kencing manis: nuh buat kajian and...di kuala lumpur dan dibentangkan pada pertemuan di malaysia,...

1
EHASLEEN BACHIK [email protected] HOSPITAL Universiti Nasional (NUH) sedang me- laksanakan kajian besar-besaran yang pertama di ran- tau Asia Pasifik untuk lebih memahami mengapa sese- orang mengalami kencing manis dan bagaimana ia men- jadi bertambah serius sebelum disahkan menghidapi pe- nyakit kronik itu. Projek yang dikenali sebagai ‘Menilai Perkemba- ngan ke Diabetes Jenis 2’ (APT-2D) itu bertujuan me- ngumpul dan menganalisis maklumat menyeluruh dari- pada 2,300 sukarelawan – 1,500 mereka yang di pe- ringkat pradiabetes dan 800 lagi bagi yang mengandu- ngi kandungan gula normal dalam darah. Mereka bakal dipantau dan menjalani penilaian se- panjang tiga tahun atau apabila disahkan menghidap- nya. Dalam sidang media di NUH semalam, penyiasat uta- ma kajian tersebut yang juga konsultan kanan, Divisyen Endokrinologi NUH, Dr Toh Sue-Anne, berkata: “Di peringkat global, banyak usaha disalur bagi merawat penyakit ini daripada mencegahnya. Semakin lama jang- ka hayat, mereka mungkin menghabiskan banyak masa dengan tahap kesihatan yang menurun atau tidak sihat ekoran penyakit kronik seperti kencing manis.” Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Chia Kee Seng, pula menambah: “Diabetes dalam erti kata lain sebenarnya tidak menakutkan. “Komplikasi diabetes itulah yang menggerunkan. Diabetes adalah penyakit senyap. Saya mungkin meng- alami diabetes sekarang dan saya tampak sihat. Saya berjalan-jalan, makan apa sahaja yang saya mahu dan saya tidak tahu pun yang saya mempunyai diabetes.” Namun, ia akan menimbulkan bebanan buat indi- vidu, keluarga dan negara jika disahkan menghidapnya. Komplikasinya pula termasuk menjadi buta, kudung, angin ahmar, serangan jantung, kegagalan ginjal dan se- bagainya. Bebanan ekonomi penyakit kencing manis ke atas pe- kerja dewasa dianggar menelan belanja lebih $1 bilion setahun. Di antara mereka yang menghidapi kencing manis pula, seorang daripada tiga warga tidak tahu me- reka mempunyai penyakit itu. Menurut Dr Toh, kajian tersebut melibatkan sukare- lawan berusia antara 30 dengan 65 tahun dan pada umumnya sihat. Berbekalkan hasil kajian yang dijadual diperolehi antara lima dengan enam tahun itu, ia diharap akan membolehkan pakar perubatan memberikan rawatan dan campur tangan lebih disasarkan bagi mereka yang berisiko tinggi menghidapi kencing manis Jenis 2 serta komplikasinya. Pada masa yang sama, ia turut memban- tu pengkaji menghasilkan ubat lebih berkesan dalam menanganinya. Kajian itu adalah usaha sama antara NUH dengan syarikat farmaseutikal Janssen Pharma- ceuticals, Inc dan Johnson & Johnson Innovation. Kencing manis: NUH buat kajian besar-besaran di rantau Asia Pasifik

Upload: dinhkhanh

Post on 22-May-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ANTARA pakar Pe-ngajian Melayu yang ter-sohor, khususnya sasteraMelayu klasik dan linguis-tik, Dr Liaw Yock Fangatau Pak Liaw, berpulangpada 1.27 dinihari Sabtulalu selepas lama meng-hidap beberapa penyakit.

Lahir di Singapura pa-da 14 September 1936,beliau tidak tamat penga-jian di Universiti Nan-yang kerana mendapatbiasiswa demi meraih sar-jana muda sastera (1963)dan sarjana sastera(1965) dalam bidang bahasa dankesusasteraan Indonesia di Universi-ti Indonesia.

