kepada · web viewpada tahun 2008, kertas soalan menggunakan bahasa inggeris diikuti oleh bahasa...

17
OLEH : M. KHALIMI BIN DALHAN [email protected] (012-6297506) http://www.ckgulimie.com PENGENALAN FORMAT KERTAS Kertas SAINS mula diperkenalkan dalam UPSR pada tahun 1997. i Dari tahun 1997 hingga 2002, kertas soalan hanya menggunakan Bahasa Melayu. Pada tahun 2003 hingga 2007, kertas soalan mengandungi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara bersetentang muka surat. Pada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. iii Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 15 minit (75 minit). Calon dicadangkan menjawab Bahagian A dalam masa 45 minit manakala Bahagian B dalam masa 30 minit. iv Soalan yang dikemukakan dalam Bahagian A adalah berbentuk objektif. Terdapat 30 soalan dan calon diminta menjawab kesemua soalan tersebut yang membawa 30 markah. v Dalam Bahagian B, calon diminta menulis jawapan di ruangan yang disediakan dalam kertas soalan. Jumlah soalan dalam Bahagian B ini tidak tetap iaitu 4 hingga 5 soalan utama. Setiap soalan utama itu diikuti pula 2 hingga 5 soalan kecil (sub soalan). Walau jumlah soalannya berbeza-beza dari tahun ke tahun, tetapi jumlah markah penuhnya tetap sama iaitu 20 markah. Seperti dalam Bahagian A, Bahagian B juga calon diminta menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. 50 vi Jumlah markah : 30 + 20 = ----- x 2 = 100% 50 1

Upload: truongnga

Post on 12-Jun-2018

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

OLEH : M. KHALIMI BIN DALHAN

[email protected] (012-6297506) http://www.ckgulimie.com

PENGENALAN

FORMAT KERTAS

Kertas SAINS mula diperkenalkan dalam UPSR pada tahun 1997.

i Dari tahun 1997 hingga 2002, kertas soalan hanya menggunakan Bahasa Melayu. Pada tahun 2003 hingga 2007, kertas soalan mengandungi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara bersetentang muka surat. Pada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’.

ii Kertas Sains ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

iii Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 15 minit (75 minit). Calon dicadangkan menjawab Bahagian A dalam masa 45 minit manakala Bahagian B dalam masa 30 minit.

iv Soalan yang dikemukakan dalam Bahagian A adalah berbentuk objektif. Terdapat 30 soalan dan calon diminta menjawab kesemua soalan tersebut yang membawa 30 markah.

v Dalam Bahagian B, calon diminta menulis jawapan di ruangan yang disediakan dalam kertas soalan. Jumlah soalan dalam Bahagian B ini tidak tetap iaitu 4 hingga 5 soalan utama. Setiap soalan utama itu diikuti pula 2 hingga 5 soalan kecil (sub soalan). Walau jumlah soalannya berbeza-beza dari tahun ke tahun, tetapi jumlah markah penuhnya tetap sama iaitu 20 markah. Seperti dalam Bahagian A, Bahagian B juga calon diminta menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

50vi Jumlah markah : 30 + 20 = ----- x 2 = 100%

50

Gred A – E dalam UPSR adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

Untuk latihan, dicadangkan penggredan adalah seperti berikut:Gred A 80 – 100 Gred C 40 – 59 Gred E 0 - 19Gred B 60 – 79 Gred D 20 – 39

Jadual 1: Perincian kertas sains UPSR

BAHAGIAN BENTUK SOALAN

BILANGAN SOALAN

PERKARA YANG DIUJI

CADANGAN MASA

PERATUS MARKAH

1

Page 2: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

A

Objektif:

