undang-undang malaysia - lkim.gov.my · pdf filepeluasan syarikat di bawah akta syarikat 1965...

38
UNDANG-UNDANG CETAKAN SEMULA MALAYSIA DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 Akta 49 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 049b.fm Page 1 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Upload: haxuyen

Post on 06-Feb-2018

293 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

UNDANG-UNDANG

CETAKAN SEMULA

MALAYSIA

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Akta 49

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

049b.fm Page 1 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEHMALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

CAWANGAN KUALA LUMPUR2006

2

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKANMALAYSIA 1971

Tarikh Perkenan Diraja… … … … 27 September 1971

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 30 September 1971

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1993Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999

049b.fm Page 2 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

33

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 49

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN

SUSUNAN SEKSYEN

MALAYSIA 1971

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

3. Memperbadankan Lembaga

4. Fungsi Lembaga

5. Pegawai dan pekhidmat Lembaga

6. Kumpulan Wang

7. Meminjam wang

8. Pelaburan

9. Akaun dan Audit

10. Laporan Tahunan

10A. Tiada seorang pun yang mempunyai kepentingan boleh dilantiksebagai ahli atau diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmatLembaga

10B. Penzahiran kepentingan yang sedia ada

10C. Surcaj

049b.fm Page 3 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

BAHAGIAN III

KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGANPENGUATKUASAAN

Seksyen

11. Memberi kuasa kepada pegawai untuk menjalankan kuasa di bawahBahagian ini

12. Kuasa untuk memasuki premis

13. Kuasa bagi menangkap, menyita, menyiasat dan mendakwa

14. Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa

15. Kuasa untuk mengambil milik

BAHAGIAN IV

KESALAHAN, PENALTIDAN PROSIDING

16. Kesalahan menghalang

17. Penalti am

18. Beban membuktikan

19. Kuasa Mahkamah untuk merampas

20. Bidang kuasa

21. Kecualian

BAHAGIAN V

AM

22. Rayuan terhadap keputusan Lembaga

23. Kaedah-kaedah

23A. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

23B. Penamatan demi kepentingan awam

24. Kerahsiaan dan penalti

25. Pekhidmat awam

26. Pelindungan terhadap prosiding undang-undang

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

049b.fm Page 4 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

55

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 49

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKANMALAYSIA 1971

Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Kemajuan IkanMalaysia dan bagi membuat peruntukan berkenaan denganperkara-perkara yang berhubungan dengannya.

[Semenanjung Malaysia—1 November 1971,P.U.(B) 378/1971;

Sarawak—1Julai 1973, P.U.(B) 269/1973;Sabah—1 Ogos 1995, P.U.(B) 358/1995]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yangberikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1 (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga KemajuanIkan Malaysia 1971.

(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yangditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dantarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri atau bahagianyang berlainan dalam Malaysia.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

049b.fm Page 5 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

“ahli” ertinya mana-mana ahli Lembaga Kemajuan IkanMalaysia termasuk Pengerusi, Pengerusi sementara dan mana-mana ahli sementara yang dilantik di bawah subseksyen 3(5);

“ikan” termasuklah apa-apa jenis ikan laut, ikan air payau atauikan air tawar, kerang-kerangan, siput air, bunga karang, trepangdan hidup-hidupan dalam air yang lain dan penghasilandaripadanya, tetapi tidak termasuk penyu atau telur penyu;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yangdilantik di bawah subseksyen 3(3);

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan dibawah seksyen 6;

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yangditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perikanan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberikuasa di bawah seksyen 11;

“pemasaran” ertinya penjualan, pembelian, pengumpulan,penyimpanan, pengangkutan, pemprosesan, pemeringkatan,pembungkusan, pengiklanan dan penggalakan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;

“Pengerusi sementara” ertinya seseorang Pengerusi sementaraLembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dilantik di bawahsubseksyen 3(5);

“Persatuan Nelayan” ertinya mana-mana Persatuan Nelayanyang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta44].

BAHAGIAN IILEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

Memperbadankan Lembaga

3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama LembagaKemajuan Ikan Malaysia (kemudian daripada ini disebut“Lembaga”) ditubuhkan, yang kekal turun-temurun danmempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawaguaman dan dibawa guaman atas namanya, dan, tertakluk kepadadan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan

049b.fm Page 6 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 77

mempunyai kuasa bagi memperoleh dan memegang harta alih atauharta tak alih dan bagi melupuskannya atau dengan cara lainmembuat apa-apa urusan mengenainya.

(2) Jadual Pertama kepada Akta ini hendaklah berkuat kuasaberkenaan dengan Lembaga.

(3) Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikutyang dilantik oleh Menteri:

(a) seorang Pengerusi;

(b) seorang Ketua Pengarah;

(c) seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani;

(d) seorang wakil Perbendaharaan;

(e) seorang wakil Jabatan Perikanan di KementerianPertanian dan Industri Asas Tani;

(f) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, JabatanPerdana Menteri;

(g) seorang wakil Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan; dan

(h) tidak lebih daripada 5 orang yang berpengalaman dantelah menunjukkan kebolehan dalam perkara yangberhubungan dengan industri perikanan ataupemasaran, kewangan atau pentadbiran.

(4) Apabila melantik orang yang disebut dalam perenggan(3)(h), Menteri hendaklah memberikan pertimbangan tentangperlunya pelbagai kepentingan dan wilayah dalam Malaysiadiwakili.

(5) Seorang Pengerusi sementara atau seorang ahli sementaraboleh dilantik dalam masa Pengerusi atau ahli Lembaga tidakberupaya buat sementara (sama ada oleh sebab sakit atau tidakberada dalam Malaysia atau oleh apa-apa sebab lain), danPengerusi sementara atau ahli sementara itu hendaklah dilantikdengan cara yang serupa seperti Pengerusi atau ahli dilantik dibawah seksyen ini.

(6) Seseorang ahli Lembaga hendaklah memegang jawatanselama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya

049b.fm Page 7 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya ataupelantikannya dibatalkan, dan adalah layak dilantik semula.

