di dalam mahkamah rayuan syariahterengganu di …syariah.terengganu.gov.my/doc/permohonan pengesahan...

21
1 DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN DALAM PERKARA PERMOHONAN PENGESAHAN PERCERAIAN RAYUAN MAL NO: 1234 - 123 - 12344 - 2018 ANTARA AAAA BT BBBB KP :123456-11-1234 ...PERAYU DENGAN CCCCC BIN DDDD KP :333333-11-4444...RESPONDEN DI DALAM MAHKAMAH TINGGI RAYUAN SYARIAH TERENGGANU DI KUALA TERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU DALAM PERKARA PERMOHONAN PENGESAHAN PERCERAIAN RAYUAN MAL NO: 55555-555-55555-2017 ANTARA AAAA BT BBBB KP :123456-11-1234 …PERAYU DENGAN CCCCC BIN DDDD KP :333333-11-4444 …RESPONDEN DI HADAPAN PANEL RAYUAN: Y.A. Dato’ HajiMohd Yazid bin Haji Mustafa Pengerusi Y.A. Dato’ Haji Abdul Walid bin Abu Hassan Ahli Y.A. Tuan Haji Rosdi bin Harun Ahli

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

1  

DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

DALAM PERKARA PERMOHONAN PENGESAHAN PERCERAIAN

RAYUAN MAL NO: 1234 - 123 - 12344 - 2018

ANTARA

AAAA BT BBBB KP :123456-11-1234 ...PERAYU

DENGAN CCCCC BIN DDDD KP :333333-11-4444...RESPONDEN

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI RAYUAN SYARIAH

TERENGGANU DI KUALA TERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PENGESAHAN PERCERAIAN

RAYUAN MAL NO: 55555-555-55555-2017

ANTARA

AAAA BT BBBB KP :123456-11-1234 …PERAYU

DENGAN CCCCC BIN DDDD KP :333333-11-4444 …RESPONDEN DI HADAPAN PANEL RAYUAN: Y.A. Dato’ HajiMohd Yazid bin Haji Mustafa … Pengerusi

Y.A. Dato’ Haji Abdul Walid bin Abu Hassan … Ahli

Y.A. Tuan Haji Rosdi bin Harun … Ahli

Page 2: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

2  

PADA HARI AHAD, 14 OKTOBER 2018 BERSAMAAN 05SAFAR 1440H Peguam Syarie Perayu: Ummu Abihah Binti Mohd Roslandari Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co. Peguam Syarie Responden: Wan Mohd Azziadidari Firma Guaman Syarie Wan Mohd Azziadi

ALASAN PENGHAKIMAN

1. FAKTA KES

1.1 Perayu dan Responden telah berkahwin pada 16/11/2007

bertempat di Masjid Kampung XXXX, 12345XXXX,

Terengganu dengan berwalikan bapa kandung Perayu.

1.2 Pada 3/11/2015 kira-kira jam 4.12 petang melalui satu

panggilan telefon, Responden telah menceraikan Perayu

dengan lafaz:

“Dengan ini AAAA BT BBBB, saya ceraikan awak dengan

talak tiga”.

1.3 Kes dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah

Marang yang mana Responden bertindak sebagai Pemohon

dan Perayu sebagai Responden. Keputusan dibuat pada 12

Januari 2016 tanpa kehadiran Perayu (Responden) di mana

Mahkamah mensabitkan bahawa telah berlaku perceraian

dengan perceraian talaq tiga kali pertama (Bain Kubra).

Page 3: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

3  

1.4 Seterusnya Perayu memfailkan Notis Rayuan pada 25/1/2016 di Mahkamah Tinggi Syariah. Permohonan rayuan tersebut diluluskan dan diperintah sambung bicara yang mana keterangan responden secara iqrar bahawa responden telah melafazkan cerai terhadap perayu sebagaimana tarikh 12 Januari 2016 adalah dikekalkan.

1.5 Pada 16/2/2017, Hakim bicara telah membuat keputusan

sepertimana berikut:

1.5.1 SAYA sabit telah berlaku perceraian antara CCCCC

BIN DDDD, KP: 333333-11-4444 Pemohon/suami

dengan AAAA BT BBBB No. KP:123456-11-1234

Responden/isteri pada 03 November 2015 dengan

perceraian talak tiga kali pertama (Bain

Kubra). Perceraian berlaku di luar Mahkamah dan

tanpa kebenaran Mahkamah.