1. Aneka Pilihan(Multiple choice)

2. Aneka Gabungan(Multiple combination)

30 Fakta 45 minit 60%

B Subjektif 4 – 5Kemahiran

Proses Sains

30 minit 40%

JUMLAH75 minit 100%

BENTUK SOALAN

BAHAGIAN A

1 Soalan-soalan dalam Bahagian A ini menguji pengetahuan dan kefahaman calon dalam kelima-lima tema penyiasatan, iaitu:i Menyiasat Alam Kehidupan (Living Things)ii Menyiasat Daya dan Tenaga (Force and Energy)iii Menyiasat Alam Bahan (Materials)iv Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (The Earth and Universe)v Menyiasat Dunia Teknologi (Technology)

Jadual 2 : Analisis Soalan UPSR mengikut Tema (2004-2008)

2 Bahagian A terdiri daripada 30 soalan objektif, yang dibahagi kepada dua bentuk:

i Aneka pilihan (Multiple choice)ii Aneka gabungan (Multiple combination)

3 Soalan aneka pilihan memberi calon empat cadangan jawapan untuk dipilih. Calon perlu memilih satu jawapan yang terbaik atau paling utama.Contoh soalan:

Which of the following animals is reproducing by giving birth?Antara berikut, manakah haiwan yang membiak secara melahirkan anak?

A Ikan B Ular C Kucing D Burung

Tema (Theme) 2004 2005 2006 2007 2008

Alam Kehidupan (Living Things) 7 8 9 6 8

Daya dan Tenaga (Force and Energy) 9 5 9 7 6

Alam Bahan (Materials) 5 9 6 9 6

Bumi dan Alam Semsta

(The Earth and Universe)6 3 2 5 5

Dunia Teknologi (Technology) 3 5 4 3 5

Jumlah 30 30 30 30 30

2

Page 3: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

Fish Snake Cat Bird

4 Soalan aneka gabungan memberi calon tiga atau empat cadangn jawapan. Daripada cadangan-cadangan jawapan ini, terdapat satu atau lebih yang betul. Calon dikehendaki menentukan gabungan jawapan yang betul.Contoh soalan:

You are given the following objects to investigate the conductivity of electric.Anda diberi objek-objek berikut untuk menyiasat tentang pengaliran haba.

Which of the objects are electric conductors?Manakah object yang mengalirkan elektrik?

A I and II B I and III C II and III D III and IVI dan II I dan III II and III III dan IV

5 Kedua-dua soalan di atas boleh dikategorikan lagi kepada 10 jenis soalan iaitu:

i Facts (Fakta) vi Prinsip (Principle)ii Istilah (Terminoligy) vii Terjemahan (Translation)iii Urutan (Sequence) viii Tafsiran (Interpretation)iv Kaedah (Method) ix Ekstrapolasi (Extrapolation)v Pengelasan (Classification) x Aplikasi (Application)

6 Perincian berkaitan jenis soalan:

i FaktaMenguji pengetahuan calon tentang sesuatu fakta seperti ciri, sifat atau fenomena.

ii UrutanMenguji pengetahuan calon tentang proses, aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.

iii IstilahMenguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud atau simbol yang berkaitan dalam soalan.

iv KaedahMenguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.

v PengelasanMenguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.

vi TafsiranMenguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. Calon diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.

vii TerjemahanMenguji calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk

3

I Screw II Paper clip III Plastic spoon IV Pembaris kayuSkru Klip kertas Susu plastic Wooden ruler

Page 4: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

ke bentuk yang lain. Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol, gambar rajah atau situasi gambar.

vii EkstrapolasiMenguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.

x AplikasiMenguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatar belakangkan kehidupan seharian.

7 Soalan-soalan jenis (i) hingga (vi) menguji calon dari aspek pengetahuan Sains, manakala soalan jenis (vii) hingga (x) menguji kefahaman calon terhadap fakta Sains.