(7) Menteri boleh memberi Lembaga arahan secara am yangt idak ber lawanan dengan perun tukan Akta in i t en tangmenjalankan fungsi dan kuasa Lembaga.

Fungsi Lembaga

4. (1) Fungsi Lembaga ialah—

(a) menggalakkan dan memajukan pengurusan yangcekap dan berkesan mengenai perusahaan perikanandan pemasaran ikan;

(b) mengadakan dan menyelia kemudahan kredit bagipengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahanini digunakan sepenuhnya;

(c) mengambil bahagian dalam perusahaan perikanan danbagi maksud itu mengambil bahagian dalampembinaan bot dan pengeluaran bekalan dankelengkapan menangkap ikan;

(d) menggalakkan, menggiatkan, memudahkan danmengusahakan kemajuan ekonomi dan sosialPersatuan Nelayan;

(e) mendaftarkan, mengawal dan menyelia PersatuanNelayan dan mengadakan peruntukan mengenaiperkara yang berhubungan dengannya; dan

(f) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktivitiyang disebut terdahulu.

(2) Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segalaperkara yang semunasabahnya perlu untuk atau bersampingandengan menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1) dankhususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebutterdahulu—

(a) mengadakan peraturan mengenai pemasaran ikankhususnya dengan jalan melesenkan penjual borong,penjual runcit, pemproses ikan, pengimport danpengeksport;

049b.fm Page 8 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 99

(b) menetapkan dan mengadakan peraturan mengenaipembungkusan, pemeringkatan, penimbangan danpenyimpanan ikan;

(c) menubuhkan, mengadakan peraturan mengenai dan,jika perlu, menguruskan, mengenai sesuatu kawasan,suatu pasar jual borong ikan di mana semua transaksijual borong ikan di kawasan itu akan dijalankanmengikut tatacara yang ditentukan oleh Lembaga;

(d) menetapkan cara, mengadakan peraturan mengenai,kemasukan dan tatacara yang hendaklah diikuti di,penjualan yang dijalankan di sesuatu pasar jual borongikan, dan jika sesuatu jualan lelong diadakan di situ,menetapkan cara bagaimana penjualan itu bolehdijalankan;

(e) mengadakan peraturan mengenai pemprosesan ikan;

(f) melarang, mengadakan peraturan mengenai ataumengawal pemindahan ikan;

(g) menghendaki orang yang mengambil bahagian dalampemprosesan atau pemasaran ikan supaya berdaftardan memberikan dengan apa-apa cara sebagaimanayang ditentukan oleh Lembaga apa-apa maklumatyang difikirkannya perlu;

(h) melantik ejen bagi maksud menjalankan fungsinya;

(i) mengenakan fi atau apa-apa bayaran lain yangdifikirkannya patut bagi menguatkuasakan mana-mana daripada kuasa atau fungsinya;

(j) menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yangdiberikan olehnya apa-apa komisen atau bayaransebagaimana yang dipersetujui;

(k) dengan kelulusan Menteri dan persetujuan MenteriKewangan, mengambil bahagian dalam ekuiti, jikayang demikian itu, pada pendapatnya, adalah perlu,berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan denganmenjalankan fungsinya;

(l) menjalankan segala aktiviti yang pada pendapatnyaperlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitandengan menjalankan fungsinya, termasuk pembinaanbot dan pengendalian menangkap ikan, pengeluaran

049b.fm Page 9 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

bekalan dan kelengkapan menangkap ikan, pengangkutan,pembungkusan, pemprosesan, penjualan bekalan,kelengkapan dan barang menangkap ikan, pemeringkatan,penyimpanan, penjualan secara lelong dan cara-carapemasaran lain amnya bagi ikan dan bagimenguruskan aktiviti itu;

(m) menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakansegala kewajipan yang mungkin terletak hak ataudiwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuanMenteri Kewangan, dari semasa ke semasa—

(a) menubuhkan perbadanan di bawah subseksyen ini;dan

(b) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan ataupeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta125],

dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut olehLembaga, untuk melaksanakan, menjaga, menjalankan danmenguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yangdirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menjalankanfungsinya dan jika Lembaga berbuat demikian, peruntukan—

(i) Jadual Kedua kecuali perenggan 4A; dan

(ii) Akta Syarikat 1965,

hendaklah masing-masingnya terpakai bagi perbadanan dansyarikat itu.

(4) Sebagai tambahan kepada dan tidak sebagai mengurangkankuasanya di bawah subseksyen (3) Lembaga boleh, dengankelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memohonuntuk didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawah Akta Syarikat1965 sesuatu perbadanan yang telah ditubuhkan di bawahperenggan (3)(a) dan jika Lembaga berbuat demikian—

(a) peruntukan subperenggan 4A(1) dan (2) sahaja dalamJadual Kedua; dan

049b.fm Page 10 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1111

(b) apabila perbadanan itu didaftarkan sedemikian,peruntukan subperenggan 4A(3) dan (4) sahaja dalamJadual Kedua, dan Akta Syarikat 1965,

hendaklah terpakai bagi perbadanan itu dengan sewajarnya.

Pegawai dan pekhidmat Lembaga

5. (1) Ketua Pengarah Lembaga hendaklah bertanggungjawabbagi pentadbiran dan pengurusan hari ke hari hal ehwal Lembagadan bagi menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa sebagaimanayang diamanahkan atau diwakilkan oleh Lembaga atau Pengerusiapabila bertindak bagi pihak Lembaga.

(2) Lembaga boleh melantik pegawai dan pekhidmatsebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan halehwal Lembaga dengan cekap.

(3) Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah memegangjawatan selama suatu tempoh, menerima gaji dan elaun dantertakluk kepada apa-apa syarat perkhidmatan sebagaimana yangditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(4) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa seorangpegawai diberi kuasa di bawah Akta ini.

