SPT dan 1 SPT mempunyai 7 ahli. Jadual 1 menunjukkan jumlah ahli

Jawatankuasa SPT bagi setiap bidang kepakaran berkaitan dalam industri takaful di

Malaysia(BNM, 2013a):

Jadual 1: Jumlah Kepakaran Jawatankuasa Syariah SPT Mengikut Bidang.

Bil Berdasarkan bidang pengajian dan kajian-kajian lepas Jumlah kepakaran ahli.

(Bilangan kepakaran daripada

jumlah keseluruhan ahli)

1. Fiqh dan usul fiqh 54 daripada 62 ahli

2. Transaksi dalam perundangan Islam (fiqh al-muamalat) 56 daripada 62 ahli

3. Perbankan, Takaful dan Kewangan Islam 45 daripada 62 ahli

4. Perundangan Perbandingan 10 daripada 62 ahli

5. Ekonomi Islam 13 daripada 62 ahli

6. Tadbir Urus Kewangan Islam 2 daripada 62 ahli

7. Perakaunan dalam Kewangan Islam 2 daripada 62 ahli

8. Pengurusan Risiko Kewangan Islam 3 daripada 62 ahli

9. Etika Urusniaga Islam 2 daripada 62 ahli

10. Tanggungjawab Sosial Korporat 2 daripada 62 ahli

11. Pasaran Modal Islam 10 daripada 62 ahli

12 Bidang lain dalam pengajian Islam seperti Usuluddin,

Tafsir, Hadith dan lain-lain

2 daripada 62 ahli

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan ahli Jawatankuasa Syariah memiliki

kepakaran fiqh dan usul fiqh atau fiqh muamalat. Terdapat juga ahli Jawatankuasa Syariah

yang mempunyai kepakaran lain yang mengukuh dan menambahbaik aspek kepakaran ahli-

ahli Jawatankuasa Syariah seperti Perbankan Islam, Takaful dan Kewangan Islam,

Perundangan Perbandingan, Ekonomi Islam, Tadbir Urus Kewangan Islam, Perakaunan

dalam Kewangan Islam, Pengurusan Risiko Kewangan Islam, Etika Urusniaga Islam,

Page 9: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

39

Tanggungjawab Sosial Korporat, Pasaran Modal Islam dan Bidang lain dalam pengajian

Islam seperti Usuluddin, Tafsir, Hadith serta lain-lain.

Dapatan ini juga menunjukkan kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah dalam pengurusan risiko

agak minimum iaitu 2 daripada 62 orang ahli.Walaubagaimanapun, ini bukanlah kekangan

terhadap Jawatankuasa Syariah untuk menguruskan risiko ketidakpatuhan Syariah.Ini kerana

setiap SPT mempunyai Jabatan Pengurusan Risiko di peringkat dalaman untuk menguruskan

isu berkaitan pengurusan risiko termasuk risiko ketidakpatuhan Syariah.Ini bersesuaian

dengan bidang keutamaan SPTiaitu dalam menilai tahap dan profil risiko setiap peserta

sebelum menyertai kontrak takaful. BNM (2011) turut menunjukkan Bahagian Kawalan

Pengurusan Risiko Syariah atau Shariah Risk Management Control Function akan melalui

proses membawa hasil keputusan kepada Jawatankuasa pengurusan risiko dalam proses tadbir

urus Syariah untuk mengukuhkan aspek pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah bagi SPT.

Rajah 1: Carta fungsi pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah.

Sumber: BNM (2011)

7. CADANGAN DAN KESIMPULAN

Dalam aspek kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah, peranan utama Jawatankuasa Syariah

adalah untuk memastikan operasi SPT patuh Syariah.Dalam situasi keadaan pasaran

kewangan Islam yang terbuka dan mencabar, kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam bidang

fiqh dan usul fiqhataufiqh muamalat adalah satu kemestian bagi memenuhi keperluan pasaran

produk kewangan patuh Syariah. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar SPT memberi

penekanan terhadap keperluan kepakaran fiqh dan usul fiqh dalam ahli Jawatankuasa Syariah

bagi menghadapi persoalan, isu, pertikaian yang timbul dalam pasaran kewangan Islam

berkaitan pematuhan Syariah. Ini kerana aspek pematuhan Syariah merupakan permintaan

utama khususnya oleh pasaran umat Islam.Pematuhan Syariah merupakan suatu keunikkan

dalam kewangan Islam yang membezakannya dengan kewangan konvensional. Oleh itu,

kepakaran fiqh dan usul fiqh dalam ahli Jawatankuasa Syariah adalah satu kemestian.

Manakala, kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah dalam bidang-bidang lain seperti analisis

pengurusan risiko kewangan Islam, ekonomi Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam,

perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan

perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang dalam pengajian Islam adalah

merupakan nilai tambah dalam kepakaran kepada industi takaful untuk bersaing dengan

produk konvensional yang ada di pasaran. Selain itu, kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam

aspek pengurusan risiko juga merupakan nilai tambah kepada kepakaran Jawatankuasa

faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
Jawatankuasa Pengurusan Risiko
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
Lembaga Pengarah
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
Jawatankuasa Syariah
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
Bahagian Kawalan Pengurusan Risiko Syariah
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
faiz
Typewritten Text
Pengurusan
faiz
Typewritten Text
Page 10: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

40

Syariah tetapi ia masih memerlukan sokongan daripada kepakaran khusus dalam bidang

pengurusan risiko.