Jadual 3: Analisis Jenis Soalan Sains UPSR Bahagian A (2004-2008)

Jenis Soalan (Type of Questions) 2004 2005 2006 2007 2008

Fakta (Facts) 2 2 4 4 5

Istilah (Terminology) 2 1 2 2 2

Urutan (Sequencing) 2 3 2 3 2

Kaedah (Method) 3 - 2 2 -

Pengelasan (Classification) 2 2 2 1 2

Prinsip / Konsep (Principle / Concept) 4 7 3 2 1

Terjemahan (Translation) 4 - 2 3 1

Tafsiran (Interpretation) 2 5 5 5 5

Ekstrapolasi (Prediction) 5 4 2 5 4

Aplikasi (Application) 4 6 6 3 8

Jumlah (Total) 30 30 30 30 30

BAHAGIAN B

1 Soalan-soalan dalam Bahagian B menguji pengetahuan dan kefahaman calon dalam sebahagian atau kelima-lima tema penyiasatan, iaitu:i Menyiasat Alam Kehidupan (Living Things)ii Menyiasat Daya dan Tenaga (Force and Energy)iii Menyiasat Alam Bahan (Materials)iv Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (The Earth and Universe)v Menyiasat Dunia Teknologi (Technology)melalui 4 -5 soalan utama yang diikuti oleh sub-sub soalan.

2 Bahagian B keseluruhannya adala menguji calon dalam Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills) yang meliputi:i Membuat inferens (Making inference)ii Mengawal Pembolehubah (Controlling variable)

- Pembolehubah dimanipulasikan (Manipulative variable)

4

Page 5: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

- Pembolehubah bergerak balas (Responding variable)- Pembolehubah dimalarkan (Fixed variable)

iii Membuat hipotesis (Making hypothesis)iv Mentafsir data (Tabulating data)v Membuat ramalan (Prediction)vi Soalan-soalan aplikasi (Application)

3 Perincian berkaitan Kemahiran Proses Sains

i Membuat inferens (Making inference)Penerangan daripada pemerhatian utama atau sebab terjadinya sesuatu fenomena.

ii Mengawal Pembolehubah (Controlling variable)- Pembolehubah dimanipulasikan (Manipulative variable)

Perkara-perkara yang diubah-ubah pada mulanya atau perbezaan sifat yang dibuat antara radas dari aspek seperti saiz, bentuk, berat, suhu dan bilangan.

- Pembolehubah bergerak balas (Responding variable)Perkara yang bertindak balas yang menjadi tujuan utama eksperimen atau hasil keputusan yang perlu dicatat.

- Pembolehubah dimalarkan (Fixed variable)Perkara yang perlu ditetapkan / dikawal agar tidak mempengaruhi keputusan eksperimen atau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keputusan eksperimen selain daripada pembolehubah yang dimanipulasikan.

iii Membuat hipotesis (Making hypothesis)Kenyataan yang menghubungkan di antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas. Hipotesis ini boleh juga dikenali sebagai hubungan atau perkaitan antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas.

iv Mentafsir data (Tabulating data)Menyatakan maklumat, pola / corak, hubungan antara dua maklumat, membuat kesimpulan dan menyatakan pernyataan daripada maklumat yang dikumpul berdasarkan jadual, carta, rajah, gambar rajah dan sepertinya.

v Membuat ramalan (Prediction)Membuat telahan, ramalan dan menganggar secara logik mengenai kejadian yang akan berlaku berdasarkan maklumat yang diperolehi.

vi Soalan-soalan aplikasi (Application)Soalan-soalan yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.

Jadual 4: Analisis Jenis Soalan Sains UPSR Bahagian B (2004-2008)