Kumpulan Wang

6. (1) Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang (kemudiandaripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ditubuhkan yanghendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga—

(a) yang ke dalamnya akan dimasukkan—

(i) apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasake semasa oleh Parlimen;

(ii) apa-apa wang yang diperoleh oleh Lembagadalam menjalankan fungsi Lembaga di bawahatau menurut peruntukan Akta ini;

049b.fm Page 11 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

(iii) apa-apa wang yang diperoleh atau terbitdaripada apa-apa kemajuan, pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur yang diperoleholeh atau terletak hak pada Lembaga;

(iv) wang yang dipinjam oleh Lembaga bagimaksud menjelaskan apa-apa tanggungannyaatau bagi maksud menja lankan apa-apafungsinya; dan

(v) segala wang atau harta lain sama ada harta alihatau harta tak alih yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada atau terletak hakpada Lembaga;

(b) yang daripadanya akan dibayar—

(i) semua perbelanjaan (termasuk perbelanjaanmodal) yang dilakukan oleh Lembaga padamenjalankan fungsi dan kuasanya; dan

(ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjamanyang telah diberikan kepada Lembaga menurutkuasanya untuk meminjam.

(1A) Subperenggan (1)(a)(v) tidak terpakai jika mana-manaperbadanan yang telah ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(a)didaftarkan sebagai suatu syarikat menurut subseksyen 4(4).

(2) Sebelum permulaan bulan Jun setiap tahun, Lembagahendaklah menghantar kepada Menter i sua tu anggaranperbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan)bagi tahun yang ber ikutnya da lam apa-apa bentuk danmengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki olehMenteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulanNovember tahun i tu memberi tahu Lembaga amaun yangdibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yangdibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakankepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satutahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-manabahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalamanggaran tambahan itu.

049b.fm Page 12 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1313

Meminjam wang

7. Lembaga boleh, mengikut terma dan syarat yang diluluskanoleh Menteri Kewangan, meminjam apa-apa amaun diperlukanoleh Lembaga bagi menjalankan sesuatu fungsinya.

Pelaburan

8. Aset Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidakdikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini,dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh MenteriKewangan.

Akaun dan Audit

9. (1) Lembaga hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnyadan rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklahmenyediakan penyata akaun bagi setiap tahun kewangan.

(2) Akaun Lembaga hendaklah diaudit oleh Ketua AuditNegara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengankelulusan Menteri.

(3) Selepas berakhir setiap tahun kewangan dan sebaiksahaja akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkansupaya sua tu sa l inan penyata akaun i tu mengikut carasebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dihantar kepadaMenteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pandangan yangdibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantikdi bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata ataumengenai akaun Lembaga.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinantiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan dihadapansetiap Majlis Parlimen.

Laporan Tahunan

10. Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 haribulan Junsetiap tahun menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepadaMenteri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Lembagasepanjang tahun yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumatyang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga

049b.fm Page 13 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa olehMenteri.

Tiada seorang pun yang mempunyai kepentingan bolehdilantik sebagai ahli atau diambil kerja sebagai pegawai ataupekhidmat Lembaga

10A. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang punboleh dilantik sebagai seorang ahli atau diambil kerja sebagaiseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyaiapa-apa kepentingan, secara langsung atau secara tidak langsungdalam—

(a) sesuatu perusahaan yang dalamnya Lembaga telahmengambil atau bercadang hendak mengambilbahagian dalam ekuiti menurut perenggan 4(2)(k);

(b) sesuatu perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan,digalakkan, diperluas atau didaftarkan menurutsubseksyen 4(3) dan 4(4); atau

(c) sesuatu syarikat atau pengusahaan yang dengannyaLembaga atau sesuatu perusahaan, perbadanan atausyarikat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b)bercadang hendak membuat suatu kontrak atau telahmembuat suatu kontrak yang masih berkuat kuasa.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan tertaklukkepada subseksyen (3), orang itu boleh dilantik sebagai seorangahl i Lembaga d i bawah perenggan 3(3) (h) t e tap i padamelantiknya sedemikian, Menteri boleh mengenakan apa-apasyarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Menteri.

(3) Sebelum seseorang dilantik sebagai seorang ahli ataudiambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga,dia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya—

(a) kepada Menteri, jika dia akan dilantik sebagai ahli;dan

(b) kepada Lembaga, jika dia akan diambil kerja sebagaiseorang pegawai atau pekhidmat,

apa-apa kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1), danapabila dia dilantik atau diambil kerja sedemikian, orang itu tidakboleh memperoleh mana-mana kepentingan itu lagi.

049b.fm Page 14 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1515

(4) Tertakluk kepada subseksyen 10B(1), seseorang ahli yangdilantik atau seseorang pegawai atau pekhidmat yang diambilkerja berlawanan dengan subseksyen (1), atau yang apabiladilantik atau diambil kerja memperoleh mana-mana kepentinganitu lagi, hendaklah dibatalkan pelantikannya dengan serta-mertaoleh Menteri atau pekerjaannya hendaklah ditamatkan olehLembaga tanpa notis, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Seseorang, ahli, pegawai atau pekhidmat yang melanggarseksyen ini, seksyen 10B atau sesuatu syarat atau sekatan yangdikenakan di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 10Badalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun ataudidenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

(6) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 10B, pemunyaanatau pemerolehan sesuatu kepentingan itu sebagaimana yangdisebut dalam subseksyen (1) oleh suami atau isteri atau mana-mana daripada anaknya hendaklah disifatkan sebagai memberiorang, ahli, pegawai atau pekhidmat yang berkenaan itu suatukepentingan tidak langsung.

Penzahiran kepentingan yang sedia ada

10B. (1) Tiap-tiap ahli, pegawai atau pekhidmat yangmempunyai apa-apa kepentingan sebagaimana yang disebut dalamsubseksyen 10A(1) hendaklah, dalam tempoh enam bulan daritarikh mula berkuatkuasanya seksyen ini, menzahirkan dengansepenuhnya kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jeniskepentingan itu dan penzahiran itu hendaklah dicatatkan dalamminit Lembaga dan ahli itu tidak boleh pada bila-bila masamengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga yangberhubungan dengan pengusahaan, perusahaan, syarikat,perbadanan atau kontrak yang dalamnya dia mempunyaikepentingan itu dan pegawai atau pekhidmat itu hendaklahberhenti menjalankan semua kuasa dan kewajipan yangberhubungan dengannya, tetapi ahli, pegawai atau pekhidmat ituboleh terus menjadi—

(a) seorang ahli tertakluk kepada apa-apa syarat atausekatan yang dikenakan oleh Menteri; atau

(b) seorang pegawai atau pekhidmat tertakluk kepadaapa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan olehLembaga.

