kemurungan & bunuh diri for abdb

Upload: pwecious

Post on 30-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    1/28

    KEMURUNGAN & BUNUHKEMURUNGAN & BUNUH

    DIRIDIRI

    Di sediakan oleh:Di sediakan oleh:

    Dk Batrisya Adeewana Bte Pg Hj SerudinDk Batrisya Adeewana Bte Pg Hj Serudin

    09P000209P0002

    Semester PertamaDiploma Kaunseling Lepas Ijazah

    Fakulti Sultan Hassanal Bolkiah Insttitute of Education(4223) Psikologi Tingkah Laku Manusia

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    2/28

    ISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

    1) Pendahuluan

    2) Definasi Kemurungan

    3) Perspektif Kemurungan

    4) Jenis-jenis Kemurungan

    5) Severity of depression

    6) Definasi Bunuh Diri7) Contoh Jenis bunuh diri dari pelbagai sudut menurut budaya, bangsa dan agama.

    8) Simptom Kemurungan dan bunuh diri.

    9) Kaunselor mestilah

    10) Rumusan

    11) Soal Jawab12) Penutup: Terima Kasih

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    3/28

    PENDAHULUAN 1PENDAHULUAN 1

    Sebagai kaunselor, kita perlu mengetahui tentang KEMURUNGAN & BUNUH DIRIdengan mendalam, bukan setakat mengetahui kemurungan itu merasa sangat sedih danbunuh diri itu menghabisi nyawa diri sendiri dengan apa jua cara sekalipun.

    Kebanyakan kita tidak mengambil serius atau bertapa pentingnya untuk berwaspadaapabila kita menghadapi seseorang yang berkeadaan murung atau stress atau tertekan.

    SIAPA YANG PERNAH MENGALAMI KEMURUNGAN ATAU MENGETAHUIORANG LAIN YANG MENGALAMI KEMURUNGAN?

    SIAPA YANG TAHU TEMPOH BIASANYA KEMURUNGAN BERLAKU?

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    4/28

    PENDAHULUAN 2PENDAHULUAN 2

    Sebenarnya tiada tempoh.

    Kebanyakan pesakit kemurungan tidak akan berjumpa para kaunselor atau psikiatris

    kerana ada kalanya mereka mengganggap kemurungan itu adalah perkara biasa dantidak perlu pertolongan yang khusus. Malahan mereka pun tidak menyedari bahawamereka mengalami penyakit kemurungan.

    Orang munkin tahu tentang stress atau tertekan tetapi apabila di desebut kemurungan,saya pasti ada juga yang tidak tahu apa erti nya yang sebenar.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    5/28

    DEFINASI 1DEFINASI 1

    Rita L.Atkinson et al 1996 menyatakan perasaan kecelaruan (mood disorder)terbahagi kepada dua iaitu depressive disorder dan bipolar disorder (Juga di kenalisebagai manic depression). Depressive disorder adalah seseorang individu yangmengalami kemurungan sekali atau lebih pada masa-masa yang tertentu tanpa ada

    sejarah manic episodes.

    Bipolar disorder, pula di mana seseorang individu bersilih ganti mengalami situasidi antara masa kemurungan dan masa sangat riang, selalunya kembali kepadamood normal di antara kedua mood yang extrim tersebut. Walau bagaimana pun,Manic episodes tanpa sejarah kemurungan adalah jarang sekali terjadi.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    6/28

    DEFINASI 2DEFINASI 2

    Kemurungan adalah suatu keadaan di mana seseorang mengalami kesedihan yangteramat sangat dan berpanjangan (Claire Wallerstein, 2003) Kemurungan di tahapteruk boleh membuat seseorang tidak dapat berfungsi sebagai manusia secaralazim. Hari-hari nya akan sentiasa di lalui dengan tangisan dan apabila sampai ketahap tiada air mata untuk di tangisi, seseorang itu akan merasakan tiada gunauntuk hidup lagi. Dan bermulalah timbulnya perasaan ingin mati demi mengahiripenderitaan yang di alaminya.