Kemahiran Proses Sains Science Process Skills 2004 2005 2006 2007 2008

Inferens (Inferences) 4 5 4 4 2

Mengawal pembolehubah (Controlling variables) 4 4 2 6 6

Hipotesis (Hypothesis) 1 1 4 3 3

5

Page 6: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

Meramal (Prediction) 3 4 2 2 3

Analisis Data (Tabulating Data) 8 6 8 5 6

Aplikasi (Application) - - - -

Jumlah (Total) 20 20 20 20 20

Jadual 5: ANALISIS SOALAN UPSR MENGIKUT TAJUK DAN TAHUN

Tajuk TahunBilangan soalan

2004 2005 2006 2007 2008A B A B A B A B A B

1 Keperluan asas 4 - - - - - - 1 - 1 12 Proses hidup 4 - - 1 - 1 - 1 - 2 -3 Perlindungan 4 - - - - 2 - - - - -4 Pengukuran 4 5 - 2 - 2 - 4 1 2 -5 Bahan 4 4 - 3 2 3 1 5 1 - -6 Bumi dan alam semesta 4 2 - 1 - - - - - 3 17 Teknologi di sekeliling kita 4 - - 1 - 1 - 1 - 2 18 Mikroorganisma 5 - - - - - - - - 1 -9 Kemandirian spesies 5 1 - 2 - 1 - - - 1 -10 Rantai makanan & siratan makanan 5 1 - 3 1 3 - 2 - 2 -

11 Tenaga 5 - - 1 - - - - - 1 -12 Elektrik 5 - - - - - - - - 1 113 Cahaya 5 1 - 2 - 1 - 1 - 1 -14 Haba 5 - 1 2 - - - 1 - - -15 Keadaan bahan 5 1 - 2 - 1 1 1 - 2 116 Asid & alkali 5 - - 2 - 1 - 1 - 1 -17 Buruj 5 - - - - - 1 - 1 -18 Bumi, Bulan & Matahari 5 2 2 - - 1 2 1 - -19 Kekuatan & kestabilan 5 1 1 1 - 1 - 1 - 1 -20 Interaksi antara benda hidup 6 2 1 1 - 2 1 3 1 1 -

21 Daya 6 2 1 1 1 2 - - - - -22 Pergerakan 6 - - - - - - 1 - 1 -23 Pengawetan makanan 6 1 - 1 - 2 - 1 - 2 -24 Pengurusan bahan buangan 6 - - - - - - - - 1 -

25 Gerhana 6 - - - - - - 1 - 1 -26 Mesin 6 2 - 2 - 1 - 1 - 2 -

Jumlah soalan 25 4 30 4 24 4 29 4 30 5

Jumlah soalan tidak termasuk bagi tajuk; bunyi, pembiasan cahaya, fenomena alam dan sumbangan pereka cipta yang ditiadakan mulai pengujian UPSR 2008.

Tajuk magnet masih berkemungkinan diuji dalam soalan kerana ia dipelajari oleh murid semasa tahun 3.

PANDUAN MENJAWAB

BAHAGIAN A

6

Page 7: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

1 Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengelak salah tafsir dan kecuaian memilih jawapan yang tepat.

2 Semasa mentafsir soalan, cuba kaitkan dengan:- tajuk yang dipelajari atau- kemahiran berfikir logik atau- pengalaman kehidupan seharian

3 Baca cadangan-cadangan jawapan yang lain juga. Anda tidak boleh terlalu yakin hanya dengan satu jawapan sahaja. Ada kemungkinan soalan yang anda anggap mudah, sebenarnya mempunyai `muslihat’ yang menyebabkan anda memilih jawapan yang salah.Mungkin ada jawapan lain yang lebih tepat dari jawapan yang telah anda pilih.

4 Singkirkan jawapan yang jelas tidak sesuai. Tapis hanya jawapan-jawapan yang tepat dahulu, selepas itu barulah memilih jawapan yang paling tepat. Anda dinasihatkan tidak terlalu yakin kepada setiap jawapan yang telah dipilih.

5 Sekiranya anda ragu-ragu dengan jawapan yang telah dipilih, bulatkan nombor soalan tersebut pada kertas soalan dan tinggalkan sementara waktu. Beralihlah kepada soalan seterusnya. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengambil masa terlalu lama kepada soalan tersebut dan memungkinkan ketidak cukupan masa untuk menjawab soalan-soalan lain.

6 Setelah selesai menjawab soalan-soalan lain, kembali semula kepada soalan yang belum berjawab tersebut.

7 Anda dinasihatkan untuk menjawab kesemua soalan tanpa meninggalkan begitu sahaja walaupun soalan itu susah dan anda tidak yakin kepada jawapan yang telah dipilih. Ini adalah kerana markah tidak akan dipotong jika jawapan anda salah.