049b.fm Page 15 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

(2) Jika ahli yang mempunyai kepentingan itu ialah Pengerusi,dia hendaklah berhenti menjadi Pengerusi dan seorang ahli lainhendaklah dipilih untuk menjadi pengerusi semasa prosidingyang berhubungan dengan pengusahaan, perusahaan, syarikat,perbadanan atau kontrak yang dalamnya dia mempunyaikepentingan itu.

(3) Seseorang ahli, pegawai atau pekhidmat yang melanggarseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalamsubseksyen 10A(5).

Surcaj

10C. (1) Jika didapati oleh Lembaga bahawa mana-manaorang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga—

(a) telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutangkepada Lembaga yang pemungutannya menjaditanggungjawabnya;

(b) adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apapembayaran wang daripada Kumpulan Wang yangtidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaranwang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;

(c) adalah atau pernah bertanggungjawab, secaralangsung atau tak langsung, atas apa-apa kekurangandalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem,sekuriti, storan atau harta lain Lembaga;

(d) sebagai, atau semasa menjadi pegawai perakaunan,gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekodyang sepatutnya;

(e) telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalahatau pernah bertanggungjawab bagi apa-apakelambatan dalam pembayaran, wang daripadaKumpulan Wang kepada mana-mana orang yangkepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawahmana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yangdibuat antara orang itu dengan Lembaga,

Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertuliskepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa diatidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang

049b.fm Page 16 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1717

memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas haridari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepadaLembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip, pembayaranyang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkandengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalanmenyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalanmembuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuatpembayaran, Lembaga boleh mensurcajkan terhadap orangtersebut suatu amaun yang tidak melebihi amaun apa-apa amaunsedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, ataukerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yangberkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaunatau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuatpembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran,Lembaga boleh mensurcajkan terhadap orang tersebut apa-apaamaun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.

(2) Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarahdiberi tahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawahsubseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah itumemberitahu orang yang disurcaj itu.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apasurcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskanhati telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiadasurcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segeramenyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balikitu.

(4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen(1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklahmenjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripadaorang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dandidapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guamanLembaga dan boleh juga didapatkan melalui potongan—

(a) daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembagamengarahkan sedemikian; atau

(b) daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembagamengarahkan sedemikian,

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihisatu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan,mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

049b.fm Page 17 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

BAHAGIAN III

KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGANPENGUATKUASAAN

Memberi kuasa kepada pegawai untuk menjalankan kuasa dibawah Bahagian ini

11. (1) Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis kepadamana-mana pegawai awam atau pegawai Lembaga untukmenjalankan kuasa di bawah Bahagian ini.

(2) Pada menjalankan mana-mana daripada kuasa di bawahBahag ian in i pegawai i tu hendak lah , apab i l a d imin ta ,mengemukakan kepada orang yang terhadapnya tindakan diambilolehnya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yangdibuat di bawahnya, surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya olehMenteri.

Kuasa untuk memasuki premis

12. Jika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polismempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawasesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawahmana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, pegawai itu bolehmemasuki mana-mana premis yang dipunyai atau diduduki olehmana-mana orang dan boleh menjalankan apa-apa penyelidikandan pemeriksaan (termasuklah penyelidikan dan pemeriksaanbuku-buku) sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bolehmenyita dan menahan apa-apa buku, suratan atau benda lain yangdijumpai dalam premis itu yang boleh memberikan keterangantentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.

Kuasa bagi menangkap, menyita, menyiasat dan mendakwa

13. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polisboleh—

(a) menangkap tanpa waran mana-mana orang yang diaada sebab untuk mempercayai telah melakukan suatukesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-manakaedah yang dibuat di bawahnya, jika orang ituenggan memberikan nama dan alamatnya atau jika

049b.fm Page 18 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1919

memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau jikaada alasan yang munasabah untuk mempercayaibahawa orang itu telah memberikan suatu nama ataualamat palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikandiri:

Dengan syarat bahawa apabila seseorang telahditangkap seperti yang disebut terdahulu, tindakanhendaklah kemudiannya d iambi l t e rhadapnyasebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayahyang berkuat kuasa pada masa ini; dan

(b) menyita apa-apa jua benda yang difikirkannya perludisita berhubung dengan keterangan yang perlu bagimembuktikan berlakunya sesuatu kesalahan itu.

(2) Mana-mana pegawai diberi kuasa dan mana-mana pegawaipolis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh,berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-manakaedah yang dibuat di bawahnya tanpa perintah Pendakwa Raya,menjalankan kuasa-kuasa khas yang berhubungan denganpenyiasatan polis, yang diberikan oleh undang-undang yangberhubungan dengan tatacara jenayah dalam apa-apa kesalahanboleh tangkap.

(3) Apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahandi bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuatdi bawahnya boleh dijalankan oleh seseorang pegawai diberikuasa.

Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa

14. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawaipolis mempunyai syak yang munasabah bahawa sesuatukenderaan sedang membawa apa-apa ikan bersalahan denganmana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yangdibuat di bawahnya, adalah sah di sisi undang-undang bagipegawai itu memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu bagimaksud menentukan sama ada apa-apa ikan ada terkandung didalamnya atau sedang dipindahkan atau diangkut bersalahandengan peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuatdi bawahnya dan orang yang mengawal atau menjaga kenderaan

049b.fm Page 19 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

itu hendaklah, jika dikehendaki supaya berbuat demikian olehpegawai itu, memberhentikan kenderaan itu dan membenarkanpegawai itu memeriksanya.

(2) Orang yang mengawal atau menjaga mana-manakenderaan yang diperiksa di bawah peruntukan seksyen inihendaklah, apabila diminta oleh pegawai diberi kuasa ataupegawai polis itu, membuka semua bahagian kenderaan itu untukdiperiksa oleh pegawai itu dan mengambil segala langkah yangperlu untuk membolehkan pegawai itu menjalankan apa-apapemeriksaan yang difikirkannya perlu.