    Patros dan Shamoo 1989, dalam buku mereka menulis bahawa menurut Friedmanet al, 1984 dorongan yang lazim untuk membunuh diri adalah kemurungan.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    7/28

    DEFINASI 3DEFINASI 3

    Walau bagaimana pun ada juga kemurungan yang tidak berlaku berpanjangan tetapi didalam sekelip mata seseorang boleh mengalami stress yang menyebabkan kesedihanyang sangat tidak terkawal lalu ia pun membunuh diri untuk tidak merasa kesedihanlagi. Bunuh diri adalah menghabisi nyawa dengan apa jua cara walaupun sampai ketahap membayar orang lain untuk membunuh diri nya sendiri. Manusia yangberkeinginan bunuh diri tetapi atas sebab-sebab tertentu tidak dapat melakukannyasendiri lalu menyuruh atau membayar orang lain untuk melakukannya.

    Kemurungan bermula dari perasaan tertekan atau kesedihan yang tidak terkawal.Belum ada penjelasan yang nyata tentang tahap-tahap kemurungan tetapi yang pastiterdapat beberapa jenis kemurungan yang sudah di kenal pasti terjadi di kalangan

    manusia.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    8/28

    PERSPEKTIF KEMURUNGANPERSPEKTIF KEMURUNGAN

    11

    Walaupun belum ada yang pasti apa sebenarnya penyebab kemurungan,di kalangan manusia,di sini saya akan menjelaskan beberapa perspektif tentang kemurungan.

    Perspektif Psikoanalitik:Menurut Rita et al 1996 Perspektif Psikoanalitik mengangap kemurungan adalah reaksidi sebabkan oleh kehilangan. Apa jua penyebab kehilangan tersebut sama ada

    kehilangan orang yang di sayang, kehilangan status, kehilangan bantuan moral akanmembuat individu yang murung mengimbas kembali ketakutan akibat kehilangan yangpernah di alami semasa dulu.

    Contoh:Seorang wanita yang di mana ayah nya yang bengis dan agresif atau kaki pukul telah

    menceraikan ibunya semasa kecil. Kini apabila wanita tersebut telah berkahwin danmempunyai suami yang sama tabiatnya iaitu bengis, agresif dan kaki pukul. Perasaanmarah pada suami memang ada tetapi oleh di sebabkan rasa takut di cerai, maka wanitatersebut memendam rasa dan menyalahkan pula diri nya sendiri.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    9/28

    PERSPEKTIF KEMURUNGANPERSPEKTIF KEMURUNGAN

    22

    (Barnes & Prosen, 1985, Roy 1981) Dalam Rita et al 1996 menyatakan bahawakebanyakan orang yang condrong kepada kemurungan adalah lebih kepada merekayang telah kehilangan ibu atau bapa semasa di awal kehidupan.

    Walau bagai manapun jua (Tennant, Smith, Bebbington & Hurry) dalam Rita et al 1996

    menyatakan tidak semestinya orang yang kehilangan semasa kecil akan mengalamimasalah emosi bila meningkat dewasa.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    10/28

    PERSPEKTIF KEMURUNGANPERSPEKTIF KEMURUNGAN

    33

    Perspektif Biologikal:

    Dalam Rita et al 1996, menurut kajian (McGuffin et al, 1991) bipolar disorderberbandingkan dengan depressive disorder adalah lebih berkaitan kepada facktorgenetik. Kadar kesejajaran diantara kembar seiras iaitu 53% berbandingkan dengan

    kembar tidak seiras, 28% untuk mengalami kemurungan.

    Selain dari itu, menurut Rita et al 1996, penggunaan dadah atau ubat seperti Reserpineyang di gunakan untuk pengobatan pesakit darah tinggi boleh menyebabkankemurungan kerana dadah tersebut mengandungi bahan yang boleh menyebabkanpengurangan serotonin dan norepinephrine di dalam otak kita.