8 Anda perlu berhati-hati menanda jawapan pada kertas jawapan. Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih pada kertas soalan.

9 Akhirnya, jika ada masa semak semula jawapan yang telah dibuat terutamanya jawapan yang anda tidak pasti ketepatannya.

INGAT! Pastikan anda mendapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini. Ini kerana Bahagian A menyumbangkan 60% daripada markah keseluruhan kertas sains UPSR.

BAHAGIAN B

1 Soalan berstuktur dalam bahagian ini selalunya berdasarkan suatu rajah, gambar rajah, carta, graf, dialog atau data yang berkaitan dengan fakta, eksperimen, pemerhatian atau penyiasatan.

2 Soalan sentiasa bermula dengan suatu perenggan yang mempunyai maklumat tertentu. Fahamkan segala maklumat yang diberi dan cuba untuk membayangkan bagaimana maklumat itu diperolehi atau eksperimen itu dijalankan.

3 Baca, perhati, kaji dan fahamkan maklumat untuk menentukan idea utama, khususnya yang melibatkan tujuan penyiasatan atau eksperimen serta pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Sebaiknya catatkan ketiga-tiga pembolehubah yang terlibat dan ambil sedikit masa untuk menentukan ketepatannya. Ini kerana pembolehubah yang silap akan menyebabkan kesilapan semasa menjawab soalan tujuan, hipotesis dan kesimpulan.

7

Page 8: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

4 Baca semua sub-sub soalan dan tandakan kata kunci soalan seperti pemerhatian, pemerhatian tambahan, inferens, tentukan pembolehubah (maklumat / perkara), hubungan, hipotesis, pola / corak, meramal dan membuat kesimpulan.

5 Cuba untuk menggunakan kata kunci jawapan seperti:i Pemerhatian - Cerita apa yang berlaku pada akhir penyiasatanii Tujuan – Untuk mengkaji hubungan antara.......ii Inferens – Nyatakan pemerhatian dan sebab (kerana....)iii Pola / corak – Sama ada menaik, menurun atau mendatariv Hipotesis – Semakin..... semakin, Jika...... maka, Paling….. palingv Kesimpulan – Bina ayat penyata atau boleh juga mengulang hipotesisiv Pembolehubah – pastikan terdapat sifat dan radas

6 Anda tidak perlu membina ayat yang panjang untuk menghurai jawapan. Jawapan hendaklah ringkas, tepat dan mudah difahami. Boleh abaikan faktor tatabahasa kerana ketepatan fakta sains adalah penentu bagi jawapan yang betul. Tulisan perlulah kemas dan boleh dibaca.

7 Elakkan jawapan yang meragukan ketepatannya dan jawapan yang terlalu umum.

8 Sekiranya anda telah selesai menjawab kesemua soalan, semak semula jawapan yang ditulis terutama dari segi ejaan dan pemilihan perkataan yang tepat terutama penggunaan laras bahasa sains yang baik.

9 Pastikan skor markah yang baik bagi Bahagian B ini agar keseluruhan markah apabila dijumlahkan dengan Bahagian A, memberikan keseluruhan markah yang cemerlang.

KELEMAHAN UMUM CALON SEMASA MENJAWAB SOALAN UPSR

1 Kurang persediaan dalam aspek maklumat dan idea utama Sains merupakan satu-satunya subjek UPSR yang membincangkan tajuk dan isi pembelajaran yang berbeza dari tahun 1 – 6. Secara jelasnya murid akan belajar tajuk baru pada setiap tahun bermula di tahun 1 hingga yang terkini di tahun 6. Pengujian UPSR adalah meliputi keseluruhan tajuk dan isi pembelajaran sains sekolah rendah selama 6 tahun. Sehubungan dengan itu, semua maklumat dalam tempoh tersebut perlu diperolehi, difahami dan diingati untuk menduduki UPSR.

Murid perlu membuat persediaan awal dengan sedaya upaya memahami isi pembelajaran dan berjaya mengaitkannya dengan tajuk-tajuk pembelajaran dari semasa ke semasa. Sila selalu bertanya dan tumpukan perhatian dari awal serta tidak hanya memberi fokus semasa di tahun 6 sahaja.

