masalah sosial (bunuh diri) masyarakat dan perubahan
DESCRIPTION
kerja kumpulan sebelum finals.credit kepada kawan-kawankuTRANSCRIPT
ANT2001
MASYARAKAT DAN PERUBAHAN
Masalah Sosial : Bunuh Diri
Nama Pelajar :
LIM CHIA HUI 156020
NURAKMALIAH BINTI RAHAMAT @ RAHMAT 156018
NURUL KAMALIAH BINTI MUSTAFA KAMAL 156019
NOREHAN BINTI HASIM 155981
NADIAH SYUHADA BINTI ROSLAN 155978
NORWAHIDAH BINTI ALIAS 155980
Nama Pensyarah : Dr. Zahid Emby
Kumpulan : 13
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3-5
2.0KAEDAH / METODOLOGI BUNUH
DIRI6-7
3.0 FAKTOR-FAKTOR BUNUH DIRI 8-10
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 11-14
5.0 KESIMPULAN 15-16
6.0 RUJUKAN 17
2
1.0 PENGENALAN
Seiring dengan perkembangan dalam teknologi dan maklumat,semakin banyak
masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Segelintir manusia cenderung untuk
melakukan perbuatan yang tidak berfaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
mereka. Lalu wujudlah masalah sosial yang secara umumnya diertikan sebagai pelbagai
kelakuan negatif yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada negara. Menurut
Soerjono Soekanto,penulis dari Indonesia, masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian
antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok
sosial.1 Pada umumnya sesuatu perkara itu akan dianggap sebagai masalah sosial apabila
sebahagian besar daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai
pengaruh merasakan bahawa perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan nilai
dan norma kehidupan masyarakat. Lanjutan daripada itu, masyarakat dan kumpulan yang
terlibat bersetuju untuk merubah ataupun memperbetulkan keadaan berkenaan.2 Manusia
terpaksa mencari inisiatif bagi menangani atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Segelintir daripada mereka mengambil jalan mudah dalam menghadapinya dengan membuat
keputusan untuk menamatkan hidup. Kemungkinan mereka tidak dapat memikirkan jalan
penyelesaian yang lain ataupun terdesak melakukannya bagi menghentikan masalah tersebut
dari terus menyelubungi mereka.
Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan
diri, biasanya kerana tidak dapat berhadapan dengan perkara yang tidak dapat ditangani.
Kejaadian bunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan dari segi
fizikal mahupun mental. Tanpa dapat memikirkan jalan penyelesaian dengan akal yang
waras, mereka memilih untuk membunuh diri. Semua agama menganggap perbuatan bunuh
1 Sosiologi : satu pengantar,Soerjono Soekanto 19422 Dr. Mohammad Shatar Sabran, Keterlibatan Mahasiswa Dengan Masalah Sosial 2007,hlm 78
3
diri adalah tidak baik. Malah perbuatan terkutuk itu adalah satu dosa besar bagi sesetengah
agama. Dalam Islam misalnya, pelaku yang membunuh diri bermaksud menamatkan
riwayatnya lebih awal daripada rencana Allah. Allah telah menetapkan hidup matinya
seseorang manusia itu. Hanya Dia yang layak untuk mencabut nyawa hamba-hambanya.
Sepatah ayat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa berkata:”Dan janganlah kamu bunuh dirimu;
sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”(4:29).3 Bagi penganut Buddha,
ajaran pertama adalah supaya tidak memusnahkan nyawa, terutama nyawa sendiri. Dalam
Hinduisme pula, perbuatan bunuh diri sama juga dosanya seperti membunuh orang lain yang
akan mengakibatkan seseorang menjadi hantu.Ini membuktikan bahawa semua agama
menentang keras perbuatan yang tidak berfaedah ini.
Menurut statistik rasmi, lebih kurang sejuta orang membunuh diri pada setiap tahun.