    Serotonin dan norepinephrine adalah neurotransmitter yang beperanan penting keranaia mempengaruhi mood kita.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    11/28

    PERSPEKTIF KEMURUNGANPERSPEKTIF KEMURUNGAN

    Perspektif Tingkah laku:

    (Lewinsohn et al, 1980, Lewinsohn et al 1985) dalam Rita et al 1996 menyatakan darisudut teori pembelajaran menganggap sebab utama kemurungan adalah kurangnya sifatpositive reinforcement dan / atau mempunyai banyak pengalaman yangmengecewakan.

    Dalam erti kata lain, hilang nya tempat bergantung atau hilangnya kekuatan diri bolehmenyebabkan kemurungan. Seperti kehilangan anggota badan (buta), kehilanganpekerjaan atau kehilangan orang yang di kasihi. Mereka yang mudah menjadi murungadalah mereka yang kurang kebolehan dalam sosial untuk mendapatkan positivereinforcementserta tidak pandai mengendali masalah secara effektif.

    www. Wiki. Answers.com menerangkan bahawa positive reinforcement ialah apabilaimbalan di beri kepada setiap tugasan yang telah di laksanakan sebagai upah atauhadiah berupa pendorong.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    12/28

    PERSPEKTIF KEMURUNGANPERSPEKTIF KEMURUNGAN

    Perspektif Tingkah laku:

    Contoh:Seseorang anggota tentera yang telah menjadi buta lalu tidak lagi mampu bekerja dan

    menyara keluarganya lalu ia nya menjadi murung, tidak aktif dan condrong kepadamenagih simpati serta perhatian dari keluarga dan kawan dengan cara menangis,mengadu dan mengkritik diri sendiri dan bercakap ingin mati kerana sudah merasakanputus asa.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    13/28

    PERSPEKTIF KEMURUNGANPERSPEKTIF KEMURUNGAN

    44

    Perspektif kognitif:

    Pandangan Teori kognitif terhadap kemurungan fokus kepada anggapan seseorangindividu terhadap dirinya sendiri dan dunia, dan bukan tehadap perbuatan individutersebut. (Aaron Beck 1976, Beck 1991; Beck, Rush, Shaw & Emery, 1979) dalam Rita

    et al 1996 menyatakan bahawa seringkali klien menilai kejadian dari sudut negatif danmengeritik diri sendiri.

    Contoh:Seorang anak yang menggangap dirinya pembawa sial kerana di anggap oleh keluarganya sendiri bahawa dia tidak lain hanya menyusahkan keluarganya saja.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    14/28

    JENIS-JENIS KEMURUNGANJENIS-JENIS KEMURUNGAN

    1) Reaktif : Paling biasa terjadi di sebabkan oleh trauma dan berkemungkinan pulihdengan segera.

    2) Endogenous: Faktor yang kurang jelas, tidak dapat membiasakan diri dengankehidupan seharian. Mungkin faktor genetik.

    3) Bipolar: Penyakit kemurungan dan mania.

    4) Jenis kemurungan yang ada: Major depression, Dysthymic disorder, cyclothymicdisorder, Unipolar disorder, manic depression, psychotic depression dansebagainya.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    15/28

    SEVERITY OF DEPRESSIONSEVERITY OF DEPRESSION

    1) Mild depression2) Moderate depression3) Severe depression

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    16/28

    BUNUH DIRIBUNUH DIRI

    Definasi:

    Bunuh diri sentiasa di kaitkan dengan kemurungan. Pemahaman terhadap bunuh diripun sama pentingnya dengan kemurungan. Wallerstein 2003 berpendapat bahawabunuh diri itu sangat kompleks dan orang membunuh diri bukan semata-mata di

    sebabkan oleh cuma satu masaalah atau perasaan. Terdapat bermacam-macam faktormengapa manusia membunuh diri mereka sendiri.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    17/28

    PENGERTIAN BUNUH DIRI 1PENGERTIAN BUNUH DIRI 1

    Dari sudut budaya, bangsa dan agama:

    Menurut Pinguet, di dalam Voluntary death in Japan yang di terjemahkan olehMorris 1993, bahawa Orang Jepun menganggap Hara-Kiri iaitu pembunuhan dirisendiri sejak kurun ke 16 bagi samurai serta pilot kamikaze semasa Perang Dunia

    Kedua adalah perbuatan yang beretika di mana ia nya adalah satu cara untuk membaikpulih keadaan dunia yang di landa konflik dan untuk menebus kekalahan.