Nota

1. Sila rujuk laman sesawang rasmi setiap SPT di Malaysia untuk mendapatkan rujukan

profil ahli Jawatankuasa Syariah.

2. Bidang kepakaran adalah penilaian penulis berdasarkan bidang pendidikan dan kajian-

kajian oleh ahli-ahli Jawatankuasa Syariah SPT yang boleh didapati melalui laman

sesawang sehingga 1 Februari 2014. Tidak dinafikan terdapat ralat dalam menilai

kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah. Kebanyakkan ahli mempunyai 2 atau lebih

bidang kepakaran berdasarkan latar belakang pengajian dan kajian-kajian ahli

Jawatankuasa Syariah.

3. Istilah lain Jawatankuasa Syariah adalah Badan Penasihat Syariahdigunapakai oleh

Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

4. Isu Sukuk 2008 berdasarkan isu penghujung tahun 2007, sarjana Syariah berkaitan

menyatakan sebanyak 85% terbitan sukuk berdasarkan perjanjian pembelian balik

yang tidak mematuhi syariah. Kesannya pada 2008, penerbitan sukuk mengalami

kejatuhan. Syarikat terlibat dalam isu sukuk turut mengambil tindakan

memberhentikan operasi mereka tapi tidak mendedahkan sebab-sebab tertentu. Reuter

juga melaporkan bahawa kebanyakkan kakitangan telah berpindah ke Khalij Islamic

iaitu sebuah lagi badan penasihat dan pelaburan yang berada di London dan Dubai

(Davies, 2013).

5. BBA dikenali sebagai Bay’ Bithaman Ajil. Terdapat pertikaian mengenai status

kontrak menggunakan BBA sehingga perbicaraan mahkamah. Sila rujuk (Markom,

2011).

6. The Investment Dar (TID) ialah kes berkaitan perjanjian Master Wakala antara TID

dan Blom yang bermula pada Oktober 2007. Blom bersetuju membuat pelaburan

dengan TID dengan anggaran Dolar US100 juta berdasarkan pematuhan syariah. TID

membuat perjanjian untuk menjelaskan jumlah modal beserta jumlah keuntungan yang

telah dipersetujui. Walaubagaimanapun, TID gagal untuk memenuhi perjanjian dan

kemudiannya menyatakan ketidakpatuhan Syariah dalam kontrak Master Wakala yang

menyebabkan Blom membawa isu tersebut ke mahkamah Inggeris (Hawladar, 2010).

RUJUKAN

Ab Rahman,A., Wan Ahmad,W. M., Mohamad,S., & Muhamad. R.(2012) . Insurability and

Suicide: Shariah Issues in Underwriting. Procedia Social and Behavioural Sciences, 65,

593-601.

Abu Kasim.N. A.(2012) . Disclosure of Shariah Compliance by Malaysian Takaful

Companies. Journal of Islamic Accounting and Bussiness Research,3(1), 20-38.

Page 11: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

41

Ahcene, L. (2010) .Introduction to Fatwa, Syariah Supervision & Governance in Islamic

Finance. Kuala Lumpur: CERT Publication.

Ahmad, M. A. J., & Md Hashim,A. (2011) . The Parameter of Permissible Risks in Takaful.

ISRA International Journal of Islamic Finance, 3(2), 159-160.

Ahmaed, P. (2010) . Risk Management in Takaful: What Makes the Difference?. Fifth Annual

World Takaful Coference, Dusit Thani Dubai UAE.

Al-Tabari, Ibnu Jarir. (1995) .Jami’ al-Bayan. Beirut: Dar al-Fikr.

Bank Negara Malaysia (2009, September 3). Central Bank of Malaysia Act 2009, Act 701.

Retrieved from http://www.bnm.gov.my/documents/act/cba2009_01.pdf.

Bank Negara Malaysia. (2003) .Guidelines on the Governance of Shariah

CommitteeBNM/RH/GL/005-6. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. (2011) .Shariah Governance Framework for Islamic Financial

InstitutionsBNM/RH/GL_012_3. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia.(2012). List of Licensed Insurance Company and Takaful Operator in

Malaysia. Retrieved from

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=li&cat=insurance&type=TKF&lang=en.

Bank Negara Malaysia (2013a). List of Shariah Committee approved by SAC.Retrieved from

http://www.bnm.gov.my/?ch=7&pg=1039&ac=346&bb=file1

Bank Negara Malaysia(2013b). Malaysia: World’s Islamic Finance Marketplace.Retrieved

fromhttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=2855.

Bryman. A.(2008) .Social Research Methods (3rd

ed). Oxford: Oxford University Press.