Bilangan ini lebih daripada bilangan mereka yang dibunuh serta mereka yang terkorban
dalam peperangan. Perbuatan bunuh diri dikaitkan dengan kedua-dua jantina tidak kira lelaki
mahupun wanita dari semua peringkat umur. 12% daripada kematian dalam kalangan remaja
adalah disebabkan bunuh diri. Walaupun percubaan untuk membunuh diri lebih didominasi
oleh kaum wanita dengan tiga kali lebih banyak dari kaum lelaki tetapi keberhasilan bunuh
diri adalah lima kali lebih tinggi di kalangan kaum lelaki. Keputusan untuk membunuh diri
bukanlah sesuatu yang statik malah tidak dapat diramalkan. Ia muncul secara tiba-tiba dan
keputusan untuk membunuh diri merupakan puncak dari kesulitan dan kebingungan yang
berpanjangan.
Seperti yang kita tahu, terdapat perbezaan antara psikologi lelaki dengan psikologi
wanita. Lelaki lebih bersikap operasi berbanding wanita yang lebih menyedari nuansa social.
Oleh itu kebanyakan kes bunuh diri yang melibatkan lelaki selalunya lebih cenderung
menamatkan hayat melalui cara-cara yang ganas seperti dengan menggunakan senjata api
3 Al quran, Surah Nisa’, 4:29
4
atau pisau, menggantung leher atau mati lemas. Jika dibandingkan dengan wanita yang
menggunakan kaedah dos berlebihan dan cara-cara yang kurang berkesan untuk membunuh
diri, dapat dikatakan bahawa stigma sosial terhadap kemurungan yang lebih besar pada kaum
lelaki menyumbang kepada alasan-alasan yang utama untuk kadar membunuh diri lelaki.
Terdapat juga kes-kes di mana bunuh diri dilakukan bagi menunjukkan bantahan dan
keingkaran contohnya seperti Mahatma Gandhi yang melakukan mogok lapar untuk
mencegah pertempuran antara orang-orang Hindu dengan orang-orang Islam. Walaupun
beliau dapat dihentikan sebelum mautnya, cubaan beliau untuk membunuh diri dapat dilihat
apabila beliau seperti sanggup mati kebuluran. Ini telah mengangkat perjuangannya dan
menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang amat dihormati. Selain itu, pada tahun 1960-
an, sami-sami Buddha di Vietnam menarik perhatian dunia dengan pembakaran diri sehingga
mati bagi membantah Presiden Ngo Dinh Diem.. Selain itu, peperangan juga sering dikaitkan
dengan bunuh diri seperti yang dilakukan oleh tentera Jepun yang menyertai misi-misi
kamikaze bagi menangguhkan kekalahan empayar mereka. Walaubagaimanapun bunuh diri
ketika perang adalah agak biasa berdasarkan sejarah.
5
2.0 KAEDAH / METODOLOGI BUNUH DIRI
Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM) melaporkan bahawa kaedah bunuh
diri yang paling popular menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah
manggantung diri, menjerut dan kelemasan.4
Menurut laporan tersebut, daripada 113 kes 47 lelaki dan 11 wanita menemui ajal
dengan kaedah di atas. Meminum racun serangga menjadi pilihan keempat dengan kes
sebanyak 18 kes dan melompat dari tempat tinggi di tempat kelima dengan 16 kes. Kaedah
lain yang dikaji oleh NSRM termasuk mendedahkan diri kepada gas dan wap lain seperti
asap dan api, mati lemas, melompat atau berbaring didepan objek bergerak seperti kereta
atau keretapi, menikam diri menggunakan objek tajam. Terdapat juga kes di mana mangsa
membunah diri dengan cara memotong urat lengan, dan mangsa mati kerana banyak
kehilangan darah.5
Jika diteliti, kaedah bunuh diri mempunyai banyak dipengaruhi oleh perbezaan kaum.
Sebagai contoh, etnik Cina, India dan Melayu menggunakan kaedah bunuh diri paling lazim
iaitu menggantung diri. Kaedah kedua yang menjadi pilihan keturunan Cina dan Melayu
ialah terjun dari tempat tinggi. Bangsa India pula lebih cenderung meracun diri. Bagi
masyarakat asing seperti bangsa Eropah atau bangsa China yang mempunyai akses mudah
kepada senjata api, mereka lebih cenderung untuk memilih cara bunuh diri dengan
menggunakan senjata api.
Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa kaedah bunuh
diri yang lain seperti kebuluran dengan sengaja dan menggunakan kejutan elektik.
Terdapat juga teknik bunuh diri yangsemakin popular dalam kalangan remaja dewasa ini iaitu
4 Dr Nor Hayati Ali, 17 Mac 2009, BERNAMA5 Dr Nor Hayati Ali, 17 Mac 2009, BERNAMA
6
mengambil ubat penenang atau apa-apa jenis pil kesihatan dengan kuantiti yang banyak
sehingga menyebabkan kegagalan fungsi hati dan boleh membawa kepada kematian.
2.1 Menggantung diri biasanya dilakukan di dalam bilik mangsa sendiri. Mangsa
biasanya menggunakan alat yang tersedia di dalam bilik tidur untuk menggantung diri seperti
selimut, cadar ataupun tali. Mangsa akan mengikat terlebih dahulu alat untuk menggantung di
bahagian atas bilik seperti kipas atau kayu penghadang. Bagi mangsa yang betul-betul ingin
membunuh diri, mangsa akan memastikan bahawa alat tersebut betul-betul kemas dan tidak
longgar. Kemudian, mangsa akan menggantungkan leher pada alat sambil berdiri di atas
kerusi atau katil. Langkah terakhir mangsa ialah menolak kerusi atau melompat diri katil.
2.2 Kaedah menjerut leher pula biasanya berjaya selepas beberapa kali percubaan. Ini
kerana mangsa cenderung untuk teragak-agak membunuh diri disebabkan kesakitan yang
dapat mangsa rasai. Menjerut diri mempunyai banyak teknik contohnya, menjerut dengan
cara memasukkan kepala di dalam plastik dan menjerut plastik tersebut untuk menghalang
udara masuk. Selain itu, mangsa juga ramai yang menjerut leher dengan tali leher atau tali.
Kaedah ini mempunyai banyak persamaan dengan kaedah menggantung diri.
2.3 Melemaskan diri turut menjadi kaedah yang lazim bagi masyarakat Malaysia.
Semakin maju duni hari ini, kaedah membunuh diri turut menjadi semakin rumit dan moden.
Melemaskan diri juga menjadi semakin pelik. Sebagai contoh, dulu mangsa biasanya
melemaskan diri dengan cara melemaskan diri di dalam kolam atau tub mandi, tapi kini,
mangsa melemaskan diri dengan cara mengurung diri di dalam bilik yang dipenuhi asap atau
kereta yang telah diubah suai supaya menyedut asap ke dalam kereta. Ada juga beberapa kes
di mana mangsa cenderung untuk menyedut bendasingseperti bahan kimia yang diwapkan.
7
3.0 Faktor-faktor yang menyumbang kepada bunuh diri
Lebih 90% orang yang mati melalui bunuh diri mempunyai penyakit jiwa pada masa
kematiannya.Kebiasaannya penyakit jiwa adalah kemurungan.Kemurungan yang tidak dirawat ialah
penyebab utama kepada bunuh diri.dan banyak sebab-sebab atau punca-punca yang mendorong
kepada kemurungan.ini termasuklah:
3.1 6Penyakit jiwa yang tidak dirawat juga(termasuk kemurungan,gangguan dwikutub,trauma
dan skizofrenia) adalah antara perkara-perkara yang menyebabkan kes-kes bunuh diri
berlaku dengan meluas.Gangguan dwikutub ialah gangguan otak yang menimbulkan perasaan
yang tidak menentu termasuklah gila.Tanda-tandanya adalah seperti terlalu aktif,sentiasa
gelisah,tidak fokus dan fikiran berkecamuk.Trauma pula ialah gangguan mental yang berlaku
kepada seseorang yang telah menyaksikan atau menghadapi kekejaman yang melampau atau
melihat kemalangan serius.Skizofrenia ialah sejenis gangguan psikologi yang menyebabkan
seseorang mempunyai masalah untuk membezakan realiti.