Kuasa untuk mengambil milik

15. (1) Jika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polismempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang sedangmelakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawahmana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, dia bolehmengambil milik dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut,apa-apa ikan yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebabuntuk mempercayai sesuatu kesalahan itu telah dilakukan ataumana-mana kereta, vesel atau barang lain yang telah digunakanbagi melakukan sesuatu kesalahan itu atau yang dia mempunyaisebab untuk mempercayai dicadangkan hendak digunakan bagimelakukan kesalahan itu.

(2) Jika apa-apa ikan telah diambil milik di bawah seksyenini, Ketua Pengarah—

(a) boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayaibahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau dibawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnyatelah dilakukan dan prosiding jenayah telahdimulakan terhadap mana-mana orang berkenaandengan kesalahan itu, memohon kepada Majistretuntuk suatu perintah supaya ikan itu dijual ataudilupuskan dan jika ikan itu diperintahkan supayadijual, hasil penjualan itu hendaklah disimpansehingga prosiding jenayah itu selesai; atau

(b) boleh, dalam apa-apa hal yang lain, memulihkanpemilikan kepada pemunyanya.

(3) Jika mana-mana kereta, vesel atau barang lain telahdiambil milik di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah—

049b.fm Page 20 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 2121

(a) boleh menurut budi bicaranya, jika dia mempunyaisebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan dibawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yangdibuat di bawahnya telah dilakukan, memulangkanbagi sementara kereta, vesel atau barang lain itukepada pemunyanya apabila jaminan diberikandengan memuaskan hatinya bahawa kereta, vesel ataubarang lain itu akan diserahkan balik kepadanyaapabila diminta; atau

(b) boleh, dalam apa-apa hal yang lain, memulihkanpemilikan kepada pemunyanya.

(4) (a) Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkankuasanya di bawah subseksyen (2) dan (3) kepada mana-manapegawai diberi kuasa dan boleh pada bila-bila masa menarik balikmana-mana pewakilan itu.

(b) Walau apa pun pewakilan itu, Ketua Pengarah boleh,jika difikirkannya patut, menjalankan kuasa yang diwakilkannyasedemikian.

BAHAGIAN IV

KESALAHAN, PENALTIDAN PROSIDING

Kesalahan menghalang

16. Seseorang yang menghalang atau mengadang KetuaPengarah, mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polispada menjalankan dengan sah mana-mana daripada kuasanya dibawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti am

17. (1) Seseorang selain sesuatu pertubuhan perbadanan, tetapitermasuk seseorang pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhanperbadanan, yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atauyang tidak mematuhi, mana-mana daripada peruntukan Akta iniatau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang penaltibaginya tidak diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabiladisabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahunatau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-

049b.fm Page 21 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian,dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun ataudidenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2) Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatukesalahan di bawah, atau yang tidak mematuhi, Akta ini ataumana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgitdan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidakmelebihi lima puluh ribu ringgit.

(3) Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-manakaedah yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhanperbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itudilakukan ialah seorang pengarah atau pegawai bagi pertubuhanperbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding itudengan per tubuhan perbadanan i tu dan j ika per tubuhanperbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan itu,tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan sebagaibersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikanbahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya ataubahawa dia telah mengambil langkah-langkah pengawasan yangmunasabah untuk mengelakkan kesalahan itu daripada dilakukan.

(4) Seseorang yang kalau boleh dikenakan apa-apa penalti dibawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-manakaedah yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa perkara yangdilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atauditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang samajika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi,ejen atau pekhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawadia telah mengambil langkah pengawasan yang munasabah untukmengelakkan perkara itu daripada dilakukan atau ditinggalkan.

Beban membuktikan

18. (1) Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatukesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedahyang dibuat di bawahnya atas suatu pertuduhan melakukansesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang melainkan jikaorang yang melakukan perbuatan itu berhak melakukan yangsedemikian oleh sebab dia ialah pemegang sesuatu lesen, permit

049b.fm Page 22 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 2323

atau kebenaran, keizinan, kuasa atau pengecualian bertulis yangmengehakkannya melakukan perbuatan itu, adalah memadai bagipihak pendakwa mengatakan dan membuktikan bahawa orang itutelah melakukan perbuatan itu dan beban hendaklah kemudiannyaterletak pada orang yang dituduh itu bagi membuktikan bahawadia telah berhak melakukan perbuatan itu.

(2) Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatukesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedahyang dibuat di bawahnya, pengemukaan oleh orang yangmenjalankan pendakwaan itu sesuatu invois asal atau sesuatuinvois pendua yang telah dibuktikan sebagai telah dijumpai dalammilikan penjual hendaklah, jika orang yang menjalankanpendakwaan i tu meminta sedemikian , d i te r ima sebagaiketerangan prima facie mengenai sesuatu penjualan oleh penjualitu dan mengenai semua fakta yang dinyatakan dalam invois asalatau invois pendua itu dan walau apa pun peruntukan mana-manaundang-undang yang berlawanan yang pada masa ini berkuatkuasa, beban bagi membuktikan bahawa penjualan itu telah tidakberlaku atau bahawa sesuatu fakta yang dinyatakan dalam invoisasal atau invois pendua itu bukanlah seperti apa yang dinyatakanitu hendaklah terletak pada orang yang dituduh itu.

Kuasa Mahkamah untuk merampas

19. Jika seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawahAkta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya, Mahkamah boleh memerintahkan supaya dirampas—

(a) kesemua atau sebahagian daripada hasil penjualanapa-apa ikan yang telah dijual di bawah seksyen 15,yang berkenaan dengannya kesalahan itu telahdilakukan dan yang telah disita oleh, atau dengan caralain telah sampai ke dalam milikan Ketua Pengarahatau mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawaipolis;

(b) mana-mana kereta, vesel atau barang lain hartakepunyaan orang yang dituduh itu yang digunakanolehnya untuk melakukan kesalahan itu atau yangtelah dicadangkan hendak digunakan bagi melakukansesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawahmana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.