1.5.2 SAYA sabit lafaz cerai yang telah dilafazkan oleh

Pemohon/suami di luar Mahkamah ialah lafaz soreh

iaitu, “Dengan ini AAAA BT BBBB, saya ceraikan

awak dengan talak tiga”.

1.5.3 SAYA sabit berdasarkan kepada keterangan

Pemohon/Suami semasa berlaku perceraian

Responden/Isteri berada dalam keadaan tidak suci

(haid). Datang haid 7-8 hari setiap bulan. Oleh itu,

SAYA perintah AAAA BT BBBB No. KP:123456-11-

1234 Responden/isteri hendaklah beriddah dengan

Page 4: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

4  

iddah tiga kali suci bermula dari tarikh perceraian

berlaku pada 03 November 2015 sehingga

kedatangan haid yang ketiga, tidak termasuk haid

semasa diceraikan.

1.5.4 SAYA perintah Surat Perakuan Nikah No 33333

Bilangan 00-0123-0000-11111 yang dikeluarkan

oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’

Orang Islam Daerah Marang, Terengganu

hendaklah diserahkan kepada Mahkamah untuk

urusan pembatalan.

1.5.5 SAYA memberi kebenaran kepada pihak-pihak

untuk memfailkan sebarang tuntutan lain ke

Mahkamah ini jika ada.

1.5.6 SAYA memberi pengiktirafan bahawa alamat

penyampaian terakhir bagi pihak-pihak adalah

seperti berikut :-

a) CCCCC BIN DDDD,

Lot 1234, Kg YYYYY,

10000 UUUUU, Terengganu.

b) AAAA BT BBBB,

Lot 1234, Kg YYYYY,

10000 UUUUU, Terengganu.

1.5.7 SAYA perintahkos ditanggung oleh pihak-pihak.

Page 5: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

5  

1.6 Perayu tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan

memfailkan notis rayuan dan memasukkan alasan rayuan

pada 2 Ogos 2017.Pada 15 Januari 2018, Mahkamah Tinggi

Rayuan Syariah telah membuat keputusan berikut:

1.6.1 SAYA TIDAK BENARKAN rayuan Perayu, AAAA

BT BBBB No. KP:123456-11-1234;

1.6.2 SAYA PERINTAHKAN keputusan Mahkamah

Rendah Syariah XXXX berkenaan sabitan perceraian

talaq tiga kali pertama (Bain Kubra) dalam

permohonan No : 1111-111-1111-2015 yang

bertarikh 16 Februari 2017 bersamaan 19 Jamadil

Awal 1438H dikekalkan.

1.7 Perayu masih tidak berpuas hati dengan keputusan

Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah dan membuat rayuan ke

Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu pada 25 Januari

2018. Perayu telah memasukkan Permohonan Kebenaran

Merayu ke dalam Mahkamah Rayuan Syariah pada tarikh

tersebut.Pada 8 April 2018, Mahkamah Rayuan Syariah

Terengganu membenarkan permohonan kebenaran merayu

Perayu.

1.8 Pada 12 April 2018, Perayu memasukkan Notis Rayuan

kerana tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan

Page 6: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

6  

YA Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Terengganu

yang mengekalkan keputusan Hakim Bicara Mahkamah

Rendah Syariah Daerah Marang.

2. ALASAN RAYUAN

2.1 Perayu telah memfailkan Notis Rayuan pada

12/4/2018.Manakala Alasan Rayuan difailkan pada

15/05/2018. Alasan-alasan Perayu adalah seperti berikut:

2.1.1 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan Hukum Syarak apabila

mengekalkan sabitan talaq tiga kali pertama (bain

kubra) oleh Hakim Bicara Mahkamah Rendah

Syariah Daerah Marang berdasarkan lafaz yang

dibuat oleh Responden pada 03 November, 2015

iaitu:

“Dengan ini AAAA BT BBBB, Saya ceraikan awak

dengan talaq tiga”

Sebagai lafaz cerai sedangkan pada masa tersebut

Responden sedang mengalami gangguan dari

mahkluk halus sehingga tidak menyedari apa yang

diucapkan;