3.2 Terdapat juga sesetengah orang yang secara genetiknya mudah terkena atau terdedah
kepada kemurungan,dan mereka tidak nampak seperti menghadapi mana-mana pengalaman
buruk,walau bagaimanapun masih menjadi tertekan dan boleh mati disebabkan bunuh
diri.Jadi,sesetengah orang mati dengan cara membunuh diri adalah kerana kemurungan ialah
melalui genetik.
3.3 Sesetengah pengalaman hidup yang negatif boleh menyumbang kepada kemurungan dan
hal ini termasuklah:kematian orang yang tersayang,penceraian,perpisahan atau terputusnya
sesuatu hubungan.Faktor lain adalah,hilang hak penjagaan ke atas anak-anak atau merasakan
6 En.wikipedia.org/wiki/bunuh_diri
8
bahawa keputusan hak penjagaan anak-anak adalah tidak adil,kehilangan yang serius dan
mendalam seperti kehilangan pekerjaan,rumah dan wang.
3.4 Penyakit yang membawa maut seperti barah,leukimea dan lain-lain adalah penyakit yang
jelasnya menunjukkan tiada harapan untuk hidup kecuali dengan kuasa tuhan.
3.5 Kemalangan serius,kesakitan fizikal yang kronik dan juga kecederaan yang membawa
bencana,contohnya:kelumpuhan,kecacatan,kekudungan. Kemalangan yang serius hingga
membawa kepada kehilangan atau ketidakfungsiaan anggota badan akan menyebabkan
seseorang itu merasakan diri mereka tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan lagi malahan
menyusahkan orang lain.Maka mereka akan berasa sangat tertekan dan memilih jalan untuk
membunuh diri.
3.6 Penyalahgunaan dadah.Dadah merupakan sesuatu yang bukan sahaja merosakkan diri
bahkan menghancurkan kehidupan serta masa depan.Seseorang yang mengambil dadah akan
menjadi ketagih dan tidak akan menghiraukan keadaan sekeliling mereka termasuklah ahli
keluarga terdekat.Penyalahgunaan dadah di sini bermaksud apabila seseorang itu mengambil
dadah secara berlebihan.
3.7 Seseorang yang mengalami kebosanan yang melampau akan merasakan jiwa mereka
kosong contohnya ketidakpuasan terhadap kehidupan dan kekosongan di dalam
jiwa,walaupun mereka telah memiliki segala-galanya.
3.8 persekitaran yang tidak menyenangkan seperti,kemiskinan,ketiadaan tempat
berteduh,diskriminasi dan pembulian juga merupakan faktor-faktor seseorang membunuh diri.
3.9 Menjadi mangsa keadaan.Umpamanya,penyeksaan fizikal,penganiyaan seks,rogol dan
pencabulan adalah faktornya.Penyeksaan fizikal iaitu penderaan sering berlaku pada masa
9
sekarang.Kebiasaanya mereka yang menjadi mangsa penderaan tidak mengira peringkat umur
namun wanita dan kanak-kanak merupakan golongan yang selalunya menjadi mangsa kerana
mereka ialah golongan yang lemah.
3.10 Tambahan lagi,terdapat juga sesetengah orang yang berperangai pelik seperti sikap suka
mengambil tahu iaitu mereka mahu mengetahui keadaan selepas mati.Mereka tidak
memikirkan implikasi yang bakal mereka akan hadapi.Nyawa sememangnya adalah sesuatu
yang boleh ditukar ganti dengan mudah.
3.11 Untuk mengelakkan rasa malu atau aib,seseorang juga akan mengambil jalan mudah
dengan membunuh diri. umpamanya dalam ajaran Bushido,jika seseorang samurai gagal
mempertahankan maruahnya,dia boleh mengambil jalan keluar dengan melakukan seppuku
iaitu sejenis kaedah yang melibatkan samurai menggunakan pedang untuk memotong perut
sendiri secara menyerong.Pada masa dahulu,perkara ini banyak dilakukan iaitu di negara
Jepun.
