kempen datang cepat

4
KEMPEN SIFAR BERLARI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI JALAN WIRAWATI 6, KUALA LUMPUR Pendahuluan Kempen Sifar Berlari merupakan salah satu aktiviti bulanan AJK Disiplin dan Pengawas S K Taman Maluri. Ia bertujuan melatih murid-murid dari peringkat Pra Sekolah hingga ke Tahun 6 supaya tidak berlari dalam kawasan sekolah kecuali atas sebab-sebab yang perlu. Selain dari itu kempen ini dirasakan amat perlu bagi mengelak sebarang kemalangan yang mungkin terjadi akibat dari berlari seperti terjatuh, terhantuk dan berlanggar sesama sendiri sehingga menyebabkan kecederaan. Kesedaran tentang bahaya berlari akan menjadikan murid-murid lebih berdisiplin di masa akan datang. Objektif 1. Murid-murid sedar tentang bahaya berlari-lari dalam kawasan sekolah selain dari aktiviti di padang. 2. Mengelak kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan akibat dari berlari. 3. Mewujudkan suasana yang bersopan santun serta positif. Anjuran Dan Kelolaan. Kempen Sifar berlari ini dianjurkan oleh AJK Disiplin dan Pengawas S K Taman Maluri dan dibantu oleh semua guru yang juga merupakan guru disiplin. Kumpulan Sasaran

Upload: zailansktm

Post on 25-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kempen datang cepat

KEMPEN SIFAR BERLARI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI

JALAN WIRAWATI 6, KUALA LUMPUR

Pendahuluan

Kempen Sifar Berlari merupakan salah satu aktiviti bulanan AJK Disiplin dan Pengawas S K Taman Maluri. Ia bertujuan melatih murid-murid dari peringkat Pra Sekolah hingga ke Tahun 6 supaya tidak berlari dalam kawasan sekolah kecuali atas sebab-sebab yang perlu. Selain dari itu kempen ini dirasakan amat perlu bagi mengelak sebarang kemalangan yang mungkin terjadi akibat dari berlari seperti terjatuh, terhantuk dan berlanggar sesama sendiri sehingga menyebabkan kecederaan. Kesedaran tentang bahaya berlari akan menjadikan murid-murid lebih berdisiplin di masa akan datang.

Objektif

1. Murid-murid sedar tentang bahaya berlari-lari dalam kawasan sekolah selain dari aktiviti di padang.

2. Mengelak kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan akibat dari berlari.3. Mewujudkan suasana yang bersopan santun serta positif.

Anjuran Dan Kelolaan.

Kempen Sifar berlari ini dianjurkan oleh AJK Disiplin dan Pengawas S K Taman Maluri dan dibantu oleh semua guru yang juga merupakan guru disiplin.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah semua murid S K Taman Maluri dari peringkat Pra Sekolah hingga ke tahun 6. Ini termasuk juga murid-murid dari PPKI.

Tempoh Masa Pelaksanaan.

Program ini dijalankan selama sebulan dalam bulan Februari 2010 secara intensif dan berlanjutan sehingga ke bulan November 2010. Pelaksanaan bermula sejak dari murid memasuki pintu pagar sekolah pada waktu pagi hingga ke waktu pulang sekolah.

Page 2: kempen datang cepat

Cara Pelaksanaan

1. Guru-guru akan mengawasi murid-murid yang berada dalam kawasan sekolah.2. Jika terdapat murid-murid yang berlari tanpa sebab ( kecuali di padang ) akan

dikenakan saman dan diberi nasihat untuk kesalahan yang pertama.3. Untuk kesalahan yang kedua hukuman berbentuk mendidik akan dijalankan di

foyer.4. Setiap saman murid yang dikeluarkan akan dikumpul mengikut kelas dan kelas

yang tidak mempunyai saman akan diberi ganjaran. 5. Manakala kelas yang mengumpul paling banyak saman dalam seminggu akan

dikenakan denda secara berkumpulan.

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung : En. Othman b. Abd Hamid ( Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Faridah bt. Baharom (GPK T & K)

Pn. Hajjah Kamsinah bt Abd Aziz ( GPK HEM)

En. Mashar b. Hamdan (GPK Koku)

Pn. K N Selvi A/P Nadarajah ( Penyelia PPKI)

Naib Pengerusi : En. Zailan b. Shuib

Setiausaha : Pn. Salina bt Mohamad

Ahli Jawatankuasa

Pelancaran : En. Jamil b. AbongEn. Mohamad b. Jamal

Buku Program : Pn. Siti Hasmah bt. HussinPn. Suriana bt. Harun Pn. Norazilah bt. Mohamad

Komunikasi/ : En. Sazali b. Mohamed Mokhtaridin Serata Pn. Maureen a/p Ramadas

Cik Siti Ra’en bt mohd TapPn. Zubaidah bt Mohamed Razali

Page 3: kempen datang cepat

Slip Saman : Cik Sharifah bt. Dahalan Pn. Norizan bt Sidik Ahmad En. Mohd Daud b. Mohamad

Penguatkuasaan : AJK DisiplinSemua guru

Penutup

Melalui Kempen ini diharapkan semua murid SK Taman Maluri sedar tentang kesan dari berlari dalam kawasan sekolah. Kempen ini juga diharap dapat mengubah perlakuan murid-murid agar lebih berdisiplin dan tahu membezakan tempat mana boleh berlari dan tempat mana yang tidak boleh berlari.Adalah diharapkan agar kesedaran ini akan berkekalan sehingga selama mana mereka berada di sekolah ini. Ribuan terima kasih kepada semua AJK Disiplin & Pengawas serta semua guru yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

………………… ………………… …………………..(ZAILAN B SHUIB)Naib Pengerusi,Kursus Kepimpinan Pengawas,Pustakawan,Briged BistariDan Ketua Kelas Tahap DuaFasa Satu SKTM 2010.