2.1.2 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan Hukum Syarak apabila

mengekalkan sabitan talaq tiga kali pertama (bain

Page 7: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

7  

kubra) oleh Hakim Bicara Mahkamah Rendah

Syariah Daerah Marang berdasarkan kepada lafaz

cerai yang dibuat oleh Responden tanpa mengambil

kira iqrar perayu bahawa responden sedang

mengalami gangguan makhluk halus semasa

mengucapkan lafaz cerai berkenaan;

2.1.3 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) oleh

Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah Daerah

Marang berdasarkan kepada lafaz cerai yang dibuat

oleh Responden tanpa mengambil kira bahawa

sebagai orang awam kemungkinan besar

Responden tidak tahu bagaimana untuk

memaklumkan kepada Mahkamah keadaan beliau

semasa melafazkan lafaz cerai tersebut disebabkan

tidak memahami prosiding Mahkamah;

2.1.4 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) oleh

Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah Daerah

Marangapabila menyatakan Responden berada

dalam keadaan siuman dan berakal semasa lafaz

Page 8: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

8  

cerai tersebut dibuat sedangkan Responden sedang

mengalami gangguan makhluk halus;

2.1.5 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) namun

gagal menimbang perubahan sikap Responden yang

berlaku secara mendadak adalah merupakan di

antara petanda bahawa beliau mengalami masalah

gangguan;

2.1.6 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) dengan

menyatakan bahawa keterangan SP-4 hanya

bertaraf bayyinah semata-mata tanpa mengambil

kira bahawa perkara yang berlaku ini sememangnya

diketahui oleh keluarga terdekat sahaja menurut

kelazimannya;

2.1.7 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) dengan

menyimpulkan keterangan SP-2 seolah-olah tidak

wujud gangguan makhluk halus dalam diri

Page 9: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

9  

Responden sedangkan pada masa yang sama SP-2

adalah salah seorang perawat yang merawat

Responden sehingga pulih dari gangguan tersebut;

2.1.8 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) dengan

menyatakan bahawa keterangan SP-1 yang

dikemukakan kepada Mahkamah semasa hari

perbicaraan yang lalu bukanlah “hostile witness”.

2.1.9 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) namun

menyatakan bahawa keterangan yang diberikan

oleh Perayu tidak boleh diiktiraf sebagai syahadah

sedangkan kes ini adalah melibatkan isu perceraian

di antara Perayu dan Responden. Sebarang iqrar

yang diucapkan oleh Responden adalah berstatus

syahadah;

2.1.10 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) tanpa

menimbangkan untuk Responden dan Perayu

Page 10: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

10  

dikehendaki bersumpah laknat bagi mengelakkan

sebarang tohmah sebelum membuat keputusan;

2.1.11 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) namun

gagal menimbangkan bahawa Responden adalah

seorang pegawai di Pejabat XXX YYY Negeri

Terengganu dan sudah pasti mengetahui implikasi

dari segi balasan menurut Hukum Syarak jika

sekiranya beliau bersumpah bohong di dalam

Mahkamah;

2.1.12 YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi (Rayuan)

Syariah Terengganu telah terkhilaf dari segi

undang-undang dan fakta apabila mengekalkan

sabitan talaq tiga kali pertama (bain kubra) namun

gagal dan/enggan memberi sebarang pertimbangan

yang wajar terhadap keseluruhan fakta kes ini;

2.1.13 Dan lain-lain alasan lanjut yang akan dikemukakan

kelak di dalam Penghujahan Bertulis Perayu.

3. ULASAN / DAPATAN MAHKAMAH RAYUAN

3.1 Kami dapati alasan rayuan kes ini adalah sama seperti alasan

rayuan sebelum ini. Justeru itu, isu utama di dalam kes

rayuan ini adalah:

Page 11: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

11  

Sama ada YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Rayuan

Syariah Terengganu telah terkhilaf dalam

mensabitkan perceraian di antara Perayu dan

Responden dengan mengekalkan keputusan Hakim

Bicara Mahkamah Rendah Syariah Marang.

3.2 Dalam meneliti isu ini, antara persoalan yang perlu diberi

perhatian adalah sama ada Perayu berjaya

membuktikan atau meyakinkan Mahkamah bahawa

terdapat elemen sihir ke atas Responden sehingga

menyebabkan berlakunya perceraian.