3.12 Terorisme boleh juga merupakan motif untuk membunuh diri,khususnya pembunuhan yang
berkait dengan berikut:Agama seperti pengeboman bunuh diri dan nasionalisme keterlaluan
seperti serangan kamikaze,selbstopfer dan kaiten(senjata bunuh diri).Pengeboman bunuh diri
sering dikaitkan dengan pengebom berani mati,hal ini banyak berlaku di negara-negara yang
dilanda peperangan dan mereka sanggup mati demi agama,contohnya di Iraq dan
India.Serangan kamikaze juga sudah selalu kita dengar,iaitu askar-askar jepun membunuh diri
sendiri demi mempertahankan negara mereka daripada serangan musuh.7
7 Ms.wikipedia.org/faktor_bunuh_diri
10
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SOSIAL-BUNUH DIRI
Bunuh diri merupakan masalah sosial yang semakin berleluasa saban tahun ini dan
kini ia telah mencapai tahap yang membimbangkan. Sebagai bukti,
“..8.pada tahun 1998 misalnya, kes pembunuhan diri naik 35 peratus berbanding tahun
sebelumnya dengan mencatat lebih 32,000 kematian.Tahun ini merupakan pertama kali kadar
kematian akibat membunuh diri mencecah paras melebihi 30,000 orang setahun dan ia tidak
pernah menurun selepas itu.”
9Menurut anggaran yang dianalisis oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun
2002, sebanyak 877,000 orang daripada 194juta orang yang menghadapi penyakit mental dan
kecelaruan tingkah laku mati lantaran membunuh diri. Malahan bagi negara kita, hasil kajian
daripada Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 menganggarkan bahawa kira-kira 20
hingga 30 orang membunuh diri bagi setiap 100,000 rakyat setiap tahun di negara kita.
Memandangkan masalah sosial bunuh diri yang semakin berleluasa, langkah-langkah
menangani masalah bunuh diri yang sewajarnya seharusnya diambil bagi mangawal masalah
sosial ini daripada terus mereba dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja.
Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu bagi menangani masalah bunuh diri adalah
melalui perlaksanaan langkah-langkah yang diselaraskan dengan pengunaan sains lantaran
langkah-langkah bersaintifik yang diimplementasikan membolehkan pengenalpastian tentang
faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah bunuh diri bergantung kepada ciri-ciri dan
situasi tertentu. Pendekatan yang diambil adalah dikenali sebagai Public Health Approach
iaitu dengan mengenal pasti faktor- faktor dan ciri-ciri yang menyumbang kepada masalah
8 Abdullah Utusan Malaysia, ARKIB : 26/03/2006, oleh Luqman Hakim
9 hasil kajian Pakar Perunding Perubatan, Neuro-Behavior, Kedah Medical Centre, Alor Setar, Sumber KedahLanie
11
sosial ini, tindakan yang wajar serta bersesuaian dapat diambil agar dapat menangani masalah
ini dengan jayanya. Selepas pengenal pastian sebab-sebab disebalik faktor yang mendorong
kepada berlakunya masalah bunuh diri, langkah-langkah serta pendekatan yang sewajarnya
seterusnya akan dapat dikenalpasti serta diserapkan pada masalah sosial bunuh diri yang
dikehendaki untuk ditangani.10“…Incresing rates of suicide among adolescent and young
adults in the United States led the centres for Disease Control dan Prevention(CDC) to
initiate efforts to prevent injuries from suicidal behaviors by using public health approach…”.
Justeru, memang dibukti bahawa pendekatan dalam mengenal pasti faktor-faktor masalah
sebelum mengambil tindakan adalah mustahak bagi menentukan ketepatan langkah-langkah
yang diambil berlandaskan jenis-jenis masalah sosial yang terhasil.