049b.fm Page 23 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

Bidang kuasa

20. Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, sesuatu MahkamahSesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apakesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedahyang dibuat di bawahnya, dan untuk mengawardkan hukumansepenuhnya bagi mana-mana kesalahan itu.

Kecualian

21. Tiada apa-apa prosiding boleh dimulakan di bawah Akta initerhadap mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sempurnabagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, jika orang itu telah dengandiketahuinya melakukan atau meninggalkan daripada melakukansesuatu perbuatan yang tetap menjadi suatu kesalahan jika tidakkerana peruntukan seksyen ini, dengan syarat bahawa orang itutelah melakukan atau telah meninggalkan daripada melakukanperbuatan itu dengan niat hendak mendapatkan keterangan bagimaksud hendak mendakwa penjual itu atas sesuatu kesalahan dibawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya.

BAHAGIAN V

AM

Rayuan terhadap keputusan Lembaga

22. Jika menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedahyang dibuat di bawahnya sesuatu lesen dikehendaki untukpemprosesan atau pemasaran apa-apa ikan, mana-mana orangyang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk mengeluarkanatau membaharui atau dengan penarikan balik oleh Lembaga,lesen itu, atau dengan pengenaan syarat ke atas lesen itu, bolehdalam tempoh tiga puluh hari dari keputusan itu diberitahukankepadanya secara bertulis merayu kepada Menteri dan keputusanMenteri itu adalah muktamad.

Kaedah-kaedah

23. Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah secara amnya bagi menjalankan peruntukan Akta ini, dan

049b.fm Page 24 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 2525

khususnya tetapi tanpa menyentuh keluasan perkara yang disebutterdahulu, kaedah-kaedah itu boleh—

(a) mengadakan peraturan mengenai pengawalan danpengurusan apa-apa bantuan (sama ada kewangan atauselainnya) yang boleh diberikan kepada perusahaanmenangkap ikan;

(b) menetapkan apa-apa fi atau bayaran yang perlu bagimaksud Akta ini;

(c) dengan kelulusan Menteri Kewangan membuatperuntukan untuk menubuhkan dan menguruskansuatu kumpulan wang simpanan caruman bagi pegawaidan pekhidmat Lembaga, atau untuk membayarpencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai danpekhidmat yang tersebut itu apabila bersara ataudengan cara lain berhenti memegang jawatan sebagaipegawai dan pekhidmat itu;

(d) menetapkan apa-apa perkara yang dikehendakiditetapkan oleh Akta ini; dan

(e) menetapkan bahawa apa-apa perbuatan ataupeninggalan yang bersalahan dengan peruntukan mana-mana kaedah itu hendaklah menjadi suatu kesalahan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

23A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatapa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perluatau suaimanfaat untuk mengadakan peruntukan mengenaitatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembagadi bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenaitahan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atauperuntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraanlain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementaramenanti prosiding tatatertib selesai.

(3) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawahseksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertibdan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukumantatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan

049b.fm Page 25 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputipembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawahseksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosidingtatatertib, memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertibdiambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhantatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapaioleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal-hal yang berikut:

(a) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembagadibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasankelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhanjenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(b) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri,berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatanMalaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidaksuai manfaat untuk menjalankan kehendak subseksyenini; atau

(c) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai ataupekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri ataudeportasi, atau jika telah dikenakan terhadapseseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apabentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atauselainnya, di bawah mana-mana undang-undangberhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahananpencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresenatau pelindungan wanita dan gadis.

(5) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawahseksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tatacarabagi pendengaran rayuan terhadap keputusan JawatankuasaTatatertib.

(6) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” termasuklah KetuaPengarah.

Penamatan demi kepentingan awam

23B. (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuatkepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorangpegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam,

049b.fm Page 26 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 2727

Lembaga boleh meminta laporan penuh daripada pegawai atasanpegawai atau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuatyang hendaklah mengandungi butir-butir berhubung dengan kerjadan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu.

(2) Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima dibawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa setelahmengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai ataupekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itudan segala hal keadaan lain kes i tu, adalah wajar demikepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga bolehmenamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai daritarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3) Adalah sah di sisi undang-undang bagi JawatankuasaTatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembagasupaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ituditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertibbelum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga bolehmenamatkan perkhidmatan pegawai a tau pekhidmat i tusedemikian.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-manaundang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkanperkhidmatan seseorang pegawai a tau pekhidmat demikepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmatitu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar danseseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telahditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidakboleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama adapenamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkansuatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yangberhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembagatidak memuaskan atau patut disalahkan.

Kerahsiaan dan penalti

24. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatuprosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli,pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apamaklumat berkenaan dengan mana-mana satu perniagaan yangtelah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya danyang tidak disiarkan menurut Akta ini.

049b.fm Page 27 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

(2) Seseorang yang dengan diketahuinya melanggarsubseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan bolehapabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Pekhidmat awam

25. Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga dan mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah disifatkan sebagaipekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta574].

Pelindungan terhadap prosiding undang-undang

26. (1) Tiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atauprosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diriseseorang ahli Lembaga atau terhadap diri pegawai ataupekhidmat yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan apa-apaperbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fidedalam menurut atau melaksanakan atau pelaksanaan yangdicadangkan bagi Akta ini.

(2) Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata-mata ke rana pe run tukan seksyen in i , Lembaga ada lahbertanggungan setakat yang ia akan bertanggungan jika orang ituialah seorang pekhidmat atau ejen Lembaga.

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 3]

1. (1) Seseorang ahli Lembaga (selain Pengerusi) hendaklah disifatkan telahmengosongkan jawatannya jika dia tidak hadir mesyuarat Lembaga tiga kaliberturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi.

(2) Hendaklah dibayar kepada ahli-ahli Lembaga atau kepada mana-manaahli sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, selepas berunding denganMenteri Kewangan, apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yangditentukan oleh Lembaga.