3.3 Bagi menjawab isu dan persoalan ini, kami melihat kepada

keseluruhan fakta dan prosiding kes yang bermula di

Mahkamah Rendah sehinggalah keputusan Mahkamah Tinggi

Rayuan Syariah dibuat.Di dalam kes ini, iqrar Responden

berkenaan lafaz talaq pada peringkat awal prosiding

dikekalkan dan dipegang oleh Mahkamah melainkan

dibuktikan sebaliknya oleh Perayu berkenaan elemen sihir.

3.4 Ini adalah merujuk kepada pensabitan talaq atau perceraian

berdasarkan iqrar suami, di dalam kitab Iaanat al-Talibin,

juzuk keempat, pada halaman 27 ada menyebut;

انمايثبتالطالقكاالءقراربشھادةرجلينحريينعدلين

Maksudnya:

Page 12: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

12  

“Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua

orang lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana ianya

disabitkan dengan iqrar adanya talaq oleh suami.”

3.5 Di dalam kitab Iaanat al-Talibin juzuk ketiga, pada halaman

187 pula ada menyebut;

ىاعترافا عليھويسم خصبحق ھولغةاالءثباتوشرعااختيارالش

Maksudnya:

“Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala

mengikut syarak diertikan sebagai memberitahu hak

seseorang atas diri pemberitahu itu.Iqrar disebut juga

sebagai iktiraf.”

3.6 Kami juga merujuk kepada peruntukan Hukum Syarak

sebagaimana ditaqninkan di dalam undang-undang. Di

dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah

(Terengganu) 2001, seksyen 17 ada memperuntukkan;

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh

seseorang secara bertulis atau lisan atau isyarat,

menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau

tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan

sesuatu hak.

(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat-

Page 13: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

13  

(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) Di luar Mahkamah di hadapan dua orang saksi

lelaki yang ‘aqil, baligh dan ‘adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa

fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.

3.7 Mahkamah seterusnya telah merujuk kepada perkara 3(2)(d)

dalam Arahan Amalan No 10 Tahun 2007 yang

berkuatkuasa pemakaiannya mulai 15 Jun 2007. Arahan

Amalan tersebut adalah sebagaimana berikut:

“Sekiranya suami mengaku dan mahkamah berpuas hati

hendaklah mensabitkan talak itu.”

3.8 Kemudian, di peringkat rayuan Perayu membangkitkan

adanya unsur sihir ke atas Responden dan lafaz talaq

tersebut adalah di bawah pengaruh sihir. Kami mendapati

bahawa Perayu telah menjadikan faktor sihir sebagai

pembelaan dalam kes perceraian ini dan merupakan

afterthought Perayu dan Responden. Kami juga dapati

bahawa pada peringkat awal prosiding perbicaraan, pihak

Perayu selaku Responden pada masa itu tidak hadir ke

perbicaraan dan tidak memfailkan apa-apa Afidavit Jawapan

sebagai menjawab ke atas kes permohonan pengesahan

perceraian tersebut dan membiarkan masa berlalu begitu

sehingga selepas tiga belas hari dari tarikh keputusan.

Page 14: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

14  

3.9 Menurut Dr. Mahyuddin bin Ismail, di dalam artikelnya

bertajuk ‘Kena Sihir’ Sebagai Satu Pembelaan Dalam

Kes Perceraian: Analisa Dari Sudut Hukum Syara’ Dan

Pengaplikasiannya Di Mahkamah Syariah Di Malaysia

menyatakan bahawa:

“untuk merealisasikan bentuk pembelaan ini, beban

pembuktian oleh pihak yang mendakwa akan diperincikan.

Bagi kes cerai talaq, sekiranya:

a) seorang suami mendakwa talaq dilafazkan dalam

keadaan dirinya dipengaruhi sihir; atau,

b) seorang isteri mendakwa suaminya melafazkan

talaq dalam keadaan diri suami tersebut

dipengaruhi sihir;

maka pihak yang mendakwa perlu membuktikan kepada

mahkamah bahawa:

i) wujud tanda-tanda dan ’simptom-simptom lazim

terkena sihir’ pada diri suami;

ii) suami mengalami ketidak warasan/ ketidak

sempurnaan akal akibat terkena sihir semasa

beliau melafazkan talaq.

iii) ketidak warasan pemikiran akibat terkena sihir

itu menjejaskan kebolehan untuk

mempertimbangkan apa yang dilakukannya itu

benar atau salah.