    Wallerstein 2003 ada menyatakan ritual bunuh diri iaitu mengikut agama hindu dimana seorang wanita hindu di harap ikut serta suaminya yang telah mati dengan caramelemparkan dirinya ke dalam api yang menyala yang membakar jasad suaminya

    tersebut. Ritual ini telah di ban pada tahun 1829.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    18/28

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    19/28

    SIMPTOM KEMURUNGAN:SIMPTOM KEMURUNGAN:

    (E.C.M.P)(E.C.M.P)

    Emosi / Emotional (rasa/feel bersedih, moody),

    Kognitif / connitive (Pemikiran Negatif iaitu rasa bersalah dan tidak berharga macamsampah dan sering berfikiran untuk cepat mati),

    Motivasi / Motivation (Berkelakuan pasif, tiada aktiviti serta banyak diam)

    Fisikal / Physical (Perubahan dalam permakanan iaitu terlalu kurang atau terlalubanyak makan, tidur yang tidak menentu iaitu terlalu kurang atau terlebih tidur,keletihan dan kurang bertenaga), Kelembapan fisikal dan juga mental.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    20/28

    SIMPTOM KEMURUNGAN:SIMPTOM KEMURUNGAN:

    (E.C.M.P)(E.C.M.P)

    Tidak semestinya kesemua simptom harus ada untuk mengenal pasti seseorang itumengalami kemurungan. Jika semakin banyak simptom utama yang ada, maka semakintinggi lah tahap kemurungan pada individu tersebut.

    Adalah di peringatkan bahawa menurut kajian Rosenthal dan Rosenthal 1984 yang di

    nyatakan oleh Patros dan Shamoo 1989, kajian mengenai 16 orang budak pra-sekolahyang berumur di antara 2.5 ke 5 tahun, 3 diantara mereka pernah membuat percubaanmembunuh sekali percubaan dan yang 13 lagi telah membuat beberpa kali cubaan. Inimenunjukkan bahawa usia bukan faktor penghalang individu membunuh diri.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    21/28

    KAUNSELOR MESTILAH 1:KAUNSELOR MESTILAH 1:

    Mendalami dan membuat kajian tentang kemurungan dan bunuh diri dan sentiasamenambah ilmu pengetahuan agar kaedah yang terbaru dapat di gunakan untukmembantu klien.

    Mengenal pasti tanda atau simptom kemurungan yang ada. Kadangkala kaunselor

    sendiri pun boleh tidak sedar bahawa kliennya mengalami kemurungan yang kroniksehinggalah terjadinya perkara yang tidak di ingini.

    Mengambil serius dengan perkara berkaitan dengan kemurungan. Walaupun klientersebut kanak-kanak berusia 3 tahun. Usia bukan faktor menghalang dari padaseseorang individu mengalami kemurungan.

    Apabila salah satu simptom kemurungan di kenal pasti pada seseorang, sebagaikaunselor hendaklah berusaha untuk membantu klien belajar menangani masalah atauisu itu dengan cara kaunseling atau apa jua cara sekalipun agar individu itu berjaya diselamatkan.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    22/28

    KAUNSELOR MESTILAH 2:KAUNSELOR MESTILAH 2:

    Mengambil serius apabila ada terdapat klien atau orang yang mengutarakan untukmembunuh diri walaupun pada masa itu klien atau orang itu menyatakannya secaraberseloroh.