049b.fm Page 28 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 2929

2. (1) Lembaga boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yangberbangkit daripada atau berkaitan dengan mana-mana kuasa, kewajipan danfungsinya di bawah Akta ini; mana-mana jawatankuasa yang dilantiksedemikian hendaklah termasuk tidak kurang daripada seorang ahli Lembaga,dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain sebagaimanayang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subperenggan (1)boleh melantik satu jawatankuasa kecil atau lebih; mana-mana jawatankuasakecil yang dilantik sedemikian hendaklah termasuk tidak kurang daripadaseorang ahli jawatankuasa yang melantiknya itu, dan bolehlah dilantik kejawatankuasa kecil itu mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkanpatut oleh jawatankuasa yang melantiknya itu.

(3) Mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantiksedemikian hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya darisemasa ke semasa oleh Lembaga, dan Lembaga boleh pada bila-bila masamenghentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa ataujawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian.

(4) Bolehlah dibayar kepada ahli mana-mana jawatankuasa ataujawatankuasa kecil apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan darisemasa ke semasa oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(5) Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh, masing-masingnya, mempelawa mana-mana orang yang, pada pendapatnya,mempunyai pengetahuan khas yang berfaedah kepadanya, untuk menghadirimana-mana mesyuarat Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil danorang yang dipelawa sedemikian tidaklah berhak mengundi dalam mana-manamesyuarat itu.

(6) Apa-apa minit bagi mana-mana mesyuarat mana-mana jawatankuasaatau jawatankuasa kecil bolehlah, jika ditandatangani dengan sewajarnya,diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa buktilanjut dan tiap-tiap mesyuarat itu hendaklah disifatkan telah dipanggil dandilangsungkan dengan sewajarnya dan semua ahli jawatankuasa ataujawatankuasa kecil yang hadir dalam mesyuarat itu hendaklah disifatkan telahberkelayakan dengan sewajarnya untuk bertindak.

3. (1) Hendaklah ada suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yanghendaklah terdiri daripada dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dandaripada ahli Lembaga, seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadipengerusi, dan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 3(3).

(2) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai danpekhidmat Lembaga, selain Ketua Pengarah, ialah Jawatankuasa TatatertibLembaga yang ditubuhkan di bawah subperenggan (1).

049b.fm Page 29 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

(3) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarah ialahJawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua SetiausahaKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orangahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(4) Ketua Pengarah tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalamapa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang dalamnya dia menjadipengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklahdipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(5) Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklahmempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimanayang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawahseksyen 23A.

(6) Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subperenggan (7),mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepadamana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan denganmana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan denganmana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, danjawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa atau kewajipansedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya dibawah arahan atau kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklahmempunyai kuasa untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.

(7) Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subperenggan (6) untukmembolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjadi ahlisesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke ataspegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

(8) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawahsubperenggan (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yangditubuhkan di bawah perenggan 3A.

(9) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawahsubperenggan (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

(10) Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut mana-mana yangberkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusanJawatankuasa Tatatertib.

(11) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawahsubperenggan (10) adalah muktamad dan konklusif.

3A. (1) Hendaklah ada suatu Lembaga Rayuan Tatatertib Lembaga yanghendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut:

049b.fm Page 30 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 3131

(a) Pengerusi yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga RayuanTatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b) tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli Jawatankuasa Tatatertibyang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklahdilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dengankelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuanyang dibuat di bawah perenggan 3, seseorang ahli Jawatankuasa Tatatertib yangterhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak bolehhadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apaprosiding berhubung dengan rayuan itu.

4. (1) Kuorum bagi mesyuarat-mesyuarat Lembaga ialah empat.

(2) Dalam segala mesyuarat Lembaga Pengerusi, atau jika dia tiada,Pengerusi sementara, atau jika kedua-dua Pengerusi dan Pengerusi sementaratiada, mana-mana ahli yang dipilih oleh ahli yang hadir, hendaklahmempengerusikan mesyuarat.

(3) Jika mengenai apa-apa soalan yang hendak diputuskan oleh Lembagaterdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau Pengerusi sementarahendaklah mempunyai undi pemutus.

(4) Tertakluk kepada subperenggan (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklahmenetapkan tatacaranya sendiri.

5. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meteraisedemikian boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah ataudibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga:

Dengan syarat bahawa sehingga suatu meterai diperuntukkan di bawahperenggan ini, suatu cap yang mengandungi perkataan-perkataan “LEMBAGAKEMAJUAN IKAN MALAYSIA” bolehlah digunakan sebagai meteraiperbadanan.

(2) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disahkan oleh sama adaPengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga atauoleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada merekasecara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yangberupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan seperti yangdisebut terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telahdisempurnakan dengan sahnya:

Dengan syarat bahawa mana-mana dokumen atau surat cara yang jikadisempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan yangmungkin tidak dikehendaki dimeteraikan boleh, dengan cara yang serupa,disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat

049b.fm Page 31 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

Lembaga yang diberi kuasa secara am atau secara khas oleh Lembaga bagimaksud itu.

JADUAL KEDUA

[Seksyen 4]

1. Pada atau sebelum tarikh sesuatu perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen4, Lembaga hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan denganperbadanan itu yang menyatakan—

(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c) sistem pengurusannya; dan

(d) perhubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan haknyabagi mengawal perbadanan itu.

2. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, sesuatu perbadanan adalah terikatdengan apa-apa peraturan yang telah dibuat di bawah perenggan 1 berkenaandengan perbadanan itu dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasabagi segala maksud seolah-olah ia telah diperbuat dalam Akta ini.

3. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan ataumenambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaandengan sesuatu perbadanan.

4. (1) Lembaga boleh mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yangditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2) Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini asetperbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmiliknya dan terletak hak padaLembaga selepas segala tanggungannya dijelaskan.

(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklahdilakukan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

4A. (1) Walau apa pun peruntukan perenggan 4, Lembaga boleh, menurutsubseksyen 4(4), memohon untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawahAkta Syarikat 1965 sesuatu perbadanan yang telah ditubuhkan di bawahperenggan 4(3)(a) tanpa menggulung dan membubarkan perbadanan ituterlebih dahulu.

(2) Pada memohon sedemikian untuk didaftarkan sesuatu perbadanansebagai suatu syarikat, Lembaga hendaklah mematuhi Akta Syarikat 1965, dan

049b.fm Page 32 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 3333

Akta ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan kuasa PendaftarSyarikat di bawah Akta itu.