Page 15: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

15  

Oleh itu, sekiranya seorang suami mendakwa bahawa dia

telah menceraikan isterinya dalam keadaan akalnya tidak

sempurna akibat terkena sihir, maka beban pembuktian

adalah ke atas beliau untuk menunjukkan bahawa wujudnya

’simptom lazim terkena sihir’ ke atas diri beliau dan sihir

tersebut benar-benar menyebabkan beliau hilang kewarasan

akal. Manakala jika seorang isteri mendakwa suaminya telah

menceraikannya dalam keadaan akal suami tersebut tidak

sempurna akibat terkena sihir, maka beban pembuktian

adalah ke atas isterinya untuk membuktikan bahawa

wujudnya simptom lazim terkena sihir pada diri

suaminya dan sihir tersebut benar-benar

menyebabkan suaminya hilang kewarasan akal.

Merujuk kepada Hadis Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص, daripada ‘Abdullah

bin al-‘Ash r.a:

المدعى عليهمدعيواليمينعلىالبينةعلىال

"Al-bayyinah itu ke atas pihak yang mendakwa dan

sumpah itu diminta daripada tertuduh" (Diriwayat oleh

al-Tarmizi (1341)

3.10 Adakah Perayu berjaya membuktikan unsur sihir

tersebut?Mahkamah dapati melalui keterangan lisan Perayu

Mahkamah merumuskan bersetuju dengan Hakim Bicara

bahawa perubahan Responden adalah menjurus ke arah

perubahan seorang lelaki apabila mempunyai hubungan sulit

Page 16: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

16  

dengan wanita lain dan menyembunyikan “kesalahan”

tersebut dari pengetahuan isterinya. Tambahan lagi, tiada

sebarang bukti secara fizikal dan saksi-saksi yang

menyokong keterangan Perayu bagi menunjukkan wujudnya

unsur sihir.Diingatkan di sini bahawa saksi yang

dikemukakan dalam prosiding terdahulu adalah saksi-saksi

bagi pihak Responden/Suami.

3.11 Merujuk kepada keterangan SP1 iaitu bakal mertua

Responden tiada unsur sihir disentuh. Keterangannya hanya

menjurus kepada perhubungan Responden dan anaknya

serta menjelaskan keadaan Responden semasa melafazkan

talaq tersebut.

3.12 Seterusnya kami merujuk kepada keterangan SP2, tiada

pengakuan atau keterangan yang jelas bahawa Responden

dalam pengaruh sihir. SP2 juga merupakan saksi yang tiada

berkepentingan kepada mana-mana pihak dan diiktirafkan

sebagai saksi pakar.Berdasarkan Nota Keterangan (rujuk

Rekod Rayuan m/s 16):-

“Saya juga titik beratkan pada pesakit yang mana kita tidak

boleh dituduh orang buat sesuatu pada kita jika yang

pertama kita sendiri tak nampak pun perbuatan orang itu

dan juga jika orang yang dituduh itu tidak mengaku. Bila ada

pesakit datang dan kata sakit sebab buatan orang saya akan

terus tanya begitu. Saya tidak mahu timbulkan fitnah dan

juga tidak mahu buka aib orang.

Page 17: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

17  

Kesimpulannya pada sesi rawatan saya dapat simpulkan

yang P memang ada dapat gangguan.Tapi sebagaimana

yang saya kata tadi kita tidak boleh tuduh orang buat

sesuatu pada kita jika yang pertama kita sendiri tak nampak

pun perbuatan orang itu dan juga jika orang itu tidak

mengaku. Sebagaimana yang nabi pernah kata bila keadaan

emosi tidak stabil senang syaitan atau jin nak masuk dalam

tubuh badan. Gangguan ghaib kebiasaanya memang akan

mengganggu akal dan emosi.”