Daud, R. (September 2009) .Underwriting Family Takaful Scheme. ICMIF: ICMIF Takaful.

Davies, A. (2013).One Of The Most High-Profile Advisory Firms In Islamic Finance, Dar Al

Istithmar, Which Advised Goldman Sachs On A Controversial $2 Billion Sukuk

Programme, Has Closed Down With Most Of Its Staff Moving To Another Company,

Reuters. Retrieved fromhttp://www.reuters.com/article/2013/01/29/islamic-finance-

daridUSL5N0AYD5C20130129

Fraser, J. R.S. (2010) .How to Prepare a Risk Profile. In Fraser, J. & Simkins, B.J.

(eds.),Enterprise Risk Management: Today’s Leading Research and Best Practices (pp.

171-188) . New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.

Frenz, T., & Soulhi, Y.(2010) .Takaful and Retakaful: Advanced Principles & Practices, 2nd

Ed. Kuala Lumpur: IBFIM & Munich Re.

Hammad, Hamzah `Abd al-Karim Muhammad. (2006) .Al-Raqabah al-Syar’iyyah fi al-

Masarif al-Islamiyyah. ‘Amman: Darun Nafa’is.

Page 12: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

42

Haron, A. & Taylor, D. (2009) .Risk Management in Takaful. In Simon Acher, Rifaat Ahmed

Abdel Karim & Volker Nienhausn (Eds.), Takaful Islamic Insurance: Concepts and

Regulatory Issues (pp. 189-190). Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd.

Hasan, Z.(2006) .The Roles and Responsibilities of the Shariah Committee of the Islamic

Financial Institution in Malaysia. Shariah Journal, 14(1), 77-91.

Hassan M.K & Chowdhury M.A.M. (2004).Islamic Banking Regulations in Light of Basel II.

Proceedings of the Fifth Harvard Research Forum on Islamic Finance, Harvard

University: Boston.

Hassan, H.A. @ A.(2008) . Akta Takaful 1984: Satu Analisisa. InAsmak Ab Rahman et al.,

(eds.),Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari(pp. 103-117) Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Hawladar, K. (10 May 2010) .Shariah Risk: Understanding Recent Compliance Issues in

Islamic Finance. Structured Finance. Moody’s Investor Services, 3-5.

Hong Leong MSIG Takaful.(2013) . HLMT i-Save, HLMT i-Grad, HLMT i-Ihsan, HLMT i-

Cash and HLMT i-Invest. Retrieved

fromhttp://www.hlmsigtakaful.com.my/takaful/btkisav3.htm.

Htay, S. N. N., Jawahir,M. K., & Salman.S. A.(2013) .Shariah Scholar’s Viewpoints on the

Practice of Underwriting and Risk Rating for Individual Participants in Family

Takaful.Asian Social Science, 9(9), 280-286.

Ibn Manzur. (1994) .Lisan al-‘Arab.Vol. 14. Dar Sadir: Beirut.

Ibrahim,M. (2009) .Managing Shariah Risk through Shariah Governance. Keynote Address, A

Joint Conference between International Shariah Research Academy for Islamic Finance

(ISRA) together with Institute of Islamic Banking and Insurance London (IIBI) and

Thomson Reuters.

Islamic Financial Services Board (IFSB). (2005) .Guiding Principles Of Risk Management

For Institutions (Other Than Insurance Institutions) Offering Only Islamic Financial

Services. Kuala Lumpur: IFSB.

Islamic Financial Services Board (IFSB). (2013) .Standard On Risk ManagementFor Takāful

(Islamic Insurance) Undertakings. Kuala Lumpur: IFSB.

Markom.R., Pitchay.S. A., Zainol. Z. A., Rahim,A. A., & Merican, R. M. A. R. (2011)

.Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of

Malaysia.European Journal of Law and Economics, 1-34.

Mohd Noor,A.(2009) . A Shari’ah Compliance Review on Investment Linked Takaful in

Malaysia.Islamic Economic Studies, 17(1), 1-20.

Muslim, Ibn Hajjaj al-Qusayri.(1981) .Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi.11. Mesir: Al-

Matba’ah al-Misriyyah wa Makatabuha.

Page 13: KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB … · kepada amalan perjudian. ... akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta Insurans 1996 dan Akta Kontrak

ESTEEM Academic Journal

Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934

© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)

43

Sabitha Marican. (2009) .Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik (2nd

Ed). Batu

Caves, Selangor: EduSystem Sdn Bhd.

Shaikh,S. A.&Jalbani,A. A.(2009) . Risk Management in Islamic and Conventional Bank: A

Differential Analysis. Journal of Independent Studies and Research, 7(2), 67-77.

Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah (2nd

ed.) . Kuala Lumpur:

Suruhanjaya Sekuriti.

Takaful Malaysia Berhad. (1984) Laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans

Secara Islam Di Malaysia: Penubuhan Syarikat Takaful. Kuala Lumpur: Jabatan

Perdana Menteri.

Van, G. H. & Zamir, I. 2008.Risk Analysis For Islamic Banks. Washington DC: The World

Bank.