(3) Apabila sesuatu perbadanan didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawahAkta Syarikat 1965, perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai dibubarkan,dan—

(a) semua kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yangsebaik sebelum pendaftaran adalah kuasa, hak, keistimewaan,kewajipan atau tanggungan perbadanan itu hendaklah turun kepadasyarikat itu;

(b) semua aset dan harta alih dan harta tak alih yang sebaik sebelumpendaftaran telah terletak hak pada perbadanan itu atau pada mana-mana orang yang bertindak bagi pihak perbadanan itu hendaklah,walau apa pun peruntukan subperenggan 4(2), terletak hak padasyarikat tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilikdan syarikat itu hendaklah, berkenaan dengan semua harta tak alih,memohon kepada pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan untukdibuat suatu catatan yang bermaksud demikian itu;

(c) semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerjayang ada sebaik sebelum pendaftaran bagi faedah atau terhadapperbadanan itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnyabagi faedah atau terhadap syarikat itu dan boleh dikuatkuasakandengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah syarikat itu, bukannyaperbadanan itu atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihakperbadanan itu, telah dinamakan atau menjadi satu pihak dalamnya;dan

(d) apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah atau apa-apa alasantindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebaik sebelumpendaftaran oleh atau terhadap perbadanan itu atau oleh atauterhadap mana-mana orang yang bertindak bagi pihak perbadananitu boleh diteruskan atau dibawa oleh atau terhadap syarikat itusebagaimana ia mungkin boleh diteruskan atau dibawa oleh atauterhadap perbadanan itu.

(4) Jika timbul apa-apa kesulitan atau anomali berkenaan denganperuntukan peralihan yang terkandung dalam perenggan ini, Menteri boleh,selepas berunding dengan Menteri yang bertanggungjawab bagi syarikat,dengan perintah membuat apa-apa ubahsuaian yang pada pendapatnya adalahperlu bagi menghapuskan, menyelesaikan atau mengelakkan kesulitan atauanomali itu tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa-kuasa yang diberikandi bawah subperenggan ini selepas tamat tempoh dua tahun dari pendaftaransesuatu perbadanan sebagai suatu syarikat menurut subseksyen 4(4).

5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 hendaklahmenjadi suatu pertubuhan perbadanan mengikut apa-apa nama yang diberikankepadanya oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyaisuatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guamanatas namanya itu, dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan

049b.fm Page 33 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih danboleh melakukan apa-apa perkara lain yang bersampingan atau berkenaandengan sesuatu pertubuhan perbadanan dengan tidak berlawanan denganperuntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau hadsebagaimana yang ditetapkan bagi setiap satunya oleh Lembaga.

6. (1) Tiap-tiap perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu meteraiperbadanan, yang mengandungi sesuatu reka bentuk sebagaimana yangdiluluskan oleh perbadanan itu dengan persetujuan Lembaga, dan meterai ituboleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuat baharuoleh perbadanan itu, dengan persetujuan Lembaga sebagaimana yang difikirkanpatut oleh perbadanan itu.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perengganini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu boleh digunakan sebagaimeterai.

(3) Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan olehperbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan,suratan dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itudan yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkantelah disempurnakan dengan sahnya sehingga akasnya dibuktikan:

Dengan syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang jikadisempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidakakan dikehendaki dicapkan dengan meterai, boleh disempurnakan olehperbadanan itu dengan cara demikian itu juga; atau mana-mana suratan atausurat cara tersebut boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am ataukhas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.

049b.fm Page 34 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

3535

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 49

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKANMALAYSIA 1971

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasadari

Akta A201 Akta Lembaga Kemajuan IkanMalaysia (Pindaan) 1973

01-07-1973

Akta A261 Akta Persatuan Nelayan danLembaga Kemajuan Ikan Malaysia(Pindaan) 1974

16-08-1974

Akta A376 Akta Lembaga Kemajuan IkanMalaysia (Pindaan) 1977

s. 2, 3, 4 and 6:SemenanjungMalaysia—01-11-1971; Sarawak— 01-07-1973;s.5: SemenanjungMalaysia & Sarawak—18-03-1977

Akta A764 Akta Lembaga Kemajuan IkanMalaysia (Pindaan) 1990

01-08-1990

Akta A1051 Akta Lembaga Kemajuan IkanMalaysia (Pindaan) 1999

01-09-1999

049b.fm Page 35 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

36

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 49

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKANMALAYSIA 1971

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

2 Akta A201 01-07-1973

Akta A261 16-08-1974

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

3 Akta A201 01-07-1973

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

4 Akta A201 01-07-1973

Akta A261 16-08-1974

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

5 Akta A201 01-07-1973

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

6 Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

049b.fm Page 36 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 3737

10A Akta A376 Semenanjung Malaysia dan Sarawak –

18-03-1977

10B Akta A376 Semenanjung Malaysia dan Sarawak –

18-03-1977

10C Akta A764 01-08-1990

11 Akta A201 01-07-1973

12 Akta A201 01-07-1973

13 Akta A201 01-07-1973

14 Akta A201 01-07-1973

15 Akta A201 01-07-1973

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

16 Akta A201 01-07-1973

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

17 Akta A201 01-07-1973

18 Akta A201 01-07-1973

19 Akta A201 01-07-1973

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

20 Akta A201 01-07-1973

21 Akta A201 01-07-1973

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

049b.fm Page 37 Friday, March 31, 2006 11:20 AM

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - lkim.gov.my · PDF filepeluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 49

Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

22 Akta A201 01-07-1973

23 Akta A201 01-07-1973

23A Akta A764 01-08-1990

Akta A1051 01-09-1999

23B Akta A1051 01-09-1999

24 Akta A201 01-07-1973

25 Akta A201 01-07-1973

26 Akta A201 01-07-1973

Jadual Pertama Akta A764 01-08-1990

Akta A1051 01-09-1999

Jadual Kedua Akta A376 Semenanjung Malaysia – 01-11-1971

Sarawak – 01-07-1973

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

049b.fm Page 38 Friday, March 31, 2006 11:20 AM