2 Kurang memahami istilah dan konsep sainsTerdapat beberapa istilah, konsep dan nama bahan / objek yang asing bagi murid dalam kehidupan seharian. Contohnya:

- istilah seperti kemandirian spesies, berhibernasi, bermigrasi, berkumuh, meniskus, asteriod, meteoroid, kondensasi, toksik, penyejatan, steril, santuari, organisma, pempasteuran, pegun, buruj, umba / penumbra, fulkrum dan hipotesis.

- konsep seperti jisim, penyejatan, bahan legap, litar selari / bersiri, asid / alkali / neutral, konduktor / penebat, tenaga solar, hujan asid, roda dan gandar dan pembolehubah dimalarkan / bergerak balas / dimanipulasikan.

8

Page 9: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

- nama bahan / objek sains seperti meranti, semarak api, bakau, buah jarak, buah berangan, kiambang, telepuk, begonia, nama-nama penyakit, nama-nama mikroorganisma, nama-nama buruj, nama-nama planet, dan belantik.

Murid perlu merujuk kepada guru dan bahan sumber tambahan melalui buku, majalah, rancangan televisyen dan internet. Bahan-bahan penerangan bergambar dengan disertai rajah, lukisan dan simulasi dikenal pasti sebagai cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

3 Tidak dapat membezakan istilah dalam Kemahiran Proses Sains (KPS) Proses mentafsir data dan mengenal kata kunci soalan khasnya bagi Bahagian B sangat penting. Murid perlu tahu membeza antara pemerhatian dan inferens, tujuan dan hipotesis dan maklumat / perkara (pembolehubah dimalarkan / dimanipulasikan dan bergerak balas). Contohnya:

Tujuan sama maksud dengan topik dan tajuk.Inferens sama maksud dengan sebab dan alasan.Hubungan sama maksud dengan perkaitan.

4 Jawapan yang umum, kabur dan tidak berdasarkan prinsip sains yang diuji Murid perlu mengelak untuk menjawab dengan pernyataan yang umum seperti:

- Contoh jawapan : Pokok A layu kerana kekurangan keperluan asas.

Keperluan asas adalah umum kerana perlu dirujuk sama ada cahaya Matahari, air atau udara.

- Contoh jawapan: Pokok A dan B berbeza ketinggian.

Berbeza adalah umum. sepatutnya nyatakan pokok mana yang lebih tinggi, sama ada pokok A lebih tinggi daripada B, atau B rendah berbanding A.

- Contoh jawapan: Suhu akan berubah.

Berubah adalah kabur kerana tidak menyatakan sama ada meningkat atau menurun.

Murid perlu banyak membuat latihan soalan Bahagian B dan merujuk jawapan kepada guru untuk pengesahan jawapan. Rujukan kepada guru sains sangat penting kerana pelbagai jawapan boleh diterima walau dengan `kata kunci’ jawapan yang pelbagai. Apa yang penting ialah jawapan mesti memenuhi kehendak fakta dari aspek maklumat dan laras bahasa sains. Jawapan akan salah jika ketiadaan perkataan yang` tegas’ terutama yang melibatkan ukuran atau ciri-ciri pembolehubah seperti saiz, ketinggian, bentuk, suhu, bilangan dan berat.

SECTION A ANALYSIS BASED ON TOPICS

THEME TOPICS Set1

Set 2

Set3

Set 4

Set 5

Set 6

INV

ES

TIG

ATI

NG

LIV

ING

Year 4 Basic NeedsBasic Needs of Humans 1Basic Needs of Animals 1 1

9

Page 10: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

THIN

GS

Basic Need of Plants 1 1 Life ProcessesLife Processes that Humans Undergo 2 2 1

Bad Habits that Disturb Human’s Life Processes 2

Life Processes that Animals Undergo 2 2 2

Life Processes that Plants Undergo 3 3 ProtectionProtection of Animals from Danger 4 3 4Protection of Animals from Extreme Weather 3 3