Dari Universiti Leiden (di Belan-da), beliau meraih gelar Drs (1971)dan Dr (doktor falsafah kesusaste-raan) pada 1976 dengan tesisnyaUndang-undang Melaka.

Peramah lagi santun, beliau per-nah mengajar di Jabatan PengajianMelayu Universiti Nanyang (Nan-tah) dan bersara daripada JabatanPengajian Melayu Universiti Si-ngapura (kemudian Universiti Na-sional Singapura).

Beliau fasih berbahasa Manda-rin, Inggeris, bahasa Melayu dan arifbahasa Arab.

Baktinya dicurahkan kepada Maj-lis Bahasa Melayu Singapura sehing-ga dijulang dengan Anugerah KhasPersuratan (2011).

Antara karyanya termasuklahIkhtisar Kritik Sastra (1974), Se-jarah Kesusastraan Melayu Klasik(1975), Undang-undang Melaka(1976), The Complete Poems of

Chairi l Anwar(1974), serta buku-buku belajar bahasaseperti Standard Ma-lay Made Simple(1988), Speak Stan-dard Indonesian (de-ngan Munadi Pat-madiwiria & Abdul-lah Hassan, 1990),N a h u M e l a y uModen (dengan Ab-dullah Hasan, 1994).

Puluhan makalah-nya, termasuk bahaslinguistik dengan ba-hasawan Asraf Haji

Abdul Wahab atau Pak Asraf, diter-

bitkan Dewan Bahasa dan Pustaka

di Kuala Lumpur dan dibentangkan

pada pertemuan di Malaysia, Indo-

nesia, dan Brunei.Menurut pemangku ketua bahagi-

an Bahasa dan Budaya Asia di Insti-tut Pendidikan Nasional, UniversitiTeknologi Nanyang, dan bekas ma-hasiswanya serta Timbalan Pengeru-si Majlis Bahasa Melayu, ProfesorMadya Dr Hadijah Rahmat:

“Beliau antara segelintir ilmi-awan asal Cina yang terus dikenangkerana gigih, cinta dan berbakti be-sar dalam menyuburkan kajian me-ngenai persuratan Melayu.”

Menurut anak perempuannya,Cik Cynthia Liaw, jenazah ayahnyaakan berangkat untuk disemadikanpada 12.30 petang esok dari rumah-nya di 26 Watten Estate.

Mendiang meninggalkan seorangbalu, Cik Kum Lai Chun (mantanKerani Parlimen, 1974-2000) dandua anak (termasuk seorang lelaki).

EHASLEEN [email protected]

HOSPITAL Universiti Nasional (NUH) sedang me-laksanakan kajian besar-besaran yang pertama di ran-tau Asia Pasifik untuk lebih memahami mengapa sese-orang mengalami kencing manis dan bagaimana ia men-jadi bertambah serius sebelum disahkan menghidapi pe-nyakit kronik itu.

Projek yang dikenali sebagai ‘Menilai Perkemba-ngan ke Diabetes Jenis 2’ (APT-2D) itu bertujuan me-ngumpul dan menganalisis maklumat menyeluruh dari-pada 2,300 sukarelawan – 1,500 mereka yang di pe-ringkat pradiabetes dan 800 lagi bagi yang mengandu-ngi kandungan gula normal dalam darah.

Mereka bakal dipantau dan menjalani penilaian se-panjang tiga tahun atau apabila disahkan menghidap-nya.

Dalam sidang media di NUH semalam, penyiasat uta-ma kajian tersebut yang juga konsultan kanan, DivisyenEndokrinologi NUH, Dr Toh Sue-Anne, berkata: “Diperingkat global, banyak usaha disalur bagi merawatpenyakit ini daripada mencegahnya. Semakin lama jang-ka hayat, mereka mungkin menghabiskan banyak masadengan tahap kesihatan yang menurun atau tidak sihatekoran penyakit kronik seperti kencing manis.”

Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock,Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor ChiaKee Seng, pula menambah: “Diabetes dalam erti kata

lain sebenarnya tidak menakutkan.“Komplikasi diabetes itulah yang menggerunkan.

Diabetes adalah penyakit senyap. Saya mungkin meng-alami diabetes sekarang dan saya tampak sihat. Sayaberjalan-jalan, makan apa sahaja yang saya mahu dansaya tidak tahu pun yang saya mempunyai diabetes.”

Namun, ia akan menimbulkan bebanan buat indi-vidu, keluarga dan negara jika disahkan menghidapnya.Komplikasinya pula termasuk menjadi buta, kudung,angin ahmar, serangan jantung, kegagalan ginjal dan se-bagainya.

Bebanan ekonomi penyakit kencing manis ke atas pe-kerja dewasa dianggar menelan belanja lebih $1 bilionsetahun. Di antara mereka yang menghidapi kencingmanis pula, seorang daripada tiga warga tidak tahu me-reka mempunyai penyakit itu.

Menurut Dr Toh, kajian tersebut melibatkan sukare-lawan berusia antara 30 dengan 65 tahun dan padaumumnya sihat.

Berbekalkan hasil kajian yang dijadual diperolehiantara lima dengan enam tahun itu, ia diharap akanmembolehkan pakar perubatan memberikan rawatandan campur tangan lebih disasarkan bagi mereka yangberisiko tinggi menghidapi kencing manis Jenis 2 sertakomplikasinya. Pada masa yang sama, ia turut memban-tu pengkaji menghasilkan ubat lebih berkesan dalammenanganinya. Kajian itu adalah usaha sama antaraNUH dengan syarikat farmaseutikal Janssen Pharma-ceuticals, Inc dan Johnson & Johnson Innovation.

PEMERINTAH akan memperun-tukkan dana $700 juta di bawah ba-hagian ketiga Dana PembangunanPelancongan dari tahun ini hingga2020 bagi mengukuhkan sektor pe-lancongan di Singapura.

Dana itu akan digunakan bagimembangunkan produk bagi me-mastikan negara ini kekal sebagaidestinasi pilihan pelawat serta me-manfaatkan teknologi dan inovasibagi membaiki produktiviti.

Selain itu, ia akan juga diguna-kan bagi meningkatkan keupayaantenaga manusia bagi memastikan pe-kerja dalam sektor itu mempunyaikemahiran yang sesuai bagi diman-faatkan selari dengan pertumbuhanindustri.

Mendedahkan demikian dalamSidang Industri Pelancongan sema-lam, Menteri Perdagangan dan Peru-sahaan (Perusahaan), Encik S. Iswa-ran, berkata sektor pelanconganmenghadapi sekitaran lebih men-cabar sejak dua tahun lalu disebab-kan ketidaktentuan ekonomi seja-gat, persaingan berkembang di ran-tau ini dan sumber terhad dalamnegara. Ini meskipun bilangan pen-duduk kelas pertengahan yang ber-tambah di Asia merupakan satu pe-luang pertumbuhan besar bagi nega-ra ini.

Dari 2010 hingga 2015, pendapa-tan pelancongan meningkat daripa-da $18.9 bilion kepada anggaran$22 bilion, dan bilangan pelawatasing tumbuh daripada 11.6 juta ke-

pada 15.2 juta.Menjelaskan perincian pelaburan

dana itu, beliau berkata pelaburanakan dibuat dalam sektor tukikanyang mempunyai potensi pertumbu-han tinggi seperti industri pelaya-ran.

Encik Iswaran juga menggalakpenggunaan teknologi seperti anali-tik dana bagi merevolusi cara sektoritu memahami keperluan pelawatdan menyesuaikan produk bagi me-menuhi keperluan mereka.