    Memberitahu kepada pihak-pihak yang tertentu apabila klien mengutarakan untuk

    membunuh diri. Jika klien itu seorang penuntut, hendaklah di beritahu kepada penjagaatau ibu bapa dan guru agar mereka berwaspada. Jika klien tersebut seorang dewasa,hendaklah memaklumkan kepada ketua Jabatan dan juga keluarga terdekat.Tidak ada cara yang tertentu bagi menyelesaikan masalah kemurungan dan bunuh diritetapi sebaik-baik penyelesaian adalah dengan kembali ke jalan Allah. Bagi mereka

    yang menganut bukan agama islam adalah juga di sarankan untuk mencuba kaedahislam. Insya Allah akan pasti berhasil. Yang penting bagi kaunselor adalah untuk tidaksekali kali putus asa menolong orang yang mengalami kemurungan atau apa-apa juamasalah.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    23/28

    KAUNSELOR MESTILAH 3:KAUNSELOR MESTILAH 3:

    Berwaspada kerana Kaunselor kadangkala beranggapan bahawa masalah klien adalahmudah di selesaikan. Apa bila seseorang penderita kemurungan berubah menjadiperiang secara tiba-tiba, hendaklah berhati-hati dan berwaspada kerana besarkemungkinan klien tersebut akan melakukan perkara yang drastik.

    Mempasti kan dengan betul bahawa klien yang pernah mengalami kemurungan akandapat mengendali pelbagai ujian yang bakal menimpa sebelum mengahiri proseskaunseling. Kerana di khuatiri seandainya berlaku relapse atau kekambuhan penyakitkemurungan.

    Mengetahui pelbagai contoh kesan sampingan akibat kemurungan: Timbulnya

    penyakit kronik-darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, stroke, HIV, ketagihan danlain-lain. Menjadi beban

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    24/28

    KAUNSELOR MESTILAH 4:KAUNSELOR MESTILAH 4:

    Jika klien mengalami kemurungan bipolar atau manic depression, adalah di sarankankepada kaunselor untuk merefer klien tersebut ke klinik pakar psikiatris.Perlu di ingatkan kepada semua bakal kaunselor, jangan sekali-kali mengatakan andatahu apa yang di rasakan oleh klien. Walaupun hakikatnya isu yang timbul pernah di

    alami oleh Kaunselor seperti putus cinta. Kerana walaupun kita semua mungkin pernahmengalami putus cinta tapi ia bukan bererti kita tahu apa yang telah di lalui oleh klientersebut. Tahap penerimaan seseorang terhadap setiap perkara yang berlaku ada lahberlainan. Contoh : Seorang lelaki yang berkali-kali bercinta dan akhirnya putus juga,setiap pengalaman kisah percintaan yang di lalui nya sudah pasti berbeza dari satu danyang lain.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    25/28

    KAUNSELOR MESTILAH 4:KAUNSELOR MESTILAH 4:

    Mengetahui tentang akibat dari kemurungan:

    Faktor kesihatan: Mengetahui pelbagai contoh kesan sampingan akibat kemurungan:Timbulnya penyakit kronik-darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, stroke, HIV,ketagihan dan lain-lain.

    Faktor Kewangan: Seorang yang dalam keadaan murung yang kronik tidak akan dapatmelakukan apa-apa jua kerja atau menjaga atau mengurus dirinya sendiri . Seseorangakan menjadi dependent atau bergantung kepada orang lain.

    Faktor sosial: Seorang yang mengalami kemurungan akan tersisih dari keluarga dan

    teman. Naluri manusia tidak akan menghampiri orang yang murung kerana merekasering di persalahkan.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    26/28

    RUMUSAN:RUMUSAN:

    Kemurungan adalah satu penyakit yang sama bahaya nya dengan penyakit-penyakitkritikal yang lain seperti cancer, stroke dan sebagainya. Penyakit kemurungan yangkronik boleh juga mengakibat kan seseorang individu itu mendapat penyakit sakitjantung, darah tinggi, kencing manis, gila dan juga kematian seandainya penyakittersebut tidak di kawal atau di obati.

    Oleh itu, pastikanlah agar kita sebagai kaunselor sentiasa berwaspada dan berhati-hatiapabila mendapat klien yang ada unsur-unsur kemurungan.

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    27/28

    SOAL JAWAB:SOAL JAWAB:

  • 8/14/2019 Kemurungan & Bunuh Diri for Abdb

    28/28

    PENUTUPPENUTUP

    SEKIAN TERIMA KASIH