Natural Defense in Plants 4Adaptation of Plants to Nature 3

Year 5 MicroorganismMicroorganism is a Living Things 4 4 5Some Microorganisms are Harmful and Some are Useful 5 5 4

Survival of the SpeciesSurvival of Animals 6 5Survival of Plants 6 5 5Importance of Survival of the Species 6

Food chain and Food WebFood Chains 7 7 6 6Food Web 6 7

Year 6 Interaction Among Living ThingsSome Animals Live in Groups and Others Live in Solitude 7 7

Competition 8 8Protection of Endangered Species 8Impact of Human Activities on the Environment 7

INV

ES

TIG

ATI

NG

FO

RC

E A

ND

EN

ER

GY

Year 4 MeasurementsLength 9Area 8Volume of Solid 8Volume of Liquid 9Mass 8Time 9Importance of Standard Units 10 9

Year 5 EnergyUses of Energy 11 10Transformation of Energy 9 10 9Renewable and Non-renewable Energy 10 11

ElectricitySources of Electricity 12 11

10

Page 11: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

A Series Circuit and a Parallel Circuit 10 11 10

Safety Precautions to be Taken when Handling Electrical Appliances 13 12

LightLight Travels in a Straight Line 11 13Reflection of Light 14 12 12 11 HeatTemperature 15 12 13Effects of heat on Matter 13 14 12

Year 6 ForcePush and Pull 14 15 13Effects of a Force 13 14Friction 15 15Speed 16 14 14

INV

ES

TIG

ATI

NG

MA

TER

IALS

Year 4 MaterialsMaterials Around Us 16Properties of Materials 16Conductors and Insulators 17 16Transparent, Translucent and Opaque Materials 18 15 15

Keeping Things Hot or Cold 17Uses of Materials Based on Their Properties 17 16

Reuse, Reduce and Recycle of Materials 16 17

Rusting 19 18 17Year 5

States of MatterSolid, Liquid and Gas 18 19Change of Matter from One State to Another 20 17 18

Water Cycle 19 20Importance of Water Resources 18Acid and AlkaliProperties if Acidic, Alkaline and Neutral Substances 21 18 19 19

Year 6 Food PreservationFood Spoilage 22 21Food Preservation 20 19 20 20The Importance of Preserving Food 21 20 21 Waste ManagementEffects of Improper Disposal of waste on the Environment 23 21 22

Some Waste Can Decay 24 21

INV

ES

TIG

ATI

NG

TH

E E

AR

TH

AN

D T

HE

Year 4 The Earth and The UniverseThe Solar System 25 22 22 22Size and Distance between the Earth, The Moon and The Sun 22

Perfect Placement of Planet Earth in the Solar System

23

11

Page 12: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

UN

IVE

RS

E

Year 5 ConstellationConstellation 26 23 23 The Earth, The Moon and the SunMovements of the Earth, the Moon and the Sun 23 23 24

Occurrence of Day and Night 27 24 24 24Phases of the Moon 25 24 25

Year 6 EclipsesEclipse of the Moon 28 25 26Eclipse of the Sun 26 25 25

INV

ES

TIG

ATI

NG

TE

CH

NO

LOG

Y

Year 4 TechnologyHumans Limitation 27 26 26Development of Technology 29 26 27Solving Problem Using Technology 28 27 27Advantages and Disadvantages of Technology 27

Year 5 Strength and StabilityShapes of Objects in Structures 28 28Strength and Stability of a Structure 29 28 28

Year 6 MachinesSimple Machines 30 29 29 29Complex Machine 30 30 30 29Appreciating the Invention of Machines 30 30

SECTION B ANALYSIS BASED THE TYPE OF QUESTIONS

Type of Questions Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

Facts

Terminology

Sequencing

12

Page 13: KEPADA · Web viewPada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain’. ii Kertas Sains ini dibahagi kepada

Method

Classification

Principle / Concept

Translation

Interpretation

Prediction

Application

Total 30 30 30 30 30 30

13