Robotik merupakan satu lagicara meningkatkan produktiviti dan

menghuraikan masalah tenaga bu-ruh yang terhad, serta membenar-kan pekerja menumpukan per-hatian kepada kegiatan nilai tam-bah. Hotel Rochester Park Avenue,misalnya, akan menggunakan duarobot bagi membuat kerja pembersi-han di bilik bermula Julai ini hasilsokongan STB.

Melalui penyesuaian prasaranahotel, huraian teknologi bolehdiperkenal bagi meningkatkanproduktiviti.

Bagi memupuk bakat pekerja se-tempat, mereka boleh menjalani lati-han dan pendidikan melalui PelanTenaga Manusia Sektor Hotel(SMP) yang dilancarkan Oktober la-lu.

Di bawah program Bekerja Sam-bil Belajar di bawah SkillsFuture, lu-lusan politeknik dan Institut Pendi-dikan Teknikal (ITE) mempunyai pe-luang mengikuti latihan di hotel.

Ketua Eksekutif STB, Encik Lio-nel Yeo, berkata agensi itu akan ju-ga meningkatkan pemasaran ke ne-gara-negara seperti China, Indone-sia, India dan Myanmar.

Turut dirancang ialah hab pusatdi mana perniagaan boleh bertukarmaklumat mengenai tawaran mere-ka.

Matlamatnya ialah menjadikanSingapura sebuah data tarikan megayang tunggal bagi pelabur – yang da-pat dilakukan menerusi aplikasi bim-bit satu hentian dan kios ‘bijak’ didestinasi utama pelawat.

MAJLIS Bahasa Melayu Singapura (MBMS) semalam mengutus-kan takziah kepada keluarga Dr Liaw Yock Fang yang meninggal du-nia Sabtu lalu.

MBMS dalam kenyataannya juga melahirkan rasa dukacita atas pe-mergian Dr Liaw, yang juga Ahli Lembaga Penasihat majlis itu.

“Dr Liaw telah banyak menyumbang dalam pembangunan danpenggalakan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Singapura,” kataMBMS.

Beliau antara lain pernah menjadi ahli Jawatankuasa Bahasa Me-layu Singapura dari 1983 hingga 1992, ahli Majlis Bahasa Melayu Sin-gapura dari 1992 hingga 1998 dan ahli Lembaga Penasihat Majlis Ba-hasa Melayu Singapura dari 1998 hingga kini.

Mendiang pernah menyumbang kepakaran sebagai ahli juri untukAnugerah Persuratan sejak 1975, ahli jawatankuasa Bulan Bahasa se-jak 1988 dan sering dijemput sebagai pakar dan aktivis bagi seminarkesusasteraan Melayu.

Beliau juga menulis dalam Berita Harian tentang bahasa, budayadan sastera Melayu, kata MBMS.

Kencing manis: NUH buat kajianbesar-besaran di rantau Asia Pasifik

Pakar pengajian Melayu meninggal dunia

Iswaran: Dana $700jbagi perkukuh

industri pelancong

Majlis Bahasa Melayu Singapura ucap takziah

DR LIAW YOCK FANG:Baktinya dicurahkankepada Majlis BahasaMelayu Singapura.

E Kukuhkan sektor tukikan yangmempunyai potensi pertumbuhantinggi seperti industri pelayaran.

E Menggunakan teknologi sepertianalitik data bagi merevolusi carasektor itu memahami keperluanpelawat.

E Menggunakan robotik bagimeningkatkan produktiviti danmenghuraikan masalah tenaga buruhyang terhad.

E Mengubah suai prasarana hotelbagi memperkenal teknologi bagimeningkatkan produktiviti.

E Memupuk kemahiran pekerja bagimenjalani latihan dan pendidikanmelalui SkillsFuture.

MENGUKUHKAN SEKTORPELANCONGAN

Berita Harian | Selasa, 26 April 2016 3

Berita