Selepas memahami terhadap masalah-masalah dan sebab-sebab yang dibelunggui oleh
seseorang individu yang berkeinginan untuk terlibat dalam gejalah bunuh diri, intervensi
yang sesuai perlu dijalankan sabagai usaha bagi menghilangkan niat individu tersebut untuk
membunuh diri serta mengurangkan fikiran negatif yang menghantui individu tersebut
sendiri. Intervensi yang dilaksanakan merangkumi beberapa langkah iaitu pengenalpastian
masalah dilaksanakan terlebih dahulu, diikuti dengan penyelesaian masalah melalui cara-cara
rawatan yang bersesuaian, serta pemupukan kemahiran bagi menghadapi dan menangani
masalah pada orang terdekat mangsa bunuh diri tersebut, seperti ahli keluarga yang
tersayang, kawan-kawan dan sebagainya. Adalah diharapkan melalui bimbingan, dorongan
serta kasih sayang yang diberi daripada orang tersayang dapat menangani masalah yang
dihadapi oleh mangsa tersebut dengan mempengaruhi pemikirannya agar berfikiran waras
serta mencuba untuk membuat keputusan yang positif. Selain itu, intervensi yang umum turut
10 Suicide Prevention from a Public Health Perspective, Suicide and Life-threatening Behaviours by Potter, L.B, Powell,
K.E, & Kachur, S.P(1995),
12
djalankan demi kepentingan dan kebaikan bersama. Sebagai contoh, kempen motivasi
menerapkan ilmu pengetahuan serta kesedaran sivik yang sewajarnya agar setiap orang
menghargai nyawa diri sendiri serta memanfaatkan kehidupan diri. Universal intervensi yang
dijalankan menerusi penerapan dalam sistem pendidikan, media massa dan media cetak
dipercayai dapat memberi kesedaran dan pemahaman bagi menjauhkan diri daripada masalah
sosial ini.Selepas usaha-usaha dan intervensi yang bersesuian telah dijalankan, keberkesanan
bagi membanteras sifat-sifat membunuh diri yang terdapat pada individu tersebut hendaklah
dikenal pasti. Kesan positif yang diberi pada individu tersbut hendaklah berterusan serta
berkekalan pada individu. Sebagai bukti,11”...usaha yang beterusan telah dijalankan pada
sesebuah agenda antarabangsa sebagai langkah-langkah untuk menangani masalah sosial
bunuh diri yang kian bertambah runcing di United State…”
Kebiasaannya, masalah sosial membunuh diri berhubungkait rapat dengan penyakit
mental. Justeru bagi mengurangkan kebarangkalian bagi seseorang individu yang menghidapi
penyakit mental untuk melibatkan diri dalam masalah sosial bunuh diri, psikodinamik
psikoterapi merupakan langkah utama yang harus dijalankan bagi menangani masalah ini.
Sebagai maklumat lanjut, psikodinamik psikoterapi merupakan suatu bentuk kedalaman
psikologi, tumpuan utama yang mendedahkan kandungan sedar klien jiwa dalam usaha untuk
mengurangkan ketegangan psikis. 12Menurut perspektif sosiologi Emile
Durkheim(1987/1951), Sigmung Frued merupakan orang pertama yang memperkenankan
psikodinamik psikoterapi, yang menitikberatkan perkembangan dalam pemahaman
psikologikal mengenai masalah bunuh diri. Pengenalan psikodinamik psikoterapi
membolehkan pengalihan masalah bunuh diri dari perspektif moral kepada perspektif sains.
Terdapay bebagai-bagai jenis psikoterapi yang dapat dijalankan, di antaranya ialah suara
11 Surgeon General’s Call to Action, hasil karya daripada Davidson, Potter & Ross, (1999) .12 Suicide- A study in Sociology,by Emile Durkeim,1951 translated and edited witn an introduction by John A. Spaulding & George Simpson, The Free Press New York, London, Tokyo, Singapore .