3.13 Begitu juga dengan SP3 tiada menyebut unsur sihir. Manakala

keterangan SP4 pulalebih kepada perubahan hubungan Responden

dengan SP4.SP4 juga hanya bertanya kepada orang kampung dan

berjumpa dengan bomoh yang dikenali sebagaiPok Li dan tidak

dipanggil sebagai saksi.

3.14 Berhubung dengan dakwaan latar belakang Responden yang

mempunyai pendidikan agama dan seorang hafiz quran juga tidak

menjadi material di dalam kes ini. Kami merujuk kepada firman

Allah s.w.t di dalam surah Al Ankabut ayat 2:

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan

dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang

mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Page 18: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

18  

3.15 Di sini, suka kami ingin memberi peringatan bahawa Allah s.w.t

juga telah berfirman di dalam Surah Ali- Imran ayat 14:-

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:

kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu

perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang

banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda

peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-

binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu

ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi

Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu

Syurga).

3.16 Tambahan lagi di dalam ungkapan Imam Ibnu Hajar ini selaras

dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan

dari Usamah Bin Zaid. Beliau bersabda,

ماتركتبعديفتنةأضرعلىالرجالمنالنساء

Page 19: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

19  

“Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih

membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.”(HR.

Bukhari: 5096 dan Muslim: 2740)

3.17 Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada kes Hasmah Shafi’e

lwn. Juhari Abdul Ghani [2004] CLJ (Sya), Y.A.A Dato’ Ismail

bin Yahya Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu telah

memutuskan gugur talaq tiga kali pertama (bain kubra) antara

Pemohon dan Responden berdasarkan kepada iqrar Responden

iaitu Juhari bin Abdul Ghani bahawa dia telah melafazkan cerai ke

atas Hasmah bt Shafi’e dengan lafaz talaq tiga sekaligus (bain

kubra) dengan lafaz “aku ceraimu Hasmah dengan talaq tiga”.

Seterusnya pemohon iaitu Hasmah bt Shafi’e diperintahkan

beriddah dengan 3 kali suci bermula tarikh berlaku perceraian

tersebut.

3.18 Keputusan yang sama juga telah dibuat oleh Mahkamah di dalam

kes Mohd. Zuhdi lwn Norsharifah [2004] 17 JH 175.Di dalam

kes tersebut pihak isteri (Defendan) telah diceraikan melalui

telefon dengan lafaz talaq tiga.Perceraian ini berlaku di luar

Mahkamah setelah berlaku pertengkaran antara Plaintif dengan

Defendan. Mahkamah, setelah berpuashati dengan keesahan lafaz

tersebut dan kedua-dua pihak bermazhab Shafiei, mensabitkan

cerai talaq tiga. Kedua-dua pihak telah merayu dengan alasan

bahawa pada masa lafaz itu dibuat Plaintif berada dalam keadaan

yang tersangat marah.Rayuan tersebut telah ditolak oleh

Page 20: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

20  

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan dengan mengekalkan

alasan dan keputusan Mahkamah Rendah Syariah.

3.19 Mahkamah berpuas hati bahawa Responden berada di dalam

waras dan tiada unsursihir semasamelafazkan lafaz cerai terhadap

Perayu. Mahkamah berpandangan ia adalah suatu iqrar yang

mengikat diri Respondendan diterima oleh Mahkamah sebagai

suatu iqrar dalam mensabitkan sesuatu hukum.

4. Keputusan Dengan ini, setelah meneliti Alasan Rayuan, Rekod rayuan dan

hujahan kedua-dua belah pihak yang terlibat, kami secara hormatnya

bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:

1. Rayuan PerayuDITOLAK

2. Keputusan kes yang telah diputuskan pada 16 Februari

2017melalui kes Mal No: 1111-111-1111-

2015DIKEKALKAN

Page 21: DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAHTERENGGANU DI …syariah.terengganu.gov.my/doc/PERMOHONAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI.pdf(a) Di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau (b) Di luar Mahkamah

21  

Penghakiman ini diberikan oleh:

…………………………………………………….. 

Y.A. Dato’ Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa

Pengerusi

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Negeri Terengganu

 

Dipersetujui oleh:

   …………………………………………………….. Y.A. Dato’ Haji Abdul Walid bin Abu Hassan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Negeri Terengganu

   

 

 

…………………………………………………….. 

Y.A. Tuan Haji Rosdi bin Harun

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Negeri Terengganu