kenahiran akademik

16

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 13-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: KENAHIRAN AKADEMIK
Page 2: KENAHIRAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan

kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan

lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.

Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga

dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran.

Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran

yang sesuai bagi mereka.

2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997  

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses

asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau

penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr,

bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah

pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor,

kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990

Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang

pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis,

membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada

ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah

mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah

pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah

pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain

Page 3: KENAHIRAN AKADEMIK

seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. 

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang

kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan

penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh

kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,

ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

3.1 Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung

mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga

boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran,

kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian

kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

3.2 Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah

pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi

masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi

masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada

keturunannya.

3.3 Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran.

Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti

yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

Page 4: KENAHIRAN AKADEMIK

3.4 Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga

boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan

kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa,

persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau

tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. 

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima

pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi.

Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah

pembelajaran.

4.0 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik,

sosial dan emosi dan tingkah laku.

4.1 Ciri Kognitif

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah

tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran

menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru

atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

4.2 Ciri Akademik

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca,

lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah

membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal

pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.

Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti

fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam

lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam

Page 5: KENAHIRAN AKADEMIK

perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.

Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran

memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz,

kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan

yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih

rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun,

kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal

dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar

ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada

ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna

ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar

bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti

tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat

anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

4.3 Ciri Sosial dan Emosi

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan

memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran

melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara

signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan

pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi

dengan orang lain secara berkesan.

4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan,

diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang

mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya

untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan.

Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak

tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang

baik untuk ditiru. 

Page 6: KENAHIRAN AKADEMIK

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan

kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan

mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

4.3.2 Motivasi

Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar

bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah

pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau

ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb).

Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

4.4 Ciri Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan,

mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang

sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD).

Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa

dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan

memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

5.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap

menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran

dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu

pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.

5.1 Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu

menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran

hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah.

Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu

Page 7: KENAHIRAN AKADEMIK

butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan

pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

5.2 Strategi Pengajaran 

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan.

Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam

menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus

dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya

melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan

pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian

masalah dan sebagainya.

6.0 PILIHAN PENEMPATAN PENDIDIKAN

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini

merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar

bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada

sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan

yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:

6.1 Bilik Darjah Biasa

Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang

sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem

sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa

tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial

pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa

dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi

tanggungjawab untuk mengajar.

6.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar

Page 8: KENAHIRAN AKADEMIK

pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal,

menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur

penilaian dan pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat,

membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar

bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

6.3 Bilik Sumber 

Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber

untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam

pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan.

Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada

pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan

rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang

tinggi dan dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan

tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan

keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan

dengan tahap pembelajaran pelajar.

6.4 Bilik Darjah Berasingan

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan

tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka

yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri

daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah

pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu

kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat

mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang

ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa

memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran.

Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding

kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah

pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

Page 9: KENAHIRAN AKADEMIK

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam

pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah

pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah

laku.

Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti

RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu,

penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa

penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah

pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan

berkesan.

Page 10: KENAHIRAN AKADEMIK

REFLEKSI

Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan

hidayah-Nya juga saya dapat menyiapkan tugasan Kemahiran Akademik ini dalam

tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak

menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak

kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan

sabar. Pada mulanya, saya mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang

cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah

mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dan mencari maklumat untuk

membuat kerja kursus ini.

Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk

mencari maklumat tentang tajuk yang telah saya pilih dan cara penulisan pengacaraan

majlis .Selain dari itu saya juga mencari maklumat tambahan di internet. Dengan cara

ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan saya untuk menyelesaikan

kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan

langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar

bagi saya untuk melakukan tugasan ini kerana baru pertama kali saya membuat teks

ucapan dan sedikit teruja untuk membuat sesuatu perkara yang baru.. semasa

membuat tugasan ini banyak perkara baru yang saya pelajari serta saya berusaha

untuk membuat pantun bagi mencantikkan lagi bahasa didalam teks pengacaraan

ini.Namun, berkat kesabaran dan ketekunan, saya berjaya juga menyempurnakan

tugasan ini.

Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya gunakan ia ketika

bergelar guru kelak. Contohnya sekiranya saya diminta untuk menjadi pengacara

sesebuah majlis saya dapat sempurnakan majlis itu dengan jayanya kerana saya telah

pelajari serba sedikit mengenai pengacaraan majlis atau pun saya diminta untuk

membuat teks ucapan saya sudah bersedia dengan ilmu yang saya perolehi semasa

didalam institut. Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi

Page 11: KENAHIRAN AKADEMIK

kerana limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak

terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Dr.Haji Mashudi bin Bahari selaku

pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar

dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para

sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah saya hargai. kepada keluarga

juga yang banyak membantu memberikan kata-kata semangat dan menjadi sumber

inspirasi saya semasa saya berada dalam alam pengajian.

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa

Ajaran guru hendak ditaati

Ajaran guru jangan dilupa.

Ramai orang mengali perigi

Ambil buluh lalu diikat

Ilmu dicari tak akan rugi

Buat bekalan dunia akhirat

Sekian, terima kasih.

Page 12: KENAHIRAN AKADEMIK