13
terapi. 13Menurut kajian Robert Firestone(1997), suara terapi mengintegrasikan konsepnya
dari teori psychodinamik serta terapi existential, dan ini menyatakan bahawa bayi dalam
kandungan berupaya untuk menerapkan amalan serta pemikiran sama ada yang positif
ataupun yang negative kepada diri sendiri daripada perilaku ibubapa sendiri. Lantaran itu,
perilaku yang baik dan positif seharusnya diamalkan agar dapat dijadi teladan kepada anak
yang bakal lahir, dan seterusnya menjadi seorang yang berupaya untuk berbakti kepada
negara. “Family therapy” atau terapi sesama ahli keluarga turut memainkan peranan penting
lantaran seseorang individu biasanya akan menerima pengaruh daripada ahli keluarga
lantaran asuhan didikan daripada keluarga telah dijalankan sejak dari kecil lagi. “Group
therapy” iaitu terapi yang dijalankan melalui interaksi yang dalam kumpulan turut dianggap
penting lantaran melalui terapi ini, sokongan, dorongan dan nasihat yang sewajarnya dapat
diberi kepada individu yang dibelenggui dengan masalah peribadi sebagai usaha menangani
masalah bunuh diri.
Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak
umat terutamanya di kalangan remaja merupakan satu tanggungjawab yang besar dan
mustahak. Manusia seharusnya melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat dengan
menghargai nyawa diri sendiri serta memanfaatkan kehidupan diri disebalik terlibat dalam
masalah sosial membunuh diri yang memang merugikan.
Agenda-agenda serta usaha-usaha khusus bagi menangani gejala keruntuhan dan
kemorosatan akhlak yang diakibatkan oleh masalah sosial bunuh diri amat perlu dilaksanakan
dengan berkesan dan menyeluruh demi kepentingan manusia sejagat.
13 7 Suicide Prevention, Resource for the Millenium, edited by David Lester, 2001, Brunner-Routledge, A member of the Taylor & Francis Group
14
KESIMPULAN
Tindakan bunuh diri menimbulkan persoalan mengenai sejauh manakah tindakan bunuh diri
itu rasional kepada diri, agama, masyarakat dan negara. Kejadian membunuh diri ini lazimnya
berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Golongan
ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu
yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.Terdapat beberapa
pandangan diberikan mengenai bunuh diri untuk menegaskan bahawa bunuh diri adalah suatu
perbuatan yang tidak bermoral dan tidak mengikut etika. 14Menurut Emile Durkheim,ahli sains sosial
yang mula-mula melihat kejadian bunuh diri sebagai fenomena sosial, bunuh diri terdiri daripada tiga
jenis: iaitu pertama ,egoistik, iaitu bunuh diri yang diakibatkan masalah kekurangan integrasi
individu dengan kumpulan sosial dan masyarakatnya; kedua,altruistik,iaitu bunuh diri yang berlaku
apabila hubungan integrasi individu terlalu rapat dengan masyarakat sehingga sanggup
mengorbankan nyawa kerana rasa tanggungjawab terhadap ahli masyarakat lain;ketiga anomik,iaitu
bunuh diri berlaku apabila masyarakat gagal mengawal individu. Perkara ini berlaku terutamanya
apabila nilai sosial telah tergendala oleh perubahan sosial yang terlalu cepat.
Dari sudut agama pula,bunuh diri dianggap tidak baik dan bercanggah sama sekali dengan
ajaran agama .Malah, menurut kitab penganut Islam, Kristian, dan Yahudi, membunuh diri adalah
salah satu dosa besar. Di sini jelas menunjukkan setiap agama melarang penganutnya melakukan
kekejaman terhadap diri sendiri seperti bunuh diri.15 Agama Islam meletakkan perbuatan
membunuh diri sebagai perbuatan jenayah manusia terhadap diri sendiri. Jenayah ini akan
menyebabkan seseorang itu tidak dibenarkan memijak kaki ke syurga.Oleh itu,perbuatan
membunuh diri adalah dilarang sama sekali di dalam agama Islam.
14 Lee Yok Fee, Bunuh Diri dan Kaum Cina, Artikel Dewan Masyarakat Mac 2006,halaman 38 15 Mohd.Salahuddin Mohamed, Bunuh Diri Perbuatan Terkutuk di Sisi Islam, Artikel Dewan Masyarakat Mac 2006,halaman 43
15
Di samping itu, sesetengah orang berpendapat bahawa, bunuh diri sebagai suatu pilihan
peribadi yang sah dan sebagai salah satu hak asasi manusia dan mereka menolak pandangan bahawa
bunuh diri adalah sesuatu yang tidak rasional dan mengatakan ianya satu jalan keluar yang sah.
Mereka yang menyokong tindakan bunuh diri ini, memperdebatkan bahawa bunuh diri boleh
diterima atas keadaan-keadaan yang tertentu seperti seseorang yang menghidapi penyakit yang
tidak boleh dirawat serta umur yang sudah tua. Mereka berpandangan bahawa seseorang yang
mengalami penderitaan dalam hidup mempunyai hak untuk menamatkan pederitaan yang mereka
alami. Begitu jugalah pandangan 16Thomas Szasz, iaitu seorang ahli falsafah dan juga psikiatri yang
juga memperdebatkan bahawa bunuh diri merupakan hak yang paling asas. Beliau berpendapat
kebebasan beerti pemilikan diri iaitu pemilikan hayat dan badan diri, jadi hak untuk menamatkan
hayat merupakan hak manusia yang paling asas. Di sini kita dapat lihat bahawa terdapat pandangan
yang berbeza-beza mengenai perbuatan membunuh diri termasuklah mereka yang menentang
perbuatan bunuh diri serta pandangan yang menyokong perbuatan membunuh diri itu adalah
sesuatu yang rasional.
Fenomena bunuh diri di Malaysia harus dilihat sebagai satu fenomena sosial dan bukan
setakat isu atau masalah individu sahaja malah melibatkan masyarakatnya dan negara. Di samping
itu, perbuatan membunuh diri boleh diatasi sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab bukan
sahaja kepada anggota masyarakat yang lain bahkan kepada diri mereka sendiri. Fenomena ini perlu
dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat dalam mencegah masalah bunuh diri di Malaysia
serta pihak kerajaan perlu menyusun strategi dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencegah
perbuatan membunuh diri dari meningkat.
16 http://wwwms.wikipedia.org/wiki/pandangan falsafah tentang bunuh diri # idealisme
16
6.0 RUJUKAN
1. Lee Yok Fee, Mac 2006, Bunuh Diri dan Kaum Cina, Artikel Dewan
Masyarakat,halaman 38
2. Mohd.Salahuddin Mohamed,Mac 2006, Bunuh Diri Perbuatan Terkutuk di Sisi Islam,
Artikel Dewan Masyarakat,halaman 43
3. Joseph S. ROucek, Roland L. Warren, 1984,Pengantar Sosiologi, Penerbit Pt. Bina
Aksara,
4. Brunner-Routledge, edited by David Lester, Suicide Prevention, Resource for the
Millenium, A member of the Taylor & Francis Group,
5. Antoon A. Leenaars, Susanne Wenckstern, 2001, Suicide Prevention in Schools,
Hemisphere Publishing Corporation, A member of the Taylor & Francis Group New
York,Washington, Philadephia, London, 1991
6. Emile Durkeim, 1951 Suicide- A study in Sociology, translated and edited witn an
introduction by John A. Spaulding & George Simpson, The Free Press New York,
London, Tokyo, Singapore,.
7. Dr Nor Hayati Ali, 17 Mac 2009,BERNAMA,
8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_falsafah_tentang_bunuh_diri#Idealisme
9. http://paslabuan.wordpress.com/2010/01/11/kadar-bunuh-diri-di-malaysia-
semakin-bertambah/
10. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm
11. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=397035
12. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BUNUHDIRI.php
13. En.wikipedia.org/wiki/bunuh_diri
14. Ms.wikipedia.org/faktor_bunuh_diri
15. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Bunuhdiri.php
16. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_content.jsp?
lang=mental&storyid=1203580087765&storymaster=1203580087765
17